Anda di halaman 1dari 29

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 01
SEMESTER SEMESTER 1 (DVM) SESI 1

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD / KURSUS DEB1133 – INTRODUCTION TO ELECTRONICS

KOMPETENSI 01. DIRECT CURRENT (DC)

1.1 Electrical Quantity


KOMPETENSI 1.2 Resistor in DC circuit
UNIT 1.3 Ohm’s Law
1.4 Kirchhoff’s Law
Trainee must be able to
1. Explain passive and active components in term of functionality. (C2, PLO1)
HASIL
PEMBELAJARAN
2. Apply basic electric & electronic law principles in electronic circuit problem solving.
(C3, PLO11)
3. Construct electronic circuit using passive and active components. (P3, PLO2)

TARIKH

MAKLUMAT CALON

NAMA

NO. KAD ANGKA


PENGENALAN GILIRAN

KELAS MUKA SURAT 11


DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
(PENYELARAS KURSUS) (KETUA PROGRAM)

……………………..……… ……………………….……………..……

TARIKH: TARIKH:
1.3 DEFINISI ARUS, VOLTAN DAN RINTANGAN
1.3.1 Arus Elektrik

Pergerakan elektron yang teratur melalui satu pengalir dinamakan arus


elektrik.

Arus disukat dalam unit Ampiar (A) yang mewakili pengaliran sejumlah 6.24 x
1018 elektron melalui satu pengalir dalam masa satu saat.

Pengaliran arus adalah daripada positif ke negatif manakala elektron mengalir


daripada terminal negatif ke terminal positif bateri atau bekalan kuasa.

Pengaliran arus adalah bertentangan dengan pengaliran elektron.

Peralatan yang digunakan untuk mengukur arus adalah jangkaampiar atau


ammeter.

Bateri

Mentol lampu
Wayar

Rajah 1.4: Contoh Pengaliran Arus

1.3.2 Voltan

Voltan menyebabkan pergerakan elektron. Arus tidak akan wujud sekiranya


tiada voltan.

Voltan diukur dalam unit Volt (V).

Peralatan yang digunakan untuk mengukur voltan adalah jangkavolt atau


voltmeter.
Untuk sesebuah peralatan elektrik berfungsi, ianya mestilah disambungkan ke
punca voltan yang betul.

Sekiranya voltan yang terlalu tinggi dibekalkan, ia boleh merosakkan peralatan


tersebut.

Sebaliknya jika voltan terlalu rendah, boleh menyebabkan peralatan tersebut


tidak berfungsi dengan baik atau tidak berfungsi langsung.

1.3.3 Rintangan

Selain voltan, rintangan juga mengawal pengaliran arus elektrik.

Rintangan sesuatu bahan pengalir bergantung kepada:

- panjang pengalir

- luas keratan rentas pengalir

- bahan yang digunakan untuk membuatnya.

Dalam satu penyambungan elektrik, voltan dan arus boleh diubah tetapi
rintangan adalah tetap.

Rintangan diukur dalam unit Ohm ().

Peralatan yang digunakan untuk mengukur rintangan adalah jangkaohm atau


ohmmeter.

Satu ohm (1 ) ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampiar


arus (1A) untuk mengalir apabila voltan satu volt (1V) dibekalkan
merentanginya.
1.4 KONSEP LITAR ASAS

1.4.1 Litar Elektrik Mudah

Litar elektrik terdiri daripada sambungan komponen-komponen


elektrik yang membentuk laluan yang lengkap bagi pengaliran arus.
Kebanyakan litar elektrik terdiri daripada 4 bahagian utama:
i. Punca tenaga elektrik seperti bateri dan bekalan kuasa arus terus.
ii. Beban seperti lampu, motor atau pembesar suara dimana tenaga
elektrik ditukar kepada tenaga lain.
iii. Pengalir seperti wayar kuprum atau aluminium bagi memindahkan
tenaga elektrik dari punca ke beban.
iv. Pengawal seperti suis, termostat atau geganti untuk mengawal
pengaliran arus ke beban.

Bateri

Mentol lampu

Wayar
Suis

Rajah 1.5: Litar Elektrik Mudah

1.4.1.1 Litar Buka


Rajah 1.6: Rajah skematik litar elektrik mudah
Litar buka (open circuit) berlaku apabila tidak terdapat laluan yang
lengkap di antara punca tenaga elektrik dan beban.

Pengaliran arus tidak akan berlaku di dalam litar buka.

Rajah 1.7: Rajah skematik litar buka

1.4.1.2 Litar Tutup

Dalam litar tutup (closed circuit) terdapat laluan yang lengkap di antara
punca tenaga elektrik dan beban.

Pengaliran arus akan berlaku dalam litar tutup di mana ia boleh


membekalkan tenaga elektrik kepada beban.

Rajah 1.8: Rajah skematik litar tutup

1.4.1.3 Litar pintas


Litar pintas berlaku apabila terdapat laluan pintas yang lain di mana
rintangan menjadi sangat rendah di antara punca tenaga elektrik dan
beban.

Laluan ini biasanya berlaku secara tidak sengaja.

Apabila litar pintas berlaku, rintangan menjadi rendah maka


pengaliran arus adalah berlebihan.

Dawai fius boleh digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan. Ia dapat


memutuskan litar apabila berlaku lampau beban (arus tinggi).

Rajah 1.9: Rajah skematik litar pintas

1.4.2 D.G.E dan Beza upaya

Daya Gerak Elektrik (d.g.e) adalah satu bentuk tenaga keupayaan yang boleh
mengalirkan arus dalam litar.

Tenaga keupayaan tersebut mendapat punca bekalan daripada sumber seperti


bateri atau penjana.

D.g.e terhasil apabila berlaku perubahan fluks magnet.

D.g.e memberi tekanan berbentuk medan elektrik hingga menyebabkan arus


mengalir melalui beban dalam sesuatu litar.

Arus mengalir dari titik bertekanan tinggi ke titik bertekanan rendah.

Merujuk pada Rajah 1.10,


- perbezaan tekanan ini mewujudkan beza upaya di antara dua titik di dalam
litar.

- Tekanan tinggi berada pada tamatan tempat arus memasuki komponen


manakala tekanan rendah berada pada tamatan tempat arus keluar dari
komponen.

- Tamatan yang mempunyai tekanan tinggi diberikan simbol ‘+‘ manakala


tamatan yang mempunyai tekanan rendah diberikan simbol ‘—‘.

Beza upaya pada beban juga dikenali sebagai susut voltan dan di beri simbol
V.

d.g.e

+ -

bateri

I + V -
suis
mentol

+ -

E2 = I3R3+ I2R2
20 = 4I3+Rajah 1.10: Pergerakan Arus
3I2.....................
.....(3)

Gantikan
persamaan (3)
dengan HAK
pada nod A

20 = 4I3 + 3(I1
+ I3)
20 = 4I3 + 3I1 +
3I3
20 = 7I3 +
3I1 ....................
.......(4)
Sekarang masa
untuk uji minda..

AKTIVITI 1B

Sila cuba latihan di bawah ini :

a. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai:

i. Arus disukat dalam unit _____________ .

ii. Peralatan yang digunakan untuk mengukur voltan adalah ______

iii. Rintangan diukur dalam unit _________ .


b. Cuba ingat kembali jenis litar yang telah dipelajari, kemudian isi tempat

kosong bagi jawapan yang sesuai :

i._____________________

ii.____________________

iii.___________________
c. Suaikan bahagian-bahagian litar elektrik di bawah dengan contohnya yang sesuai.

Bahagian-bahagian Litar Contoh Bahagian-


Elektrik bahagian Litar Elektrik

bateri dan bekalan kuasa


Beban arus terus.

lampu, motor dan pembesar


Pengalir suara

Pengawal wayar kuprum dan aluminium

Punca tenaga suis, termostat atau geganti


elektrik
MAKLUMBALAS 1B

a. i. ampiar (A)

ii. jangkavolt atau voltmeter.

iii. ohm ()

b. i. litar pintas

ii. litar buka

iii. litar tutup


Bahagian-bahagian Litar Contoh Bahagian-
c.
Elektrik bahagian Litar Elektrik

bateri dan bekalan kuasa


Beban arus terus.

lampu, motor dan pembesar


Pengalir suara

Pengawal wayar kuprum dan aluminium

Punca tenaga suis, termostat atau geganti


elektrik

PERINTANG / RESISTOR
Perintang adalah komponen yang mempunyai rintangan elektrik. Kegunaannya ialah
untuk mengawal atau menghadkan pengaliran arus di dalam litar. Ia terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu:-
1. Perintang tetap / fixed resistor
2. Perintang berubah / variable resistor
3. Perintang boleh laras / adjustable resistor

PERINTANG TETAP

Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tetap. Perintang tetap biasanya
mempunyai jalur-jalur warna tertentu untuk menentukan rintangannya. Terdapat pada
perintang jenis Komposisi Karbon. Untuk perintang wayar berlilit /wire wound nilainya
dicetak pada badannya. Perintang kasbon dan saput logam (metal film) , ia digunakan
untuk arus yang rendah. Apabila arus yang tinggi diperlukan, perintang wayar berlilit
digunakan.

Terdapat beberapa jenis perintang tetap:-


a. Perintang Komposisi Karbon ( Carbon Resistor)
b. Perintang Wayar Berlilit ( Wire Wound)
c. Perintang Saput Karbon ( Carbon-Film Resistor)
d. Perintang Saput Logam ( Metal Film Resistor)
e. Perintang Saput Simen (Ceerment Film Resistor)

a. Perintang Komposisi Karbon

Perintang Komposisi Karbon dibuat daripada campuran serbuk karbon dan


bahan penebat. Percampuran serbuk ini dimasukkan dan dibalut didalam
bekas plastik. Kedua hujung plastik ditutup dengan bahan logam. Tutup bahan
logam ini pula disambung dengan dawai tembaga, tugas dawai tembaga ini
ialah sebagai penyambung komponen dengan komponen lain. Nilai rintangan
didalam perintang ini bergantung kepada npercampuran diantar kedua serbuk
teersebut. Nilai rintangan biasanya diantara 1 - 20 M. Perintang ini
mempunyai kestabilan yang beermutu rendah dan rintangannya beerubah-
ubah mengikut suhu dan beban kuasa yang lesap adalah kecil.

b. Perintang Wayar Berlilit

Bahan pengalir yang mempunyai rintangan yang dinamakan Manganin.


Dawai Manganin ini dibelit pada penebat seperti Porcelin dan Simen. Lilitan
dawai ini disapu atau dilapik dengan bahan penebat seperti plastik atau
seramik. Kedua-dua hujung logam ini dilekat dengan tutup logam dan
dilekatkan pada satu dawai yang dipanggil punca /terminal. Punca ini
digunakan sebagai penyambung komponen dengan komponen yang lain. Nilai
rintangannya berubah mengikut berapa banyka lilitan dawai Manganin di dalam
perintang tersebut. Olehkerana Manganin memberi rintangan yang paling
sedikit kepada pengaliran arus elektrik, maka nilai rintangan untuk perintang ini
kurang dari 1. Pekali bagi suhu rintangan ini adalah rendah, menjadikan
rintangannya sentiasa malar dengan perubahan suhu. Oleh itu perintang wayar
berlilit mempunyai cirri-ciri kestabilan yang paling baik.

c. Perintang Saput karbon

Perintang Saput Karbon dibuat daripada karbon keras yang dimasukkan dalam satu
rod seramik. Rintangan yang diperlukan diperolehi melalui pemotongan jejak-jejak
lingkaran melalui saput tersebut. Kestabilan perintang ini lebih baik dari jenis
komposisi karbon

d. Perintang Saput Logam

Perintang Saput Logam ini adalah gabungan cirri-ciri stabil jenis wayar berlilit dengan
jenis saput karbon yang diubahsuai dan dipermudahkan. Satu saput nipis sebatian
platinum emas disalutkan keatas tiub kaca atau plit. Nilai rintangannya dilaras dengan
mengukir jejak-jejak lingkaran melalui saput teersebut.

e. Perintang Saput Simen


Mempunyai lapisan karbon diatas substrate ceramic. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan nilai rintangan yang lebih tepat dan kestabilan yang tinggi.

Kadar Kuasa / Power Rating


Selain dari nilai rintangan dan tolerance pada perintang, power rating adalah satu
perkara yang penting. Power rating dipilih dengan teliti kerana perintang yang
mempunyai kuasa rendah mungkin terbakar dan menyebabkan litar rosak. Ini
disebabkan arus yang tinggi melaluinya. Saiz dan berat perintang adalah perkara yang
menentukan power rating. Bila power rating kecil, saiz perintang juga kecil.

Kuasa lesapan /dissipated dalam perintang


Kuasa ini hilang sebagai haba dalam perintang. Power dilesapkan oleh perintang
bersamaan dengan keluaran arus yang menerusi perintang darab dengan susutan voltan
melintangi perintang. Perhubungan ini diringkaskan sebagai:-

P = EI di mana,
P = lesapan kuasa oleh perintang dalam watt
E = susutan voltan melintangi perintang dalam voltan
I = arus melalui perintang dalam ampere

Gambarajah dibawah ini adalah sistem kod warna bagi perintang dan simbol yang
digunakan

1. fixed resistor

4th tolerance

3rd number of multipier


2. Variable
2nd digit
resistor
1 st digit

3. preset resistor

KOD WARNA DAN KADARAN KUASA PERINTANG

Kod warna dan kadaran kuasa adalah dua lagi perkara penting yang harus diketahui
mengenai perintang.

1. Kadar Kuasa

Setiap perintang mempunyai kadar kuasanya sendiri. Kadar kuasanya


ditentukan oleh saiz perintang.

Kadar kuasa sesuatu perintang boleh dipengaruhi oleh saiz perintang.

Kesan yang terjadi jika saiz perintang ditambah:


i. kadaran kuasanya semakin tinggi.
ii. kebolehan haba panas melaluinya tanpa terbakar semakin tinggi
iii. kadar arus yang melaluinya juga bertambah

Unit piawai yang digunakan ialah Watt (W). Semakin tinggi watt ketahannya
semakin bertambah.
Contoh-contoh saiz kuasa perintang: ¼ watt , ½ watt , 1 watt

2. Kod Warna
Nilai perintang tetap boleh ditentukan melalui kod warna.
Nilai rintangan dapat ditentukan dengan mentafsirkan warna jalur yang tercetak pada
badannya.

Formula yang digunakan :


Nilai Rintangan, R = A B x C ± D

Jalur A (Digit Pertama)


Jalur B (Digit Kedua)
Jalur C (Nilai Pendarab)
Jalur D (Had terima)

Jadual 2.2: Kod Warna, Nilai dan Toleran Had Terima Bagi Jalur Perintang

KOD WARNA JALUR A JALUR B JALUR C JALUR D


NILAI NILAI PENDARABAN TOLERAN HAD
TERIMA
HITAM 0 0 10º = 1
COKLAT 1 1 10¹ = 10 ± 1%
MERAH 2 2 10² = 100 ± 2%
OREN/JINGGA 3 3 10³ = 1000 ± 3%
KUNING 4 4 104 = 10000 ± 4%
HIJAU 5 5 105 = 100000
BIRU 6 6 10 6= 1000000
UNGU 7 7 10 7= 10000000
KELABU 8 8 10 8= 100000000
PUTIH 9 9 109= 1000000000
EMAS - - 10 -1 = 0.1 ± 5%
PERAK - - 10 -2 = 0.01 ± 10%
WARNA BADAN - ± 20%

Contoh 2.4:

Dapatkan nilai perintang di bawah beserta dengan had terimanya.


Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4
Kuning Biru Merah Perak
Penyelesaian 2.4:

Jalur 1 Jalur 2 Jalur 3 Jalur 4


46 X 100(nilai)
= 4600 Ω (nilai) (pendarab) (had terima)
Kuning Biru Merah Perak 4600
± 4 6 100 10% 10%
4600
X 10 =460
100
(4600 - 460) Ω = 4140 Ω
(4600 + 460) Ω = 5060 Ω

Nilai perintang 4600Ω dengan had terima antara 4140 Ω hingga 5060 Ω

HUKUM OHM

Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampiar arus (1
A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya.
Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon Ohm
dan dinamakan Hukum Ohm.
Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar
elektrik adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang dengan
rintangan.
Arus berkadar terus dengan voltan I V

Arus berkadar songsang dengan rintangan I 1/R

Rintangan tetap,Arus meningkat jika voltan meningkat


Arus menurun jika voltan menurun
Voltan tetap,Arus meningkat jika rintangan menurun
Arus menurun jika rintangan meningkat

Hukum Ohm Secara matematiknya, Hukum Ohm dapat ditulis


V = IR seperti berikut:

V
I R

V = IR

I=V

Jadual 1.1: Unit dan Simbol Kuantiti Elektrik

Kuantiti Elektrik Unit Simbol


Arus Ampiar A
Voltan Volt V

Rintangan Ohm 
Contoh 1-1:

Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak 8 A melalui


rintangan 4 Ω.

Penyelesaian 1-1:

V = IR
= 8X4
= 32 V

Contoh 1-2:

Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 20mA dari bekalan voltan
100V.

Penyelesaian 1-2:

R = V/I
= 100/(20 x 10-3)
= 5000 ohm
= 5 kΩ

Contoh 1-3:

Kirakan arus yang mengalir sekiranya diberi rintangan adalah 4 Ω dan voltan bateri
adalah 12 V.
Penyelesaian 1-3:

I = V/R
= 12/4
= 3A

1.3 KUASA DAN TENAGA ELEKTRIK.

1.3.1 KUASA ELEKTRIK


Kuasa elektrik ditakrifkan sebagai kadar tenaga yang ditukarkan atau
digunakan di dalam litar elektrik.

Unit untuk kuasa elektrik adalah Watt (W) dan ia diukur menggunakan
jangkawatt atau wattmeter.

Apabila 1 ampiar wujud di dalam sesuatu litar disebabkan oleh punca voltan
sebanyak 1 volt, maka kuasa sebanyak 1 watt telah digunakan dalam litar
tersebut.

Di dalam litar, kuasa elektrik dapat diperolehi daripada rumus berikut:

P = IV @ P = V2 @ P = I2 R
R

Di mana unit yang digunakan ialah seperti Jadual 1.2 :

Jadual 1.2: Unit Kuasa, Arus, Voltan dan Rintangan

Kuasa, P = Watt Arus, I = Ampiar


Voltan, V = Volt Rintangan, R = Ohm

Contoh 1-4:

Sebuah pembakar roti menggunakan bekalan 100 V dan mengalirkan arus sebanyak 10A.
Kuasa elektrik yang digunakan adalah ________________ W.

Penyelesaian 1-4: Cari kuasa


P = IV
yuang saya
= (10A) X (100V)
gunakan…
= 1000 W
Contoh 1-5:

Sebuah penyedut hampagas dengan kuasa 50 W mengalirkan arus 5 A. Bekalan voltan


yang diperlukan oleh radio ini adalah _______________ V.

Penyelesaian 1-5 :

V=P
I
= 50W
5A
= 10V

1.3.2 TENAGA ELEKTRIK


Tenaga elektrik pula ditakrifkan sebagai kuasa elektrik yang digunakan untuk
tempoh tertentu.

Tenaga elektrik = Kuasa x Masa


T= P x t

Tenaga elektrik diukur dalam Wattjam (Wj) atau kiloWattjam (kWj)


menggunakan jangkakilowattjam atau kilowatthourmeter.

Apabila satu watt digunakan untuk sejam, jumlah tenaga yang digunakan
ialah satu wattjam (1 Wj).

Peringatan!

Dalam mengira tenaga


elektrik,

Kos penggunaan tenaga elektrik dapat diukur dengan mudah menggunakan


rumus berikut:

Kos = (Kuasa X Tempoh Penggunaan x Kadar)

Di mana : Kuasa dalam watt


Tempoh penggunaan dalam jam
Kadar bayaran adalah untuk 1 kWj

Contoh 1-6 :
Jumlah tenaga yang digunakan oleh sebuah periuk elektrik 3000 W selama 10 jam adalah
________________ Wj atau ________________ kWj.

Penyelesaian 1-6 :
Tenaga elektrik = Kuasa x Masa
T = P x t
T = 3000W x 10j
= 30 000 Wj atau 30 kWj
LITAR SESIRI DAN SELARI

Litar perintang sesiri ialah litar yang menyambungkan perintang secara


berderetan.
Nilai arus adalah sama pada semua perintang dan voltan berbeza bergantung
pada nilai perintang.

Litar perintang selari pula adalah litar yang menyambungkan beberapa


perintang merentasi satu punca voltan.
Nilai arus adalah berbeza di dalam litar bergantung pada nilai perintang
manakala voltan adalah sama.

2.5.1 Rintangan Jumlah, Pengaliran Arus dan Pembahagian Voltan Dalam


Litar Siri

Rajah 1.12: Litar


Sesiri

Jadual 1.3: Rintangan, Arus dan Voltan Dalam Litar Siri

Litar Siri
Rj = R1 + R2 + .......

Ij = I1 = I2 = .......

Vj = V1 + V2 + .......
Di mana
V1 = I j R1
V2 = Ij R2
V3 = Ij R3

Contoh 1.7:
Kirakan nilai Rj bagi litar di bawah.

10 Ω 5Ω 2Ω
Penyelesaian 1.7:

Rj = R1 + R2 + R3
= 10 Ω + 5 Ω + 2 Ω
= 17 Ω
Contoh 1.8:
Kirakan
i. arus yang mengalir dalam litar di bawah.
ii. voltan yang wujud pada perintang R1, R2 dan R3.

Penyelesaian 1.8:

i. Rj = R1 + R2 + R3
= 5 Ω + 10 Ω + 15 Ω
= 30 Ω

I = V/R
= 60/30
= 2A

ii. V1 = Ij R1
= 2x5
= 10 V

V2 = Ij R2
= 2 x 10
= 20 V

V3 = Ij R3
= 2 x 15
= 30 V

1.4.2 Rintangan Jumlah, Susutan Voltan dan Pembahagian Arus Dalam Litar
Selari
Rajah 1.13: Litar Selari

Jadual 1.4: Rintangan, Voltan dan Arus Dalam Litar Selari

Litar Selari
Rj = 1
__________________
1/R1 + 1/R2 + .......

Vj = V1 = V2 = .......

Ij = I1 + I2 + .......
Di mana
I1 = Vj
R1
I 2= Vj
R2
I 3= Vj
R3

Contoh 1.9:
Kirakan nilai Rj bagi litar di bawah.
10 Ω
Penyelesaian 1.9:
Rj = 1
________________
1/R1 + 1/R2

= 1

__________________
1/10 + 1/5

= 1
__________________
0.1 + 0.2

= 1
__________________
0.3

= 3.33 Ω

Contoh 1.10:
Sekiranya arus yang mengalir dalam litar di bawah adalah 15A, berapakah nilai
voltan bekalannya?

Penyelesaian 1.10:

Langkah pertama: cari nilai Rj

Rj = 1
________________
1/R1 + 1/R2 + 1/R3

= 1
__________________
1/5 + 1/10 + 1/15

= 1
__________________
0.2 + 0.1 + 0.07

= 1
__________________
0.37

= 2.702 Ω

Langkah kedua: cari nilai V


V = IRj
= (15) x (2.702)

= 40.53 V

3. Berapakah arus bagi perintang R1 dan R2 dalam litar di bawah?


Langkah pertama: cari nilai I1 dan I2

I1 = Vj
R1

= 100
5

= 20 A

I2 = Vj
R2

= 100v
20Ω

= 5A
HUKUM KIRCHOFF

Kirchoff boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

i. Hukum Kirchoff Arus


ii. Hukum Kirchoff Voltan

Hukum Kirchoff Arus

Hukum Kirchoff Arus ditakrifkan sebagai jumlah algebra arus


yang memasuki sebarang titik persimpangan atau node di dalam
litar elektrik adalah bersamaan dengan jumlah algebra arus yang
keluar dari titik persimpangan tersebut .

 Arus masuk =  Arus Keluar

I5 I1+I2 = I3+I4+I5
I4

I3
i.e. I 1 + I 2 + (- I 3 ) + (- I 4 ) + (-I 5 )
I1
I2

Rajah 3.11: Hukum Kirchoff Arus


Hukum Kirchoff Voltan

Hukum Kirchoff Voltan ditakrifkan sebagai dalam sebarang litar


elektrik yang lengkap jumlah algebra bagi d.g.e mestilah
bersamaan dengan jumlah algebra kejatuhan ( susut ) voltan
pada perintang dalam litar ( gelung ) tersebut .

R1
I

E = I R1 + I R2

E R2 E = I ( R 1 + R2 )

E + (- I R1 ) + (- I R2) = 0

Rajah 3.12: Hukum Kirchoff Voltan

Anda telah mempelajari takrifan Hukum Kirchoff Arus dan Voltan . Anda juga telah
mempelajari Hukum Kirchoff dengan menggunakan gambarajah . Sekarang anda
dikehendaki untuk mencuba menyelesaikan litar-litar linear berdasarkan gambarajah
yang diberi di bawah .

Contoh 2
Cari nilai arus pada I 1, I 2 dan I 3

R1 R2
I1 I2

I3

E = 12 v R3
Gelung 1 Gelung 2 R4

Di beri
R1 = 5 R3 = 3
R2 = 2 R4 = 4
Penyelesaian

Dengan menggunakan Hukum Kirchoff Arus

I1 = I2 + I3

Dengan Menggunakan Hukum Kirchoff Voltan

Gelung 1 : E = R1I1 + R3I3

E = R1I1 + R3(I1-I2)

12 V = 5I1 + 3 (I1-I2)

12 V = 5I1 + 3I1 -3I2


1
12 V = 8I1 - 3I2

Gelung 2 : E = R 2 I 2 + R 4 I 2 + R 3 (-I 3 )

E = R2I2 + R4I2 -R3(I3 )

E = R2I2 + R4I2 -R3 (I1-I2)

0V = 2I2 + 4I2 - 3I1 +3I2


2
0V = -3 I 1 + 9 I 2

Persamaan 1 ¿ 3 ; 36 V = 24 I 1 - 9I2

Persamaan 1 ditolak dengan persamaan 2


36 V = 21
I1

21 ¿
12¿ ¿
I1 = ¿
I1 = 1.714 Amp

Masukkan
I1 = 1.091 Amp dalam persamaan 1

12 V = 8
I1 - 3
I2

12 V = 8 ( 1.714 ) - 3
I2

3
I2 = 13.712 - 12

1.712
I2 = 3

I2 = 0.571 Amp

Dari Hukum Kirchoff Arus


I1 = I2 + I3

I3 = I1 - I2

I3 = 1. 714 + 0.571

I3 = 1.143 Amp

Anda mungkin juga menyukai