Anda di halaman 1dari 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/343794613

PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH : KESAN PERANG SALIB


KEPADA DUNIA ISLAM DAN DUNIA KRISTIAN

Presentation · August 2020


DOI: 10.13140/RG.2.2.35973.17128

CITATIONS READS

0 4,807

1 author:

Seow Han Lin


University of Malaya
8 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Sejarah Kesihatan View project

Sejarah Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Seow Han Lin on 21 August 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


AIL1004 : PENGANTAR SEJARAH TAMADUN DI EROPAH

BINCANGKAN KESAN PERANG SALIB KEPADA

DUNIA ISLAM DAN DUNIA KRISTIAN

SEOW HAN LIN

17207164/1

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

KUALA LUMPUR

2019 / 2020
PENDAHULUAN

Perang Salib merujuk kepada beberapa siri peperangan yang diterajui oleh orang Kristian

Eropah Barat pada 1096 M sehingga 1291 M. Perang ini dinamakan sebagai Perang Salib

kerana tentera Kristian memakai pakaian bertanda salib ketika peperangan. Perang Salib

merupakan satu peristiwa yang telah mencatatkan bahawa golongan Kristian telah berjaya

menawan Islamicjerusalem (Baitul Maqdis) dari pemerintahan umat Islam. Ia telah menjadi

lambang kejatuhan umat Islam bermula pada tahun 1099. Perang Salib juga adalah salah satu

babak yang paling kelam dan dramatis dalam sejarah perjalanan umat beragama yang tercatat

dalam lembaran sejarah perang sebagai suatu perang yang memakan tempoh yang agak lama

iaitu sekitar dua abad lamanya (1096- 1291 M) dengan tujuh siri peperangan kesemuanya.

Tujuan utama perang tersebut adalah untuk menguasai Jerusalem dari Muslim. Mereka yang

menyertai Perang Salib adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat , misalnya daripada

raja , tentera , petani , penjenayah , peminta sedekah dan juga kanak-kanak. 1

Sejarawan Muslim sering mengaitkan istilah “Perang Salib” sebagai al-Hamlat alSalabiyah

yang membawa erti “Serangan Pasukan Salib.” Sebaliknya, sejarawan Barat selalu

menyebutnya sebagai “Gerakan Salib” atau “Gerakan Keagamaan.” Walaubagaimanapun ,

istilah Perang Salib adalah berasal daripada bahasa Arab , iaitu ‫ حر كة‬yang bermaksud “suatu

gerakan” atau “barisan” serta ‫ صــــــــلیبیة‬, yang merujuk kepada “kayu palang” atau “tanda

silang (dua batang kayu dalam keadaan bersilang).” Namun yang menariknya, istilah Perang

Salib tersebut sememangnya tidak pernah digunapakai oleh mereka yang terlibat dalam

peperangan terbabit. Hal ini demikian kerana tentera Salib yang asal telah menggunapakai

istilah fideles Sancti Petri (Orang yang Beriman dengan St. Peter) atau milites Christi, yang

merujuk kepada “tentera al-Masih.”Istilah ini bermula apabila mereka seringkali melihat diri

1
Nazar Ul Islam Wani, “Impact of Crusades on Islam and Christianity”, International Journal of Humanities and
Social Science Invention, Jil. 3, No.2, March 2013, hlm. 43.

1
mereka sebagai orang yang membuat iter (perjalanan) atau peregrinatio (haji) walaupun pada

hakikatnya jemaah haji dilarang sama sekali membawa senjata. Setiap daripada jemaah haji ini

telah bersumpah bahawa mereka akan berjaya tiba di Baitul Maqdis. Justeru, mereka

diharuskan memakai tanda salib berwarna merah pada bahagian hadapan dan belakang pakaian

mereka. Tujuannya ialah semata-mata untuk membangkitkan emosi dan semangat keagamaan,

sekaligus membezakan pasukan mereka dari pasukan lain. Kesinambungan daripada

mengambil salib tersebut akhirnya dikaitkan dengan seluruh perjalanan itu kerana di sinilah

merupakan titik tolak terbinanya istilah “crusade” dalam bahasa Inggeris, “croisade” dalam

bahasa Perancis, “crociata” dalam bahasa Itali dan “croziada” dalam bahasa Portugis. Sejarah

penggunaan istilah Perang Salib turut menyaksikan bahawa sejak dari kurun ke-17 lagi ,

penggunaan istilah tersebut telah mencetuskan satu konotasi dalam dunia Barat sebagai satu

kempen yang wajar, di mana pada kebiasaannya adalah untuk “membanteras kejahatan,” atau

berperang berpaksi pada alasan yang wajar. Namun begitu, dalam makna yang lebih luas,

ternyata ia telah mengandungi makna retorik dan metafora demi mewajarkan sebarang perang

yang mendapat justifikasi agama.2

Antara faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Salib adalah gangguan terhadap

pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian ke pusat agama mereka di Jerusalam (bandar purba

Palestin) disebabkan oleh kemaraan puak Turki Seljuk pada abad ke-11. Pada 1055 , pemimpin

Turki Seljuk , Togrul Beg , memaksa tuannya , Khalifah Abbasiah Baghdad yang berfahaman

suni Muslim untuk menganugerahkannya gelaran Sultan. Selepas Perang Manzikert pada 1071

, puak Nomad Turki menyerang Byzantine , kawasan Annatolia dan menjadikan perjalanan

mubaligh-mubaligh dari Eropah ke Timur amat sukar. Selepas kematian Sultan Malik Shah

pada 1092 , amir-amirnya mula berperang merebut Syria , Palestin dan provinsi-provinsi

2
Mohd Roslan Mohd Nor dan Noor Shakila Mohd Noor, “Perang Salib dan Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi
Mengembalikan Islamic Jerusalem kepada Umat Islam”, Jurnal Al-Tamaddun, Jil. 7, No. 1, 2012, hlm. 63-64.

2
Abbasid dan ini memburukkan lagi perjalanan mubaligh. Oleh kerana ekspedisi mubaligh-

mubaligh Eropah menjadi bertambah kerap dan melibatkan ramai orang , gangguan-gangguan

seperti ini menyebabkan kesusahan yang amat besar.

Faktor kedua yang menyebabkan Perang Salib berlaku adalah disebabkan oleh pemulihan

perdagangan yang berlaku di Eropah Barat untuk hampir 200 tahun. Barat telah menghadapi

serangan bangsa Gasar seperti Saracens , Viking dan Magyar. Seterusnya menjelang abad ke-

11 , kumpulan Viking dan Magyar dikristiankan dan undang-undang serta peraturan

diwujudkan oleh raja-raja feudal dan dengan itu perdagangan mula pulih dan berlakulah

pengaliran mata wang. Keadaan tersebut telah membuka peluang untuk menjalankan satu

aktiviti yang akan mengambil masa Eropah Barat.

Seterusnya , gereja juga mula dirangsangkan dengan kemajuan yang dibawa oleh ajaran St.

Benedict dan monastri , peningkatan dalam bilangan perjalanan ke tempat suci dan juga oleh

pertambahan dalam serangan agama melawan bangsa Muslim di Sepanyol dan Sicily. Toledo

di Sepanyol ditawan pada 1085 ; pangkalan Arab di Mahdia di Tunisia dikuasai oleh Genoese

dan bangsa Muslim terakhir diusir dari Sicily pada 1091. Kempen-kempen menentang Islam

ini menjadi ikutan di abad-abad berikutnya. 3

Berasaskan keadaan inilah , Paus Urban II menjadi pemimpin yang dominan di Eropah.

Pemerintahan gereja secara universal bukan bermakna hanya mengawal di Eropah Barat tetapi

juga menyelesaikan persengketaan politik antara Eropah Barat dan Timur serta persengketaan

gereja di Timur dan Barat. Pada tahun 1095 , Paus Urban II memanggil majlis di Placenza

untuk membincangkan hal ehwal institusi gereja. Dalam majlis ini , Alexius I (Maharaja

Byzantine) menghantar rayuan bagi merekrut tentera untuk bertempur dengan puak Turki. Paus

Urban II membawa hal ini ke satu lagi majlis gereja di Clermont , Auvergne pada November

3
Latifa Annum Dalimunthem, “Analisis Kajian dan Dampak Perang Salib”, Jurnal Hadratul Madaniyah, Jil. 2,
No.2, Dis. 2015, hlm. 68.

3
1095. Di samping meminta sukarelawanan untuk tentera Byzantine , beliau telah memanggil

tentera tajaan gereja yang bersimbolkan salib. Misinya adalah untuk membantu Alexius

mengusir orang Turki dari Anatoliadan kemudian mara untuk menguasai tanah suci di

Jerusalem. Paus Urban II seterusnya menyeru seluruh rakyat mengangkat senjata dan

menyelamatkan tanah suci dengan mengetepikan pertentangan agama antara mereka , Roman

Katolik dengan Byzantium Ortodoks. Dari penghujung abad ke-11 sehingga abad ke-13 ,

sebanyak lapan Perang Salib telah berlaku serta beberapa angkatan telah dihantar untuk cuba

mengambil balik tanah suci daripada orang Turki. 4

KESAN PERANG SALIB KEPADA DUNIA ISLAM DAN DUNIA KRISTIAN

KESAN KEPADA DUNIA ISLAM

SEBAHAGIAN DUNIA ISLAM DIJAJAH OLEH EROPAH

Perang Salib Pertama yang berlaku pada tahun 1095 sehingga 1099 adalah hasil seruan

“jihad” Pope Urban II17 berdasarkan dua matlamat yang besar iaitu membebaskan

Islamicjerusalem dan Tanah Suci Kristian dari kekuasaan orang Islam serta membebaskan

orang-orang Kristian Timur daripada pemeritahan orang Islam. Siri peperangan ini merupakan

kesinambungan daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku lebih awal seperti yang telah

dinyatakan sebelumnya pada Zaman Pertengahan dan ia bertitik tolak daripada rayuan yang

dilakukan Maharaja Empayar Byzantine, Alexios I Komnenus dalam Persidangan Piacenza

pada Mac 1095 bagi mendapatkan tentera upahan Barat dengan tujuan untuk menentang

bangsa Turki di Anatolia. Namun begitu, sebaliknya rayuan ini betukar kepada perpindahan

dan penaklukan wilayah secara besar-besaran oleh Barat di luar Eropah apabila Pope Urban II

4
Muhammad Yaseen Gada, “Rethinking the Impact of the Crusades on the Muslim-Christian Thought and
Development,” Qudus International Journal of Islamic Studies, Jil. 5, No. 2, August 2017, hlm. 2-3.

4
menerusi Persidangan Clermont telah menyeru para hadirin supaya merebut penguasaan

Islamicjerusalem dari tangan orang Islam.

Rentetan daripada misi peperangan tersebut, ramai daripada kesatria dan petani

mengharungi lautan serta daratan menuju ke Islamicjerusalem dan berjaya menaklukinya pada

bulan Julai 1099 dengan tertubuhnya Kerajaan Baitul Maqdis dan negeri-negeri Salibi yang

lain. Kesibukan para pemerintah negeri Islam terhadap masalah peribadi, perpecahan dalaman

seperti perebutan kuasa di antara mereka, serta minat pihak berkuasa dalam mengukuhkan

negeri masing-masing selain meluaskan pengaruh kekuasaannya terhadap negara jiran adalah

merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan Kristian dalam Perang Salib sekaligus

merupakan perkara yang paling malang pernah berlaku dalam sejarah Perang Salib Pertama

iaitu kekalahan di pihak Muslim dalam menentang tentera Salib. Justifikasi daripada kegagalan

mempertahankan negeri-negeri Islam daripada penguasaan pihak Salib menyebabkan banyak

daripada negeri naungan Islam seperti Wilayah Edessa, Wilayah Antioch, termasuk Kerajaan

Baitul Maqdis dan Tripoli di Palestin berada di bawah negeri-negeri Salibiah. Secara

analisisnya, apa yang pasti Perang Salib Pertama telah menjadi bibit kesinambungan kepada

siri Perang Salib yang seterusnya berdasarkan peranannya sebagai titik peralihan utama bagi

peralihan kuasa Barat, selain daripada langkah pertama yang utama kepada pembukaan semula

perdagangan antarabangsa di Barat sejak daripada kejatuhan Empayar Rom Barat. 5

Dalam perjalanan mereka menuju Paletina melalui Asia Kecil, banyak pasukan telah

bergabung, sehingga jumlah pasukan mencapai 300.000 orang. Namun sangat disayangkan,

pasukan sebanyak ini tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik, mereka melakukan

perbuatan perompakan, mabuk-mabukan dan kegiatan merogol serta apa-apa bentuk kejahatan

di tempat yang mereka lalui. Tindakan pasukan Salib ini telah menyebabkan kemarahan bangsa

5
Syamzan Syukur, “Perang Salib dalam Bingkai Sejarah,” Jurnal Rihlah, Jil. 2, No. 1, 2014, hlm. 52-53.

5
Bulgaria dan Hongaria, yang segera memberikan serangan hingga pasukan Salib berantakan

dan sisanya dihadapi langsung oleh pasukan Bani Saljuk. Pada perang pertama ini, rombongan

tentara Salib seluruhnya binasa sebelum mereka dapat membebaskan Baitul Maqdis. Reputasi

pasukan Salib pertama ini menandakan mereka tidak dibekali pengetahuan strategi perang

dan etika perang, dalam hal ini nampaknya Paus Urbanus II dan Peters Amin hanya membekali

pasukan Salib tersebut dengan kebencian dan dendam terhadap umat Islam.

Hancurnya pasukan Salib pertama, segera disusul oleh bangkitnya pasukan Salib

berikutnya setahun kemudian yaitu pada tahun 1097. Kali ini tentara Salib menyebrang selat

Bosor, memasuki Asia Kecil dan memblokade kota Nicea. Selama sebulan kota ini dikepung,

kota ini akhirnya dapat ditaklukkan pada tanggal 18 Jun 1097 M. Setahun kemudian . pasukan

Salib telah melumpuhkan Raha (Edessa), Syiria Utara hingga Antokia.Pada bulan Jun 1099,

bergerak lagi tentara Salib melanjutkan penyerbuannya. Kali ini sasaran mereka adalah Baitul

Maqdis, selama kurang lebih satu bulan mereka mengepung kota suci ini, akhirnya mereka

berhasil menguasainya, tepatnya pada tanggal 15 Julai 1099 M. Di kota ini, mereka bertindak

kejam, melakukan kezaliman bukan saja terhadap umat Islam tetapi juga terhadap orang-

orang Yahudi dan Nasrani setempat yang tidak mau bekerjasama dengan mereka. 6 Dengan

berhasilnya pasukan Salib menguasai Maitul Maqdis dan kota-kota di sekitarnya, maka mereka

dapat mendirikan empat kerajaan Latin, iaitu:

a. Kerajaan Latin I di Edesssa ( 1096 M) yang dipimpin oleh raja Boldwin.

b. Kerajaan Latin II di Antokia (1098 M)yang dipimpin oleh raja Bahemond.

c. Kerajaan Latin III di Baitul Maqdis (1099 M) dipimpin oleh raja Godfrey.

d. Kerajaan Latin IV di Tripolo (1099 M) dipimpin oleh Raymond.

6
Ibid.

6
Berdasarkan informasi di atas, maka dalam periode pertama Perang Salib, umat Islam

mengalami kekalahan, sementara pasukan Salib dapat merealisasikan tujuan utamanya iaitu

menguasai Baitul Maqdis dari kekuasaan Islam. Menurut analias tersebut , penyebab

kekalahan pasukan Islam atas pasukan Salib, antara lain; ketidak siapan pasukan Islam dalam

menghadapi pasukan Salib dan semaraknya semangat perang Pasukan Salib untuk merebut

Baitul Maqdis dan memperoleh keuntungan ekonomi dalam peperangan. 7

PERPADUAN DAN KESATUAN UMAT ISLAM

Perang Salib mengajar umat Islam bahawa mereka tidak boleh berpecah dan berselisih

sesama sendiri. Perpecahan menjadikan umat Islam semakin lemah dan kelemahan

memudahkan umat Islam mudah diserang dan dijajah oleh kuasa asing. Pada peringkat awal

peperangan Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan munculnya beberapa

buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah yang dikuasai oleh Turki Saljuk tidak

berkemampuan menentang tentera Salib, namun apabila masuknya tahap kedua peperangan

Salib, kerajaan-kerajaan Islam telah lebih bersedia untuk bersatu di bawah beberapa pemimpin-

pemimpin yang berkaliber. Pemimpin-pemimpin itu bertindak untuk menentang dan merampas

balik kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera Kristian. Dalam hubungan ini, Sultan

Salahuddin al-Ayubi adalah satu-satunya pemimpin Islam yang berjaya menyatu-padukan raja-

raja di Timur Tengah sehingga paduan kekuatan tentera mereka telah berjaya mengusir kembali

tentera Salib keluar dari Baitulmaqdis atau Jerusalem. Daripada sinilah , ia secara tidak

langsung telah menyatupadukan umat Islam dalam melawan musuh yang sedang mengancam. 8

7
Ibid., hlm. 54.
8
Muhammad Yaseen Gada, “Rethinking the Impact of the Crusades on the Muslim-Christian Thought and
Development,” Qudus International Journal of Islamic Studies, Jil. 5, No. 2, August 2017, hlm. 2-3.

7
KESAN KEPADA DUNIA KRISTIAN

KEMEROSOTAN SISTEM FEUDALISME

Perang Salib menjadi punca utama yang membuka jalan kepada pembebasan golongan

hamba di ladang yang menyertai tentera Salib. Peluang ini telah menyebabkan kemungkinan

golongan hamba mendapat kemerdekaan kerana tentera-tentera Salib Barat mendapati tidak

ada seorang pun hamba dalam bala tentera Islam. Keadaan tersebut turut meluaskan pandangan

untuk mendapatkan kemerdekaan bagi sesiapa yang telah dicap sebagai hamba. Pada waktu

yang sama , golongan feudal telah menjual sebahagian ladang-ladang mereka sebagai

persediaan bagi menyertai peperangan. Ada kalanya mereka menjual ladang kepada penduduk

untuk mendapatkan kemerdekaan diri masing-masing. Keadaan ini menyaksikan penjualan

kota-kota untuk kemerdekaan sebagai suatu pegangan yang umum. Ini seterusnya membawa

kepada kemunculan pekan yang merdeka dalam setiap kota , manakala kota itu kelak terikat

dalam kuasa raja dengan suatu ikatan yang terus menerus dan tidak lagi menerusi puak feudal.

Pada zaman ini juga , kedudukan gereja (Pope) dan raja bertambah kuat. Ramai golongan

bangsawan yang menyertai Perang Salib terkorban dalam medan pertempuran. Harta yang

diserahkan oleh golongan bangsawan kepada gereja menjadikan gereja lebih berpengaruh. Raja

pula mula mengambil alih kuasa terhadap tanah para bangsawan. 9

KEMAJUAN PERDAGANGAN

Perang Salib telah menemukan Barat dan Timur dan ia telah menambahkan perdagangan di

antara kedua-dua pihak pihak. Bandar dan kota raya yang dikuasai pejuang-pejuang Salib di

Asia Kecil menjadi punca jalan pengangkutan penting antara Timur dan Pelabuhan-pelabuhan

penting di Itali. Venice menjadi pusat perdagangan utama dan emporium perdagangan untuk

9
Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1998, hlm. 92-
93.

8
barangan seperti baldu , kain muslin / kain kasa , kain sutera atau linen yang berbunga-bunga

dan kraftangan Timur. Melalui bandar-bandar di Itali , bandar-bandar lain di Eropah mendapat

faedah secara langsung daripada perdagangan dengan negara Kristian di Syria. Dengan

membawa penziarah dan tentera Salib berulang-alik dari Jerusalem , perdagangan dengan

Timur Tengah telah bertambah pesat. Perdagangan Timur-Barat ini juga telah melahirkan

beberapa buah bandar baru , antaranya Venice (Kota Permaisuri Eropah) , Bologna , Florence.

Bandar-bandar ini telah berfungsi sebagai bandar perdagangan dan bebas daripada kongkongan

pembesar feudal. 10

PERUBAHAN DALAM CARA HIDUP

Apabila tentera Salib kembali ke Eropah , mereka tidak lagi mempraktikkan cara hidup

mereka yang lama sebelum mereka mengembara ke Timur dahulu , bahkan mereka kembali

membawa budi pekerti yang baru , ilmu pengetahuan yang baru dan cara pemikiran yang baru

, dan lebih dari itu mereka kini telah biasa dengan cara hidup yang suka bersiar-siar dan belayer.

Batasan-batasan hidup bercucuk tanam tidak lagi menjadi penghalang di hadapan mereka.

Masyarakat Barat kini merantau ke seluruh pelosok rantau Eropah untuk menyebarkan

pemikiran baru ini. Perang Salib juga telah mencelikkan mata Eropah dari segi sosial. Ferguson

dan Bruun dalam buku A Survey of European Cilivization menyifatkannya sebagai perangsang

kepada kebangkitan ekonomi , sosial dan kehidupan kebudayaan masyarakat Eropah Barat.

Banyak kejayaan orang Arab dibawa ke Eropah. Menurut Ferguson , mereka mempunyai idea-

idea baru. Angka-angka Arab , ilmu algebra , ubat-ubat bedil dan kompas dari dunia Islam juga

digunakan dalam kehidupan Barat. Selain daripada ini , cara berpakaian , makanan ,

persekolahan dan pengurusan rumah sakit juga ditiru dari Timur. Hingga ke hari ini dalam

perbendaharaan kata bangsa Eropah banyak terdapat perkataan Arab atau yang berasal dari

10
Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, hlm. 93.

9
Arab. Perang Salib juga menggalakkan suatu minat baru dalam pelayaran dan penerokaan di

Timur. Selain dari ini , pentadbiran rumah sakit yang teratur di Eropah yang mendapat ilham

dari Timur mula dilaksanakan. Dalam abad ke-12 , telah wujud beberapa rumah sakit dan klinik

di Eropah , terutamanya rumah kuaratin bagi pesakit-pesakit yang mudah berjangkit , sehingga

boleh dikatakan bahawa setiap rumah sakit Eropah yang didirikan itu adalah mengikut rupa

seni bina yang berada di Syria. Orang-orang Barat juga tertarik hati dengan pakaian orang

Islam. Mereka telah meninggalkan pakaian Eropah dan berpakaian dengan fesyen-fesyen

pakaian kebangsaan Islam , yang menurut mereka lebih merihatkan pemakainya. Bangsa

Eropah juga lebih suka memilih tempat kediaman mereka dengan binaan ala Timur dengan

hiasan yang indah-indah seperti dewan yang luas dan kolam air yang airnya mengalir. 11

PEMUSNAHAN TAMADUN DAN EMPAYAR BYZANTINE

Salah satu kesan tragik Perang Salib adalah pemusnahan Empayar Byzantine dan

tamadunnya. Byzantine tidak pulih dari Perang Salib keempat. Kerajaan yang dipulihkan di

Constantinople pada 1261 adalah bayangan masa lampau dan jatuh ke tangan Turki Ottoman

pada 1453. Selepas ini kebudayaan Ortodoks merosot secara beransur-ansur di wilayah

empayar zaman dahulu. Harapan Pope Urban II untuk mewujudkan perpaduan Kristian antara

Timur dan Barat musnah sama sekali. Kesan kedua Perang Salib adalah kejayaan militer Islam

di Timur Tengah. Bukan sahaja pejuang-pejuang Salib ini disingkir tetapi Islam di bawah

pimpinan Turki , Ottoman dibawa merentasi Balkan pada abad ke-14 dan ke-15 dan ke Viena

pada abad ke-16 dan ke-17. Hanya di Sepanyol dan di sepanjang Baltik Kristian berjaya

meluaskan penaklukannya secara kekal. 12

11
Ibid., hlm. 94.
12
Ibid., hlm. 95.

10
PENGARUH PENULISAN

Satu lagi kesan penting perang Salib di Barat adalah kewujudan penulisan dalam bentuk

penceritaan , legenda , lagu , babad (catatan peristiwa yang disusun mengikut masa) dan

historiografi. Kebanyakan lagu dan cerita dongeng di zaman ini adalah dalam bahasa

vernakular Perancis. Terdapat perkembangan yang kaya tentang imaginasi yang bukan sahaja

boleh diperhatikan dalam Perang Salib , tetapi juga dalam cerita-cerita Charlemagne dan Raja

Arthur dengan persembahan baru mereka tentang kesateriaan Kristian yang ideal dan

kesateriaan sesebuah negara. Sebaliknya , Eropah Barat tidak banyak menyumbang nilai-nilai

intelektual kepada Barat kerana pada waktu Perang Salib ia tidak mempunyai apa-apa untuk

disumbangkan.13

KESIMPULAN

Kesimpulannya , nyatalah Perang Salib yang tercetus disebabkan oleh beberapa faktor telah

meninggalkan pelbagai kesan kepada dunia Islam dan juga dunia Kristian. Ia bukan sahaja

membawa kesengsaraan , tetapi ia juga membawa kepada pelbagai rahmat dan hikmah. Maka

benarlah kata bahawa setiap ujian pastinya ada rahmat. Buktinya , berlaku penyebaran ilmu

Islam ke dunia luar dan perpaduan dunia Islam menjadi lebih kukuh berbanding dengan

dahulunya. Ilmu-ilmu yang dibawa tersebut juga turut digunakan bagi membangunkan minda

dan kebolehan masyarakat Eropah. Perang Salib juga telah menyemai bibit-bibit yang

meruntuhkan sistem feudalisme dan melemahkan pengaruh pihak gereja serta seterusnya

menyediakan Eropah bagi memasuki suatu zaman yang lebih moden. Perang Salib ini juga

telah menjadi pemangkin ke arah proses ‘kelahiran semula’ atau Renaissance bagi masyarakat

Eropah dalam usaha mencapai kemajuan di pelbagai bidang. Zaman Renaissance merujuk

kepada Zaman ‘kelahiran semula dan permulaan kepada perkembangan dan kewujudan negara

13
Ibid.

11
bangsa (nation state) bagi menggantikan pembentukan kerajaan secara empayar. Daripada

Zaman Renaissance , Eropah telah mengalami zaman Reformation dan seterusnya zaman

moden sehingga mencapai kemajuan pada hari ini. Namun begitu , apa yang paling penting

adalah Perang Salib ini telah membuka lembaran baharu dalam sejarrah dunia Islam dan dunia

Kristian.

BIBLIOGRAFI

Mohd Roslan Mohd Nor dan Noor Shakila Mohd Noor, “Perang Salib dan Kejayaan
Salahuddin Al-Ayubi Mengembalikan Islamic Jerusalem kepada Umat Islam”, Jurnal Al-
Tamaddun, Jil. 7, No. 1, 2012.

Mohd Syamzan Syukur, “Perang Salib dalam Bingkai Sejarah,” Jurnal Rihlah, Jil. 2, No. 1,
2014.

Muhammad Yaseen Gada, “Rethinking the Impact of the Crusades on the Muslim-Christian
Thought and Development,” Qudus International Journal of Islamic Studies, Jil. 5, No. 2,
August 2017.

Nazar Ul Islam Wani, “Impact of Crusades on Islam and Christianity”, International Journal
of Humanities and Social Science Invention, Jil. 3, No.2, March 2013.

Nurul Latifa Annum Dalimunthem, “Analisis Kajian dan Dampak Perang Salib”, Jurnal
Hadratul Madaniyah, Jil. 2, No.2, Dis. 2015.

Sivachandralingam Sundara Raja, Tamadun Eropah, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,
1998.

12

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai