Anda di halaman 1dari 5

PGA 102

PERKEMBANGAN INTRAPERSONAL DAN INTERPERSONAL

KES KAJIAN 3

BERKOLOBORASI DENGAN PELAJAR, KELUARGA, DAN RAKAN SEKERJA

KUMPULAN TUTO: DR ASWATI (A)

NOMBOR KUMPULAN: KUMPULAN 5

AHLI KUMPULAN:

1. NUR SYAMIMI IZAZI BINTI AZHARI (157616)

2. NUR ZULAIKA BINTI MOHD ZAPUAN (157119)

3. NURFAIRUZA AFIQAH BINTI RAMLI (156838)

4. NURULIDAYU BINTI ROSLAN (155494)

5. SAW SHI LING (159853)


Bincangkan soalan-soalan berikut dalam kumpulan kecil tutorial. Setiap kumpulan perlu
menghasilkan satu ringkasan yang merangkumi respons terhadap lima soalan berikut. Tugasan
ini perlu di hantar sehari sebelum tutorial minggu yang berikutnya. Hasil tugasan ringkasan
adalah di antara 450-600 patah perkataan.

1. Apakah yang subjek kajian kes (Cikgu Eisenson) lakukan untuk membina efikasi
kendiri dan keyakinan pelajar?

Cikgu Eisenson telah menawarakan diri untuk membantu pelajarnya dalam


membina efikasi kendiri dan keyakian diri. Sebagai contoh, Cikgu Eisenson telah
membantu pelajarnya, iaitu Santiago yang mengalami masalah kekurangan
keyakinan dan efikasi kendiri dengan memberikan kata – kata semangat kepada
Santiago bagi memastikan keyakinan diri Santiago tidak merudum seperti
Tambahan pula, Cikgu Eisenson juga melakukan strategi untuk bekerjasama
bersama – sama ibu Santiago dalam membina efikasi kendiri dan keyakinan
Santiago. Strategi Cikgu Eisenson tersebut bukan sahaja tertumpu kepada
kemahiran menjalin hubungan, malahan kesedaran sosial. Seterusnya, Cikgu
Eisenson juga telah mewujudkan kemahiran membuat keputusan dengan
mengadakan perbincangan bersama guru – guru lain dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh pelajar – pelajar lain seperti Santiago yang mempunyai kurang
keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, Cikgu Eisenson menerapkan kesedaran sosial
dengan melakukan perubahan pandangan Santiago terhadap Bahasa Inggeris.
Akhir sekali, Cikgu Eisenson juga tidak melepaskan intrapersonal terhadap
kesedaran kendiri dan pengurusan diri dengan memahami luahan hati Santiago
serta menetapkan matlamat untuk membina efikasi diri Santiago.

(164 patah perkataan)

2. Apakah amalan baik atau strategi yang digunakan oleh subjek kajian kes
ini? Kompetensi pembelajaran emosi sosial (SEL) yang manakah telah
diintegrasikan dalam kelas Sejarah? (Anda boleh nyatakan lebih dari satu
kompetensi). Berikan huraian untuk menyokong respons anda.

Stratergi yang digunakan oleh Cigu Eisenson dalam kelas Sejarah adalah
menggunakan “sentence stems and word walls” (pangkal ayat dan dinding
perkataan). Strategi tersebut dapat meningkatkan keyakinan dalam pertuturan dan
penulisan pelajar – pelajar di dalam kelas dengan penggunaan Bahasa Inggeris.
Strategi tersebut telah menunujukkan kesan positif terhadap pelajar – pelajar
seperti Santiago dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula, Cikgu Eisenson juga
memberi ruang dan masa untuk Santiago di dalam kelas Sejarah dengan memberi
kelonggaran teutamanya kerja kursus yang melibatkan Bahasa Inggeris. Cikgu
Eisenson tidak pernah melepaskan kemahiran membuat keputusan dan kesedaran
sosial dalam meningkatkan keyakinan pelajar – pelajar di dalam kelas. Akhirnya,
strategi dan amalan baik yang telah ditunjukkan oleh Cikgu Eisenson telah
menunjukkan kesan porsitif terhadap perkembangan kayakinan diri Santiago untuk
bertutur dalam Bahasa Inggeris.

(122 patah perkataan)

3. Jika anda seorang guru atau fasilitator dalam kem remaja, strategi/pendekatan
manakah yang boleh anda laksanakan untuk mengintegrasikan pembelajaran SEL?

Sekiranya saya merupakan seorang guru atau fasilitator, saya akan menekankan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam kem remaja. Sebagai contoh, saya akan
memberi cadangan dengan mewajibkan penggunaan Bahasa Inggeris semasa
mereka berkomunikasi bersama guru atau fasilitator secara bergilir – gilir dan
melakukan perbincangan yang dipantau oleh guru atau fasilitator serta memastikan
setiap pelajar. Saya juga akan mengasah kemahiran mereka dalam bertutur Bahasa
Inggeris dengan membuat kaedah ‘public speaking’ di depan khalayak ramai
supaya keyakinan mereka untuk berkomunikasi dalan Bahasa Inggeris dapat
dipertingkat.

(79 patah perkataan)


4. Huraikan perlaksanaan pendekatan yang dipilih dalam soalan no. 3 dengan
menggunakan contoh-contoh yang spesifik.

Tindakan saya tersebut dapat membantu pelajar – pelajar untuk meningkatkan


keyakinan dalam menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih selesa dan semangat.
Oleh itu, tindakan denda akan dilakukan kepada pelajar – pelajar yang
berkomunikasi dalam Bahasa Melayu serta denda juga akan diberikan terhadap
pelajar – pelajar yang menjatuhkan semangat rakan mereka dalam berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya terdapat
pelajar yang membuat bahan jenaka terhadap rakan mereka semasa berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris, maka pelajar lain juga tidak dpaat mengasah kemahiran
bertutur dalam Bahasa Inggeris.Denda yang dikenakan terhadap pelajar hanyalah
untuk meningkatkan skill mereka untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa.

(97 patah perkataan)

5. Perlukah anda mengubahsuai pendekatan dalam kajian kes ini agar ianya sesuai
dengan konteks anda? Beri penjelasan.

Saya tidak akan mengubahsuai pendekatan dalam konteks saya, kerana kajian kes
telah menunjukkan kepimpinan yang menonjol sebagai seoarang guru dalam
mengaplikasikan 5 kompetensi pembelajaran emosi sosial (SEL-social emotional
learning). Ckgu Eisenson juga telah berjaya menguasai penggunaan pembelajaran
emosi sosial terhadap intrapersonal dan interpersonal pelajar – pelajar dengan
pendekatan beliau yang sentiasa prihatin dan tegas dengan para pelajar. Ketegasan
beliau membolehkan para pelajarnya menguasai banyak bahasa seterusnya dapat
menguasai kemahiran menjalinkan perhubungan dengan ramai orang di setiap
pelosok dunia.

(77 patah perkataan)


JUMLAH PATAH PERKATAAN KESELURUHAN: (539 PATAH PERKATAAN)

Anda mungkin juga menyukai