Anda di halaman 1dari 3

Kita Tetap Bersahabat

Fawwaz, jomlah main bola. Kawan-kawan yang lain dah tunggu di padang. Dari
jauh lagi, sudah terdengar hiruk-pikuk suara riang rakan-rakan bermain bola di
padang.

“Assalamualaikum,”. Terdengar beberapa kali orang memberi salam.


Lamunanku terhenti tatkala mendengar satu suara yang sangat dikenali. “Oh,
Aiman. Marilah masuk,”. “kenapa fawwaz, jauh termenung?” soal Aiman.
“Hmmm… aku teringat setiap petang kita pasti bermain bersama-sama. Kau
tengoklah keadaan aku sekarang, menguruskan diripun memerlukan bantuan
oang lain, apa tah lagi ingin bermain dengan kamu semua,”.

“Jangan begitu Fawwaz. Apa yang terjadi pasti ada hikmahnya, yang penting,
aku dan kawan-kawan yang lain sedia membantu,”.

Allahu… Tak tertanggung rasa derita ini. Aku yang dahulu bebas ke sana sini,
sempurna. Kini, telah ditarik satu nikmat darinya. Aku hanya mampu melihat
tatkala rakan-rakan yang lain sibuk melakukan aktiviti harian.

Di mindaku, terlayar kenangan pahit ketika kejadian itu. Derita hitam yang
menghantui diriku. Malam itu, hujan renyai. Kami dalam perjalanan pulang ke
rumah setelah bercuti di Pulau Pinang. Ibu dan adik-adik tidur kepenatan. Aku
sedang bermain permainan video di telefonku sambal menemani ayah
memandu.

Sampai di satu selekoh, ayah mula memperlahankan kereta kerana ada kereta
yang mengalami kerosakan. Tiba-tiba, DUMMMM… Ketika itu juga, aku
terdengar tangisan adik-adikku. Ayah memaling ke belakang untuk melihat
keadaan kami.

“Aduh ayah. Sakitnya kaki,”. “Tolong Fawwaz, ayah! Kaki Fawwaz tak boleh
bergerak!”. Orang ramai cuba membantu mengeluarkan kami. Ayah berjaya
keluar dan mengambil adik-adik yang sedang menangis. Dalam kesamaran
malam, aku ternampak kepala ibu dibasahi dengan darah. Ibu tidak sedarkan
diri. Kakiku pula tersepit.

Terdengar siren ambulans dan bomba. Bomba mengeluarkan alatan untuk


membantu aku dan ibu keluar. Semasa aku dibawa ke dalam ambulans, aku
berasa sangat pening dan pengsan.

Akhirnya, aku membuka mata. Mataku liar melihat keadaan sekeliling. Terlihat
ayah berehat di satu sudut. “Ayah, kita di mana ni? Mana ibu?” rintihku.
“Sabar, Fawwaz. Kita sekarang berada di hospital. Fawwaz tak ingat ker apa
yang berlaku?”.

“Oooh, ya. Ibu! Ayah, macam mana keadaan ibu?”. Fawwaz jangan risau, ibu
dalam keadaan stabil,”. “Fuhh, lega hatiku,”. “Ayah, Fawwaz hendak pergi ke
tandas. Ummm, eh? Kenapa Fawwaz tak boleh rasa kaki Fawwaz?”. Aku
menyelak selimut yang menutupi bahagian kaki.

“Ya Allah! Mana kaki Fawwaz,ayah? Kenapa jadi macam ini?”. Aku terus
meraung. Ayah memberitahu kakiku tidak dapat diselamatkan kerana
kecederaan yang serius.

Sejak itu, aku terus berperang dengan perasaan sendiri. Tertanya-tanya kenapa
aku jadi begini. Semua angan-anganku terbang dibawa pergi. Mengenang nasib
masa hadapanku nanti.
“Fawwaz, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kau kena ingat, ‘Tidak ada
manusia yang sempurna, setiap kelebihan pasti ada kekurangannya dan setiap
kekurangan pasti ada hikmahnya,’. Walau apa pun yang terjadi kepada kita, kita
tetap bersahabat. “Terima kasih Ya Allah kerana aku kawan, rakan dan sahabat.

Anda mungkin juga menyukai