Anda di halaman 1dari 22

BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

IPGKTI
(INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM)

MODUL BIMBINGAN

KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG PSIKOSOSIAL DAN


KESEJAHTERAAN MENTAL

DISEDIAKAN OLEH :

FERGUS TAN LI CHUN

NAMA PROGRAM/ PROJEK :

KONSEP KENDIRI, MENGURUS EMOSI,


KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA KEMAHIRAN BERFIKIR

TARIKH :

1/3/2021 (ISNIN)
________________________________________

TEMPAT :

1
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

DEWAN SERI PERMATA


________________________________________

ANJURAN :

OPSYEN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2


________________________________________

DENGAN KERJASAMA :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


_________________________________________

TAJUK 6 KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG PSIKOSOSIAL DAN


KESEJAHTERAAN MENTAL:

KONSEP KENDIRI, MENGURUS EMOSI, KEMAHIRAN


MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KEMAHIRAN BERFIKIR

6.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini menerangkan definisi, konsep asas, ciri-ciri,
serta kepentingan konsep kendiri, pengurusan emosi, kemahiran
membuat keputusan dan kemahiran berfikir kepada guru dan pelajar di
sekolah. Ia juga merangkumi tujuan dan kaedah pelaksanaan dalam
bimbingan kemahiran bidang psikososial dan kesejahteraan mental yang
berkaitan dengan penekanan tentang kepentingan diri, emosi, serta masa
membuat keputusan untuk diri sendiri supaya meningkatkan prestasi
seseorang murid dari masa ke masa. Pengetahuan ini akan
membolehkan pemahaman guru-guru dan juga mereka yang

2
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

berkecimpung dapat dipertingkatkan dan membolehkan mereka


berkembang dalam usaha mengenali diri dan mengawal diri yang dapat
memanfaatkan diri sendiri serta menyempurnakan kehidupan mereka
tersebut.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
1. Mendefinisikan konsep kendiri, pengurusan emosi, kemahiran membuat
keputusan dan kemahiran berfikir.
2. Mengaplikasikan kemahiran mengurus emosi yang sempurna dalam
kehidupan seharian.
3. Menjelaskan ciri-ciri dan kepentingan konsep kendiri secara mendalam.
4. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan kemahiran berfikir.
5. Meningkatkan kesedaran terhadap niat diri dan mengurus emosi diri.
6. Meningkatkan keyakinan diri tidak mengira menghadapi masalah yang
besar atau tidak.
7. Menghuraikan kaedah pelaksanaan kemahiran mengurus emosi.
8. Mengembangkan diri secara keseluruhan.

6.3 KERANGKA TAJUK

KEMAHIRAN BIMBINGAN
BIDANG PSIKOSOSIAL DAN
KESEJAHTERAAN MENTAL

MENGURUS EMOSI
KONSEP KENDIRI
BELAJAR

KEMAHIRAN MEMBUAT
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEPUTUSAN

3
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4 KANDUNGAN

PENGENALAN
Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu cabang perkhidmatan sokongan
pendidikan yang sangat luas dan penting. Ia bukan sahaja memberikan
perkhidmatan kepada murid malahan warga sekolah dan masyarakat sekitar,
di samping sebagai tunggak pengurusan pembangunan murid. Senarai tugas
dan bidang tugas yang telah ditetapkan seharusnya menjadi panduan yang
tepat dalam menjalankan perkhidmatan. Perkhidmatan bimbingan telah
disediakan di sekolah bagi tujuan menyempurnakan murid supaya
menjaminkan kesejahteraan mental para murid dan bermatlamat untuk
menyampaikan kemahiran bimbingan dalam bidang akademik kepada pelajar.
Dengan ini, murid dapat berkembang dalam pelbagai segi seperti intelek,
rohani, emosi dan jasmani sejajar dengan kehendak dan aspirasi
Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara
menyeluruh serta sebagai proses menyempurnakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu ini (2013-2025).

6.4.1 DEFINISI DAN KONSEP ASAS KONSEP KENDIRI


Menurut tokoh H. V. Perkins pada tahun 1974, beliau mentakrifkan konsep
kendiri sebagai konsep yang terdiri daripada persepsi kepercayaan,
perasaan, sikap, serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya.
Berdasarkan pandangan Vernon pada tahun 1980 pula, pandangan
kekuatan dan kelemahan sendiri serta disokong dengan maklum balas
tentang dirinya daripada orang lain telah dijadikan pengertian beliau bagi
konsep kendiri.
Pada tahun 1987, tokoh Stewat dan Friedman telah mengemukakan
takrifan baharu iaitu konsep kendiri merupakan tanggapan individu terhadap
identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.
Sehubungan dengan itu, setahun seterusnya, pandangan daripada
tokoh Popples dan Mc Pherson telah menyatakan bahawa konsep kendiri

4
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

ialah integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi seseorang yang


membezakan dirinya daripada individu lain.
Akhirnya pada tahun 1991, tokoh Amir Awang merumuskan bahawa
konsep kendiri merupakan integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain
dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya

5
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.2 JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI DAN CIRI-CIRINYA

JENIS-JENIS KONSEP
KENDIRI

POSITIF NEGATIF

Mempunyai penerimaan diri Kurang percaya diri dan ragu


tanpa menjadikannya sebagai ragu dalam menyampaikan
ancaman terhadapnya. pendapat

Ciri-Ciri Tertentu
Ciri-Ciri Tertentu
Sahsiah tidak seimbang dan bersifat sangat
Personaliti seseorang bersifat seimbang dan
sensitif terhadap teguran orang lain. Dia
ceria. Apabila menghadapi cabaran, dia akan
bersifat pasif dan tidak ingin bergaul dengan
bersikap tenang dan tabah serta mempunyai
orang lain serta suka mencari alasan dan
pandangan positif terhadap diri sendiri.
menyalahkan orang lain.
Seseorang tersebut akan bertimbang rasa,
Seseorang tersebut bersifat tidak
amanah serta mempunyai keyakinan diri
berkeyakinan dan tidak suka menerima
yang teguh dalam membuat keputusan.
pendapat daripada orang lain serta selalu
Seseorang tersebut bersifat sosialisasi dan
memberikan kritikan yang menyinggung
dapat mempengaruhi orang lain.
perasaan orang lain.

6
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.3 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

Emosi
Mempengaruhi
Perasaan
Status sosial
Kebudayaan
keluarga
mempengaruhi
mempengaruhi
persepsi diri dan
pembentukan
orang lain
konsep kendiri
terhadapnya
seseorang

FAKTOR-
FAKTOR
PEMBENTUKAN
KONSEP
KENDIRI Keadaan fizikal
Pengaruh baka ke
mempengaruhi
atas ciri-ciri fizikal
perubahan tingkah
dan kecerdasan
laku

Pengaruh sekolah
mengubah
Pengaruh keluarga tingkahlaku seiring
membentuk sikap dengan aspirasi
dan kepercayaan kumpul
sebaya/gurunya

7
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.4 PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU


Berdasarkan faktor-faktor pembentukan konsep kendiri tersebut,
tingkah laku seseorang akan dapat dibezakan kepada dua jenis iaitu
penghargaan kendiri dan penerimaan diri atau penolakan diri. Kedua-dua
jenis tersebut sama-sama mempunyai sifat penyesuaian diri dalam realiti
melalui tingkah laku mereka. Dalam penghargaan kendiri pula, ia
menekankan penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.
Terdapat tahap juga sebagai penilaian asas kepada seseorang terhadap
kebolehan mereka. Individu yang mempunyai tahap tinggi penghargaan
kendiri sentiasa bersikap positif, sanggup berusaha bersungguh-sungguh dan
yakin pada diri sendiri manakala individu yang mempunyai tahap sedarhana
dan rendah dalam penghargaan kendiri sentiasa bersikap kurang yakin,
negatif, berusaha melarikan diri daripada masalah.
Selain itu, dalam jenis konsep penerimaan diri atau penolakan diri pula,
individu yang bersifat penerimaan diri akan mempunyai perasaan kasih
sayang yang teguh terhadap keluarga, kawan atau guru di sekolah. Mereka
akan berasa diri sendiri senang diterima dan dihargai oleh orang sekeliling.
Dalam aspek penolakan diri pula, seseorang tersebut akan berasa kurang
mendapat penerimaan daripada orang sekeliling dan hal ini telah secara
langsung membawa kesan negatif dalam usaha mengatasi sesuatu masalah
yang dialami.

8
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.5 PERANAN GURU BIMBINGAN DALAM PERKEMBANGAN KENDIRI


MURID

Setiap
Setiapkanak-kanak
kanak-kanak
Kanak-kanak di di
sekolah adalah
sekolah adalah
Kanak-kanak
mempunyai kepekaan berbeza antara
berbeza antara satu
satu
mempunyai kepekaan
yang tinggi terhadap sama lain
sama lain Meningkatkan
yang tinggi terhadap Meningkatkan
keupayaan mereka
keupayaan mereka keyakinan murid
keyakinan murid
dalam
dalammenguasai
menguasai dengan
dengan
kemahiran
kemahiran memotivasikan
memotivasikan
mereka
mereka

Meneroka
Meneroka kebolehan
kebolehan Meningkatkan
Meningkatkan
dan menggunakan
dan menggunakan kesedaran
kesedaranmurid
murid
Peranan Guru
Peranan Guru
bakat yang
bakat unik
yang yang
unik yang terhadap
terhadap
Bimbingan dalam
Bimbingan dalam
ada dalam dirinya
ada dalam dirinya kebolehannya
kebolehannya
Perkembangan
Perkembangan
Kendiri
KendiriSeseorang
Seseorang
Murid
Murid
Memberi
Memberipeluang
peluang
Peka dengan kepada murid untuk
kepada murid untuk
Peka dengan memainkan
kebolehan setiap
kebolehan setiap memainkan
kanak-kanak peranannya
peranannya
kanak-kanak

Betulkan kesilapan
Betulkan kesilapan
dalam usaha
dalam usaha Menjalankan interaksi
pembelajaran murid Menjalankan interaksi
pembelajaran murid yang baik
yang baik

9
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.6 DEFINISI DAN KONSEP ASAS EMOSI DAN KEMAHIRAN


MEMBUAT KEPUTUSAN SERTA KEMAHIRAN BERFIKIR.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, emosi didefinisikan sebagai perasaan
jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain lagi. Secara
ringkasnya, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan
perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental)
seseorang.
Dalam konteks kemahiran membuat keputusan pula, menurut Helpern,
kemahiran membuat keputusan adalah cara memilih keputusan terbaik
berasaskan kriteria tertenti. Berdasarkan pandangan Sdorow, beliau
menyatakan bahawa kemahiran membuat keputusan merupakan satu usaha
untuk mencuba membuat pemilihan terbaik daripada beberapa alternatif yang
ada dalam tindakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Beliau juga
menyatakan bahawa kemahiran keputusan sentiasa dipengaruhi oleh dua
faktor yang dipertimbangkan iaitu kegunaan dan kemungkinan. Seterusnya,
kemahiran membuat keputusan didefinisikan sebagai tingkah laku membuat
keputusan melibatkan membuat pilihan daripada berbilang alternatif yang
sedia ada berdasarkan pandangan tokoh Bever. Akhir sekali, kemahiran
membuat keputusan dapat dirumuskan sebagai sikap membuat keputusan
yang melibatkan proses mental seperti pemikiran kreatif, kritis, penaakulan,
menguru konflik dalaman bagi membuat pilihan terhadap alternatif yang ada.
Ia juga melibatkan proses ramalan situasi masa hadapan.
Menurut tokoh George pada tahun 1970, kemahiran berfikir menjadikan
pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula
jadi yang kompleks. Lain- lain lagi, menurut tokoh Edward Debono pada
tahun 1976, kemahiran berfikir juga serupa dengan pemikiran lateral yang
membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan
juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi
menyelesaikan masalah.

10
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.7 PUNCA EMOSI TERGANGGU DAN KEPENTINGAN EMOSI

Emosi

Punca Emosi Terganggu Kepentingan Emosi

Diri Sendiri – Sebagai contoh kita


berasa sedih apabila kita tidak dapat Kelangsungan Hidup
melaksanakan hobi kita.

Pekerjaan – Sebagai contoh, kita berasa


gembira apabila kita mendapat pujian Membuat Keputusan
dengan kertas kerja kita.

Persekitaran – Sebagai contoh, kita


Membuat Jangkaan /
berasa gelisah apabila banyak bunyi
jentera berada di sekeliling kita. Meramal Tingkah Laku

Orang sekeliling – Sebagai contoh, ibu


bapa akan berasa risau apabila kita Menentukan Batasan
keluar sampai lewat malam.

Komunikasi

Kegembiraan

Penyatuan

11
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.8 TUJUAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN KESAN ATAS KESILAPAN


MEMBUAT KEPUTUSAN
Setiap manusia dalam dunia ini mesti akan membuat keputusannya
untuk diri sendiri pada bila-bila masa sahaja. Jadi, apakah tujuan membuat
keputusan dan apakah kesannya sekiranya kita tersilap membuat keputusan?
Tujuan membuat keputusan adalah untuk menjadikan individu lebih rasional
dan sabar kerana dapat mengalami dua pilihan yang mungkin mempengaruhi
kehidupan sejagatnya itu. Seterusnya, tujuan membuat keputusan dapat
mengelakkan perasaan menyesal dengan keputusan yang dibuat dan kita
akan berasa lebih ceria dan gembira sekiranya kita mengetahui bahawa kita
telah membuat keputusan yang baik dan tepat. Tambahan pula, kita dapat
mengelakkan diri sendiri daripada bertindak secara terburu-buru dan
memungkinkan kita untuk membuat pilihan yang terbaik.
Namun begitu, tidak semestinya semua keputusan yang kita buat
adalah betul. Keputusan sempit, keputusan terburu-buru, keputusan bercelaru
dan keputusan kabur merupakan kesilapan membuat keputusan yang paling
mudah dijumpai dalam masyarakat sekarang. Kesemua kesilapan membuat
keputusan tersebut akan menyinggungkan perasaan kita serta menyebabkan
kita mengalami kehilangan keyakinan untuk membuat keputusan lagi akibat
kita takut akan membuat keputusan. Walaubagaimanapun, kita ingin
mengenali diri kita bahawa ini merupakan dunia dan kehidupan kita dan
bukannya kehidupan orang lain. Jadi strategi yang paling baik untuk
menangani kesilapan membuat keputusan adalah berani membuat keputusan
dan belajar daripada kesilapan dahulu serta sentiasa mengembangkan diri
secara keseluruhannya.

12
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.9 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Penting dalam
proses
meninggikan lagi
keupayaan
menangani
masalah

Dapat
menggunakan Dapat melatih
pengetahuan yang kecerdasan otak
telah dipelajari KEPENTINGAN kita supaya
dengan lebih KEMAHIRAN sentiasa berfikiran
produktif. BERFIKIR rasional dan
berwibawa.

Dapat
menggunakan
pengetahuan,
kemahiran dan
sikap yang terurus
dalam kehidupan

13
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

6.4.10 CARA PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIMBINGAN BIDANG AKADEMIK


TEMPOH, TEMPAT DAN CARTA PERBATUAN PROGRAM/ PROJEK
Tempoh : Satu hari
Tempat : Dewan Ibnu Sina
Jadual Berkenaan :

Tarikh Tarikh Bukti tamat


Bil Aktiviti Durasi Masa Tujuan Pelaksanaan
mula Tamat setiap aktiviti

1) Aktiviti Tak 1 jam 8.00 pagi 10/2/21 10/2/21 Saling berkenalan dan Refleksi
Kenal Maka – 9.00 berinteraksi antara satu sama Pelajar
Tak Cinta pagi lain.
(Ice-breaking)

2) Sarapan Pagi / 15 9.00 pagi 10/2/21 10/2/21


Rehat minit – 9.15 Berehat -
pagi

3) Aktiviti 1 jam 9.15 pagi 10/2/21 10/2/21 Mencungkil bakat kendiri serta Refleksi
Mengenalpasti – 10.15 memperbaiki kelemahan yang Pelajar
Kelemahan pagi disedarkan.
dan Kekuatan
Diri

4) Taklimat 3 jam 10.15 10/2/21 10/2/21 Menyebarkan maklumat Penghasilan


Mengurus pagi – tentang kemahiran Kerja
Emosi dan 1.15 menguruskan emosi supaya

14
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Kemahiran petang terkawal dan meningkatkan


Berfikir kesedaran murid dalam
kemahiran berfikir yang
rasional dan berwibawa.

5) Makan Petang 1 jam 1.15 10/2/21 10/2/21


/ Rehat 15 petang – Berehat -
minit 2.30
petang

6) Latihan 2 jam 2.30 10/2/21 10/2/21 Mengenalpasti kemahiran yang Refleksi


Penghasilan petang – dipelajari berdasarkan Pelajar
Kerja 4.30 kefahaman sendiri dan
Kemahiran petang meningkatkan kesedaran
Membuat tentang pengaplikasian
Keputusan kemahiran tertentu.
dengan
berfikir

LANGKAH PELAKSANAAN

- Aktiviti 1 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

15
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan secara ringkas bahawa aktiviti ini bukan untuk
menguji tetapi cuba saling berkenalan.

d) Memberikan masa untuk berkenalan dan meminta seorang


murid untuk menyebutkan nama ahli yang lain.

- Aktiviti 3 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan hendaklah
mencatat kelemahan dan kekuatan bagi setiap ahli.

d) Menerangkan pandangan diri sendiri terhadap keinginan


membaiki kelemahan diri sendiri dan mengembang
kekuatan diri.

- Aktiviti 4 : a) Pelajar diminta duduk dalam barisan lurus yang kemas.

16
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

b) Pembentangan disediakan untuk menyebarkan maklumat.


c) Terangkan secara mendalam dan teliti tentang tajuk
berkenaan serta nota diberikan.

d) Memberikan masa untuk menyoal jawab soalan yang


dikemukakan oleh pelajar.

- Aktiviti 6 : a) Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil

b) Ahli-ahli diminta duduk dalam bentuk bulatan


c) Terangkan bahawa latihan yang diberikan adalah untuk
menguji kefahaman dan disambung oleh pembentangan.

d) Menulis refleksi masing-masing dan bersurai.

KUMPULAN SASARAN

17
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

- Kumpulan sasaran ialah pelajar sekolah menengah kebangsaan.


- Alatan yang diperlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang diuruskan ialah
tali, batang ais krim, kertas mahjong, marker pen dan cetakan.

ANGGARAN KOS KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan Program/Projek

Kos Konvensional

Alatan Jumlah

Tali 50 x RM 0.50

Batang Ais Krim 50 x RM 0.70

Kertas Mahjong 25 x RM 1.70

18
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Marker Pen 5 x RM 2.50

Cetakan RM 500

Jumlah keseluruhan RM 615

Jadual 3: Kos program / projek

19
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

RUMUSAN

Konklusinya, bab ini telah memperkenalkan kemahiran bimbingan bidang


psikososial dan kesejahteraan mental terutamanya pelaksanaan guru
bimbingan menyampaikan konsep kendiri, kemahiran mengurus emosi,
kemahiran membuat keputusan serta menjelaskan kemahiran berfikir.
Dengan memiliki kemahiran-kemahiran sebegini, kita dapat menerima
pelbagai kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita. Konsep-konsep
kemahiran tertentu juga telahpun diperkenalkan dan kepentingan kewujudan
kemahiran tersebut telah dipaparkan dan dibincangkan dalam bab ini.

20
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

Rujukan.

Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi
kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 17-23.
Abdullah, Z., & Rahman, S. (2015). Kemahiran Meta-Tingkah Laku dan Kemahiran
Membuat Keputusan Pelajar Bermasalah Disiplin dan Tidak Bermasalah
Disiplin (Meta-Behavioral Skills and Decision-Making Skills among Students
with and Without Dicipline Behavior). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian
Journal of Education), 40(2), 175-183.
Abdullah, Z. (2014). Kemahiran meta-tingkah laku, kemahiran membuat keputusan
dan tingkah laku disiplin pelajar (Doctoral dissertation, UKM).
Nordin, A. B. (2017). Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1),
10-18.
Ramli, J. (2014). Pengertian Konsep Kendiri.
Rajendran, N. S., & Manusia, F. S. K. D. P. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir
Aras tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran
Pembelajaran. In Kertas Kerja Seminar Projek KBKK, Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saad, S., Saad, N. S., & Dollah, M. U. (2012). Pengajaran kemahiran berfikir:
persepsi dan amalan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 18-36.
Sipon, S. (2010). Mengurus Emosi Kanak-Kanak Cerdas (Edisi 2). Universiti Sains
Islam Malaysia.
Shah, I. M. (2004). Konsep kendiri dan pencapaian akademik golongan remaja:
melihat sejauhmana gaya kepimpinan ibu bapa sebagai moderator. Jurnal
Teknologi, 33â-44.
Yahaya, A. (2005). Hubungan Antara Konsep Kendiri, Motivasi Dan Gaya
Keibubapaan Dengan Pencapaian Pelajar (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).

21
BNK1044 PENDIDIKAN BIMBINGAN

22

Anda mungkin juga menyukai