Anda di halaman 1dari 10

Fiqh Sirah 2

Asas Masyarakat Baru


Asas Pertama : Pembinaan masjid
1.Unta Rasulullah berhenti di tempat pengeringan tamar milik dua saudara lelaki anak Kaum ansar yang
masih kanak-kanak yang kehilangan bapa. Dijadikan tempat solat oleh As‟ad bin Dzirarah.
2. Batu bata, batang tamar dan pelepah tamar. Pemerintahan „Uthman, diperluas dengan dinding batu.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Betapa pentingnya masjid di dalam masyarakat Islam
2. Para fuqaha‟ mazhab Hanafi memperalas adalah sah dan harus, tindakan kanak2 terebut.
- Tapi hukumnya dapat ditolak kerana „Aisyah telah berkata Rasulullah pernah berkata tentang
tanah itu dengan bapa saudara kanak2 itu
- Malah Rasulullah ada autoriti dalam sebagai penjaga kesemua masyarakat, bukan orang biasa.
3. Hukum harus mengenai pembinaan masjid, alasannya melihat apa yang dlakukan oleh „Umar dan
„Uthman [At Taubah 18]
4. Hukum Makruh tentang ukiran dan lorekan. Wang peruntukan masjid adalah haram untuk ukirannya,
hanya pembinaan sahaja melainkan wang ukiran itu dikhususkan (namun tetap makruh)

Asas Kedua : Persaudaraan Sesama Muslim


1.[Al Anfal 75] , tiada dasar mewarisi dalam persaudaraan. Yang kekal tiap mukmin adalah saudara
Islam secara umum.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Terbukti betapa pentingnya pembinaan Negara atas dasar perpaduan umat, persaudaraan dan saling
mencintai antara satu sama lain berasaskan „aqidah islamiyah.
2. Prinsip keadilan masyarakat bersih, yang saling menolong ke arah kebaikan dalam semua bidang
kehidupan
3. Abdulbar mengatakan, „Upacara persaudaraan ini telah dilakukan dua kali. Pertama secara khusus
dalam kalangan Muhajirin di Makkah dan yang kedua di antara Muhajirin dan Ansar.‟

Asas Ketiga : Perjanjian Umat Islam dengan Non-Muslim


1.Tentukan nilai perlembagaan baru. Seluruhnya penduduk Madinah Islam, melainkan beberapa dari
qabilah Aus yang tidak. Maka Rasulullah gubal perjanjian.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Bukti Islam sejak mula-mula sudah wujud berperlembagaan lengkap, segala yang diperlukan sesebuah
Negara.
2. Platform perlaksaanan syari‟ah Islamiyyah
3. Tuduhan Islam agama Ibadat sahaja dapat ditolak dengan bukti yang nyata.
4. Keadilan Rasulullah kepada semua pihak termasuk Yahudi
5. Islam lah satu-satunya yang dapat mengkikat perpaduan ummah Muslimin. Menjelaskan tiap seorang
bertanggungjawab terhadap yang lain dalam soal dunia dan seterusnya akhirat
6. Dasar persamaan sesama islam secara amali bukan dalam bentuk seruang memikan, tetapi adalah rukun
yang wajib dilaksanakan
7. Pengadilan saksama tidak lain dan tidak bukan hanya kembali kepada syari‟at dan kanun Allah SWT
Permulaan Peperangan
(Ghazwah Pertama Yang Dihadiri Rasulullah SAW)
Peperangan Badar Yang Agung
 Ketibaan Perniagaan Quraisy dari SyamSufyan bin HarbLalu MadinahSeru Muslimin ngorak
langkah rampas harta yang mereka tinggalkan di Makkah dulu.
 Quraisy merisik, lantas tahu dan terus bersiap sedia 1000 org.
 Al-Mighdad Ibn Amru : Ya Rasulullah, teruskanlah mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah, kami
sekalian bersama-sama kau.
Rasulullah : Sidang yang hadir, berilah pendapat2 kamu untukku.
Sa‟ad Ibn Muaz : Sesungguhnya kami telah pun beriman dan percaya dengan kau, dan kami mengaku
bahawa segala apa yang kau bawa itu adalah benar, dan telahpun kami beri kepercayaan serta
mengikat janji akan patuh dan taat maka teruskanlah mengikut kehendakmu di mana kami sekalian
bersama-sama mu. Demi Dialah yang mengutus dikau dengan benar, seandainya kau mengharungi
lautan nescara kami akan harungi bersama-sama kau.
 Muslimin menghantar perisik
 Quraisy duduk jauh dari perlembahan mata air. Manakala Muslimin di tempat terdekat dengan telaga
air badar. Cadangan Al Habbab Ibn Al-Munzir
 70 handalan musyrikin terbunuh, 70 tertawan. 14 muslimin syahid
 Polisi tawanan perang, bermusyawwarah. Abu Bakar cadang tawanan tebus diri dengan harta. „Umar
cadang bunuh tawanan. Rasulullah cenderung cadangan Abu Bakar. Allah tegur. [Al-Anfal 67-69]
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Sebab pertama berlaku peperangan adalah untuk menawan kafilah niaga Quraisy dan Allah beri yang
terbaik untuk hambanya, kemenangan, kerja yang lebih mula dan sesuai.
- Seluruh harta orang kafir dianggap tidak mulia (dipersetujui keseluruhan fuqaha‟)
- Syara‟ membolehkan rampasan, namun yang lebih utama Allah inging mengajar hamba-Nya
berda‟wah, meninggikan kalimah Allah [An-anfal 7]
2. Peranan Musyawwarah seperti yang ditunjukkan Rasulullah bermusyawwarah dengan para sahabat
3. Berhubung dengan perdamaian, dasar2nya tetap tidak boleh dilucutkan di dalam syara‟, Cuma
butirannya sahaja boleh berkembang melalui kesesuaian
4. Persoalan : Kenapa sahutan Amru al-Mikdar tak cukup buat Rasulullah? Hinggalah Sa‟ad bin Mu‟az
berkata terasa tenang jiwanya?
- Rasulullah ingin memastikan golongan Ansar sendiri bersedia seperti yang dijanjikan, bukan
dengan paksaan
5. Pemimpin, di dalam statergi peperangan perlukan perisik
6. Kesungguhan Berdoa seperti ditunjukkan Rasulullah pada sebelah petang, malam Juma‟at, 17
Ramadhan. Dan keyakinan Baginda dengan pertolongan Allah
7. Kiriman para Malaikat sebagai bantuan dari Allah [Al-Anfal 9]
8. Orang mati dan penghidupan mereka di alam kubur, antara Azab atau nikmat.
9. Tentang tawanan perang, berkelahi tentang harta rampasan. [Al-Anfal 1-2]

Kerturunan Bani Qainuqa’ dan Pengkhianatan Pertama Yahudi Terhadap Kaum Muslimin
 Ibnu Ishaq : Rasulullah mengumpul kaum Qainuqa‟ di pasar Qainuqa‟ dan berkata2.
 Ibnu Hisyam : Wanita „Arab muslimah – tukang emas – yahudi –cuba buka penutup muka – bahu
tukang emas – bangun dan terselak – menjerit – seorang muslim tolong pertahankn dan dibunuhnya –
lalu terbunuh kembali.
 Rasulullah mengepung – „Abdullah bin Ubai bin Salul(kepala Munafiqin) – minta buat baik – pegang
baju besi – minta lepaskan – bawa keluar dari Madinah dan jangan menghampirinya. [Al-Maidah 51-
52]
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Hasad dengki Yahudi, dan nk buka hijab wanita muslimah tersebut. Terbukti dengki mereka dengan
kata2 mereka, “Sesungguhnya demi Allah kalau kamu berperang dengan kami baru kamu tahu siapa
kami.”
2. Betapa pentingnya Hijab, penutup muka dan tubuh bagi muslimah, kerna masakan Yahudi
bersungguh2 ingin membukanya.
3. Larangan perempuan membuka tutup mukanya atau sesuatu yang selain daripadanya di hadapan orang
asing dan keduanya ialah, melarang lelaki melikat muka atau bahagian lain dari tubuh perempuan.
4. [Tindakan Munafiqin terhadap Islam]. Orang Munafiq di dunia dimu‟amalahkan oleh orang islam
sebagai muslim. Oleh hal itu Rasulullah tidak bertindak kepada Abdullah bin Ubai sebagai musyrik
malah mereima tuntutannya.
5. Tidak harus bagi orang islam mengambil orang kafir sebagai wali (orang yang dipatuhi) iaitu sebagai
sahabat saling memberi tangggungjawab persahabatan. [ Al-Imran 28]

Peperangan Uhud
 Penganjur Quraisy, menuntut bela kematian pejuang mereka di Badar. Lantas mempunyai 3000
pejuang.
 Kisah Rasulullah bermesyuarat untuk berperang di dalam Madinah atau di luar Madinah.”Tak
Seharusnya seorang Nabi yang telah memakai baju besi untuk keluar berperang menanggalkannya
pula, hinggalah berperang.” Maka berperang di luar Madinah pada 7 syawal, 32 bulan selepas hijrah
seramai 1000 para sahabat.
 Sesetangah sahabat mencadangkan meminta pertolongan Yahudi. Rasulullah menjawab “Jangan kita
memohon pertolongan dari ahli syirik untuk menghadapi ahli syirik”
 Tindakan „Abdullah bin Ubai, dan seruan Abdullah bin Haram. Lantas turun [An-Nisa‟ 88]
 50 pemanah di bukit Uhud, diketuai „Abdullah bin Jabir, dan arahan Rasulullah.
 Kisah Rafi‟ bin Khadij dan Samrah bin Jundub berusia 15 tahun minta turut serta peperangan.
Permulaanya Rasulullah tidak mengizinkan. Namun ditegaskan bahawa Rafi‟ handal melontar lembing
dan Sumrah handal bergusti, maka Rasulullah menizinkan.
 Abu Dajanah, pedang dan kain sutera merah dililit di kepala, berjalan di tengah2 saff dengan
sombongnya. Rasulullah berkata “Ini adalah lagak perjalanan yang dimarahi Allah kecuali di tempat
seumpama ini sahaja”. Mus‟ab bin Umair sebagai pembawa bendera.
 Pertempuran memarak. Mus‟ab bin Umair terbunuh di hadapan Rasulullah, „Ali menyahut bendera.
Pemanah di bukit sebilangan besar turun, apabila terlihat kemenangan Islam. Khalid al-walid lihat
sebagai peluang, musyrikin mula mengganas. Rasulullah tercedera, dua batang gigi hadapan patah.
 Berita angin Rasulullah terbunuh. Perasaan takut dan gerun dalam kalangan sesetengah oran islam
yang lemah iman, melarikan diri. Anas bin Al-Nadhar menyeru kembali, dan terus mara ke pihak
musyrikin dengan pedangnya, hingga terbunuh syahid.
 Terukir episod pengorbanan sahabat. Abu Talhah, Abu Dajanah, Ziad bin Al-Sakan, „Ammarah bin
Yazid banteng tubuhnya melindungi Rasulullah hingga mereka syahid.
 Ramai sahabat syahid termasuk Hamzah bin „Abdul Mutallib, Al-Yaman dll. Rasulullah berkata “ Aku
menjadi saksi kepada mereka ini kesemua di hari Qiamat dan diperintah supaya dikebumikan sekali
dengan darah-darah mereka, tidak disembahyang keatas mereka dan tidak dimandikan pula”.
 „Abdullah bin Ubai (Munafiqin) kata “Kalau kamu ikut cakap kami masakan sebahagian dari kamu
akan terbunuh”. Mengolong-olokkan. Turun surah [Ali-„Imran 168-169]
 Selang dua hari Rasulullah dan para sahabat keluar Madinah, memburu musuh, bermalam di Sahra‟ Al-
Asad (10 batu dari Madinah) serta menyalakan timbunan api yang sangat besar hingga disangkan ramai
pengikutnya. Ma‟bad bin Ma‟bad terlihat dan sampaikan perkata itu kepada pihak Quraisy yang sedang
berpesta, lantas mereka gerun takut dan pulang ke Mekkah serta merta. 3 Hari Rasulullah di Sahra‟,
kemudian pulang ke Madinah.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Terbukti dengan jelas di mana Rasulullah SAW berpegang dengan prinsip yang telah digaris ke atas
dirinya, iaitu berperang dengan mesyuarat bersama para sahabat dalam setiap urusan yang memerlukan
tindakan sedemikian.
2. Di dalam peperangan orang Munafiq menunjukkan sikap mereka tersendiri, lantas member hikmat dan
matlamat iaitu memisahkan kaum muslimin dengan munafiqin yang memberi faedah besar dalam
peperangan dan masa depan.
3. Ketika peperangan, Rasulullah SAW enggan meminta bantuan selain daripada kaum Muslimim
meskipun bilangan kaum Muslimun sedikit.
- Ulama‟ berpendapat tak harus minta pertolongan melainkan beberapa situasi yang sangat
memaksa, bergantung pada masa dan keadaan.
4. Teladan daripada Rafi‟ bin Khadij dan Samrah bin Jundub, umur lingkungan 15 tahun sudah bersedia
berperang atau erti kata lain persiapan untuk mati.
5. Kebijaksanaan Rasulullah mengatur stratergi menyusun saff pertahanan yang amat utuh, meletakkan
barisan pemanah di akhir saff dengan memerintah supaya tidak meninggalkan kawasannya sehingga
diberi arahan
6. Sikap yang ditunjukkan Abu Dajanah, dengan lagak sombongnya di medan peperangan adalah
dibolehkan hanya dalam keadaan seumpama itu sahaja. Namun di luar perperangan, iaitu suasana
umum adalah haram sama sekali.
7. Dua peringkat peperangan kaum Muslimim
- Orang islam patuh di tempat masing2, dan kemenangan menyebelahi mereka. Gerun 3000
musyrikin [Ali-Imran 152]
- Kaum Muslimin memburu habis2 untuk mengumpul harta rampasan. Pemanah melihat seperti dah
menang, lantas turun dan mengumpul harta. Kegerunan Musyrikin berubah menjadi berani dan
melawan habis-habisan kaum Muslimin.
8. Hikmah berita angin Rasulullah terbunuh, merupakan suatu percubaan di antara pengalaman-
pengalaman dan pelajaran ketenteraan yang agung supaya Muslimin sedar dari kelalaian. Malah
Muslimin perlu cekal dan tidak berundur. [Ali-Imran 144]
9. Keimanan sejati memungkinkan pengorbanan sahabat untuk melindungi Rasulullah sehingga
membentengkan tubuh sendiri demi keselamatan Baginda. “Tidak beriman seseorang dari kamu selagi
aku ini tidak tercinta kepadanya lebih dari harta-hartanya , anaknya dan seluruh manusia sekalian”
10. Ulama‟ menjadikan dalil tidak menanam jenazah para syuhada‟ dengan sedemikian tanpa dimandikan
dan tidak disembahyangkan. Juga diharuskan kebumi dalam satu lahad lebih dari seorang hanya ketika
darurat.
11. Rasulullah dan para sahabat kembali keluar ke Madinah ingin memburu kafir Quraisy, menunjukkan
bahawa kemenangan akan dating bersama kesabaran dan keta‟atan kepada pemerintah.[Ali-Imran 172,
173, 174]

Tragedi Yaum Al Raji’ Dan Telaga Ma’unah


PERTAMA – TRAGEDI AL RAJI‟: TAHUN KETIGA
 Qabulah „Udhal dan Al-Qurah meminta di ajar Islam, maka Rasulullah hantar beberapa sahabatnya,
diketuai oleh „Asim bin Thabit. Diekori suatu Qabilah berketuruna Huzail (Bani Lehyan) dengan 100
orang pemanah.
 Berita diketahui „Asim, lantas mereka berlindung di suatu anak bukit. Bani Lehyan berkata “Kami beri
janji sumpah kepada kamu sekiranya kamu turun ke hadapan kami, kami tidak akan bunuh kamu walau
seorang pun”. „Asim berkata “Adapun aku tak akan turun dan menerima janji orang kafir, ya Allah ya
Tuhan, sampaikanlah berita ini kepada Nabi Mu di Yathrib.” Akhirnya 7 terbunuh termasuk „Asim,
tinggal beberapa yang turun terima tawaran Bani Lehyan, termasuk Khubaib bin „Adi dan Zaid.
 Mereka menjadi tawanan, dan dijual di Mekah kepada Bani Al-Harith. Dulu Khubaib membunuh al-
Harith dalam perang badar. Maka, bani al-Harith berhasrat untuk membunuhnya. Tiba2 dilihat anak
perempuan al-Harith di atas riba Khubaib, sedang pisau cukur (tujuan bunuh Khubaib) berada di tangan
bani al-harith itu. Akhirnya mereka bawa Khubaib ke luar Mekah utk membunuhnya. Khubaib minta
peluang solat sunat dua rakaat.
 Orang Quraisy minta bukti sebahagian badan „Asim, namun Allah mengutus sekumpulan tebuan
memayungi jasadnya.
 Ibnu Ishaq menceritakan : Zaid bin Al-Dathanah dibeli oleh Suffian bin Umaiyyah, dan dibawa luar
Tanah haram.. Kata Abu Suffian “Demi Allah cuba kau sebut wahai Zaid. Kamu mahu atau tidah
Muhammad SAW menggantikan tempat kau dan kau selamat. Kami pancung lehernya dan kau balik
dengan selamat menemui keluarga kau”. Jawabnya “Wallahi demi Allah aku tidak rela Muhammad
SAW itu sekarang berada di tempatna ditikan sebilah duri yang boleh menyakitinya sedangkan aku ini
duduk bersama keluargaku”. Kata Abu Suffian “ Aku tidak pernah melihat seorang pun dari manusia
ramai mencintai seoarang yang lain sebagaimana sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad”

TRAGEDI TELAGA MA‟UNAH DI DALAM TAHUN KE-4


 „Amir bin Malik datang temui Rasulullah, minta Rasulullah utuskan sahabat kepada penduduk Najd.
Namun Rasulullah curiga dengan penduduk Najd. „Amir bin Malik berkata mereka di bawah lindungan
dan jaminanku. Akhirnya Rasulullah mengutuskan 70 tokoh pendakwah dari kalangan sahabat terpilih.
 Peristiwa terukir pada bulan Safar tahun 4 Hijrah, tiba di „Telaga Ma‟unah‟. Para pendakwah mengutus
Haram bin Mulhan bawa surat, kepada „Amir bin Al-Tufail. „Amir tanpa melihat surat itu terus
membunuh Haram bin Mulhan.
 „Amir bin Al-Tufail minta seluruh bani „Amir menyerang du‟at tersebut, tapi mereka enggan dan tak
akan mengkhianati Aba Barra‟, iaitu „Amir bin Malik. „Amir bin Al-Tufail minta pertolongan kabilah,
lantas semua mengepung du‟at tersebut, dan akhirnya semua terbunuh.
 „Amru bin Umaiyyah Al-Dhamri tidak sempat berada dengan para duat tersebut. Hanya mengetahui
perkara itu setelah beberapa ketika. Dalam perjalanan pulang ke Madinah beliau terserempak dengan
dua lelaki disangka bani „Amir dan terus membunuhnya. Namun sebenarnya dua lelaki itu adalah
keturunan bani Kilab, dan di bawah lindungan Rasulullah SAW. Kata Rasulullah “Engkau telah
membunuh dua orang, aku mestilah membayar diyath.”
 Rasulullah menanggung derita dan sedih mendalam dari peristiwa itu, hingga Baginda sentiasa berdoa
membawa Qunut subuh sebulan lamanya, meminta pertolongan Allah ke atas Qabilah2

PENGAJARAN DAN PEDOMON


1. Dua peristiwa ini menunjukkan penyertaan Kaum Muslimin secara menyeluruh dalam usaha dan
tanggungjawab da‟wah dalam usaha menyuluh jalan kepada manusia umum tentang hakikat Islam dan
hukum-hakamnya. Urusan da‟wah ini bukan hanya terserah kepada para Anbiya‟ sahaja atau kepada
khalifah selepas sahaja, malah kepada orang lain juga.
2. Sejenis Jihad Fardu Kifayah berhubung dengan tanggungjawab seorang Muslim itu terhadap kaum
Muslimin dengan tidak menetap di “Darul Kufr”. Terbukti dengan perjalanan hidup Rasulullah sendiri.
3. Terpapar betapa jelasnya hasad dengki kesumat yang bersarang di hati-hati kaum Musyrikin hingga
sanggup melakukan pengkhianatan. Disebaliknya kita dapat lihat pengorbanan yang mencerminkan
tabiat hidup dan akhlak kaum Muslimin. Seperti Khubaib yang masih tenang meribakan anak al-Harith
walaupun beliau akan dibunuh oleh bani al-Harith.
4. Dapat dijadikan dalil dan hujah bahawa seorang tawanan di dalam tangan kafir hendaklah menolak
tawaran keamanan dan jangan tunduk walau dibunuh sekalipun. Namun jika berupaya melarikan diri,
ianya dituntut berbuat demikian.
5. Sikap Zaid bin Al-Dathanah kepada Abi Suffian, menunjukkan betapa cintanya kepada Rasulullah
SAW dengan ketinggian imannya.
6. Hikmah dan rahsia pengkhianatan terhadap golongan pemuda-pemuda yang beriman ini yang keluar
dengan tujuan hanya untuk menyahut perintah Allah dan RasulNya, membuktikan dan menjelaskan
keinginan untuk mendapat balasan syurga Allah adalah melalui jalan yang beronak[At Taubah 111].
Selain itu, terpisahlah golongan Al-Sadiqun (benar keimanannya) dari golongan Munafiqun ( pura2
keimanannya).
Perpindahan Bani Nadhir
 Rabi‟ul Awal, 4 Hijrah : Rasulullah di Masjid Quba‟ tiba di kalangan Bani Nadhir untuk membayar
diyath (ganti rugi) untuk dua orang Qabilah Kilab atas pembunuhan itu. Jawab Bani Nadhir “Kami
akan laksanakan wahai Abal Qasim seperti yang kau kehendaki”. Mereka berbisik merancang
pengkhianatan di mana „Amru bin Juhash Al-Nadhri berkata “Aku akan naik ke atas rumah dan akan
ku humbankan seketul batu besar ke atasnya”.
 Salam bin Miskam menegur rancangan itu, dan berkata bahawa Allah akan menyampaikan kepada
Rasulullah apa yang kamu rancangkan.
 Berita pakatan sampai kepada Rasulullah. Baginda lantas bangun dan pulang ke Madinah kerna Yahudi
merancang perkhianatan tersebut.
 Rasulullah menghantar utusan memberitahu untuk menghalau Yahudi tersebut keluar dari Madinah
dalam tempoh 10 hari kalau tidak akan dibunuh. Selanjutnya, mereka bersiap untuk keluar namun
„Abdullah bin Ubai kata “Kamu jangan keluar dari kampong kami, dan pertahankanlah di dalam kubu
kamu. Di sini bersamaku 2000 tentera dan yang lain lagi akan berperang untuk kamu”.
 Lalu Yahudi tersebut tidak jadi keluar. Rasulullah bersiap dengan kelengkapan dan menuju ke arah
mereka, dan mengepung Yahudi serta memerintah menebang tamar-tamar mereka dan
memusnahkannya [Al Hasyr 5]
 Akhirnya mereka minta Rasulullah membenarkan mereka pulang seperti yang Baginda kehendaki dulu.
Rasulullah tidak terima permintaan melainkan mereka keluar membawa diri sahaja, tidak ada harta
bersama-sama kecuali apa yang dibawa oleh muda-muda sahaja, tidak termasuk senjata. 2 orang
Yahudi memeluk Islam, iaitu Yamin bin „Amir Ka‟ab Ibn „Ammu „Amru bin Jahashi dan Abu Sa‟ad
bin Wahab. Mereka memperoleh balik harta mereka.
 Rasulullah membahagikan harta dalam kalangan Muhajirin yang pertama sahaja tanpa ansar melainkan
dua orang yang sangat miskin iaitu Sahl bin Harif dan Abu Dujanah Samak Bin Kharsyah. [Al Hasyr
6-7]
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah iaitu mengetahui perancangan
pengkhianatan kaum Yahudi, membukti kerasulan Baginda.
2. Menebang pokok Tamar Bani Nadhir, memang benar dan diakui dan Rasulullah hanya menebang
sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain.
3. Ulama‟ sepakat mengatakan bahawa harta yang dirampas oleh Kaum Muslimin tanpa peperangan
dinamakan Al-Fa‟i, urusannya diserahkn kepada Al-Imam, tidak wajib dibahagikan kepada tentera.

Peperangan Zat Al-Riqa’ (Peperangan yang Bertampung)


 4 hijrah, sebulan setengah selepas pemindahan Bani Nadhir, sebelum berlaku perang Khandak. Punca
pengkhianatan qabilah Najd yang telah membunuh 70 muslimin (Para Du‟at) itu. Rasulullah melantik
Abu Zar Al-Ghaffari sebagai Amir di Madinah, dan Baginda berkhemah di “Nahkl” untuk berjumpa
dengan qabilah Muharib dan bani Sa‟lab. Namun Allah mencampakkan rasa gerun kepada mereka
hingga mereka berpisah dr orang Islam, dan tiada pertempuran;
 Rasulullah yang menggantungkan pedang Baginda di sebatang pokok, telah dicuri pedang itu oleh
seorang lelaki musyrik ketika Baginda tidur. Apabila tersedar, terhunus pedang itu kepada Rasulullah,
dan lelaki muysrik itu berkata siapa yang boleh menyelamatkan engkau?. Lantas Rasulullah menjawab,
Allah. Terduduk lelaki itu.
 Jabir bin „Abdullah, peristiwa untanya yang dibeli Rasulullah dan dihadiahkan kembali
 Sorang Muhajirin dan seorang Ansar menawarkan diri menjadi pengawal pada suatu malam secara
bergilir, dan dimulakan oleh Ansar itu. Ketika muhajirin itu tidur, Ansar sedang solat dan tiba-tiba
dipanahi. Beliau cabut, dan teruskan solat, hingga berulang empat panahan. Beliau ruku‟ dan sujud.
Selepas itu barulah beliau mengejutkan muhajirin itu lantas muhajirin itu terkejut. Menyedari dua
orang pengawas yang bertugas ini, pemanah tersebut lantas melarikan dir.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Dinamakan Peperangan Bertampung menggambarkan bebanan Rasulullah dan para sahabat dalam
rangkul usaha menyebarkan da‟wah ke Jalan Allan. Kaki luka ditembusi kerana terlalu miskin tidak
berkasut, hingga berbalut2. Mereka menepati firman Allah [Surah At Taubah 111]
2. Rasulullah solat Khauf masa perperangan itu, merupakan asas terdirinya perintah tasyri‟ solat khauf.
- Ada dua cara solat khauf bergantung pada keadaan. 1. Khusus apabila musuh berada di sebelah
qibat. 2. Apabila musuh berada bukan di sebelah qiblat.
- Rasulullah guna cara kedua dalam peperangan ini, solat dengan sekumpulan sahabat berjamaah.
Menunjukkan kesatuan mereka berimam dengan Rasulullah adalah kelebihan.
3. Kisah lelaki musyrik yang menghunus pedang kepada Rasulullah menjelaskan lagi bahawa Rasulullah
adalah sangat terpelihara, malah menambah keyakinan kita terhadap peribadi Rasulullah yang amat
unggul.
4. Keikhlasan Rasulullah dengan sahabat Baginda seperti Jabir bin „Abdullah. Tentang unta itu
sebenarnya Rasulullah berhasrat menghulurkan jambatan untuk menolong sahabat Baginda dengan
cara yang penuh tersusun dan mesra
5. Jihad yang ditunjukkan dua orang sahabat yang bertugas menjadi benteng yang diperintah oleh
Rasulullah SAW. Langsung tidak hairan dengan panah yang tercucuk di tubuhnya, malah meneruskan
solat dan telah berrkata kepada muhajirin itu “Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak suka
memberhentikannnya”

Peperangan Bani Mustaliq Yang Dikenali Dengan Peperangan Al-Muraisi’


 Pendapat ramai ahli penyelidik (ahli tahqiq) mengatakan peristiwa berlaku pada bulan Sya‟ban tahun
kelima hijrah.
 Bermula apabila Rasulullah mendapat berita Bani Mustaliq berkumpul di bawah pimpinan Al-Harith
bin Dirar. Rasulullah lantas terus bersemuka dengan mereka di telaga al-Muraisi. Di sini mereka
bertembung rapat dan bunuh membunuh, dan Allah subhanahu wata‟ala telah mengalahkan bani
Mustaliq. Harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian, satu saham untuk askar berjalan kaki
dan tentera menunggang kuda dua saham.
 Kaum Munafiqin juga turut serta, kerana lihat Islam banyak menang dan tamakkan harta.
 Jahjah bin Said Al-Ghaffari (Muhajirin) bertengkar dengan Sunan bin Wabir Al-Jahni (Ansar).
„Abdullah bin Ubai membesarkan cerita dengan berkata “ Apakah mereka (muhajirin) sudah buat,
sudahlah mengenepikan kita, mencuri masuk ke kampung kita, demi Allah mereka ini dan puak
Quraisy tak ubah seperti kata orang „Gemukkan anjing kau kelak ia kaan menggigigit kau‟ “.
 Zaid bin Arqam terdengar peristiwa ini, dan khabarkan kepada Baginda. „Umar dengan kerasnya
cadang membunuh „Abdullah bin Ubai, namun Rasulullah enggan.
 Rasulullah bawa orang ramai berjalan dari malam hingga pagi dan separuh hari untuk melalaikan
semua dr menggembar-gemburkan fitnah peristiwa itu, lantas mereka tertidur. Dari sini turunnya surah
al-Munafiqun.
 Setelah sampai Madinah, anak kepada „Abdullah bin Ubai yang telah mendengar bahawa Rasulullah
bercadang hendak membunuh bapanya, menawarkan dirinya untuk membunuh „Abdullah bin Ubai
sendiri. Namun jawab Rasulullah, „Kita akan berlembut dengannya dan akan kita berbaik-baik
pergaulan denganya selagi ianya masih bersama kita”
 Mulai hari itu, semua penduduk menentang apa yang dikhabarkan oleh „Abdullah bin Ubai.
KHABAR AL-IFK (Berita Fitnah)
 Dalam perjalanan pulang dari peperangan ini, timbulnya fitnah dari pencetus fitnah terhadap „Aisyah
Radiallahu „anha. Kisah mengenai rantai beliau yang tercicir. Mereka yang bertanggungjawab
membawa „Aisyah dalam sakuduk telah membawa kenderaan itu, kerana menyangka bahawa „Aisyah
telah berada di dalamnya, sedangkan sebenarnya beliau tiada kerana mencari rantai beliau. Hinggalah
„Aisyah yang telah menjumpai rantainya, dan melihat kenderaannya sudah tiada, „Aisyah terasa
mengantuk dan tertidur. Safuan bin Al‟Mu‟tal yang berada di belakang tentera terlihat „Aisyah, lalu
menghampirinya dan „Aisyah terbangun dan terus menutup mukanya. Safuan menundukkan untanya
untuk ditunggangi „Aisyah, hingga mereka berjumpa dengan tentera-tentera Muslimin yang lain.
Akhirnya, fitnah dikeluarkan yang dikepalai oleh „Abdullah bin Ubai.
 Apabila tiba di Madinah, fitnah tersebut makin digembar-gemburkan termasuk Ummu Mastha‟ juga
menfitnah.
 Rasulullah SAW sudah sebulan tidak duduk di samping „Aisyah, Baginda dengan tenang dan sabar
melalui hal ini. Hampir sebulan Rasulullah menunggu wahyu. Rasulullah berkata kepada „Aisyah
“Wahai „Aisyah, telah sampai kepada aku berita begini dan begini, sekiranya engkau bersih tidak
bersalah, maka Allah akan membersihkan engkau, sekiranya engkau melakukan dosa beristighfarlah
kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya.”
 „Aisyah mengalir air mata, dan tidak terasa sedikit pun. Beliau berkata “Demi Allah aku mengetahui
bahawa anda sekalian ini telah mendengar cerita palsu ini semua, kemudian termakan di dalam hati
seterusnya mempercayai cerita ini, sekiranya aku mengaku di hadapan kalian dan Allah mengetahui
yang aku memang tidak bersalah, tetap kamu akan percaya, sesungguhnya demi Allah aku tak ada
sesuatu untuk kalian dan diriku selain menyebut [surah Yusuf 18]
 Tidak sempat Rasulullah berganjak, wahyu pun turun, dan Rasulullah berkata kepada „Aisyah “
Terimalah berita baik wahai „Aisyah, sebenarnya Allah SWT telah membersihkan engkau” [Surah An-
Nur 11-21]
 Ayah kepada „Aisyah yang dahulunya sering memberi bantuan kepada Mashta‟ sudah enggan untuk
membuat demikian. Allah tegur dengan berfirmah dalam surah [An-Nur 22]
 Akhirnya Rasulullah keluar ke masyarakat dan menyampaikan khutbah, dan membaca segala apa yang
telah diturunkan Allah dari ayat2 mengenai peristiwa itu dan memerintahkah disebat (hudud) kepada
Mastha‟ bin Athathah, Hisan bin Thabit dan Hamnah bin Jahisy atas fitnah mereka yang mereka
lantangkan.
PENGJARAN DAN PEDOMAN
1. Jalan penyelesaian masalah yang ditunjukkan Rasulullah penuh dengan hikmah dan kebijakasanaan
yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, terbukti apabila Rasulullah memerintahkan askar
seluruhnya supaya teruskan perjalanan hingga separuh hari kedua agar mereka tidak sempat berbual-
bual lantas menaburkan fitnah. Setiap patah kata Rasulullah mendengar dari mulut Ibnu Salul
sehinggakan pada akhirnya sudah cukup untuk membolehkan Rasulullah membunuh Ibnu Salul, namun
Baginda tidak bertindak sedemikian malah Baginda menghadapinya dengan penuh kesabaran dan
berlapang dada.
2. Fitnah. Menggambarkan satu tabiat kaum Munafiqin untuk menyakiti Rasulullah SAW dan
menhancurkan Islam. Hinggalah turunnya wahyu, walaupun diperlewatkan wahyu tersebut terdapat
beberapa hikmat Ilahi untuk menonjoklah kemanusiaan Rasulullah SAW.
- Sifat Kenabian dan Kerasulan yang tidak akan keluar dari batas
- Membuktikan hakikat wahyu itu bukanlah suatu pancaran dari dalam jiwa Rasulullah, dan bukan
juga suatu yang tunduk pada kehendak dan kemahuan Rasulullah. Kerana, apakah yang boleh
menyekat Baginda dari berkata-kata sekiranya Al-Quran itu di dalam tangannnya? (Sepertimana
dakwaan kaum musyrik)
3. Perlaksanaan hukum dera kepada penyebar fitnah sebanyak lapan puluh rotan.
PEPERANGAN KHANDAQ
1. Juga dikenali sebagai peperangan al-Ahzab “baris syurga”. Bulan syawal tahun kelima hijrah.
2. Punca, bani Nadhir ke Mekah dan mengajak kaum Quraisy memerangi Muhammad, dan mengatakan
„agama kamu dan pegangan kamu lebih baik dari agama Muhammad‟. Mengenai hal ini, Allah SWT
menurunkan ayat [An-Nisa‟ 51-52]
3. Qabilah Ghatfan juga diajak. Begitu juga dengan Bani Fuzarah dan Bani Murrah
4. Kaum Muslimin bersiap-siap untuk berperang dan Rasullah telah bermesyuarat dengan kaum
Muslimin. Salman Al-Farisi mengesyorkan supaya digali kubu di lereng bukit “Sala” dengan
membelakanginya.
5. Kaum Munafiqin sengaja melewat-lewatkan usaha menggali kubu tersebut dengan buat-buat lemah dan
menyelit secara sembunyi pulang ke rumah mereka. Maka Allah SWT menurunkan ayat [An-Nur 62]
6. Bani Quraidzah memungkiri janji. Huyai bin Akhtab Al-Nadhri jumpa Ka‟ab bin Asad Al-Qarzhi, cuba
menghasut melanggar perjanjian sehingga Ka‟ab mengkhianati Rasulullah sedangkan pada mulanya
Ka‟ab tidak ingin melanggarnya dan berkata “Aku tak nampak Muhammad itu melainkan satu
kebenaran dan keikhlasan”. Setelah sampai khabar ini kepada Rasulullah, Baginda menghantar Sa‟ad
bin Mu‟az untuk memastikan perkhabaran tersebut, dan akhirnya kebenaran peristiwa itu terbukti,
bahawa Ka‟ab telah mengkhianati Rasulullah.
7. Dalam masa yang sama kaum munafiqin turut menabur bibit perpecahan dalam saff Muslimin.
8. Rasulullah yang mendapati hal ini bermesyuarat dengan Sa‟ad bin Mu‟az dan Sa‟ad bin „Ubadah.
Rasulullah kata Baginda akan berdamai dengan Qabilah Ghatfan dengan memberi 1/3 hasil buah-
buahan Madinah, agar mereka mengundur diri
- “Ya Rasulullah, apakah keputusan ini suatu pendapat tuan Hamba untuk kami bertindak atau
apakah ini satu suruhan yang ingin Rasulullah laksanakan untuk faedah kami atau perintah dari
Allah?”
- “Malah ini adalah satu perkara yang ingin aku lakukan untuk kebaikan kamu dan supaya
dengannya dapat ku leraikan kekuatan mereka”
- “Demi Allah sesungguhnya kami tidak berhajatkan ini, demi Allah kita tidak akan memberi
kecuali mata pedang sahaja, hingga Allah SWT menghukumkan di antara kita dan mereka”
- Rasulullah dengan cahaya wajahnya berkata “Engkau dengan pendapat engkau”
9. Kekalahan kaum musrikin tanpa peperangan.
- Nu‟im bin Mas‟ud (Musrik) berjumpa Rasulullah, dan tawarkan diri melaksanakan apa sahaja
yang Rasulullah kehendaki. Oleh itu beliau telah jumpa bani Quraidzah dan mencadangkan untuk
mengambil tebusan dari Quraisy. Dalam masa yang sama, beliau berjumpa Quraisy dan
mengatakan bani Quraidzah telah menyepakat untuk mencolek tebusan dari pembesar Quraisy,
begitu juga pembesar Ghatfan. Akhirnya, timbul perpecahan dan pergaduan sesama sendiri.
- Malam yang sejuk, angin bertiup dengan ngeri membalikkan periuk-periuk, khemah-khemah
mereka. Berlaku selepas 11 hari pengepungan mereka.
- Sebenarnya Rasulullah SAW tidak putus-putus memohon restu Allah SWT agar dikurniakan
kemenangan dan pertolongn
10. Dalam peperangan ini, Rasulullah dan „Umar al-Khattab tidak sempat solat asar. Lantas mereka solat
asar walaupun matahari sudah hilang dari ufuk langit, kemudian mereka terus solat maghrib.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Syariat Islam membenarkan kaum Muslimin mengambil apa yang baik dari orang lain dengan syarat
bukan mengambil kepercayaan atau pegangan. Sebagai contoh, cadangan Salman Al-Farisi mengenai
idea menggali parit merupakan sesuatu yang baik, hingga Rasulullah SAW dan para sahabat bersetuju
dan kagum dengan idea tersebut.
2. Babak Rasulullah dan para sabahat bersama-sama menggali parit memberi satu pengiktibaran yang
amat agung. Menunjukkan hakikat persamaan yang diasaskan oleh Islam, juga keadilan yang
dipamerkan. Bukanlah Rasulullah mengarah kaum Muslimin menggali parit, dan Baginda pulang
berehat-rehat di rumah sambil memerhati, namun Rasulullah sendiri bersama para sahabat menggali
parit hingga baginda mengikat perutnya menahan lapar ketika bekerja
3. Betapa cinta dan kasihnya Rasulullah terhadap umatnya, berama-sama menggali parit, menahan lapar
sehingga mengikat batu diperutnya. Tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana tanggungjawab
Baginda menyampaikan risalah dan amanah Islam, untuk sahabat, malah keseluruhan manusia dan
alam. Rasulullah juga apabila diajak Jabir yang terpaksa membataskan jemputan dengan menjemput
khusus Rasulullah untuk menikmati masakan kerana diketahui Baginda sangat lapar, malah dirumah
Jabir tiada makanan yang banyak, Baginda telah memanggil seluruh kaum muslimin ke rumah Jabir.
Akhirnya dengan mukjizat Rasulullah, makanan yang dicedok itu tidak kehabisan, malah seperti ianya
penuh baru dimasak.
4. Hikmat, Rasulullah berbincang dengan sahabat, mengenai pemberian 1/3 hasil buah Madinah kepada
Kaum Ghatfan, adalah sebenarnya untuk memastikan sejauhmanakah kekuatan maknawiyah yang
dimiliki oleh sahabatnya dan kepercayaan pergantungan mereka terhadap Allah SWT. Dari sudut yang
lain, konsep syura dalam Islam juga turut ditegakkan
5. Wasilah memohon pertolongan Allah, kecekalan dan ketabahan kaum Muslimin memungkinkan
kemenangan mereka dalam peperangan. [Al-Ahzab 9]
6. Solat yang tertinggal, adalah wajib untuk diqada‟kan
GHAZWAH BANI QURAIDZAH (PEPERANGAN BANI QURAIDZAH)
1.Setelah pulang dari peperangan Khandaq, Rasulullah meletakkan senjatanya dan bersuci, lantas Jibril
„alaihissalam menyusuli dan berkata “Engkau telah meletakkan senjata? Demi Allah kami tidak akan
meletakkannya. Keluarlah engkau kepada mereka!” Rasulullah bertanya, “Ke mana?”. Dan Jibril
menjawab, “Di sana”(sambil menunjukkan ke arah Bani Quraidzah)
2. Rasulullah menyeru kaum Muslimin untuk bergegas kejar Bani Quraidzah dan solat asar apabila telah
tiba ke kawasan mereka. Namun sebahagian ada yang sempat menunaikan solat asar, dan akhirnya
tiada seorang pun yang dimarahi Rasulullah.
3. Rasulullah dan para sahabat mengenakan kepungan ke atas Bani Qudaidzah. Ka‟ab bin Asad yang
mengetahui perkara itu, telah berkata kepada Kaum Yahudi dan diberi tiga pilihan. Iaitu :
- Kita turut sahaja orang ini dan kita beriman dengannya. Telah terbukti kebenaran dakwahnya
malah telah disebut dalam kitab kamu. Dengan itu darah kamu terhindar dan anak isteri kamu
selamat.
- Mari kita bunuh anak isteri kita kemudian kita keluar menentang Muhammad dan para sahabatnya
dengan pedang, dan dengan itu kita tidak meninggalkan satu tanggupan pun di belakang.
- Ayuh, turunlah, dengan malam ini malam sabtu, dengan harapan Muhammad dan para sahabatnya
memberi keselamatan kepada kita. Semoga kita mendapat peluang menyelamatkan diri kita.
Namun kesemua cadangan pilihan ini ditolak. Akhirnya mereka menerima sahaja apa hukuman yang
dikenakan Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah menyerahkan keputusan menjatuhkan hukuman
kepada salah seorang ketua bangsa Aus(Sa‟ad bin Mu‟az), kerana Aus dan Quraidzah merupakan setia
kawan pada suatu masa dulu. Semua penentang dibunuh, dan perempuannya di tawan. Rasulullah
berkata “Engkau telah menjalankan hukuman dengan hukuman Allah SWT”
4. Lepas itu, Sa‟ad bin Mu‟az berkata “Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui
bahawa aku tidak lebih mencintai daripada melawan sesuatu kaum kerana mereka telah mendustakan
Rasul Engkau, yang telah menghalau Rasul Engkau. Ya Allah, Ya Tuhanku, Ya Allah sesungguhnya
aku menyangka bahawa engkau telah menyelamatkan peperangan kami dengan mereka. Sekiranya
peperangan kami dengan Quraisy masih lagi kekal maka kekalkanlah aku untuk berjihad dan melawan
mereka. Untuk Engkau Ya Rabbi sekirannyga Engkau tamatkan peperangan itu, maka cetuskanlah
lukaku ini biarkan matiku kerananya”
5. Akhirnya luka Sa‟ad telah pecah dan menyebabkan beliau mati kerana luka itu.
PENGAJARAN DAN PEDOMAN
1. Harus memerangi mereka yang mengkhiani perjanjian. Imam Muslim menjadikannya dalil adanya
Perjanjian Keselamatan di antara Kaum Muslimin dengan bangsa-bangsa lain.
2. Harus menyerahkan perbicaraan urusan Kaum Muslimin dan tugas-tugas mereka kepada pimpinan
tertentu.
3. Syara‟ mengharuskan ijtihad dalam masalah furu‟ dan kemestian berlaku perselisihan pendapat
mengenainya. Sebagaimana para sahabat membuat penafsiran berbeza mengenai “Tidak ada
seorangpun akan solat asar kecuali setelah berada di kampung Bani Quraidzah” Hikmatnya ada ijtihad-
ijtihad yang berlainan dalam sesuatu masalah, namun semuanya terikat pada dalil-dalil yang diperakui
syara‟.
4. Yahudi juga sebenarnya mengakui kebenaran Rasulullah dan Dakwahnya, namun kerana didorong
semangat menghambakan diri kepada „Asabiyyah dan kesombongan, mereka menjadi kufur
5. Hukum bangun dari duduk bagi menghormati orang yang baru tiba. Seperti Rasulullah mengarahkan
kaum Ansar bangun ketika melihat Sa‟ad bin Mu‟az menuju ke arah mereka dengan meunggang
kenderaannya. Bukanlah hingga melampaui batas untuk menghormati seseorang.
6. Kisah kehebatan Sa‟ad bin Mu‟az. Akhirnya tiada lagi perperangan antara Muslimin dan kafir Quraisy.
[Al Fath 24]

Anda mungkin juga menyukai