Anda di halaman 1dari 3

PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas
pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah
bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada peruntukan yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah.

Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan
tadika-tadika. Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan
prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak
dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah ( Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)

• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas


sosio-ekonomi yang baik.

• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali
kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.

• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan


pembelajaran yang sudah lengkap.

• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran


yang tidak lengkap.

• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan
terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada
keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.

• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap keindahan


alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.

• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan

• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral

• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.

• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan


fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah dilengkapi
dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.

• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi kanak-


kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi
individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun
negara.

1
Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan
perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan
intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai
murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah
menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi
meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)

• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak

• Kesediaan akademik untuk bersekolah

• Penjagaan kanak-kanak

• Perkembangan personaliti kanak-kanak

• Pendidikan keibubapaan

• Perkembangan kerohanian

• Perkembangan daya kreatif

Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan


menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang
struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan
dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat:

" Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni
merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh
menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-
Ghazali, 1296H, dalam Hasan Langgulung, 1979)

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh
pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak dalam kalangan manusia adalah
lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya
menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan.

Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan
potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai
akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus
ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada
kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).

2
Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-
kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa
dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada
asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang
mencenderungkan kepada salah satu diantaranya" (Rousseau, 1762. Dalam Hasan
Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-
kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi,
Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)

Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan
cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat
melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran
seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan
sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."(Surah al-Anfal:28)
Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua
amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh
yang mendoakannya".

Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam
dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian
sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu
mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal.

Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau
tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk
menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang
seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada
masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)

Anda mungkin juga menyukai