Anda di halaman 1dari 17

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

TAHUN 2020

SUBJEK:

PENGAJIAN ISLAMICJERUSALEM & TIMUR TENGAH IIK2003

TAJUK:

LATAR BELAKANG DAN KRONOLOGI PERANG SALIB DARI TAHUN


1096M HINGGA 1291M

PENSYARAH:

PROFESOR DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

NAMA PELAJAR:

NAMA NO MATRIK
NUR ATIFAH BINTI MD SALEHUDDIN 17203578
PUTERI NAZURA BINTI TAKIUDDIN 17070644
LATAR BELAKANG DAN KRONOLOGI PERANG SALIB DARI TAHUN 1096M
HINGGA 1291M

(Background and Series of Crusades from 1096M until 1291M)

Oleh:

Nur Atifah Md Salehuddin

Puteri Nazurah Takiuddin

Abstrak

Perang Salib merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah umat Islam dan Kristian yang
berlaku dari tahun 1096M hingga tahun 1291M iaitu sekitar dua abad lamanya. Berlakunya
perang ini hasil seruan oleh Paus Urbanus II, pemimpin orang Kristian pada waktu tersebut
kerana ketidakpuasan hati terhadap layanan orang Islam terhadap orang Kristian yang
menziarahi Baitulmaqdis. Namun, di sebalik perkara tersebut, terdapat helah lain yang tersirat di
sebalik pelancaran peperangan ini iaitu untuk meenguasai dunia Islam. Bermulanya perang ini
dari kejayaan tentera Salib merampas Baitulmaqdis dari tangan umat Islam seterusnya
penaklukan semula Baitulmaqdis oleh Salahuddin al-Ayubi dan pelbagai usaha yang dilakukan
untuk merampas kembali tanah suci ini dari pihak Islam. Artikel ini akan membahaskan beberapa
faktor berlakunya perang ini dari aspek agama, politik, ekonomi dan sosial. Di dalam artikel ini
juga akan dijelaskan mengenai kronologi peristiwa bersejarah ini dari tahun 1096M hingga
1291M sehingga memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan umat Islam dan Kristian kini.

Kata kunci: Perang Salib, Baitulmaqdis, Kristian, Islam

Abstract

The Crusades were one of the important events in the history of Muslims and Christians that took
place from 1096M to 1291M, which is about two centuries old. The war was the result of a call
from Pope Urbanus II, the Christian leader at the time due to dissatisfaction with the treatment of
Muslims against Christians who visited Jerusalem. However, behind the matter, there is another

2
trick implied behind the launch of this war which is to control the Islamic world. The beginning of
this war from the success of the Crusaders to seize Islamicjerusalem from the hands of the Muslims
followed by the re-conquest of Islamicjerusalem by Salahuddin al-Ayubi and various efforts made
to recapture this holy land from the Muslims. This article will discuss some of the factors of this
war from the religion, political, economic and social aspects. In this article will also be explained
about the chronology of this historical event from the years 1096M to 1291M to have a profound
impact on the lives of Muslims and Christians today.

Keywords: Crusade, Jerusalem, Christianity, Muslims

PENGENALAN

Ketika Islam mula berkembang dari zaman Rasulullah SAW dari aspek peradaban dan keilmuan,
Eropah pula sebaliknya. Eropah mengalami kemuduran yang teruk, tiada kemajuan dalam
peradaban dan tiada aktiviti penyebaran ilmu. Namun, agama Kristian berjaya dikembangkan
sehingga bangsa Viking, Slav dan Magyar berjaya dikristiankan. Kedudukan Paus juga sangat
penting sebagai pemimpin gereja sehingga mengatasi kuasa raja. Kekuataan bangsa Eropah dalam
agama Kristian menyebabkan mereka sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan dan
membela agama mereka.

Perang Salib adalah gerakan orang Kristian di eropah menentang Islam di timur. Perang ini
dipanggil Perang Salib kerana ketika peperangan berlangsung, tentera Kristian memakai tanda
salib berwarna merah yang dijahit di pakaian-pakaian perang mereka sebagai simbol perang suci.
Perang ini berlaku dari 1096M hingga 1291M iaitu dalam 200 tahun dari abad 11 hingga 13.
Perang ini pertama kalinya dilancarkan selepas pidato yang dibentangkan oleh Paus Urbanus II
dalam Pertemuan Clermont di Perancis.

Perang ini juga mempunyai beberapa siri peperangan kerana jangka masa peperangan ini agak
lama. Kebanyakan sejarawan membahagikan jangka masa Perang Salib kepada tiga period masa.
Period yang pertama ialah di mana Baitulmaqdis yang dipegang oleh kerajaan Islam telah jatuh ke

3
tangah tentera salib kerana kelemahan-kelemahan yang ada dalam kerajaan Islam itu sendiri.
Namun, pada period yang kedua perang ini, Islam mula bangkit menentang tentera salib dengan
adanya pemimpin-pemimpin yang berwibawa yang mengetuai ketenteraan seperti Nuruddin Zanki
dan Salahuddin al-Ayubi. Hasilnya, Baitulmaqdis berajaya dikuasai oleh tentera Islam. Pada
period yang terakhir, tentera-tentera Kristian mencuba pelbagai usaha untuk menakluk kembali
Baitulmaqdis, namun usaha mereka tidak membuahkan hasil.

Berlakunya perang ini selain dari gerakan keagamaan yang selalu diwar-warkan oleh orang
Kristian, ternyata mereka mempunyai tujuan yang lain iaitu ingin menakluk wilayah-wilayah
kekuasaan Islam di Timur khususnya Baitulmaqdis. Hal ini kerana, mereka menganggap orang
Islam telah mengambil wilayah-wilayah mereka seperti Syiria, Mesir dah Sepanyol iaitu ketika
berlaku usaha untuk menyebar luas ajaran Islam. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, sekiranya
Islam berjaya menakluki sesuatu wilayah, kebanyakan penduduk akan memasuk Islam secara
sukarela. Oleh itu, orang-orang Kristian di eropah hanya menunggu masa yang sesuai untuk
menghancurkan Islam.

PENAMAAN PERANG SALIB

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perang didefinisikan sebagai warna merah kehitam-
hitaman. Maksud yang lain ialah keadaan berlawan atau berkelahi dengan menggunakan angkatan
tentera atau senjata. Seterusnya, perang juga bermaksud pertengkaran yang polemik melalui
tulisan di akhbar atau lain-lain1. Dalam konteks Perang Salib yang akan dibincangkan dalam
artikel ini, makna yang paling sesuai untuk digunakan ialah maksud yang kedua iaitu keadaan
berlawan atau berkelahi dengan menggunakan angkatan tentera atau senjata di mana peperangan
di antara umat Islam dan tentera salib (Kristian).

Manakala maksud salib menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah dua batang kayu yang bersilang
yang diletakkan sebagai tanda campur. Seterusnya, ia juga bermaksud tanda yang berupa garis

1
https://prpm.dbp.gov.my

4
bersilang seperti tanda campur yang menjadi lambang agama Kristian dan lain-lain. Menyalib pula
didefinisikan sebagai membunuh dengan mengikat pada kayu salib atau meletakkan sesuatu secara
bersilang atau berpalang2. Tuntasnya, salib merupakan simbol agama Kristian yang digunakan
oleh tentera-tentera Kristian semasa menentang pihak Islam pada abad ke 11M.

Perang Salib pula menurut Mamdukh Budiman dalam penulisannya bertajuk Perang Salib III (The
Crusade) yang diambil daripada Ahmad Warson Munawwir, berasal dari perkataan bahasa Arab
iaitu ‫ حركة‬yang bererti suatu gerakan atau barisan. Ia juga berasal dari perkataan ‫ صليبية‬yang bererti
kayu palang atau tanda silang (dua batang kayu yang bersilang)3. Dalam bahasa Inggeris pula
disebut sebagai cross dan bahasa Latin disebut sebagai crux. Ia adalah simbol yang terbentuk
daripada pertembungan dua garisan bersilang pada pusatnya yang terdiri daripada empat arah
lengan atau bahagian4.

Pada asasnya, perang ini dinamakan Perang Salib kerana sewaktu peperangan berlangsung, pihak
Kristian memakai tanda salib berwarna merah yang dijahit di pakaian- pakaian perang mereka
sebagai simbol perang suci. Mereka menganggap bahawa penentangan menetang Islam sebagai
perjuangan agama yang suci dan pemakaian simbol itu untuk memberi semangat kepada tentera-
tentera Kristian untuk bersunguh-sungguh menghancurkan Islam.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU PERANG SALIB

Perang Salib yang mengambil masa yang lama untuk tamat ini merupakan perang yang terpanjang
dalam sejarah umat Islam. Dari sudut pandang pihak Kristian, perang ini merupakan gerakan
keagamaan yang dilancarkan oleh Paus Urbanus II untuk membela kesucian agama Kristian yang
dikatakan telah dicerobohi oleh umat Islam. Tindakan ini seolah-olah menempatkan pihak Islam
sebagai penyerang dan mereka berada di pihak yang tertindas. Namun, jika dikaji dengan lebih

2
https://prpm.dbp.gov.my
3
Mamdukh Budiman, Perang Salib III (The Crusade)
4
Muhammad Syahmi Farhan Ab Majid & Indriaty Ismail, Kepentingan Simbol Salib dalam Tradisi Teologi Agama
Kristian

5
mendalam, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya peristiwa
bersejarah ini kerana kedua-dua pihak mempunyai kelemahan-kelemahan tersendiri sehingga
tercetusnya perang ini. Faktor-faktor yang akan dibincangkan dalam perbahasan ini pertamanya
ialah faktor agama, faktor politik, faktor sosial dan akhir sekali ialah faktor ekonomi.

Faktor agama

Islamicjerusalem merupakan kota suci bagi umat Islam dan Kristian. Disitulah terdapat Makam
Suci (Holy Sepulchre) yang menjadi pusat ibadat orang Kristian dan Masjid al-Aqsa, masjid yang
merupakan kiblat pertama orang Islam dan antara tiga masjid yang suci dalam Islam. Namun,
sewaktu Kerajaaan Fatimiyah memerintah wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Islam,
pemerintahan dilakukan secara tidak adil. Orang-orang Krisitan diseksa dan perkara yang makin
menaikkan kemarahan mereka ialah apabila gereja suci mereka telah dihancurkan oleh prang Islam
sewaktu pemerintahan al-Hakim5.

Sewaktu pemerintahan Kerajaaan Saljuk pula, orang-orang Kristian yang datang menziarahi
Makam Nabi Isa di Baitulmaqdis diberi layanan yang buruk. Sikap bangsa Turki Saljuk yang
terlalu taksub dengan bangsa mereka sendiri menyebabkan mereka merendah-rendahkan kaum
lain terutamanya Kristian. Mereka memberi layanan buruk kepada mereka, tetapi bukanlah secara
fizikal iaitu dibunuh atau dicederakan, namun secara psikologikal iaitu menyebarkan pemikiran
yang tidak baik tentang orang Kristian. Kedatangan mereka tidak disambut, malah mereka
diabaikan dan dihina. Orang-orang Kristian menganggap bahawa layanan itu tiada bezanya seperti
ketika berada di Eropah, tetapi kesejahteraan yang dimiliki oleh penduduk Islam dicemburui
sekaligus menimbulkan perasaan ingin menghancurkan umat Islam6.

5
Mohammad Affan, Trauma Perang Salib dalam Hubungan Islam-Barat
6
Yuslia Styawati & Mubaidi Sulaeman, Perang Salib dan Dampaknya pada Dunia

6
Faktor politik

Semasa pemerintahan Saljuk, Sultan Alp Arslan ingin menyatukan seluruh dunia Islam di bawah
sistem Khalifah Abbasiyyah untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di seluruh wilayah
kekuasaannya. Perkara itu menyebabkan Raja Rom berasa bimbang dan mula menyiapkan tentera-
tenteranya untuk bertempur dengan tentera Islam. Pada tahun 463H, telah berlaku satu peperangan
di antara Kerajaan Saljuk Islam dan Kerajaan Byzantine (Rom Timur) yang dinamakan sebagai
Perang Malazgirt atau Manzikert. Kemenangan besar berpihak kepada pasukan Islam apabila
mereka berjaya meruntuhkan penguasaan Byzantine yang kebanyakannya berada di Asia Kecil.
Kekalahan dalam perang tersebut memberi impak besar kepada Byzantine sehingga memaksa
Armanus untuk menjalinkan hubungan dengan Paus Urbanus untuk meminta pertolongan.
Permintaan untuk melancarkan perang ke atas umat Islam untuk merebut kembali Baitulmaqdis
demi membela agama disambut baik oleh Paus Urbanus II kerana beliau mempunyai agenda
politik tersendiri7. Pada Pertemuan Clermont di Perancis pada bulan November 1096M, Paus
Urbanus II menyeru orang ramai untuk menyertai perang ke atas umat Islam dan meletakkan tanda
salib berwarna merah di pakaian-pakaian mereka8.

Di samping itu, di eropah, terdapat satu tradisi di mana tanah yang dimiliki oleh sesebuah keluarga
hanya akan diwarisi oleh anak sulung. Keadaan ini menyebabkan ahli keluarga yang lain berasa
tersisih dan mencari pelbagai cara untuk memiliki sedikit harta dan kedudukan seperti mengahwini
orang yang dapat mewarisi harta dan menyertai peperangan. Oleh itu, sebaik sahaja seruan oleh
Paus Urbanus II menentang Islam, mereka terus menyambut seruan itu dengan harapan dapat
memiliki tanah. Tambahan lagi, orang-orang Eropah yang mempunyai tanah juga mengambil
kesempatan menyertai perang ini untuk mendapat kemuliaan yang lebih besar dan kedudukan yang
lebih tinggi. Hal ini kerana, sistem feudal di Eropah di mana kedudukan seseorang bangsawan atau
pemerintah akan menjadi lebih tinggi sekiranya mereka mempunyai tanah yang luas dan banyak.
Maka, mereka berebut-rebut untuk memiliki tanah agar mendapat kedudukan yang lebih baik
dengan menyertai peperangan menentang Islam9.

7
Syamzan Syukur, Perang Salib dalam Bingkai Sejarah
8
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib
9
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib

7
Faktor sosial

Pada waktu sebelum berlakunya berlakunya perang salib, masyarakat eropah mempunyai kelas
sosial yang tersendiri. Mereka menggunakan sistem feudal di mana masyarakat terbahagi kepada
tiga kelompok, iaitu lapisan pertama ialah agamawan yang terdiri daripada paderi dan pendeta,
tentera di lapisan kedua dan petani dan hamba di lapisan terakhir.Agamawan dan tentera ini
merupakan kelompok minoriti yang sangat berpengaruh. Mereka berkuasa dalam institusi politik
dan berkuasa menguasai masyarakat. Petani pula ialah kelompok majoriti yang tertindas. Hal ini
kerana, mereka perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan golongan agamawan. Kerana.
Mereka ini terikat dengan tanah warisan yang mereka usahakan secara turun-temurun. Oleh itu
semua yang diusahakan akan diberikan kepada tuannya iaitu golongan agamawan dan tentera dan
mereka tidak mendapat apa-apa hasil dari pertanian yang diusahakan. Atas sebab mereka merasa
tertindas dengan sistem sosial pada ketika itu, mereka segera menyahut seruan perang salib yang
dilaungkan oleh Paus Urbanus II. Dengan menyertai peperangan ini, mereka berharap akan
mendapat status sosial yang lebih baik jika pihak eropah dapat menguasai wilayah tentera Islam.
Maka berkumpullah golongan-golongan bawahan ini menjadi satu bala tentera salib untuk
menyerang Islam10.

Faktor ekonomi

Pada waktu tersebut, keadaan ekonomi di eropah dan timur sangat berbeza. Ekonomi di timur
berkembang dengan sangat pesat dengan tanah yang subur dan buah-buah yang banyak. Mereka
mempunyai sumber makanan yang banyak dan dapat menampung keperluan hidup dengan baik
tanpa sebarang masalah. Berbeza dengan eropah yang mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Bilangan pedagang-pedagang yang berniaga semakin berkurangan dan kegiatan import barangan
dari timur semakin menurun11. Pada waktu itu juga, Perancis mengalami bencana kelaparan di
mana mereka kekurangan sumber makanan sehingga memaksa mereka memakan rumput dan
pokok-pokok hutan12.Dalam keadaan terdesak itu, mereka menyertai perang untuk memperbaiki
ekonomi di eropah dengan harapan dapat menguasai laluan perdagangan di timur apabila mereka

10
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib
11
Mohammad Affan, Trauma Perang Salib dalam Hubungan Islam-Barat
12
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib

8
menang. Para pedagang di pantai Timur Laut Tengah terutamanya yang berada di Kota Venezia,
Ganoa dan Pisa juga ingin menguasai wilayah-wilayah di timur untuk meluaskan lagi perdagangan
mereka13.

KRONOLOGI PERANG SALIB

Apa yang dapat diterangkan dalam artikel ini adalah kronologi Perang Salib atau dalam bahasa
lainnya dipanggil Crusade. Berdasarkan buku Atlas Perang Salib14, Perang Salib itu sendiri
mempunyai lapan siri peperangan dan ada sesetangah pendapat mengatakan tujuh siri peperangan.
Selain daripada Perang Salib yang utama, terdapat juga perang-perang kecil yang berlaku semasa
Perang Salib tercetus. Antaranya adalah Perang Salib Rakyat, Perang Salib Aragon, Perang Salib
Inggeris, Perang Salib Perancis, Perang Salib Kanak-kanak, Perang Salib Bavaria-Akitani dan
pelbagai. Di sini, dapat disimpulkan bahawa Perang Salib berlaku bukan sekadar untuk memerangi
orang Islam sahaja bahkan memerangi mereka yang tidak menyokong dan bersetuju dengan
pendapat dan cara mereka.

Sebelum tercetusnya Perang Salib Pertama, berlaku satu pertempuran kecil antara tentera Salib
dengan tentera Islam dan dinamakan dengan Perang Salib Rakyat. Hal ini merupakan fasa
permulaan sebelum berlakunya Perang Salib Pertama. Tentera Salib pada masa itu terdiri daripada
golongan rakyat jelata di wilayah-wilayah Eropah. Perang Salib Rakyat berlaku pada tahun 489
H/ 1096 M. Panglima perang bagi tentera Salib diketuai oleh Peter the Hermit dan juga Walter
Sans Avoir.

Pada Pertemuan Clermont mereka menyeru orang-orang Kristian untuk membebaskan


Baitulmaqdis daripada terus dikuasai oleh orang islam masing-masing yang hadir menerima seruan
tersebut dengan menyertai pasukan Salib. Mereka mula berangkat daripada wilayah Eropah iaitu
Cologne seterusnya merentasi Hungary sehinggalah tiba di kota Konstantinopel. Melalui Raja

13
Yuslia Styawati & Mubaidi Sulaeman, Perang Salib dan Dampaknya pada Dunia
14
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib

9
Alexius I iaitu raja Konstantinopel, pasukan Salib berjaya menelusup masuk ke Asia Kecil. Setelah
berjaya masuk ke Asia Kecil yang mana kawasan tersebut berada di bawah jajahan Kerajaan
Saljuk, mereka melakukan serangan kecil di kawasan sekitarnya menyebabkan Kerajaan Saljuk
menghantar pasukannya untuk memerangi tentera Salib. Peperangan tersebut berakhir dengan
kemenangan kepada tentera Islam.

Perang Salib Pertama

Perang Salib Pertama berlaku lingkungan tahun 1096-1099 M(489 H). Tujuan Perang Salib adalah
mahu merebut wilayah Baitulmaqdis daripada Islam yang pada masa itu di bawah takluk jajahan
Kerajaan Ubaidiyyah. Langkah pertama yang dilakukan oleh tentera Salib adalah mereka perlu
menguasai wilayah-wilayah di sekitar Al-Quds sebelum menguasai Al-Quds itu sendiri seperti
Antioch, Ar-Ruha, Tripoli, dan Edessa. Hal ini untuk memudahkan mereka dan melemahkan
kerajaan Islam di Baitulmaqdis. Pasukan Salib yang dipimpin Bohemond tiba di Antioch pada 21
Oktober 1097 M. Mereka mengepung kota Antioch sehinggalah menemui kejayaan apabila
Antioch gagal dipertahan oleh pemerintah Karbuqa, Imaduddin Karbuqa dan tenteranya kerana
terdapat pergelutan antara Karbuqa dan Saljuk.

Seterusnya, tentera Salib menakluk Ar-Ruha di bawah takluk kerajaan Saljuk. Ar-Ruha terletak di
antara Syam dan Mosul. Godfrey of buillon, seorang panglima Salib mengambil alih kedudukan
Thoros sebagai pemerintah Ar-Ruha. Thoros adalah daripada bangsa Armenia yang menetap di
Ar-Ruha. Godfrey menghalau orang Islam yang tinggal di Ar-Ruha.

Pasukan Salib seterusnya menuju ke Baitulmaqdis. Sebelum menakluk Baitulmaqdis, mereka


melakukan beberapa pertempuran sehinggalah berjaya menawan Baitulmaqdis. Pelbagai rintangan
yang terpaksa dihadapi oleh tentera Salib sebelum itu seperti kehausan kerana telaga diracuni
tentera Islam, kelaparan, dan kekurangan tentera. Namun, penderitaan itu berakhir apabila bantuan
dari Genoa tiba bagi membantu mengalahkan tentera Islam. Mereka berjaya masuk ke dalam
Baitulmaqdis seterusnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam dan tidak
terkecuali Yahudi yang dikumpulkan lalu dibakar. Hal ini menjadi kesinambungan kepada siri

10
Perang Salib yang seterusnya apabila tentera Islam cuba mengambil kembali Baitulmaqdis
daripada kekuasaan Kerajaan Kristian Latin.

Perang Salib Kedua

Di siri Perang Salib Kedua memberi sinar baru buat orang Islam apabila pada era inilah wilayah
Al-Quds berjaya direbut kembali daripada tentera Salib yang melakukan banyak kezaliman
terhadap mereka. Perang Salib Kedua berlaku pada jangka masa 1145 M-1149 M. Pada peringkat
permulaan, Islam pada masa itu dipimpin oleh pemerintah Mosul iaitu Maudud melakukan
serangan di Ar-Ruha dan cuba membebaskannya. Hal ini menyebabkan pihak Salib berasa tidak
senang duduk kerana Ar-Ruha atau Edessa merupakan negeri pertama Salib yang jatuh ke tangan
Islam setelah kejayaan mereka menakluk Baitulmaqdis.

Maudud dikatakan antara tokoh terawal yang menyahut seruan jihad oleh Ulama’. Perjuangan
Maudud tidak bertahan lama apabila beliau telah dibunuh oleh salah seorang anggota Hasyasyiyun.
Hasyasyiyun merupakan pecahan daripada mazhab Syiah dan sering digelar dengan nama Al-
Nazariah.

Kemudian, setelah kemangkatan Maudud muncul pula keluarga Zanki untuk meneruskan
perjuangan beliau. Imaduddin Zanki berjaya membebaskan Ar-Ruha pada tahun 539 H. Setelah
berdekad-dekad lamanya mereka melakukan pertempuran terhadap Ar-Ruha akhirnya Imadudddin
Zanki berjaya menumpaskan Ar-Ruha. Imaduddin Zanki cuba membentuk kekuatan umat Islam
dengan menyatukan semua gerakan penentangan yang wujud di Syria. Oleh itu, beliau memulakan
langkah dengan membebaskan Aleppo iaitu antara bandar yang penting di Syam. Wilayah-wilayah
Salib semakin hari semakin banyak jatuh ke tangan Islam di bawah pimpinan Imaduddin Zanki.
Antara wilayahnya selain Kota Aleppo adalah Kota Sarja, Dara dan Benteng al-Atsarib. Beliau
cuba merebut wilayah Damsyik namun gagal.

11
Setelah kemangkatan Imaduddin Zanki, maka naiklah putera-puteranya bagi menggantikan
kedudukan beliau iaitu Nuruddin Mahmud sebagai pemerintah Aleppo dan Saifuddin Ghazi
sebagai pemerintah Mosul. Nuruddin Mahmud seperti yang dicatatkan dalam sejarah merupakan
salah seorang tokoh yang bijak dalam merancang strategi peperangan bagi mengalahkan tentera
Salib. Banyak kejayaan yang dicapai oleh beliau seperti bapanya. Beliau berjaya menggagalkan
usaha Justin II untuk kembali memilik Ar-Ruha. Melalui jalinan hubungan erat dengan negeri-
negeri di kawasan Syam dan Iraq Utara, dapat memberi kekuatan kepada Islam untuk menghadapi
serangan musuh. Setelah memeterai perjanjian dengan pemerintah Damsyik, mereka berjaya
membebaskan Bushra dan Sarkhad di selatan Syria. Kemudian, pembebasan Artah, Kafr Latsa,
Basharfut, dan beberapa daerah lain oleh Nuruddin dan pasukannya. Pada pertempuran tahun 1149
M pemimpin Salib, Raymond de Poitiers dan beberapa orang panglima pasukan Frank terbunuh
ketika menyelamatkan Kubu Inib.

Kejayaan demi kejayaan berjaya diraih oleh Nuruddin iaitu berjaya menumpaskan Kerajaan
Fatimiyyah Ubaidiyyah yang bermazhab Syiah dan mereka ini selalu menimbulkan kekacauan
politik di seluruh wilayah Islam. Seterusnya kejayaan Nuruddin adalah beliau berjaya
mengembalikan akidah Mesir kepada ahl Sunnah wal Jamaah.

Menurut ahli sejarawan, Salahuddin Al-Ayubi mengambil alih urusan negara setelah kemangkatan
Asaduddin Shirkuh di Mesir. Ditambah lagi dengan kewafatan Nuruddin membolehkan
Salahuddin mentadbir sebahagian daripada wilayah Syam, Al-Jazirah, Mosul dan Yaman.
Salahuddin Al-Ayubi meneruskan jihad yang pernah dikibarkan oleh Syaraf Ad-Daulah Maudud
dan Imaduddin Zanki dan bertekad mahu membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman pihak
Salib.

Salahuddin Al-Ayubi merupakan seorang pemerintah Islam yang hebat dan mahir dalam selok-
belok peperangan. Selain itu juga, beliau seorang yang sangat alim dan zuhud. Beliau hidup pada
tempoh 532 H sehingga beliau mangkat pada tahun 589 H. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan hasratnya yang mahu merebut Baitumaqdis, beliau perlu menyusun beberapa

12
strategi yang paling berkesan dan perlu menyatukan seluruh wilayah Islam selain daripada
merampas kembali negeri-negeri yang pernah dikuasai oleh Islam.

Langkah seterusnya adalah beliau perlu menakluk Benteng Karak15. Kubu ini pernah dijadikan
tempat perlindungan bagi para raja. Kubu Al-Karak ini akhirnya dikuasai oleh pimpinan
Salahuddin Al-Ayubi setelah beliau berjaya membunuh Raynald de Chatillon. Pada tahun 1187
M, berlaku pertempuran Hittin. Salahuddin Al-Ayubi mempersiapkan tenteranya seramai 12 ribu
manakala tentera Salib menghantar seramai 63 ribu tenteranya yang diketuai oleh Raymond III16.
Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mengepung tentera Salib yang dalam keadaan
disebabkan cuaca panas dan tidak ada bekalan air. Hal yang demikian, tentera Islam terus
mengambil peluang dengan melepaskan anak panah kepada tentera Salib menyebabkan ramai
pihak musuh yang tumbang. Salahuddin Al-Ayubi yang dikenali dengan kepandaiannya yang
menyusun strategi peperangan, menyuruh tenteranya membakar rumput-rumput kering supaya
keadaan menjadi lebih panas. Akhirnya, setelah bertempur selama tujuh jam, pasukan Salahuddin
menemui kejayaan apabila menang dalam pertempuran tersebut dan Raja Guy de Lusignan berjaya
ditawan.

Kemudian, Salahuddin dan pasukannya terus menggempur kawasan-kawasan di negeri pihak


musuh. Salahuddin membahagikan tenteranya untuk menakluk beberapa kawasan. Antara
wilayah-wilayah yang berjaya ditawan kembali oleh Islam ialah Acre, Nablus, Haifa, Caserea,
Tripoli, Nazareth, Tebnine, Sidon, Beirut, daerah Byblis, Ramallah, Darom dan Ashkelon.
Pencapaian tentera Islam sangat membanggakan pada masa itu dan dapat dilihat juga kesungguhan
Salahuddin Al-Ayubi yang mahu merebut kembali Islamikjerusalem.

Misi seterusnya adalah pembebasan Baitulmaqdis oleh pasukan Salahuddin. Pasukan Salahuddin
tiba di Baitulmaqdis dan sudah bersiap sedia untuk berperang pada 15 Rejab 538 H. Maka
pertempuran pun berlaku antara dua pihak iaitu tentera Islam dan tentera Salib. Walaupun ramai
tentera Islam yang gugur, namun tidak mematahkan semangat mereka kerana pada akhirnya

15
Sami Abdullah Al-Maghluts, Atlas Perang Salib
16
https://www.britannica.com/event/Battle-of-Hattin

13
mereka berjaya meruntuhkan satu dinding pertahanan kota Baitulmaqdis. Sebelum Baitulmaqdis
jatuh ke tangan Islam, pemimpin Salib cuba meminta jaminan keselamatan daripada Salahuddin.
Salahuddin menetapkan syarat bahawa setiap lelaki Frank, sama ada kaya atau miskin perlu
menebus diri dengan wang berjumlah 10 dinar Mesir manakala kaum wanita perlu menebus diri
dengan lima dinar dan kanak-kanak lelaki dan perempuan sebanyak dua dinar. Seluruh fakir
miskin pula dikenakan bayaran sebanyak 300,000 dinar. Pada hari Jumaat, 17 Rejab 583 H,
pasukan Islam menerima penyerahan Baitulmaqdis. Berita mengenai pembebesan Baitulmaqdis
ini mengembirakan hati seluruh masyarakat Islam. Ramai daripada mereka yang datang ke
Baitulmaqdis untuk menziarahi kota itu. Salahuddin meminta untuk dibersihkan masjid Al-Aqsa
yang pernah dijadikan kandang babi semasa pemerintahan orang-orang kristian. Seterusnya umat
Islam terus mencipta sejarah dengan menunaikan solat Jumaat pertama pada 4 Syaaban 583 H
setelah sekian lama diambil alih.

Perang Salib Ketiga dan seterusnya

Masuk kepada Perang Salib Ketiga di mana cubaan raja-raja Kristian yang mahu mengambil
kembali Baitulmaqdis. Tempoh perang ini adalah sekitar 1189-1192 M. Raja-raja yang berkomplot
adalah raja Jerman iaitu Fredrick Barbarossa dan raja Perancis iaitu Philip Agustus. Raja Richard
seorang raja England digelar The Lion Heart (Si Hati Singa) telah melanggar perjanjian dengan
Islam apabila beliau merampas wilayah Acre daripada Islam. Seterusnya, beliau tidak
membenarkan orang Islam di Acre keluar daripada situ sehinggalah mereka menyerahkan semua
harta kepada mereka dan Salahuddin Al-Ayubi diminta untuk membayar wang tebusan.
Salahuddin terpaksa membayar wang tebusan kepada pihak mereka yang menawan Acre demi
menjaga nyawa penduduk Islam di sana.

Selepas menakluk Acre, Salib cuba menyerang Baitulmaqdis namun serangan mereka berjaya
dipatahkan oleh pasukan Salahuddin. Disebabkan berlaku konflik dalaman antara pihak Salib,
maka termeterailah perjanjian damai yang dinamakan Perjanjian Ramallah antara pasukan Richard
dan pasukan Salahuddin pada 2 September 1192 H. Dalam perjanjian itu, beberapa wilayah
dibahagikan antara Salib dan Islam. Salib akan memiliki sebuah daerah dari Tyre hingga Jaffa

14
yang meliputi kota-kota Caesarea, Haifa dan Arsuf manakala Ashkelon akan tetap diperintah oleh
orang Islam. Ramallah dan Lod dibahagi dua antara Salib dan Islam. Semua isi perjanjian itu
dipersetujui oleh orang Islam dan Salib termasuklah para Panglima Hospitaller, Panglima Templar
dan semua Panglima Frank. Baitulmaqdis akan tetap berada di tangan Islam dan orang Kristian
dibenarkan melawat Baitulmaqdis pada bila-bila masa selagi tidak membawa senjata bersama.

Pada siri peperangan seterusnya sehinggalah siri perang Salib yang terakhir merupakan cubaan-
cubaan pasukan Salib dalam merampas kembali Baitulmaqdis tetapi gagal. Pada Perang Salib
Keenam dikatakan bahawa berlaku penyerahan Baitulmaqdis daripada pemerintah Islam, Sultan
Al-Kamil kepada Raja Fredrick II. Sultan Al-Kamil berbuat demikian adalah kerana beliau
terhimpit dengan pelbagai masalah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berfikir dengan
waras. Penyerahan Baitulmaqdis itu disambut dengan gembira oleh Raja Fredrick kerana
penyerahan itu tidak berlaku sebarang pertumpahan darah dalam menakluk kembali Baitulmaqdis.
Setelah menyerahkan Baitulmaqdis kepada Salib, berlaku perjanjian damai yang dinamakan
Perjanjian Jaffa.

Setelah beberapa tahun Baitulmaqdis diperintah oleh kerajaan Salib, akhirnya pada 11 Julai 1244
M Kerajaan Khawarizmiyyah yang dipimpin oleh As-Salih Ayyub menyerang Baitulmaqdis dan
berjaya mengambil kembali Islamikjerusalem. Peristiwa itu adalah kali terakhir Baitulmaqdis
dirampas oleh tentera Islam kerana selepas daripada itu Baitulmaqdis tidak pernah jatuh ke tangan
mana-mana pihak sehinggalah penghijrahan dan pendudukan bangsa Yahudi di tanah Palestine
pada tahun 1948.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dirangkumkan berdasarkan keseluruhan tajuk ini adalah Perang Salib
merupakan interaksi antara Kristian-Islam yang berlaku dalam jangka masa yang agak panjang
iaitu lebih kurang 200 tahun lamanya. Di perang ini juga, umat Islam sebernarnya berada di pihak
kemenangan dan Salib berada pada pihak yang kalah. Hal ini kerana Baitulmaqdis pada akhirnya

15
dimiliki oleh orang Islam. Pelbagai cara yang digunakan oleh Salib untuk meraih kembali
Islamikjerusalem namun berjaya digagalkan oleh tentera Islam. Kejayaan yang dikecapi ini
menunjukkan bahawa pemerintah Islam pada masa dahulu sangat hebat dan bijak dalam menyusun
strategi. Pengkhianatan dan tipu daya pihak musuh tidak mematahkan semangat jihad yang wujud
dalam diri tentera Islam malah mereka terus berjuang melindungi Baitulmaqdis daripada terlepas
ke tangan musuh.

Kesan daripada Perang Salib akhirnya menyebabkan negara-negara Barat mengalami peralihan
zaman daripada zaman gelap kepada zaman Renaissance. Mereka bangkit daripada kelemahan
yang ada untuk terus maju seiring dengan kemajuan yang dikecapi oleh negara-negara Islam.
Selain itu, masyarakat Eropah mengambil banyak manfaat dan terpengaruh dengan peradaban
timur khususnya dalam bidang kelimuan.

Melalui Perang Salib, Islam melahirkan ramai pahlawan agung seperti Maudud, Imaduddin Zanki,
Nuruddin Zanki, dan tidak terkecuali Salahuddin Al-Ayubi. Di samping itu, Perang Salib
menyebabkan umat Islam bersatu padu dalam memerangi musuh dan berusaha melindungi
wilayah-wilayah Islam daripada jatuh ke tangan tentera Salib. Hal yang demikian, dapat dilihat
juga ketamakan dan kerakusan para pemerintah tidak kira agama untuk mendapat kuasa dan
sanggup melakukan apa sahaja demi keinginan hawa nafsu. Oleh yang demikian, sewajarnya
masyarakat Islam khususnya mengambil iktibar dan pengajaran kesan daripada Perang Salib untuk
memperbaiki apa yang kurang dan terus mengorak langkah dalam memajukan diri, masyarakat
dan negara.

16
RUJUKAN

Diambil daripada http://zikirfikirmalaysia.blogspot.com/2017/12/perang-hittin-dan-


pembebasan.html

Diambil daripada https://prpm.dbp.gov.my/

Diambil daripada https://www.britannica.com/event/Battle-of-Hattin

Diambil daripada https://www.thepatriots.asia/siri-perang-salib-dalam-sejarah/

Mamdukh Budiman. (2012). Perang Salib III (The Crusade). Arabic Studies and Islamic Studies:
Universitas Muhammadiyah Semarang.

Mohammad Affan. (2012). Trauma Perang Salin dalam Hubungan Islam-Barat. Sosiologi
Reflektif, 6(2), 13-27.

Muhammad Syahmi Farhan Ab Majid & Indriaty Ismail. (2018). Kepentingan Simbol Salib dalam
Tradisi Teologi Agama Kristian. Jurnal Usuluddin, 46(1), 1-22.

Sami bin Abdullah. (2009). Atlas Perang Salib. Kuala Lumpur: PTS Publications.

Syamzan Syukur. (2011). Perang Salin dalam Bingkai Sejarah. Jurnal al-Ulum, 11(1), 189-204.

Yuslia Styawati & Mubaidi Sulaeman. (2020). Perang Salib dan Dampaknya pada Dunia. Realita,
18(2), 50-59.

17

Anda mungkin juga menyukai