Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA 2017

Para murid yang dikasihi,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua untuk senyap dan tumpukan perhatian kepada
majlis yang akan berlangsung.

Semua guru dan murid berkumpul di Dewan Perkasa Sekolah


Kebangsaan Kota.
*Tindakan
Guru kelas mengambil kehadiran murid-murid

Menungumumkan ketibaan Yang Berusaha, En Mohd Zaidi B Hj


Yusoff, Guru Besar Sekolah kebangsaan Kota diiringi oleh penolong-
Pengunguman
penolong kanan pentadbiran sekolah.

Para guru dan murid dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan
lagu Negaraku, Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.

Nyanyian Lagu  Cue: Setelah nyanyian selesai

Para guru dan murid sekalian dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merba di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka
bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam


1malaysia dan salam Kelantan negeri tercinta.

Salutasi
Yang Berusaha,
En Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota.

Yang Dihormati,
Tn Hj Ab Hamid Bin Ibrahim,
Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati,
Tn Hj Rusli Bin Said, Penolong
Kanak Pentadbiran.
1
Yang Dihormati,
Pn Noryah Binti Mat Ajid, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid.

Barisan guru dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat Pencipta kerana di atas


limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini
bagi menghadiri perhimpunan rasmi serta Sambutan Pelancaran Bulan
Kata-kata aluan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah, Sekolah Kebangsaan Kota 2017.
.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna pada hari ini, marilah
kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Al Fadil Uztaz Nik Maruan Bin Nik Yaacob. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bacaan Doa
 Cue: Setelah selesai bacaan doa.

Amin amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-ti nggi penghargaan dan terima kasih
kepada Al Fadil Uztaz Nik Maruan Bin Nik Yaacob atas bacaan doa itu
tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam
kelam, Sudilah tuan beri
ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Ucapan Seterusnya,
Guru Besar
Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput Yang Berusaha, En
Mohd Zaidi Bin Hj Yusoff Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota bagi
menyampaikan ucapan. Dengan penuh tunduk kasihnya, dipersilakan.

 Cue: setelah ucapan selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasi h atas ucapan yang itu tadi.
Hadirin sekalian,

Tibalah masa yang kita nanti-nantikan. Untuk itu, dipersilakan kumpulan


murid tahun 5 untuk mempersembahkan lakonan ringkas sempena
sambutan pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah 2017. Majlis
mempersilakan.

 Cue: setelah usher bersedia untuk gimik pelancaran.


Persembaha
n Murid dan
Hadirin sekalian, Majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha, En Mohd
Gimik
Zaidi bin Hj Yusoff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota diiringi oleh
Pelancaran
barisan Penolong kanan Sekolah Kebangsaan kota untuk
menyempurnakan gimik pelancaran bulan kemerdekaan 2017. Majlis
mempersilakan.

 Cue: setelah selesai gimik pelancaran.

Majlis merakam ucapan terima kasih atas penyempurnaan gimik


pelancaran dan persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Nyanyian Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema bulan kemerdekaan.
Lagu Tema Untuk itu, para guru dan murid yang dikasihi dipersilakan untuk berdiri
Bulan bagi sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku Sehati Sejiwa, Tanggal 31
Kemerdekaan dan Jalur Gemilang. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya nyanyian lagu tema bulan kemerdekaan itu tadi,


maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada pagi ini.

Akar Keladi Melilit Selasih


Penutup Selasih Tumbuh Tepi
Jambangan Kalungan Budi
Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Saya mewakili jawatankuasa program memohon ampun ke atas salah


dan silap sepanjang pengendalian majlis.
Sekian terima kasih dan salam hormat.

Anda mungkin juga menyukai