Anda di halaman 1dari 18

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK PAMOL 2015

PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN


Acara 1 Mengumumkan ketibaan
Perarakan
Guru Dan Yang Berhormat
Tetamu Datuk Ronald Kiandee,
Jemputan Ke Ahli Parlimen Beluran
Dewan Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Diiringi oleh,
Yang berusaha,
En Ramli Ahmad,
Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Pamol

En Peh See King,


Pengetua SMK Pamol,

Dif-dif kehormat, barisan kepimpinan penolong kanan dan


ketua bidang, warga pendidik SMK Pamol terbilang dan warga
Persembahan ibu bapa yang dihormati dan disayangi sekalian.
Tarian Suku
Kaum Dumpas (Persembahan Tarian)

Kota Pamol indah terbentang,


Destinasi pelancaran majlis bermakna,
Demikianlah persembahan selamat datang,
Ceriakan sambutan serikan suasana.

Demikian tadi persembahan Tarian Suku Kaum Dumpas yang


telah dipersembahkan oleh wakil ibu bapa dari Kg Tembidong-
bidong tanda menyambut ketibaan tetamu kehormat dan
permulaan kemeriahan sambutan Hari Guru Peringkat SMK
Pamol 2015.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 2 Hadirin yang dihormati sekalian,
Nyanyian lagu
Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara tercinta dan
sekolah tersayang, sama – sama kita singkap Sambutan Hari
Guru Peringkat SMK Pamol 2015 dengan berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan lagu
Sekolah dengan penuh semangat.

(Nyanyian lagu)

Terima kasih,
para tetamu kehormat, warga pendidik dan hadirin sekalian
dipersilakan duduk.

Acara 3 Assalamualaikum w.b.t.


Ucapan
alu-aluan Adat kita menyambut tetamu
Pengerusi Salam dihulur mesra bertamu
Majlis Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Berhormat,
Datuk Ronald Kiandee,
Ahli Parlimen Beluran
Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Yang Berusaha,
En Ramli bin Ahmad,
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

En Peh See King,


Pengetua SMK Pamol,
Penolong – penolong Kanan, Ketua – ketua bidang,
Ahli jawatankuasa pengelola sambutan Hari Guru peringkat
SMK Pamol 2015, guru – guru, pelajar – pelajar dan
Hadirin hadirat yang dimuliakan

Salam bahagia dan salam sejahtera.

Terima kasih Yang Berhormat


Terima kasih tetamu kehormat
Terima kasih guru – guru berdedikasi
Terima kasih hadirin budiman

Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Dewan SMK


Pamol untuk sama – sama mewarnai majlis gilang gemilang
Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

Acara 4 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Bacaan Doa
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.

Untuk itu, dijemput Ustaz Mohd Shahrul Farham bin


Kamaruddin untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Ya Rabbal a’lamin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Shahrul
atas pimpinan doa sebentar tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 5 Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Bacaan
perutusan Sebagai pembuka tirai majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Ketua SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacita mempersilakan
Pengarah
Pendidikan Pn Sapiah Maraim,
Malaysia Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pamol

Untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah


Pendidikan Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

(Bacaan Perutusan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Sapiah


Maraim atas ucapan perutusan yang telah dibacakan sebentar
tadi.

Acara 6 Majlis diteruskan dengan mempersilakan


Bacaan
perutusan En Oswald Claudius Jokinol,
Menteri Penolong Kanan SMK Pamol
Pendidikan
Malaysia untuk membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan
Malaysia sempena Hari Guru 2015. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

(Bacaan Perutusan)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Oswald


Claudius Jokinol atas ucapan perutusan yang telah dibacakan
sebentar tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 7 Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Ucapan Yang Adat majlis menyampaikan ucapan
Dipertua PIBG
SMK Pamol Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat SMK Pamol 2015, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan
Yang berusaha,
En Ramli Ahmad
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

Untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya


mempersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Ramli


Ahmad atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Acara 8 Bukan keris kalau tanpa ulunya,


Ucapan oleh Bukan majlis kalau tanpa ucapannya,
Pengetua
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Peh See
King, Pengetua SMK Pamol untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan,


Daripada tuan pengetua insan budiman,
Sekalung perhargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En Peh See


King atas ucapan yang telah disampaikan tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 9 Tuan – tuan dan puan – puan yang dihormati sekalian,
Ucapan
perasmian Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih

Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, majlis


dengan penuh takzim mempersilakan
Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee
Ahli Parlimen Beluran
Merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
menyempurnakan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SMK
Pamol 2015.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berhormat Datuk Ronald Kiandee atas ucapan itu tadi.
Acara 10 Hadirin yang dimuliakan,
Gimik
Perasmian Seterusnya majlis memjemput Yang Berhormat Datuk Ronald
Kiandee menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari
Guru Peringkat SMK Pamol 2015. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(Gimik Perasmian)

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas gimik pelancaran


yang disempurnakan tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 11 Hadirin yang dihormati sekalian,
Bacaan ikrar
para guru dan Ketulusan guru memikul amanah
nyanyian lagu Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
Sudah tersimpan janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina Negara

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan segala


hormatnya dipersilakan kepada semua guru berhati mulia dan
bersemangat waja untuk naik ke pentas bagi acara bacaan ikrar
hari guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan lagu 1
Agenda 1 Impian.

Bacaan ikrar hari guru akan dipimpin oleh Ustaz Mohamad


Syukri bin Che Noh.

Pihak majlis juga memohon kerjasama hadirin untuk berdiri


sebagai tanda penghormatan atas komitmen jitu dan usaha
bersepadu warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab terhadap profesion perguruan.

(Bacaan Ikrar)

(Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan 1 Agenda 1 Impian)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada warga pendidik SMK Pamol atas lafaz ikrar dan
nyanyian lagu sebentar tadi. Terima kasih.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 12 Hadirin yang dihormati sekalian,
Persembahan
Pelajar 1 Guru Malaysia berikrar berjanji
Mendidik memimpin putra putri tercinta
Persembahan pelajar menyusul kini
Cetusan idea untuk yang teristimewa

Sebagai halwa mata dan telinga, terimalah persembahan


pertama iaitu persembahan oleh pelajar – pelajar
SMK Pamol.

(Persembahan pertama)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh .

Acara 13 Hadirin yang dimuliakan,


Anugerah SPM
Lulus 100% Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata
pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus
dalam peperiksaan SPM 2014. Justeru, dipersilakan Encik
Oswald Claudius Jokinol, Penolong Kanan Pentadbiran SMK
Pamol untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Bagi subjek , dipersilakan


Bagi subjek , dipersilakan

Terima kasih kepada atas penyampaian hadiah


itu tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 14 Guru …
Persembahan
Pelajar 2 Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diamnya ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina.

Wang ringgit dan curahan tenaga tidak pernah minta balasan


Sumbangan jasa dan budi tidak pernah minta sanjungan
Begitu luhurnya jiwamu guru
Begitu mulianya hatimu guru
Jasa dan baktimu menjadi ingatan setiap ketika
Walau hanya sebaris kata
Terima kasih cikgu …

Hadirin yang dihormati sekalian,

Terimalah persembahan seterusnya daripada pelajar – pelajar


SMK Pamol yang akan mempersembahkan kepada kita
persembahan .

(Persembahan kedua)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh .
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 15 Hadirin yang dimuliakan,
Anugerah
STPM Lulus Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mata
100% pelajaran yang berjaya memperoleh keputusan 100% lulus
dalam peperiksaan STPM 2014. Justeru, dipersilakan Pn Azliza
Azizan, Penolong Kanan Tingkatan 6 untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Pn Azliza Azizan atas penyampaian


hadiah itu tadi.

Acara 16 Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan
ibu bapa Kita berasa bertuah kerana sambutan Hari Guru yang diraikan
pada hari ini turut disertai oleh para ibu bapa yang hadir
semata- mata menghargai jasa bakti guru-guru dalam
membentuk keperibadian anak-anak mereka menjadi insan
berjaya.

Sama – sama kita saksikan seterusnya, persembahan daripada


wakil ibu bapa iaitu Tarian Cocos. Dipersilakan.

(Persembahan Tarian Cocos)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang


bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Cocos sebentar
tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 17 Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah Sukan
Permainan Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara sukan
dan permainan yang telah dipertandingkan pada hari Selasa
yang lepas. Justeru, dipersilakan diiringi
oleh untuk upacara penyampaian
hadiah.

(Penyampaian hadiah)

Tahniah kepada para pemenang.


Terima kasih kepada atas penyampaian
hadiah itu tadi.
Acara 18 Hadirin yang dimuliakan,
Persembahan
Guru 1 Guru ibarat bintang kejora, Panduan hidup insan mulia
Guru ibarat segores cahaya, Memberi sinar hidup berjaya

Guru bagaikan intan permata, Memberi sinar isi semesta


Guru bagaikan kasturi di laman, Harum nama sebutan zaman

Kemeriahan majlis diteruskan dengan persembahan istimewa


oleh wakil guru SMK Pamol. Hadirin dan hadirat sekalian,
terimalah persembahan seterusnya.

(Persembahan Guru 1)

Terima kasih diucapkan kepada wakil guru yang bergabung


tenaga menghasilkan persembahan membanggakan sebentar
tadi. Untuk makluman, idea persembahan sebentar tadi digarap
dan dipimpin oleh .

Terima kasih.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 19 Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah
Karaoke Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi
pertandingan karaoke yang turut dipertandingkan pada hari
Selasa yang lepas. Justeru, dipersilakan
diiringi oleh untuk upacara penyampaian
hadiah.

(Penyampaian hadiah)

Tahniah kepada para pemenang.


Terima kasih kepada atas penyampaian
hadiah itu tadi.

Acara Khas Majlis seterusnya mempersilakan Pn Rosdiana binti Mustapa


Pn Rosdiana untuk slot khas. Dipersilakan.

Acara 20 Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan
pelajar 3 Kemeriahan majlis akan dihangatkan lagi dengan persembahan
yang akan dipersembahkan oleh pelajar SMK
Pamol. Sama – sama kita saksikan.

(Persembahan pelajar 3)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


bergabung tenaga menghasilkan persembahan membanggakan
sebentar tadi. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi
dipimpin oleh .
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 21 Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah
sukaneka Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara
sukaneka yang dipertandingkan pada hari Selasa yang lepas.
Untuk makluman para hadirin, pertandingan sukaneka ini
melibatkan penyertaan semua guru dan kakitangan sokongan di
pelbagai peringkat untuk sama – sama mewarnai kemeriahan
sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Justeru, dipersilakan diiringi oleh


untuk upacara penyampaian hadiah.

(Penyampaian hadiah)

Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih kepada


atas penyampaian hadiah itu tadi.

Acara 22 Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan
guru 2 Guru ibarat tongkat si buta, Menyuluh jalan menuju cita
Guru ibarat lidah pendeta, Penawar mujarab hati nan lara

Guru laksana sebutir mutiara, Bangunkan jiwa pelbagai rupa


Guru ibarat penglima perkasa, Memimpin bangsa membina
negara

Kita berikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan


istimewa seterusnya yang akan dipersembahkan oleh En
Pamgo Kadire.

(Persembahan Guru 2)

Terima kasih diucapkan kepada En Pamgo Kadire atas


persembahan istimewa yang sentiasa memukau sebentar tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 23 Hadirin yang dimuliakan,
Hadiah
anugerah khas Sebagai tanda ingatan kita
guru Untuk guru yang tercinta
Anugerah dan penghargaan terus dicipta
Mengangkat memartabat insan mulis

Guru umpama emas berlian


Taburan jasa jadi pujian
Guru umpama gedung ilmu
Mendidik bangsa tanpa jemu

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah khas kepada


warga pendidik SMK Pamol, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan diiringi oleh
untuk menyampaikan anugerah.

Untuk makluman para hadirin, pemenang anugerah ini


diperoleh berdasarkan keputusan undian oleh para pelajar yang
telah dijalankan pada minggu yang lalu.

Anugerah guru paling baik dimenangi oleh


Anugerah guru paling penyayang dimenangi oleh

Anugerah guru paling sporting telah disandang oleh

Anugerah guru dengan pakaian paling kreatif


PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 24 Hadirin yang dihormati sekalian,
Persembahan
ibu bapa Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan istimewa oleh wakil ibu bapa
yang akan mempersembahkan Tarian Pakiring. Dipersilakan.

(Persembahan Tarian Pakiring)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan ibu bapa yang


bergabung tenaga mempersembahkan Tarian Pakiring sebentar
tadi.

Acara 25 Hadirin yang dihormati sekalian,


Hadiah
anugerah khas Majlis penyampaian anugerah khas sempena Hari Guru
guru 2 diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
diiringi oleh
untuk menyampaikan hadiah.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk atas penyampaian


hadiah sebentar tadi.

Tahniah kepada para pemenang. Sama – sama kita berharap


anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi buat warga
pendidik mecurahkan jasa dan bakti buat anak watan kerana
pada akhirnya, pemenangnya ialah semua guru.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 26 Mawar putih mekar berseri
Cenderahati Cantik terserlah penyeri laman
kepada VIP Junjungan kasih kalungan budi
Terpahat indah manis kenangan

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan


Yang Berusaha
En Peh See King,
Pengetua SMK Pamol

diiringi oleh
En Oswald Claudius Jokinol,
Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pamol

untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu jemputan.


Dipersilakan.

Majlis mempersilakan
Yang Berusaha En Ramli Ahmad
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Pamol

Majlis mempersilakan
Yang Berhormat
Datuk Ronald Kiandee
Untuk menerima cenderamata.

Terima kasih kepada tuan pengetua atas penyampaian


cenderamata itu tadi.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN
Acara 27 Hadirin yang dimuliakan,
Tayangan
video Curahan jasa pendidik sentiasa diberkati
Moga dibalas Tuhan dengan martabat yang tinggi

Marilah kita menyaksikan tayangan video bersempena


sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015 yang
disediakan oleh gabungan tenaga berbakat guru dan pelajar.

(Tayangan video)

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar yang


dibimbing oleh atas tayangan video yang
sangat bermakna tadi.

Acara 28 Hadirin yang dimuliakan,


Penutup
Guru umpama dian
Membakar diri menerangi hidup insan
Cintanya pada peradaban
Kasihnya pada anak watan
Setianya pada perjuangan
Kekal meniti zaman
Jasanya tetap dikenang
Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Terima Kasih Cikgu

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat


Datuk Ronald Kiandee, atas kesudian berkunjung ke kota
Pamol, bersua pandang, beramah mesra dan mengungkap
bicara merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat SMK
Pamol 2015.
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

Tiada kata secantik bahasa


Hendak diluah segala rasa
Sempurna sudah majlis bermakna
Pasti dikenang sepanjang masa

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga kerja


Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Pamol 2015.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

Selamat Hari Guru dan Salam Sejahtera.

Acara 29 Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Ronald Kiandee dan


Sesi tetamu jemputan, tuan pengetua dan para guru untuk sama –
Bergambar, sama berada di hadapan pentas untuk sesi bergambar.
Jamuan dan
Bersurai Selepas sesi bergambar, semua tetamu jemputan dan para guru
dipersilakan untuk menikmati hidangan jamuan yang telah
disediakan.

Para pelajar diminta untuk berada di dewan untuk


pengumuman seterusnya.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai