Anda di halaman 1dari 3

6.

0 PERSAINGAN

Sejak tersebarnya wabak COVID 19 pada Disember 2019, banyak perkara telah
mengubah kehidupan terutamanya dari segi ekonomi dan gaya hidup. Pada 8 Mac 2020
bermulalah fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan di mana semua rakyat tidak ke mana-
mana dan ketika itu topeng muka menjadi item paling penting sebelum keluar rumah. Oleh hal
demikian, permintaan terhadap topeng muka meningkat secara drastik. Dengan peningatan
permintaan terhadap topeng muka ini, dengan tawarannya yang terhad, menyebabkan topeng
muka yang terdapat di pasaran tidak dapat menampung jumlah permintaan yang tinggi.
Disebabkan permintaan yang tinggi daripada pengguna, menyebabkan terdapat banyak pengeluar
topeng muka yang bersaing dalam pasaran. Perniagaan yang serupa dalam kalangan pesaing
yang berbeza akan menyebabkan syer pasaran menjadi semakin mengecil. Porter (1998),
menyatakan bahawa persaingan seperti harga memberikan impak yang mendalam ke atas
keuntungan organisasi. Penurunan harga sudah pastinya mengecilkan margin keuntungan
sesebuah organisasi dan secara tidak langsung akan melibatkan perbelanjaan operasi yang perlu
dikecilkan bagi menampung keuntungan yang semakin menyusut.

Ramai sedia maklum terdapat pelbagai jenis topeng muka yang dipasarkan dalam pasaran
terutamanya pasaran dalam negara. Antara contoh jenama komersial topeng muka yang terkenal
ialah Dato Siti Nurhaliza, Neelofa, Rizalman dan banyak lagi jenama terkenal lain yang menjadi
pesaing kepada topeng muka jenama Jovian ini. Jovian mengamalkan strategi persaingan di
mana strategi persaingan bertujuan mencari kelebihan berbanding pesaing di dalam pasaran bagi
memastikan organisasi terus berada di dalam kedudukan menguntungkan dan stabil (Porter,
1985). Graham et. Al (2004) menyatakan organisasi perlu melihat semula sama ada sumber yang
mereka miliki mampu memberi tambah nilai kepada pelanggan mereka dan ini termasuklah
perkhidmatan yang lebih baik, memiliki jenama yang berbeza dan penggunaan teknologi terkini.
Pelanggan akan menganggap itu sebagai kelebihan sekiranya semua tambah nilai ini mampu
memberi kebaikan kepada mereka.

Bagi mengatasi persaingan produk topeng muka ini, Jovian menggunakan strategi yang
kompetitif yang bertujuan untuk menghasikan produk yang mampu milik dan berbeza daripada
topeng muka sedia ada di pasaran. Topeng muka yang dikeluarkan oleh Jovian Mandagie ini
mempunyai keunikannya tersendiri dan istimewa. Ianya menerapkan unsur-unsur rekaan yang
nampak lembut, cantik dan juga mesra pengguna. Fabrik yang digunakan sebagai contoh begitu
premium kerana menggunakan material velvet dan juga neoprene yang boleh diregangkan.
Dengan setiap pembelian set topeng muka ini, ianya didatangkan di dalam kotak putih yang
kemas dan nampak tersusun. Setiap topeng muka ini juga dilengkapi dengan beberapa helai filter
untuk diletak di dalam bahagian dalam face mask nanti. Filter ini adalah untuk kegunaan pakai
buang dan manakala topeng muka Jovian ini boleh dicuci untuk kegunaan berulang kali. Jadi
walaupun harga face mask ini agak mahal sedikit, tapi ianya berbaloi kerana boleh digunakan
banyak kali. Selain itu, topeng muka bukan sahaja digunakan untuk tujuan melindungi diri kita
daripada virus covid 19, malah ianya juga sangat sesuai digayakan di majlis formal atau majlis
korporat kerana rekaannya yang menawan menggunakan dengan kristal Swarovski. Di samping
itu juga, siri topeng muka Jovian ini adalah setiap rekaannya mempunyai dua pilihan iaitu versi
tali untuk dipakai di telinga dan versi untuk wanita berhijab yang menggunakan tali ikatan di
belakang kepala. Talinya digabungkan pada penghujung dan kita hanya perlu mengikat sekali
sahaja pada bahagian belakang. Oleh itu, rekaannya begitu mudah digayakan dan sangat mesra
pengguna. Ciri-ciri yang ada pada topeng muka jenama Jovian ini dapat memberi tambah nilai
kepada pelanggan.

Di samping itu, setiap pengeluar juga menghadapi persaingan dari segi pengiklanan atau
mempromosi produk mereka. Ini kerana pengiklanan yang terbaik akan membantu sesebuah
jenama untuk menampilkan kelebihan produk masing-masing untuk terus kekal dalam pasaran.
Persaingan ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada produk atau perkhidmatan yang
mempunyai nilai terbaik yang ditawarkan. Bagi meluaskan pasaran produk topeng muka Jovian,
pelbagai platform e-dagang menjadi pilihan mereka untuk mengiklankan dan memasarkan
topeng muka jenama mereka seperti Shopee, Lazada, Carousell dan facebook. Pada 13 dan 14
Disember 2021, jenama Jovian mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan platform e-dagang
terkenal pilihan ramai iaitu Shopee dalam menjayakan kempen Super Brand Day. Datuk Jovian
Mandagie menawarkan jualan promosi terbesar selama dua hari merangkumi barangan eksklusif
seperti baju, tudung, beg, pelitup muka anti jerawat dan banyak lagi. Selama dua hari tersebut,
produk Jovian Mandagie akan mengambil alih halaman utama platform e-dagang tersebut.
Dengan tawaran ini, jualan topeng muka jenama Jovian ini akan menjadi perhatian ramai
pembeli dengan mensasarkan 30,000 jualan dapat diraih sepanjang kempen tersebut berjalan.
Selain itu, bagi mencapai permintaan yang tinggi, Jovian juga menawarkan hadiah istimewa
kepada semua termasuklah koleksi Iphone 13 Pro Max. Kempen Super Brand Day yang
ditawarkan jenama Jovian oleh platform e-dagang ini dapat memberi kelebihan kepada produk
ini terutamanya produk topeng muka untuk meningkatkan hasil jualan mereka.

Anda mungkin juga menyukai