Anda di halaman 1dari 9

BAB 2- ELEKTRIK

Cas, Arus, Medan Elektrik dan Pergerakan Cas dalam Medan Elektrik
1. Cas elektrik wujud dalam bentuk cas positif dan cas negatif.
2. Arus elektrik melibatkan pergerakan cas atau ion atau elektron-elektron. Unit bagi arus adalah ampere.
3. Arus elektrik adalah kadar pengaliran cas. Elektron bercas 1.6 x 10
-16
C.
4. Satu Coulumb ialah kuantiti cas yang mengalir melalui sebarang titik dalam satu litar dalam masa satu saat apabila
arus mengalir satu ampere.



5. Medan elektrik ialah suatu kawasan yang mana satu cas yang berada di kawasan itu akan mengalami daya
elektrik.
6. Medan elektrik adalah disebabkan oleh cas-cas elektrik dan diwakili oleh garis-garis daya elektrik.
7. Arah daya elektrik yang bertindak ke atas cas positif memberikan arah medan elektrik.
8. Corak-corak medan elektrik ditunjukkan oleh rajah di bawah.


















10. Kesan medan elektrik
(a) Ayunan bola bercas dalam medan elektrik




Magnitud daya elektrik bertindak yang bertindak pada bola bergantung kepada:
i. Kekuatan medan elektrik - Jika beza keupayaan di antara plat P dan Q ditambah, bola itu berayun
dengan lebih cepat kerana medan elektrik ditambahkan dan sebaliknya
ii. Magnitud cas pada bola
(b) Nyalaan lilin dalam medan elektrik


Pengionan molekul udara di sekeliling nyalaan menghasilkan ion positif dan negatif. Ion positif yang lebih berat
akan ditarik ke plat negatif. Hanya sebahagian ion akan tertarik ke plat positif disebabkan ion negatif jauh lebih
ringan daripada ion positif. Jadi penyebaran ke arah plat negatif lebih besar dari plat negatif.


Hukum Ohm : Hubungan antara Beza Keupayaan dengan Arus yang Mengalir dalam Satu Litar Elektrik yang Lengkap
A. Beza Keupayaan
1. Dalam satu litar elektrik cas akan bergerak dari satu titik ke satu titik yang lain jika terdapat beza keupayaan
antara dua titik tersebut.
2. Alat untuk mengukur beza keupayaan ialah voltmeter. Unit bagi beza keupayaan ialah volt.
3. Voltmeter disambungkan secara selari merentasi dua titik dalam suatu litar.
B Hukum Ohm
1. Hukum ohm menyatakan bahawa beza keupayaan V yang merentasi sesuatu konduktor adalah berkadar terus
kepada arus I ,jika suhu dan sifat fizik lain adalah tetap.
Maka;

2. Unit bagi rintangan ialah ohm ()
3. Rintangan berkesan bagi perintang-perintang yang disambung secara sesiri ialah hasil jumlah rintangan
perintang-perintang tersebut.
Contoh :
R1 = 3,R2= 4 dan R3 = 7
Maka Rintangan berkesan (R) = (3 + 4 + 7 ) = 14

4.

Daya Gerak Elektrik dan Rintangan Dalam

NOTA
1 Sumber elektrik dari sel elektrik mengubahkan tenaga kimia kepada tenaga keupayaan elektrik.
2 Daya gerak elektrik (d.g.e) ialah keupayaan atau tenaga sesuatu punca erlektrik untuk menggerakkan cas-cas
elektrik dari satu terminal ke terminal yang lain.
3 D.g.e. ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dibekalkan oleh suatu sel untuk menggerakkan satu coulomb cas
dari satu terminal ke terminal yang lain.
4 D.g.e juga boleh ditakrifkan sebagai bezakeupayaan yang merentasi sel dalam keadaan litar terbuka, iaitu semasa
tiada arus mengalir.
5 Nilai bezakeupayaan yang dilabel pada satu sumber elektrik ialah daya gerak elektrik bagi sumber itu.
6 D.g.e boleh diukur dengan menggunakan sebuah voltmeter yang disambung secara terus kepada terminal
terminal sel atau beteri itu.
7 Unit d.g.e ialah volt (V).
8 Beza keupayaan di antara dua titik ditakrifkan sebagai kerja yang dilakukan untuk menggerakkan satu unit cas
diantara dua titik itu.
9
.
Perbezaan antara d.g.e dan bezakeupayaan:


1
.
D.g.e adalah sama dengan jumlah beza keupayaan seluruh litar itu.


Takrifan bezakeupayaan

Takrifan Daya gerak elektrik


Rintangan dalam ialah penentangan terhadap pengaliran arus oleh elektrolit dan elektrod dalam satu
sel atau bateri apabila arus mengalir.
Rintangan dalam sel menyebabkan sebahagian daripada d.g.e sel hilang dalam sel bila arus sedang
dibekalkan.
Rintangan dalam sel menyebabkan bezakeupayaan sebanyak v hilang dalam sel . Beza keupayaan V
yang terdapat pada terminal-terminal sel ialah:
V = E v
E = V + v
= V + Ir
= I R + I r
E = I (R + r )

Perkara-perkara yang perlu diingat:
1 Sel-sel bersiri menghasilkan d.g.e berkesan lebih besar.
2 Sel-sel selari tahan lebih lama dan jumlah rintangan yang lebih kecil.
3 Sel-sel serupa secara selari menghasilkan d.g.e satu sel.
Alat Pemanasan Elektrik
A. Rintangan dalam konduktor yang membawa arus

1. Kuantiti arus yang mengalir dalam sesuatu konduktor bergantung kepada beza keupayaan dan
rintangan terhadap pengaliran arus.
2. Jika beza keupayaan adalah tetap, rintangan yang rendah akan menyebabkan arus yang mengalir
bertambah.
3. Unit bagi rintangan ialah ohm dan simbolnya ialah omega ().
4. Rintangan terhasil akibat daripada perlanggaran elektron-elektron sesama sendiri dan dengan atom-
atom yang terkandung dalam sesuatu konduktor.
5. Perlanggaran ini menghasilkan tenaga haba dan menyebabkan suhu konduktor meningkat.
6. Semakin nipis atau semakin panjang konduktor, semakin tinggi rintangan dan semakin banyak haba
yang dihasilkan.
7. Konsep kesan pemanasan oleh konduktor yang membawa arus digunakan dalam unsur-unsur
pemanas seperti mentol filamen, seterika elektrik, cerek elektrik, alat pembakar roti, pengering
rambut dan lain-lain lagi.
8. Semua alat ini mempunyai gegelung pemanas yang sama ada nipis atau panjang berlingkar .
9. Apabila arus mengalir, gegelung pemanas menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba dan ini
menghasilkan kesan pemanasan.
B. Alat elektrik yang menggunakan unsur pemanas



Cerek elektrik Seterika elektrik


Mentol filamen Pembakar roti
Keelektrikan : Tenaga dan Kuasa Elektrik
1. Rumus bagi tenaga elektrik ialah E = QV, di mana Q = cas yang mengalir ,
V= beza keupayaan.
2. Unit bagi tenaga ialah Joule (J)
3. Terdapat 4 rumus bagi mencari nilai E(tenaga)

i) E = QV
ii) E = I
2
Rt
iii) E = VIt
iv) E = V
2
t
R
4. Rumus kuasa boleh diterbitkan daripada takrif beza keupayaan dan kerja,iaitu;

Kuasa = kerja = perubahan tenaga = Vit = VI
Masa t t
5. Unit bagi kuasa ialah Watt (W)
6. Terdapat 3 rumus untuk mengira kuasa;

i) P = IV
ii) P=I
2
R
iii) P= V
2

R

Lampiran A2
Menerbitkan rumus tenaga daripada rumus beza keupayaan dan cas.
V = perubahan tenaga ,E
cas yang mengalir,Q
Perubahan tenaga, E boleh ditulis sebagai E= QV-----------------------------(1)
Diketahui, Q = It.
Apabila Q = It digantikan ke dalam persamaan (1),
Kita akan memperoleh E = (It)V
E = Vit-----------------------------------(2)

Dari hukum Ohm,gantikan V = IR ke dalam persamaan (2)
Maka , E = (IR)It
E = I
2
Rt

Dari hukum Ohm , gantikan I = V/R ke dalam persamaan (2)
Maka, E = V
2
t
R
Unit bagi tenaga ialah joule (J)
Keelektrikan : Tenaga dan Kuasa Elektrik
Minggu 2 : Nota
Perbincangan bagi eksperimen menentukan kuasa mentol dan motor elekrik.

Rumusan Eksperimen

1. Kuasa yang dihitung kurang daripada yang ditandakan pada mentol dan motor kerana sebahagian tenaga digunakan
untuk menentang rintangan dalam dawai-dawai sambungan dan meter-meter.
2. Kuasa mentol adalah kecil apabila voltan dikurangkan kerana apabila voltan dikurangkan,arus yang mengalir pun
berkurang.
3. Mentol menyala dengan kecerahan biasa jika voltan yang dibekalkan sama dengan yang ditanda pada mentol tetapi
kecerahan berkurang apabila voltan yang lebih rendah digunakan.
4. Kuasa motor elektrik ditentukan oleh:
(i) beza keupayaan yang merentasinya
(ii) cara membebankannya
5. Apabila motor dikenakan beban, motor akan berputar dengan lebih perlahan. Arus melaluinya akan bertambah dan kuasa
motor itu turut bertambah.
Elektrik : Alat Pemanasan Elektrik
NOTA
Seterika Elektrik
unsur pemanasan dililit pada kepingan mika
haba disebar sama rata dengan luas dan serapan
suhu tinggi dicapai
kepingan mika sebagai penebat




Cerek Elektrik
kesan pemanas dililit penebat dalam tiub logam
arus mengalir
pemindahan secara konduksi
pemanasan air secara perolakan
haba tersebar ke seluruh bahagian air


Pengering Rambut
gegelung filamen panas apabila arus mengalir
udara panas ditiup oleh kipas yang dipusingkan
oleh motor
udara panas keluar untuk mengeringkan rambut


Mentol Filamen
filamen dipanaskan oleh arus elektrik sehingga
membara
tungsten digunakan sebagai filamen kerana
mempunyai takat lebur dan rintangan yang tinggi
filamen digelung untuk menumpukan tenaga haba
yang dihasilkan
gas argon dapat mencegah pengewapan tungsten
Elektrik
RINGKASAN (ELEKTRIK)
1. Cas elektrik



2. Arus Elektrik
- Kadar pengaliran cas elektrik.


Arus elektrik, I =
kuantiti cas dialirkan, Q
masa yang diambil, t

3. Penjana Van de Graaff.


Rajah 1: Penjana Van de Graaff


4. Medan elektrik
- Kawasan jasad bercas yang mengalami daya elektrik.




Rajah 2: Corak medan magnet.


5. Beza keupayaan
Keupayaan elektrik, V, ialah kerja yang dibuat untuk memindah 1 coulomb cas positif dari satu titik ke satu titik yang lain
dalam medan elektrik.

Beza keupayaan, V, antara dua titik ialah perubahan tenaga keupayaan elektrik atau kerja yang dilakukan atau perlu
dilakukan untuk memindahkan 1 coulomb cas antara kedua-dua titik tersebut dalam medan elektrik.


6. Hukum Ohm
Beza keupayaan antara dua titik pada konduktor adalah berkadar terus dengan arus yang melaluinya jika suhu dan sifat
fizik lain adalah tetap.
V I

7. Rintangan
Nisbah beza keupayaan yang merentasi sesuatu bahan kepada arus yang mengalir melaluinya.

8. Hubungan antara rintangan dengan graf V lawan I.




9. Sambungan perintang sesiri dan selari.





10. Jenis perintang dan kegunaan.

Jenis Perintang Kegunaan
Perintang tetap Mengawal dan menetapkan arus elektrik
Perintang berubah Mengubah-ubahkan arus elektrik dan voltan
Perintang foto Menukarkan tenaga cahaya kepada elektrik
Termistor Sebagai lara suhu


11. Tenaga dan kuasa elektrik






E = VQ = VIt = V
2
t = I
2
Rt
R

Anda mungkin juga menyukai