Anda di halaman 1dari 1

SYARAT WAJIB SEMBAHYANG

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal

SYARAT SAH SEMBAHYANG

1. Mengetahui telah masuk waktu.


Jika ada yang bersembahyang tanpa meyakini masuknya waktu, maka sembahyang itu TIDAK SAH
sekali pun tepat pada waktunya.

2. Mengadap kiblat.
Dimaksudkan dengannya ialah dada. Jika muka atau kepala yang berpaling semasa sembahyang tidaklah
membatalkan, cuma makruh. Sebaliknya jika digerakkan 3 kali berturut-turut maka batallah sembahyang
itu.

3. Menutup aurat
Aurat lelaki dari pusat ke lutut dan aurat perempuan ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak
tangan.

4. Suci daripada najis, baik pada pakaian, anggota badan dan tempat sembahyang.

5. Suci dari hadas kecil dan besar.


Ertinya telah mengambil wuduk atau mandi wajib jika ada sebabnya.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.


Batal sembahyang bermaksud sembahyang yang dilaksanakan itu dikira terputus dan ia WAJIB
mengulangi semula sembahyng iu.

1. Berkata-kata / bercakap dengan sengaja selain daripada lafaz al-Quran.


2. Melakukan lebih daripada 3 pergerakan yang diluar daripada pergerakkan
sembahyang dengan sengaja.
3. Keluar hadas kecil atau hadas besar.
4. Terdapat najis yang tidak boleh dimaafkan pada pakaian, badan atau tempat
sembahyang.
5. Terbuka aurat walau pun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin, tetapi jika
ditutup dengan serta merta, tidak batal sembahyangnya.
6. Mengubah niat seperti ia sedang sembahyang Isyak kemudian ditukar niatnya
kepada sembahyang sunat.
7. Membelakangi kiblat
8. Makan dengan sengaja walaupun sebiji nasi yang terlekat di celah gigi.
9. Minum dengan sengaja seperti menelan air liur yang masih terasa manis atau
sebagainya.
10. Ketawa atau menangis sehingga keluar suara.
11. Murtad iaitu terkeluar daripada Islam samaada perkataan atau perbuatan.

Anda mungkin juga menyukai