Anda di halaman 1dari 3

MINGGU 6

TARIKH : 8-12 Ogos 2021

TAJUK JURNAL : Penerapan Nilai KBAT dalam PdPc.

1. Isu yang difokuskan :

Pada minggu lepas saya mendapati PdP yang telah saya jalankan terdapat kekurangan dari
segi penggunaan elemen KBAT di dalam PdP. Saya dapat menilai murid tidak mampu
menjana idea sendiri melalui aktiviti yang telah dirancang malahan aktiviti yang dilakukan
tidak mampu mencabar pemikiran murid. Ini menyebabkan murid tidak dapat dapat
berfikiran jauh kerana skop perbincangan yang dilakukan adalah kecil.

2. Analisis isu yang difokuskan :

Saya akui masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri yang bimbang murid tidak dapat
memahami isi jika konteks mempunyai aras yang terlalu tinggi. Namun begitu kaitan
pembelajaran dalam kehidupan seharian dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih
efektif kerana murid dapat mengaitkan dengan dunia sebenar. Pemberian iput secara terus
menjadikan murid mudah untuk hilang fokus dan bertindak melakukan perkara lain di dalam
kelas. Namun begitu penambahbaikan dapat dilakukan bagi memastikan murid lebih berfikir
dan melontarkan idea di dalam kelas.

3. Kajian Lampau / pengalaman lepas :

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu mampu merangsang minat dan
mencabar intelek murid. Bahan sumber yang interaktif mencabar murid untuk berfikir secara
kritis dan kreatif serta menjana idea baru. Aplikasi bahan sumber yang kaya dengan unsur
KBAT dalam PdP mampu mengupayakan perkembangan dan pengamalan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
KBAT yang berkesan perlu berpusatkan murid dengan melibatkan mereka secara aktif
dalam PdP melalui tugasan dan soalan yang mencabar pemikiran. Justeru, guru perlu
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif bagi merangsang murid berfikir. Guru juga
boleh menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan dalam usaha membudayakan
pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan murid (Williams, R. Bruce, 2003). Pedagogi
yang melibatkan murid berfikir telah lama dilaksanakan, melalui program seperti Kemahiran
Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 1994. Program
ini diteruskan dan dimantapkan dengan pengenalan KBAT seperti yang disarankan dalam
PPPM (2013-2025). Menurut Bruner, pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang ada
pada seseorang individu memainkan peranan penting dalam proses berfikir. Kesemua
aspek ini menjadi latar belakang untuk membuat penaakulan dan refleksi sehingga
membolehkan seseorang individu berfikir aras lebih tinggi dalam konteks dapat membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, menginovasi dan mencipta. Dalam proses ini, empat
tahap pemikiran yang tinggi diberi fokus iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang saya telah lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah:

1. saya perlu mempelbagaikan teknik contohnya penggunaan teknik inkuiri penemuan. 


2. Mengalakkan pelajar melontarkan idea.

5. Tempoh masa penyelesaian :

PdPc akan datang.

6. Tindakan susulan :

Setelah menganalisis kekurangan ini saya perlu lebih terbuka dalam menyoal pelajar.
Pelajar jarang ingin menyuarakan pendapat melainkan terdapat desakan yang memerlukan
mereka berfikir. Oleh itu pengunaan masalah dapat membantu pelajar untuk berfikir
penyelesaian masalah yang sesuai. Saya boleh juga menyediakan bahan sumber KBAT
dengan menggunakan bahan daripada pelbagai sumber lain seperti buku, video, akhbar,
laporan lawatan lapangan, jurnal, Internet dan majalah. Penyediaan bahan sumber secara
kendiri oleh guru menuntut mereka menjadi lebih kreatif dalam memilih bahan, menyusun
kandungan dan merancang aktiviti PdP bagi memenuhi objektif pembelajaran.

7 Tarikh tindakan susulan :

Kelas akan datang


8.Keberkesanan langkah yang dicadangkan :

9. Kesimpulan :

Unsur KBAT merupakan satu elemen penting bagi melahirkan murid yang JERIS dan
bertepatan dengan pedagogi abad 21. Maka penerapan ilmu dan nilai KBAT dalam PdPc
adalah elemen penting bagi satu perancangan pengajaran guru.

Rujukan :

Bahagian Pendidikan Guru (Edisi Percubaan). Kemahiran Berfikir Secara Kreratif dan

Kritis: Unit Tiga.

Bruner, J. S. (1983). In search of mind: Essays in Autobiography. New York: Harper & Row.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025

Williams, R. Bruce. (2003). Higher Order Thingking Skills: Challenging All Students to
Achieve.Thousand Oaks.CA Corwin Press.

Anda mungkin juga menyukai