Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-30&31

2021/2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Yang Berbahagia Encik Khosim Bin Harun
Yang Dipertua PIBG SMK Dato Kailan

Yang Berusaha Tuan Haji Azhar Amanullah b. Hj. Ariffin


Pengetua SMK. Dato’ Kailan

Yang Dihormati
Pn Norlila Binti Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Nora Binti Rosdin, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru kanan mata pelajaran
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Dato kalian.
Guru-guru dan para ibu bapa yang saya hormati sekalian

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan.


Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada pihak AJK PIBG kerana sudi menjemput saya untuk
memberi ucapan perasmian dan pendedahan kepada tuan-tuan dalam
mesyuarat agung PIBG SMK Dato’ Kailan kali yang ke-30 dan 31 sesi 2021
dan 2022.

Tuan-tuan dan puan-puan

PIBG adalah satu penubuhan yang diceburi secara sukarela. AJK yang dipilih
perlu menitikberatkan ciri-ciri keikhlasan, pengorbanan masa, wang ringgit
dan tenaga. Fungsi PIBG ialah membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti
demi kebaikan anak-anak yang belajar di sekolah tersebut.
PIBG yang ditubuhkan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan
antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan
seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran
guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan
kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, komuniti
setempat dan agensi luar.

PIBG juga berperanan membantu dan menambah usaha pihak sekolah untuk
memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan para
pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka sama ada dalam bidang kurikulum
mahupun bidang kokurikulum.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan

Selain itu PIBG juga berperanan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat


menambahkan minat para pelajar untuk belajar bagi memperoleh keputusan
yang cemerlang dengan mengadakan perbagai program motivasi,seminar
dan bengkel. Dengan adanya program-program sebegini secara tidak
langsung akan memberi kesedaran dan semangat kepada para pelajar untuk
belajar dan berjaya. PIBG turut berperanan membantu pihak sekolah
menangani pelajar bermasalah dengan bekerjasama mengadakan program
pemulihan yang bersesuaian serta sesi kaunseling yang bertujuan memberi
kesedaran, keinsafan dan semangat untuk pelajar berjaya dalam pelajaran.
Hal ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah malah
dapat meningkatkan prestasi akademik para pelajar.

Di samping itu, PIBG juga berperanan sebagai entiti utama yang


membolehkan kelompok ibu bapa dan guru berkongsi dan bertukar pendapat
serta maklumat mengenai pendidikan semasa dan method untuk
meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum pelajar iaitu dengan
membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekolah. Ia turut memberi
peluang kepada ibu bapa dan guru untuk sama-sama memperbaiki taraf
pendidikan anak-anak mereka Dengan itu sebarang masalah dan kerumitan
yang dihadapi dapat diatasi hasil dari perbincangan dan kerjasama antara
PIBG dengan pihak sekolah.
Hadirin sekalian
Pada masa depan, peranan PIBG sebagai pemegang taruh akan
berkembang daripada tumpuan biasa terhadap usaha pengumpulan dana
kepada bekerjasama dengan kepimpinan sekolah untuk meningkatkan
keberhasilan murid. Secara khususnya, PIBG dipelawa untuk mengemukakan
input tentang cara bagi membolehkan sekolah menjadikan kurikulum
kebangsaan lebih relevan dengan keperluan masyarakat setempat dan
memberikan maklum balas tentang kualiti pengajaran dan pengalaman
pembelajaran anak mereka. PIBG dan kepimpinan sekolah akan bekerjasama
untuk menyediakan penyelesaian terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam
sesetengah keadaan, hal ini mungkin bermaksud menjadikan ibu bapa
sebagai guru dan jurulatih tambahan untuk aktiviti sekolah.

Kesimpulannya,memang tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab


PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan percapaian
sekolah kerana persatuan berkenaan menjadi medium untuk mencetuskan
hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. PIBG
turut berganding bahu bersama-sama pihak sekolah dalam pembangunan
modal insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin,
sahsiah, akhlak, dan jati diri pelajar bagi melahirkan generasi pelajar yang
berkualiti, bersepadu dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan
intelektual.
Akhir kata dengan lafaz Bismillahirahmanirahhim saya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Kailan Kali Ke
30 dan 31 2021/2022.

Sekian..Wassalam..

Anda mungkin juga menyukai