Anda di halaman 1dari 6

2.

0 FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH


Terdapat beberapa faktor penting atau secara umum yang telah dikenalpasti sebagai penyebab utama

kepada peningkatan penagihan dadah di Malaysia iaitu faktor diri sendiri, persekitaran dan

masyarakat, rakan sebaya, sekolah dan ibu bapa. Faktor-faktor ini merupakan faktor risiko seseorang

itu terlibat dengan penagihan dadah.

2.1 FAKTOR DIRI SENDIRI

            Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba. Perasaan

ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari daripada terlibat

dengan dadah. Remaja merupakan mereka yang mudah mempunyai perasaan ini kerana pada ketika

ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula berputik. Kajian menunjukkan peratusan

tertinggi penagih baru adalah remaja. Mengikut statistik pada Januari hingga Disember 2005 remaja

berumur antara 20 sehingga 24 tahun menunjukkan jumlah penagih baru yang tertinggi iaitu

sebanyak 4018 orang iaitu 26% daripada penagih baru pada tahun tersebut. Hal ini sangat

membimbangkan kerana remaja adalah aset negara yang harus dijaga.

            Selain itu, individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah cenderung untuk berseronok.

Keseronokan juga merupakan sebab utama kenapa remaja mencuba dadah. Sifat remaja yang suka

kepada hiburan dan perkara yang memberi kepuasan kepada diri sendiri menyebabkan mereka

mencuba dadah. Hasilnya remaja mula ketagih dan menjadikan dadah sebagai medium utama untuk

berseronok. Statistik pada bulan januari hingga disember pada tahun 2005 menunjukkan sebab utama

mereka mencuba adalah untuk keseronokkan. Dan ia menunjukkan peratusan yang agak tinggi pada

tahun tersebut iaitu sebanyak 9.2%.


Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu mengambil

keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Menurut Roberts(1997), kadar kemurungan meningkat sebanyak dua kali ganda pada zaman remaja

berbanding pada zaman kanak-kanak dan kadar ini meningkat lagi apabila remaja terbabit menginjak

usia dewasa. Kini, remaja bukan sahaja berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-

mata. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong seseorang

itu untuk menyalahgunakan dadah. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku

sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya dadah menjadi teman

setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi.

Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dadah

menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah. Mereka tidak punyai

kekuatan untuk lari daripada menyalahgunakan dadah. Hal ini di dorong oleh kelemahan dalam

mengawal nafsu dan kekurangan ilmu dalam agama serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat

kelak kerana mengambil bahan-bahan yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang

tentang bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah yang negatif.

Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi diri

kita daripada terlibat dengan najis dadah.

  

2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA

            Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor utama berlakunya penagihan pada zaman

remaja. Hal ini kerana, kajian menunjukkan ramai remaja yang terlibat dengan dadah akibat daripada

terpengaruh dengan rakan sebaya. Statistik pada bulan januari hingga disember 2005 menunjukkan

pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang penagih baru dan

7203 orang penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9% daripada jumlah keseluruhan

penagih. Hal ini demikian, kerana kebanyakkan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan

sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang bersesuaian harus dilakukan dengan bijaksana oleh

setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah ia

secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.
Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius.

Inginkan penerimaan daripada rakan-rakan juga menyebabkan seseorang itu mula terlibat dengan

dadah. Remaja juga inginkan kuasa atau pengaruh yang kuat daripada rakan-rakan yang lebih

berpengaruh, hal ini menjadikan mereka diterima oleh rakan sebaya. Berkawan dengan rakan-rakan

yang tidak sihat menyebabkan remaja mudah terjerumus dengan kancah penagihan dadah. Pengaruh

rakan yang kuat menyebabkan seseorang individu tidak dapat melarikan diri daripada terlibat dengan

dadah. Pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang menyebabkan

remaja perempuan turut sama terlibat dengan dadah. Semakin lama semakin ramai remaja

perempuan terlibat dengan dadah. Sebagai contoh, pengaruh daripada teman lelaki menyebabkan

remaja perempuan terikut-ikut dan menyerahkan dirinya kepada teman lelaki tersebut untuk

diperlakukan dengan perkara yang membawa kepada keburukkan.

2.3 FAKTOR  IBU BAPA

            Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan  memberi kasih sayang kepada kita

sejak dari kecil lagi. Mereka telah banyak berbakti kepada kita tanpa kita sedari. Namun, apa yang

menjadi keburukkannya ialah apabila ada segelintir ibu bapa yang kurang perihatin terhadap anak-

anak mereka sehingga anak-anak mereka boleh terjerumus ke kancah penagihan dadah. Hal ini

memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kemewahan dan    kesenangan hidup

pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta

menyediakan keperluan asas yang penting untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang

sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja

menikmati kebebasan yang keterlaluan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa.

Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke arah gejala sosial yang

terlampau seterusnya ke lembah penagihan najis dadah dan mereka hanyut di bawa arus kehinaan.

            Selain itu, kurangnya didikan agama oleh ibu bapa juga menjadi salah satu penyebab

mengapa individu mudah terlibat dengan dadah. Hal ini berlaku kerana, ibu bapa tidak memberi

perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi, dalam dunia serba moden ini remaja sangat terdedah

dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan

agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh agama. Mereka
juga tidak dapat membezakan antara dosa dan pahala. Pengetahuan tentang dosa dan azab siksaan di

neraka yang amat pedih dan perit yang kurang didedahkan menyebabkan mereka tidak

mempedulikan dan ambil kesah.

Ibu bapa juga kurang faham dari segi didikan agama menyebabkan mereka tidak berupaya

mengamalkan ajaran-ajaran islam yang sebenar kepada anak-anak mereka. Kurang kasih sayang

daripada ibu bapa juga menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada

mereka. Ibu bapa yang sibuk bekerja dan ibu bapa yang mengelak atau tidak bertanggungjawab

untuk menjaga anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Anak-anak akan merasa kesunyian dan

rasa tidak diambil perhatian dalam setiap tindakan yang dilakukan. Hal ini menyebabkan mereka

memberontak dan apabila anak-anak memberontak ibu bapa hanya mengambil tindakan dengan

memarahi mereka tanpa usul periksa dan hanya dapat menyalahkan mereka. Apabila ada ibu bapa

yang memarahi dan menyalahkan mereka, mereka akan cepat terasa dengan tindakan ibu bapa dan

cuba menjauhkan diri daripada ibu bapa seterusnya mencari rakan-rakan sebaya yang dapat beri

keseronokkan.

2.4 FAKTOR SEKOLAH

            Sekolah  memainkan peranan yang penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari

pelbagai aspek terutamanya dari segi rohaniah, lahiriah dan jasmani. Namun, apa yang menduka

citakan apabila sekolah dijadikan sebagai tempat berlakunya gejala buli, samseng, berjudi dan yang

paling membimbangkan adalah sebagai tempat mengedar dadah. Remaja mula terjebak dengan

dadah sejak dibangku sekolah sangat berleluasa sekarang sehingga kurang kawalan oleh pihak

sekolah. Sekolah dijadikan sebagai pusat pengedaran dadah kepada remaja yang ingin mencuba dan

ingin mendapat perhatian daripada rakan-rakan mereka.

            Menurut Yang Dipertua PEMADAM, Datuk Zainal Abidin Zin dalam laporan Azmi Md

Deros(2002), guru dan ibu bapa perlu bijak memanfaatkan sepenuhnya jalinan hubungan yang rapat

untuk mempengaruhi pelajar atau anak mereka supaya tidak mudah terjebak dalam gejala penagihan

dadah. Beliau menjelaskan bahawa hampir lima juta pelajar sekolah di negara ini terdedah kepada

dadah kerana mereka menjadi sasaran utama pengedar yang bermotifkan keuntungan. Oleh itu, guru
dan ibu bapa perlu meningkatkan peranan mereka di sekolah untuk memastikan tidak ada pelajar

atau anak mereka yang terjebak dalam masalah penagihan dadah.

            Di Kuantan, peningkatan kes pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi(IPT)

yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan

segera semua pihak. Dalam tempoh januari hingga disember tahun 2006, seramai 134 orang pelajar

terbabit atas kesalahan dadah mengikut pelbagai seksyen. Hal ini menunjukkan, peningkatan lebih

45 peratus berbanding bagi tempoh sama pada tahun 2005. Sehubungan itu, apa yang penting ialah

mencari punca kepada permasalahan itu sehingga ke akar umbi. Masalah tidak akan selesai selagi

puncanya tidak dihapuskan. (Berita Mingguan, 29 April 2007).

2.5 FAKTOR MASYARAKAT DAN PERSEKITARAN

            Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan

dadah dalam kalangan remaja. Persekitaran yang negatif seperti masyarakat sekitarnya banyak yang

terlibat dengan dadah menjadi penyumbang utama kepada keinginan remaja untuk mencuba dadah

itu sendiri. Remaja yang pada awalnya bebas dengan dadah mula berjinak-jinak dengan benda

tersebut setelah melihat sendiri di depan mata cara bagaimana dadah itu digunakan. Setelah melihat

sendiri di depan mata, perasaan ingin mencuba itu timbul dalam diri individu. Reaksi daripada

penagih yang tenang dan dikatakan dadah itu sedap dan dapat melegakan tekanan menambahkan lagi

perasaan ingin mencuba itu. Remaja mula terpengaruh dengan persekitaran mereka apabila melihat

ada segelintir rakan-rakan atau kawasan persekitaran yang negatif kerana kebanyakkannya menagih. 

Selain itu, bekalan dadah yang mudah didapati juga menjadi faktor pendorong remaja mula

menjinakkan diri ke arah penyalahgunaan dadah. Bekalan dadah yang mudah didapati di kawasan

perbandaran dan di kawasan sempadan negara menyebabkan bekalan dadah mudah masuk ke

Malaysia. Hasil tangkapan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM)

menunjukkan bahawa penyeludupan dadah sering diseludup melalui lapangan terbang utama dan

kawasan pelabuhan di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan, sehingga ada segelintir  rakyat

Malaysia yang menjadi ‘keldai dadah’.


            Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Hairulazim Mahmud(2005) juga

mengakui masalah dadah sememangnya serius di kawasan tanah Felda. Hai ini kerana,  pandangan

serong masyarakat sekeliling terhadap penagih dadah. Mereka mengganggap penagih dadah sebagai

sampah masyarakat, kotor, jijik. Masyarakat setempat yang mudah melabel seseorang walaupun

mereka telah pun berubah menyebabkan mereka berputus asa dengan kehidupan dahulu dan

sekarang. Jadi mereka tiada tempat hendak di tuju, dan mengambil keputusan untuk menagih lagi.

Mereka menjadi tiada tempat kebergantungan untuk menyara diri dan membuat keputusan untuk

terlibat semula dengan dadah. Tekanan berada di kampung dan ditambah dengan perspektif

masyarakat yang negatif terhadap dirinya, membuatkan bekas penagih kembali ke  kancah penagihan

dadah semula.

Anda mungkin juga menyukai