Anda di halaman 1dari 2

Nama Pelajar : Muhamad Hafizain Bin Mat Jaiz

No Kad Pengenalan : 000117031493

Program : PISMP

Pengkhususan : Bahasa Melayu

Ambilan : Ambilan Jun 2019

Nama Sekolah : SK St Teresa Brickfields 1 (M)

Minggu Praktikum :1

Tarikh : 16 Julai 2021

Tajuk : Mengenali Nama Pelajar

Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah Penyelia : Wan Mardziyah Binti Wan Hasbullah

Guru Pembimbing : Puan Aswiza Binti Aladdin

1. Isu Yang Difokuskan


Masalah yang timbul pada minggu ketiga ini adalah saya mengalami masalah untuk
mengingati nama anak murid saya. Ini menyukarkan saya untuk memanggil nama mereka
semasa ingin bertanyakan soalan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)


Berdasarkan pemerhatian saya, masalah ini disebabkan tidak semua murid dapat masuk
ke kelas PDPR setiap hari. Secara purata, 7/10 orang pelajar masuk Google Meet setiap
hari. Sebab kedua mungkin disebabkan guru jarang memanggil nama pelajar semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Agak sukar untuk saya mengingati nama kesemua pelajar
dalam masa yang singkat.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)
Menurut Abdul Ghani Abdullah, nama merupakan kebanggaan untuk manusia. Adalah
kewajipan untuk seorang guru untuk megingati nama pelajar supaya pelajar berasa
mereka dihargai

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Dalam buku ‘Mengurus Tingkah Laku Pelajar’ mengatakan bahawa pelajar akan menjadi
bangga dan rasa dihargai juka guru boleh mengingati nama mereka. Selepas berbincang
bersama dengan guru pembimbing terdapat beberapa cara yang difikirkan releven untuk
menyelesaikan masalah ini antaranya dengan bertanyakan nama manja murid tersebut
supaya lebih mesra dan santai dan merapati pelajar yang mungkin saya telah abaikan
semasa di dalam kelas. Dalam buku yang berjudul ‘Pelajar Bestari 5T’ oleh Zulkifli Ismail
pula, cara mengingat adalah dengan bantuan gambar rajah. Dengan kata yang lain, jika
terdapat senarai nama yang mengandungi nama serta gambar mereka, sudah pastinya
guru dapat lebih mudah mengingati nama pelajar.

5. Tempoh Masa Penyelesaian


1 Minggu

6. Tindakan Susulan
Saya akan sentiasa bertegur sapa bersama dengan pelajar saya kemudian mewujudkan
lebih banyak peluang untuk berkomunikasi bersama anak murid semasa Google Meet.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan


14.7.2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan


cadangan yang telah dikemukakan telah sedikit banyak meningkatkan keupayaan guru
dalam mengingati nama murid. guru juga telah menanyakan nama pelajar daripada guru
yang lain dan ini sememangnya banyak membantu

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)


Kesimpulannya, adalah penting bagi seseorang guru untuk mengingati nama seseorang
murid bagi mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid yang banyak membantu
dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Abd Ghani Abdullah & Abd Rahman Abd Aziz. (2009). Mengurus Tingkah laku Pelajar. PTS
Profesional.

Zulkifli Ismail. (2004). Pelajar Bestari 5T’. Cheras: Utusan Publications & Distribution Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai