Anda di halaman 1dari 16

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA MULAI TAHUN 2021

MATEMATIK
A03101, A03201, A03301, A03401

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL (KSKV)

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


2
TERHAD

Isi Kandungan

1.0 Matlamat Mata Pelajaran 3


2.0 Objektif Mata Pelajaran 4
3.0 Objektif Pentaksiran 5
4.0 Konstruk dan Aspek Yang Ditaksir 6
5.0 Aras Kesukaran Item 8
6.0 Format Pentaksiran 9
7.0 Contoh Item 10

8.0 Lampiran 1

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


3
TERHAD

1.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN

KSKV Matematik bermatlamat memperkembangkan individu yang mempunyai


pemikiran matematik, berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik
dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani cabaran dalam
kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad
ke-21.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


4
TERHAD

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN (OM)

KSKV Matematik bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:


OM1 Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum, prinsip dan teorem yang
berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan
Algebra; Statistik dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret.
OM2 Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:
• membuat anggaran dan penghampiran;
• mengukur dan membina;
• mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;
• menggunakan algoritma dan perkaitan;
• menyelesaikan masalah; dan
• membuat keputusan.
OM3 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik berkaitan dengan
Nombor dan Operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik
dan Kebarangkalian serta Matematik Diskret dalam membuat pertimbangan
dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah.
OM4 Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu
penyelesaian masalah, penaakulan, berkomunikasi secara matematik,
membuat perkaitan dan perwakilan.
OM5 Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan harian.
OM6 Menyedari bahawa idea matematik saling berkait dan merupakan ilmu yang
menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu
matematik dengan bidang ilmu yang lain.
OM7 Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran,
menyiasat dan meneroka idea matematik dan menyelesaikan masalah.

Sumber: Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) Matematik


Semester 1, 2, 3 dan 4 (2020)
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


5
TERHAD

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN (OP)

Berdasarkan OM, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) Matematik yang dikenal
pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam keupayaan untuk:

OP1 mengingat dan memahami dalam bidang Nombor dan Operasi, Sukatan dan
Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian serta
Matematik Diskret.

OP2 mengaplikasi kemahiran asas Matematik dalam bidang Nombor dan Operasi,
Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian
serta Matematik Diskret.

OP3 mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dan nilai dalam


menyelesaikan masalah Matematik dalam bidang Nombor dan Operasi,
Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian
serta Matematik Diskret.

OP4 menganalisis dan menilai serta mengamalkan secara konsisten kemahiran


proses Matematik dalam bidang Nombor dan Operasi, Sukatan dan
Geometri, Perkaitan dan Algebra, Statistik dan Kebarangkalian serta
Matematik Diskret.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


6
TERHAD

4.0 KONSTRUK DAN ASPEK YANG DITAKSIR

Pengetahuan dan kefahaman


P01 Mengingat dan memahami tentang nombor dan operasi.
P02 Mengingat dan memahami tentang konsep, hukum dan komunikasi secara
matematik yang berkaitan dengan sukatan dan geometri.
P03 Mengingat dan memahami tentang konsep dan prinsip serta perwakilan
dalam algebra.
P04 Mengingat dan memahami tentang konsep perwakilan dan kebarangkalian.
P05 Mengingat dan memahami tentang set dalam bidang matematik diskret.

Kemahiran Asas Matematik


K01 Kemahiran Mengukur
Berupaya untuk menentukan nilai bagi atribut objek yang boleh diukur.
K02 Kemahiran Menganggar
Berupaya untuk memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai berdasarkan
keadaan yang ditetapkan dengan menggunakan ciri-ciri pengetahuan tertentu.
K03 Kemahiran Membina
Berupaya untuk mempamer dan mempersembahkan sesuatu set pengetahuan dan
idea secara lukisan dan lakaran.
K04 Kemahiran Mengenal Perkaitan dan Perwakilan
Berupaya untuk mengendali, menghubung kait dan mewakilkan dalam
bentuk nombor, rajah, hubungan dan situasi.
K05 Kemahiran Membuat Kesimpulan
Berupaya untuk membuat penghujahan, deduksi dan aruhan.
K06 Kemahiran Menyelesaikan Masalah Asas
Berupaya untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas dan
perkaitan mudah.

Kemahiran Mengaplikasi
K07 Kemahiran Operasi
Berupaya untuk mengendali operasi asas dan operasi bergabung
matematik.
K08 Kemahiran Menghitung
Berupaya untuk menggunakan konsep atau rumus dan mengendalikan
algoritma untuk mencari nilai suatu nombor.
K09 Kemahiran Mengorganisasi Data
Berupaya untuk memungut, mengendali, membanding, membeza dan
mewakilkan maklumat atau data dari satu bentuk ke bentuk yang lain untuk
menyelesaikan masalah.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


7
TERHAD

K10 Kemahiran Berkomunikasi dan Menaakul Secara Matematik


Berupaya untuk mempersembahkan kemahiran intelek dengan mengutarakan
suatu bentuk komunikasi yang berkaitan dengan laras bahasa matematik.
K11 Kemahiran Proses Matematik
Berupaya untuk menyelesaikan masalah, penaakulan, berkomunikasi secara
matematik, membuat perkaitan dan perwakilan dengan menggunakan
pengalaman, pengetahuan dan kefahaman.

Kemahiran Menganalisis dan Menilai


K12 Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Berupaya untuk mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi rutin
atau kompleks serta membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar dengan
menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk mendapatkan
penyelesaian masalah.

Nilai
N01 Mempamer dan mengamalkan sikap membuat sesuatu dengan teliti,
tertib dan teratur secara konsisten dalam kemahiran proses matematik iaitu
penyelesaian masalah, penaakulan, berkomunikasi secara matematik, membuat
perkaitan dan perwakilan.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


8
TERHAD

5.0 ARAS KESUKARAN ITEM

Item yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras
kesukaran rendah (R), sederhana (S) atau tinggi (T).

• Aras R
Item yang mempunyai aras kesukaran rendah, boleh dijawab betul oleh lebih
60% calon (sebahagian besar calon).

• Aras S
Item yang mempunyai aras kesukaran sederhana, boleh dijawab betul oleh
40% - 60% calon.

• Aras T
Item yang mempunyai aras kesukaran tinggi, boleh dijawab betul oleh kurang
40% calon (sebahagian kecil calon).

6.0 FORMAT PENTAKSIRAN

6.1 Pentaksiran mata pelajaran Matematik menggunakan satu instrumen


bagi setiap semester iaitu:

6.1.1 Matematik Semester 1 [ A03101 ]

6.1.2 Matematik Semester 2 [ A03201 ]

6.1.3 Matematik Semester 3 [ A03301 ]

6.1.4 Matematik Semester 4 [ A03401 ]

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


9
TERHAD
6.2 Format Pentaksiran

Pentaksiran
Bil Perkara Berterusan Penilaian Akhir (PA)
(PB)

Ujian Bertulis
• Kajian
Jenis
1 • Rekreasi
Instrumen
Matematik
Bahagian A Bahagian B Bahagian C

Rujuk Buku Objektif Aneka Subjektif Respons


2 Jenis Item Item Berstruktur
Panduan PB Pilihan (OAP) Terhad (SRT)

20 soalan 5 soalan 2 soalan


Bilangan
3 1 tugasan (Jawab semua (Jawab semua (Jawab satu
Soalan
soalan) soalan) soalan)
Jumlah
4 30 markah 20 markah 30 markah 10 markah
Markah

• Mengingat
• Memahami
5 Konstruk • Mengaplikasi
• Menganalisis
• Menilai

Tempoh Sepanjang
6 1 jam 45 minit
Ujian semester

7 Wajaran 30% 70%

Cakupan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam KSKV Matematik


8
konteks (Semester 1, 2, 3 dan 4)

Berdasarkan
Aras R:S:T
9 instrumen dan
Kesukaran 5:3:2
tugasan
Kaedah
10 Analitikal Dikotomus Analitikal
Penskoran
Holistik

Alatan Kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan


11
Tambahan Set geometri

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


10
TERHAD
7 CONTOH ITEM

7.2 Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada
pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan
pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian.
Rujuk Lampiran 1.

7.3 Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang
piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian
tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD


Lampiran 1

MATA PELAJARAN
MATEMATIK
(A03)

CONTOH ITEM
BAHAGIAN A

1 Permudahkan 5𝑠 − 3𝑡 − 4𝑠 + 7𝑡.

A 𝑠 + 4𝑡
B −𝑠 + 4𝑡
C 𝑠 − 10𝑡
D −𝑠 − 10𝑡

2 Dalam satu kuiz matematik, Amin mendapat y markah dan Nisa mendapat 3 markah
lebih daripada Amin. Jumlah markah mereka ialah 75. Cari markah Amin.

A 25
B 36
C 72
D 78

3 Antara gabungan gambar rajah Venn berikut, yang manakah mewakili 𝑃 ∩ 𝑄?

A I dan II
B II dan IV
C I dan IV
D II dan III
BAHAGIAN B

1 (a) Jika x = 3 atau x = p adalah punca-punca bagi persamaan 𝑥 2 − 9 = 0, tentukan


nilai p. [2 markah]
(b) Rajah 1 menunjukkan sebuah segi tiga KLM.

K N
L
(x – 5) cm

Rajah 1

` Luas segi tiga KLM ialah 18 cm2.


Jika KL = (x – 5) cm, dan tinggi, MN = x cm.

i. Dengan menggunakan rumus luas segi tiga, ungkapkan luas segi tiga dalam
sebutan x.
ii. hitung tinggi segi tiga itu.
[4 markah]
BAHAGIAN C

1 Rajah 1 menunjukkan titik X dan lima segi tiga ACD, ABE, KLM, PQR dan STU.

M L E

A
K B C

Q T

R P U S

Rajah 1

3
(a) Tentukan koordinat imej bagi titik X di bawah translasi ( ).
−1
[1 markah]

(b) Nyatakan imej bagi segi tiga ABE di bawah satu putaran 90° lawan arah jam pada
pusat X. [1 markah]
(c) PQR adalah imej bagi objek STU di bawah suatu transformasi.
Nyatakan transformasi itu. [2 markah]

(d) ACD ialah imej bagi objek ABE di bawah suatu pembesaran dengan suatu faktor
skala, k.

(i) Namakan pusat pembesaran itu.


(ii) Seterusnya, cari nilai k. [3 markah]

(e) Di beri kawasan ABE diwakili oleh luas 30 cm2. Hitung luas, dalam cm2, kawasan
yang berlorek. [3 markah]
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai