Anda di halaman 1dari 11

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER MEI 2021

MPU3313_V2

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

NO. MATRIKULASI : 9700112016697001

NO. KAD PENGENALAN : 9700112-01-6697

NO. TELEFON : 011-18615426

E-MEL : shirosofy@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE (ALOR SETAR)

1
ISI KANDUNGAN

1.0       PENGENALAN.......................................................................................2

1.1 PERBANDINGAN BMI DAN BCA...........................................................3

BMI (body mass index)...................................................................................3

ANALISIS KOMPOSISI BADAN.................................................................4

1.2 KESIMPULAN...............................................................................................5

2.0 PENGENALAN...........................................................................................6

2.1 RISIKO MASALAH OBESITI MEMBERI KESAN KEPADA


SESEORANG.......................................................................................................6

2.3 KESIMPULAN...............................................................................................7

TUGASAN KE 2..................................................................................................8

JURNAL REFLEKTIF DIRI................................................................................8

2
1.0       PENGENALAN

Definisi Indeks Jisim badan atau singkatannya BMI adalah satu nilai yang diambil
dari berat badan seseorang dan ketinggian seseorang bagi tujuan mengukur jisim badan. Dan
BMI adalah singkatan daripada Body Mass Index atau dalam Bahasa Malaysia dikenali
sebagai indeks jisim tubuh. Selain itu, BMI adalah ukuran objektif yang digunakan untuk
mengklasifikasikan seeorang itu sama ada obese atau tidak dan Indeks jisim badan (BMI)
juga adalah kaedah yang terbaik yang digunakan untuk menentukan sama ada seseorang itu
berada dalam julat berat badan yang sihat atau sebaliknya dengan berdasarkan tinggi dan
berat badan mereka yang telah direkodkan.Sepertimana yang kita ketahui. Indeks BMI adalah
ukuran yang berguna bagi kebanyakan orang yang berusia lebih dari 18 tahun. Namun, ada
beberapa batasan yang harus diperhatikan kerana ia mungkin dipengaruhi oleh usia, jantina
dan etnik. Akhir sekali , Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah membuat satu carta untuk
menentukan BMI, julat bagi orang yang normal seperti 18.5 hingga 24.9 dan BMI yang
tercatat kurang daripada 18.5 dikira sebagai kurang berat badan dan mungkin kekurangan zat
makanan dan cara pemakanan yang salah, gangguan pemakanan, atau masalah kesihatan lain.
Manakala BMI sama dengan atau lebih daripada 25 dianggap berat badan berlebihan dan jika
lebih daripada 30 dianggap gemuk /obesiti dan obesiti yang teruk adalah 35 dan ke atas.
(Wa'iz, 2021)

Seterusnya Komposisi badan manusia terdiri daripada jisim bukan lemak seperti air,
otot, tulang, tisu penghubung, mineral dan jisim lemak. Komposisi badan manusia berubah
dari bayi sehingga dewasa. Selain itu, komposisi badan juga berbeza mengikut jantina, lelaki
dan perempuan. Faktor lain mempengaruhi komposisi badan adalah tahap fizikal aktiviti
seseorang, samada individu tersebut merupakan atlet, aktif bersukan atau orang awam.Faktor
umur adalah antara factor utama perubahan komposisi badan. Ketika bayi, komposisi badan
lebih tertumpu kepada air dan apabila meningkat dewasa, komposisi badan berubah mengikut
jantina. Lebih menarik, apabila seseorang itu menjangkau usia emas, otot akan berkurang,
tulang semakin menyusut dan membawa kepada pengumpulan lemak di dalam badan. Faktor
jantina adalah fakor yang tidak boleh dipandang enteng kerana golongan lelaki telah terbukti
mempunyai jisim otot yang lebih tinggi manakala tubuh badan golongan perempuan
diciptakan mempunyai lebih banyak jisim lemak berbanding dengan golongan lelaki. (Ismail,
2012)

3
1.1 PERBANDINGAN BMI DAN BCA

BMI (body mass index)

Kelebihan dan Kekurangan Mengukur BMI


Indeks jisim badan atau lebih dikenali singkatannya BMI, adalah salah satu medium
ukuran obesiti yang mudah dikira berdasarkan nisbah berat badan dan ketinggian. Ia
mempunyai kelebihan pada kita kerana ia mudah digunakan kerana tidak memerlukan
peralatan mahal atau klinikal untuk mengukur tentang ketinggian dan berat badan anda.
Selain itu, ia berguna untuk kebanyakan orang untuk mendapatkan info kesihatan berat badan
dengan carta mengenai risiko penyakit anda dengan mudah. Namun demikian, semuanya
tidaklah sempurna walaupun ia membawa banyak manfaat dalam beberapa keadaan kerana
BMI tidak dapat mengukur risiko penyakit individu. (HITFAT, 2017)

Sepertimana yang kita sedia maklum, indeks jisim badan berfungsi dengan baik untuk
mengukur kadar obesiti dalam populasi manusia. Kerana ia adalah ukuran umum obesiti yang
kebanyakan orang menggunakannya dalam menentukan julat berat badan dengan melihat
perubahan dalam paras BMI. Selain itu, dengan ukuran atau carta BMI yang dipaparkan
memudahkan para penyelidik untuk mendapatkan idea yang baik tentang bagaimana kadar
berat badan seseorang sama ada berlebihan dan obesiti berbeza dari semasa ke semasa supaya
dapat membantu mencegah penyakit. Seterusnya, dengan kelebihan BMI ini yang mana
medium ukurannya tidak memerlukan peralatan klinikal sekaligus dapat memudahkan pihak
penyelidikan kesihatan mengumpul data dalam masyarakat mengenai populasi masyarakat
yang mempunyai risiko obesiti dalam kumpulan yang besar. Selain mengumpul data BMI
juga boleh membantu doktor mengukur risiko umum penyakit berkaitan obesiti.

4
Seterusnya, terdapat satu kekurangan yang membezakan BMI dan BCA kerana BMI
hanya akan mengambil kira ukuran berat badan dan ketinggian, ia tidak mengambil kira berat
badan yang berasal dari lemak atau tisu tanpa lemak. Dengan itu, ia menimbulkan risiko
kesihatan akibat lemak badan berlebihan walaupun menurut BMI ia masih dalam tahap yang
normal. Sebagai contoh, lemak perut yang berlebihan yang menolak pinggang anda lebih
besar daripada 35 inci untuk wanita dan 40 inci untuk lelaki menimbulkan risiko penyakit
berkaitan obesiti.

ANALISIS KOMPOSISI BADAN

Kelebihan dan Kekurangan Mengukur Komposisi Badan


Mengukur komposisi tubuh atau singkatannya BCA memberikan lebih banyak
kelebihan dalam menangani risiko kesihatan dan penyakit daripada BMI. Perkara ini berlaku
kerana fokus utama BCA adalah mengukur berapa banyak berat badan yang datang dari jisim
tanpa lemak dan berapa banyak pula yang datang dari lemak, disini secara amnya akan
membantu dalam menggambarkan risiko penyakit berkaitan obesiti walau berat badan
seseorang itu berada ditahap yang normal mengikut ukuran BMI. Sebagai contoh, orang yang
"kurus lemak" pada berat badan yang sihat mengikut BMI akan dianggap terlalu lemak
menurut komposisi badan mereka, jadi mereka akan dianggarkan kepada risiko yang lebih
tinggi mengenai penyakit berkaitan obesiti. Sebaliknya, orang yang berotot yang mempunyai
BMI "gemuk" akan mempunyai komposisi badan yang sihat kerana jisim ramping dan tahap
lemak yang rendah. Melihat kepada komposisi badan akan menunjukkan bahawa mereka
mempunyai risiko penyakit obesiti yang lebih rendah, walaupun mereka berat lebih daripada
orang biasa. Walaupun indikator komposisi badan atau peratus lemak badan (BFP) lebih
terperinci berbanding BMI, kaedah ini memerlukan peralatan yang lebih berteknologi. Selain
itu, khidmat nasihat pakar kesihatan profesional juga mungkin diperlukan untuk
mengenalpasti status kesihatan dengan lebih mendalam. (UNIT, 2016)

5
1.2 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kita simpulkan dari petikan diatas ialah dalam kehidupan kita
menjaga pemakanan amatlah penting supaya kesihatan kita terjamin dan melahirkan
kesejahteraan keatas kehidupan harian kita. Diet pemakanan kita haruslah diikuti dengan
sebaik mungkin kerana faktor penyakit datangnya dari cara pemakanan kita. Namun , demi
manjaga kesejahteraan diri dan keluarga kita haruslah selalu mengamalkan cara hidup yang
sihat seperti makan makanan berkhasiat dan membuat perjumpaan berkala dengan doktor
untuk memantau tahap obesiti dalam badan dengan kaedah BCA, kerana dengan kaedah BMI
sahaja tidak mencukupi maklumat untuk menenentukan tahap ketebalan lemak dalam jisim
seseorang. Seterusnya, rawatan yang mnggunakan kaedah BCA agak tinggi kerana
memerlukan pakar, nasihat saya walau kos yang agak tinggi kita sekarang berada di dunia
yang serba moden yang membolehkan memantau pemakanan kita dengan gadget dan kita
boleh mengira berapa kalori lemak yang masuk pada badan kita setiap hari. Selain itu, kita
boleh menggunakan smart watch semasa bersukan supaya kita dapat membaca tahap kalori
yang dapat dibakar ketika bersukan dan tidak ada alasan untuk kita tidak menjaga kesihatan.
Maka dengan itu, kita perlulah menjaga kesihatan yang telah dianugerahkan supaya dapat
hidup dengan keadaan sihat dan sejahtera dan kita perlu tahu kesihatan adalah salah satu
kunci kepada kebahagiaan, maka jagalah berat badan supaya tidak berlebihan kerana obesiti
itu adalah satu faktor yang membawa pelbagai jenis penyakit datang kepada diri kita.

6
2.0 PENGENALAN

Obesiti adalah satu situasi yang di mana seseorang individu itu mengalami lemak berlebihan pada
jisim badan mereka dan rawatan susulan mesti diambil sekiranya mempunyai penyakit ini kerana ia adalah
satu penyakit yang kronik. Seterusnya , jika terdapat lemak berlebihan sebanyak 25% dalam badan seseorang
lelaki , ia diklasifikasikan sebagai obese manakala untuk perempuan kadar peratusan lemak yang
membolehkan mereka dikira obese ialah sebanyak 35%. Justeru itu, BMI (Indeks Jisim Badan) adalah
merupakan kaedah untuk membantu untuk menentukan seseorang itu dikira obese atau tidak. BMI juga
adalah indeks pengukuran berat seseorang yang mana cara kiraannya diambil daripada berat badan dan
dibandingkan dengan ketinggian. Namun dengan kaedah BMI ini Laporan Tinjauan Kesihatan Kebangsaan
Tahun 2011 dapat dikumpul datanya dan mendapati peratus obesiti dikalangan rakyat Malaysia meningkat,
ini adalah satu keputusan yang amat membimbangkan kerana obesiti adalah penyakit yang membawa risiko
kepada penyakit kronik dan penyakit ini puncanya adalah disebabkan gaya hidup yang tidak sihat , dimana
kegagalan diri dalam menjaga diet pemakanan dan kurang libatkan diri dalam bersukan. Selain itu, masalah
obesiti dikalangan masyarakat Malaysia ini terjadi kerana kurangnya pemahaman mengenai penyakit obesiti
ini dan secara tidak langsung menyebabkan gaya hidup yang sihat sukar diamalkan. Oleh itu, objektif utama
penulisan ini bertujuan untuk mengenalkan pada masyarakat betapa bahayanya masalah obesiti dalam
masyarakat kita. (Wa'iz, 2021)

2.1 RISIKO MASALAH OBESITI MEMBERI KESAN KEPADA SESEORANG

Memang tidak dapat dinafikan bahawa obesiti berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit meliputi
hampir seluruh sistem badan dan membawa implikasi yang buruk kepada kesihatan. Selain itu, bagi mereka
yang mengalami obesiti terdapat risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit yang kronik, kerana orang yang
mengalami obesiti yang pertama risiko yang dapat kita ketengahkan ialah serangan jantung. Menurut kajian
yang dibuat oleh Archives of Internal Medicine mendapati orang yang ada obesiti mudah terkena serangan
jantung, dan risiko mereka enam kali lebih tinggi berbanding orang yang kurus. Ini terjadi disebabkan
lebihan lemak di dalam badan pesakit, dan 81% risiko penyakit obesiti untuk mengidap pesakit jantung.
(Mazalan, 2019)

Seterusnya, risiko kedua yang boleh membunuh pesakit obesiti tidak lain tidak bukan ialah diabetes
jenis 2 iaitu penyakit kencing manis. Menurut data di Malaysia hampir 90% rakyat negara ini mengidap
kencing manis dan kebanyakannya berasal dari pesakit obesiti . Dan paling kritikalnya diabetes jenis dua ini

7
ialah melibatkan pankreas , dimana pankreas perlu bekerja keras untuk menghasilkan insulin untuk
dihantarkan kepada lemak hati dan sel badan. Walau bagaimanapun, jumlah insulin yang dihasilkan masih
tidak mencukupi untuk memastikan tahap gula dalam badan dan darah berada pada tahap yang normal dan
rawatan susulan haruslah dibuat supaya tahap kesihatan terjamin. (ithnin, 2019)

Akhir sekali obesiti mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup yang mana dalam masyarakat
kita dipandang remeh iaitu masalah ketidaksuburan. Berdasarkan laporan dari American Society for
Reproduction (ASRM) mendapati lelaki yang mempunyai masalah obesiti lebih kerap mengalami hormone
testosterone lemah kerana lemak yang berlebihan menjadi sumber kepada penukaran androgen, kepada
estrogen. Dan secara tidak langsung kualiti sperma yang dihasilkan kurang kesuburannya. Menurut kajian
pakar lelaki obesiti mempunyai tahap 26% testosterone lebih rendah berbanding lelaki biasa. Selain itu,
laporan yang dapat kita perolehi dari Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) menyatakan penyakit obesiti ini
merupakan faktor kurangnya kualiti air mani yang berkaitan dengan penurunan kadar spermatogenesis,
pembentukan sperma dan morfologi sperma. Selain dari itu, obesiti juga membawa masalah ereksi dan
kurang aktif apabila pasangan dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan. Seterusnya, implikasi
obesiti ini akan menganggu terhadap kesuburan wanita dalam mendapatkan hasil kejayaan pasangan yang
sedang melalui rawatan bayi tabung uji atau IVF kerana laporan yang dapat dikumpul menyatakan obesiti
mengakibatkan kualiti ovum merundum dan mengurangkan respon ubatan IVF. Maka wanita haruslah
mengambil berat dan peka dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) kerana kerana BMI yang melebihi 30kg/m2
akan mengurangkan 50% peluang untuk hamil bagi wanita yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF).
Berdasarkan fakta ini, kebanyakan pusat IVF sama ada kerajaan atau swasta meletakkan BMI di bawah paras
30kg/m2 sebagai syarat utama untuk pasangan mengikuti rawatan IVF supaya peratus keberkesanan itu lebih
tinggi dan meyakinkan pesakit. (Noor, 2016)

2.3 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kita ketengahkan berdasarkan perbincangan diatas ialah masalah obesiti
yang melanda manusia pada hari ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Bukti yang kita dapat
cukup kuat untuk menunjukkan makanan adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu
mengalami masalah obesiti, ini terjadi apabila pengambilan gula dalam makanan terlalu tinggi. Selain
itu, kurang bersukan juga adalah faktor utama seseorang itu menghadapi masalah obesiti. Kerana
kurangnya bersukan menyebabkan lemak yang ada dibadan kekal kerana lemak boleh dibakar dengan
cara bersukan. Dan perlu kita ketahui yang masalah obesiti ini tidak mengira usia , malah kesan obesiti
ini akan menyebabkan kerugian yang besar pada individu seseorang dan masyarakat. Maka dengan itu,
mengekalkan kesihatan di tahap yang sempurna seseorang itu haruslah mengekalkan dan mengamalkan

8
gaya hidup yang sihat , bukan sahaja dari permakanan sahaja tetapi aktiviti harian . Kerana, dengan
kesihatan yang sihat akan menjamin kesejahteraan hidup.

TUGASAN KE 2

JURNAL REFLEKTIF DIRI

Awal penulisan ini ingin saya mengucapkan terima kasih kepada pihak OUM yang
memberikan peluang saya melaksanakan jurnal reflektif bagi khusus ini. Melalui kursus ini
banyak ilmu pengetahuan baru yang saya dapat terutamanya dari segi gaya hidup sihat dan
pengurusan berat badan dalam kehidupan harian. Dengan itu, saya berasa minat yang dalam
untuk mempelajari dan mendalami secara terperinci dalam kursus ini kerana banyak manfaat
yang dapat saya ambil dan berguna untuk diri saya , dan dalam masa yang sama dapat saya
berkongsi ilmu ini pada masyarakat dengan harapan satu masa nanti masyarakat Malaysia
berada di tahap yang sihat. Seterusnya, dengan subjek yang ditawarkan oleh OUM ini
kursusunya subjek kesihatan dan kesejahteraan ini saya dapat mengkaji dan menganalisi
masalah obesiti yang ada di Malaysia, ini sekaligus memberi gamabaran jelas betapa
pentingnya kita dalam mempelajari ilmu mengenai kesihatan. (AYAHUDA, 2021)

Seterusnya, berdasarkan pengalaman dan bacaan yang saya perolehi mengenai obesiti
dan cara pengurangan berat badan yang pertama yang harus kita praktikkan dalam kehidupan
harian kita ialah dengan kurangkan berat badan semasa anda, sebanyak 10% dalam masa 6
bulan. Dengan itu, kita boleh meletakkan target berapa penurunan badan yang selamat agar
matlamat diri itu dapat dicapai dengan meningkatkan lagi kesihatan dalam diri, kerana
banyak rekod yang saya temui apabila seseorang itu menurunkan berat badan secara
mendadak sehingga memudaratkan kesihatan diri. Contoh yang terbaik ingin saya nyatakan
ini adalah satu cara yang selamat berdasarkan bacaan saya iaitu mengurangkan berat badan
dengan 10% daripada berat badan selama 6 bulan tempohnya. Contoh berat badan seseorang
itu 90kg dan penurunan yang patut dia turunkan adalah 9kg dalam tempoh 6 bulan ini
bermakna sasaran berat badan yang anda ingin capai adalah 81 kilogram. Maka dengan cara

9
yang digunakan ini dapat mengurangkan berat badan dengan selamat dimana sebanyak ½
kilogram penurungan berat badan dalam masa seminggu. (FAISAL, 2015)

Selain itu, antara cara pengurangan berat badan yang dapat saya senaraikan hasil dari
perbincangan di kelas bersama pensyarah dan bacaan jurnal dari pakar kesihatan ialah mengamalkan
pemakanan seimbang. Disamping menurunkan berat badan kita perlu ambil tahu cara pengambilan
makanan yang betul , contohnya berapa keperluan zat makanan , karbohidrat dan lemak yang patut
diambil supaya kesihatan seseorang itu tidak terjejas semasa tempoh pengurangan berat badan dan
sesuai dengan peringkat umur. Oleh itu, cara yang terbaik dalam pengambilan makanan yang ideal
semasa diet amatlah disyorkan untuk kita mngikut panduan yang telah disediakan oleh pihak
kesihatan iaitu pyramid makanan, disini kita boleh buat pemilihan menu makanan yang sihat agar
matlamat untuk mngurangkan berat badan tercapai. Selain dari mengambil bahagian makanan yang
ideal, waktu makan yang teratur juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga diet
seseorang terutamanya pada tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan
makan malam. Kita mesti tahu jika ingin mengurangkan berat badan mengambil makanan secara
teratur adalah penting sepertimana slogan Kementerian Kesihatan Malaysia yang selalu diuarkan
“makan secara sihat, sihat sepanjang hayat” . Justeru itu, kita bukan sahaja sihat dan dapat mngurangkan
berat badan malah kita punya kehidupan lebih bahagia dan sejahtera apabila kita hidup tanpa
penyakit berbahaya kerana bijak dalam memilih makanan yang sihat dan seimbang setiap hari. (AH,
2020)

Langkah yang seterusnya yang boleh mengurangkan berat badan bagi pendapat peribadi saya ialah
dengan melakukan senaman secara teratur dan istiqamah sehingga berjaya. Dalam usaha
mengurangkan bearat badan ini perkara yang paling penting ialah mendisiplinkan diri dan
melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu.
Seterusnya, aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita kerana dengan
senaman ini dapat menjamin kesihatan tubuh badan walau seseorang itu tidak mengalami masalah
obesiti. Pada hari ini, kita dapat lihat masyarakat kita sibuk dalam dalam mencari rezeki untuk
keluarga , tetapi ini tidak boleh jadi alasan untuk tidak bersenam kerana benda yang paling penting
dalam kehidupan selain dari wang ialah kesihatan. Jika kesibukan kerja hingga mendatangkan
penyakit , sudah tentu kita gagal dalam mencapai kesejahteraan hidup kerana kesihatan adalah faktor
utama untuk menjamin kesejahteraan hidup seseorang. Tambahan pula, dengan teknologi yang
semakin hari semakin canggih peralatan senaman kita dapat perolehi dengan harga yang mampu
milik dan boleh mengamalkan senaman dirumaha sahaja tanpa perlu keluar. Maka, dengan itu semua

10
orang berpeluang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan terus kekal sihat. Oleh itu , dengan gaya
hidup sihat yang dilakukan ini bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan sahaja malah dapat
mengekalkan otak yang cerdas dan sihat.

RUJUKAN

AH, J. (25 november, 2020). Amalan gaya hidup sihat.

AYAHUDA. (11 3, 2021). GAYA HIDUP SIHAT.

FAISAL. (28 6, 2015). Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat.

HITFAT, S. (9 NOVEMBER, 2017). BMI VS KOMPOSISI BADAN.

Ismail, N. a. (7 April , 2012). BMI. p. herbalife.

ithnin, H. (2019). Obesiti, diabetes berkait rapat. Kuala Lumpur: Metro.

Mazalan, R. (2019). Obes boleh mengancam nyawa. kuala lumpur: berita harian.

Noor, H. M. (2016). Berat badan berlebihan sukar hamil. Kuala Lumpur: Berita Harian.

UNIT, N. (16 februari, 2016). PENGUKURAN KOMPOSISI TUBUH BADAN KAEDAH


IMPEDANCE. PENGENALAN .

Wa'iz, M. (24 jun, 2021). apa itu BMI.

11

Anda mungkin juga menyukai