Anda di halaman 1dari 30

Perkembangan

Teori Linguistik Generatif


Oleh
Mohd Ra’in Shaari
Seri Lanang Jaya Hj Rohani
Hamid Awang




1.0 PENGENALAN

Teori Transformasi Generatif (TG) telah mengalami perkembangan yang pesat
semenjak Chomsky memperkenalkan teori ini melalui bukunya berjudul Syntactic
Structures pada tahun 1957. Pengaruh teori ini dalam dunia linguistik moden amat
besar khususnya di Amerika Syarikat. Teori TG muncul bagi mengatasi kelemahan-
kelemahan yang tidak dapat diatasi oleh aliran struktural. Tiada siapa mengatakan
teori ini seratus peratus berjaya menyelesaikan masalah-masalah linguistik, atau
bahawa analisis ini dapat menghasilkan satu teori yang semuanya sempurna.
Namun apa yang diakui ialah analisis transformasi generatif dapat memberi
jawapan kepada persoalan-persoalan yang sebelum ini tidak terjawab oleh aliran
struktural (Nik Safiah Karim, 1988).

Aliran TG mempunyai tujuan analisis yang tersendiri iaitu dengan
berdasarkan korpus dan kaedah analisis, fokus TG ialah pada semua fakta penutur
jati sesuatu bahasa. Bagi aliran TG, menguasai bahasa bukanlah bererti menyimpan
dalam otak satu senarai perkataan atau ayat, tetapi yang lebih penting ialah
kecekapan menghasilkan dan memahami ayat-ayat yang tidak pernah dihasilkan
atau didengari sebelum ini. Justeru, Chomsky memperkenalkan dua konsep penting
dalam TG iaitu kemampuan bahasa (linguistic competence) dan kecekapan bahasa
(linguistic performance). Dua konsep ini mempunyai perbezaan yang nyata,
misalnya apa yang diujarkan (kecekapan bahasa) tidak harus dianggap mewakili
pengetahuannya (kemampuan bahasa).

Menurut Chomsky, terdapat dua tugas utama ahli linguistik iaitu, pertamanya
wajar menentukan cara analisis linguistik perlu bersifat empirikal; keduanya wajar
menganalisis kemampuan bahasa (linguistic competence) seseorang penutur dan
bukannya pada kecekapan bahasa (linguistic performance). Bagi menjelaskan hal ini,
Chomsky telah memperkenalkan konsep penutur-pendengar ideal (ideal speaker-
listener). Ini dapat dijelaskan melalui pendapat Chomsky (1965: 3) iaitu:

“…knows its language perfectly and is unaffected by such grammatically
irrelevant conditions as memory limitations, distractions, shifts of attention, and
errors (random or characteristic) in applying his knowledge in actual performance.”

Selaras dengan itu juga, tumpuan utama penyelidikan aliran TG ialah pada
proses mental yang menjadi asas dalam penghasilan bunyi bahasa, dan tidak
menumpukan kajian pada hasil-hasil proses mental.

2.0 KERANGKA TEORI TRANSFORMASI GENERATIF
Kerangka teori TG meliputi beberapa tahap yang disusurgalurkan seperti yang
berikut:
a) Teori Struktur Sintaktik (Syntactic Structures, 1957)
b) Teori Standard (Aspects of the Theory of Syntax, 1965)
c) Teori Standard Tambahan (Extended Standard Theory,1976)
d) Teori Kuasaan dan Tambatan (Goverment-Binding Theory,
1982)
e) Program Minimalis (The Minimalist Program, 1995)

2.1.1 Teori Struktur Sintaktik (Syntactic Structures, 1957)
Teori ini menerangkan bagaimana rumus-rumus diperlukan bagi menjana (to generate)
ayat-ayat dan seterusnya dapat menerangkan struktur-struktur ayat (structural
descriptions). Dalam teori ini terdapat tiga rumus utama iaitu rumus struktur frasa, rumus
transformasi, dan rumus morfofonemik.
i) Rumus Struktur Frasa merupakan senarai rumus yang bersifat ‘ditulis kembali’
(rewrite rules). Rumus ini memberi penjelasan tentang perhubungan antara
bahagian-bahagian dalam ayat, yang dapat dijelaskan dalam bentuk rajah pohon
(tree structure). Berkaitan rumus ini, Chomsky menerangkan rumus-rumus ini
dapat menghasilkan sejumlah ayat dalam bahasa yang tidak terhad jumlahnya.
Contoh-contoh rumus struktur frasa adalah seperti yang berikut:
(1) Budak itu menulis nota.

(a) A àFN + FK
(b) FK àK + FN
(c) FN à N + Penunjuk
(d) K à menulis
(e) Penunjuk à itu
(f) N à budak, nota

ii) Rumus Transformasi diwujudkan dan seterusnya diaplikasikan ke atas rentetan


lambang hasil daripada rumus struktur frasa untuk menghasilkan struktur
permukaan. Ini bermakna, rumus ini mengambil rumus struktur frasa untuk
memindahkan, menggugurkan, menyambung atau meluaskan unsur-unsur tertentu
dalam ayat asal. Pada peringkat rumus transformasi ini, Chomsky mengemukakan
dua jenis transformasi, transformasi wajib (obligatory) dan transformasi pilihan
(optional). Jika transformasi wajib sahaja diaplikasi, ayat yang terhasil ialah ayat
selapis yang dinamakan ayat inti (kernel sentence). Jika kedua-dua jenis
transformasi diaplikasi, ayat-ayat yang dihasilkan terdiri daripada dua jenis, iaitu
selapis dan kompleks. Transformasi pilihan boleh terdiri daripada (a)
transformasi singulary iaitu diaplikasi ke atas satu ayat, atau (b) transformasi
generalized iaitu apabila diaplikasi ke atas dua ayat atau lebih.

iii) Rumus Morfofonemik diwujudkan untuk menerangkan bagaimana struktur


permukaan harus diucapkan. Ini bermakna, rumus morfofonemik bertujuan untuk
menukar bentuk-bentuk yang dihasilkan oleh rumus-rumus transformasi ke dalam
bentuk yang nyata diujarkan dalam ujaran oleh penutur.
Gambaran keseluruhan komponen yang terdapat dalam teori ini adalah seperti
berdasarkan rajah yang berikut:

Rumus Struktur Frasa

Transformasi Wajib
Bahagian
Sintaksis
Ayat Inti

Transformasi Pilihan

Ayat Kompleks

Rumus Morfofonemik
Bahagian
Fonologi

Bentuk-Bentuk Fonologi

Rajah 1.1: Komponen Teori Struktur Sintaktik

2.1.2 Teori Standard (Aspects of the Theory of Syntax, 1965)


Teori ini mempunyai 3 komponen utama, iaitu:
(i) Komponen sintaksis,
(ii) Komponen semantik, dan
(iii) Komponen fonologi.

i) Komponen Sintaksis
Komponen Sintaksis terdiri daripada rumus sintaksis terdiri asas dan rumus transformasi.
Rumus sintaksis asas terdiri daripada rumus struktur frasa seperti yang terdapat dalam
model Struktur Sintaktik. Perubahan yang dilakukan oleh Chomsky dalam teori terbaru
ini ialah dengan menghapuskan rumus tulis. Rumus tulis kembali yang dihapuskan itu
digantikan dengan rumus-rumus penyisipan leksikal. Rumus penyisipan leksikal
membolehkan penyisipan kata daripada leksikon sekiranya bersesuaian dengan ciri-ciri
sintaksis yang ditetapkan. Rumus-rumus penyisipan leksikal inilah yang menentukan
pemilihan kata-kata yang boleh berkolokasi. Kemasukan rumus ini penting untuk
menapis ayat kerana dalam teori terdahulu semua ayat yang tidak logik adalah gramatis.
Dalam teori terdahulu, ayat seperti Colourless green ideas sleep furiously, walaupun
tidak logik adalah gramatis. Dengan rumus penyisipan leksikal, maka ayat Colourless
green ideas sleep furiously, akan ditandakan sebagai ayat yang tidak gramatis.

ii) Komponen Semantik


Komponen semantik terdiri daripada kemasukan leksikon dan rumus-rumus pengunjuran
(projection rules). Fungsi utama komponen ini ialah untuk menentukan supaya struktur
sintaksis yang merupakan inputnya dapat diberi analisis secara formal.

Walaupun Chomsky mengakui komponen ini patut dimasukkan ke dalam huraian


sesuatu nahu beliau sendiri tidak banyak membincangkan komponen ini. Usaha-usaha
dalam bidang ini dijadikan oleh tokoh-tokoh lain, misalnya Katz, Fodor, dan Postal. Katz
dan Fodor mendefinisikan komponen semantik dalam teori linguistik. Sebagai satu ‘alat
pengunjuran’ (projection device) yang mentafsirkan struktur sintaksis, dan mengikut
mereka alat ini terdiri daripada leksikon (butiran kata seperti kamus) dan rumus-rumus
pengunjuran (Halimah Wok Awang, 1988). Leksikon akan memberikan makna tiap-tiap
unit leksikal dalam bahasa berkenaan dan rumus-rumus pengunjuran akan menentukan
interpretasi semantik (makna kepada rentetan yang diterbitkan oleh komponen asas
sintaksis). Interpretasi semantik ini ditentukan oleh struktur dalaman sesuatu dan
bukannya struktur permukaan ayat itu. Ini kerana bagi ayat-ayat seperti Flying planes
may be dangerous, iaitu ayat yang struktur sintaksisnya taksa (ambiguiti) kita perlu
mengetahui struktur dalamannya untuk memberikan makna yang tidak samar.




iii) Komponen Fonologi
Komponen fonologi terdiri daripada rumus-rumus yang menentukan sebutan sebenar
sesuatu struktur sintaksis yang dihasilkan oleh komponen sintaksis. Antara contoh rumus
fonologi yang boleh dilihat berdasarkan kesesuaian dalam bahasa Melayu ialah:

ŋà m/--- + p
b
f

Terdapat beberapa perubahan telah dilakukan oleh Chomsky dalam teori
Aspek Teori Sintaksis berbanding Teori Struktur Sintaktik. Antara perubahan
penting dalam teori ini berbanding teori terdahulu ialah, pertamanya memansuhkan
konsep transformasi pilihan, khususnya berkaitan ayat pasif. Dalam teori ini,
transformasi pasif diberi taraf wajib berbanding sebelum ini diberi taraf pilihan.
Apabila elemen pasif dijana dalam rumus struktur frasa, maka transformasi pasif
wajib diaplikasikan, misalnya:
FN1 + Kb + K + FN2 + oleh + Pasif
FN2 + Kb + K + oleh + FN1

Perubahan yang kedua ialah Chomsky memasukkan komponen semantik
atau makna berbanding teori terdahulu yang hanya mempunyai bahagian rumus
struktur frasa, rumus transformasi, dan rumus morfofonemik. Chomsky
memasukkan komponen semantik bertujuan untuk menginterpretasikan makna
ayat yang dihasilkan oleh komponen sintaksis.

Komponen yang terdapat dalam teori Standard ini dapat digambarkan
seperti dalam rajah yang berikut:





Komponen Asas Komponen Transformasi



Komponen Semantik Komponen Fonologi



Makna Makna


Rajah 1.2: Komponen Teori Standard

2.1.3 Teori Standard Tambahan (Extenderd Standard Theory, 1976)

Perubahan yang pesat dalam teori aliran generatif ini telah melahirkan Teori
Standard Tambahan iaitu lanjutan daripada Teori Standard. Prinsip utama dalam
teori ini ialah setiap transformasi tidak akan mengubah makna ayat. Teori ini telah
mencadangkan satu set rumus tambahan yang dikenali sebagai rumus interpretasi
permukaan. Rumus tambahan ini diaplikasikan pada setiap struktur permukaan
apabila transformasi berlaku ke atas ayat. Chomsky mencadangkan supaya
interpretasi semantik dilakukan pada struktur permukaan meliputi komponen
sintaksis dan komponen fonologi. Ini bermakna interpretasi semantik tidak lagi
berlaku semata-mata pada peringkat struktur dalam sebagaimana yang terdapat
dalam Teori Standard.

Menurut Mashudi Kader (dalam Nik Safiah, 1988), antara rumus terpenting
yang terdapat dalam teori ini ialah:
Sentence B IPM T SS SR – 1 LF
SR - 2 : LF Semantic

Penerangan: B : base (asas)


IPM : rajah pohon peringkat awal
T : Komponen transformasi
SS : struktur permukaan
SR-1 : interpretasi semantik 1
LF : bentuk logik
SR- 2 : interpretasi semantik lain

Keseluruhan komponen yang terdapat dalam teori ini dapat dilihat seperti
dalam rajah di bawah ini:

Komponen Asas

Interpretasi Komponen
Semantik Transformasi


Komponen
Fonologi


Interpresetasi
Fonetik

Rajah 1.3: Komponen Teori Standard Tambahan



2.1.4 Teori Kuasaan dan Tambatan (Government-Binding Theory, 1982)
Teori Kuasaan dan Tambatan (KT) merupakan satu teori mengenai struktur
linguistik yang bermatlamat untuk menjelaskan prinsip dan elemen yang beroperasi
dalam bahasa yang dituturkan oleh manusia. Penjelasan prinsip dan elemen ini
mempunyai matlamat untuk menghasilkan satu teori yang mempunyai kepadaan
deskripsi. Kepadaan deskripsi akan tercapai sekiranya nahu tersebut boleh
menjelaskan intuisi penutur natif sesuatu bahasa. Seterusnya, teori ini dapat
mencapai kepadaan explonatori jika teori ini bukan sahaja menjelaskan intuisi
penutur natif sesuatu bahasa itu tetapi juga dapat menganalisis sesuatu ayat yang
gramatis dan tidak gramatis (Fazal Mohamad, 2005).
Teori KT merupakan teori yang terhasil daripada lanjutan EST. Terdapat beberapa
konsep dalam teori EST yang masih dikekalkan , antaranya ialah:

(i) Andaian bahawa tatabahasa merupakan satu representasi mental.
(ii) Kebolehan linguistik seseorang penutur yang sempurna menjadi matlamat
kepadaan penghuraian.
(iii) Interpretasi semantik tidak berlaku pada struktur-D (struktur dalaman)
(iv) Transformasi.
(v) Subkategorisasi dan pengehadan pilihan (selectional restrictions) pada leksikon.

Menurut Mashudi Kader (1988), selain daripada mengekalkan beberapa konsep dalam EST,
terdapat beberapa konsep yang dihapuskan atau dibuat penambahbaikan, antaranya ialah:

(i) Struktur frasa (SF) dalam bentuk yang terdapat pada EST atau teori standard
digugurkan. (Sebaliknya ia digantikan dengan X (X berpalang), iaitu rumus-
rumus yang dikembangkan atas dasar teori sintaksis X berpalang).
(ii) Rumus transformasi (rumus-T) dalam bentuk yang terdapat pada EST
diubahsuaikan dengan menganggap kesemuanya ubah-α sahaja. Sesungguh
banyak rumus yang dahulunya disebut dengan berbagai-bagai-bagai label
seperti topicalization, tough movement, adverb preposing dan banyak lagi yang
dianggap sebagai perpindahan Wh-.
(iii) Banyak tegahan transformasi (constraints on transformation) seperti, complex
NP constraints, sentential subject constraint, A Over constrants, extraposition,
dan seumpamanya diubahsuaikan menjadi subjacency dan ada transformasi
yang terletak di bawah “syarat-syarat S yang berkala” (tensed-S condition)
dengan tujuan rumus yang baharu itu lebih umum (iaitu lebih generalized).

Selain itu, terdapat beberapa pembaharuan dikemukakan dengan tujuan melahirkan model
formal kebolehan linguistik seseorang penutur yang menuju kepada kepadaan penerangan
(explanatory adequacy) dan bukan setakat kepadaan pemerian (descriptive adequacy). Di
antara yang dikemukakan ialah:
(i) Tatabahasa bukan sahaja satu sistem rumus tetapi merupakan kombinasi
sistem rumus yang integrasi dengan sistem prinsip.
(ii) Komponen kategori (categorial component) dicadangkan merupai jenis
sintaksis X berpalang yang dikemukakan oleh Jackendoff (1977). Di antara
alasannya ialah struktur frasa jenis lama pada EST atau teori standard tidak
berkonstrain, iaitu apa sahaja boleh menjadi struktur frasa. Sebaliknya
sintaksis X-berpalang menghendaki rumus berbentuk indosentrik.

(iii) Transformasi dianggap sebagai satu golongan sahaja dan dimuat dalam
tajuk ubah-α. Perubahan sesuatu (kategori) kepada kedudukan lain
mestilah menurut aturan sistem, prinsip-prinsip seperti kasus (theroy of
case), kuasaan (government), prinsip projeksi (projection principles), dan
sebagainya.

(iv) Transformasi tidak terhad kepada pemetaan struktur-D ke struktur-L tetapi
juga dilakukan pada pemetaan struktur-L kepada komponen-L dan
komponen-F. Oleh itu ruang lingkup sintaksis dianggap lebih luas daripada
dalam model teori standard atau EST.

(v) Inventori kategori dalam komponen kategori hanya terdiri daripada N, K, A,
P, iaitu namaan, kata kerja, adjektif, dan kata depan (prepositions). Ini
adalah akibat pengelasan kata-kata berdasarkan fitur minus (-) dan plus (+)
yang binari seperti yang berikut:

N K A P
Namaan + - + -
Karyaan - + + -

Seterusnya dalam penandaan frasa, X adalah kategori frasa, manakala X
adalah kategori leksikal.
(vi) Sistem prinsip seperti teori-teori kasus, kuasaan tambatan, teta, ikatan, dan
kontrol.
(vii) Interpretasi semantik dilakukan pada output komponen–F dan komponen-L.
Secara khususnya, teori KT menganggap bahawa tatabahasa universal (UG) terbina
daripada subsistem-subsistem yang berikut:
a) Subsistem rumus-rumus
b) Subsistem prinsip-prinsip

a) Subsistem rumus-rumus
Dalam Subsistem rumus-rumus diandaikan terdapat beberapa subkomponen seperti yang
berikut:
(i) Leksikon

Leksikon membekalkan maklumat-maklumat struktur morfofonologi setiap


kata dan juga fitur sintaksis termasuk fitur-fitur kategori dan konteks.

(ii) Sintaksis
(a) Komponen kategori
(b) Komponen transformasi

(iii) Komponen fonetik (KF)

KF terdapat selepas struktur–L. Satu peralihan dilakukan dalam teori ini, iaitu
transformasi lain seperti pengguguran ditambah kerana diandaikan (adanya
konstituen yang sama) berlaku pada peringkat ini.

(iv) Komponen logikal (KL)

Merupakan bentuk yang terhasil pada struktur-L. Diandaikan beberapa


transformasi boleh berlaku pada komponen-L, misalnya fokus, pemindahan –
Wh (kata tanya) dan pemindahan kuantifier.
(v) Interpretasi
Dalam teori ini, semua interpretasi semantik dilakukan pada komponen-F
(komponen fonetik) dan komponen-L (komponen logikal). Tidak ada
interpretasi dilakukan pada peringkat struktur-D.
Representasi bentuk Struktur-D

Transformasi:
- α), α ialah apa juga
(Ubah
kategori, ≠ leksikal.

MENGHUBUNGKAN
1. Repr
etasi
Struktur-L

Representasi (mungkin terdapat Juga mungkin


makna transformasi) terdapat
transformasi
Transformasi yang seperti
biasa

Disebut “rumus “quantifier raising”


stail”

Komponen-F Komponen-L

STRUKTUR
PERMUKAAN

Rajah 1.4: Komponen dalam EST (Sumber: Mashudi Kader, 1988)



Subteori dalam Teori Kuasaan dan Tambatan
Terdapat beberapa subteori di bawah Teori Kuasaan dan Tambatan ini, antaranya
ialah:
(a) Teori X-Berpalang
(b) Teori Kasus
(c) Teori Kuasaan
(d) Teori Tambatan
(e) Teori Teta

Gambaran keseluruhan tentang kedudukan subteori-subteori KT sama ada pada
peringkat struktur-D atau struktur-L adalah seperti yang berikut:


Leksikon X-berpalang


Teori Kontrol
Struktur-Dalam
Teori Theta



Ubah α Teori Ikatan


Struktur Teori Kasus
Luar


BF BL ECP


Rajah 1.5: Teori Kuasaan dan Tambatan (Tambahan BF dan BL)
(Sumber: Cook & Newson, 2007)


a) Teori X-berpalang

Teori X-bar merupakan komponen teori linguistik yang cuba untuk mengenal pasti
ciri-ciri sintaktik yang dianggap biasa pada semua bahasa manusia. Huruf X
digunakan untuk menandakan kategori leksikal sewenang-wenangnya (sebahagian
daripada bersuara); semasa menganalisis lafaz yang khusus, kategori khusus yang
diberikan. Oleh itu, X boleh menjadi N untuk kata nama (KN), V untuk kata kerja
(KK), A untuk kata adjektif (KA), atau Puntuk kata preposisi (KP). Kedudukan x-
berpalang dapat dilihat berdasarkan susunan berikut:

1. X-Berpalang

1a. XP YP X’
1b. X’ X’ ZP

1c. XP

YP X’

X ZP

Dalam rajah di atas, X menunjukkan kepala leksikal yang diprojeksikan kepada frasa
kategori XP. Kepala X berkombinasi dengan ZP. X’ berkombinasi dengan YP yang
dikenali sebagai spesifer (spek) kepada bentuk XP yang merupakan projeksi bentuk
maksimal dari kepala leksikal X. Oleh itu, X boleh terdiri daripada KN, KK, KA atau
KP.

b) Teori Kasus

Teori Kasus mula diperkatakan oleh Fillmore (1968) melalui makalahnya berjudul
“The Case for Case”. Fillmore memperkenalkan teori ini setelah mendapati Teori
Standard (1965) tidak dapat menjelaskan hubungan erat antara sintaksis dan
semantik. Fillmore memperkenalkan beberapa rumus untuk menentukan
kedudukan kasus khususnya yang berkaitan dengan frasa nama. Antara rumus-
rumus tersebut ialah:

Rumus 1: A modaliti + Proposisi

Rumus 2: Pro KK + Kasus1 .....Kasusn

Rumus 3: KK Proposisi + FN

Rumus 4: FN (Penunjuk) + N

Terdapat enam jenis kasus yang dikemukakan oleh Fillmore iaitu kasus
pelaku, kasus alat, kasus datif, kasus faktitif, kasus tempat, dan kasus objek. Kasus
ini ditandai pada struktur-L atau struktur permukaan.

Chomsky (1982) bagaimanapun telah membahaskan Teori Kasus dengan


lebih mendalam apabila beliau memperkenalkan Prinsip Tapisan Kasus, iaitu:
[*FN, jika FN mempunyai realisasi fonetik dan tidak mempunyai kasus pada
Struktur-L]

Prinsip ini menyatakan bahawa setiap FN yang mempunyai realisasi fonetik


dalam semua bahasa mesti ditandakan dengan kasus. Penandaan kasus penting
kerana ia dapat menentukan sesuatu ayat itu gramatis atau sebaliknya. Chomsky
(1986) telah memperkenalkan lima jenis kasus iaitu kasus nominatif, kasus akusatif,
kasus objektif, kasus oblik dan kasus genetif.

c) Teori Kuasaan

Prinsip utama teori kuasaan ialah:

A governs B if and only if

A is a governor and
A m-commands B and
no barrier intervenes between A and B.

[A menguasai B jika dan jika hanya

A adalah penguasa dan


A Perintah-m B dan
tiada halangan hubungan antara A dan B.]

Penguasa adalah kepala kategori leksikal (V, N, A,P) dan kala (T). A Perintah-m B
jika tidak menguasai B dan B tidak menguasai A dan unjuran pertama maksimum A
menguasai B. Unjuran maksimum X kepala XP. Ini bermakna bahawa bagi contoh
dalam struktur seperti berikut, A Perintah-m B, tetapi B tidak perintah A. Dalam
bentuk rajah pohon, gambarannya adalah seperti yang berikut:






i) ii)








(Sumber: wikipedia.org, 2011)
d) Teori tambatan

Prinsip utama teori tambatan ialah:


Satu elemen α mengikat elemen β jika dan jika hanya α menguasai β, dan α dan β
berkongsi.
[An element α binds an element β if and only if α c-commands β, and α and β corefer.]
Contoh:
(2) "John saw his mother."

FN "John" c-arahan "his"kerana ranting pertama FN, S, mengandungi


"his". "John" dan"his" adalah merujuk kepada orang yang sama, Oleh
itu,"John" mengikat"his".

e) Teori Teta

Teori teta merupakan satu teori yang dapat menerangkan hubungan antara kata
kerja dengan subjek dan objek dalam sesuatu ayat. Kata kerja memainkan peranan
yang penting dalam menentukan apakah peranan-peranan yang akan diterima oleh
subjek dan objek dalam ayat. Dengan perkataan yang lebih mudah, kata kerja bukan
sahaja berupaya menarik subjek dan objek, malah turut memberi peranan kepada
kedua-dua unsur tersebut. Seumpama di atas pentas teater, terdapat watak-watak
yang akan memainkan peranan-peranan tertentu. Begitulah juga dengan ayat iaitu
setiap frasa nama (FN) atau frasa sendi nama (FSN) akan mempunyai peranan atau
watak yang tertentu. Setiap peranan ini akan diberikan oleh teta.

Prinsip utama yang terdapat dalam teori ini ialah kata kerja memberi peranan
kepada frasa nama (FN). Kata kerja hanya dapat memberi satu peranan sahaja kepada
FN. Dengan kata lain, kata kerja tidak boleh memberi lebih dari satu peranan kepada FN.
Pemberian peranan tersebut boleh dirumuskan seperti berikut:
a) Satu FN hanya menerima satu peranan sahaja.
b) Satu peranan hanya diberikan kepada satu FN.

Teori teta akan memberi pelbagai peranan kepada argumen-argumen dalam sesuatu ayat.
Berikut merupakan peranan-peranan yang diberikan oleh teta berserta huraian ringkas
tentang peranan tersebut.
a) PELAKU atau AGEN = seseorang atau benda yang melakukan sesuatu
perbuatan secara sedar.
b) PENDERITA = entiti yang dikenakan tindakan ke atasnya.
c) PENGALAMI = entiti yang mengalami sesuatu keadaan psikologi.
d) PENERIMA/BENEFAKTIF = entiti yang menerima faedah daripada
sesuatu tindakan.
e) TEMA = entiti yang mendapat kesan daripada sesuatu tindakan.
f) ALAT = benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu tindakan.
g) LOKASI = tempat di mana sesuatu tindakan berlaku atau sesuatu
benda terletak.
h) SASARAN = entiti yang menjadi sasaran atau tumpuan kepada
sesuatu untuk bergerak ke arahnya.
i) MASA = masa berlakunya sesuatu tindakan itu.
j) SUMBER = entiti yang daripadanya sesuatu tindakan itu dilakukan.
k) PERBANDINGAN = entiti yang dibandingkan dari segi persamaan.

Peranan teta dapat diperhatikan berdasarkan contoh ayat di bawah ini:

(3a) John opened the door


(3b) The door opened
(3c) The key opened the door

Dalam ketiga-tiga ayat di atas, John, the door, dan the key masing-masing adalah
subjek dan kata kerjanya sama, iaitu “opened”. Tetapi dari ketiga-tiga ayat tersebut,
kita dapat menyatakan bahawa John adalah “yang melakukan perbuatan membuka
pintu”, the door adalah “yang dibuka”, dan the key adalah “alat yang digunakan
untuk membuka pintu”. Semua itu menunjukkan bahawa dalam hubungan dengan
kata kerjanya, posisi ketiga-tiga subjek tertentu berbeza dengan peranan
semantiknya. Tetapi perbezaan itu tidak nampak dalam struktur permukaan ketiga-
tiga ayat tersebut. Tetapi daripada ketiga-tiga ayat tersebut, kita dapat menyatakan
bahawa John adalah “yang melakukan perbuatan membuka pintu”, the door adalah
“yang dibuka”, dan the key adalah “alat yang digunakan untuk membuka pintu”.
Fillmore mengusulkan agar struktur dalaman ayat-ayat itu dijelaskan melalui kasus:
John adalah agen, the door adalah objek, dan the key adalah instrumental (Hussin
Sarif, 2010). Seterusnya, perhatikan juga contoh (4) di bawah:
(4)Alice mengutuskan sepucuk surat kepada Maria
FN1 KKFN2 FSN3

Dalam ayat (4) di atas, kata kerja mengutuskan telah menarik tiga argumen
iaitu subjek Alice, objek surat dan frasa sendi nama kepada Maria. Kata kerja
mengutuskan perlu menarik FSN kerana kata kerja ini memerlukan penerima iaitu
FSN kepada Maria. Kata sendi kepada pula membawa makna arah atau pihak yang
akan menerima sesuatu. Oleh demikian, peranan teta yang akan diberikan seperti
berikut:
Peranan Teta:

KK : mengutuskan

PELAKU : Alice

PENERIMA : Abu

TEMA : sepucuk surat

2.1.5 Program Minimalis (1995)

Program Minimalis (PM) merupakan teori linguistik generatif versi terkini selepas Teori
Standard (1965), Teori Standard Tambahan (1976), dan Teori Kuasaan dan Tambatan
(1982). Teori ini diterima sebagai salah satu kerangka teori kajian linguistik setelah
Chomsky menerbitkan buku berjudul The Minimalist Program pada tahun 1995. Tujuan
utama PM ialah untuk menganalisis nahu sejagat (Universal Grammar) dengan
mencapai tahap kepadaan penghuraian (descriptive adequacy) dan kepadaan penjelasan
(explantory adequacy) berdasarkan prinsip ekonomi.

Program Minimalis merupakan lanjutan daripada teori KT. Menurut Nesjke


(2011), terdapat beberapa perbezaan antara teori KT dan PM yang dapat dilihat melalui
rajah di bawah ini.

Rajah 1.6: Perbezaan antara KT (A) dan PM (B)


Berdasarkan rajah di atas, persamaan antara KT (versi teori X-Berpalang) dan PM
ialah kedua-duanya mempunyai komponen Leksikon, Bentuk Fonologi (BF), dan Bentuk
Logik (BL). Bagaimanapun, dalam PM terdapat perbezaan yang ketara bermula dari
leksikon ke projeksi BF dan BL. Menurut Neske (2011), dalam PM, Chomsky telah
menggugurkan (removed) komponen Strutuk-D dan Struktur-L, sebaliknya digantikan
dengan operasi gabung (merge).

Program ini beranggapan bahasa manusia dijana oleh sebuah alat yang dikenali sebagai
Fakulti Bahasa Manusia (human language faculty). Fakulti Bahasa Manusia merupakan
tempat tersimpannya semua maklumat bahasa dalam minda seseorang. Fakulti Bahasa
Manusia bebas daripada fakulti lain seperti matematik kerana mempunyai sifat lokaliti
tersendiri yang tidak akan berkongsi dengan fakulti lain. Fakulti bahasa ini dianggap
sebagai ‘organ mental’ yang bersifat tumbuh atau berkembang. Fakulti Bahasa Manusia
berfungsi dengan sempurna apabila dijana oleh Sistem Komputasi Bahasa Manusia
(Computational System of Human Language (CHL)). Sistem komputasi ini mengawal penghasilan
bentuk bahasa yang berlaku pada peringkat dalaman yang dikenali sebagai bahasa dalaman (i-
language). Menurut Cook (2007), sistem komputasi bahasa dapat menghubungkan bentuk
fonetik (bunyi) dan bentuk logik (makna) dalam penghasilan bahasa.

Sistem komputasi bahasa merupakan komponen penting yang terdapat dalam PM.
Sistem ini berfungsi untuk menjana atau menerbitkan ayat bagi sesuatu bahasa. Bagi
menjana atau menderivasikan sesuatu ayat, sistem ini diandaikan akan berinteraksi
dengan komponen leksikon dan seterusnya menjadi penghubung antara muka Bentuk –L
dan Bentuk-F. Menurut Cook (2007), sistem komputasi bahasa dapat menghubungkan
bentuk fonetik (bunyi) dan bentuk logik (makna) dalam penghasilan bahasa. Ini dapat
diperhatikan melalui rajah yang berikut:

Dunia Bentuk Sistem Bentuk Dunia


fizikal ‘bunyi’ Fonetik ‘makna’
Komputasi Logik mental

Rajah 1.6: Sistem Komputasi Bahasa


Secara keseluruhannya, sistem komputasi dalam PM dapat diperhatikan melalui
rajah di bawah ini:

LEKSIKON
Daftar Leksikal (Lexical Array)

KOMPUTASI
(Numerasi)

Sintaksis Nyata
Cantum
(Overt Syntax)
(Merge)

CETUSAN
(Spell-out) Sintaksis
Terselindung
(Covert Syntax)

BENTUK-L BENTUK-F

SISTEM
Sistem Konseptual Sistem Persepsi
Intensional Artikulator
EKSTERNAL

Rajah 1.7: Nahu Program Minimalis

Berdasarkan rajah di atas, nahu PM mempunyai beberapa peringkat yang perlu


dilalui semasa proses derivasi sesuatu ayat. Nahu ini terdiri daripada komponen
Leksikon, Komputasi, Cetusan, Bentuk-L, Bentuk-F dan Sistem Eksternal yang terdiri
daripada sistem Konseptual Intensional, dan sistem Persepsi Artikulator. Sistem ini juga
mempunyai komponen Sintaksis Nyata (overt syntax) dan Sintaksis Terselindung (covert
syntax) yang dipisahkan oleh Cetusan (spell-out). Berikut akan dibincangkan satu-
persatu proses yang berlaku berdasarkan nahu PM mengikut urutan atas ke bawah seperti
yang berikut:
1) Komponen Leksikon
Leksikon yang dikenali juga sebagai Daftar Lesikal (lexical array), merupakan
komponen asas kerana ia membekalkan butiran kosa kata atau set item leksikal
semasa proses komputasi bahasa. Semua item leksikal yang hendak diderivasikan
menjadi ayat akan melalui peringkat Komputasi iaitu satu set pemilihan elemen
dari leksikon berdasarkan proses pembinaan struktur.

2) Komputasi
Komputasi merupakan jentera utama bagi menjana derivasi sintaksis sesuatu ayat.
Menurut Cook (2007), pada peringkat Komputasi (atau dikenali juga sebagai
Numerasi), terdapat tiga proses utama yang akan berlaku iaitu Operasi Pemilihan
(operation select), Operasi Cantum (operation merge), dan Operasi Gerak
(operation move).

a) Operasi Pemilihan ialah operasi pertama yang bertujuan merealisasikan


struktur. Operasi ini bermula dengan proses pemilihan pada peringkat
leksikon iaitu memilih butiran leksikal seperti kata nama, kata kerja atau
sebagainya yang tepat bagi penghasilan ayat utama.

b) Operasi Cantuman ialah proses menggabungkan dua objek sintaksis untuk


menghasilkan objek baharu. Proses ini akan menggabungkan item-item
leksikal menjadi objek sintaksis yang lebih besar untuk membentuk struktur
atau hierarki yang lebih kompleks. Menurut Chomsky (2001), terdapat dua
jenis cantuman iaitu Cantuman Luaran (External Merge) dan Cantuman
Dalaman (Internal Merge).

KOMPUTASI

CANTUMAN

Cantuman Luaran Cantuman Dalaman


Rajah 1.8: Jenis Cantuman

i) Cantuman Luaran
Cantuman luaran merupakan operasi paling asas dalam pembinaan
suatu struktur frasa. Cantuman ini merujuk pada cantuman dua objek
sintaksis yang akan membentuk sesuatu unit sintaksis yang baharu.
Boeckx (2006: 79) telah memberikan contoh operasi Cantuman Luaran
seperti di bawah ini:

cantum
A B = A B

Contoh:

(5) See + them à


see

see them

Menurut Boeckx (2006), cantuman luaran boleh berlaku lebih daripada


dua frasa iaitu seperti yang berikut:

cantum cantum
A B dan B C

A B C

ii) Cantuman Dalaman

Cantuman dalaman ialah operasi cantuman antara salah satu konstituen


daripada satu unit sintaksis dengan satu unit sintaksis yang lain dalam
satu struktur frasa yang sama. Dengan perkataan yang lain, operasi
cantuman dalaman merupakan proses mengambil dua elemen, salah
satunya termasuk elemen lain, seterusnya menggabungkan sekali
sebagai satu struktur baharu.
Cantuman dalaman merupakan suatu operasi sintaksis yang menyalin
satu objek sintaksis itu dan bercantum dengan objek yang lain yang
dikenali sebagai Gerak. Cantuman dalaman ini dikawal oleh Syarat
Penyelesaian Terakhir yang memastikan pergerakan hanya untuk
menyemak fitur tak berinterpretasi sahaja. Contoh cantuman dalaman
dapat diperhatikan melalui contoh Cook (2007), di bawah ini:

6) I will see them.

Will will

Will see I will

I see will see

See them t see

See them

Rajah pohon di atas menunjukkan kata see bercantum dengan them


membentuk frasa see them. Begitu juga kata will bergabung dengan kata
see. Contoh percantuman dalaman lain dapat diperhatikan melalui contoh
yang berikut:
(7) Johan sedang mendengar radio.
FKOMP

Komplemen FKALA

Johan FKALA

sedang Fk

<Johan> k’

mendengar FK

<mendengar> radio

Berdasarkan derivasi di atas, item leksikal [mendengar] telah bergerak dan


bercantum di posisi baru iaitu di bawah k’. Proses gerak ini melibatkan
proses salin (copy) dan ini meninggalkan bekas yang ditandai
<mendengar>. Selain itu, item [Johan] juga bergerak dari kedudukan Fk
ke kedudukan FKALA. Pergerakan ini juga melibatkan proses salin dan
meninggalkan bekas <Johan>. Proses pergerakan item leksikal
[mendengar] dan [Johan] ke kedudukan baharu di bawah naungan frasa
yang lain ini dinamakan proses cantuman dalaman.

Boeckx (2006: 79),telah memberikan rumusan cantuman dalaman seperti


yang berikut:

C A
=
C

A B A B
c) Operasi Gerak

Operasi Gerak ialah pergerakan sesuatu unsur ke tempat baharu. Pergerakan


wajib dari kanan ke kiri sahaja. Operasi gerak lazimnya mesti diikuti oleh fitur
penyemakan iaitu Fitur Penyemakan Berinterpretasi (interpretable) dan Tak
Berinterpretasi (Uninterpretable). Menurut Fazal Mohamed et al. (2010),
pada aras ini, Teori Penyemakan Fitur beroperasi untuk menyemak semua
fitur tak berinterpretasi dengan betul.
Operasi Gerak ini dimotivasikan oleh proses penyemakan fitur yang tak
berinterpretasi. Namun, Gerak tidak beroperasi dengan cepat kerana
pergerakan ini dianggap sebagai tidak ekonomis dalam kerangka ini. Operasi
Gerak ini pula meninggalkan tanda pada tempat asalnya yang dikenali sebagai
Bekas. Penyemakan fitur ini juga melibatkan proses salin (copy) dan padam
(delete). Proses gerak melibatkan proses cantum salin beberapa elemen yang
terkandung dalam struktur dengan struktur itu sendiri. Elemen asal yang
mempunyai ciri-ciri fonologi kemudiannya dipadam (delete) dan oleh itu
hanya salinan (copy) itu dilafazkan. Perhatikan contoh di bawah ini:

(8) Hadiah daripada ibu.


N

hadiah[N, uP,…] FP

daripada [P, uN] ibu [N]

Menurut kerangka PM, Operasi Gerak mestilah memenuhi prinsip


ekonomi iaitu:

i) Pergerakan Terdekat (Shortest Move)


Pergerakan yang berlaku wajar dalam lingkungan terhampir (misalnya kes
pemindahan kepala) dan memenuhi prinsip Minimal Link Condition.
ii) Penangguhan (Procrastinate)
Operasi pergerakan boleh ditangguhkan seberapa boleh.

iii) Jalan Terakhir (Last Resort)


Operasi pergerakan berdasarkan keperluan, dan pergerakan terdekat
merupakan persiapan untuk pergerakan terjauh.

iv) Ketamakan (Greed)


Kekangan yang terdapat dalam komputasi bahasa seperti sistem
penyemakan fitur.

3) Cetusan (spell-out)
Cetusan ialah satu operasi dalam sistem Komputasi yang berperanan memisahkan
atau menyalurkan derivasi ke dua bahagian, iaitu ke tahap antara muka masing-
masing. Tahap antara muka adalah terdiri daripada Bentuk Logik (Bentuk-L) dan
Bentuk Fonetik (Bentuk-F). Operasi Cetusan penting kerana fitur yang
berinterpretasikan pada Bentuk-L. Maka, setiap derivasi sama ada yang
dihasilkan menerusi cantuman luaran atau dalaman, akan disalurkan kepada
Bentuk-L dan Bentuk-F supaya setiap fitur dapat diberikan interpretasi yang
bersesuaian dengan komponen masing-masing selaras dengan prinsip Interpretasi
Penuh.

Peringkat Cetusan melibatkan dua bentuk derivasi iaitu Bentuk-F dan


Bentuk-L. Kedua-dua bentuk ini akan diproses secara berasingan. Fitur fonetik
diproses oleh operasi Bentuk-F yang menghasilkan representasi Bentuk-F,
manakala fitur semantik akan diproses oleh operasi Bentuk-L yang menghasilkan
reprensentasi Bentuk-L.
4) Operasi Sintaksis
Operasi sintaksis dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu operasi Sintaksis
Nyata dan operasi Sintaksis Terselindung. Operasi Sintaksis Nyata ialah operasi
yang berlaku sebelum Cetusan, manakala operasi Sintaksis Terselindung pula
ditakrifkan sebagai operasi yang berlaku selepas Cetusan. Operasi ini melibatkan
pergerakan. Pergerakan yang dihasilkan pada tahap Sintaksis Nyata dikenali
sebagai pergerakan nyata, manakala pergerakan yang berlaku pada tahap Sintaksis
Terselindung dikenali sebagai pergerakan terselindung.

Seandainya semua derivasi itu dapat menyalurkan fitur tertentu yang


berinterpretasi ke aras antara muka dengan betul dan berjaya menyemak segala
fitur tak berinterpretasi dengan lengkap, maka derivasi ini diandaikan telah
Bercantum (merge). Sebaliknya, seandainya fitur tak berinterpretasi tidak
disemak sebelum Cetusan, maka derivasi itu dikatakan telah Terhempas (crash).
Bagi mengelakkan sesuatu derivasi itu Terhempas, maka derivasi ini dikawal oleh
Prinsip Interpretasi Penuh (PIP) yang beroperasi pada Bentuk-L bagi memastikan
segala fitur pada aras antara muka tidak mengandungi fitur tak berinterpretasi.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, teori linguistik generatif telah menjadi salah


satu teori terpenting bagi menganalisis data linguistik khususnya bidang morfologi
dan sintaksis. Program Minimalis diakui telah mencapai tahap kepadaan penghuraian
(descriptive adequacy) dan kepadaan penjelasan (explantory adequacy) dalam
penghuraian sesuatu aspek morfo-sintaksis.
RUJUKAN

Abdullah Hassan. 2002. Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. Bentong:
PTS Publications & Distributors.
Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. Bentong: PTS Publications & Distributors.
Abdullah Hassan. 2008. Tatabahasa Pedagogi. Bentong: PTS Publications &
Distributors.
Abraham, W. et al. 1996. Minimal Ideas: Syntactic Studies in the Minimalist Framework.
Amsterdam: John Benjamin Publishing.
Adger, D. 2003. Core Syntax: A Minimalist Approach. Oxford: Oxford University Press.
Boeckx, C. 2006. Linguistic Minimalism: Origins, Concepts, Methods and Aims.Oxford:
Oxford University Press.
Boeckx, C. 2008a. Understanding Minimalist Syntax. Malden, MA: Blackwell
Publishing.
Boeckx, C. 2008b. Bare Syntax. Oxford: Oxford University Press.
Bloomfield, L. 1933. Language. New York: Holt.
Booij, G. 2005. The Grammar of Words. Oxford: Oxford University Press.
Boskovic, Z. & Lasnik, H. 2007. Minimalist Syntax: The Essential Reading. Malden MA:
Blackwell Publishing.
Brown. E. K. 2006. The Encyclopedia of Language and Linguistics Second
Edition.Oxford:Elsevier B.V
Chomsky, N. 1972. Language and Mind. New York: Harcourt Brace Jovanovich.
Chomsky, N. 1986. Knowledge of Language: Its Nature, Origin and Use. New York:
Praeger.
Chomsky, N. 1995. The Minimalist Program. Massachusetts: The MIT Press.
Chomsky, N. 2001. Derivation by Phase. In Kenstowics, M. (ed.). Ken Hale: A Life in
Language. Pp. 1-52. Cambridge: MIT Press.
Chomsky, N. 2002. On Nature and Language. Cambridge: Cambridge University Press.
Chomsky, N. 2003. On Nature and Language. Cambridge: Cambridge University Press.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan. 2008. Refleksif Dirinya: Satu Analisis Sintaksis.
Jurnal e-Bangi 3 (3): 1-18 http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2008/
fazal.pdf [20September 2010].
Fazal Mohamed Mohamed Sultan et al. 2009. Prosiding Bengkel Kajian Linguistik
Bahasa Mendriq. Bangi: Penerbit UKM.
Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi. 2010.
Sintaksis Kata Soal Argumen Bahasa Mendriq: Kerangka Minimalis. Jurnal
Bahasa. Jilid 10, Bil: 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matthews. P.H. 1974. Morphology: An Introduction to the Theory of Word Structure.
Cambridge: Cambridge University Press.
McEnery, T. & Wilson, A. 2001. Corpus Linguistics: An Introduction. 2nd Edition.
Edinburgh: Edinburgh University Press.
Nesfield. 1928. Manual of English Grammar and Composition. London: Macmillan and
Co.
Neske. G. 2011. The Minimalist Program: A Bridge Principle in Biolinguistics.
Diperoleh pada Ogos 1, 2011. Daripada http://www.punksinscience.org/kleanthes/
courses/UCY10S/IBL/material/Neske_MP.pdf.
Nik Safiah Karim. 1988. Linguistik transformasi generatif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ramli Hj. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan
Tambatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd Noor. 1997. Kamus Linguistik.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sinclair, J.M. 1996. Preliminary recommendations on corpus typology. Diperoleh pada
18 Ogos 2004 daripada http://www.ilc.cnr.it/EAGLES96/texttyp/texttyp.html.
Smith, S. Carlota. 1991. The Parameter of Aspect. Dordrecht, Netherlands: Kluwer.
Spencer, A. 1991. Morphological Theory. Oxford: Backwell Publishers Ltd.
Youngju. J. 2000. The Minimalist Program: An Introduction. Diperoleh pada Julai 20,
2011. Daripada http://pc171115.pc.waseda.ac.jp/ccdl/cl_korea/0424_handout.pdf.
Za’ba. 2000. Pelita Bahasa Penggal 1-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai