Anda di halaman 1dari 24

PEMARKAHAN

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR PROGRAM

PENULISAN REFLEKSI PRAKTIKUM

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK NO PHONE

PENSYARAH :

KUMPULAN :

TARIKH :
KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

2.0 ISU PERTAMA 2

2.1 MASALAH PDPC 2

2.2 PENAMBAHBAIKAN 3

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHARU 4

3.0 ISU KEDUA 12

1.1 MASALAH PDPC 12

1.2 PENAMBAHBAIKAN 13

1.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHARU 14

4.0 RUMUSAN 22

5.0 RUJUKAN 23

6.0 LAMPIRAN 24
1.0 PENGENALAN
Guru merupakan perancang dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di dalam
bilik darjah. Sebagai salah satu profesion yang memerlukan kesabarana dan kegigihan dalam
mendidik anak bangsa, guru memainkan peranan penting dalam memastikan setiap anak
muridnya mendapatkan pendidikan yang diperlukan. Dalam meniti arus pemodenan ini, guru
harus sentiasa memastikan teknik pengajaran juga berkembang mengikut arus masa. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi tunjang utama hala tuju system pendidikan di
Malaysia. FPK menyediakan panduan yang jelas tenta mercu tanda pemikiran dan aspirasi
negara supaya memacu kecemerlangan modal insan dalam segala spek system pendidikan
terutamanya dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan di sekolah. Dzulkifli Abdul
Razak (2018), menyatakan bahawa FPK mempunyai nilai yang sangat indah yang
diungkapkan dengan empat tiang pembelajaran iaitu learning to know, learning to do,
learning to be dan learning to live together. Perkara ini apabila diaplikasikan oleh guru dalam
pengajaran mereka mampu melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dan seimbang
dalam segi jasmani, emoasi, rohani dan intelek (JERI).

Latihan Mengajar 1 selama dua bulan merupakan satu proses mempelajari dan
mendapatkan pengalaman sebagai seorang guru. Guru pelatih perlu memasuki kelas dan
mengajar serta melakukan tugas-tugas sebagai seorang guru. Dalam proses PdPc semasa
latihan mengajar berlangsung guru pelatih akan diselia oleh penyarah pembimbing dan guru
pembimbing. Komen-komen membina bagi menambahbaik proses PdPc guru pelatih oleh
pensyarah penyelia dan guru pembimbing perlu diambil kira oleh guru pelatih sebagai satu
pembetulan. Pembetulan atau penambaikan ini perlu bagi memastikan guru pelatih sentiasa
peka dalam memastikan proses PdPc berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan.
Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan mengenai permasalahan hasil daripada penilaian
yang telah dilakukan oleh pensyarah penyelia kepada guru pelatih semasa Latihan Mengajar
1. Guru pelatih juga akan membincangkan tentang isu serta cabaran yang dihadapi dan
langkah yang diambil untuk mengatasi permasalahan yang berlaku dalam penulisan ini.
Penulisan refleksi praktikum ini akan membantu kepada bakal guru untuk mengenalpasti
permasalahan atau kelemahan yang terdapat dalam diri mereka dan berusaha untuk
memperbaiki permasalahan tersebut agar tidak berulang lagi. Hal ini juga mampu dijadika
pengalaman pada masa akan datang untuk menjadi guru yang cemerlang dan berdedikasi
semasa di dalam atau luar sekolah.

1
2.0 ISU PERTAMA : KAWALAN KELAS
Mengambil kira ulasan pensyarah penyelia semasa proses penyelian latihan mengajar penting
dalam proses penambahbaikan. Komen serta ulasan pensyarah penyelia ini akan membantu
guru pelatih dalam mengenal pasti masalah PdPc dan cara penyelesaian serta memperbaiki
RPH. Isu kawalan kelas serta ebebrapa isu kecil lain serta cara mengatasi akan dibincangkan
di bawah.

2.1 MASALAH PDPC


Berdasarkan komen oleh pensyarah penyelia, hasil pemerhatian beliau
menyatakan bahawa kawalan kelas guru pelatih masih lemah. Hal ini, kemudianya
dijelaskan dengan terperinci melalui cara guru pembimbing memulakan kelas
sehingga proses penutup. Guru pelatih mendapat kelas di mana pelajar agak aktif dan
banyak bergerak dan bercakap. Selain itu, semasa proses PdPc berlangsung juga
pelajar masih tidak berhenti bercakap walupun sudah ditegur banyak kali. Pensyarah
penyelia menegur proses susunan tempat duduk pelajar serta guru perlu bersikap
tenang walaupun tidak dapat menguasai kawalan kelas dengan baik.

Walaupun bilangan pelajar kelas hanya 13 orang sahaja, pelajar tingkatan 2


sesi petang yang menjadi pelajar kepada guru pelatih menjadi satu cabaran. Hal ini
demikian kerana walaupun bilangan mereka sedikit, mereka tidak mengendahkan
teguran guru dan hanya diam seketika sahaja dan akan kembali membuat bising
semula setelah seketika. Penggunaan aktiviti yang kurang sesuai juga menjadi sebab
pelajar menjadi aktif dan bertindak mengganggu kelancaran proses PdPc. Saya
sebagai guru pelatih merasakan mereka mungkin memerlukan aktiviti yang
bersesuaian dengan tajuk unit pada hari tersebut di mana saya mengajar Unit 13 -
Keselamatan Di Jalan Raya Tanggungjawab Bersama. Mengajar pelajar berbangsa
Cina dan India dan Punjabi tidak menjadi masalah. Namun, masalah timbul bila ada
segelintir pelajar kurang memahami Bahasa Melayu menyebabkan proses PdPc
kurang bergerak seperti yang dijangkakan.

Selain itu, cara penerangan kandungan yang tidak menyeluruh juga


menjadikan proses PdPc kurang lancar. Saya juga tidak meminta pengalaman pelajar
supaya dapat mengaitkan isu dengan hal sebenar yang berlaku dengan pelajar agar

2
mereka mudah memahami. Pelajar menjadi kurang peka penghalang kepada saya
dalam menjadi guru yang berkebolehan dan kreatif dalam proses PdPc.

2.2 PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan ini diperlukan agar dapat membantu dalam memastikan
segala kesilapan dibetulkan. Selepas proses ulasan oleh pesnyarah, pesnyarah ada
mencadangkan beberapa penambahbaikan yang menurut beliau boleh membantu saya
menguasai PdPc dengan lebih baik pada masa hadapan. Pensyarah mencadangkan
agar guru membuat persediaan awal sebelum ke kelas. Persediaan yang dimaksudkan
bukanlah menyediakan RPH lebih awal tetapi persediaan dengan menguasai topik
yang ingin diajar. Hal ini akan meningkatkan keyakinan guru dan sentiasa bersedia
menghadapi soalan pelajar yang sangat aktif di mana soalan yang diajukan
kebiasaanya tidak dapat diduga. Saya akan mencari maklumat selain daripada yang
terkandung dalam buku teks bagi menambahkan ilmu tentang topik yang bakal di ajar.
Ini akan membantu saya dalam menguasai topik pengajaran

Pemilihan aktiviti juga perlu dibaiki di mana saya menukar kepada aktiviti
membuat peta I-think serta poster tentang keselamatan jalan raya di mana pelajar akan
bekerja dalam kumpulan. Aktiviti ini membantu pelajar menyalurkan daya aktid
mereka dalam menhias peta i-Think dan poster dan akan senyap dalam membuat kerja
yang diberikan. Saya juga akan bebas memantau pergerakan pelajar dan dapat
memeriksa hasil kerja pelajar untuk dibetulkan. Aktiviti peta i-Think dapat membantu
pelajar untuk bekerjasama dalam kumpulan dan tidak berbuat bising kerana hanya
apabila aktiviti sahaja pelajar akan fokus membuat aktiviti. Dalam proses
pembelajaran pula, semasa proses menjawab soalan saya akan memastikan pelajar
bertanya seorang demi seorang dan sekiranya mereka bising saya tidak akan memberi
peluang mereka untuk menjawab. Hal ini akan membantu saya dalam mengawal
pelajar agar tidak terlalu bising sehingga mengganggu kawan semasa bertanyakan
soalan.

Bagi masalah komunikasi pula, saya akan menggunakan dua bahasa. Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris akan membuatkan pelajar lebih selesa dan mudah untuk
saya mengalih bahasa kerana kadang kala mereka tahu sesuatu perkataan tersebut
dalam bahasa Inggeris dan gagal untuk memberi idea dan menjawab soalan kerana
tidak mahir berbahasa melayu. Melalui cara ini, mereka akan bertanya kepada saya

3
bagaimana ingin mengatakan tentang hal ini dalam bahasa melayu dan saya akan
membantu pelajar membina ayat agar mereka tidak takut untu menjawab.

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHARU


Rancangan pengajaran harian (RPH) baharu selepas mengambil kira masalah
dan membuat penambahbaikan pada ulasan yang telah diberikan. Berikut merupakan
RPH yang telah disusun dan diubahsuai mengikut kehendak dan keperluan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tingkatan : 2D/2N

Tahap : Sederhana

Tarikh : 16 Julai 2019

Hari : Selasa

Masa : 12.40 tengah hari – 01.40 tengah hari (60 minit)

Bil. Murid : 12 orang

Bidang/Tema : 4.0 – Moral, Peraturan dan Undang-Undang

Tajuk : 13 – Keselamatan Di Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Cadangan Nilai : Hormat

Bertanggungjawab

Toleransi

Kasih sayang

Rasional

Kandungan akademik : 1) Menyenaraikan peraturan jalan raya dan undang-undang


jalan raya

4
2) Membanding beza peraturan jalan raya dan undang-undang
jalan raya.
3) Menjelaskan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-
undang jalan raya.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat :


1. Penaakulan Moral
- Mengenal pasti 3 peraturan jalan raya dan undang-
undang jalan raya
2. Emosi Moral
- Mengekspresikan perasaan bangga apabila mematuhi
peraturan dan undang-undang jalan raya
3. Perlakuan Moral
- Mengamalkan sikap mengutamakan keselamatan
ketika berada di jalan raya

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempunyai pengetahuan asas tentang


keselamatan jalan raya.

Pendekatan : Sumbang saran dan berpusatkan guru serta pelajar

Teknik : Peta Pemikiran (i-Think)

Bahan bantu mengajar : Komputer, LCD Projektor, Papan Putih, Kertas Mahjung, Kad
Manila

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN STRATEGI/
LANGKAH/ ISI
KAEDAH/BBM/
MASA KANDUNGAN AKTIVITI
AKTIVITI GURU NILAI/KBKK
PELAJAR
Pengurusan i. Guru mengarahkan Nilai : Berhemah
awal kelas tinggi, mematuhi
para pelajar berada
( 3 minit ) arahan yang
dalam keadaan senyap diberikan dan
memberi tumpuan.
serta meminta para
pelajar memberi fokus

5
kepada proses PdPc
yang akan berlansung.

ii. Guru mengambil


kehadiran pelajar bagi
mengenal pasti jumlah
pelajar yang hadir dan
yang tidak hadir
Set Induksi Arahan : BBM :
( 7 minit ) Tayangan Video
i. Guru menayangkan i. Pelajar menonton
Pelajar diminta
untuk menonton video mengenai video yang
video yang
keselamatan jalan raya. ditayangkan oleh
ditayangkan di slaid KBKK :
skrin LCD. guru. i. Memahami
ii. Guru memanggil topik yang
seorang pelajar ke ii. Seorang pelajar diajar.
hadapan kelas secara datang ke
rawak menggunakan hadapan kelas.
aplikasi “Spinning
Wheel” iii. Pelajar cuba
memahami
iii. Guru meminta respon maksud video
pelajar berkenaan tersebut.
kefahaman pelajar
tentang makna di iv. Pelajar.memberi
sebalik video tersebut. respon terhadap
pertanyaan guru.
iv. Guru meminta pelajar
meneka topik PdPc v. Pelajar meneka
pada hari ini. topik PdPc pada
hari ini.
v. Guru menjelaskan
maksud disebalik vi. Pelajar
video yang menghayati
ditunjukkan tadi. penjelasan guru

6
terhadap video
yang
ditayangkan.
Proses KBKK: Fokus dan
Pembelajara i. Pelajar mampu memahami
i. Guru menerangkan
n isi penting yang
mendengar dan
(15 minit) perbezaan antara disampaikan
menghayati
peraturan dengan
Arahan: Nilai: Kasih
penerangan guru
undang-undang jalan sayang,
Pelajar diminta tentang perbezaan bertanggungjawab
raya.
untuk memberi serta rasional
anatara peraturan
fokus terhadap sesi dalam menjalani
pembelajaran. dengan undang- kehidupan
ii. Guru meminta pelajar
seharian.
undang jalan
untuk berkongsi
raya.
pengalaman menaiki
kenderaaan dan
ii. Pelajar berkongsi
peraturan yang perlu
pengalaman
dipatuhi ketika
menaiki
menaiki kenderaan.
kenderaaan dan
iii. Guru menjelaskan peraturan yang
kepada pelajar perlu dipatuhi
mengenai peraturan ketika menaiki
dan undang-undang kenderaan.
jalan raya
v. Pelajar
iv. Guru menyenaraikan menghayati
kepentingan mematuhi penjelasan guru
peraturan dan undang- mengenai
undang jalan raya. peraturan dan
undang-undang
jalan raya

iii. Pelajar memberi


fokus kepada
penerangan guru

7
tentang
kepentingan
mematuhi
peraturan dan
undang-undang
jalan raya.
Aktiviti i. Guru membahagikan i. Pelajar mengikut BBM:
Tugasan Guru arahan dan Kertas Mahjung
pelajar kepada
Berkumpulan membahagikan bergerak ke Kertas A4
( 25 minit ) pelajar kepada 2 kumpulan secara dalam kumpulan Berwarna, Marker
kumpulan mengikut yang telah Pen, Pen berwarna
rawak.
secaraw rawak dibahagikan. Dan Gunting.

ii. Pelajar melantik Nilai :


ii. Guru meminta setiap
ketua untuk Pelajar akan
kumpulan melantik mengambil mengetahui tentang
tugasan di peraturan dan
ketua untuk
hadapan. undang-undang
mengambil tugasan di jalan raya serta
iii. Pelajar bergerak kepentingan
hadapan.
ke dalam mematuhinya.
kumpulan setelah
menetahui
iii. Guru meminta ketua
tugasan yang
membacakan tugasan akan dijalankan.
dan terus bergerak ke
iv. Pelajar
dalam kumpulan menggunakan
bahan yang diberi
masing-masing
oleh guru untuk
menyempurnakan
aktiviti.
iv. Guru membahagikan
aktiviti kepada dua v. Pelajar
seperti ciptaan Poster memanfaatkan
dan Peta i-Think masa 10 minit
mengenai keselamatan yang diberikan
jalan raya. oleh guru untuk
menyelesaikan
tugasan.
v. Guru memberi bahan
kepada pelajar untuk
vi. Pelajar
menyempurnakan
kemudiannya
aktiviti.
membentang hasil
kerja mereka di
vi. Guru memberi pelajar
hadapan kelas.
masa sekitar 10 minit
untuk mnyelesaikan

8
tugasan.

vii. Guru meminta pelajar


untuk ke hadapan dan
membentangkan
aktiviti yang telah
dihasilkan.

viii. Seterusnya guru


membuat refleksi
tentang pembentangan
yang dijalankan oleh
pelajar.

Pentaksiran Arahan: i. Guru mengedarkan i. Pelajar


( 5 minit )
“Tong Beracun!!!” mengambil
Guru memberi
soalan penilaian yang mengandungi “Tong
bagi menilai tahap
soalan. Beracun!!!”
pemahaman pelajar
yang
ii. Guru meminta pelajar mengandungi
untuk memberikan soalan
tong tersebut kepada daripada guru.
rakan yang lain semasa
guru memainkan musik ii. Pelajar
iringan. memberikan
tong tersebut
iii. Guru memberhentikan kepada rakan
musik dan meminta yang lain
pelajar yang semasa guru
memegang tong untuk memainkan
mencabut satu soalan musik iringan.
daripada tong tersebut. iii. Pelajar yang
terakhir
iv. Guru meminta pelajar memegang
menjawab soalan yang tong tersebut
dipilih. perlu
mencabut satu
v. Guru membetulkan soalan

9
jawapan pelajar yang daripada tong.
salah.
iv. Pelajar
menjawab
soalan yang
telah dipilih

Penutup Membuat kesimpulan KBKK :


( 5 minit ) Arahan : i. Guru berterima kasih
i. Pelajar mematuhi
Guru menggunakan Nilai :
dan memuji kerjasama
aplikasi “Spinning arahan guru. Berani, yakin,
Wheel” bagi yang diberikan oleh terbuka dan
memilih pelajar merumuskan
para pelajar sepanjang
untuk membuat ii. Wakil pelajar pembelajaran yang
rumusan tentang sesi pembelajaran. dipelajari.
memberi rumusan
keseluruhan
pembelajaran pada dibantu oleh guru.
hari ini. ii. Guru membantu
pelajar merumuskan
Guru meminta tentang proses PdPc
pelajar membuat
yang telah dijalankan
latihan dan
mengulang kaji
pelajaran untuk iii. Guru meminta pelajar
kelas yang akan
untuk membuat latihan
datang
yang diberikan dan
mengulang kaji
pelajaran.

iv. Guru menamatkan sesi


pembelajaran

10
3.0 ISU KEDUA : PENGURUSAN MASA
Mengambil kira ulasan pensyarah penyelia semasa proses penyelian latihan mengajar penting
dalam proses penambahbaikan. Komen serta ulasan pensyarah penyelia ini akan membantu
guru pelatih dalam mengenal pasti masalah PdPc dan cara penyelesaian serta memperbaiki
RPH. Isu pengurusan masa serta bebrapa isu kecil lain serta cara mengatasi akan
dibincangkan di bawah.

1.1 MASALAH PDPC


Masalah yang saya hadapi pada penyeliaan kali kedua ini adalah saya agak
resah dan cuba mempercepatkan sesi pengajaran. Hal ini berlaku kerana sebelum
kelas saya bermula, terdapat perhimpunan harian di mana kebiasaanya akan
mengambil atau mencuri masa pertama kelas sebanyak 5-10 minit. Semasa sesi
penyeliaan, masa seminit pun dianggap sangat penting kerana dalam masa yang
sedikit itulah yang menentukan sama ada pelajar boleh mencapai objektif yang
dipelajari atau tidak. Hal ini membuatkan saya resah dan menganggu keseluruhan
proses PdPc sehingga saya terpaksa meringkaskan dan mengubah pengajaran
sehingga menjejaskan kefahaman pelajar. Perkara ini telah membuat keyakinan saya

11
pada hari tersebut menurun dan menyebabkan saya gagal menghasilkan PdPc yang
terbaik. Masa yangs entiasa bergerak pantas ditambah pula dengan pelajar yang
mengambil mas aterlalu lama dalam menyiapkan tugasan yang diberikans emas
aktiviti menambahkan lagi bebanan yang sedia ada.

Selain itu terdapat masalah di mana kurangnya penjelasan daripada saya


semasa proses PdPc berlangsung. Penjelasan yang kurang kerana masa yang
mencemburui menyebabkan saya hanya menjelaskan apa yang terkandung dalam
buku teks dan tidak menjelaskan sesuatu berkaitan isu-isu moral yang lebih dekat
dengan diri pelajar. Aktiviti yang berulang di mana penggunaan kertas mahjung dan
tayangan gambar setiap minggu menyebabkan pelajar kebosanan dan kurang berminat
untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Hal ini sedikit sebanyak
merencatkan proses kelancaran PdPc.

1.2 PENAMBAHBAIKAN
Sebagai seorang guru, pengurusan masa yang baik penting supaya guru dapat
menyusun aktiviti yang dirancang dengan baik. Saya akan memastikan pelajar saya
agar dilepaskan mengikut masa yang ditetapkan walaupun perhimpunan harian. Pihak
sekolah juga perlu dimaklum supaya tidak mencuri masa guru-guru untuk mengajar
kerana ia akan menghalang guru daripada mencapai objektif yang ingin dicapai. Saya
akan ke perhimpunan setelah menyiapkan bahan bantu mengajar dalam kelas untuk
memastikan pelajar saya masuk ke dalam kelas mengikut waktu. Selain itu, saya akan
memastikan saya mempunyai aktiviti yang tidak memakan masa begitu lama dan
bersesuaian dengan pelajar kelas. Penggunaan aktiviti Gallery Walk mungkin dapat
membantu meminimumkan penggunaan masa kerana pelajar perlu bergerak pantas
dan saya dapat mengawal pergerakan masa.

Saya juga akan memilih video untuk ditayangkan semasa set induk yang
pendek namun padat dan tidak terlalu lama. Hal ini kerana video yang terlalu panjang
akan memakan masa. Saya akan cuba untuk lebih tenang walaupun sekiranya terdapat
masalah berkaitan masa yang bergerak pantas. Mengawal pergerakakn agar tidak
terlalu menonjol rasa kegugupan sehingga menyebabkan keyakinan semakin menjadi
rendah. Saya juga akan cuba untuk memaklumkan kepada pelajar untuk bergerak

12
pantas dan tidak membuang masa bercakap kosong dan menyiapkan kerja yang
diberikan dengan segera suapaya masa tidak terbuang begitu sahaja.

Pemilihan video yang menarik bagi memastikan pelajar tidak bosan penting. Saya
akan memilih video yang ringkas dan padat yang mengandungi segala isi yang
diperlukan oleh pelajar untuk memahami topik tersebut. Saya juga akan menjelaskan
dengan lebih banyak daripada terlalu terburu-buru mengejar masa supaya tidak
mengganggu kualiti PdPc yang sedang berjalan. Hal ini akan memastikan PdPc
bergerak lancar seiring dengan kehendak supaya objektif pada akhir sesi pembelajaran
tercapai dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

1.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHARU


Rancangan pengajaran harian (RPH) baharu selepas mengambil kira masalah
dan membuat penambahbaikan pada ulasan yang telah diberikan. Berikut merupakan
RPH yang telah disusun dan diubahsuai mengikut kehendak dan keperluan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Tingkatan : 2D/2N

Tahap : Sederhana

Tarikh : 20 Ogos 2019

Hari : Selasa

Masa : 12.40 tengah hari – 01.40 tengah hari (60 minit)

Bil. Murid : 13 orang

Bidang/Tema : 3.0 - Hubungan Antara Diri, Komuniti Dan Masyarakat

Tajuk : 3.4 - Hargai Alam Warisan Kita

Cadangan Nilai : Kasih Sayang

13
Bertanggungjawab

Rasional

Kerjasama

Kerajinan

Kandungan akademik : 1) Menerangkan peranan masyarakat dalam melindungi alam


sekitar.
2) Menjelaskan langkah-langkah badan kerajaan dalam
melindugi alam sekitar.
3) Sumbangan badan bukan kerajaan untuk melindungi alam
sekitar.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat :


1. Penaakulan Moral
- Mengenal pasti 3 sumbangan badan bukan kerajaan
untuk melindungi alam sekitar
2. Emosi Moral
- Mengekspresikan perasaan bangga apabila membuat
tindakan yang melindungi sumber alam.
3. Perlakuan Moral
- Melaksanakan peranan sebagai pelajar dalam
melindungi alam sekitar

Pengetahuan sedia ada : Murid sudah mempunyai pengetahuan asas tentang alam
sekitar.

Pendekatan : Sumbang saran dan berpusatkan guru serta pelajar

Teknik : Gallery Walk

Bahan bantu mengajar : Komputer, LCD Projektor, Kad Manila

14
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN STRATEGI/
LANGKAH/ ISI
KAEDAH/BBM/
MASA KANDUNGAN AKTIVITI
AKTIVITI GURU NILAI/KBKK
PELAJAR
Pengurusan iii. Guru mengarahkan Nilai : Berhemah
awal kelas tinggi, mematuhi
para pelajar berada
( 3 minit ) arahan yang
dalam keadaan senyap diberikan dan
memberi tumpuan.
serta meminta para
pelajar memberi fokus
kepada proses PdPc
yang akan berlansung.

iv. Guru mengambil


kehadiran pelajar bagi
mengenal pasti jumlah
pelajar yang hadir dan
yang tidak hadir
Set Induksi Arahan : BBM :
( 7 minit ) Tayangan Video
vi. Guru menayangkan vii. Pelajar menonton
Pelajar diminta
untuk menonton video mengenai video yang
video yang
kepupusan haiwan. ditayangkan oleh
ditayangkan di slaid KBKK :
skrin LCD. guru. ii. Memahami
vii. Guru memanggil topik yang
seorang pelajar ke viii. Seorang pelajar diajar.
hadapan kelas secara datang ke
rawak. hadapan kelas.

viii. Guru meminta respon ix. Pelajar cuba


pelajar berkenaan memahami
kefahaman pelajar maksud video
tentang makna di tersebut.
sebalik video tersebut.
x. Pelajar.memberi

15
ix. Guru meminta pelajar respon terhadap
meneka topik PdPc pertanyaan guru.
pada hari ini.
xi. Pelajar meneka
x. Guru menjelaskan topik PdPc pada
maksud disebalik hari ini.
video yang
ditunjukkan tadi. xii. Pelajar
menghayati
penjelasan guru
terhadap video
yang
ditayangkan.
Proses KBKK: Fokus dan
Pembelajara iv. Pelajar mampu memahami
vi. Guru menerangkan
n isi penting yang
mendengar dan
(15 minit) peranan pelajar dan disampaikan
menghayati
masyarakat dalam
Arahan: Nilai: Kasih
penerangan guru
melindungi alam sayang,
Pelajar diminta tentang bertanggungjawab
sekitar.
untuk memberi serta rasional
sumbangan badan
fokus terhadap sesi dalam menjalani
pembelajaran. bukan kerajaan kehidupan
vii. Guru meminta pelajar
seharian.
untuk melindungi
untuk berkongsi
alam sekitar.
pengalaman dalam
melindungi alam
v. Pelajar berkongsi
sekitar
pengalaman
viii. Guru menjelaskan dalam melindungi
kepada pelajar alam sekitar
mengenai langkah
badan kerajaan dalam vi. Pelajar
melindungi alam menghayati
sekitar penjelasan guru
mengenai langkah
ix. Guru menunjukkan
badan kerajaan

16
contoh kesan-kesan dalam melindungi
kemusnahan alam alam sekitar

x. Guru menyenaraikan vii. Pelajar


sumbangan badan menghayati
bukan kerajaan untuk gambar contoh
melindungi alam kesan-kesan
sekitar. kemusnahan alam

xi. Guru menunjukkan viii. Pelajar memberi


contoh-contoh haiwan fokus kepada
yang sedang diancam penerangan guru
kepupusan tentang
sumbangan badan
bukan kerajaan
untuk melindungi
alam sekitar.

xii. Pelajar
menghayati
gambar contoh-
contoh haiwan
yang sedang
diancam
kepupusan
Aktiviti ix. Guru membahagikan vii. Pelajar mengikut BBM:
Tugasan Guru arahan dan Kertas Mahjung
pelajar kepada 3
Berkumpulan membahagikan bergerak ke Kertas A4
( 25 minit ) pelajar kepada 3 kumpulan secara dalam kumpulan Berwarna, Marker
kumpulan secara yang telah Pen, Pen berwarna
rawak.
rawak dibahagikan. Dan Gunting.

viii. Pelajar melantik Nilai :


x. Guru meminta setiap
ketua untuk Pelajar akan
kumpulan melantik mengambil peranan mereka
tugasan di dalam melindungi
ketua untuk
hadapan. alam sekitar
mengambil tugasan di

17
hadapan. ix. Pelajar bergerak
ke dalam
kumpulan setelah
xi. Guru meminta ketua mengetahui
tugasan yang
membacakan tugasan
akan dijalankan.
dan terus bergerak ke
x. Pelajar
dalam kumpulan
mendengar cara
masing-masing. melaksanakan
aktiviti “Gallery
Walk
xii. Guru menerangkan
xi. Pelajar
cara melaksanakan
menggunakan
aktiviti “Gallery bahan yang diberi
oleh guru untuk
Walk”
menyempurnakan
aktiviti.

xiii. Guru membahagikan xii. Pelajar


aktiviti ciptaan Peta i- memanfaatkan
Think mengenai alam masa 10 minit
sekitar dan membuat yang diberikan
aktiviti “Gallery oleh guru untuk
Walk”. menyelesaikan
tugasan.
xiv. Guru memberi bahan
xiii. Pelajar untuk
kepada pelajar untuk
bergerak semasa
menyempurnakan
aktiviti “Gallery
aktiviti.
Walk”
berlangsung
xv. Guru memberi pelajar
apabila tiupan
masa sekitar 10 minit
wisel dibuat.
untuk mnyelesaikan
tugasan.
xiv. Pelajar yang
selesai
xvi. Guru meminta pelajar
mendengar
untuk bergerak semasa
penjelasan untuk
aktiviti “Gallery
memberi ulasan
Walk” berlangsung
dan menampal
apabila tiupan wisel
ulasan
dibuat.
pembentangan di
stesen yang telah
xvii. Guru meminta pelajar
dilawati.
yang selesai
mendengar penjelasan
xix. Pelajar
untuk memberi ulasan
mendengar
dan menampal ulasan
refleksi tentang
pembentangan di
18
stesen yang telah pembentangan
dilawati yang dijalankan
oleh pelajar.
xviii. Seterusnya guru
membuat refleksi
tentang pembentangan
yang dijalankan oleh
pelajar.

Pentaksiran Arahan: vi. Guru mengedarkan v. Pelajar


( 5 minit )
papan putih bersaiz mengambil
Guru memberi
soalan penilaian kecil kepada 3 papan putih
bagi menilai tahap
kumpulan pelajar kecil daripada
pemahaman pelajar
guru.
vii. Guru meminta pelajar
untuk menjawab soalan vi. Pelajar
dengan menulis memberikan
jawapan pada papan jawapan pada
putih kecil yang papan putih
diberikan semasa guru semasa guru
mengajukan soalan. mengajukan
soalan.
Penutup Membuat kesimpulan KBKK :
( 5 minit ) Arahan : v. Guru berterima kasih
iii. Pelajar mematuhi
Guru memilih Nilai :
dan memuji kerjasama
pelajar untuk arahan guru. Berani, yakin,
membuat rumusan yang diberikan oleh terbuka dan
tentang keseluruhan merumuskan
para pelajar sepanjang
pembelajaran pada iv. Wakil pelajar pembelajaran yang
hari ini. sesi pembelajaran. dipelajari.
memberi rumusan
dibantu oleh guru.
Guru meminta vi. Guru membantu
pelajar membuat
pelajar merumuskan
latihan dan
mengulang kaji tentang proses PdPc
pelajaran untuk
yang telah dijalankan
kelas yang akan
datang
vii. Guru meminta pelajar
untuk membuat latihan
yang diberikan dan

19
mengulang kaji
pelajaran.

viii. Guru menamatkan sesi


pembelajaran

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, jelaslah bahawa sebagai seorang guru keperluan untuk mengawal
kelas penting dalam memastikan pelajar fokus dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Pengawal kelas yang baik penting untuk dikuasai oleh guru bagi memastikan setiap pelajar
tidak mengganggu rakan yang lain yang cuba fokus. Guru Pendidikan Moral perlu
menerapkan sikap empati dan banyak bersabar dalam usaha mereka untuk menagwal kelas
akan teratur dan tidak terlalu bising. Di samping itu, memahami isi kandungan pengajaran
adalah satu perkara yang sangat utama kerana guru akan bertindak sebagai penyampai
maklumat dan pemberi ilmu kepada pelajar. Tahap pemahaman pelajar adalah berbeza
mengikut tahap pemikiran mereka. Oleh itu, guru perlu kreatif dan kritis dalam usaha
menyampaikan maklumat dan pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Guru terutamanya
guru Pendidikan Moral perlu sentiasa mengetahui isu-isu moral yang berlaku di sekeliling

20
mereka dan yang terkini untuk dijadikan sebagai satu topik perbincangan bersama dengan
pelajar di dalam kelas. Malah guru juga perlu banyak membaca untuk memperoleh maklumat
dan mengukuhkan kefahaman guru mengenai isu dan nilai yang akan dipelajari. Selain itu,
pengurusan masa juga penting kerana sekiranya masa tidak mencukupi guru tidak akan dapat
menjalankan PdPc seperti yang telah dirancang dalam RPH. Pengurusan masa yang baik
dapat membantu guru memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut masa yang ditetpakan dan
tidak terburu-buru sehingga boleh menjejaskan kualiti pengajaran.

5.0 RUJUKAN

Dzulkifli Abdul Razak. (2018). Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Revolusi Industri Ke-
4. Majalah Sains Online, 12 Februari 2018. Diakses di laman sesawang:
https://www.majalahsains.com/falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan-revolusi-industri-
ke-4/

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Pendidikan Moral Tingkatan 2. (2016). Falsafah


Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd, A. & Hassan, A. (2012). Kuasai Dunia Dengan Berfikir: Cetuskan Idea Luar Biasa
Dengan Teknik Berfikir yang Betul. Edisi Pertama. Selangor: PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd

21
6.0 LAMPIRAN

22

Anda mungkin juga menyukai