Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN
Perkataan seni dapat ditakrifkan sebagai sesuatu yang halus iaitu kecil, elok, tipis
dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan menurut Kamus
Dewan 2010. Sesuatu yang dikatakan seni pula adalah suatu bentuk karya seperti
pantun, ukiran, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat yang tersendiri.
Perkataan ‘seni’ jika ditambah dengan imbuhan ‘ke’ (awalan) dan ‘an’ (akhiran)
membentuk perkataan ‘kesenian’ yang membawa pengertian yang lebih luas lagi
iaitu perihal seni, yang berkaitan dengan keindahan dan ketelitian penciptaan
sesebuah karya seni tersebut. Kesenian telah menjadi identiti dan amalan yang amat
penting kepada kebudayaan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sejak
turun temurun lagi. Dengan kepelbagaian amalan kesenian dalam masyarakat
berbilang kaum di negara ini, identiti masyarakat Malaysia yang bersifat multikultural
lebih terserlah dan dikenali ramai.
Manakala, takrifan kebudayaan pula yang berasal daripada bahasa
Sanskrit,iaitu ‘buddhayah’ yang berasal daripada bentuk jamak dari ‘buddhi’
membawa maksud budi atau akal. Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal
yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Namun, pengertian kebudayaan yang berkait dengan tradisi akal dan budi manusia
ini lebih menjurus kepada cara hidup sesuatu bangsa atau umatnya. Konsep ini juga
berkait rapat dengan bidang seni, sastera, dan muzik klasik serta merangkumi
aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat kita
Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang saling berkait rapat
dan bergantungan antara satu sama lain. Gabungan kedua-dua bidang ini sangat
luas dan kompleks, didapati juga seolah-olah kedua-duanya tidak dapat dipisahkan
antara satu dengan yang lain. Seni dan kebudayaan amat berkait rapat dengan
identiti, ideologi dan amalan seharian sesebuah kelompok masyarakat. Di seluruh
dunia, setiap masyarakat mempunyai identiti seni dan kebudayaannya yang
tersendiri lantas membentuk keunikan cara hidup mereka.
Tidak terkecuali di Malaysia, di mana rakyatnya berbilang kaum dan
keturunan sudah pasti mempunyai kepelbagaian aspek seni dan kebudayaannya
juga. Kepelbagaian budaya seperti dari sejarah etnik yang meninjau asal-usul
keturunan dan latar belakang sejarah setiap etnik dari segi cara hidup, sosio budaya,
asal usul, agama dan kegiatan ekonomi turut mencorak aspek seni dan budaya.
Perkara ini menjadi sebahagian daripada cara hidup dan pegang sejak zaman
berzaman lagi dan diteruskan sehingga sekarang.

1
2.0 PENGARUH KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM SENI HALUS
Kepelbagaian kebudayaan ini lebih merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya
sesebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Jadi, setiap kaum
mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya.
kebudayaan adalah benda-benda yang diciptakan oleh manusia sebagai makhluk
yang berbudaya, mempunyai perilaku dan benda-benda yang bersifat nyata,
misalnya pola-pola perilaku, bahasa, peralatan hidup, organisasi sosial, religi, seni,
dan lain-lain, yang kesemuanya ditujukan untuk membantu manusia dalam
melangsungkan kehidupan bermasyarakat.

2.1 KARYA HOSSEIN ENAS

RAJAH 1.0

Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun


1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Hasil karya beliau adalah
menuju kepada aliran realistik dan naturalistik. Rajah 1.0 merupakan hasil
karya beliau yang bertajuk ‘Gadis Melayu” iaitu merupakan lukisan seorang
gadis yang berambut hitam, bersanggul, mempunyai bibir yang tebal,
beranting-anting, memandang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja.

2
Beliau menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema
figuratif sebagai tema utama iaitu figura seorang perempuan. Karya ini
merakamkan gambar seorang gadis yang mempunyai raut wajah gadis
melayu yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting,
memandang ke arah satu tempat dan memakai baju kemeja.

Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang
gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan.
Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis
Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga
merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik


dan Berjaya menimbulkan pandangan fokus kepada wajah gadis tersebut.
Riak wajah gadis tersebut juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat
dijadikan bahan dokumentasi visual dan rujukan dalam banyak perkara
seperti potret ‘Monalisa’.

2.2 KARYA SYED AHMAD JAMAL

RAJAH 2.0

3
Karya Langit dan Bumi pada rajah 2.0 memperlihatkan pelbagai unsur-unsur
seni seperti garisan, rupa, ruang dan warna. Pada karya tersebut terdapat
pelbagai jenis karekter garisan, ada garisan perlahan, sederhana, pantas dan
tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan tersebut telah membentuk
beberapa jenis jalinan yang sekaligus memperkayakan lagi karya beliau.
Secara keseluruhannya, Syed Ahmad Jamal menggunakan jalinan abstrak.
Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau
bawah karya iaitu merah pada tanah berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang
pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan mendominasikan ruang cetek.
Dalam pada itu, ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya
pada bahagian bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah.

Imej dan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awam dan
bintang-bintang pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus yang
tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan
saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan
rentak tidak senada kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri antara langit dan
bumi. Di bahagian tepi kiri ini digunakan rentak tersusun. Gabungan elemen
dan prinsip rekaan seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan
yang cukup dan mantap.

Penyatuan elemen-elemen dengan komposisi serta pandangan


saujana antaranya menimbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian.
Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya
Syed Ahmad Jamal dengan karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai-nilai
falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang mencerminkan
pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah
peradaban yang tidak bernilai harganya.

Dalam pengolahan karya ini, Syed Ahmad Jamal menghimpunkan


pelbagai situasi. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang
dan senja. Situasi yang berlainan ini disatukan lalu membentuk satu luahan
idea, minda dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di
antara kedua-dua ruang “Langit dan Bumi.

Karya “ Bumi dan Langit” dilihat amat berjaya sama ada dari segi
bentuk, komposisi dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan
pengaruh Melayu dan Islam. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu-Islam
yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehingga berjaya

4
memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya. Syed
Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melayu dan Islam
sebagai struktur karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan
bersesuaian daripada tamadun Barat mahupun Timur digarapkan menjadi
wadah pemikirannya.

2.3 KARYA ABDUL LATIFF MOHIDIN

RAJAH 3.0

Lukisan 'Pago-pago' adalah karya Latiff Mohidin yang paling sinonim dengan
dirinya sebagai penggiat seni lukisan bertema ekspresionisme. Satu
gambaran catan yang merakamkan kehidupan di sekitar Indo-China Karya ini
dianggap istimewa kerana siri tersebut dianggap sebagai lukisan jiwa dan
mata hatinya. Lukisan ini adalah mewujudkan kesedaran bahawa betapa
pentingnya abstrak yang mencerminkan pengertian terhadap alam setempat,
menjaga dan menghargai alam sekitar.

Dari segi penggunaan unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni Latiff


banyak menggunakan unsur seni seperti garisan, warna dan rupa. Jika
diperhatikan catan ini memberikan beberapa maksud yang tertentu
berdasarkan garisan iaitu garisan bergerigi bermakna kesakitan, garisan

5
beralun memberi gambaran lembut dan gerak mengalir, garisan kasar
memberi gambaran gagah dan kuat. Manakala garisan yang berserabut
memberi gambaran masalah atau bercelaru. Catan ini juga berjaya
menimbulkan kesan pergerakan dan mewujudkan kesatuan dari segi bentuk
dengan baik. Unsur seni rupa yang terdapat dalam karya ini adalah bulat,
segi tiga, daun dan bentuk lain yang tidak mengenali. Penggunaan ruang
dalam karya ini agak sempit. Objek dalam karya ini semua kelihatan di satu
aras yang tidak menunjukkan objek yang berada di belakang kelihatan lebih
kecil.

Selain itu, prinsip rekaan yang terdapat dalam karya ini adalah
harmoni, kesatuan, kepelbagaian dan pergerakan. Penggunaan warna yang
harmoni menyebabkan karya ini kelihatan selesa. Contohnya, warna kuning
yang berbentuk bulat di belakang yang kelihatan seperti bulan. Kewujudan
kesatuan dapat dilihat melalui segi bentuk.

2.4 KARYA HARON MOKTAR 

RAJAH 4.0

Melalui ‘Pertarungan’ karya Amron Omar menggambarkan seorang lelaki


yang sedang mencangkung ke hadapan dengan tangan kirinya berada di
hadapan sekali seterusnya kepala diikuti dengan badan dan tangan kiri yang
paling belakang. Lelaki ini bertubuh sasa, tidak berbaju dan berseluar
panjang. Makna melalui kedudukan figura lelaki yang sedang mencangkung
ini sendiri menunjukkan langkah pembukaan silat sebelum memulakan
pertarungan.

6
Tubuh yang sasa dan raut wajah yang agak menumpu memberi
makna bahawa seorang pesilat perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan
minda yang sasa sama seperti tubuhnya. Cerita Melalui lukisan ini, Amron
Omar cuba menyampaikan kepentingan-kepentingan silat yang merupakan
salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang penuh bermakna di dalam
dunia Melayu yang kaya dengan unsur tradisinya. Ekspresi Melalui karya ini
telah menunjukkan semangat beliau di dalam menyampaikan mesej
keindahan dan kekuatan budaya masyarakat melayu seni silat di dalam adat
kebudayaan orang melayu. Melalui lukisan ini, jelas bahawa terdapat
pengaruh budaya melayu yang kuat yang digambarkan Amron Omar.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Kepelbagaian masyarakat akan mencorak kepelbagaian budaya yang


wujud dalam masyarakat di negara ini. Dalam hal ini, ahli masyarakat akan terus
berinteraksi dan berkongsi kebudayaan mereka, namun tidak kurang pula yang teguh
berpegang kepada prinsip mempertahankan budaya masing-masing. Hal ini bukan menjadi
masalah besar sekiranya semua golongan masyarakat memahami akan konsep
kepelbagaian budaya ini sepenuhnya. Kefahaman yang wujud dalam masyarakat sperti
menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di Malaysia,
menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka seterusnya
mendalami keunikan budaya yang wujud akan menampakkan keunikan budaya setiap
malaysia. Melalui pemahaman seperti ini, persefahaman budaya dapat disemai dan dipupuk
dalam kalangan masyarakat.

Aspek seni dan kebudayaan amat penting kepada masyarakat di negara ini. Kedua-
dua entiti ini sememangnya berkait rapat dan sangat sinonim dengan masyarakat di negara
ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan, agama dan nilai budayanya.
Perbezaan seni dan kebudayaan bukanlah merupakan halangan satu bentuk perhubungan
dan komunikasi yang baik dan mantap sebaliknya menjadi sumber kekayaan kepada nilai
seni dan budaya masyarakat kita di mata dunia. Sifat budaya yang pelbagai yang dimiliki
oleh masyarakat di negara ini menjadi aset penting dalam memperkayakan khazanah seni
dan budaya malah turut menjadi daya tarikan pelancong luar. Keadaan ini telah memberi
impak positif ke atas ekonomi negara pada masa kini.

7
4.0 BIBLIOGRAFI

Fatimah Daud. (1984). Some patterns of ethnic relations in Malaysia. Asia Profile 13(2): 117-
29. Hamid, M. J. (2006). Asas Seni Visual. Tanjong Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Hamid, M. J. (2009). Pendidikan Seni Visual Dan Muzik. Tanjong Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Hamid, M. J. (2010). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Hamid, M. J. (2013). Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjung Malim, Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Kamus Dewan. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005). Kuala Lumpur: Ministry
of Culture, Arts and Heritage of Malaysia Press.

Kymlicka, W. (2002). Kewargaan Multikultural, Terjemahan Edlina Hafmini Eddin. Jakarta:


LP3ES.

Marshall, G. (pent).(1994). The Concise Oxford Dictionary of Sociology. Oxford: Oxford


University Press.

Modul QGJ3033 Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi. Tanjong Malim: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Stavenhagen, R.(1986). Problems and Prospects of Multiethnic States. Tokyo: United


Nations University Press.

Ting Chew Peh. (1997). Konsep Asas Sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Zaid Ahmad, Ruslan Zainudin, Sarjit Singh, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee.
Najeemah Mohd Yusof & Nazri Muslim. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Edisi
Ketiga. Selangor: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai