Anda di halaman 1dari 8

BANGUNAN BERSEJARAH DI MALAYSIA

ASYAIEMAA BINTI AHMAD HISHAM (SKBB2)


KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6

Bangunan - bangunan Bersejarah Di Malaysia

Dari segi perkembangan sejarah negara, bangunan dan monumen lama dapat
berfungsi sebagai bukti kepada sesuatu era atau peristiwa bersejarah. Ini adalah
kerana segala peninggalan penjajah baik rumah besar, jambatan, menara jam
dan kota dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah
suatu masa dahulu dijajahi oleh pihak pendatang. Di Georgetown, Pulau Pinang,
contohnya, terdapat berbagai bangunan kolonial dan monumen seperti Kota
Cornwallis (1808), Masjid Kling (1801), Gereja St. George (1817), Muzium Negeri
(1821) dan Menara Jam Victoria (1897) yang mana membuktikan berlakunya
penjajahan awal pemerintahan British di semenanjung Tanah Melayu pada akhir
abad ke 18.

(Gambar Bangunan Abdul Samad,Selangor)

Bangunan Sultan Abdul Samad bina bercirikan seni bina Moor direka bentu
oleh arkitek British,Anthony C.Norman.Bangunan dua tingkat ini didirikan di atas
kawasan seluas 10200 meter persegi dan tingginya ialah 57 meter.Dibawahnya
terdapat tempat letak kereta untuk hakim-hakim dan pegawai –pegawai
mahkamah.Ia mempunyai 3 kubah dan sebuah menara jam setinggi 40 meter.

Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan


belanja sebanyak RM 17.2 juta ringgit.Di sini tempat di mana bendera Union Jack
telah diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Wilayah Persekutuan
dikibarkan.Tanda ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu
masyarakat yang merdeka.

Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah
ketika itu.Ia dirasmikan pada tahun 1896.
( Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, Melaka)

Bangunan Stadhuys yang dibina pada tahun 1650 sebagai kediaman rasmi
Gabenor Belanda dan para pegawainya merupakan contoh terbaik gaya
senibina Belanda ketika itu.

Ianya dipercayai merupakan bangunan Belanda yang tertua di rantau Timur.

Bangunan yang menggambarkan contoh terbaik senibina Belanda di zaman itu


kini mengandungi Muzium Sejarah dan Muzium Etnografi. Terdapat pameran
pakaian pengantin tradisional serta bahan peninggalan sejarah Melaka 400 tahun
yang lalu.

Kedua-dua muzium ini diatur dengan baik dan memaparkan penerangan


terperinci mengenai cara bagaimana pakaian-pakaian dan bahan-bahan
peninggalan ini memainkan peranan di zaman dahulu.

Batu Bersurat dijumpai di Padang Tara, di tepi Sungai Tara, Kampung Buloh, Kuala
Berang di Daerah Hulu Terengganu pada tahun 1887. Kemudian pada tahun
1902, Batu Bersurat ini dijumpai pula oleh Husin Bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli
perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh. Batu Bersurat ini dijadikan
alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surat dan patah sebahagian di sebelah
atas.
( Gambar Btu Bersurat ,Terengganu)

Batu Bersurat ini ditulis dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini
menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai
perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman
mengikut taraf seseorang.

Pada tahun 1923, Batu Bersurat ini dihantar ke Muzium Singapura sebagai
pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat
tersebut telah dibawa Ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles
Singapura.

Pada 12 Febuari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada
Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapatkan kembali Batu Bersurat
untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991,
Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada
Kerajaan Terengganu.

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi, suatu apacara penyerahan kembali Batu
Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan
Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Kerajaan Persekutuan
diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan Encik Ismail Bin Adam dan Kerajaan Negeri Terengganu diwakili YAB.
Dato’ Seri Amar DiRaja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad selaku Menteri Besar
Terengganu ketika itu.

Batu Bersurat ini merupakan sebuah peringatan yang terawal yang dijumpai di
Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengisytiharan Agama Islam sebagai
agama rasmi dan Undang-undang Islam.

Secara kesimpulannya, pemeliharaan bangunan bersejarah amat diperlukan


supaya generasi muda dapat tahu tentang latar belakang penubuhan sesebuah
negara .
Kebanyakkan daripada tempat bersejarah ini merupakan
tinggalan perang atau tinggalan agama pada suatu masa
dahulu. Lebih-lebih lagi kedudukan Malaysia yang strategik
menjadikan ianya satu tempat tumpuan pada masa dahulu.

LEMBAH BUJANG

• Merupakan binaan manusia tertua yang pernah direkodkan


di Asia Tenggara.
• Binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi lagi,
Lembah Bujang mempunyai hubungan perdagangan
maritim di antara beberapa buah negara luar seperti China.
• Bagi yang mengemari aktiviti lawatan sambil belajar di
sinilah tempat yang bagus untuk dilawati
• Antara lain yang masih ada di sini ialah beratus ribu
pecahan seramik,kaca dan manik dari seluruh negara,
runtuhan candi, struktur bandar atau pelabuhan yang
tenggelam, artifak budaya dan peralatan zaman dahulu
boleh didapati di sini.

ISTANA LAMA SERI MENANTI

• Terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menjadi


kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar Negeri Sembilan
sejak 1900-an lagi
• Bangunan ini dibina berdasarkan seni bina masyarakat
Minangkabau
• Dibina pada tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina
dengan menggunaka kayu dan terdiri daripada 99 batang
tiang termasuk 4 batang tiang seri.
• Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis
paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang
diperbuat daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak
digunakan.
• Pada 14 Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium
Diraja serta menempatkan artifak yang bersejarah.

KOTA BELANDA (THE DUTCH FORT)

• Terletak di Teluk gedung, Perak ini di bina oleh Belanda pada


masa dahulu, 1970 sebagai kubu pertahanan daripada
sebarang serangan luar
• Batu asas 300 tahun ini merupakan sisa-sisa tinggalan
daripada zaman kekuasaan masyarakat Belanda pada
masa dahulu
• Sebuah
taman kecil dan beberapa kedai cenderamata telah didirik
an di sekitar kawasan untuk pengunjung dan merupakan pe
mandangan pelancongan popular di pulau hari ini
BUKIT MELAWATI (MELAWATI HILLS)

• Terletak di Kuala Selangor, Selangor


• Kedudukannya amat strategik kerana terletak di kuala
sungai Selangor, menghadap selat Melaka dan Sumatra,
Indonesia
• Bukit menarik merupakan kawasan rekreasi yang sangat
menarik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk
para pengunjung
• Antara keistimewaan yang terdapat di sini ialah rumah api,
beberapa meriam lama, makam Sultan dan kerabat diraja,
batu pancung dll.
KOTA A FAMOSA

• Telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan


Melaka pada tahun 1511
• A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan
replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia
merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal
di Asia.
• Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota,
dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak
sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di
bandar Melaka

Anda mungkin juga menyukai