Anda di halaman 1dari 163

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab pengenalan akan memberi tumpuan kepada tajuk kajian iaitu sokongan ibu bapa,

personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat. Bab ini juga membincangkan kajian yang meliputi latar

belakang kajian, pernyataan masalah, soalan kajian, objektif kajian, definisi pemboleh

ubah, kerangka teori, kepentingan kajian, hipotesis kajian dan rumusan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan amat berkait rapat dengan

perkembangan kehidupan seseorang itu. Perkembangan kerjaya seseorang individu


2

bermula dari ia dilahirkan sehingga meninggal dunia. Masa persekolahan adalah

sebahagian daripada pekembangan tersebut. Di samping itu, bidang kerjaya adalah

satu siri kejadian kerja yang berkaitan, yang membimbing seseorang beransur maju

dalam pekerjaan atau profession yang mana setiap pertukaran atau perubahan akan

mendorong ke arah kemajuan.

Manakala menurut Zunker (2006) kerjaya merujuk kepada aktiviti dan

kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai perhubungan

sepanjang kehidupan individu. Di samping itu, kerjaya adalah satu pekerjaan yang

perlu diwujudkan di dalam kehidupan seseorang. Kerjaya juga boleh didefinisikan

sebagai persepsi seseorang individu, satu sikap dan tingkahlaku individu yang

berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman dalam kehidupan individu.

Dalam kerjaya seseorang individu itu berhak memilih kerjaya yang diingini.

Memilih kerjaya yang sesuai bukanlah sesuatu yang mudah, sehubungan dengan itu,

sekolah merupakan tempat yang amat penting bagi seseorang pelajar untuk memilih

kerjaya yang sesuai dengan dirinya. Kerjaya juga adalah kerja yang berterusan atau

kesinambungan berkaitan dengan pengalaman dan sikap yang berlaku dalam

kehidupan individu.

Proses memilih sesuatu kerjaya bukannya mudah, ianya perlu dipupuk sejak

awal lagi agar dapat mencari kerjaya yang betul-betul sesuai dengan jiwa. Crites

(1989) yang menyatakan, pemilihan kerjaya adalah satu keputusan yang paling

penting dalam kehidupan apabila individu mula memikirkan untuk memasuki dunia

pekerjaan. Syed Nasir (1998) mengatakan pemilihan kerjaya adalah satu proses yang
3

akan ditempuhi bagi setiap pelajar dan ianya melibatkan satu jangka masa yang

panjang sebelum membuat satu keputusan yang muktamad dan kekal sehingga ke

akhir hayat.

Manakala Ginzberg (1972) berpendapat bahawa pemilihan kerjaya ialah proses

membuat keputusan yang berlaku sejak remaja hingga seseorang individu berumur

seawal dua puluh tahun, iaitu apabila individu mula sedar dan mengambil tahu tentang

pekerjaan. Oleh itu, proses pemilihan kerjaya telah berlaku sejak dari kecil dengan

menetapkan cita-cita mengikut bidang yang mereka minati.

Di samping itu, membuat pilihan kerjaya adalah berbeza dengan mencari

pekerjaan bagi menampung hidup. Tolbert (1980) mendapati biasanya pelajar lepasan

sekolah menengah memilih kerja dengan meniru individu yang disukai atau individu

yang popular untuk memenuhi permintaan ibu bapa. Ini seolah-olah menunjukkan

pertimbangan yang dibuat oleh individu mengenai kerjaya diambil mudah sahaja.

Menurut Mizan (2001) sepatutnya pelajar di bangku sekolah lagi harus bersedia

merancang peranan diri dalam dunia pekerjaan.

Namun begitu, apa yang terjadi sekarang menunjukkan ketidaksediaan pelajar

terhadap pemilihan kerjaya. Di Malaysia, dianggarkan mempunyai 14.7 juta tenaga

kerja dengan lebih 400,000 orang termasuk dalam golongan mencari pekerjaan pada

setiap masa atau menganggur setakat Jun 2015. Seramai 107,000 orang daripada

jumlah penganggur itu pula terdiri daripada graduan lepasan diploma, ijazah dan ke

atas. Dengan istilah lain, kadar pengangguran di Malaysia berada pada paras 3.2

peratus daripada jumlah tenaga buruh (Harian Metro, 7 Disember 2015). Ini
4

menunjukkan para pelajar tidak membuat perancangan awal untuk memilih bidang

kerjaya yang sesuai menyebabkan mereka tidak mendapat peluang pekerjaan.

Kadar pengangguran ini tinggi adalah disebabkan oleh pelajar tidak membuat

keputusan kerjaya dengan tepat. Oleh itu dalam membuat keputusan kerjaya seseorang

individu itu perlu mengetahui tentang maklumat kerjaya yang hendak mereka pilih.

Menurut Rahim dan Rohana (2010) kekerapan menerima maklumat kerjaya

mempunyai nilai hubungan yang signifikan dengan efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya.

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), maklumat kerjaya adalah satu susunan

maklumat yang teratur yang boleh membantu individu memahami diri, mempelajari

dunia pekerjaan serta mendapat pengalaman yang dapat membantu individu

memahami diri, mempelajari dunia pekerjaan serta mendapatkan pengalaman yang

dapat membantu mereka membuat keputusan tentang kerjaya.

Membuat keputusan kerjaya perlu dilakukan diperingkat sekolah menengah

lagi terutamanya pelajar tingkatan empat. Hal ini kerana tingkatan empat merupakan

peringkat yang paling penting buat pelajar untuk menghadapi peperiksaan utama

negara. Pemilihan jurusan yang bersesuaian akan menentukan kerjaya pelajar pada

masa hadapan. Bagi memantapkan pemilihan jurusan, pelajar tingkatan empat perlu

membuat pengkhususan dalam bidang pengajian mereka selaras dengan minat dan

cita-cita mereka. Pakej-pakej mata pelajaran yang dipilih oleh pelajar harus

bersesuaian dengan bidang yang ada di universiti. Pelajar-pelajar harus tahu

kombinasi mata pelajaran khususnya mata pelajaran sains untuk melanjutkan


5

pelajaran di IPTA dan bidang yang kritikal di universiti agar peluang untuk memasuki

universiti ini terbuka luas kepada mereka. Oleh itu, pelajar perlu membuat

perancangan awal lagi bagi menentukan bidang yang mereka mahu.

Membuat perancangan awal dalam memilih kerjaya adalah satu tindakan yang

yang baik. Hal ini kerana dapat membantu seseorang individu itu membuat keputusan

kerjaya yang tepat. Membuat keputusan mengenai kerjaya seseorang adalah berkaitan

dengan pengaruh efikasi kendiri. Betz dan Hackett (2006) menyatakan seseorang

individu itu kurang yakin tentang kebolehan mereka. Perasaan kekurangan

menyebabkan pengelakan seseorang pelajar itu dalam subjek akademik disekolah atau

mengelakan dalam pilihan kerjaya tertentu. Menurut Betz dan Serling (1996) efikasi

kendiri yang rendah adalah berkaitan dengan komitmen dalam membuat keputusan

kerjaya.

Bandura menerangkan efikasi kendiri ialah kepercayaan atau keupayaan

seseorang itu dalam melaksankan tugas yang diberikan (Betz & Luzzo, 1996).

Menurut Hacket dan Betz (1995) efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya ialah

tugas-tugas yang berkaitan dengan kerjaya dan tingkah laku.

Manakala menurut Wolfe dan Betz (2004) efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya adalah kepercayaan seseorang dalam menyelesaikan tugas untuk membuat

keputusan kerjaya iaitu bersedia meneroka alam sekitar dan mempunyai keupayaan

dalam penerokaan tingkah laku tersebut. Seseorang individu yang mempunyai efikasi

kendiri yang tinggi dalam diri seseorang itu memudahkan seseorang itu membuat

keputusan kerjaya. Brown dan Lent (1996) menegaskan bahawa individu yang kurang
6

yakin dalam membuat perancangan dan pilihan kerjaya merupakan seseorang yang

tidak matang dalam membuat keputusan kerjaya.

Efikasi-kendiri tidak hanya melibatkan kebolehan semata-mata, tetapi

kepercayaan tentang kebolehan yang akan mengahasilkan tindakan yang berkesan.

Secara operasinya, jangkaan tentang efikasi-kendiri akan menentukan tahap

kenyakinan diri untuk melaksanakan atau melengkapkan sesuatu tugas yang

dikehendaki (Lent & Hackett 1987). Efikasi-kendiri mempengaruhi keyakinan pelajar

dalam menguasai sesuatu subjek dan juga prestasi dalam peperiksaan (Chemers, Hu &

Garcia 2001; Multon, Brown & Lent1991). Kepercayaan efikasi-kendiri terbentuk

melalui pengalaman yang dilalui oleh pelajar.

Bandura (1989) menyatakan kepercayaan diri merupakan fungsi utama dalam

memotivasikan seseorang. Pelajar yang telah mendapat kejayaan dalam akademik

akan bertambah efikasi-kendiri akademik mereka. Seseorang yang tinggi efikasi-

kendirinya dapat membuat sesuatu dengan penuh keazaman dalam jangka masa yang

lama. Pelajar yang mempunyai pengalaman positif dalam pencapaian akademik akan

mempunyai kecederungan untuk meneruskan pencapaian dalam akademik.

Di samping itu, efikasi-kendiri mempengaruhi pencapaian pelajar. Efikasi-

kendiri ialah teori untuk meramal kerjaya atau pemilihan kursus major dan pencapaian

(Lent, Brown & Hackett, 1994). Efikasi-kendiri akademik ialah keyakinan tentang

keupayaan untuk membuat seusatu tugasan penting kepada kerjayaan akademik dalam

bidang seperti sains, teknologi dan kejuruteraan (Lent, Brown & Larkin 1986;
7

Chemers, Hu & Garcia 2001; & Cutrona, Cole & Colangelo, 1994) pula menggunakan

efikasi-kendiri akademik sebagai kriteria kepada pencapaian akademik.

Goldenstein (1991) dalam Sazali et al. (2002) menyatakan kepercayaan

seseorang itu terhadap kemampuan bagi melaksanakan sesuatu tugas, merupakan

suatu bidang yang penting untuk diterokai pada masa akan datang. Efikasi-kendiri

didefinisikan sebagai tindakan yang perlu untuk mencapai prestasi yang ditetapkan. Ia

tiada kena mengena dengan kemahiran seseorang itu, tetapi ia berkenaan dengan

pertimbangan seseorang itu mengenai apa-apa yang boleh dilakukannya dengan

kemahiran dan pengetahuan yang dimilikinya (Bandura, 1977 dalam Maldonado,

2008) ia juga bermaksud kepercayaan atau keyakinan seseorang itu dalam

melaksanakan tingkah lakunya untuk mencapai sesuatu maksud dengan berjaya.

Bandura (1986) menyatakan efikasi-kendiri mempengaruhi prestasi dengan

meningkatkan usaha dan kecekalan. Sehubungan itu, individu yang mempunyai

efikasi-kendiri yang tinggi akan memberikan hasil atau pencapaian yang baik dalam

pekerjaan yang dilakukan. Mengikut Bandura (1997) efikasi-kendiri ialah

kepercayaan seseorang terhadap kebolehannya untuk mengatur dan melaksanakan

tindakan yang dikehendaki untuk menghasilkan sesuatu kejayaan. Kepercayaan

manusia terhadap efikasi mempunyai kesan yang berbeza-beza. Kepercayaan terhadap

efikasi mempengaruhi tindakan yang ingin dilakukan, berapa usaha dalam melakukan

sesuatu dan ketahanan terhadap kesusahan dan cabaran jika mengahadapi sesuatu

halangan atau kegagalan.


8

Selain itu, sokongan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam

membantu seseorang pelajar itu membuat keputusan kerjaya. Emilija Peciulyte, Laura

Ustinaviciute dan Natalija Norvile (2014) mengatakan sokongan ibu bapa mempunyai

hubungan yang positif dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya. Keadaan

ini kerana sokongan ibu bapa memainkan peranan dalam mencorak kerjaya pelajar di

peringkat awal. Bagaimanapun, terdapat beberapa kajian yang meneroka peranan

keluarga melalui bermain mempengaruhi aspirasi kerjaya dan menyediakan aktiviti-

aktiviti perancangan yang berkaitan dengan kerjaya.

Cara bagaimana ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak mereka bergantung

kepada pegangan dan kepercayaan mereka tentang pengurusan dan pendidikan anak-

anak. Keluarga yang sentiasa menghadapi keadaan prejudis dan tidak mempunyai

sumber yang banyak akan mendidik anak mereka menjadi lebih cekal dan gigih sejak

kecil berbanding dengan keluarga yang tidak menghadapi keadaan demikian. Apabila

anak-anak dididik dengan cara yang pelbagai dan berbeza, tentulah mereka akan

memberi respon yang pelbagai dan berbeza-beza pula kepada sesuatu perkara dalam

konteks persekolahan atau persekitaran yang lain (Trawick, 1997). Pei Wen Winnie

Ma dan Christine J. Yeh (2010) menyatakan sokongan ibu mempengaruhi seseorang

pelajar dalam melakukan perancangan untuk memasuki kolej selepas tamat sekolah

menengah.

Di samping itu, sokongan ibu bapa mempengaruhi proses perkembangan

kerjaya untuk semua pelajar dan memberikan kesan yang besar kepada rakan sebaya

(Penick & Jepsen, 1992). Menurut Emilija Peciulyte, Laura Ustinaviciute dan Natalija

Norvile (2014) pelajar lelaki kurang cenderung untuk menerima sokongan ibu bapa
9

dalam membuat keputusan kerjaya berbanding dengan pelajar perempuan. Ini

bermaksud pelajar perempuan lebih memerlukan sokongan ibu bapa daripada pelajar

lelaki.

Sokongan ibu bapa ke atas pemilihan kerjaya boleh berbentuk positif iaitu

dengan memberi nasihat atau berbentuk negatif, iaitu dengan menyuruh anak-anaknya

supaya mengelakkan diri daripada pekerjaan-pekerjaan yang berpendapatan rendah

dengan peluang-peluang yang terhad (Masriani Mansor, 2001).

Flores dan O’Brien (2002) menyatakan bahawa sokongan ibu bapa adalah

pemangkin kepada aspirasi kerjaya. Manakala Fisher (1999) pula mendapati galakan

ibu bapa memudahkan pelajar membuat keputusan dalam pemilihan kursus dan

kerjaya. Ini dapat dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Samia Nawaz dan

Nighat Gilani (2011) yang menyatakan sokongan ibubapa telah menyumbang dalam

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan remaja. Baharin Abu

(2010) mengatakan ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dikalangan

anak-anak di dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Dorongan ibu bapa dan anggota

keluarga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilihan kerjaya mereka

Salehuddin (2005).

Di samping sokongan ibu bapa personaliti juga mempengaruhi efikasi kendiri

pelajar dalam membuat keputusan kerjaya. C.J Bailey (2002), mengatakan personaliti

Conscientiousness, keterbukaan menjadi penyumbang dalam efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya. Manakala Robert Owen Hartman (2006) mengatakan

Conscientiousness, Ekstraversi dan Neurotitisme mempunyai hubungan dengan


10

pelbagai rangkaian domain efikasi-kendiri. Di samping itu, Keterbukaan mempunyai

kaitan dengan efikasi-kendiri untuk kegiatan kreatif dan intelektual. Penemuan ini

telah dinilai berdasarkan perkembangan terkini empirikal dan teori yang berkaitan

dengan integrasi sifat dan sosial kognitif perspektif.

Muna, Amla dan Khairul (2011) mengatakan faktor Big Five mempunyai

hubungan dengan konstruk membuat keputusan kerjaya. Personaliti

Conscientiousness, Ekstraversi, Keterbukaan dan Agreeableness mempunyai

hubungan dengan penentuan kerjaya.

Mengikut Azlin dan Suhaida (2013) personaliti yang selari dengan minat akan

memudahkan laluan kerjaya seseorang pelajar agar dapat memberi kesedaran awal

dengan mengenal pasti personaliti, minat kerjaya serta hubungan personaliti dan minat

kerjaya pelajar. Manakala Normala (2013) pula menyatakan pemilihan kerjaya pelajar

mestilah selaras dengan minat kerjaya seseorang individu tersebut kerana pilihan yang

dibuat adalah merupakan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka. Secara idealnya,

seseorang itu harus menyedari kesepadanan sesuatu pekerjaan dengan kebolehan

peribadinya.

Holland (1980) menyatakan bahawa keselarasan di antara personaliti dengan

persekitaran dapat menjamin kepuasan seseorang individu. Apabila personaliti

seseorang itu selaras dengan persekitarannya maka hasilnya adalah kepuasan dalam

kerjayanya. Apabila telah wujud kepuasan maka seseorang individu itu akan

melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan

jujur.
11

Costa dan Mc Crae (1985) telah mempopularkan taksonomi personaliti

tersebut sebagai model personaliti lima faktor atau Model Lima Faktor. Personaliti

lima faktor tersebut ialah Keterbukaan, Conscientiousness, Extraversi, Agreeableness

dan Neurotisisme. Setiap domain dalam model lima faktor ini mempunyai definisi

yang berbeza iaitu domain ini membezakan di antara seseorang individu itu dengan

lain.

Selain sokongan ibu bapa dan personaliti, motivasi juga memainkan peranan

yang penting dalam mempengaruhi seseorang individu itu membuat keputusan

kerjaya. Lisa Gaylor dan Jennifer J.Nicol (2016) mengatakan pelajar yang mempunyai

motivasi intrinsik yang tinggi mempunyai keupayaan dalam meneroka bidang kerjaya

dan mempunyai efikasi kendiri yang mampu untuk membuat keputusan kerjaya.

Manakala Choi dan Kim (2013) mengatakan motivasi intrinsik mempunyai hubungan

dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau

mencapai matlamat (Saedah, Zainun & Tunku Mohani, 1996). Seseorang yang

mempunyai motivasi bererti telah memperoleh kekuatan untuk berjaya di dunia dan

juga akhirat. Dalam bidang pendidikan khasnya memerlukan guru yang bermotivasi

untuk menjadi penggerak kepada pelajar. Namun dewasa ini, sering diperkatakan

pelajar kurang bermotivasi untuk memajukan diri terutamanya dalam bidang

akademik. Pelajar hilang minat dan hilang fokus terhadap tanggungjawab sebenar

sebagai seorang pelajar. Pelajar lebih cenderung untuk terlibat dengan gejala yang

tidak sihat berbanding dengan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan
12

oleh pihak sekolah. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada motivasi yang tinggi dalam

diri pelajar untuk menjadi insan yang berguna.

Pelajar-pelajar zaman sekarang ada yang tidak mempunyai motivasi. Motivasi

sangatlah penting terutamanya dalam mencapai matlamat pembelajaran dan membuat

pemilihan kerjaya. Slavin (1997) mengatakan pelajar yang tidak mempunyai motivasi

tidak berminat untuk belajar. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang menaruh

minat untuk belajar dengan mendengar dan memberi perhatian sepenuhnya pada

pembelajaran. Pelajar yang bermotivasi tinggi juga aktif di dalam dan di luar kelas,

mudah bergerak, menerima arahan guru, boleh berdikari dan suka memberi pandangan

dan pendapat di dalam kelas.

Terdapat dua jenis motivasi yang menggerakkan seseorang individu iaitu

motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Mengikut Deci dan Ryan (1985 dalam Saedah,

Zainun dan Tunku Mohani 1996) manusia bermotivasi apabila mereka mempunyai

persepsi bahawa diri mereka berkebolehan dan boleh membuat keputusan sendiri.

Individu intrinsik cenderung menentukan objektif dan berusaha untuk mencapai

objektif tersebut. Manakala individu ekstrinsik pula cenderung membuat sesuatu

keputusan dengan adanya kawalan daripada orang lain. Individu ekstrinsik tidak yakin

akan kebolehan diri sekaligus tidak yakin dalam membuat keputusan.

Jelaslah bahawa situasi alam pekerjaan kini lebih mencabar untuk pencari

pekerjaan khususnya pelajar. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai persediaan awal iaitu

dari tingkatan empat lagi untuk memastikan mereka memilih bidang kerjaya yang

sesuai. Namun begitu adakah pemilihan ini meliputi sokongan ibu bapa, personaliti
13

motivasi dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar?. Justeru pengkaji

telah merangka dan merancang untuk melaksanakan kajian berkaitan dengan

sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya Sarawak.

1.3 Pernyataan Masalah

Saban tahun jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) makin meningkat iaitu berdasarkan statistik pada tahun 2016, bilangan calon

yang menduduki SPM adalah 434,535. Ini menunjukkan bilangan pelajar yang

mengambil peperiksaan utama ini adalah sangat ramai. Keputusan di peringkat SPM

akan menentukan hala tuju pelajar mengikut jurusan yang dipilih pelajar semasa di

tingkatan empat.

Dengan berlaku peningkatan jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan SPM

menyebabkan Malaysia dianggarkan mempunyai 14.7 juta tenaga kerja dengan lebih

400,000 orang termasuk dalam golongan mencari pekerjaan pada setiap masa atau

menganggur setakat Jun 2015. Seramai 107,000 orang daripada jumlah penganggur itu

pula terdiri daripada graduan lepasan diploma, ijazah dan ke atas. Dengan istilah lain

kadar pengangguran di Malaysia berada pada paras 3.2% daripada jumlah tenaga

buruh (Harian Metro, 2015). Pada September 2017 kadar pengangguran telah

meningkat menjadi 3.5% atau 504,100 orang penganggur (Utusan Malaysia 2017).
14

Ini menunjukkan para pelajar tidak membuat perancangan awal untuk memilih

bidang kerjaya yang sesuai menyebabkan mereka tidak mendapat peluang pekerjaan.

Kementerian Pengajian tinggi (KPT) telah menjalankan satu kajian kursus iaiatu

berkaitan dengan bidang pengajian yang mempunyai graduan yang paling banyak

menganggur. Antara bidang pengajian yang mempunyai graduan yang paling banyak

menganggur ialah perkauanan, seni, pengurusan Sumber manusia, pengurusan

perniagaan dan zoologi. Lima bidang ini mempunyai ramai graduan menganggur

kerana mereka memilih bidang pengajian berdasarkan minat bukan keperluan

perkajaan semasa.

Oleh itu, tingkatan empat boleh dikatakan sangat penting kepada pelajar untuk

menentukan bidang kerjaya masing-masing. Pemilihan kursus atau jurusan di

tingkatan empat adalah penting untuk masa depan pelajar. Terdapat pelbagai kursus

yang ditawarkan dan memerlukan pengisian daripada pelajar. Pelajar tingkatan empat

perlu bijak untuk memilih kursus yang sesuai dan selaras dengan minat mereka.

Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering menghadapi

masalah dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah

berkaitan dengan tidak dapat membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri dan

kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya yang dipilih, kurang minat untuk merancang,

dan tidak mampu menyelesaikan masalah. Masalah-masalah ini berkait rapat dengan

kurangnya kematangan kerjaya (Rohany, 2003). Menurut Melati Sumari (2006) skor

yang rendah bagi subskala penyelesaian masalah menunjukkan keyakinan yang

rendah dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerjaya.


15

Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah mereka menamatkan

pelajaran atau latihannya. Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis

pendidikan, jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh semasa di sekolah.

Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat keputusan jenis

pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan

pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan

melakukan pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, 1996).

Biasanya, proses pemilihan kerjaya berlaku sejak kecil lagi yang dipengaruhi

oleh persekitaran keluarga. Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang sangat

penting dalam membentuk kerjaya pelajar. Menurut Hishammudin dalam Baharin

Abu (2010), ibubapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dalam kalangan anak-

anak di dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Dorongan ibu bapa dan anggota

keluarga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilihan kerjaya mereka

Salehuddin (2005). Ibu bapa merupakan faktor utama dalam alam pendidikan para

pelajar berbanding dengan guru-guru atau institusi sekolah. Kajian telah menunjukkan

bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam pembentukan dan

perkembangan anak-anak, sejak dari dalam kandungan lagi dan kesannya dapat dilihat

hingga ke alam dewasa (Woolfolk, 1995).

Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan para pelajar. Peranan ibu

bapa bukan sahaja penting dalam pendidikan malah ibu bapa juga memainkan peranan

dalam mempengaruhi pelajar membuat keputusan kerjaya. Hal ini kerana ibu bapa

merupakan role model pertama untuk pelajar.


16

Di samping peranan ibu bapa, perwatakan pelajar juga penting dalam membuat

keputusan kerjaya. Perwatakan pelajar boleh dilihat melalui personaliti yang ada pada

diri seorang pelajar. Menurut Azlan dan Noridah (2010) bakat, personaliti dan

kebolehan merupakan faktor utama responden memilih kerjaya perguruan. Melalui

ujian-ujian personaliti pelajar akan mengetahui personaliti yang sesuai dengan jenis

pekerjaan yang bakal mereka ceburi kelak.

Selain itu, kajian berkenaan personaliti dan pemilihan kerjaya begitu meluas

dijalankan oleh pengkaji terdahulu. Menurut Allport dalam Asmawati (2009)

menyatakan bahawa tret merupakan keseluruhan yang berkeupayaan berfungsi untuk

menghantar ransangan dan untuk menerima serta mengarah secara tetap perkara yang

berkaitan dengan penyesuaian dan menerangkan tingkah laku. Hal ini bermakna

tingkah laku seseorang individu dalam memilih sesuatu bidang atau pengkukhusan

pelajaran adalah selaras dengan personaliti mereka.

Kebolehan dalam meningkatkan potensi diri boleh diukur dengan pencapaian

pelajar dalam mencapai bidang kerjaya yang diminati. Namun begitu, minat boleh

ditentukan dengan personaliti pelajar terlebih dahulu. Sejauh manakah personaliti

pelajar mempunyai korelasi dengan pemilihan kerjaya pada masa depan bergantung

kepada diri pelajar itu sendiri. Menurut Muhd Mansor & Siti Nordinar (1989)

menyatakan perancangan masa depan melalui kerjaya merupakan pengamatan

terhadap peluang-peluang yang boleh diambil dan dapat membimbing perkembangan

dan membentuk peribadi.


17

Kajian tentang sokongan ibu bapa dan personaliti begitu meluas dibincangkan

kerana ianya mempunyai kesan yang mendalam kepada efikasi-kendiri pelajar.

Motivasi turut mempunyai peranan yang tersendiri dalam membuat keputusan kerjaya.

Untuk mencapai matlamat ini seseorang mestilah mempunyai motivasi yakni daya

penggalak atau daya pengaruh yang lebih mendesak diri sendiri mencapai cita-cita

yang di idamkan. Dalam situasi sekarang, dapat dilihat bahawa pelajar-pelajar sekolah

mempunyai kekurangan dari segi motivasi mereka.

Saiful Bahrin (1989) menyatakan setiap pekerjaan yang hendak ditempuhi

mesti mempunyai perangsang dan pendorong untuk memastikan kejayaannya. Perkara

penting yang mendorong seseorang untuk bertindak mencapai kejayaan ialah

keinginan yang mendalam. Keinginan ini memberi ketabahan hati atau azam yang

kuat untuk berhempas pulas untuk mengubah dan memperbaiki diri sendiri.

Selain itu, untuk memotivasikan diri, kita memerlukan usaha gigih, kejujuran

dan keikhlasan dalam diri kerana hanya diri kita sendiri yang boleh mengubah sikap

dan cara hidup kita. Oleh yang demikian, berdasarkan arus pemodenan yang dilalui

sekarang, ramai pelajar yang kurang bermotivasi dalam hidup lantaran mengalami

sebarang kesulitan dalam hidup mahupun bagi pelajar yang sentiasa dilimpahi dengan

kemewahan yang menyebabkan mereka tidak mengambil peduli tentang aspek

kemajuan diri sendiri.

Motivasi, sokongan ibu bapa dan personaliti mempunyai kaitan dengan tahap

efikasi-kendiri seseorang pelajar. Menurut Siti Salwa dan Norwati (2013) majoriti

pelajar mengalami tahap efikasi kendiri umum yang sederhana. Di samping itu, Bakar,
18

Zakaria, Mohamed dan Hanapi (2011) menyatakan keberkesanan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar adalah sederhana. Justeru kajian

ini telah direka bentuk untuk memastikan adakah sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi mempunyai hubungan dan pengaruh kepada efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya.

1.4 Soalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah:

1. Apakah tahap sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

tingkatan empat berdasarkan jantina?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan

empat?

4. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan

empat?
19

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap sokongan ibu bapa,

personaliti, motivasi dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya Sarawak. Selain itu kajian ini adalah untuk

mengenalpasti perbezaan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan

jantina. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti hubungan antara sokongan ibu bapa,

personaliti dan motivasi dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat. Secara khususnya objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

1. Mengukur tahap sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan tahap efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya.

2. Mengukur perbezaan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina.

3. Mengukur hubungan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dengan efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

4. Mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi ke atas efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.


20

1.6 Hipotesis

Hipotesis kajian dibina untuk melihat perbezaan sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina.

Hipotesis juga dibentuk untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh sokongan ibu

bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya

pelajar tingkatan empat.

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa berdasarkan

jantina.

1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa galakan

lisan berdasarkan jantina.

2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

sokongan emosi berdasarkan jantina.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti berdasarkan jantina.

1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Neurotitisme

berdasarkan jantina.

2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Ekstraversi

berdasarkan jantina.

3a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Keterbukaan

berdasarkan jantina

4a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Agreeableness

berdasarkan jantina
21

5a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Conscientiousness

berdasarkan jantina.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi berdasarkan jantina.

1a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi intrinsik berdasarkan

jantina

2a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi ekstrinsik berdasarkan

jantina

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi-kendiri membuat keputusan

kerjaya berdasarkan jantina.

Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

galakan lisan dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat.

2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

sokongan emosi dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya

dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.


22

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Neurotitisme

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat.

2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Ekstraversi dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

tingkatan empat

3a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Keterbukaan

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat.

4a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Agreeableness

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat

5a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Conscientiousness

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat

Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan

empat

2.a Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi ekstrinsik

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan

empat
23

Ho8 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan sokongan ibu bapa,personaliti, motivasi

ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

tingkatan empat

1.7 Kepentingan Kajian

Diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada semua pihak sama

ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk memastikan agenda yang

melibatkan isu sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri membuat

keputusan kerjaya dapat membantu semua pihak.

Kajian ini juga diharapkan dapat membantu kaunselor sekolah untuk mengenal

pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam membuat keputusan kerjaya. Di

samping itu, kaunselor juga boleh menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan

kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti pelajar. Sebagai kaunselor, segala

persediaan tentang kerjaya haruslah mengcukupi agar dapat memberi pendedahan

sesuatu kerjaya kepada pelajar agar mereka tidak tersalah memilih kerjaya dalam

membuat keputusan kerjaya. Hal ini kerana kaunselor merupakan orang yang paling

rapat dengan pelajar. Sebagai seorang kaunselor mesti sentiasa menyampaikan

maklumat yang terkini dan bermanfaat kepada pelajar semua.

Selain itu kajian ini dapat memberi kesedaran kepada para ibu bapa dalam

mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu menggunakan sokongan ibu bapa yang sesuai

dalam membantu pelajar-pelajar membuat keputusan kerjaya yang bertepatan dengan


24

dirinya. Ibu bapa berupaya untuk meneroka alam kerjaya sebagai sumber rujukan awal

bagi membantu anak-anak mereka untuk membuat perancangan kerjaya. Ibu bapa juga

memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Kebiasaannya

pelajar mudah terpengaruh dengan sokongan ibu bapa yang diterima oleh dalam

keluarga.

Di samping itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meningkatkan mutu pendidikan Negara. Hal

ini kerana pelajar merupakan aset utama Negara. Sekiranya pelajar tersalah memilih

kerjaya yang tidak diminati akan meningkatkan kadar pengangguran. Selain itu,

dengan kajian sebegini juga membantu pihak KPM dalam merangka kursus yang

sesuai dengan seseorang pelajar. Selain itu,dapat menyediakan maklumat yang

berkaitan dengan kerjaya kepada pelajar semua.

1.8 Definisi Konsep dan Operasional

Terdapat enam definisi konsep dan operasional yang berkaitan dengan kajian ini.

Konsep tersebut adalah sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi, efikasi kendiri,

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dan pelajar.

1.8.1 Sokongan Ibu bapa

Sokongan ibu bapa ialah galakan lisan dan sokongan emosi kepada perkembangan

pelajaran dan pekerjaan remaja berasaskan sumber efikasi-kendiri Bandura (1977,


25

1997). Galakan lisan ialah pujian dan galakan oleh ibu bapa berkaitan dengan

perkembangan pelajaran dan kerjaya remaja. Galakan lisan yang diberikan oleh ibu

bapa ialah galakan iaitu pengucapan yang menyatakan bahawa sesuatu itu baik atau

memuaskan dan memberi ganjaran ke arah mempelajari sesuatu, mendapat gred yang

baik. Manakala sokongan emosi pula ialah sokongan ibu bapa kesan daripada

pengalaman remaja dalam hubungannya dengan perkembangan pelajaran dan kerjaya

mereka. Sokongan emosi oleh ibu bapa adalah berkaitan dengan pengukuhan

berkaitan emosi positif dan dapat menerima emosi negatif dengan kerjaya pada masa

akan datang.

Turner, Brissett, Lapan, Udipi dan Ergun (2003), telah membentuk soal selidik

untuk mengukur sokongan ibu bapa ke atas perkembangan pelajaran dan vokasional

remaja berdasarkan empat punca pengetahuan yang diperolehi melalui efikasi-kendiri

(Bandura, 1977, 1997). Kepercayaan tentang efikasi-kendiri datang daripada empat

sumber utama: kemahiran berasaskan pengalaman (enactive mastery experience),

vicarious learning, pemujukan verbal (verbal persuasion) dan juga pelbagai jenis

pengaruh verbal yang dimiliki oleh orang lain yang mempunyai kebolehan tertentu

serta keadaan psikologikal dan efektif (affective) yang mana sebahagian daripada

penilaian individu tentang keupayaan, kekuatan dan mudah menjadi tidak berfungsi.

Secara operasionalnya, dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan soal

selidik Career-Related Parent Support Scale (CRPSS) dibentuk oleh Turner et al.

(2003) yang melibatkan 13 soalan berbentuk item positif. Soalan-soalan tersebut

merangkumi galakan lisan dan sokongan emosi. Galakan lisan dalam soal selidik ini

adalah galakan yang diberi oleh ibu bapa berkaitan dengan perkembangan kerjaya
26

seseorang pelajar. Manakala sokongan emosi pula adalah peristiwa yang memberi

impak kepada pelajar yang menjadi pendorong kepada pelajar tersebut untuk maju

dalam kerjaya yang dipilihnya.

1.8.2 Personaliti

Menurut Allport (1961), beliau melihat personaliti sebagai penyusunan sistem

psikologikal dan fizikal yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri

tingkah laku dan penyesuaian dengan alam sekeliling. Istilah dinamik yang diberikan

bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah. Gaya hidup (lifestyle)

merupakan kesatuan personaliti seseorang individu yang merangkumi segala pendapat

kreatif terhadap diri sendiri, masalah kehidupan dan keseluruhan sikap terhadap

dirinya dan orang lain (Adler, 1964).

Manakala Abdul Majid (1997) mendefinisikan personaliti ialah perkaitan

antara pemikiran, emosi dan perasaan dengan perlakuan manusia. Personaliti

menggambarkan sifat keperibadian seseorang dan dikaitkan dengan perwatakan.

Personaliti seseorang boleh dikaji dengan memerhatikan tingkah laku, percakapan dan

cara menyelesaikan masalah. Secara umumnya, para pengkaji bersepakat mengatakan

bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh

individu secara unik. Ciri-ciri ini akan mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkah

laku individu tersebut dalam pelbagai situasi (Rykman, 2000).


27

Costa dan McCrae (1992) telah menggunakan Model Lima-Faktor untuk

mengukur lima domain yang mengandungi tret. Lima domain tersebut adalah

Neurotisisme, Ekstraversi, Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness.

Neurotisisme

Merupakan domain utama dalam skala personaliti yang berlawanan dengan kestabilan

emosi iaitu keadaan salah suai. Neurotisisme adalah kecenderungan yang

menyebabkan individu mempunyai perasaan ketakutan, kesedihan, memalukan,

marah, benci yang amat sangat kepada seseorang atau sesuatu.

Ekstraversi

Domain kedua dalam skala personaliti ialah ekstraversi. Orang ekstrovert sudah tentu

suka bersosial tetapi suka bersosial bukan satu-satunya tret yang terdapat dalam

domain Ekstraversi. Ia termasuklah suka berjumpa dengan orang lain atau menghadiri

perhimpunan orang ramai, asertif, aktif dan suka bercakap. Di samping itu, orang yang

ekstrovert ini suka kepada kegembiraan, memberi dorongan dan ceria walaupun

keadaan tidak menyenangkan. Individu yang ekstrovert ini boleh dikatakan seorang

yang riang,bertenaga dan optimistik (Costa, McCrea & Holland, 1984).

Keterbukaan

Tret yang ketiga ialah Keterbukaan. Keterbukaan merujuk kepada beberapa elemen

iaitu suka berimaginasi, sensitif terhadap keindahan, memberi perhatian kepada


28

perasaan, suka kepelbagaian, intelektual dan tidak bergantung kepada penilaian orang

lain (Costa & McCrea, 1992). Seseorang yang bersifat terbuka ada keinginan untuk

mengetahui apa yang berlaku di dalam dan di luar negara, dan kehidupannya kaya

dengan pengetahuan. Mereka bersedia untuk menerima idea baru dan nilai yang tidak

konvensional. Mereka mempunyai pengalaman dalam merasai kedua-dua emosi yang

positif dan negatif serta lebih cepat memahami orang lain, berbanding dengan

seseorang yang bersifat tertutup.

Agreeableness

Mengikut Costa dan McCrae (1992) Agreeableness ialah dimensi kearah

kecenderungan interpersonal. Orang yang agreeable sangat simpati kepada orang lain

dan berminat menolong mereka dan percaya yang seseorang pada satu hari akan

memberi bantuan sebagai balasan.

Conscientiousness

Mengikut teori personaliti, khususnya teori psikodinamik ialah kawalan impulse

(desakan secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya). Ia juga melihat bagaimana

individu itu belajar mengawal keinginannya dan ketidakupayaan mengawal impulsive

dan godaan akan menyebabkan tingginya Neurotisisme. Individu jenis ini akan

berusaha bersungguh untuk mendapatkan apa yang diazamkan, mereka cenderung

untuk bekerja kuat dan teliti dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
29

Secara umumnya personaliti ialah perkaitan antara emosi, pemikiran dan

perasaan dengan perlakuan manusia. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat

personaliti seseorang pelajar itu lima domensi personaliti iaitu Neurotisisme,

Extraversi, Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness. Oleh itu pengkaji

menggunakan inventori Personaliti Big Five (BFI) untuk melihat personaliti pelajar

dalam membuat keputusan kerjaya. Inventori ini mengandungi 44 item soalan yang

terbahagi kepada lima dimensi personaliti Neurotisisme, Extraversi, Keterbukaan,

Agreeableness dan Conscientiousnes

1.8.3 Motivasi

1.8.3.1 Motivasi Intrinsik

Istilah motivasi berasal daripada perkataan latin iaitu movere yang bermaksud to more

atau untuk bergerak. Motivasi bermaksud sesuatu kuasa yang menggerakkan

seseorang melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Motivasi juga

boleh dilihat sebagai rancangan untuk mengelakakn diri daripada kegagalan.

Seseorang yang bermotivasi bererti ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai

kecemerlangan dalam hidup. Perkataan-perkataan yang sering digunakan berkaitan

dengan motivasi ialah dorongan minat, sedar, keinginan dan kehendak. (Ramlah &

Mahani, 2004)

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi daripada rangsangan

dalaman. Ia terdiri daripada minat dan dorongan individu bagi melakukan sesuatu

aktiviti tanpa mengharapkan atau meminta ganjaran. Motivasi intrinsik juga


30

didefinisikan dengan naluri ingin tahu dan dorongan untuk mencapai kecekapan bagi

pelajar yang baru masuk sekolah Azizi dan Jaafar Sidek, (2005).

Menurut Chartrand dan Bargh (2002), mengatakan bahawa motivasi intrinsik

merupakan satu perasaan atau keinginan yang lahir dalam diri sendiri untuk

melakukan sesuatu perkara. Manakala Harter, (1982) mengaitkan motivasi intrinsik

dengan tenaga dalaman yang merupakan satu penggerak bagi melakukan sesuatu

perkara untuk kepentingan atau ganjaran bagi diri sendiri (Ramlah & Mahani, 2004).

Motivasi intrinsik juga merupakan satu motivasi yang didorong oleh dalam diri

individu itu sendiri dan bukanya dari luaran ataupun pengaruh persekitaran. Motivasi

intrinsik wujud secara semulajadi namun ketikanya motivasi ini juga dibentuk melalui

proses pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepada kepuasan individu yang

mempunyai motivasi intrinsik adalah individu yang lebih cenderung ke arah

perkembangan yang mencabar dan memberi kepuasan terhadap dirinya dalam

menjalankan tugas. Individu ini dikatakan mempunyai persepsi bahawa mereka ini

mampu untuk mengawal situasi yang berlaku.

Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan

dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun

bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga

motivasi intrinsik dibentuk kepada pembelajaran dan pengalaman yang membawa

kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah

gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamanya

yang lebih cenderung kearah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan.

Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan
31

diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka

lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada

bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan

matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas

berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada

guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian.

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu

keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka

berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Kedua-dua persepsi diri

ini mengesahkan perihal kawalan. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik yang

tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta,

melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih

makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti ke tempat-tempat

yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan juga

ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-

segalanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah.

Sesetengah teoris Combs (1982), Purkey dan Shamidt (1987), Purkey dan

Stanley (1991) menyatakan motivasi intrinsik boleh dijelaskan sebagai motivasi yang

melibatkan aktiviti yang boleh meningkatkan atau mengekalkan konsep kendiri

seseorang. Malone and Lepper (1987) mendefinisikan motivasi intrinsik ialah apa

yang di lakukan oleh seseorang itu tanpa dorangan luar. Motivasi intrinsik ini adalah

melibatkan aktiviti yang dilakukan tanpa mengharapkan penghargaan tetapi lebih

kepada minat dan keseronokan dalam melakukan sesuatu. Motivasi intrinsik juga
32

didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh untuk kepuasan

diri sendiri terhadap perubahan tingkah laku.

Ini dapat dirumuskan motivasi intrinsik adalah motivasi yang berpunca dalam

diri seseorang itu. Selain itu, motivasi intinsik ini juga diwujudkan secara semula jadi

daripada rangsangan dalaman. Di samping itu, motivasi intrinsik juga dapat

dirumuskan sebagai sifat ingin tahu yang ada dalam diri seseorang dalam mengetahui

sesuatu perkara dan dalam menceburi dalam sesuatu bidang.

1.8.3.2 Motivasi Ekstrinsik

Menurut Woolfolk (1995), dalam Azizi, Yusuf dan Kamaliah (2005) motivasi

ekstrinsik ialah kecenderungan untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran

luaran seperti markah dan gred, ataupun mengelak daripada dendaan. Di samping itu,

motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang berpunca daripada luaran dan berkait rapat

dengan pengukuhan. Motivasi ini diwujudkan dengan rangsangan luaran dengan

tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa

faedah kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk

seperti pujian insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran

yang kondusif bagi mendorong pelajar belajar.

Selain itu, motivasi ekstrinsik berkaitan dengan pendapat tentang pengukuhan.

Pengukuhan ialah proses apabila ransangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh

sesuatu tindak balas, menyebabkkan tindak balas itu meningkat. Menurut Kazdin

(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat
33

pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang

baru, mereka sebaik-sebaiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap.

Secara spesifiknya, motivasi ekstrinsik berkaitan rapat dengan aspek

pengukuhan yang diperolehi daripada sumber luar seperti penghargaan, pujian,

ganjaran, sokongan, gred dan suasana atau iklim persekitaran yang kondusif bagi

mendorong seseorang mencapai apa yang diingini. Motivasi ekstrinsik juga ialah

motivasi luaran yang pelajar diperolehi hasil daripada pengalaman dan peristiwa,

supaya mereka boleh untuk melakukan sesuatu perkara yang dihajati atau pun

pergerakkan ke arah matlamat yang berpunca dari aspek luaran yang positif.

Dalam kajian ini motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah motivasi yang berpunca dalam diri

seseorang. Manakla motivasi ekstrinsik adalah berkait rapat dengan aspek pengukuhan

yang diperolehi daripada sumber luar seperti penghargaan, pujian dan ganjaran bagi

mendorong seseorang mencapai apa yang diingini. Oleh itu dalam kajian ini pengkaji

mengunakan Participation Motivation Inventory (PMI) yang mempunyai 35 item

untuk mengukur subskala motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan pelajar

tingkatan empat.

1.8.4 Efikasi-kendiri

Merujuk kepada teori yang dikemukakan oleh Bandura, Efikasi-kendiri merupakan

sebagai satu keadaan dimana seseorang membuat pertimbangan tentang keupayaan

diri untuk melaksanakan sesuatu aktiviti khusus. Selain itu, Bandura menyatakan
34

efikasi kendiri adalah keprihatinan terhadap keyakinan seseorang terhadap

kemampuan untuk menghasilkan sesuatu pencapaian (Bandura 1999 dalam Daniels

1997). Definisi yang turut dikemukakan adalah efikasi kendiri adalah pertimbangan

seseorang dalam melaksanakan tindakan dalam menangani pelbagai situas ( Bandura,

1982 dalam Olgiun, 2004).

Dengan erti kata lain, efikasi-kendiri adalah kepercayaan seseorang terhadap

keupayaan mereka untuk berjaya dalam situasi tertentu. Menurut Bandura,

kepercayaan tersebut merupakan penentu kepada bagaimana manusia berfikir,

bertingkah laku dan berperasaan. Efikasi-kendiri juga mempunyai impak dalam segala

aspek merangkumi aspek psikologi kepada tingkah laku dan juga motivasi (Kua,

2002).

Di samping itu efikasi-kendiri didefinisikan satu mekanisme generasi yang

mana individu mengintegrasikan dan mengaplikasikan pemikiran, tingkah laku dan

kemahiran sosial pada sesuatu tugas. Kepercayaan efikasi ini turut mempengaruhi

bagaimana individu memberi tanggapan pada diri sendiri terhadap sesuatu tugasan

yang bakal disempurnakan kelak dan ia juga bertindak sebagai satu panduan tentang

tindakan akan datang (Bandura 2006). Tanggapan efikasi-kendiri (perceived self

efficacy) juga telah menunjukan bahawa ia dapat meningkatkan kefungsian

psikososial memandangkan ia memberi kesan pada pilihan tingkah laku, ketekalan,

usaha yang dicurahkan serta pemikiran self-directed (Bandura, Adams, Hardy &

Howells, (2006).
35

Efikasi-kendiri secara sebahagiannya dapat menentukan tindakan seseorang,

iaitu berkaitan dengan keputusan mereka ketika sesuatu perkara, usaha yang

diperlukan untuk menjayakan sesuatu perkara serta mengelakkan sesuatu kegagalan

dari berlaku. Efikasi-kendiri juga mempengaruhi corak pemikiran dan sebanyak mana

tekanan yang dialami oleh seseorang dalam persekitarannya (Bandura 1986; 1989

dalam Bandura, 2006). Efikasi-kendiri adalah merupakan konstruk utama dalam teori

kognitif sosial. Ia merujuk kepada penilaian seseorang terhadap keupayaan untuk

memperolehi jenis prestasi yang direka bentuk oleh Hung-Bin Shue (2005).

Bigler (1993) menyatakan efikasi-kendiri adalah merupakan pertimbangan

seseorang individu tentang tahap keupayaannya untuk mengaturkan dan melakukan

tindakan-tindakan tertentu yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan yang telah

diberikan. Ianya bukan berkaitan dengan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang

individu tetapi pertimbangan ke atas apa yang boleh dilakukan oleh individu dengan

kemahiran yang dimilikinya. Pajeres et.al (1999), efikasi-kendiri adalah merupakan

tahap keyakinan tentang kebolehan diri sendiri atau pertimbangan-pertimbangan yang

dibuat ke atas tahap keupayaan diri individu itu sendiri untuk melakukan sesuatu

perkara atau tugasan yang telah diberikan.

Bandura (2003) mendefinisi efikasi-kendiri adalah satu kepercayaan dan

keyakinan yang berfungsi sebagai pengatur yang melibatkan proses-proses

pemikiran,dorongan motivasi, afektif dan fisiologi. Setiap individu melalui latihan

berdasarkan pemikiran, perasaan dan tindakan tanduk mereka ,juga mempunyai

kepercayaan untuk mengawal diri serta bertindak sesuai dengan persekitarannya.

Efikasi-kendiri ialah kepercayaan terhadap keupayaan-keupayaan untuk menyusun


36

dan melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi menghasilkan pencapaian yang

cemerlang. Efikasi-kendiri terbina melalui empat sumber yang paling berpengaruh

iaitu pengalaman pencapaian yang pernah dilalui sendiri, pengalaman dengan melihat

kegagalan dan kejayaan orang lain (modeling), pujukan lisan iaitu dorongan motivasi,

kata-kata perangsang, faktor-faktor fisiologi dan belaian emosi. Efikasi-kendiri

memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap motivasi, tahap

pengawalan tindakan, menggandakan usaha yang lebih berkesan dan membuat

jangkaan terhadap tindakan-tindakan yang boleh dilakukan.

Menurut Bandura (1997) lagi, efikasi-kendiri berada di perantaraan

kepercayaan-kepercayaan dalam diri seseorang atau harapan-harapan mengenai tahap

keupayaan seseorang untuk menjalankan tugas-tugas tertentu dengan jayanya atau

menunjukkan tingkah laku tindakan tertentu. Seterusnya Bandura menyatakan bahawa

ramalan atau jangkaan ini akan menentukan sama ada atau tidak sesuatu kelakuan

tertentu atau tindakan akan menjadi percubaan,bergantung kepada banyaknya usaha

seseorang individu itu untuk menyumbangkan kepada sesuatu tingkah laku dan lama

masa sesuatu tingkah laku itu dapat bertahan atau dikekalkan bila mana berhadapan

dengan dugaan-dugaan dan halangan-halangan (Hacket & Betz 2002 dalam Sharf,

2006).

Di samping itu, Bandura menerangkan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya ialah kepercayaan atau keupayaan seseorang itu dalam melaksankan tugas

yang diberikan. (Betz dan Luzzo,1996). Manakala Hacket dan Betz (1995)

mendefinisikan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya ialah tugas-tugas yang

berkaitan dengan kerjaya dan tingkahlaku.


37

Wolfe dan Betz (2004) menyatakan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya adalah kepercayaan seseorang dalam menyelesaikan tugas untuk membuat

keputusan kerjaya iaitu bersedia meneroka alam sekitar dan mempunyai keupayaan

dalam penerokaan tingkah laku tersebut. Seseorang individu yang mempunyai efikasi

kendiri yang tinggi dalam diri seseorang itu memudahkan seseorang itu membuat

keputusan kerjaya. Brown dan Lent (1996) menegaskan bahawa individu yang kurang

yakin dalam membuat perancangan dan pilihan kerjaya merupakan seseorang yang

tidak matang dalam membuat keputusan kerjaya.

Dalam kajian ini efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya ialah keupayaan

seseorang pelajar itu untuk membuat keputusan kerjaya. Inventori Career Decision-

Making Self –Self Efficacy Scale-Short Form (CDMSE-SF) digunakan untuk

mengukur efikasi kendiri pelajar dalam membuat keputusan kerjaya. Inventori ini

dibahagikan kepada lima subskala iaitu penilaian kendiri, maklumat pekerjaan, pilih

matlamat, perancangan dan penyelesaian masalah. Setiap subskala mempunyai lima

item.

1.8.5 Pelajar

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2003) pelajar juga dikategorikan sebagai remaja di

mana dalam perspektif undang-undang umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun

serta belum pernah berkahwin. Campell et. al (2005) menyatakan bahawa pelajar

adalah sebahagian daripada individu dalam sesebuah sekolah ataupun daerah sekolah.

Justeru itu, pelajar adalah individu yang sedang menuntut atau belajar di sekolah sama

ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.


38

Dalam kajian ini pelajar bermaksud individu yang sedang menuntut dalam

tingkatan empat di daerah Asajaya Sarawak yang berumur dalam lingkungan 16

tahun. Kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan empat lelaki dan perempuan di

daerah tersebut.

1.9 Kerangka Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan pelajar tingkatan empat. Dalam

kajian ini analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara menyeluruh profil

pelajar tingkatan empat dan faktor jantina dalam membuat keputusan kerjaya.

Pemboleh ubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar

Sokongan ibu bapa


1. Galakan lisan
2. Sokongan Emosi
3.
Personaliti
1. Neurotisisme
2. Ekstraversi Efikasi-kendiri
3. Keterbukaan membuat
4. Agreeableness keputusan kerjaya
5. Conscientiousness

Motivasi

1. Intrinsik
2. Ekstrinsik

Rajah1.1. Kerangka Kajian


39

Berdasarkan Rajah 1.1, kajian ini ingin mengenal pasti jenis sokongan ibu bapa,

personaliti, motivasi dan tahap efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan min

sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi-kendiri membuat keputusan

kerjaya berdasarkan jantina. Seterusnya, analisis dilakukan untuk mengenal pasti

hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar sokongan ibu bapa, personaliti dan

motivasi dengan pemboleh ubah bersandar efikasi-kendiri. Analisis yang seterusnya

ialah pengkaji ingin melihat pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi ke atas

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di

daerah Asajaya.

1.10 Rumusan Bab

Bab satu menerangkan dan membincangkan tentang latar belakang kajian,

permasalahan serta persoalan kajian dan objektif kajian. Selain itu, bab ini turut

membincangkan kerangka kajian yang akan digunakan dalam kajian ini. Bab ini juga

menyatakan kepentingan kajian ini dilaksanakan serta mendefinisikan definisi konsep

dan operasional pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian. Hipotesis kajian dibuat

berdasarkan dapatan kajian-kajian lepas.


40

BAB 2

TEORI DAN TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini mengandungi teori dan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan tajuk

yang dikaji. Terdapat empat teori yang digunakan dalam kajian ini iaitu Teori Efikasi

Kendiri oleh Bandura (1997), Teori Kerjaya Kognitif Sosial (Lent, Brown & Hazket,

1994) Personaliti Big Five Goldberg (1922) dan Teori Motivasi Pencapaian

Mcclelland (1961). Di samping itu, bab ini juga mengandungi kajian lepas yang

meliputi kajian-kajian dari dalam dan luar negara. Kajian yang di lakukan adalah

berkaitan dengan sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar.


41

2.2 Pendekatan Teori

Terdapat empat teori yang digunakan dalam kajian ini iaitu Teori Efikasi-Kendiri oleh

Bandura, Teori Kerjaya Kognitif Sosial (Lent, Brown & Hazket, 1994), Teori

Personaliti Big Five Goldberg (1922) dan Teori Motivasi Pencapaian Mcclelland

(1961)

2.2.1 Teori Efikasi-kendiri

Mengikut Bandura (1997) manusia merupakan penyebab terhadap fungsi psikososial

mereka sendiri melalui mekanisme agen peribadi (personal agency). Antara

mekanisme-mekanisme tersebut, tiada yang lebih meluas digunakan dan

diketengahkan berbanding kepercayaan terhadap keberkesanan peribadi manusia

(personal efficacy). Manusia hanya mempunyai dorongan bertindak yang rendah

melainkan jika mereka percaya bahawa mereka boleh mewujudkan kesan yang

diingini melalui tindakan-tindakan mereka. Kepercayaan terhadap kemampuan atau

keberkesanan (efficacy belief) merupakan asas utama dalam melakukan sebarang

tindakan. Manusia mengawal hidup mereka atas kepercayaan mereka terhadap

kemampuan atau keberkesanan peribadi (personal efficacy).

Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan seseorang terhadap kebolehannya

untuk mengatur dan melaksanakan tindakan yang dikehendaki untuk menghasilkan

sesuatu kejayaan (Bandura, 1997). Teori efikasi kendiri memberikan panduan

terperinci tentang bagaimana manusia boleh menggunakan pengaruh mereka ke atas

cara hidup mereka sendiri.


42

Kemampuan diri merupakan satu penilaian terhadap kebolehan seseorang

untuk mengatur dan menjalankan berbagai jenis tindakan, manakala jangkaan bagi

sesuatu kesudahan (apa yang berlaku) merupakan penilaian ke atas kesan yang

berkemungkinan besar akan berlaku akibat tindakan tersebut. Sebahagian dari

perlakuan manusia dikawal oleh reaksi sosial yang dibentuknya. Dari sudut yang

positif, kesan-kesan ini termasuklah reaksi sosial daripada orang lain seperti ekspresi,

minat, penghargaan atau sokongan, pengiktirafan sosial, bantuan kewangan dan

penganugerahan status meminati sesuatu, bantahan, penolakan sosial, sekatan,

kekurangan kelebihan dan hukuman yang dikenakan.

Pandangan tentang efikasi mempunyai peranan yang penting dalam teori

kognitif sosial kerana ianya bertindak berdasarkan penentu-penentu yang lain. Efikasi

kendiri mempengaruhi pilihan aktiviti dan tahap motivasi seseorang. Kepercayaan

tentang kemampuan peribadi memberikan satu sumbangan yang penting kepada

pemerolehan struktur pengetahuan di mana sesuatu kemahiran itu ditemui.

Kepercayaan tentang efikasi-kendiri juga mengawal motivasi dengan membentuk

aspirasi dan kesudahan yang diharapkan dari hasil usaha seseorang. Kebolehan

seseorang itu adalah sama dengan perbuatannya. Keyakinan tentang diri digunakan

oleh manusia untuk menghadapi dan menangani tugasan yang sukar menentukan sama

ada mereka menggunakan kebolehan mereka itu dengan baik atau sebaliknya.

Keraguan terhadap diri yang mendatangkan bahaya dengan mudahnya boleh

mengenepikan kemahiran yang terbaik.

Kepercayaan terhadap kemampuan efikasi-kendiri adalah amat mudah diramal

kerana ianya merupakan kepercayaan yang memberikan panduan tentang aktiviti


43

manakah yang sedang dilakukan dan sebaik manakah aktiviti itu dijalankan. Oleh itu

untuk mempelajari dan berjaya dalam bidang matematik, manusia bertindak

berasaskan kepercayaan mereka terhadap kemampuan mereka dalam subjek

matematik,bukannya terhadap kepercayaan mereka tentang kemampuan mereka

menulis sajak atau membuat kek.

Mengikut Bandura (1997) manusia mendapat manfaat disebabkan mekanisme

psikososial berfungsi dalam diri. Seseorang itu tidak akan berkembang tanpa

kepercayaan tentang kecekapan diri. Jika manusia percaya mereka akan mendapat

hasil melalui tindakan, mereka ada sedikit insentif untuk bertindak. Kepercayaan

tentang efikasi-kendiri merupakan asas untuk bertindak. Manusia memimpin

kehidupannya melalui kepercayaan tentang kecekapan diri. Kesedaran tentang efikasi

kendiri merujuk kepada kepercayaan individu tentang keupayaan untuk mengatur dan

melaksanakan tindakan yang perlu untuk mengahsilkan sesuatu pencapaian.

Efikasi kendiri seperti satu sistem diri menyediakan keupayaan seseorang

untuk berubah dari persekitaran dan mempengaruhi prestasi berikutnya. Oleh kerana

itu, kepercayaan tentang dirinya merupakan satu elemen utama melakukan kawalan

(exercising control) dan kecekapan diri. Ia memberi kesan kepada tingkah laku

melalui dua cara, sama ada melakukan tugasan bila mereka merasa mempunyai

kebolehan dan yakin atau menjauhinya bila dia merasakan sebaliknya.

Orang yang mempunyai efikasi yang rendah akan berasa lemah dan tidak

berupaya untuk melakukan sesuatu. Mereka merasakan apa yang dilakukan akan sia-

sia. Ini menjadikan mereka tidak bersemangat dan mudah putus asa dan tidak mahu
44

mencuba. Orang yang mempunyai kecekapan kendiri yang tinggi pula memiliki

keyakinan diri untuk berdepan dengan cabaran dan masalah.

Punca-punca efikasi kendiri

Kepercayaan seseorang tentang efikasi kendiri bergantung kepada aspek utama dalam

pengetahuan diri mereka. Kepercayaan tentang efikasi kendiri datang daripada empat

sumber utama: kemahiran berasaskan pengalaman (enactive mastery experience)

bertindak sebagai indicator kepada keupayaan ;vicarious learning yang

mempengaruhi kepercayaan tentang efikasi menerusi penyebaran (transmission)

daripada efikasi dan perbandingan yang diperolehi dengan orang lain;pemujukan lisan

(verbal persuasion) dan juga pelbagai jenis pengaruh verbal yang dimiliki orang lain

yang mempunyai kebolehan tertentu;dan keadaan psikologikal dan afektif (affective)

yang mana sebahagian dariapada penilaian individu tentang keupayaannya,kekuatan

dan mudah menjadi tidak berfungsi (Bandura, 1997).

Bandura (1997) telah menerangkan tentang punca-punca yang mempengaruhi

efikasi-kendiri seseorang. Seseorang itu mungkin dipengaruhi melalui satu atau lebih

daripada sumber maklumat efikasi. Enactive mastery learning adalah sumber yang

paling berpengaruh bagi maklumat tentang efikasi kerana ia memberi bukti paling

authentic sama ada seseorang itu boleh berjaya dalam apa jua yang hendak

dicapainya. Kejayaan dibina berdasarkan kepercayaan yang kuat dalam diri seseorang.

Kegagalan yang pernah dialami melemah seorang secara perlahan-lahan, terutamanya

jika kegagalan terjadi sebelum rasa tentang efikasi terbina kukuh. Jika seseorang
45

mengalami kejayaan yang mudah, mereka akan menjangkakan hasil yang serta merta

dan mudah dipengaruhi oleh kegagalan.

Penilaian tentang efikasi sebahagianya didapati melalui imaginasi pengalaman

(Vicarious experience) orang lain yang dijadikan contoh atau model. Modeling

menjadi satu lagi alat yang berkesan untuk menggalakan merasai adanya efikasi-

kendiri. Seseorang mesti menilai kebolehan mereka berkaitan dengan pencapaian

orang lain. Pelajar yang mendapat markah dalam peperiksaan tidak boleh dinilai sama

ada prestasi baik atau buruk tanpa mengetahui prestasi orang lain. Kemampuan

seseorang mesti diukur secara bandingan dengan orang lain. Seseorang

membandingkan diri mereka dengan individu dalam situasi yang sama contohnya

rakan sekelas, rakan sekerja dan pesaing. Jika seseorang itu dapat mengatasi rakan

atau pesaing maka kepercayaan tentang efikasi-kendiri akan meningkat.

Manakala petunjuk psikologi mengenai efikasi tidak terhad kepada

kebangkitan autonomi. Dalam aktiviti yang melibatkan kekuatan dan stamina,

seseorang itu perlu memahami kepayahan, windedness, kesakitan dan penderitaan

sebagai petunjuk ketidakcekapan fizikal. Keadaan mood juga mempengaruhi penilaian

seseorang tentang kecekapan dirinya. Petunjuk psikologikal mengenai efikasi

memainkan peranan dalam mempengaruhi kesihatan seseorang dan dalam aktiviti

yang memerlukan kekuatan fizikal dan stamina. Keadaan afektif (affective states)

boleh mempunyai kesan yang meluas secara umunya mengenai kepercayaan tentang

efikasi kendiri dalam pelbagai keaadaan. Oleh itu empat cara untuk menukar

kepercayaan tentang efikasi ialah dengan meningkatkan kekuatan fizikal,


46

mengurangkan tahap stres, kecendrungan ke arah emosi yang negatif dan

membetulkan tafsiran yang salah mengenai dirinya (Bandura, 1991).

2.2.2 Teori Kerjaya Kognitif Sosial

Teori kognitif sosial (Bandura, 1986,1997) telah diaplikasi dalam psikologi

vokasional untuk menolong bagaimana seseorang membangunkan minat dalam

kerjaya, bagaimana mereka membuat pemilihan kerjaya dan bagaimana mereka

menentukan tahap pencapaian. Teori ini mula diperkenalkan oleh Hacket dan Betz

pada tahun 1981 dan penerangan lengkap teori hanya dicetak pada tahun 1994 (Lent,

Brown & Hackett, 1994).

Teori kognitif Sosial Berasaskan Teori Sosial Kognitif (Bandura, 1986, 1997).

Teori Kognitif Sosial mengkaji interaksi persekitaran, faktor personal contohnya

ingatan (memories), kepercayaan, kecenderungan dan persepsi diri (self-perception)

dan tingkah laku sebenar. Kata kunci ialah efikasi-kendiri, yang merujuk kepada

pandangan individu berkenaan keupayaannya untuk mengurus dan mengambil

tindakan untuk mencapai keputusan yang dikehendaki (Bandura, 1986).

Hackett dan Betz (1981) merupakan orang yang pertama menggunakan Teori

Kognitif Sosial oleh Bandura dengan menekankan peranan efikasi-kendiri kepada

pemilihan kerjaya. Mereka fokus kepada teori kognitif sosial untuk menerangkan

pemilihan kerjaya dalam kalangan wanita, juga turut mencadangkan efikasi-kendiri

yang rendah mungkin menghadkan pilihan dalam kerjaya wanita. Berdasarkan kajian

untuk melihat peranan efikasi-kendiri dalam pemilihan kerjaya wanita, Lent et al.
47

(1994) memperluaskan konsep asal teori kepada minat kerjaya dan akademik,

pemilihan dan pencapaian kepada lelaki dan wanita.

Konsep kognitif daripada efikasi kendiri, jangkaan hasil (outcome expectation)

dan pemilihan matlamat adalah merupakan faktor yang signifikan dalam membuat

keputusan berkaitan dengan akademik dan kerjaya. Faktor ini mempengaruhi

bagaimana seseorang itu melihat keupayaannya dan mereka percaya boleh

mencapainya.

Teori kerjaya kognitif Sosial fokus kepada hubung kait dinamik yang berlaku

antara faktor kognitif individu (contohnya efikasi kendiri, jangkaan hasil dan

matlamat), faktor personal/ persekitaran (contohnya gender, etnik, sokongan sosial

dan halangan) untuk menolong membentuk proses perkembangan kerjaya (Lent et

al.,1994).

Efikasi-kendiri, Jangkaan hasil dan matlamat

Efikasi-kendiri merujuk kepada “penilaian seseorang terhadap keupayaannya untuk

mengatur dan melaksanakan tindakan yang dikehendaki untuk membolehkannya

mencapai sesuatu prestasi” (Bandura, 1986). Secara khusus, mendapat efikasi-kendiri

ialah asas untuk menolong menentukan pilihan seseorang daripada aktiviti dan

persekitaran, sebagai usaha seseorang dalam perbelanjaan, pencapaian, corak

pemikiran dan reaksi emosi bila berhadapan dengan rintangan.


48

Kepercayaan seseorang berkenaan dengan hasil (outcome) yang boleh

didapati, tempoh menjangkakan sesuatu hasil, merupakan sebahagian komponen lain

yang penting dalam teori kognitif sosial. Manakala kepercayaan efikasi-kendiri

mempengaruhi tindak balas seseorang berkenaan keupayaannya (contohnya “dapatkah

saya melakukan ini”), serta jangkaan hasil meliputi imaginasi kesan daripada prestasi

yang ditunjukkan dalam tingkah laku (contohnya, jika saya melakukan ini,apa akan

terjadi) Lent et al.(1994).

Matlamat mungkin boleh ditarifkan sebagai keazaman untuk terlibat dalam

aktiviti khusus atau memberi kesan kepada hasil akan datang (Bandura, 1986). Teori

kognitif sosial mencadangkan hubungan saling berkait di antara system efikasi-

kendiri, jangkaan hasil dan matlamat (Bandura, 1986). Terdapat hubungan yang

mantap antara efikasi, jangkaan hasil dan membina matlamat dalam perkembangan

minat kerjaya keseluruhannya.

Di samping itu juga, Teori kerjaya kognitif sosial mencadangkan minat kerjaya

yang berterusan akhirnya membantu perkembangan dalam bidang yang mana

seseorang mendapati dirinya berkebolehan dan bila mereka percaya bahawa

pencapaian akan menghasilkan keputusan atau jangkaan yang diingini (Lent et.al.,

1994). Sebaliknya, seseorang akan melahirkan minat kerjaya yang rendah dalam

bidang yang mana mereka memperlihatkan hasil adalah negatif dan mereka mendapati

skil dan aptituted adalah lemah.


49

Faktor kontektual : Sokongan dan halangan

Lent et al (1994) mencadangkan perbezaan demografi dan individu (Contohnya

jantina, ras dan etnik, serta status sosioekonomi) mempengaruhi pembolehubah latar

belakang dan kontektual dan seterusnya mempengaruhi pengalaman pembelajaran

seseorang. Ia juga memainkan peranan membentuk kepercayaan efikasi kendiri.

Seterusnya jangkaan mengenai efikasi kendiri berkaitan dengan jangkaan hasil yang

dipamerkan oleh tingkah laku seseorang.

Lent, Brown dan Hackett (2000) mengenal pasti interaksi individu dengan

orang lain dan banyak faktor yang mempengaruhi efikasi kendiri, jangkaan hasil dan

matlamat. Pengalaman seseorang wujud hasil daripada pelbagai peristiwa dan

tindakan yang dilakukan. Lent, Brown dan Hackett (2000) menerangkan dua faktor

asas berkenaan dengan konteks (contextual factor) iaitu faktor berkenaan latar

belakang dan berkenaan pengaruh proximal dalam memilih tingkah laku. Faktor latar

belakang merupakan sesuatu terjadi atau berlaku pada seseorang yang mana individu

itu mempelajari apa yang ada disekelilingnya, berinteraksi dengan budayanya dan

jangkaan terhadap peranan gender. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran seseorang

berkaitan dengan sosial dan kemahiran berkaitan dengan akademik.

Pengaruh proximal ialah tingkah laku yang berkaitan faktor persekitaran yang

wujud dan memainkan peranan dalam pemilihan kursus akademik dan kerjaya. Faktor

proximal merupakan pengaruh semasa dan secara langsung mempengaruhi pemilihan

kerjaya. Contohnya pengaruh role model dalam pekerjaan tertentu, peluang pekerjaan

dan sokongan kewangan dalam melanjutkan pelajaran.


50

Pengaruh yang berkenaan dapat menyokong pemilihan seseorang dan mungkin

juga sebagai halangan untuk mencapai bidang kerjaya yang diinginkan. Kebanyakkan

sokongan dan halangan merujuk kepada proximal (baru berlaku) lebih berpengaruh

daripada faktor berkaitan latar belakang. Pengaruh proximal boleh mempengaruhi

persetujuan seseorang secara tidak langsung.

Maklumat kerjaya

Tidak memperolehi maklumat yang cukup dan tepat mengenai pekerjaan menjadi

halangan kepada seeorang untuk membuat pilihan dan tindakan dalam mencapai

matlamat kerjaya. Mengikut Lent dan Brown (2002) Teori kerjaya kognitif sosial

menerangkan bagaimana individu cuba untuk mengatur kehidupan mereka,

memajukan kebolehannya dan membuat pilihan kerjaya yang baik. Dengan mengikuti

program pengajian yang sesuai (contohnya dikolej atau universiti) seseorang itu akan

bertambah tahap kemahirannya dan maklumat mengenai pekerjaan. Justeru, minat dan

keupayaan seseorang itu dapat dimajukan dengan lebih sempurna. Seseorang itu

mungkin menukar matlamat dan tindakan dalam membuat pilihan untuk mencapai

tahap baru dalam kerjaya yang ingin dicapai.

Dalam teori kerjaya kognitif Sosial, maklumat kerjaya khususnya, mustahak

untuk membentuk jangkaan hasil yang realistik. Contohnya kepercayaan tentang

suasan kerja dan memperkuatkan keupayaan dirinya untuk bekerja dalam pelbagai

jenis pekerjaan dan bagaimana seseorang itu membandingkan nilai sesuatu pekerjaan.

Pembelajaran tentang maklumat pekerjaan merupakan pengalaman pembelajaran yang


51

mempengaruhi perkembangan efikasi-kendiri dan memberi pengalaman yang

mempengaruhi seseorang untuk membuat pilihan baru.

2.2.3 Teori Personaliti Big Five Goldberg (1992)

Model personaliti lima faktor telah diperkenalkan oleh Goldberg disebut sebagai lima

model besar dalam kajian personaliti (Goldberg, 1992; Sucier & Goldberg, 1998).

Personaliti Big Five adalah suatu pendekatan yang digunakan dalam psikologi untuk

melihat kepribadian manusia melalui trait yang tersusun dalam lima buah domain

keperibadian yang telah dibentuk dengan menggunakan analisis faktor.

Big Five disusun bukan untuk menggolongkan individu ke dalam satu

keperibadian tertentu, melainkan untuk menggambarkan sifat-sifat keperibadian yang

disedari oleh individu itu sendiri dalam kehidupannya sehari-hari. Pendekatan ini

disebut Goldberg sebagai Fundamental Lexical (Language) Hypothesis; perbezaan

individu yang paling mendasar digambarkan hanya dengan satu istilah yang terdapat

pada setiap bahasa (Pervin, 2005).

Lima dimensi personaliti besar meliputi Keterbukaan, Conscientiousness,

Extraversi. Agreeableness dan Neurotisisme (Goldberg, 1993). Berikut merupakan

lima dimensi personaliti :


52

Neurotisme

Menurut Costa dan McCrae (1987), individu yang sangat tinggi Neurotisme lebih

terdedah kepada pemikiran tidak rasional, kurang berkemampuan untuk mengawal

rangsangan yang datang, menyalahkan diri dan mengambil tindakan yang mudah

dalam menghadapi tekanan. Terdapat enam aspek dalam personaliti Neurotisme ini

iaitu resah, gelisah, marah, murung, kesedaran diri, implusif dan kelemahan diri

(Costa & McCrae, 1992), iaitu aspek gelisah, marah, murung dan implusif.

Ekstraversi

Ekstraversi merujuk kepada emosi yang positif, periang, suka aktiviti sosial dan

sebagainya. Menurut Turcotte (2005), mereka yang tinggi ekstraversi mempunyai

kecenderungan untuk bersikap tegas dan peramah.Terdapat lima aspek dalam

Ekstraversi iaitu suka berkawan, tegas, aktiviti, mencari keseronokan dan emosi

positif.

Keterbukaan

Keterbukaan adalah kecenderungan untuk terlibat dengan aktiviti intelek, sensitif

terhadap estetika, lebih fleksibel apabila berhadapan dengan tekanan dan suka

menerima idea-idea baru (Turcotte, 2005). Terdapat enam aspek dalam Keterbukaan

iaitu fantasi, estetika, perasaan, tindakan, idea dan nilai (Costa & McCrae, 1992).
53

Agreeableness

Menurut Costa dan McCrae (1992), Agreeableness merujuk kepada suka berkawan,

empati, peramah, bertimbang rasa dan boleh dipercayai. Individu yang tinggi dalam

domensi personaliti ini pada asasnya lebih bersikap altruistic. Terdapat enam aspek

dalam Agreeableness iaitu kepercayaan, berterus-terang, pemurah, patuh dan

kesopanan.

Conscientiousness

Conscientiousness merujuk kepada tanggungjawab, cekap, teratur dan produktif

(Carver & Scheier, 2004; Holaday, Smith & Sherry, 2000). Terdapat enam aspek

dalam Conscientiousness iaitu kecekapan, arahan, tanggungjawab, berusaha untuk

mencapai sesuatu, disiplin diri dan juga pertimbangan.

2.2.4 Teori Motivasi Pencapaian Mcclelland

Mc Clelland (1985) telah menegaskan bahawa motivasi pencapaian individu

mempunyai kaitan dengan motivasi dalaman yang membentuk tingkah laku seseorang.

Tingkah laku ini telah dibentuk dan diransang ke arah mencapai sesuatu kejayaan.

Oleh sebab itu, terdapat hubungan yang rapat antara motivasi pencapaian dengan

kejayaan dalam pelbagai aspek termasuklah aspek pendidikan. Individu yang berjaya

ialah mereka yang bermotivasi pencapaian yang tinggi dan mereka ini mempunyai

matlamat mahu mengejar kejayaan.


54

Mc Clelland (1985) menyatakan bahawa pelajar yang bermotivasi pencapaian

rendah pula akan memilih dua kaedah kegagalan iaitu sama ada jalan mudah untuk

mencapai kejayaan atau memilih jalan yang bergantung kepada nasib semata-mata.

Pemilihan kaedah ini akan menyebabkan orang lain tidak boleh menyalahkannya di

atas kegagalannya.

Orang yang sentiasa ingin mencapai sesuatu matlamat akan memaparkan sifat-

sifat yang berlainan dengan individu yang kurang inginkan pencapaian. Antara lain

ialah mereka tekun bekerja, tabah hati, suka bekerja dengan orang yang dapat

memberi sumbangan yang sempurna, sering menetapkan piawai pencapaian untuk

berjaya, menumpukan perhatian kepada masa hadapan, tidak mengambil kira tentang

nasib, jarang sekali mengambil risiko yang tinggi dan mereka ini amat

bertanggungjawab.

Teori Motivasi Pencapaian Mc Clelland (1985) telah menerangkan tentang

keinginan untuk menghasilkan satu tugasan pencapaian dalam bentuk dua faktor atau

motif, iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan.

Motif untuk mencapai kejayaan didefinisikan sebagai satu kejayaan untuk bertindak

balas dengan rasa bangga terhadap sesuatu pencapaian. Manakala motif untuk

mengelak kegagalan didefinisikan sebagai keupayaan untuk bertindak balas dengan

rasa malu apabila hasil sesuatu perkara adalah gagal. Kebarangkalian kejayaan dilihat

sebagai satu anggaran subjektif kemungkinan untuk berjaya pada tugasan yang

diberikan.
55

2.3 Kajian Literatur Yang Berkaitan Dengan Sokongan Ibu Bapa,


Personaliti, Motivasi Dan Efikasi-Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya
Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

2.3.1 Sokongan Ibu bapa

Jordan dan San Jose (2015) telah menjalankan kajian berkaitan dengan sokongan ibu

bapa yang menjadi peramal kepada efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Responden kajian ini terdiri daripada 140 orang pelajar tingkatan tiga di sekolah

menengah dan 185 orang pelajar kolej tahun tiga. Responden kajian ini berumur

dalam lingkungan 15 hingga 24 tahun.Reka bentuk kajian ini adalah deskriptif

korelasi. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan dua soal selidik iaitu Career

Decision-Making Self-Efficacy-Short Form (CDMSE) dan Career-Related Parent

Support Scale (CRPSS). Pengkaji menggunakan Korelasi Pearson untuk mencari

hubungan antara pembolehubah dan regrasi pelbagai untuk menentukan

pembolehubah dibawah sokongan ibu bapa untuk meramalkan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara sokongan ibu bapa dan efikasi kendiri membuat keputusna kerjaya.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan

ibu bapa dengan sub skala efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Rinat Micheal, Tova Most dan Gali Cinamon (2013) telah melakukan

penyelidikan yang bertajuk keberkesanan sokongan ibu bapa terhadap efikasi kendiri

kerjaya dalam kalangan pelajar pekak, susah mendengar dan remaja pekak.

Responden kajian ini terdiri daripada pelajar tahun 11 dan 12 iaitu 102 orang

perempuan dan 58 orang lelaki. Kajian ini dilakukan di utara dan tengah bandar Israel.
56

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan tiga soal selidik iaitu Career-Related

Parent Support Scale (CRPSS), Career Decision-Making Self-Efficacy Scale

(CDMSE) dan Self-Efficacy for the Management of Work–Family Conflict Scale. Hasil

dapatan kajian ini adalah terdapat perbezaan yang signifikan keberkesanan efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya dan efikasi kendiri dalam mengurus konflik kerja

dan keluarga. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan positif antara

sokongan ibu bapa dengan efikasi kendiri dalam kerjaya.

Trisha, Raque, Elizaberth, Halena dan Margareetha (2012) telah menjalankan

kajian yang berkaitan dengan sokongan ibu bapa dalam kerjaya dan halangan kerjaya:

Penyelidikan berkaitan dengan konteks pembolehubah. Kajian ini di lakukan ke atas

pelajar ijazah di Amerika Syarikat. Responden ini terdiri daripada 2080 orang pelajar

tahun pertama yang mengambil ijazah. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan tiga

borang soalan selidik iaitu Perceptions Of Barrier Scale (POB) untuk mengukur

persepsi dalam kerjaya, Coping With Barriers Scale (CWB) untuk mengukur

keselarian kandungan POB dalam menilai keberkesanan individu dalam menangani

dan mengatasi halangan yang berpotensi dalam kerjaya dan matlamat pendidikan dan

Career-Related Parent Support untuk mengukur sokongan ibu bapa kepada anak-anak

mereka melalui sokongan emosi dan galakan lisan. Hasil dapatan kajian menunjukkan

terdapat perbezaan signifikan sokongan ibubapa berdasarkan jantina. Pelajar

perempuan memerlukan lebih sokongan emosi daripada ibu bapa berbanding daripada

pelajar lelaki. Di samping itu, hasil dapat kajian juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan signifikan sokongan ibu bapa bersadarkan etni dalam kalangan pelajar.

Selain itu hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara

galakan lisan dan sokongan emosi dengan persepsi kerjaya dan halangan pendidikan.
57

Muhammad Bazlan (2011) telah menjalankan kajian yang bertajuk hubungan

dan pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan efikasi kendiri ke atas kemurungan

pelajar perubatan. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah

silang. Responden kajian ini terdiri daripada 1,029 orang pelajar perubatan yang

sedang menuntut di tujuh institusi pengajian tinggi awan di semenanjung Malaysia.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan empat soal selidik iaitu Career-Related

Parent Support Scale (CRPSS) untuk mengukur sokongan ibu bapa, NEO Personality

Inventory- Rivised (NEO-PI-R) untuk mengukur personaliti dan College Self-Efficacy

Instrument (CSEI) untuk mengukur efikasi kendiri dan Beck Depression Inventory

(BDI) untuk mengukur kemurungan. Keputusan analisis Korelasi Pearson

menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan antara sokongan ibu bapa

Ekstraversi, Conscientiousness dan efikasi kendiri dengan kemurungan. Neurotisisme

mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kemurungan. Keputusan analisis

regresi berganda menunjukkan efikasi-kendiri, neurotisme dan conscientiousness

mempunyai sumbangan yang signifikan terhadap skor kemurungan dalam kalangan

pelajar perubatan. Sumbangan yang paling tinggi sekali ke atas varian kemurungan

berdasarkan nilai pekali laluan langsung dan tidak langsung ialah Neurotisisme diikuti

sokongan ibu bapa, efikasi-kendiri dan Conscientiousness.

Alliman Brissett (2010) telah melakukan kajian yang bertajuk sokongan ibu

bapa dan efikasi kendiri kerjaya dalam kalangan remaja Afrika Amerika. Tujuan

kajian ini adalah meneliti sokongan ibu bapa terhadap remaja Afrika Amerika melalui

empat sumber efikasi kendiri mengikut Bandura iaitu perancangan kerjaya,

penerokaan kerjaya, pengetahuan diri dan membuat keputusan kerjaya. Peserta kajian

ini terdiri daripada 81 orang remaja perempuan Afrika Amerika dan 81 orang remaja
58

lelaki Afrika Amerika. Pengkaji menggunakan tiga soal selidik dalam kajian ini.

Antara soal selidik yang digunakan ialah Career-Related Parent Support Scale

(CRPSS) untuk mengukur sokongan ibu bapa, Career Planning and Exploration Self-

Efficacy Scale (CPEE) untuk mengukur pembangunan pendidikan vokasional dan

Career Decision –Making Self Efficacy (CDMSE). Hasil kajian menunjukkan remaja

perempuan memerlukan sokongan emosi daripada ibubapa mereka dalam membuat

keputusan kerjaya manakala remaja lelaki lebih kepada galakan lisan dalam membuat

keputusan kerjaya.

Ma, P-W. & Yeh, C. J. (2010).telah melakukan kajian tentang faktor individu

dan keluarga mempengaruhi pendidikan dan perancangan kerjaya dalam kalangan

imigran belia cina. Peserta kajian ini terdiri daripada 265 imigran belia cina dari

sekolah menengah di bandar New York. Peserta kajian ini berumur diantara 16

hingga 23 tahun. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah Self-reported

English Language Fluency, Perceptions of Educational Barriers, Career Related

Parent Support Scale (CRPSS), Parent Values Measure, Vocational/ Eduacational

Aspirations Checklist, Vocational/ Eduational Expectations Scale dan Vocational

Outcome Expectation. Data dianalisis menggunakan korelasi Pearson. Hasil kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa dengan

perancangan untuk memasuki kolej selepas tamat sekolah menengah. Terdapat

hubungan positif antara galakan lisan dengan aspirasi pendidikan dan vokasional dan

perancangan untuk sambung belajar ke kolej selepas tamat sekolah menengah.

Kajian Turner et al. (2003) telah dijalankan terhadap sekumpulan pelajar

seramai 293 orang di Amerika Syarikat untuk melihat sekongan keluarga dalam
59

kerjaya. Mereka terdiri daripada 138 orang pelajar lelaki dan 155 orang pelajar

perempuan. Mereka terdiri dari pelbagai etnik seperti Native Amerika, African

Amerika dan Caucasian Amerika. Purata umur pelajar lelaki ialah 13.25 tahun dan

perempuan 13.18 tahun. Inventori dalam kajian ini Career-related Parent Support

Scale (CRPSS) dibentuk oleh Turner et al. (2003) berasaskan laporan diri iaitu

persepsi responden bagaimana ibu bapa mereka menyediakan pendidikan dan

kecekapan maklumat orientasi-kerjaya berdasarkan teori yang dikemukakan oleh

Bandura (1977, 1997). Skala pertama dalam inventori ini ialah konstruk pencapaian

prestasi lepas yang dinamakan Instrumen Bantuan iaitu sokongan keluarga terhadap

remaja berkaitan skil dalam perkembangan kerjaya. Skala kedua merupakan konstruk

pembelajaran vikarius yang dinamakan Model Berkaitan Kerjaya iaitu tingkah laku

ibu bapa yang dijadikan model dalam kerjaya. Skala ketiga berdasarkan konstruk

pujukan lisan yang dinamakan Galakan Verbal iaitu kekaguman dan galakan ibu bapa

berkaitan dengan perkembangan pelajaran dan kerjaya. Skala keempat pula

merupakan konstruk kebangkitan emosi yang dinamakan Sokongan Emosi iaitu

sokongan ibu bapa yang memberi kesan ke atas pengalaman remaja dalam

hubungannya berkaitan dengan perkembangan pelajaran dan kerjaya. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat perbezaan empat jenis sokongan kerjaya berdasarkan jantina

dan etnik. Pelajar African America mendapat lebih sokongan emosi daripada ibu bapa

berbanding dengan Caucasian. Terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina sub

skala CRPSS iaitu Model Berkaitan Kerjayan dan Galakan Verbal daripada ibu bapa

mereka berdasarkan jantina. Min Model Berkaitan Kerjaya dan Galakan Verbal

pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Walaupun tidak terdapat

perbezaan signifikan dalam Instrumen Bantuan dan Sokongan Emosi, min pelajar
60

perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dalam kedua-dua sub skala

tersebut.

2.3.2 Personaliti

Bazlan, Jazimin, Syed Sofian, Nasir dan Aziz Shah (2014) telah mengkaji personaliti

program pendidikan yang melibatkan pelajar di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan

Manusia. Kajian ini merupakan kajian deskriptif iaitu untuk mengenal pasti tahap

personaliti pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan dijalankan secara tinjauan iaitu

maklumat diperoleh melalui soal selidik. Responden kajian merupakan pelajar yang

sedang mengikuti pengajian di Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan

Khas dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Seramai 607 orang pelajar terlibat di

dalam kajian ini. Personaliti pelajar UPSI dalam kajian ini diukur berdasarkan lima

dimensi utama iaitu Neurotisisme, Ekstraversi (Ekstraversi), Keterbukaan, Agreeableness

dan Conscientiousness. Penyelidik telah mengedarkan satu set soal selidik untuk

mengenal pasti maklumat diri dan faktor pendorong pelajar mengikuti kursus pendidikan.

Personaliti pelajar diukur dengan menggunakan NEO Personaliti Inventory-Revised

(NEO-PI-R). Setelah data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif personaliti

menunjukkan majoriti pelajar pendidikan mendapat skor Neurotitisme, Ekstraversi,

Keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness di tahap sederhana. Analisis stastistik

inferensi personaliti menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan Neurotitisme,

keterbukaan, Agreeableness dan Conscientiousness berdasarkan jantina. Keputusan kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan Ekstraversi berdasarkan jantina.

Ottu dan Idowu (2014) telah menjalankan penyelidikan berkaitan dengan

personaliti Keterbukaan, Conscientiousness dan jantina dalam kematangan kerjaya


61

remaja sekolah di Ibadan, Nigeria. Sampel kajian melibatkan pelajar menengah atas

yang terdiri daripada 109 pelajar lelaki dan 91 orang pelajar perempuan. Sub skala

Keterbukaan dan Conscientiousness inventori Big Five Personality digunakan untuk

mengukur peserta kajian, sementara itu sub skala soal selidik perkembangan kerjaya

digunakan untuk mengukur kematangan kerjaya. Hasil kajian mendapati analisis

regrasi menunjukkan kesan yang signifikan terhadap Keterbukaan dan

Conscientiousness terhadap kematangan kerjaya. Terdapat perbezaan signifikan

personaliti keterbukaan dengan kematangan kerjaya. Keputusan kajian menunjukkan

perbezaan jantina mempengaruhi kematangan kerjaya. Pelajar lelaki lebih matang

berbanding pelajar perempuan.

Azlin dan Suhaida (2013) telah menjalankan kajian tentang personaliti dan

minat kerjaya murid dalam bidang teknikal dan vokasional di zon Pudu, Kuala

Lumpur. Isu keciciran murid, prestasi rendah murid lelaki dan jurang jantina semakin

meningkat sepanjang laluan akademik murid. Oleh itu, penyelidik telah melaksanakan

kajian ini untuk memberi kesedaran awal dengan mengenal pasti personaliti, minat

kerjaya serta hubungan personaliti dan minat kerjaya murid dalam bidang teknikal dan

vokasional dalam kalangan murid sekolah rendah. Penyelidik telah menggunakan

rekabentuk tinjauan dan melibatkan 364 orang murid sekolah rendah merangkumi 16

buah sekolah rendah di zon Pudu, Kuala Lumpur. Soal selidik yang digunakan adalah

soal selidik Inventori Minat Kerjaya Holland (SDS, John Holland 1994) dan Inventori

Personaliti Big Five (Costa dan MacCrae, 1996). Hasil kajian menunjukkan personaliti

yang paling dominan ialah personaliti Agreeableness dengan minat kerjaya sosial.

Nilai ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara personaliti

Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness Dan Neuroticism dengan


62

murid lelaki dan murid perempuan. Analisis varians ANOVA sehala menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan skor min personaliti agreeableness mengikut

bangsa. Perbandingan Post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan skor min bangsa Melayu berbanding bangsa India.

Kajian yang dijalankan oleh Lim, P. S dan Melissa (2012) adalah untuk

mengukur hubungan antara domain personaliti yang berbeza dan prestasi akademik

pelajar dalam konteks Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada 360 orang pelajar

dimana pelajar lelaki seramai 180 orang dan pelajar perempuan seramai 180 orang

dari lima buah sekolah menengah yang dipilih secara rawak di bahagian utara

Semenanjung Malaysia. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan

Inventori Model lima faktor (NEO-FFI). Inventori ini digunakan untuk mengukur

domain personaliti pelajar manakala pencapaian akademik mereka telah ditandakan

dengan Purata Nilai Gred (PNG). Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan

jantina dalam domain personaliti yang berbeza, kecuali Neurotitismes, di mana

perempuan telah mencatatkan skor min yang lebih tinggi. Analisis pekali korelasi

Pearson menunjukkan bahawa Keterbukaan dan Conscientiousness mempunyai

hubungan positif dengan pencapaian akademik pelajar.

Naveed dan Akram (2012) telah mengkaji peranan personaliti lima faktor

dalam meramalkan gaya membuat keputusan dalam kalangan pelajar universiti. Data

dikutip dengan menggunakan soal selidik Mini-Marker Personality Inventory

(McCrae & Costa, 1990) dan General Decision Making Styles Questionnaire (Scott &

Bruce, 1995). Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar universiti di Islam

Abad. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan Ekstraversi positif meramalkan intuitif


63

dan gaya membuat keputusan yang spontan. Personaliti keterbukaan positif menjadi

peramal untuk gaya membuat keputusan. Agreeableness positif meramalkan gaya

membuat keputusan. Conscientiousness positif meramalkan gaya membuat keputusan

yang rasional, manakala Neurotitisme positif pula meramalkan dalam membuat gaya

keputusan.

Subramanian, Gopalakrishnan dan Prem Rose Thayammal (2012) telah

mengkaji model lima faktor (BFI) terhadap tret personaliti usahawan. Tujuan kajian

adalah untuk mengkaji model lima faktor terhadap tret personaliti usahawan di Daerah

Tirunelveli Tamil Nadu berdasarkan kategori umur dan jantina.Penyelidik telah

memilih 570 orang responden yang terdiri daripada usahawan telah diambil sebagai

sampel dari 19 blok di daerah ini. Oleh kerana populasi kajian melibatkan responden

lelaki dan perempuan, maka kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan

sebagai teknik persampelan. Sebelum kajian dilaksanakan satu jadual temu bual telah

disediakan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dan ianya memberi tumpuan

kepada Keterbukaan, Conscientiousness, Ekstraversi, Agreeableness dan Neurotitisme

di bawah Big Five Inventory (BFI) iaitu tret personaliti. Seterusnya, hasil kajian

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi Keterbukaan,

Conscientiousness dan Neurotitisme dalam kalangan kategori umur usahawan. Hasil

kajian turut mendedahkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam semua

pembolehubah tret personaliti usahawan berdasarkan jantina.

Manakala, Muna, Amla dan Khairul (2011) telah mengkaji konstruk membuat

keputusan kerjaya dan model lima faktor dalam kalangan remaja. Kajian ini ingin

melihat hubungan antara konstruk membuat keputusan kerjaya dari tiga dimensi faktor
64

Big Five. Data dikumpul daripada sampel yang dipilih iaitu 230 orang pelajar sekolah

menengah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara

faktor Big Five dengan konstruk membuat keputusan kerjaya. Didapati Neurotitisme

mempunyai hubungan negatif dengan membuat keputusan kerjaya, manakala

Conscientiousness, Ekstraversi, Keterbukaan dan Agreeableness mempunyai

hubungan positif yang signifikan dengan konstruk membuat keputusan kerjaya.

Manakala, Asrul Azmin (2010) pula telah mengkaji hubungan antara

personaliti dan penghargaan kendiri pelajar cemerlang akademik. Kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti aspek personaliti, penghargaan kendiri dan hubungan antara

kedua-dua pembolehubah tersebut dalam kalangan pelajar cemerlang akademik.

Responden kajian ini terdiri daripada 141 orang pelajar tingkatan empat di salah

sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di negeri Johor. Inventori yang

digunakan dalam kajian ini ialah Big Five Inventory (BFI) dan Rosenberg Self-Esteem

Scale (RSES). Dapatan kajian menunjukkan pelajar cemerlang akademik mempunyai

personaliti yang tinggi pada trait Ekstraversi (Min=3.25, SP=.42), Conscientiousness

(Min=3.10, SP=.30), Keterbukaan (Min=3.20, SP=.33), dan Agreeableness

(Min=3.28, SP=.28). Manakala bagi trait Neurotitisme mereka berada pada tahap

sederhana (Min=2.27, SP=.49). Hasil dapatan menunjukkan pelajar cemerlang

mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada

perbezaan yang signifikan terhadap kedua-dua pembolehubah tersebut berdasarkan

jantina. Ujian Korelasi Pearson juga mendapati tiada hubungan yang signifikan antara

personaliti dengan penghargaan kendiri.


65

Larson, Meifen, Tsui, Borgen dan Bailey (2007) telah menjalankan kajian ke

atas 312 orang pelajar Taiwan iaitu 179 orang perempuan dan 133 orang lelaki. Soal

selidik yang digunakan adalah NEO-FFI (Costa & McCrae, 1992) untuk mengukur

personaliti pelajar. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

Agreeableness berdasarkan jantina dimana min pelajar perempuan 31.06 adalah lebih

tinggi berbanding pelajar lelaki iaitu 28.40. Tidak dapat perbezaan bagi min

Neurotitisme, Ekstraversi, Keterbukaan dan Conscientiousness berdasarkan jantina.

Walau bagaimanapun min Neurotitisme, Ekstraversi, Keterbukaan dan

Conscientiousness pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki.

Robert Owen Hartman (2006) telah mengkaji model lima faktor dan teori

kerjaya kognitif sosial. Kajian ini meneroka hubungan empirikal antara personaliti

Big Five (dalam Inventori NEO lima faktor) dan 24 domain yang berbeza efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya (Career Decision Self-Efficacy- Short Form).

Hasil kajian menunjukkan bahawa Conscientiousness dan Ekstraversi mempunyai

korelasi positif dengan pelbagai rangkaian domain efikasi-kendiri, sementara itu

Neurotitisme pula mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan hampir

semua bentuk kerjaya efikasi-kendiri. Di samping itu, Keterbukaan mempunyai kaitan

dengan efikasi-kendiri untuk kegiatan kreatif dan intelektual, sementara

Agreeableness tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pembolehubah

efikasi-kendiri. Penemuan ini telah dinilai berdasarkan perkembangan terkini

empirikal dan teori yang berkaitan dengan integrasi sifat dan sosial kognitif perspektif.

Bailey (2002) dalam kajiannya mengaplikasikan model lima faktor personaliti

untuk sikap kerjaya siswazah dan kepercayaan kematangan, efikasi-kendiri membuat

keputusan kerjaya dan lokus kawalan kerjaya. Kajian ini mengukur hubungan antara
66

konstruk personaliti dalam model lima faktor dan membina kematangan kerjaya, lokus

kawalan kerjaya, serta membuat keputusan kerjaya dalam populasi sarjana muda.

Kajian ini melibatkan 251 responden yang terdiri daripada pelajar sarjana di Amerika

(164 orang perempuan dan 87 orang lelaki). Kajian ini telah melibatkan responden

seramai 251 orang yang terlibat telah melengkapkan inventori laporan kendiri

termasuklah ujian Career Decision Self-Efficacy Scale-Short Form (Betz, Klein, &

Taylor, 1996), Career Locus of Control Scale (Trice, Haire, & Elliot, 1989), Attitude

scale of the Career Maturity Inventory-Revised (Crites & Savickas, 1995), dan ujian

Personaliti scales from the Comprehensive Personaliti dan Affect Scales (Lubin &

Van Whitlock, dalam press). Enam analisis regresi berganda telah dilaksanakan (Dua

untuk setiap jantina) untuk menganalisis hubungan antara personaliti dengan

pembolehubah kerjaya. Keputusan menunjukkan bahawa Conscientiousness

mempunyai pengaruh ketiga-tiga kerjaya berkaitan dengan pembolehubah untuk

kedua-dua jantina. Selain Conscientiousness, Keterbukaan juga merupakan peramal

kerjaya dalam efikasi-kendiri membuat keputusan efikasi-kendiri bagi responden

perempuan. Conscientinousness dan Agreeableness turut meramalkan kematangan

kerjaya bagi responden perempuan. Hipotesis turut menyokong bahawa

Conscientiousness yang tinggi mempunyai hubungan positif dengan Career Decision-

Making Self-Efficacy, Greater Career Maturity, dan Internal Career Locus Of

Control. Bagi responden perempuan, Keterbukaan mempunyai hubungan positif

dengan membuat keputusan kerjaya efikasi-kendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan

Agreeableness mempunyai hubungan yang negatif dengan kematangan kerjaya untuk

responden perempuan. Hipotesis hubungan antara Ekstraversi dan Neurotitisme dalam

membina kerjaya tidak disokong.


67

2.3.3 Motivasi

L Gaylor dan Jennifer J.Nicol (2016) menjalankan kajian yang berkaitan dengan

pengalaman pendidikan kerjaya sekolah menengah,efikasi kendiri dan motivasi.

Rekabentuk kajian ini adalah kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian ini terdiri

dariapada 16 orang pelajar sekolah menengah. Soal selidik yang digunakan ialah

Career Decision-Making Self-Efficacy Scale–Short Form (CDMSE-SF) dan soal

selidik motivasi yang telah diadaptasi daripada Amotivation Questionnaire oleh

Kerneret.al (2012). Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai

motivasi intrinsik yang tinggi mempunyai keupayaan dalam meneroka bidang

kerjaya. Di samping itu hasil daripada kajian ini juga menunjukkan pelajar yang

mempunyai efikasi kendiri mampu untuk membuat keputusan kerjaya.

Choi dan kim (2013) telah menjalankan satu kajian silang budaya mengenai

persediaan tingkahlaku menghadapi alam kerjaya: Motivasi pembelajaran, pencapaian

akademik dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.Tujuan kajian ini adalah

untuk mengenalpasti faktor penting tentang tingkah laku seorang dalam persediaan

menghadapi kerjaya perhotelan dan perlancongan. Kajian ini merupakan kajian

korelasi untuk melihat hubungan antara motivasi pembelajaran, pencapaian akademik

dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Sampel kajian ini terdiri daripada

188 orang pelajar universiti Amerika dan 234 orang pelajar universiti Korea yang

belajar dalam bidang perhotelan dan pelancongan. Hasil dapatan kajian menunjukkan

terdapat perbezaan signifikan pelajar universiti Amerika dan pelajar universiti Korea

dalam membuat keputusan kerjaya. Di samping hasil dapatan menunjukkan motivasi

intrinsik banyak memberi sumbangan kepada pelajar Amerika dan Korea dalam
68

membuat keputusan kerjaya Keputusan kajian juga menunjukkan motivasi intrinsik

mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Wan Noraini dan Nooraini (2011) telah menjalankan kajian yang berkaitan

dengan tahap motivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Kajian

yang dijalankan ini berbentuk tinjauan deskriptif. Sampel kajian ini terdiri daripada

178 orang guru yang melanjutkan pengajian secara separuh masa di peringkat Sarjana

di UTM Skudai Johor yang dipilih secara rawak mudah. Tahap motivasi guru dilihat

daripada dua aspek iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Manakala punca

tekanan pula dilihat dari aspek tekanan kerja (beban kerja dan pengurusan masa kerja)

dan tekanan belajar (beban tugasan dan pengurusan masa). Instrumen kajian ini adalah

terdiri daripada satu set soalan ujian untuk mengenalpasti tahap motivasi dan tahap

tekanan pada kalangan guru yang melanjutkan pengajian. Set soalan ini adalah soalan

yang diubahsuai mengikut konteks kajian pengkaji daripada Students Work

Preference Inventory (SWPI) yang dibina oleh Amabile, T.M (1987), Skala Penilaian

Pengurusan Masa (Time Management Rating Scale) oleh Tannen and Atkins (1990)

dan Occupational Stress Inventory for Teacher (OSTI) yang direka oleh Okebukola

dan Jegede (1989). Dapatan kajian menunjukkan bahawa motivasi ekstrinsik dan

intrinsik responden adalah pada tahap yang tinggi. Manakala punca utama yang

memberi tekanan kepada responden ialah tekanan kerja. Selain itu, hasil dapatan juga

menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara tahap motivasi dengan

punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian.

Orhan, Cetin dan Imran (2011) telah menjalankan kajian yang berkaitan

dengan keberkesanan faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik.Tujuan kajian ini adalah

untuk melihat keberkesanan faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap motivasi
69

pekerja dengan membandingkan mereka mengikut demografi pekerja. Kajian ini

merupakan kajian berbentuk deskriptif. Sampel kajian ini terdiri dariapada 41 orang

pekerja sebuah syarikat penghantaran elektrik yang terletak di Eastern Anatolia Turki.

Instrument yang diguna oleh pengkaji adalah soal selidik yang direka sendiri oleh

pengkaji. Soal yang digunakan adala soal selik yang mempunyai skala likert. Pada

bahagian pertama soal selidik ini adalah mengumpul maklumat seperti umur, jantina,

pengalaman status professional, kedudukan dan sebagainya. Bahagian kedua adalah

untuk mengukur faktor-faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Hasil dapatan kajian

menunjukkan kedua-dua faktor motivasi intrinsik dan ekstrinsik memberi kesan

kepada pekerja dalam menjalankan tugas mereka. Di samping itu, motivasi intrinsik

banyak mempengaruhi seseorang pekerja dalam melaksanakan tugas.

Ghazali, Nik Mohd dan Parilah (2010) menjalankan kajian berkaitan dengan

kebimbingan ujian dan motivasi dalam kalangan pelajar kursus bahasa arab dalam

konteks kemahiran lisan. Kajian ini dilakukan kepada pelajar yang mengambil kursus

Bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UITM). Kajian ini menggunakan teknik

persampelan rawak berstrata. Kajian ini melibatkan seramai 279 orang sampel. Kajian

ini merupakan kuantitatif. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah soal

selidik pembelajaran kendiri (self-regulated learning) yang diubah suai daripada

skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ). Hasil dapatan

kajian menunjukkan bahawa tahap kebimbangan ujian semua pelajar adalah sederhana

manakala motivasi intrinsik dan ekstrinsik pelajar berada pada tahap tinggi. Di

samping itu, motivasi ekstrinsik didapati mempunyai perkaitan yang positif dan

signifikan dengan motivasi intrinsik namun kekuatan perkaitan itu adalah sederhana.
70

Tiada perkaitan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan

kebimbangan ujian pelajar.

Hasan, Imran, Muhammad dan Kashif (2010) telah menjalankan satu kajian

yang berkaitan dengan motivasi pelajar universiti dan hubunganya dengan prestasi

akademik. Sampel kajian ini terdiri daripada 342 pelajar universiti di Pakistan. Dalam

kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik “ The University Student Motivation and

Satisfaction Questionnaire Version 2”. Soal selidik ini digunakan untuk mengukur

motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan kajian

menunjukkan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik mempunyai kesan positif ke

atas prestasi akademik pelajar.

Pecjak Dan Kosir (2007) telah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan

personaliti,faktor motivasi dan kesusahan dalam membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar sekolah menengah.Tujuan kajian ini untuk mengkaji perbezaan

personaliti dan faktor motivasi dalam kesusahan membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar sekolah menengah.Sampel kajian terdiri daripada 641 orang pelajar

tingkatan empat. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah Decision Making

Questionnaire, Career Decision-Making Difficulties Questionnaire – CDDQ, Big Five

Inventory, Self-regulation Inventory – short version, Satisfaction with life scale

(SWLS; Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan diantara personaliti

dengan membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar. Keputusan kajian

menunjukan terdapat perbezaan yang signifikan faktor motivasi dengan membuat

keputusan kerjaya.Pelajar yang mempunyai personaliti ekstraversi, conscientiousness,

keterbukaan dan mempunyai emosi yang stabil lebih kompeten dan mempunyai
71

kawalan diri dalam membuat keputusan kerjaya. Peramal yang paling penting dalam

membuat keputusan kerjaya ialah kurang panik, gaya membuat keputusan

impulsif,ektraversi,kestabilan emosi dan kecekapan pengawalan diri.

Kajian yang dijalankan oleh R.Johnson (2004) terhadap pelajar kolej dan

pelajar University di bahagian tenggara United States. Kajian ini merupakan kajian

tinjauan terhadap 542 responden. Kajian ini bertujuan untuk menentukan

sejauhmanakah motivasi intrinsik dan ekstrinsik boleh digunakan untuk meramal

pencapaian akademik. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mempunyai

dua bahagian. Bahagian pertama adalah soal selidik maklumat diri dan soal selidik

yang kedua adalah mengenai ‘Attitude Towards College’ (ATC). Hasil kajian terhadap

motivasi intrinsik terhadap pelajar lelaki, didapati tidak terdapat hubungan yang

signifikan antara motivasi intrinsik dengan pencapaian akademik.

Kajian yang dijalankan oleh Eisenberger, Rhoades dan Cameron (2004)

terhadap kesan pemberian ganjaran terhadap motivasi intrinsik. Kajian yang

dijalankan oleh pengkaji ini menggunakan kaedah eksperimental bagi melihat

keberkesanannya. Oleh itu sampel dibahagikan kepada empat kumpulan . Hasil kajian

yang dijalankan yang dijalankan oleh Deci menyatakan bahawa apabila ganjaran

diketahui, motivasi intrinsik akan menurun tetapi berbeza pula dengan kajian yang

dijalankan oleh Eisenberger, Rhoades dan Cameron (2004) yang menyatakan bahawa

motivasi intrinsik akan meningkat apabila pelajar mengetahui ganjaran yang akan

diterima. Eisenberger, Rhoades dan Cameron telah menjalankan kajian terhadap

pelajar kolej dan membahagikan mereka kepada 4 kumpulan yang mempunyai criteria

yang berbeza-beza. Di dapati kumpulan yang mengetahui ganjaran yang akan


72

diperolehi, tahap motivasi intrinsiknya akan meningkat berbanding dengan kumpulan

yang tidak mengetahui tentang ganjaran yang akan diperolehi.

2.3.4 Efikasi-Kendiri

Emilija Peciulyte, Laura Ustinaviciute dan Natalija Norvile (2014) dalam kajian yang

meneliti tentang efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya terhadap pelajar tahun

akhir dan menganalisis hubungan antara efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya

dan penglibatan ibu bapa semasa membuat keputusan. Kepentingan faktor kognitif

dalam membuat keputusan mengenai profesion cukup meluas dianalisis dalam

kesusasteraan psikologi moden mengenai topik-topik kerjaya, tetapi kaitan antara

faktor-faktor luaran, seperti sokongan ibu bapa, gangguan, atau bukan penglibatan,

dan analisis efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya masih tidak mencukupi.

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk meneliti hubungan antara penggelibatan ibu

bapa semasa membuat keputusan kerjaya dan efikasi-kendiri pelajar membuat

keputusan kerjaya. Seramai 205 orang pelajar gred 11 hingga 12 terlibat dalam

kajian ini (mean age – 17, SD = 0.8). Penilaian ini melibatkan dua soal selidik iaitu

Career-Specific Parental Behavior (Dietrich, Kracke, 2009) dan Career Decision

Self-efficacy Short-Form Scale (Betz, Klein, 1996). Keputusan menunjukkan bahawa

sokongan ibu bapa mempunyai hubungan yang positif dengan efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya. Manakala kurangnya penglibatan ibubapa mempunyai

kaitan yang negatif dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya. Selain itu,

didapati bahawa pelajar yang membuat pilihan kerjaya yang terakhir mempunyai skor

yang tinggi dalam efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya. Tiada perbezaan

jantina antara sokongan ibu bapa dan gangguan. Walaubagaimanapun, didapati


73

bahawa pelajar lelaki kurang cenderung untuk menerima penglibatan ibu bapa dalam

membuat keputusan kerjaya berbanding dengan pelajar perempuan.

Parishani dan Nilforoosham (2014) telah menjalankan kajian yang bertajuk

Kebimbangan kerjaya : Ramalan peranan gaya keibubapaan, kecerdasan emosi dan

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka

hubungan antara kebimbingan kerjaya dan gaya keibubapaan dan semua sub skala

kecerdasan emosi dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

remaja sekolah menengah. Responden kajian ini terdiri daripada 400 orang pelajar

Iran. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan empat soal selidik. Antara soal selidik

yang digunakan ialah Career Indecision Scale, Parenting Styles Scale, Emotional

Intelligence dan Career Decision Making Self- Efficacy Scale (CDMSE). Hasil kajian

menunjukkan terdapat korelasi positif yang signifikan di antara gaya keibubapaan

autoritatif dengan semua sub skala efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dan

kecerdasan emosi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi negatif gaya

keibubapaan autoritatif dengan kebimbingan kerjaya.

Kelly dan Hatcher (2013) telah menjalankan kajian yang berkaitan dengan

efikasi kendiri membuat kerjaya dan halangan kerjaya dalam membuat keputusan

dalam komuniti pelajar kolej. Kajian ini adalah untuk meneroka perbezaan efikasi

kendiri membuat keputusan dan halangan kerjaya dalam kalangan pelajar yang

mendaftar program teknologi gunaan dengan pelajar yang mendaftar untuk berpindah

kolej. Responden kajian ini terdiri daripada 787 orang pelajar kolej komuniti. Dalam

kajian ini penyelidik menggunakan dua soal selidik iaitu Career Decision Making

Self- Efficacy Scale –Short Form (CDSE-SF) dan Career Barrier Inventory (CBI-R).
74

Data dianalisis menggunakan T-Test Dua Sampel, ANOVA dan model regresi

berganda. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

teknologi yang digunakan dan pemindahan pelajar kolej dari segi halangan kerjaya

dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. CDMSE mempunyai hubungan

dengan halangan kerjaya.

Patrice Sheri Robinson Bounds (2013) dalam kajiannya telah meneliti

perhubungan antara efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya, identiti konsep-

kendiri etnik, akademik dan pencapaian pelajar sekolah tinggi Afrika Amerika.

Efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya diukur dengan menggunakan Career

Decision-Making Self-Efficacy Scale-Short Form (CDMSE-SF). Kajian ini

menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian ini dapat menambah kepada pembangunan

kerjaya sastera dengan mengambil kira identiti etnik, akademik konsep-kendiri dan

pencapaian sebagai faktor gabungan yang boleh memberi kesan kepada

perkembangan kerjaya remaja Afrika-Amerika. Secara khususnya, hasil kajian ini

dapat membantu guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan kaunselor sekolah melalui

pemahaman efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya kerana ia berkaitan dengan

identiti etnik, akademik konsep-kendiri, pencapaian, dan pembolehubah demografi.

Kajian ini juga memberi implikasi terhadap intervensi kaunseling kerjaya di sekolah-

sekolah untuk membantu pembangunan kerjaya dalam kalangan pelajar.

Yazachew Alemu Tenaw (2013), telah mengkaji tahap efikasi-kendiri pelajar,

perbezaan jantina berdasarkan efikasi-kendiri, pencapaian, dan juga hubungan antara

efikasi-kendiri dan pencapaian pelajar tahun dua 2012 dalam Analytical Chemistry I

(ACI) di Debre Markos College of Teacher Education (DMCTE). Responden kajian


75

ini terdiri daripada 100 orang pelajar. Dengan menggunakan statistik inferensi (t-test),

perbezaan efikasi-kendiri dan pencapaian dengan jantina diukur menggunakan

korelasi pearson, hubungan antara efikasi-kendiri dan pencapaian juga dikaji. Analisis

data seterusnya menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan efikasi-kendiri

berdasarkan jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian

dengan jantina. Hasil dapatan kajian terdapat hubungan yang signifikan di antara

efikasi-kendiri dengan pencapaian.

Siti Salwa dan Norwati (2013) pula telah menjalankan kajian umum berkenaan

efikasi-kendiri pelajar. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat tiga objektif utama.

Pertama, mengkaji tahap umum efikasi-kendiri di kalangan pelajar sekolah menengah.

Kedua, meneroka sama ada terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam tahap

umum efikasi-kendiri antara pelajar sekolah lelaki dan perempuan. Ketiga, melihat

korelasi antara efikasi-kendiri umum dengan jantina. Seramai 489 responden dari

empat buah sekolah telah mengambil bahagian dalam kaji selidik ini. Soal selidik

mengandungi 10 item berukuran General self- efficacy (GSE). Data dianalisis secara

kuantitatif dengan menggunakan statistik deskriptif, independent- samples Ujian-t dan

Pearson’s product-moment correlation tests. Hasil kajian menunjukkan bahawa

majoriti pelajar mengalami tahap efikasi-kendiri sederhan. Hasil dapatan kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua jantina dengan

efikasi kendiri. Selain itu, hubungan antara efikasi-kendiri umum dan jantina,

menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah.

Bakar, Zakaria, Mohamed dan Hanapi (2011) telah menjalankan satu kajian

yang bertajuk efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

teknik dan vokasional di Malaysia. Responden kajian ini terdiri daripada 558 orang
76

pelajar dari sekolah teknik iaitu 256 orang pelajar lelaki dan 302 pelajar perempuan.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan soal selidik Career Decision-Making Self-

Efficacy Scale-Short Form (CDMSE-SF) untuk mengukur efikasi kendiri dalam

membuat keputusan kerjaya. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa

keberkesanan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

teknik adalah sederhana. Selain itu,hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat

korelasi antara efikasi membuat keputusan kerjaya dengan pencapaian akademik.

Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan efikasi membuat

keputusan kerjaya berdasarkan jantina. Walaubagaimana pun terdapat perbezaan

antara efikasi membuat keputusan kerjaya dengan aspirasi pendidikan.

Seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Sani Ismail (2011) yang

melibatkan kematangan kerjaya, efikasi-kendiri kerjaya dan penglibatan pelajar dalam

aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya. Kajian ini bertujuan untuk

melihat tahap kematangan kerjaya, tahap efikasi- kendiri kerjaya dan penglibatan

pelajar dalam program bimbingan dan kaunseling kerjaya. Kajian ini juga cuba

meninjau sama ada pemboleh ubah tersebut dapat dikaitkan dengan pemboleh ubah-

pemboleh ubah lain seperti jantina, bangsa, aliran atau jurusan pengajian, pencapaian

akademik dan status sosio ekonomi keluarga. Kajian ini telah melibatkan sampel

kajian seramai 1060 orang pelajar yang dipilih dengan kaedah persampelan rawak

bersistematik dari 106 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri

Terengganu. Kajian yang dijalankan secara tinjauan ini menggunakan soal selidik dan

temubual..Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa tahap kematangan kerjaya dan

tahap efikasi-kendiri kerjaya pelajar berada pada tahap rendah dan sederhana.

Walaubagaimana pun kematangan kerjaya dan efikasi-kendiri kerjaya pelajar didapati


77

berbeza secara signifikan berdasarkan jantina, aliran atau jurusan pengajian,

pencapaian akademik dan status sosioekonomi keluarga. Kematangan kerjaya dan

efikasi-kendiri kerjaya pelajar tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

kematangan kerjaya dan efikasi-kendiri kerjaya pelajar berdasarkan faktor bangsa.

Analisis regresi menunjukkan bahawa aktiviti program bimbingan dan kaunseling

menyumbang terhadap kematangan kerjaya dan efikasi-kendiri kerjaya pelajar.

Laporan keseluruhan mendapati bahawa tahap kematangan kerjaya dan tahap efikasi-

kendiri kerjaya pelajar dipengaruhi oleh beberapa faktor lain seperti keluarga.

Samia Nawaz dan Nighat Gilani (2011) pula telah membincangkan hubungan

Ibu bapa dan bond peer attachment dengan efikasi-kendiri membuat keputusan

kerjaya dalam kalangan remaja dan awal dewasa. Hubungan ibu bapa dan bond peer

attachment dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan remaja

dan awal dewasa telah menggunakan sampel seramai 300 lelaki dan 250 perempuan

diambil dari kolej kerajaan yang berbeza dan universiti-universiti di Rawalpindi dan

Islamabad, Pakistan. Inventori Parent and Peer Attachment-R (IPPA-R) digunakan

untuk mengukur tahap ibu bapa dan peer attachment bonds dan Career Decision-

Making Self-Efficacy Scale-Short Form (CDMSE-SF) untuk mengukur efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya. Terdapat hubungan positif yang signifikan di antara ibu

bapa dan peer attachment bonds dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya.

Tiada perbezaan yang ditemui apabila hubungan ibu bapa dan peer attachment bonds

dan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya akan dikaji secara berasingan untuk

responden lelaki dan wanita. Mereka yang dipilih sebagai responden adalah individu

yang tinggal dengan ibu bapa kandung semasa tempoh penyelidikan, dan mempunyai

keluarga utuh. Ini dilakukan untuk mengelakkan kemungkinan keluarga berpecah


78

belah atau ibu bapa tunggal terhadap personaliti mereka dan juga efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya mereka. Analisis dapatan regresi hierarki menyokong

bahawa ibu bapa dan peer attachment bonds telah menyumbang dalam meramalkan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya terhadap remaja dan awal dewasa,

walaupun pengaruh ibu bapa seolah-olah lebih kuat daripada pengaruh rakan sebaya.

Quiteya Dawn Walker (2010) dalam kajiannya yang mengkaji hubungan

antara kematangan kerjaya, efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya, advokasi diri

bagi pelajar kolej yang mempunyai upaya dan kurang upaya. Terdapat ramai pelajar

kolej yang kurang upaya menghadiri institusi post-secondary, dan angka tersebut terus

meningkat. Walaubagaimanapun, pelajar kurang upaya, mendapat gred yang lebih

rendah di kolej berbanding rakan-rakan mereka yang normal, mengambil masa yang

lama untuk melengkapkan ijazah mereka, mempunyai kadar keciciran yang lebih

tinggi, dan lebih cenderung untuk menjadi penganggur selepas kolej. Responden

termasuklah 347 orang pelajar post secondary, 89 orang yang dilaporkan mempunyai

kecacatan. Tumpuan kajian ini untuk mengumpul maklumat mengenai sikap pelajar

post secondary ke arah kerjaya, kepercayaan dalam kebolehan mereka untuk

meneruskan kerjaya, dan pengetahuan advokasi diri mereka untuk mengkaji hubungan

di antara mereka. Kajian ini memberikan sokongan empirikal bahawa terdapat

hubungan antara kematangan kerjaya, efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya, dan

advokasi diri. Hasil kajian korelasi, MANOVA, ANOVA dan regresi hierarki analisis

menyediakan empat penemuan utama dan implikasi. Pertama, terdapat hubungan yang

positif antara kematangan kerjaya, efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya, dan

advokasi diri pelajar kolej kurang upaya. Kedua, hasil kajian menunjukkan bahawa

pelajar normal yang mempunyai tahap yang lebih tinggi dalam aspek kematangan
79

kerjaya dan advokasi diri daripada pelajar-pelajar yang kurang upaya;

Walaubagaimanapun, skor efikasi-kendiri adalah sama untuk pelajar normal dengan

pelajar kurang upaya. Ketiga, hasil kajian yang memberi tumpuan khusus kepada

pelajar kurang upaya menunjukkan bahawa kematangan kerjaya pelajar yang

mempunyai tahap yang tinggi advokasi diri adalah lebih tinggi daripada pelajar-

pelajar yang mempunyai tahap yang rendah advokasi diri. Keempat, hasil kajian ini

memberi tumpuan khusus kepada pelajar kurang upaya menunjukkan bahawa

sokongan diri dan keputusan kerjaya efikasi-kendiri adalah satu-satunya

pembolehubah yang positif memberi kesan kepada kematangan kerjaya.

Rahim dan Rohana (2010) telah menjalankan kajian terhadap minat kerjaya,

efikasi-kendiri keputusan kerjaya, kemahiran employabiliti, dan pilihan kerjaya bagi

pelajar vokasional pertanian di semenanjung Malaysia. Kajian ini melibatkan pelajar

tingkatan empat elektif MPV Teknotani di 154 buah sekolah menengah kebangsaan di

seluruh semenanjung Malaysia. Seramai 393 orang responden telah dipilih dengan

menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Penyelidik telah menggunakan

kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan ujian minat kerjaya (Holland),

instrument Career Decision Self-Efficacy Scale- Short Form (CDSE-SF) oleh Betz

dan Taylor (2006), Ujian-tahap kemahiran Employabiliti (Definisi oleh

SCANS(1991)) dan pilihan kerjaya. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar MPV

Teknotani terdiri daripada pelajar lelaki (80.4 %) dan pelajar perempuan (19.6%).

Majoriti pelajar perempuan telah memilih kerjaya di bidang bukan pertanian sebagai

kerjaya pilihan. Analisis kajian mendapati pelajar MPV Teknotani mempunyai jenis

minat kerjaya yang pelbagai (RIASEC) iaitu 46.3% dalam bidang kerjaya pertanian

manakala 53.7% bukan dalam bidang pertanian. Manakala jumlah pelajar yang
80

mempunyai tahap efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya yang tinggi dan

sederhana adalah lebih kurang sama. Majoriti pelajar pula mempunyai tahap

kemahiran employibiliti yang sederhana. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati tidak

wujud hubungan yang signifikan diantara pilihan kerjaya dengan, bidang elektif, jenis

minat kerjaya bercorak sosial paling diminati oleh responden dan diikuti kerjaya

bercorak Konvensional, corak Realistik, Enterprizing, Artistik serta Investigatif,

efikasi-kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran employbiliti. Walaubagaimanapun

kekerapan menerima maklumat kerjaya didapati mempunyai nilai hubungan yang

signifikan dengan pilihan kerjaya. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan dalam minat kerjaya Realistik dan Sosial dalam berdasarkan jantina.

Terdapat juga perbezaan yang signifikan bagi minat kerjaya Realistik, Investigatif,

Artistik, dan Konvensional terhadap bidang elektif yang dipelajari. Terdapat

perbezaan signifikan bagi efikasi-kendiri keputusan kerjaya dan kemahiran

employabibiliti terhadap jumlah maklumat kerjaya yang diterima oleh pelajar.

Didapati pilihan kerjaya yang dibuat oleh pelajar dipengaruhi oleh jumlah mendapat

maklumat kerjaya.

Hasan, Susran dan Habib (2009) telah menjalankan satu kajian yang berkaitan

dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya, kematangan kerjaya dan status

sosioekonomi dalam kalangan belia turki. Kajian ini di lakukan secara tinjauan untuk

menentukan kesan status sosio ekonomi ke atas pembolehubah keberkesanan diri

dalam membuat keputusan kerjaya dan kematangan kerjaya belia yang mempunyai

status sosio ekonomi yang berbeza. Responden kajian ini terdiri daripada 346 orang

anak muda Turki. Responden kajian ini dipilih secara persampelan rawak. Hasil kajian
81

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dan kematangan kerjaya dengan status sosioekonomi..

Patel, Salahuddin dan O’Brien (2008) telah menjalankan kajian berkaitan

dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan remaja Vietnam.

Aspek yang dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini ialah peranan budaya, sokongan

sosial, status sosioekonomi dan perkauman. Responden kajian terdiri daripada 85

orang remaja Vietnam yang berusia di antara 11 hingga 15 tahun yang tinggal di

Washington. Soal Selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah Language,Identity

and Behavioral Acculturation Scale (LIB),Social Support Microsystems Scale,Asian

American Racism-Related Stress Inventory (AARRSI) dan Career Decision-making

self efficacy (CDMSE). Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan

dalam skor min bagi semua pembolehubah di antara lelaki dan perempuan. Tidak

terdapat perbezaan signifikan antara gred empat dengan efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya.

Hashim Fauzy dan Ishak (2007) mengkaji efikasi-kendiri dan pencapaian

akademik pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Seramai 485 orang

responden terlibat dalam kajian ini di mana 253 orang merupakan pelajar perempuan

dan 232 orang pelajar lelaki. Responden menurut kaum pula boleh dibahagikan

kepada dua kategori iaitu bumiputera dan bukan bumiputera serta etnik iaitu Melayu

atau bumiputera Sabah dan Sarawak serta Cina dan India. Bilangan responden

bumiputera ialah 335 (69.9%), bukan bumiputera 144 (29.7%) Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak, 131 (27.3%) Cina dan 13 (2.7%) India. Soal selidik

Patrick dan Hicks (1997) digunakan untuk mengukur efikasi-kendiri. Soal selidik ini
82

mengukur efikasi akademik, efikasi sosial hubungan dengan rakan dan efikasi sosial

hubungan dengan pensyarah. Terdapat tiga sub skala efikasi-kendiri iaitu efikasi

akademik, efikasi sosial terhadap rakan dan efikasi sosial terhadap pensyarah. Skor

efikasi dibahagikan kepada tiga tahap ukuran iaitu tinggi, rendah dan sederhana.

Keputusan kajian menunjukkan majoriti pelajar IPTA yang dikaji mempunyai tahap

efikasi akademik yang tinggi, iaitu mempunyai keyakinan kebolehan diri yang tinggi.

Lebih 92% menganggap mereka mempunyai efikasi akademik yang tinggi. Hanya 21

orang (4.3%) pada tahap sederhana dan 6 orang (1.2%) pada tahap yang rendah.

Hampir 83% iaitu 402 responden menyatakan efikasi mereka dengan rakan juga

tinggi. Hampir 83% iaitu 402 responden menyatakan efikasi mereka dengan rakan

ialah tinggi berbanding dengan 67 orang (13.8%) menyatakan sederhana. Hanya 2

orang (0.4%) menyatakan tahap efikasi mereka ialah rendah. Walaubagaimanapun,

pelajar IPTA menghadapi sedikit masalah dalam efikasi diri apabila berhadapan

dengan pensyarah. Walaubagaimanapun hanya 12 orang (2.5%) yang menyatakan

efikasi mereka ialah rendah berbanding dengan 286 orang (59%) menyatakan tinggi

dan 176 orang (36.3%) pada tahap sederhana. Efikasi-kendiri secara keseluruhan bagi

pelajar pusat pengajian tinggi ialah skor keseluruhan bagi semua jenis efikasi

akademik, efikasi sosial dengan rakan dan pensyarah. Hanya 25 orang (5.2%)

daripada responden berada pada efikasi diri yang rendah, 64 orang (13.2%) tinggi dan

381 orang (78.6%) berada pada tahap sederhana. Tidak terdapat perbezaan yang

signifikan efikasi-kendiri berdasarkan jantina dan kumpulan etnik. Tidak terdapat

perbezaan yang signifikan efikasi-kendiri antara pelajar Tahun Kedua, Ketiga,

Keempat dan Kelima. Begitu juga menurut bidang, tidak terdapat perbezaan signifikan

antara pelajar Sains dan Sains Sosial. Terdapat hubungan positif yang signifikan

antara efikasi-kendiri dengan pencapaian akademik.


83

Melati Sumari (2006) telah mengkaji fungsi keluarga iaitu dari segi iklim

sosial dan corak interaksi dalam keluarga dan efikasi-kendiri dalam membuat

keputusan kerjaya pelajar Universiti Malaya. Seramai 690 orang pelajar dari fakulti

pergigian, perubatan, sains, sains komputer dan teknologi maklumat merupakan

pelajar aliran sains. Pelajar dari Akademi Pengajian Islam, Akademik Pengajian

Melayu, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Fakulti

Pendidikan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial serta

Fakulti Undang-undang merupakan pelajar aliran sains sosial. Seramai 690 orang

(74.6%) pelajar lelaki dan 235 orang (25.4%) pelajar perempuan terlibat dalam kajian

ini. Mereka merupakan 597 orang (64.5%) Melayu, 288 orang (31.3%) Cina dan 40

orang (4.3%) India. Berdasarkan bidang pengajian pula, majoriti responden terdiri dari

pelajar major sains sosial iaitu seramai 621 orang (67.1%) dan major dalam sains

seramai 304 orang (32.3%). Soal selidik yang digunakan ialah Family Assessment

Device (FAD, Epstein, Baldwin & Bishop 2000) dan Career Decision Self-efficacy

Scale-Short Form (CDSE-SF;Betz & Taylor 2000). Dapatan kajian menunjukkan

responden mendapat skor keyakinan yang tinggi dalam self-appraisal diikuti oleh

perancangan kerjaya, pemilihan matlamat dan maklumat pekerjaan. Skor yang rendah

didapati bagi sub skala penyelesaian masalah menunjukan keyakinan yang rendah

dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerjaya. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat korelasi negatif antara penyelesaian masalah FAD dengan jangkaan efikasi-

kendiri berkaitan self-appraisal dan perancangan kerjaya. Korelasi yang negatif juga

didapati antara penyelesaian masalah FAD dan CDSE-SF, maklumat pekerjaan,

pemilihan matlamat dan penyelesaian masalah. Dapatan kajian menunjukkan min

CDSE-SF bagi pelajar perempuan Melayu adalah tertinggi, diikuti oleh pelajar

perempuan Cina dan India. Ini menunjukkan pelajar perempuan etnik Melayu lebih
84

berkeyakinan dalam membuat keputusan berkaitan kerjaya berbanding dengan pelajar

perempuan etnik Cina dan India. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat

perbezaan min yang signifikan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya antara tiga

kumpulan etnik. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan

antara efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya antara pelajar Melayu dan Cina

serta antara pelajar Cina dan India. Pelajar Melayu menunjukkan min efikasi-kendiri

membuat keputusan kerjaya yang tertinggi berbanding pelajar Cina. Pelajar India pula

menunjukkan min efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya yang lebih tinggi

berbanding pelajar Cina. Terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Pelajar lelaki menunjukkan skor efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya yang

tinggi berbanding pelajar perempuan. Ini menunjukkan pelajar lelaki lebih

berkeyakinan membuat keputusan kerjaya. Terdapat perbezaan yang signifikan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya antara pelajar Melayu dengan Cina di

mana min pelajar Melayu ialah 88.05 dan pelajar Cina ialah 82.98 yang skor dalam

Sastera dan Sosial Sains. Terdapat perbezaan yang signifikan min antara pelajar Cina

dengan pelajar India di mana min pelajar Cina ialah 82.98 dan pelajar India ialah

93.75. Ini menunjukkan pelajar Cina dalam major Sastera dan Sains kurang keyakinan

dalam membuat keputusan kerjaya berbanding dengan pelajar Melayu dan Cina dalam

major yang sama.

Rahil, Habibah, Cheong, Fauzi, Noreen dan Maria (2006) telah menjalankan

kajian tentang hubungan antara efikasi-kendiri pelajar dengan pencapaian mereka

dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan 1146 orang pelajar Tingkatan Empat

yang dipilih daripada lapan buah sekolah di Daerah Petaling, Selangor. Mereka terdiri
85

daripada 646 orang (56.4%) pelajar lelaki dan 499 orang (43.1%) pelajar perempuan.

Responden kajian terdiri daripada 491 orang pelajar Melayu, 374 orang pelajar Cina,

248 orang pelajar India dan lain-lain bangsa seramai 25 orang. Soal selidik yang

digunakan untuk mengukur efikasi-kendiri ialah skala efikasi-kendiri Bandura (1995)

dan Kim & Park (1997). Dapatan kajian menunjukkan 51% pelajar mempunyai

efikasi-kendiri yang tinggi manakala 48% pelajar mempunyai tahap efikasi-kendiri

yang rendah dalam Bahasa Inggeris. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan efikasi-kendiri bahasa inggeris berdasarkan etnik. Pelajar india

menunjukkan min efikasi- kendiri Bahasa Inggeris yang tinggi dalam semua dimensi

efikasi-kendiri berbanding pelajar Melayu dan Cina. Manakala pelajar Melayu

mempunyai min efikasi-kendiri Bahasa Inggeris dalam semua dimensi yang

menunjukkan terdapat hubungan positif antara beberapa dimensi efikasi-kendiri iaitu

efikasi pencapaian akademik dan juga ketegasan diri dengan prestasi dalam Bahasa

Inggeris.

Berikut adalah kajian yang dilakukan oleh Paulsen, Alisa M, dan Nancy E.

Betz (2004) yang telah mengkaji tahap keyakinan dalam membuat keputusan untuk

menceburi sesuatu bidang di kolej. Sampel kajian seramai 627 orang mahasiswa.

Terdapat enam pembolehubah keyakinan telah diuji dengan menggunakan alat ujian

career decision making self-efficacy (CDMSE) dalam membuat pemilihan kerjaya.

Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

efikasi-kendiri kerjaya dengan etnik atau bangsa. Perbezaan hanya berlaku dalam

pilihan kursus yang paling diminati oleh satu-satu bangsa. Namun begitu mereka

masih mempunyai perancangan kerjaya dan matlamat kerjaya masing-masing.


86

Kua Bee Hon (2002), telah mengkaji hubungan antara kepercayaan efikasi-

kendiri kerjaya pelajar dengan pencapaian mereka dalam kebarangkalian. Kajian ini

juga ingin mengenalpasti sama ada efikasi-kendiri mempunyai perhubungan dengan

pencapaian matematik pelajar dan juga kesan ke atas perbezaan jantina. Sampel yang

terlibat dalam kajian ini adalah seramai 22 orang pelajar perempuan dan 18 orang

pelajar lelaki yang sedang belajar di tingkatan enam bawah dari salah sebuah sekolah

menengah di Bandar Taiping Perak. Soal selidik efikasi-kendiri kerjaya dan ujian

kebarangkalian telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian dari segi jantina

mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara efikasi-kendiri

kerjaya dengan perbezaan jantina.

2.4 Rumusan

Penggunaan teori dalam kajian adalah sangat penting. Ini kerana teori merupakan

garis panduan dalam melakukan kajian. Di samping itu, pencarian kajian literatur

bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, lebih-lebih lagi bagi penyelidik

yang tidak berpengalaman. Bagi memudahkan proses pencarian, penyelidik perlu

memilih bidang-bidang tajuk yang relevan dengan tajuk penyelidikan yang ingin

dilaksanakan. Seterusnya, penyelidik perlulah mencari kajian-kajian literatur yang

mempunyai tajuk yang hampir sama dengan kajian sendiri. Kajian-kajian lepas ini

meliputi kajian dalam dan luar negara. Berdasarkan kajian-kajian yang dimasukkan

dalam kajian ini digunakan sebagai bahan sokongan kajian dan panduan yang

digunakan oleh pengkaji dalam usaha menambahkan hasil penyelidikan ini. Dengan

adanya kajian tentang sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi membuat
87

keputusan kerjaya yang telah dijalankan akan memberikan gambaran yang lebih jelas

kepada pengkaji mengenai kajian yang dijalankan.


88

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Bab ini merangkumi aspek-aspek kajian seperti reka bentuk kajian, tempat kajian,

populasi kajian, subjek kajian, dan alat kajian yang digunakan. Di samping itu juga,

bab ini turut menyentuh tentang pemarkatan, penganalisisan data statistik, pengujian

hipotesis dan rumusan.

3.2 Reka bentuk kajian

Dalam menjalankan sesuatu kajian, terdapat beberapa reka bentuk yang sering

digunakan oleh penyelidik. Pemilihan sesuatu reka bentuk kajian mempunyai

kekuatan dan kelemahan tersendiri. Di samping itu, pemilihan reka bentuk oleh

penyelidik banyak bergantung kepada tujuan dan masalah yang ingin dikaji. Oleh itu
89

kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif. Reka bentuk tinjuan ini dipilih

bersesuaian dengan kajian yang menggunakan sampel kajian yang banyak dan untuk

mendapat keputusan yang mantap berkenaan dengan isu yang dikaji.

Menurut Noraini (2013) kajian tinjauan merupakan kaedah penyelidikan yang

melibatkan pungutan data dari populasi untuk memahami suatu situasi terkini

berhubung populasi dan satu atau lebih pembolehubah. Di samping itu reka bentuk

kajian tinjauan dapat memberi penerangan yang sistematik untuk memerihalkan

keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Pemerihal ini terhad kepada sampel

sahaja dan tidak digunakan secara menyeluruh kepada populasi yang dikaji.

Manakala Chua Yan Piaw (2006), menyatakan kajian tinjauan dapat

mengumpul jawapan yang terus dari subjek kajian. Kaedah ini boleh digunakan untuk

membuat ramalan tentang isu masyarakat semasa yang timbul. Oleh yang demikian,

kaedah tinjauan dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh sokongan ibu bapa,

personaliti, motivasi ke atas efikasi kendiri membuat kerjaya dalam kalangan pelajar.

Kaedah ini dilihat dapat membantu pengkaji kerana keupayaan hasil kajian untuk

digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan

3.3 Tempat kajian

Tempat kajian yang telah dipilih oleh pengkaji ialah sekolah-sekolah di Daerah

Asajaya Sarawak. Terdapat lima buah sekolah di daerah Asajaya Sarawak. Pemilihan

lokasi kajian di sekolah tersebut kerana sekolah berkenaan memenuhi tuntutan dan
90

kehendak kajian iaitu mengkaji sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar . Selain itu, pemilihan

lokasi kajian ini adalah disebabkan di dalamnya terdapat populasi yang bertepatan

dengan tujuan kajian. Di samping itu, pemilihan tempat kajian ini adalah kerana di

sini terdapat pelbagai bangsa.Tambahan pula, daerah ini terdapat ramai pelajar lepasan

SPM menganggur dan tidak mendapat pekerjaan.

3.4 Subjek Kajian

Subjek kajian terbahagi kepada dua iaitu populasi kajian dan sampel kajian. Populasi

kajian merujuk kepada semua kes atau subjek yang hendak dikaji. Manakala sampel

pula merupakan cabutan kes atau subjek daripada sesuatu populasi. Subjek kajian ini

akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam populasi kajian dan sampel kajian.

3.4.1 Populasi Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat di lima sekolah di daerah

Asajaya. Antara sekolah yang terlibat ialah sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya,

Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib, Sekolah Menengah Kebangsaan

Sadong Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Jaya dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Pasentren. Jumlah keseluruhan pelajar tingkatan empat di sekolah

tersebut adalah seramai 785 orang. Pelajar tersebut meliputi pelajar lelaki dan pelajar

perempuan yang dikenal pasti melalui maklumat yang diperoleh daripada pejabat

sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan.


91

3.4.2 Sampel Kajian

Persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapatkan

maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebilangan individu yang

menganggotai populasi tersebut (Mohd Majib 2004). Menurut Noraini Idris (2013),

pensempalan merupakan suatu proses pemilihan objek penyelidikan daripada suatu

kumpulan yang mewakili kumpulan besar yang dipilih.

Manakala asas penentuan jumlah sampel kajian berdasarkan kepada Krejcie

dan Morgan (1970) bagi populasi 750 orang pelajar saiz sampel yang diperlukan ialah

254 orang ( jadual 3.1). Dalam kajian ini seramai 442 orang pelajar dipilih sebagai

sampel kajian. Bilangan ini melebihi bilangan yang dicadangkan oleh Krejcie Dan

Morgan kerana maklumbalas daripada responden sangat baik. Pengkaji telah

mengedarkan sebanyak 500 soal selidik dan sebanyak 450 soal selidik dikembalikan

dan 442 soal selidik digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah

persampelan rawak mudah dimana kaedah ini boleh mengurangkan ralat persampelan.

Menurut Noraini Idris (2013) pensempalan jenis ini merupakan cara yang terbaik

untuk mendapatkan sampel daripada saiz populasi yang besar.

Jadual 3.1
Penentuan Saiz sampel Menurut Krejcie &Morgon (1970)

N S
600 234
650 242
700 248
750 254
800 260
850 265
92

3.5 Instrumen Kajian

Alat ukur atau boleh juga dikenali sebagai inventori penilaian merupakan instrumen

penting yang digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Menurut Mohd. Majid

(1990), alat ukur yang sempurna akan mengukur dengan tepat pemboleh ubah yang

hendak diukur. Bagi tujuan penyelidikan ini telah wujud alat ukur yang piawai, jadi

penyelidik hanya perlu memilih alat ukur yang paling bersesuaian dengan tujuan

penyelidikan yang dijalankan.

Alat kajian untuk melakukan penyelidikan ini terbahagi kepada lima bahagian

iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C , Bahagian D dan bahagian E. Bahagian A

adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan diri pelajar, manakala

Bahagian B adalah borang soal selidik Career-Related Parent Support Scale (CRPSS)

untuk mengenal pasti sokongan ibu bapa dalam membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan anak-anak mereka. Seterusnya Bahagian C adalah borang soal selidik Big

Five Inventory (BFI) bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti dalam membuat

keputusan kerjaya. Soal selidik bahagian D ialah soal selidik Participation Motivation

Inventory: PMI untuk mengenal pasti jenis motivasi dalam membuat keputusan

kerjaya. Akhir sekali adalah Bahagian E Career Decision-Making Self-Efficacy Scale-

Short Form (CDMSE-SF) iaitu borang soal selidik untuk mengenal pasti efikasi

kendiri dalam membuat keputusan kerjaya.


93

3.5.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden

Bahagian A dibentuk sendiri oleh penyelidik adalah berkaitan dengan maklumat

responden . Ia bertujuan mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden.

Antara item yang terdapat dalam bahagian A ialah maklumat tentang jantina

responden, bangsa, umur dan aliran.

3.5.2 Bahagian B : Sokongan Ibu bapa Career Related Parent Support Scale
(CRPSS)

Bahagian B adalah soal selidik yang di perolehi daripada Muhammad Bazlan (2011)

melalui kajian beliau iaitu “ Hubungan Dan Pengaruh Sokongan Ibu Bapa, Personaliti

Serta Efikasi –Kendiri Ke Atas Kemurungan Pelajar Perubatan”.Career Related

Parent Support Scale (CRPSS) dibentuk oleh Turner, Alliman Brissett, Lapan, Udipi

dan Ergun (2003). Inventori ini dibentuk berasaskan laporan diri iaitu persepsi

responden bagaimana ibu bapa mereka menyediakan pendidikan dan kecekapan

maklumat orientasi kerjaya berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Bandura (1977,

1997). Skala pertama mengandungi tujuh item dalam inventori ini ialah konstruk

pencapaian prestasi lepas yang dinamakan Instrumen Bantuan (Instrumental

Assistance) iaitu sokongan keluarga terhadap remaja berkaitan kemahiran dalam

perkembangan kerjaya. Skala kedua mengandungi tujuh item merupakan konstruk

pembelajaran vikarius yang dinamakan Model Berkaitan Kerjaya iaitu tingkah laku

ibu bapa yang dijadikan model dalam kerjaya.

Skala ketiga mengandungi enam item berdasarkan konstruk pujukan lisan yang

dinamakan Galakan Lisan iaitu kekaguman dan galakan ibu bapa berkaitan dengan
94

perkembangan pelajaran dan kerjaya. Skala keempat mengandungi tujuh item

merupakan konstruk kebangkitan emosi yang dinamakan sokongan emosi iaitu

sokongan ibu bapa yang memberi kesan ke atas pengalaman remaja dalam

hubungannya berkaitan dengan perkembangan pelajaran dan kerjaya.

Walau bagaimanapun, hanya dua skala sahaja yang digunakan dalam kajian ini

iaitu galakan lisan dan sokongan emosi ibu bapa dalam kerjaya. Terdapat 13 soalan

dalam bahagian ini. Semua soalan dalam soal selidik ini semuanya merupakan item

positif. Contoh soalan seperti dalam jadual 3.1.

Jadual 3.2
Contoh soalan Career-Related Parent Support Scale (CRPSS)

Sub skala Contoh Soalan


Galakan lisan 1. Ibu bapa memberi galakan kepada saya untuk
mendapat
gred yang baik
2. Ibu bapa menyatakan kepada saya bahawa mereka
bangga bila saya dapat belajar dengan baik
Sokongan Emosi 1. Ibu bapa saya berbincang dengan saya tentang
jenis pekerjaan yang mereka mahu saya pilih

2. Ibu bapa saya berbincang dengan saya apabila saya


risau
tentang kerjaya saya pada masa hadapan

Inventori ini mengandungi 5 skala likert terdiri daripada 1= sangat tidak setuju

(STS) dan 5= sangat setuju (SS). Instrumen asal dibentuk untuk pelajar sekolah

menengah. Turner (2003) dalam kajiannya ke atas 293 orang pelajar sekolah

menengah mendapati pekali kebolehpercayaan Alpa Cronbach bagi sub skala galakan

verbal ialah .83 dan sub skala sokongan emosi ialah .85. Arias (2006) pula telah
95

menggunakan instrumen ini untuk mengkaji sokongan ibu bapa pelajar kolej di

Amerika syarikat.

3.5.3 Bahagian C : Personaliti The Big Five Inventory (BFI)

Pemilihan Big Five Inventory (BFI) untuk kajian ini adalah bersesuaian berbanding

dengan inventori lain kerana BFI mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.

Pemilihan BFI sebagai alat kajian juga adalah bersesuaian dan memudahkan

responden untuk menjawabnya. Soal selidik ini telah diambil daripada kajian Oliver P.

John (1999). BFI ini digunakan untuk mengkaji lima faktor utama personaliti dalam

kalangan pelajar.

Jadual 3.3
Taburan nombor item The Big Five Inventory (BFI) mengikut sub skala dan item
positif-negatif

Personaliti Positif Negatif


Ekstraversi 6,21,31 1,11,16, 26,36
Agreeableness 2,12,27,37 7,17,22,32,42
Conscientiousness 8,18,23,43 3,13,28,33,38
Neurotitisme 9,24,34 4,14,19,29,39
Keterbukaan 35,41 5,10,15,20,25,30,40,44

Soal selidik ini mengandungi 44 soalan tertutup yang terbahagi kepada lima

kombinasi. Kombinasi tersebut mewakili lima faktor personaliti iaitu Ekstraversi,

Agreeableness, Conscientiousness, Neurotitisme dan Keterbukaan. Daripada lima

kombinasi ini juga, setiap soalan mewakili soalan berbentuk positif dan bentuk

negatif iaitu dari “sangat tidak setuju’ hingga ke ‘sangat setuju’ dengan markah satu

hingga lima markah. Seperti yang dinyatakan, item-item dalam soal selidik ini
96

dibahagikan mengikut fungsinya dalam mengukur personaliti. Jadual 3.2 dapat

memberi gambaran yang lebih jelas mengikut susunan item-item positif dan negatif.

3.5.4 Bahagian D : Participation Motivation Inventory: PMI

Bahagian D adalah soal selidik yang diperolehi daripada Noor Musyassarah (2006),

melalui kajian beliau iaitu “Kajian Hubungan Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik

Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di SMK Raja Puan Tengku Fauziah, Kaki

Bukit Perlis”. Alat ukuran ini dicipta oleh Gill, Gross dan Huddlestor (1983).

Inventori ini terdiri daripada 35 item yang menyentuh sebab-sebab penglibatan

seseorang individu dalam sukan. Bagaimanapun item-item tersebut telah diubahsuai

mengikut kesesuaian kajian ini. Instrumen ini digunakan bagi mengukur tahap

motivasi pelajar iaitu dari segi motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

Menurut Noor Musyassarah (2006), alat ukuran ini juga telah digunakan oleh

Gouild, Feltz dan Weiss (1985) dan Rcyman dan Hamel (1993). Rcykman & Hamel

(1993), telah membahagikan item-item ini kepada dua faktor iaitu faktor intrinsik di

antara item- item yang bersifat motivasi intrinsik iaitu soalan-soalan

1,2,4,7,11,14,16,17,19,22,23,25,26,29,30,32,33. Interprestasi skor untuk soalan-soalan

tersebut sahaja yang dikaji dalam kajian ini berikutan kajian ini adalah untuk melihat

kesan program terhadap motivasi intrinsik pelajar. Manakala item-item bernombor

3,5,6,8,9,10,12,13,15,18,20,21,24,27,28,31,34,35, merupakan item-item yang bersifat

motivasi ekstrinsik. Oleh yang demikian, interprestasi skor untuk soalan-soalan

tersebut tidak dikaji dan diabaikan. Soal selidik ini mengandungi 35 item yang
97

mempunyai jawapan berbentuk skala likert iaitu : 1-sangat tidak setuju, 2- tidak

setuju, 3-setuju dan 4-sangat setuju.

Jadual 3.4
Taburan item motivasi mengikut sub skala

Sub skala Item


Motivasi Intrinsik 1,2,4,7,11,14,16,17,19,22,23,25,26,29,30,32,33
Motivasi Ekstrinsik 3,5,6,8,9,10,12,13,15,18,20,21,24,27,28,31,34,35

3.5.5 Bahagian E Career Decision-Making Self-Efficacy Scale- Short Form


(CDMSE-SF):

Bahagian E merupakan inventori Career Decision-Making Self-Efficacy Scale- Short

Form (CDMSE-SF) yang akan digunakan dalam kajian untuk mengukur efikasi

kendiri pelajar. Soal selidik ini mempunyai 25 item soalan. Soal selidik ini

menggunakan skala 5 likert. Career Decision-Making Self-Efficacy Scale- Short Form

ditaksir oleh (Betz et al, 1996) iaitu mengandungi 25 item yang menggunakan skala 5-

mata (0 “sangat tidak berkeyakinan” sehingga 9 “sangat berkeyakinan”).

Efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (Career decision-making self-

efficacy). Singkatan Career Decision-Making Self-Efficacy (CDMSE-SF; Betz. Klein,

et al., 1996) digunakan untuk mengukur jangkaan efikasi kendiri dalam keberkesanan

melengkapkan tugasan membuat keputusan kerjaya yang baik. CDMSE-SF

mempunyai lima sub skala yang terdiri daripada 25 items yang mengukur lima pilihan

kecekapan kerjaya, Crites’s (1978) model kematangan kerjaya: penilaian kendiri,

mengumpul maklumat pekerjaan, pilihan matlamat, perancangan dan penyelesaian

masalah. Kadar tindak balas item skala 5-mata bermula daripada 0 “sangat tidak

berkeyakinan” sehingga 9 “sangat berkeyakinan”. Jumlah skor dikira mengikut


98

dengan menjumlahkan skor bagi 25 items; skor yang paling tinggi menunjukkan tahap

yang lebih tinggi bagi efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Jadual 3.5
Taburan Item-item dalam CDMSE_SF

Subksala Item
Penilaian Kendiri 5,9,14,18,22
Maklumat pekerjaan 1,10,15,19,23
Pilihan Matlamat 2,6,11,16,20
Perancangan 3,7,12,21,24
Penyelesaian Masalah 4,13,17,25

Pengukuran keseluruhan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya

telah diperolehi daripada penilaian yang berasingan bagi setiap kecekapan domain

kerana bukti daripada analisis faktor tidak disokong dengan adanya 5-sub skala yang

berbeza (Betz et al.; Taylor & Betz, 1983; Taylor & Pompa, 1990). Kesahan dan

kebolehpercayaan CDMSE-SF bermula daripada .73 (penilaian-kendiri) kepada .83

(pilihan matlamat) untuk sub skala 5-items dan menghasilkan nilai alpha .94 untuk

jumlah skor 25-items hampir dengan nilai tinggi iaitu .97 untuk skala versi 50-item

(Betz, Klein, et al., 1996).

3.6 Kesahan Soal Selidik

Menurut Sidek (1998), kesahan terbahagi kepada tiga iaitu kesahan kandungan,

kesahan kriteria dan kesahan gagasan. Kesahan kandungan adalah yang

berkemampuan untuk merangkumi isi kandungan bidang yang hendak diukur.

Kesahan kriteria pula ialah sejauh mana pertalian antara item-item dalam alat ukuran
99

dengan kriteria- kriteria luaran yang berkecuali. Seterusnya adalah kesahan gagasan

yang diperolehi dengan mengaitkan andaian ukuran sesuatu gagasan dengan tingkah

laku yang dijangkakan (Tuckman, 1998).

Menurut Azizi (2006) menyatakan kesahan merujuk kepada sesuatu yang

bererti dan berguna yang disimpulkan daripada skor ujian iaitu merujuk kepada takat

sesuatu alat itu mengukur apa yang seharusnya diukur. Kesahan dan

kebolehpercayaan alat ukuran perlu dipastikan sebelum digunakan untuk kajian

sebenar. Alat ukur yang digunakan dalam kajian perlu mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang baik. Mengikut Mohd Majid (2005) kesahan sesuatu alat ukur

merujuk kepada sejauh mana alat tersebut itu mengukur data yang sepatutnya hendak

mengukur. Mengikut Anastasi dan Urbina (1997) pula, kesahan dalam ujian

merupakan apa yang ujian itu ukur dan sebaik mana ia melakukannya. Alias Baba

(1999) menyatakan kesahan ujian menunjukkan itu benar-benar mengukur apa yang

sepatutnya diukur.

Kesahan gagasan dibuat oleh Turner et.al (2003) dengan korelasikan sub skala

dalam CRPSS dengan sub skala Missouri Comprensive Guidence Survey (MCGS,

Gybers, Multon, Lapan & Lukin 1992) yang mengukur efikasi-kendiri berkaitan

dengan pelajaran dan perkembangan kerjaya. Korelasi juga dibuat antara CRPSS

dengan Middel-School Self Efficacy Scale (MSSES; Found e tal 1977) yang mengukur

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dan jangkaan dalam kerjaya. Korelasi

yang dibuat antara sub skala dalam CRPSS dengan sub skala dua soal selidik tersebut

menunjukkan terdapat korelasi antara .26 hingga .50. Melalui kajian rintis yang telah

dijalankan, nilai pekali Alfa Cronbach bagi galakan lisan ialah 8.19 manakala bagi
100

sokongan emosi ialah .859. Analisis kesahan yang telah dijalankan menunjukkan nilai

korelasi antara skor item dengan jumlah skor galakan lisan ialah antara 0.547 hingga

0.839. Jadual menunjukkan nilai korelasi antara skor item dengan jumlah skor

sokongan emosi pula antara 0.659 hingga 0.810.

3.7 Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu ukuran walaupun diulangi beberapa

kali dan kestabilan sesuatu ukuran sepanjang masa (Kirk & Miller 1986). Menurut

Black dan Champion (1976; dalam Sidek, 2002) mendefinisikan kebolehpercayaan

alat ukuran sebagai kebolehan satu-satunya alat itu secara konsisten mengukur

fenomena yang hendak diukur.

Menurut Tuckman (1978; dalam Sidek, 2005) kebolehpercayaan ujian

bermaksud ujian itu adalah konsisten. Maksud konsisten ialah apabila ia mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi dan diuji pada masa yang berbeza kepada individu yang

sama. Oleh itu, timbul persoalan berapakah nilai pekali kebolehpercayaan yang boleh

diterima. Bagi menjawab persoalan tersebut ramai ahli psikologi sama ada dalam dan

luar negeri berpendapat tiada ketetapan khusus dalam menentukan nilai pekali

kebolehpercayaan sesuatu alat ukur yang dianggap terbaik dan boleh diterima pakai

(Sidek, 2005).

Mohd Majid (1990; dalam Siriya Siset, 2006 ) menyatakan nilai pekali

kebolehpercayaan yang lebih daripada .60 sering digunakan. Namun begitu nilai
101

pekali kebolehpercayaan yang paling minimum ialah. 50 (Valette, 1977; dalam Sidek,

2005). Menurut Hopkins (1998; dalam Siriya Siset, 2006) pula nilai pekali

kebolehpercayaan alat ukuran ialah .90. Oleh yang demikian, berdasarkan kepada

pandangan tokoh-tokoh tersebut, boleh dirumuskan bahawa nilai pekali

kebolehpercayaan yang paling minimum yang boleh diguna pakai ialah .50 sementara

nilai pekali kebolehpercayaan alat ukuran yang tertinggi .90.

Kebolehpercayaan instrumen ialah tahap ketekalan ukuran apa sahaja yang

diukur (Ary, Jacobs, Razavieh & Sorensen 2006). Ketekalan sesuatu alat ukut dalam

mengukur pemboleh ubah atau gagasan adalah pengertian bagi konsep

kebolehpercayaan alat pengukuran (Mohd Majid 2005). Menurut Mohd Majid, alat

ukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pemboleh ubah dengan tekal dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya alat ukuran yang menghasilkan

markat yang berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pemboleh ubah yang sama

dikatakan tidak tekal dan seterusnya kebolehpercayaan yang rendah.

Menurut Mohd Majid (1990), kebolehpercayaan sesuatu alat ukuran boleh

ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan. Indeks kebolehpercayaan

merupakan pekali yang menunjukkan ketekalan sesuatu alat ukur. Tukcman (1998)

pula menyatakan kebolehpercayaan merupakan keputusan ujian yang dijalankan

adalah konsisten. Kebolehpercayaan yang tinggi boleh mengukur pemboleh ubah atau

gagasan yang tekal (Mohd Majid, 1990). Mohd Sidek (1998) pula mengatakan

kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperolehi oleh individu yang

sama dan menjawab soalan yang sama pada masa yang berbeza.
102

3.7.1 Kebolehpercayaan Sokongan Ibu Bapa (CRPSS)

Turner e tal. (2003) telah menjalankan kajian untuk menguji kebolehpercayaan soal

selidik ini ke atas 293 orang pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat. Dapatan

kajian menunjukkan pekali Alfa Cronbach bagi soal selidik Career Related Parent

Support Scale (CRPSS) ialah .83 manakala bagi sub skala CRPSS iaitu galakan verbal

ibu bapa ialah.83 dan bagi sokongan emosi ialah .85. Nilai kebolehpercayaan uji dan

uji kembali yang dijalankan ke atas CRPSS dalam tempoh dua minggu ialah r=79

manakala bagi sub skala galakan verbal r=76 dan bagi sokongan emosi r=77.

3.7.2 Kebolehpercayaan Personaliti (BFI)

Bagi Inventori Personaliti Big Five ini telah diakui kesahannya dan mempunyai

kebolehpercayaan yang sangat tinggi iaitu dalam linkungan daripada .86 - .95

(koefisien alpha) (Singh, 2009). Konsistensi dalaman inventori ini adalah tinggi

dimana Neurotisisme = .92, Ekstraversi= .89, Agreeableness = .86, Keterbukaan = .87

dan Conscientiousness = .90. Manakala konsistensi dalaman bagi aspek-aspeknya pula

dalam linkungan skala daripada .56 - .81. Menurut Valette (1977), nilai pekali

kebolehpercayaan alat ukuran yang paling minimum yang boleh diterima pakai

ialah .50. Frankel dan Wallen (1996) dan Kline (1986) dalam Sidek (2005),

menyatakan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan alat ukuran yang boleh diterima

ialah .70. Oleh yang demikian, kebolehpercayaan inventori ini adalah relevan untuk

pengkaji menjalankan kajian ini


103

3.7.3 Kebolehpercayaan Motivasi (PMI)

Bagi alat ukur berkenaan motivasi Nur Musyassarah (2006), skor alat ukuran yang

digunakan untuk melihat nilai kebolehpercayaan ialah melalui kaedah alpha Cronbach

(α). Aras kepercayaan Cronbach Alpha bagi inventori Motivasi Penyertaan

(Participation Motivation Inventory PMI ialah sebanyak (α=0.89) yang mana

membuktikan bahawa alat ujian juga boleh diguna pakai

3.7.4 Kebolehpercayaan Efikasi Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya


(CDSME-SF)

Efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya ditaksir oleh CDMSE-SF (Betz et

al., 1996) iaitu mengandungi 25 items yang menggunakan skala 5-mata (0 “sangat

tidak berkeyakinan” sehingga 9 “sangat berkeyakinan”). Purata jumlah skor dikira

dengan skor tertinggi yang menunjukkan tahap keyakinan paling tinggi. Kesahan dan

kebolehpercayaan CDMSE-SF adalah .94 berdasarkan sampel Midwestern (Betz et

al., 1996), dan antara .95 hingga .97 berdasarkan sampel Rocky Mountain (Gloria &

Hird, 1999). Pengujian dan pengujian semula kebolehpercayaan CDMSE-SF yang

asal adalah .83 (Luzzo, 1993).

3.8 Pemarkatan

Dalam kajian ini, soal selidik dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian –bahagian

tersebut adalah seperti yang terdapat pada Jadual 3.4. Setiap bahagian mempunyai

kaedah permakatan untuk kajian ini. Bahagian A, tidak diberi markat, kerana bahagian

ini sekadar memperolehi maklumat diri responden.


104

Jadual 3.6
Pembahagian Soal Selidik

Bahagian Soal selidik


Bahagian A Maklumat diri responden
Bahagian B Career Related Parent Support Scale (CRPSS)
Bahagian C Participation Motivation Inventory (PMI)
Bahagian D Big Five Personality
Bahagian E Career Decision-Making Self-Efficacy Scale- Shor Form
(CDMSE-SF)

3.8.1 Pemarkatan Career Related Parent Support Scale (CRPSS)

Hanya dua sub skala soal selidik Career –Related Parent Support Scale (CRPSS) yang

digunakan dalam kajian ini iaitu galakan verbal dan sokongan emosi ibu bapa dalam

kerjaya. Skala galakan verbal ibu bapa dalam kerjaya mempunyai enam soalan,

manakala skala sokongan emosi ibu bapa dalam kerjaya mempunyai tujuh soalan.

Responden diminta menjawab soalan di mana 1 = sangat tidak setuju (STS)

sehinggalah 5 = sangat bersetuju (SB).

Skor min bagi skala galakan lisan dan sokongan emosi ibu bapa dalam kerjaya

paling rendah ialah 1.0 hingga 2.33 dan skor min paling tinggi ialah 3.67 hingga 5.00.

Bagi tujuan statistik deskriptif, tahap markah galakan lisan dan sokongan emosi ibu

bapa dalam kerjaya dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Jadual 3.7
Skor Min Galakan Lisan Ibu Bapa

Skor Min Tahap Galakan Lisan Ibu Bapa


1.0 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
105

Jadual 3.8
Skor Min Sokongan Emosi Ibu Bapa

Skor min Tahap sokongan Emosi


1.0 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
106

3.8.2 Pemarkatan Personaliti Big Five

Soal selidik yang mengukur jenis personaliti subjek kajian terdiri daripada 44 item

yang dibahagikan kepada 5 jenis personaliti iaitu ekstraversi (extraversion),

neurotisme (neuroticsm), keterbukaan terhadap pengalaman (openness) agreeableness

dan conscientiousness. Setiap item diberi pemarkatan berdasarkan perasaan atau

pandangan yang diwakili 1 sebagai Sangat Tidak Setuju (STS), 2 sebagai Tidak

Setuju, 3 sebagai tidak pasti (TS) ,4 sebagai setuju (S) dan 5 sangat setuju (SS).

Pemberian skor bagi skala The Big Five Inventory (BFI) seperti yang ditunjukkan

dalam jadual 3.7.

Jadual 3.9
Kaedah Pemarkatan Personaliti

Skala Skor Item Positif Skor ItemNegatif

Sangat Tidak Setuju 1 5


(STS)

Tidak Setuju (TS) 2 4

Tidak Pasti (TP) 3 3

Setuju (S) 4 2

Sangat Setuju (SS) 5 1


107

Skor minimun bagi setiap jenis faktor personaliti adalah 10 dan skor maksimun

bagi setiap faktor personaliti pula adalah 50. Bagi setiap faktor personaliti sampel

yang memperolehi skor 1 hingga dikategorikan sebagai skor rendah untuk personaliti

itu,10-19 pula dikategorikan sebagai skor sederhana bagi sesuatu tret personaliti itu

dan 20-30 dikategorikan sebagai mempunyai skor tret personaliti yang tinggi

Jadual 3.10
Pembahagian Item Mengikut Subkontrak Mengikut Jawapan Dalam Menentukan
Jenis Personaliti Tahap

Jenis No Item Jumlah

Extraversion 1, 6R ,11,16,21R,26,31R,36 8
Agreeableness 2R,7 12R,17,22,27R,32,37,42 9
Conscientiousness 3, 8R,13,18R 23R,28,33,38,43 R 9
Neuroticism 4, 9R,14, 19, 24R, 29, 34R, 39 8
Openness 5,10,15,20,25,30,35R,40,41R,44 10

R= merupakan item negatif

3.8.3 Pemarkatan Participation Motivation Inventory PMI

Kaedah pemarkatan bagi soal selidik yang berkaitan dengan gabungan motivasi

intrinsik (MI) dan motivasi ekstrinsik (ME) adalah seperti dibawah. Respon bagi item

dalam PMI ini juga adalah berbentuk skala likert. Jadual di bawah menunjukkan

pemarkatan bagi item-item yang terkandung dalam inventori Motivasi Penyertaan

Participation Motivation Inventory: PMI.


108

Jadual 3.11
Skala Pemarkatan Untuk Inventori Motivasi Penyertaan (Participation Motivation
Inventory: PMI)

Skala Markat
Sangat setuju 4
Setuju 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1

Alat ukuran PMI ini terdapat dua kategori motivasi iaitu MI dan ME. Untuk mendapat

markat subjek bagi setiap kategori, dijumlahkan keseluruhan markah yang mewakili

kategori kasing-masing. Jika jumlah markat MI ialah tinggi, maka individu itu lebih

berorientasikan motivasi intrinsik .Jika jumlah markat bagi ME adalah tinggi maka

individu itu lebih berorientasikan motivasi ekstrinsik.

3.8.4 Pemarkatan Career Decision-Making Self-Efficacy Scale- Short Form


(CDMSE-SF)

Responden yang akan menjawab soal selidik Career Decision-Making Self-Efficacy

Scale- Short Form (CDMSE-SF) akan memberikan jawapan skala likert iaitu Sangat

Tidak Yakin, Sedikit Yakin, Sederhana Yakin, Yakin dan Sangat Yakin . CDMSE-SF

terdiri daripada 25 items yang bertujuan mengukur tahap efikasi kendiri pelajar dalam

membuat keputusan kerjaya. Setiap jawapan dibahagikan kepada 5 skala likert dan

setiap skala mempunyai skor seperti dalam jadual dibawah.


109

Jadual 3.12
Pemberian Markat Mengikut Jawapan Dalam Menentukan Tahap Efikasi Kendiri
Dalam Membuat Keputusan Kerjaya

Jawapan Skor
Tidak Yakin 1
Sedikit Yakin 2
Sederhana Yakin 3
Yakin 4
Sangat Yakin 5

Markat keseluruhan akan dikira dengan menjumlahkan markat bagi setiap

items. Markat tertinggi boleh dicapai ialah 125 dan markat terendah yang boleh

dicapai ialah 25. Jumlah markat yang diperolehi oleh sampel akan menentukan tahap

efikasi kendiri pelajar dalam membuat keputusan kerjaya sama ada tinggi, sederhana

atau rendah.

Jadual 3.13
Contoh Item Soal Selidik Efikasi Kendiri

Item Soalan

Item 1 mencari maklumat di perpustakaan atau internet tentang


pekerjaan yang diminati
Item 2 Pilih satu program latihan pekerjaan daripada senarai
program latihan pekerjaan yang berbeza yang anda
pertimbangkan.
Item 3 Membuat perancangan matlamat untuk lima tahun akan
datang.

Jadual 3.14
Pembahagian Item Mengikut Subkontrak Mengikut Jawapan Dalam Menentukan
Tahap Efikasi Kendiri Dalam Membuat Keputusan Kerjaya

Tahap No Item Jumlah


Penilaian kendiri 1,10,15,19,23 5
Maklumat pekerjaan 5,9,14,18,22 5
110

Pilih matlamat 2,6,11,16,20 5


Perancangan 3,7,12,21,24 5
Penyelesaian Masalah 4,8,13,17,25 5
Jadual 3.15

Pembahagian Skor Min Untuk Menentukan Tahap Efikasi Kendiri Dalam Membuat
Keputusan Kerjaya

Skor Min Tahap

1.0 hingga 2.33 Rendah


2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi

*Semua item di dalam inventori ini adalah berbentuk positif.

Sekiranya skor min yang diperolehi adalah di antara 3.67 hingga 5.00 ini bermakna

tahap efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya adalah tinggi. Individu yang

mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu membuat keputusan kerjaya selaras

dengan kebolehannya. Sekiranya skor min yang diperolehi adalah di antara 2.34

hingga 3.66 tahap efikasi dalam membuat keputusan kerjaya itu adalah sederhana.

Sebaliknya, jika skor min keseluruhan individu itu di antara 1.0 hingga 2.33, individu

itu dikatakan mempunyai efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya yang

rendah dan ini bermakna individu ini sukar untuk membuat dan merancang kerjaya

yang sesuai dengannya. Semua item di dalam inventori ini adalah berbentuk positif.

Jadual 3.16
Pembahagian Markat untuk Menentukan Subskontak Tahap Efikasi Kendiri Dalam
Membuat Keputusan Kerjaya

Tahap Markat
Tahap Tinggi 31-45
Tahap Sederhana 16-30
Tahap Rendah 0-15
111

CDMSE-SF mempunyai lima sub skala yang terdiri daripada 25 items yang

mengukur lima pilihan kecekapan kerjaya, Crites’s (1978) Model Kematangan

Kerjaya: penilaian kendiri, mengumpul maklumat pekerjaan, pilihan matlamat,

perancangan dan penyelesaian masalah. Bagi pemarkatan subkontrak setiap item pula,

sekiranya pemarkatan yang diperolehi adalah di antara 31-45 ini bermakna tahap

efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya adalah tinggi. individu yang

mempunyai efikasi kendiri yang tinggi mampu membuat keputusan kerjaya selaras

dengan kebolehannya. Sekiranya Pemarkatan yang diperolehi adalah di antara 16-30,

tahap efikasi dalam membuat keputusan kerjaya itu adalah sederhana. Sebaliknya, jika

pemarkatan keseluruhan individu itu di antara 0-15, individu itu dikatakan mempunyai

efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya yang rendah dan ini bermakna

individu ini sukar untuk membuat dan merancang kerjaya yang sesuai dengannya.

Semua item di dalam inventori ini adalah berbentuk positif.

3.9 Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 responden di sekolah Menengah

Kebangsaan Asajaya, Samarahan Sarawak. Kajian rintis ini dilakukan adalah untuk

menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian yang akan digunakan dalam kajian

ini. Menurut Kirk &Miller (1986) kebolehpercayaan dalam penyelidikan kuantitatif

merujuk kepada dua situasi iaitu ketekalan sesuatu ukuran walaupun diulangi

beberapa kali dan kestabilan sesuatu ukuran pada sepanjang masa. Menurut Pallant

(2001) nilai Alpha Cronbach .7 ke atas adalah baik. Hasil dapatan kajian rintis
112

menunjukkan kesemua item dalam empat soal selidik ini mempunyai nilai

kebolehpercayaan yang baik. Hasil kajian rintis ditunjukkan dalam jadual 3.17.

Jadual 3.17
Keputusan kajian rintis

Pembolehubah Bilangan Item Nilai Alpha


Sokongan Ibubapa 13 .75
Personaliti 44 .86
Motivasi 35 .92
Efikasi Kendiri 25 .96

Hasil dapatan daripada kajian rintis menyatakan bahawa semua item dalam soal

selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan semua soal selidik ini

boleh gunakan dalam kajian ini .

3.10 Prosedur Kajian

Prosedur kajian ini bermula bermula daripada mengenal pasti masalah. Mengenal

pasti masalah timbul apabila pengkaji membaca kajian-kajian lepas, membuat rujukan

di perpustakaan dan membaca isu-isu semasa. Hasil daripada pembacaan ini telah

memberi idea kepada pengkaji untuk melakukan kajian ini. Apabila pengkaji telah

mendapat tajuk kajian, pengkaji perlu melakukan perbincangan dengan penyelia.

Perbincangan ini perlu dibuat agar pengkaji mendapat bimbingan awal agar tidak

terpesong daripada tujuan asal penyelidikan dibuat.

Seterusnya objektif kajian dan hipotesis kajian dibentuk. Hipotesis yang

dibinakan ini adalah untuk menjawab kepada persoalan dalam kajian yang dilakukan.
113

Selepas mendapat maklumat tentang penyelidikan pengkaji telah memilih reka bentuk

kajian yang akan digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian diperlukan untuk

memilih kaedah yang terbaik dan kaedah yang paling sesuai bagi mengumpul data.

Dalam proses ini juga pengkaji telah membuat pencarian jurnal dan tesis-tesis sebagai

bahan rujukan. Kebanyakan jurnal di dapati di Perpustakaan Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

perpustakaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan pencarian maklumat

secara online. Hasil pencarian jurnal ini didapati kajian di dalam negara berkaitan

dengan sokongan ibu, motivasi, personaliti dan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya adalah kurang. Keadaan ini menyebabkan pengkaji banyak mencari jurnal

luar negara.

Setelah pengkaji mengenalpasti masalah,membuat objektif kajian,membuat

hipotesis kajian dan mencari jurnal pengkaji telah mancari instrument yang sesuai

digunakan dengan kajianya. Instrument kajian yang dicari oleh pengkaji mestilah

bersesuaian dengan kajiannya iaitu pengaruh sokongan ibubapa ,personaliti,motivasi

ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan

empat. Pengkaji telah menggunakan empat soal selidik dalam iaitu Career Related

Parent Support Scale (CRPSS) untuk mengkaji sokongan ibubapa, The Big Five

Inventory (BFI) untuk mengkaji personaliti, Participation Motivation Inventory (PMI)

untuk mengkaji motivasi dan Career Decision Making Self Efficacy Scale Short

Form (CDMSE-SF) untuk mengkaji efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Setelah penulisan bab 1 hingga bab 3 siap pengkaji dikehendaki

membentangkan proposal. Pembentangan ini dilakukan di peringkat fakulti. Setelah


114

mendapat kebenaran dari penyelia pengkaji dikehendaki mengedarkan soal selidik.

Sebelum mengedarkan soal selidik ke sekolah pengkaji mesti memohon kebenaran

daripada KPM di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD).

Proses memohon kebenaran ini memakan masa selama satu bulan. Manakala tempoh

mengumpul data mengambil masa selama satu minggu. Hal ini kerana kajian ini

melibatkan lima buah sekolah.

Setelah data dikumpulkan, proses seterusnya ialah pengkaji perlu menganalisis

data yang telah dikumpulkan. Data di analisis menggunakan software Statistical

Package for the Social Sciences 20.0 (SPSS). Data ini dianalisis mengikut hipotesis

yang dikemukan oleh pengkaji. Langkah yang terakhir dalam kajian ini setelah

mendapat data ialah pengkaji mesti membuat perbincangan, kesimpulan dan cadangan

untuk kajian yang telah dilakukan.

3.11 Penganalisian Data Statistik

Penganalisisan data statistik yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis

menggunakan alat statistik seperti korelasi Pearson, Ujian-t dan regrasi. Data-data

yang diperoleh dianalisis berbantukan komputer. Program yang digunakan ialah

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Menurut Mohd Majid Konting

(1990) dalam Sidek Mohd Noah penganalisisan data berstatistik menggunakan

Perisian Pengaturcara (SPSS) yang dapat menghasilkan pengiraan-pengiraan yang

tepat dan bebas daripada ralat.


115

Jadual 3.18
Penganalisaan Data Statistik

Bil Hipotesis Statistik

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa Ujian -t
berdasarkan jantina.
1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
sokongan ibu bapa galakan lisan berdasarkan
jantina.
2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara sokongan ibu bapa sokongan emosi
berdasarkan jantina.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Ujian -t
berdasarkan jantina.
1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Neurotitisme berdasarkan jantina.
2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Ekstraversi berdasarkan jantina.
3a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Keterbukaan berdasarkan jantina
4a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Agreeableness berdasarkan jantina
5.a Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
personaliti Conscientiousness berdasarkan
jantina
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi Ujian -t
berdasarkan jantina.
1a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi
intrinsik berdasarkan jantina
2a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi
ekstrinsik berdasarkan jantina
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi-kendiri Ujian -t
membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina
Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan Korelasi
ibu bapa dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya Pearson
pelajar tingkatan empat.
1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara sokongan ibu bapa galakan lisan dengan
116

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya


dalam kalangan pelajar tingkatan empat.
2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara
sokongan ibu bapa sokongan emosi dengan
efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya
Bil Hipotesis Statistik

dalam kalangan pelajar tingkatan empat


Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Korelasi
dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar Pearson
tingkatan empat.
1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
personaliti Neurotitisme dengan efikasi-
kendiri membuat keputusan kerjaya dalam
kalangan pelajar tingkatan empat.
2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
personaliti Ekstraversi dengan efikasi-kendiri
membuat keputusan kerjaya dalam kalangan
pelajar tingkatan empat
3a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
personaliti Keterbukaan dengan efikasi-kendiri
membuat keputusan kerjaya dalam kalangan
pelajar tingkatan empat.

4a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan


personaliti Agreeableness dengan efikasi-
kendiri membuat keputusan kerjaya dalam
kalangan pelajar tingkatan empat
5a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan
personaliti Conscientiousness dengan efikasi-
kendiri membuat keputusan kerjaya dalam
kalangan pelajar tingkatan empat
Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi Korelasi
dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar Pearson
tingkatan empat.
1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
motivasi intrinsik dengan efikasi-kendiri
membuat
keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat
2.a Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
motivasi ekstrinsik dengan efikasi-kendiri
membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan
117

empat
Ho8 Tidak terdapat pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti, Regrasi
motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya Pelbagai
dalam kalangan pelajar tingkatan empat

3.12 Rumusan

Bab ini telah membincangkan tentang reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi

kajian, subjek kajian kajian, dan alat kajian yang digunakan. Di samping itu juga, bab

ini turut menyentuh tentang pemarkatan dan penganalisisan data statistik yang

digunakan dalam kajian ini. Analisis deskriptif digunakan untuk menghuraikan secara

menyeluruh tentang profil subjek kajian seperti jantina, analisis deskriptif juga dibuat

ke atas pemboleh ubah sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi. Statistik yang

digunakan ialah frenkuensi,peratusan,min dan sisihan piawai.


118

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan berkaitan dengan hasil dapatan kajian yang diperolehi

daripada alat ukuran sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi dan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya. Analisis data dijalankan bagi menjawab persoalan kajian

yang telah disenaraikan. Selain itu, analisis data dilakukan secara analisis deskriptif

dan analisis inferensi. Penganalisaan secara deskriptif digunakan bertujuan untuk

menghuraikan pemerihalan data. Bahagian pertama merupakan analisis statistik

deskriptif yang mengandungi profil responden kajian. Manakala bahagian dua


119

melaporkan keputusan tahap sokongan ibu,motivasi, personaliti dan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya. Manakala bahagian tiga melaporkan statistik inferensi

mengikut 8 hipotesis yang diuji. Bahagian yang seterusnya akan menjelaskan

mengenai rumusan kajian.

4.2 Analisis Deskriptif

Bahagian ini memaparkan hasil analisis deskriptif berdasarkan taburan kekerapan,

peratusan dan nilai min mengikut demografi responden seperti jantina dan bangsa

pelajar

4.2.1 Profil Responden

Profil responden kajian ini terdiri daripada latar belakang pelajar iaitu jantina (lelaki

dan perempuan) dan bangsa (Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Lain-

lain).

4.2.1.1 Jantina

Jadual 4.2.1.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jumlah keseluruhan

responden adalah seramai 442 orang. Taburan responden bagi pelajar perempuan

adalah 249 (56.3%) manakala taburan responden bagi pelajar lelaki pula adalah 193

(43.7%). Berdasarkan jumlah ini, responden perempuan lebih ramai berbanding

responden lelaki dalam kajian yang dijalankan ini.

Jadual 4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
120

Jantina Bilangan Peratus (%)

Lelaki 193 43.7

Perempuan 249 56.3

Jumlah 442 100

4.2.1.2 Bangsa

Jadual 4.1. menunjukkan taburan responden mengikut bangsa. Terdapat lima bangsa

yang dikaji dalam kajian ini. Antara bangsa yang dikaji dalam kajian ini ialah Melayu,

Cina, India, Bumiputera Sarawak dan lain-lain. Taburan responden bagi bangsa ialah

Melayu adalah 374 orang (84.6%) , taburan responden bagi bangsa Cina pula adalah

21 orang (4.8%), taburan responden bagi bangsa India 0 orang (0%) taburan

responden Bumiputera Sarawak 36 orang (8.1%) dan lain-lain bangsa 11 orang

(2.5%). Dalam kajian ini bangsa Melayu lebih ramai daripada bangsa lain.

Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Bilangan Peratus (%)

Melayu 374 84.6


Cina 21 4.8
India 0 0
Bumiputera Sarawak 36 8.1
Lain-lain 11 2.5
Jumlah 442 100

4.3 Analisis Skor Min dan Tahap Pemboleh ubah Kajian


121

Kajian ini melibatkan empat pemboleh ubah iaitu sokongan ibu bapa, personaliti,

motivasi dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Analisis data menunjukkan

skor min bagi setiap pemboleh ubah yang terdapat dalam kajian. Skor min setiap

pemboleh ubah ditentukan oleh skor min daripada responden kajian. Pemboleh ubah

sokongan ibu bapa mempunyai dua sub skala iaitu galakan lisan dan sokongan emosi,

pemboleh ubah personaliti mempunyai lima sub skala iaitu Neurotitisme, Ekstraversi,

Keterbukaan, Agreableness Dan Conscientiousness manakala motivasi mempunyai

dua sub skala iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Hasil analisis data juga

menunjukkan skor min yang terdapat bagi setiap sub skala tersebut.

Berdasarkan jadual 4.3,4.4,4.5 dan 4.6 secara keseluruhannya dapatan kajian

menunjukkan skor min bagi pemboleh ubah sokongan ibubapa adalah pada tahap

tinggi (min = 4.07, SP = 0.49), skor min bagi pemboleh ubah personaliti adalah

sederhana (min = 2.60, SP =0.32), skor min bagi pemboleh ubah motivasi pada tahap

sederhana (min=3.31,SP=0.38) dan skor min pemboleh ubah efikasi kendiri sederhana

(min=3.65,SP=0.68). Seterusnya, hasil dapatan bagi sub skala galakan lisan adalah

(min=4.31,SP=0.52), sokongan emosi (min=3.88,SP=0.60), Neurotitisme

(min=2.86,SP=0.55), Ekstraversi (min=3.44,SP=0.46), Keterbukaan (min=3.37,

sp=0.38), Agreeableness(min=3.64,SP=0.51), Conscientiousness (min=3.43,SP=0.48)

motivasi intrinsik (min=3.32,SP=0.40) dan motivasi ekstrinsik (min=3.30,SP=0.40).

Jadual 4.3
Skor Purata Dan Sisihan Piawai Pemboleh Ubah Sokongan Ibu Bapa

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Interpretasi


122

Galakan Lisan 4.31 0.52 Tinggi


Sokongan Emosi 3.88 0.60 Tinggi

Jadual 4.4
Skor Purata Dan Sisihan Piawai Pemboleh Ubah Personaliti

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Interpretasi

Neurotitisme 2.86 0.55 Sederhana


Ektraversi 3.44 0.46 Sederhana
Keterbukaan 3.37 0.38 Sederhana
Agreebleness 3.64 0.51 Sederhana
Conscientiousness 3.43 0.48 Sederhana

Jadual 4.5
Skor Purata Dan Sisihan Piawai Pemboleh Ubah Motivasi

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Interpretasi

Intrinsik 3.31 0.38 Tinggi


Ekstrinsik 3.30 0.40 Tinggi

Jadual 4.6
Skor Purata Dan Sisihan Piawai Pemboleh Ubah Efikasi Kendiri

Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Interpretasi

Efikasi Kendiri 3.65 0.68 Sederhana

4.4 Analisis Statistik Inferensi


123

Analisis yang dijalankan ini bertujuan untuk menjawab hipotesis yang dibentuk dalam

bab satu. Pengujian analisis ini menggunakan ujian-t, korelasi dan regrasi. Ujian-t

digunakan untuk melihat perbezaan demografi iaitu jantina. Manakala korelasi

digunakan untuk melihat hubungan antara sokongan ibubapa, personaliti, motivasi

dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

4.4.1 Ujian t

4.4.1.1 Perbezaan sokongan ibu bapa berdasarkan jantina

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa berdasarkan jantina

1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan sokongan ibu bapa galakan

lisan berdasarkan jantina.

2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

sokongan emosi berdasarkan jantina.

Jadual 4.7
Keputusan Ujian –t perbezaan galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan
jantina

Sub skala Jantina N Min Sisihan t p


Piawai
Galakan lisan Lelaki 193 4.2375 -2.412 0.53049 0.016

Perempuan 249 4.3581 0.51430

Sokongan emosi Lelaki 193 3.7839 0.57386 -2.913 0.004

Perempuan 249 3.9495 0.60737


124

Jadual 4.7 menunjukkan keputusan analisis bagi ujian-t bagi sub skala galakan lisan

dan sub skala sokongan emosi. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan bagi sub skala galakan lisan t (440) = -2.412, p<

0.05) dan sub skala sokongan emosi t (440) = -2.913, p< 0.004) berdasarkan jantina.

Nilai min pelajar lelaki 4.2375lebih rendah berbanding nilai min pelajar perempuan

4.3581.

Oleh yang demikian, Ho1.1a dan Ho1 2a yang menyatakan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina

adalah ditolak. Maka hasil kajian ini adalah terdapat perbezaan yang signifikan

galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina.

4.4.1.2 Perbezaan personaliti berdasarkan jantina

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti berdasarkan jantina.

1a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Neurotitisme

berdasarkan jantina.

2a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Ekstraversi

berdasarkan jantina.

3a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Keterbukaan

berdasarkan jantina

4a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Agreeableness

berdasarkan jantina

5a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti Conscientiousness

berdasarkan jantina.
125

Jadual 4.8
Keputusan Ujian –t perbezaan Neurotitisme, Ekstraversi, Keterbukaan,
Agreeableness dan Conscientiousness berdasarkan Jantina

Personaliti Jantina N Min Sisihan t p


Piawai

Neurotitisme Lelaki 193 2.7882 0.47692 0.02

Perempuan 249 2.9132 0.59562 -2.382

Ekstraversi Lelaki 193 3.4139 0.46310 0.36

Perempuan 249 3.4533 0.44210 -.911

Keterbukaan Lelaki 193 3.3477 0.37487 0.27

Perempuan 249 3.3880 0.38929 -1.097

Agreeableness Lelaki 193 3.5705 0.53290 0.02

Perempuan 249 3.6809 0.47172 -2.306

Conscientiousness Lelaki 193 3.4053 0.48006 0.38

Perempuan 249 3.4458 0.48107 -.878

Jadual 4.8 menunjukkan keputusan analisis bagi ujian-t bagi personaliti Neurotitisme,

Ekstraversi, Keterbukaa, Agreeableness, dan Conscientiousness. Hasil keputusan

kajian tersebut, didapati bahawa terdapat dua sub skala yang signifikan iaitu sub skala

Nuerotitisme t (440) = -2.382, p<0.05) dan Agreeableness t (440 )= -2.306, p<0.05).

Manakala nilai min Neurotitisme pelajar perempuan 2.9132 lebih tinggi daripada

pelajar lelaki 2.7882. Ini menunjukkan pelajar perempuan mempunyai perasaan

ketakutan, kesedihan dan benci yang amat sangat kepada sesuatu perkara. Nilai min
126

Agreeableness perempuan 3.6809 lebih tinggi dariapada lelaki 3.5705. Ini

menunjukkan pelajar perempuan sangat simpati kepada lain dan suka menolong

orang. Maka Ho21a dan Ho2 4a ditolak. Hasil dapat kajian ini menunjukkan bahawa

sub skala Neurotitisme dan Agreeableness terdapat perbezaan signifikan dengan

jantina.

Manakala personaliti ekstraversi t(442) = -.911, p>0.05), keterbukaan t (442)

=-1.097, p>0.27) dan Conscientiousness t (442) =-.878, p>0.05) didapati tidak

terdapat perbezaan signifikan dengan jantina. Maka Ho2. 2a, Ho2 3a dan Ho5a

diterima. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sub skala ekstraversi, keterbukaan dan

Conscientiousness tidak terdapat perbezaan signifikan dengan jantina.

4.4.1.3 Perbezaan motivasi berdasarkan jantina

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi berdasarkan jantina.

1a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi intrinsik berdasarkan jantina

2a. Tidak terdapat perbezaan signifikan motivasi ekstrinsik berdasarkan jantina

Jadual 4.9
Keputusan Ujian –t perbezaan intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan jantina

Sub skala Jantina N Min Sisihan t p


Piawai

Intrinsik Lelaki 193 3.2234 0.42015 -4.872 0.000

Perempuan 249 3.4035 0.35621

Ekstrinsi Lelaki 193 3.2291 0.43680 -3.174 0.002


k
Perempuan 249 3.3485 0.35365
127

Jadual 4.9 menunjukkan keputusan analisis bagi ujian-t bagi sub skala intrinsik dan

sub skala ekstrinsik. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan bagi sub skala intrinsik iaitu t (440) =--4.872, p<0.05) dan

sub skala ekstrinsik t (440) =-3.174, p<0.05) berdasarkan jantina. Ini kerana hasil

ujian-t menunjukkan nilai signifikan bagi faktor jantina iaitu 0.000 dan 0.002. Nilai ini

tidak melebihi tahap signifikan 0.05. Nilai min Intrinsik pelajar perempuan 3.4035

lebih tinggi daripada pelajar lelaki 3.2234. Ini menunjukkan naluri ingin tahu dan

kecekapan dalam diri pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Nilai min

ekstrinsik pelajar perempuan 3.3485 lebih tinggi daripada pelajar lelaki 3.2291.Ini

menunjukkan pelajar perempuan memerlukan ganjaran dalam melakukan sesuatu

perkara.

Oleh yang demikian, Ho3.1a dan Ho3 2a yang menyatakan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan jantina adalah ditolak.

Maka hasil kajian ini adalah terdapat perbezaan yang signifikan intrinsik dan

ekstrinsik berdasarkan jantina.

4.4.1.4 Perbezaan efikasi membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina

Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi-kendiri membuat keputusan

kerjaya berdasarkan jantina.

Jadual 4.10
Keputusan ujian-t efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina
128

Jantina N Min Sisihan Piawai t p

Lelaki 193 3.5920 0.66894 -1.544 0.123

Perempuan 249 3.6921 0.68169

Jadual 4.10 menunjukkan keputusan analisis bagi ujian-t bagi efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya berdasarkan jantina.. Hasil keputusan kajian tersebut, didapati

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi membuat keputusan kerjaya

dengan jantina t (440) =--1.544, p>0.05).Oleh itu Ho4 diterima.

4.4.2 Hubungan antara pembolehubah kajian

4.4.2.1 Hubungan Antara Sokongan Ibu Bapa Dengan Efikasi Kendiri Membuat
Keputusan Kerjaya

Ho5 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

galakan lisan dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat.

2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan ibu bapa

sokongan emosi dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya

dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

Jadual 4.11
Keputusan Ujian korelasi bagi sokongan ibu bapa dengan efikasi kendiri membuat
keputusan kerjaya

Subskala Sokongan IbuBapa N r p


129

Galakan lisan 442 .314** .000

Sokongan emosi 442 .366** .000

** korelasi yang signifikan pada tahap 0.001

Jadual 4.11 menunjukkan keputusan analisis ujian korelasi. Keputusan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.314,p<0.05) antara sub skala

galakan lisan dengan efikasi kendiri membuat keputusan dalam kalangan pelajar. Oleh

itu hipotesis Ho5.1a yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

sub skala galakan lisan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya di tolak.

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan korelasi yang kuat antara sub skala galakan

lisan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Ini menunjukkan semakin

banyak galakan lisan daripada ibu bapa semakin tinggi keupayaan seseorang pelajar

itu membuat keputusan kerjaya.

Manakala sub skala sokongan emosi juga menunjukkan terdapat hubungan

signifikan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (r=.366, p<0.05). Oleh

itu hipotesis Ho5 .2a yang menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan antara sub

skala sokongan emosi dengan efikasi kendiri ditolak. Hasil dapatan kajian ini

menunjukkan terdapat korelasi yang kuat antara subskala sokongan emosi dengan

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Sokongan emosi yang tinggi dapat

membantu seseorang pelajar tu dalam membuat keputusan kerjaya dengan tepat.

4.4.2.2 Hubungan Antara Personaliti Dengan Efikasi Kendiri Membuat


Keputusan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Ho6 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti dengan efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.


130

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Neurotitisme

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat.

2a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Ekstraversi dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar

tingkatan empat

3a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Keterbukaan

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat.

4a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Agreeableness

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat

5a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan personaliti Conscientiousness

dengan efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar tingkatan empat

Jadual 4.12
Keputusan Ujian korelasi bagi personaliti dengan efikasi kendiri membuat
keputusan kerjaya

Personaliti N r p

Neurotitisme 442 -.106* .025

Ekstraversi 442 .233** .000

Keterbukaan 442 .406** .000

Agreeableness 442 .217** .000

Conscientiousness 442 .262** .000

*korelasi yang signifikan pada tahap 0.05


** korelasi yang signifikan pada tahap 0.01
131

Jadual 4.12 menunjukkan keputusan analisis ujian korelasi. Keputusan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Personaliti Neurotitisme (r=

-.106,p<0.05), Personaliti Ekstraversi (r=.233 , p<.001), Personaliti Keterbukaan

(r=.406, p<.000), Personaliti Agreeableness (r=.217, p<.001) dan Personaliti

Conscientiousness (r=.262, p<.001) dengan efikasi kendiri membuat keputusan dalam

kalangan pelajar. Oleh itu hipotesis Ho6.1a,2a,3a,4a dan 5a yang menyatakan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara Personaliti Neurotitisme, Personaliti

Ekstraversi, Personaliti Keterbukaan, Personaliti Agreeableness dan Personaliti

Conscientiousness dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya di tolak. Ini

kerana hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat korelasi yang lemah antara sub

skala Neurotitisme dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Korelasi ini

merupakan korelasi yang negatif. Manakala sub skala Ekstraversi, sub skala

Keterbukaan, sub skala agreeableness dan sub skala conscientiousness menunjukkan

korelasi yang kuat antara efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

4.4.2.3 Hubungan Motivasi Dengan Efikasi Kendiri Membuat Keputusan


Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat.

Ho7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan efikasi-

kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat.

1a. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat

2.a Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi ekstrinsik dengan

efikasi-kendiri membuat keputusan kerjaya pelajar tingkatan empat


132

Jadual 4.13
Keputusan Ujian korelasi bagi motivasi dengan efikasi kendiri membuat keputusan
kerjaya

Motivasi N r p

Intrinsik 442 .473** .000

Ekstrinsik 442 .418** .000

** korelasi yang signifikan pada tahap 0.001

Jadual 4.13 menunjukkan keputusan analisis ujian korelasi. Keputusan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.473,p<0.001) antara sub skala

intrinsik dengan efikasi kendiri membuat keputusan dalam kalangan pelajar. Oleh itu

hipotesis Ho7.1a yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sub

skala intrinsik dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya di tolak. Hasil

dapatan kajian ini menunjukkan korelasi kuat antara sub skala intrinsik dengan efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya.

Manakala sub skala ekstrinsik juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan

dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya (r=.418, p<.001). Oleh itu

hipotesis Ho7 .2a yang menyatakan tidak terdapat hubungan signifikan antara sub

skala ekstrinsik dengan efikasi kendiri ditolak. Hasil dapatan ini menunjukkan

terdapat korelasi kuat subksla motivasi ekstrinsik dengaan efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya. Motivasi ekstrinsik sangat penting dalam diri seseorang pelajar

dalam membuat keputusan kerjaya.


133

4.4.4 Analisis Regrasi

Ho8 Tidak terdapat pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti,motivasi ke atas efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

Jadual 4.14
Analisis Regrasi Berganda Bagi Pembolehubah Bebas Yang Mempengaruhi Efikasi
Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya

Pembolehubah B Beta t R² F
β
Motivasi Intrinsik .541 .315 7.105 .222 127.033
Personaliti Keterbukaan .405 .229 5.282 .277 85.505
Sokongan Emosi .236 .208 4.954 .314 68.239

R berganda : .564
R Kuasa Dua : .319
R Kuasa Dua diubahsuai : .314
Ralat Piawai : .56097

Jadual 4.15
Analisis Varians

Sumber Jumlah Kuasa Darjah Min Kuasa F


Dua Kebebasan Dua
Regrasi 64.421 3 21.474 68.239
Residul 137.831 438 .315
Jumlah 202.251 441

Keputusan analisis regrasi berganda menunjukkan tiga pembolehubah peramal

iaitu Motivasi Intrinsik, Personaliti Keterbukaan dan Sokongan Emosi adalah peramal

yang mempunyai korelasi dan sumbangan (31.9%) yang signifikan (p=0.000).


134

Peramal utama dan tertinggi bagi Efikasi Kendiri membuat keputusan kerjaya

ialah Motivasi Intrinsik (β= .315, t=7.105 dan p= 0.000) dan sumbangannya sebanyak

22.2.%. Peramal kedua ialah Personaliti Keterbukaan (β=.229, t= 5.282 dan p=0.000)

memberi kesan dan menyumbang sebanyak 5.5 % terhadap efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya. Manakala peramal ketiga ialah subskala sokongan ibubapa iaitu

sokongan emosi (β=.208, t= 4.954dan p=0.000) memberi kesan dan menyumbang

sebanyak 3.7% terhadap efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

4.5 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan dapatan-dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis

data. Analisis ini telah dijalankan untuk menjawab persoalan kajian dengan

menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Secara keseluruhannya daripada lapan

hipotesis utama dan lapan belas hipotesis sampingan dibentuk, sebanyak tiga hipotesis

yang diterima dan lima belas hipotesis ditolak.

Hasil ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan berdasarkan jantina

Personaliti Ekstraversi, Keterbukaan Dan Conscientiousness. Di samping itu, tidak

terdapat perbezaan berdasarkan jantina Efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Manakala sokongan ibu bapa, motivasi dan personaliti Neurotisme Dan

Agreeableness terdapat perbezaan signifikan dengan jantina.


135

Hasil dapatan korelasi pearson menunjukkan sokongan ibu bapa, personaliti

Neurotitisme, Ektraversi, Keterbukaan, Agreeableness, Conscientiouness dan motivasi

mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat.

Akhir sekali bab 4 ini membincangkan tentang pengaruh sokongan ibu bapa,

personaliti motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam

kalangan pelajar tingkatan empat. Hasil dapatan kajian menunjukkan tiga

pembolehubah peramal yang menyumbangkan pengaruh yang tinggi terhadap efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya iaitu motivasi intrinsik, personaliti keterbukaan

dan sokongan ibubapa dari segi emosi.


136

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan dan mengulas secara terperinci berhubung dengan keputusan

hasil dapatan yang dikemukan. Perbincangan keputusan kajian akan dikaitkan dengan

pernyataan masalah, pendekatan teori serta sokongan daripada kenyataan dan kajian-

kajian lepas. Hal ini bertujuan untuk melihat sama ada dapatan dan keputusan kajian

ini konsisten atau tidak. Keputusan kajian akan dibandingkan dengan dapatan kajian-

kajian lepas sekiranya ada. Selain itu, perbandingan akan cuba mengemukakan sebab-

sebab yang mungkin dapat menerangkan keputusan yang telah diperolehi. Di samping

itu, pengkaji juga membincangkan kesimpulan, implikasi serta cadangan untuk bidang

penyelidikan dan pelaksanaan masa akan datang juga dikemukan. Secara keseluruhan
137

perbincangan dan penulisan bab ini berkait rapat dengan hipotesis yang telah

dikemukan.

5.2 Ringkasan Kajian

Dalam melakukan disertasi ini pengkaji telah berminat untuk mengkaji pengaruh

sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya. Kajian ini telah

dilakukan di lima buah sekolah di daerah Asajaya. Antara sekolah yang terlibat dalam

kajian ini ialah sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya, Sekolah Menengah

Kebangsaan Hajah Laila Taib, Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Jaya, Sekolah

Menengah Sadong Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasentran. Semua

responden kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat.

Terdapat empat soal selidik digunakan dalam kajian ini. Soal selidik yang

pertama ialah Career-Related Parent Support Scale (CRPSS) untuk mengenal pasti

sokongan ibu bapa dalam membuat keputusan kerjaya dalam kalangan anak-anak

mereka. CRPSS ini mempunyai 13 item yang terbahagi kepada dua sub skala iaitu sub

skala galakan lisan dan sokongan emosi. Soal selidik yang kedua digunakan ialah Big

Five Inventory bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti dalam membuat

keputusan kerjaya. Soal selidik ini mempunyai 44 item dibawah lima sub skala. Soal

selidik yang ketiga ialah Participation Motivation Inventory: PMI untuk mengenal

pasti jenis motivasi dalam membuat keputusan kerjaya. Soal selidik ini mempunyai 35

item dibawah dua sub skala iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Soal

selidik yang keempat yang digunakan dalam kajian ini ialah Career Decision-Making

Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF) iaitu soal selidik untuk mengenal pasti
138

efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya. Soal selidik ini mengandungi 25

item.

Dalam kajian ini pengkaji mengemukan lapan hipotesis. Hasil kajian

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan galakan lisan dan sokongan emosi

berdasarkan jantina dan terdapat perbezaan signifikan antara sub skala personaliti

Neurotitisme dan Agreeableness dengan jantina. Dapatan kajian menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan sub skala ekstraversi, keterbukaan dan

conscientiousness dengan jantina. Selain itu, hasil dapatan kajian ini menunjukkan

terdapat perbezaan signifikan antara sub skala motivasi intrinsik dan ekstrinsik dengan

jantina. Di samping itu, hasil dapatan ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan

signifikan antara efikasi membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina.

Hasil dapatan kajian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

antara sub skala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi dengan

efikasi kendiri. Di samping itu, dapatan ujian korelasi menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara sub skala Neurotitisme, sub skala Ekstraversi, sub

skala Keterbukaan, sub skala agreeableness dan sub skala conscientiousness dengan

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Hasil dapatan kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan antara subkala motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Semua pembolehubah

yang dikaji mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya.

Dalam kajian ini pengkaji juga ingin melihat pengaruh sokongan ibu bapa,

personaliti dan motivasi terhadap efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Hasil
139

dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga pembolehubah peramal untuk skor efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Antara

pembolehubah peramal untuk efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya ialah

sokongan ibubapa dari segi sokongan emosi, personaliti keterbukaan dan motivasi

intrinsik.

5.3 PERBINCANGAN

Kajian ini adalah berkaitan dengan pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti, motivasi

ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan

empat di daerah Asajaya. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat perbezaan,

hubungan dan pengaruh antara pembolehubah sokongan ibubapa, personaliti dan

motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar.

Terdapat lapan hipotesis dalam kajian. Perbincangan ini melibatkan kepada lapan

hipotesis yang dikemukan oleh pengkaji.

5.3.1 Perbezaan Sokongan Ibu Bapa Berdasarkan Jantina

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan galakan lisan

dan sokongan emosi berdasarkan jantina iaitu pelajar lelaki dan perempuan.

Keputusan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Trisha, Raque,

Elizaberth, Halena dan Margareetha (2012) dalam kajiannya yang berkaitan dengan

sokongan ibu bapa dalam kerjaya dan halangan kerjaya : Penyelidikan berkaitan

dengan konteks pembolehubah. Hasil dapatan kajiannya menunjukkan pelajar


140

perempuan memerlukan sokongan emosi daripada ibu bapa berbanding daripada

pelajar lelaki. Hal ini kerana pelajar perempuan memang mempunyai satu sifat semula

jadi iaitu suka dimanja dan memerlukan perhatian orang-orang yang signifikan dengan

dirinya. Dengan adanya sokongan emosi ini dapat membantu seseorang pelajar itu

membuat keputusan kerjaya dengan tepat. Hal ini kerana komunikasi yang berkesan di

antara ibubapa dengan anak-anak mereka mampu membentuk sokongan emosi yang

baik.

Dapatan kajian ini dapat dikaitkan dengan teori kerjaya kognitif sosial.

Menurut Lent, Brown dan Hackett (2000) faktor latar belakang dan persekitaran yang

mempengaruhi dalam membuat sesuatu keputusan kerjaya. Ibu bapa memainkan

peranan yang penting dalam membantu anak-anak mereka membuat keputusan

kerjaya.

5.3.2 Perbezaan Personaliti Berdasarkan Jantina

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan untuk

personaliti Nuerotitisme dan Agreeableness dengan jantina. Ini menunjukkan pelajar

perempuan lebih cenderung mempunyai perasaan seperti ketakutan, kesedihan,

memalukan, marah, kesalahan, benci yang amat sangat pada seseorang atau sesuatu

berbanding pelajar lelaki. Selain itu, pelajar perempuan lebih simpati kepada orang

lain dan berminat untuk menolong mereka dan percaya yang seseorang pada satu hari

akan memberi bantuan sebagai balasan. Keputusan kajian ini menyokong kajian yang

telah dijalankan oleh Bazlan, Jazimin,Syed Sofian, Nasir dan Aziz Shah (2014) dalam

kajian mereka Personaliti program pendidikan yang melibatkan pelajar di Fakulti


141

pembangunan sumber manusia. Hasil dapatan tersebut menyatakan terdapat perbezaan

yang signifikan sub skala Nuerotitisme dan Agreeableness berdasarkan jantina. Hal

ini kerana Costa dan Mcrae (1992) menyatakan individu yang mempunyai personaliti

Nuerotitisme adalah mempunyai personaliti yang berlawan dengan kestabilan emosi

iaitu keadaan salah suai.

Dalam kajian ini terdapat tiga sub skala personaliti yang tidak terdapat

perbezaan signifikan dengan jantina iaitu sub skala ekstraversi, keterbukaan dan

Conscientiousness. Hasil dapatan ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Bazlan,

Jazimin,Syed Sofian, Nasir dan Aziz Shah (2014) dalam kajian mereka Personaliti

program pendidikan yang melibatkan pelajar di Fakulti pembangunan sumber

manusia. Dalam Kajian mereka menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan Ekstraversi berdasarkan jantina. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh

Larson, Meifen, Tsui, Borgan dan Bailey (2007). Hasil kajian tersebut menunjukkan

tidak terdapat perbezaan Ektraversi, Keterbukaan dan Conscientiousness berdasarkan

jantina.

5.3.3 Perbezaan Motivasi Berdasarkan Jantina

Keputusan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan sub skala

motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik berdasarkan jantina. Hal ini kerana setiap

pelajar memerlukan sesuatu dorangan atau ganjaran untuk melakukan sesuatu atau

melakukan sesuatu keputusan dalam kehidupannya. Setiap keputusan yang dibuat

adalah untuk kepuasan diri sendiri yang mampu mengubah kehidupan mereka.
142

5.3.4 Perbezaan Efikasi Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya Berdasarkan


Jantina

Keputusan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi

membuat keputusan kerjaya berdasarkan jantina. Namun begitu, pelajar lelaki dan

perempuan mempunyai tahap keyakinan atau keupayaan yang sama dalam membuat

keputusan kerjaya. Ini menunjukkan bahawa keupayaan membuat keputusan kerjaya

bukan bergantung kepada faktor jantina. Hasil dapatan kajian ini menyokong kajian

yang dilakukan oleh Bakar, Zakaria dan Hanapi (2011). Mereka menjalankan kajian

yang berkaitan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan

pelajar teknik dan vokasional di Malaysia. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan

tidak terdapat perbezaan yang signifikan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya

berdasarkan jantina. Di samping itu, keputusan kajian ini juga menyokong kajian oleh

Patel, Salahuddin dan O’ Brien (2008). Kajian mereka adalah berkaitan dengan efikasi

kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan remaja Vietnam. Hasil dapatan

kajian mereka menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan jantina dengan

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

5.3.5 Hubungan Antara Sokongan Ibu Bapa Dengan Efikasi Kendiri


Membuat Keputusan Kerjaya

Keputusan analisis ujian korelasi kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara sokongan ibubapa galakan lisan dengan efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar. Manakala sub skala sokongan emosi juga

menunjukkan terdapat hubungan signifikan dengan efikasi kendiri membuat


143

keputusan kerjaya. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak sokongan ibubapa yang

diberikan kepada pelajar dapat membantu pelajar untuk membuat keputusan kerjaya

dengan lebih baik. Hal ini kerana ibubapa merupakan model kepada anak-anak

mereka. Gibson (2004) menyatakan sokongan ibubapa penting untuk perkembangan

individu dan perkembangan kerjaya seseorang pelajar itu. Manakala Girona (2002)

menyatakan sokongan ibubapa dari segi emosi yang positif membantu anak-anak

dalam meningkatkan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Keputusan kajian ini disokong oleh Jordan dan San Jose (2015) dalam kajian

mereka iaitu sokongan ibu bapa dalam mempengaruhi efikasi kendiri membuat

keputusan kerjaya. Hasil kajian mereka mendapati sokongan emosi dan galakan lisan

mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Pelajar

yang mendapat sokongan emosi dan galakan lisan daripada ibu bapa mereka

mempengaruhi mereka dalam membuat sesuatu keputusan kerjaya. Cara pelajar ini

dibesarkan oleh ibu bapa mereka memberi kesan kepada pelajar-pelajar ini membuat

keputusan kerjaya.

5.3.6 Hubungan Antara Personaliti Dengan Efikasi Kendiri Membuat


Keputusan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Personaliti

Neurotitisme, Personaliti Ekstraversi, Personaliti Keterbukaan, Personaliti

agreeableness, dan Personaliti Conscientiousness dengan efikasi kendiri membuat

keputusan dalam kalangan pelajar. Pelajar yang mempunyai personaliti yang

ektraversi adalah seorang asertif. Selain itu, pelajar yang memiliki personaliti

keterbukaan adalah seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ini
144

membantu pelajar ini meneroka bidang kerjaya yang diminat sebelum mereka

membuat sesuatu keputusan kerjaya. Personaliti Conscientiousnees mempunyai

hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Ini kerana individu

yang mempunyai personaliti jenis ini adalah seorang yang suka berusaha bersungguh-

sungguh untuk mendapatkan apa yang diazamkan dan mereka cenderung untuk

bekerja lebih kuat dan teliti dalam sesuatu perkara yang dilakukan.

Hasil dapatan kajian ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Robert Owen

Hartman (2006) yang mengkaji model lima faktor dan teori kerjaya kognitif sosial.

Hasil kajian beliau menunjukkan Conscientiousness dan Ektraversi mempunyai

korelasi dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

5.3.7 Hubungan Motivasi Dengan Efikasi Kendiri Membuat Keputusan


Kerjaya Pelajar Tingkatan Empat

Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan sub skala

motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik dengan efikasi kendiri membuat keputusan

kerjaya. Hal ini kerana motivasi merupakan kuasa menggerakkan seseorang membuat

keputusan kerjaya. Dengan adanya motivasi seseorang individu itu menjadi kuat

dalam membuat sesuatu keputusan kerjaya. Di samping itu, pelajar yang mempunyai

motivasi intrinsik yang tinggi akan membantu mereka dalam membuat keputusan

kerjaya. Ini kerana motivasi merupakan rancangan seseorang itu mengelakan diri

daripada kegagalan. Mereka yang bemotivasi akan berusaha bersungguh dalam

mencapai matlamat yang ingin dicapai. Hasil dapatan kajian ini menyokong kajian

yang dilakukan oleh Choi dan kim (2013). Mereka telah menjalankan satu kajian

silang budaya mengenai persediaan tingkahlaku menghadapi alam kerjaya: Motivasi


145

pembelajaran, pencapaian akademik dan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya.

Hasil dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik mempunyai hubungan dengan

efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Semakin tinggi motivasi intrinsik semakin

tinggi efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam diri seseorang pelajar.

5.3.8 Pengaruh Sokongan Ibu Bapa, Personaliti Dan Motivasi Keatas Efikasi
Kendiri Membuat Keputusan Kerjaya

Hasil dapatan kajian menunjukkan sokongan ibu bapa dari segi emosi, personaliti

keterbukaan dan motivasi intrinsik menjadi peramal kepada efikasi kendiri seseorang

dalam membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana sokongan

emosi daripada ibubapa sangat penting dalam mempengaruhi efikasi kendiri anak-

anak dalam membuat keputusan kerjaya. Ini kerana ibubapa merupakan role model

utama kepada anak-anak mereka. Sekiranya ibubapa menggunakan komunikasi yang

negatif di dalam kehidupan seharian mereka akan memberi kesan negatif kepada

emosi anak-anak mereka. Oleh itu ibubapa perlu menunjukkan sikap dan

menamankan sikap yang positif di kepada anak-anak mereka. Hasil dapat kajian ini

disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Alliman Brissett (2010). Dalam kajian

beliau menyatakan sokongan emosi daripada ibubapa memberi sumbangan kepada

remaja dalam membuat keputusan kerjaya.

Selain itu, personaliti keterbukaan juga menjadi peramal kepada efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar. Keputusan kajian ini disokong

oleh kajian yang dilakukan oleh Naveed dan Akram (2012). Hasil kajian mereka

menunjukkan personaliti keterbukaan menjadi peramal gaya intuitif gaya membuat

keputusan kerjaya. Individu yang mempunyai personaliti keterbukaan adalah


146

seseorang yang intelektual dan seorang yang mempunyai sikap ingin tahu yang

tinggi. Sikap ingin tahu yang tinggi membantu seseorang pelajar itu meneroka bidang

kerjaya yang diminati dan sesuai dengan diri mereka. Di samping itu, pelajar yang

mempunyai personaliti ini bersedia menerima idea baru. Idea baru ini dapat

mengembangkan lagi minda mereka dalam membuat keputusan kerjaya.

Di samping itu, motivasi intrinsik juga menjadi peramal kepada efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya. Hasil dapatan kajian ini di sokong oleh kajian yang

dilakukan Lisa Gaylor dan Jennifer J.Nicol (2016) yang menjalankan kajian yang

berkaitan dengan pengalaman pendidikan kerjaya sekolah menengah, efikasi kendiri

dan motivasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar yang mempunyai motivasi

intrinsik yang tinggi mempunyai keupayaan dalam meneroka bidang kerjaya.

Motivasi inrinsik ini mendorong seseorang pelajar itu untuk membuat keputusan

kerjaya tanpa mengharapkan ganjaran. Ia lahir dalam diri sendiri. Chartand dan Bargh

(2002) mengatakan bahawa motivasi intrinsik merupakan satu perasaan atau

keinginan yang lahir dalam diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara.

5.4 Kesimpulan

Berdasarkan huraian serta dapatan kajian jelas bahawa sokongan ibubapa, personaliti

dan motivasi mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan dalam

kalangan pelajar tingkatan empat. Sokongan ibu bapa dari segi galakan lisan sokongan

emosi adalah amat penting untuk pelajar-pelajar semua. Galakan lisan oleh ibu bapa

membantu pelajar dalam perkembangan pelajarannya dan membantu pelajar dalam


147

membuat keputusan kerjaya. Sokongan emosi yang positif membantu pelajar dalam

membentuk pemikiran yang positif dalam membuat sesuatu keputusan.

Di samping itu personaliti juga mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya. Hal ini kerana personaliti seseorang akan mempengaruhi

kognitif dan tingkah laku seseorang dalam pelbagai situasi. Selain itu, motivasi

merupakan daya penggerak seseorang itu dalam membuat keputusan kerjaya. Hal

kerana motivasi merupakan satu rancangan untuk mengelakkan diri daripada

kegagalan dan kekuatan seseorang untuk mencapai kecemerlangan hidup sesorang.

5.5 Implikasi Kajian

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan sokongan ibubapa, personaliti, motivasi

mempunyai hubungan dengan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Dapatan

kajian ini diharapkan menjadi rujukan kepada pelajar, kaunselor, ibubapa dan juga

pihak kementerian Pendidikan Malaysia.

5.5.1 Pelajar

Kajian ini dapat membantu pelajar untuk mengetahui personaliti dan membantu

meningkatkan keupayaan diri dalam membuat sesuatu keputusan kerjaya. Hal ini

kerana setiap keputusan kerjaya yang dilakukan mestilah bersesuaian dengan minat

dan personaliti seseorang individu itu. Di samping itu, sesuatu keputusan dibuat

adalah berpunca daripada motivasi. Hal ini kerana motivasi merupakan daya

penggerak seseorang dalam melakukan sesuatu tindakan. Selain itu, sokongan ibu
148

bapa sangat penting dalam membantu seseorang pelajar itu membuat keputusan

kerjaya.

5.5.2 Kaunselor

Kajian ini juga dapat membantu kaunselor untuk mengenal pasti masalah yang

dihadapi oleh pelajar dalam membuat keputusan kerjaya. Di samping itu, kaunselor

juga boleh menyebarkan maklumat kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti

pelajar. Selain itu, kaunselor perlu melaksanakan pameran kerjaya atau seminar

kerjaya supaya pelajar-pelajar terdedah dengan bidang pekerjaan supaya mereka tidak

silap dalam membuat keputusan kerjaya. Dengan melakukan program seperti ini dapat

membuka minda para pelajar dalam membuat pilihan tentang kerjaya mereka pada

masa hadapan.

5.5.3 Ibu bapa

Kajian ini juga dapat membantu ibu bapa dalam memberi sokongan dari segi lisan

atau emosi. Ibubapa berupaya untuk meneroka alam kerjaya sebagai sumber rujukan

awal bagi membantu anak-anak mereka membuat perancangan kerjaya. Hal ini kerana

ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak mereka dan pelajar mendapat

pendidikan yang pertama daripada ibubapa mereka. Di samping itu, ibubapa mestilah

menerapkan sikap yang positif kepada anak-anak supaya dapat membentuk emosi

yang positif di dalam kalangan anak-anak mereka.

5.5.4 Kementerian Pendidikan Malaysia


149

Kajian ini juga memberi manfaat kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Pihak KPM dapat merancang modul atau program yang sesuai untuk pelajar

ini untuk mengelakkan mereka tersalah memilih kerjaya. Di samping itu hasil dapatan

kajian ini membantu pihak KPM dalam merangka kursus yang sesuai dengan pelajar.

Kursus yang dirangka oleh pihak KPM mestilah bersesuaian dengan pelajar pada

masa kini agar tidak berlaku pengangguran dan pembaziran tenaga kerja. Dengan ini

dapat melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berdaya saing dan melahirkan pelajar

yang mempunyai minda kelas pertama.

5.6 Cadangan

Selepas kajian ini dijalankan pengkaji mendapati terdapat beberapa perkara yang

boleh dijadikan panduan kepada pihak yang bertanggungjawab dan juga kepada

penyelidikan yang akan datang. Pengkaji mempunyai beberapa cadangan yang ingin

diketengahkan kepada pihak tertentu bagi dijadikan panduan.

Antara cadangan ialah kajian ini perlu diperluaskan lagi. Kajian ini perlu

dilakukan di semenanjung Malaysia dan Sabah supaya hasil kajian ini dapat

digeneralisasikan secara menyeluruh. Selain itu, kajian ini boleh dilakukan kepada

pelajar di Kolej Vokasional, Sekolah Agama, dan Sekolah Berasrama Penuh. Ini

adalah untuk melihat cara pelajar ini dalam membuat keputusan kerjaya.

Kemungkinan cara mereka membuat keputusan kerjaya berbeza dengan pelajar

sekolah harian.
150

Selain itu, pengkaji masa hadapan juga boleh melaksanakan kajian ini kepada

pelajar pendidikan khas. Aspek penyelidikan ini amat penting kerana mereka juga

berhak dalam membuat pilihan kerjaya yang sesuai dengan minat dan personaliti

mereka. Pelajar berkeperluan khas ini juga mempunyai cita-cita dan matlamat hidup

tersendiri. Pelajar Pendidikan Khas juga merupakan aset negara.

Pengkaji pada masa akan datang boleh menggunakan kaedah kualitatif bagi

mendapat maklum balas dari responden. Keadaan ini kerana melalui kaedah kualitatif,

pemerhatian dan temu duga secara terperinci dapat dilakukan. Hal ini kerana pengkaji

lebih dekat dengan responden. Dengan melakukan kajian ini menggunakan kaedah

kualitatif dapat meneroka sesuatu isu secara mendalam. Di samping itu kaedah

kualitatif ini dapat menyediakan huraian realiti yang lebih tepat lagi lengkap.

Selain itu untuk pengkaji pada masa hadapan boleh menggunakan kajian

eksperimental untuk mendapat data daripada responden. Pengkaji boleh membina

modul yang sesuai yang berkaitan efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya. Modul

yang dibina akan diaplikasikan kepada pelajar untuk mendapat hasil kajian. Melalui

modul ini dapat melihat keberkesanan sesuatu kajian itu dilaksanakan.

5.7 Rumusan

Secara umumnya bab 5 ini membincangkan tentang hasil dapatan dalam kajian ini dan

sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kajian-kajian lepas. Kajian ini jelas

menunjukkan bahawa sokongan ibu bapa dari segi emosi merupakan peramal efikasi
151

kendiri seseorang pelajar itu membuat keputusan kerjaya. Di samping itu, personaliti

keterbukaan juga merupakan peramal kepada seseorang dalam membuat keputusan

kerjaya. Selain itu motivasi intrinsik merupakan peramal kepada efikasi kendiri

membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Keadaan ini

kerana motivasi merupakan daya penggerak seseorang itu melakukan sesuatu dalam

mencapai matlamat hidup seseorang.


152

RUJUKAN

Aida Mauziah Benjamin, Norazura Ahmad & Ang Chooi Leng. (2004). Career
Decision Making : A Study Of Sub-Urban Secondary School Student. Kertas
kerja Seminar Pembangunan kerjaya Abad 21 Anjuran Universiti Malaya, 29-
30 November.

Adler, A. (1964). In: Problems of Neurosis: A Book of Case Histories. Mairet P,


editor. New York, NY: Harper & Row.

Anderson, J. C., Funk, J. B., Elliott, R., & Hull Smith, P. (2003). Parental Support
And Pressure And Children’s Extracurricular Activities: Relationships With
Amount Of Involvement And Affective Experience Of Participation. Applied
Developmental Psychology, 24, 241-257.

Alexandra Novakovic & Philip B. Gnilka (2013). Dispositional Affect and Career
Barriers: The Moderating Roles of Gender and Coping. The Career
Development Quarterly. Vol 63.

Allport, G. W. (1961). Pattern And Growth In Personality. New York: Holt, Rinehart
& Winston.

Alliman Brissett (2010). Parent Supoort And African American Adolescents’ Career
Self Efficacy.Thesis PHD: University Of Minnesota.

Ann Reo (1982). Social Learning Theory. New Jersey: Prentice Hall

Asmawati Suhid (2009), Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam : Konsep Dan Amalan.
Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distribution Sdn Bhd

Asrul Azmin (2010). Hubungan antara Personaliti dan Penghargaan Kendiri Pelajar
Cemerlang Akademik. Jurnal mara Jilid 2 Bil 1 Jun 2010.

Austin, C. Y. (2010). Perceived factors that influence career decision self-efficacy


and Engineering related goal intentions of African American high school
students. Career and Technical Education Research, 35, 119-135.

Azlin & Suhaida (2013). Personaliti dan Minat Kerjaya Murid dalam Bidang
Teknikal dan Vokasional di Zon Pudu, Kuala Lumpur. International Education
Studies; Vol. 7, No. 9; 2014

Azuan Abu Bakar (2004). Pemilihan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Menengah:
Satu Kajian Di Sekolah Menengah Jalan Bukit Kajang. Latihan ilmiah yang
tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
153

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn.Bhd

Azizi Yahaya, Kamaliah Nordin& Yusof  Boon (2005). Hubungan antara konsep

kendiri, motivasi dan gaya keibubapaan dengan pencapaian pelajar. In:


International Conference On Learning and Motivation, 10-12 Sept 2005, City
Bayview Hotel, Langkawi.

Bakar, A. R, Zakaria, N. S., Mohamed, S. & Hanapi, Z. (2011). Career decision-


making self-efficacy of Malaysian vocational and technical students.
International journal of arts & sciences: 4(16):157–166

Baharin Abu. (2010). Stres dalam Kalangan Guru di Dua Buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia

Bandura, A. (1989a). Regulation Of Cognitive Processes Through Perceived Self-


Efficacy. Journal Developmental Psychology, 25, 729-735.

Bandura, A. (1986). The explanatory and predictive scope of self-efficacy theory.


Journal of Clinical and Social Psychology, 4, 359-373

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman

Bandura, A. (1997). Self-efficacy and health behaviour. Cambridge handbook of


psychology, health and medicine (pp. 160-162).Cambridge: Cambridge
University Press

Bandura (2003). Negative Self-Efficacy And Goal Effects Revisited. Journal of


Applied Psychology, 88, 87-99.

Bandura, A. (2006). Guide For Constructing Self-Efficacy Scales, Vol. 4: Self-


Efficacy Beliefs Of Adolescents. Greenwich, CT: Information Age Publishing

Bendick, M., Jr., Jackson, C. W., Reinoso, V. A., Hodges, L. E. (1991).


Discrimination Against Latino Job Applicants: A Controlled Experiment.
Journal Human Resource Management, 30 (4), 469-484.

Betz, N. E., & Hackett, G. (1981). The relationship of career related self efficacy
expectation to perceived career option in college men and women. Journal of
Counseling Psychology, 28; 399-410

Betz, N.E., Klein, K.L., & Taylor, K.M. (1996). Evaluation Of A Short Form Of The
Career Decision-Making Self-Efficacy Scale. Journal of Career Assessment,4,
47-57.

Betz, N.E., & Luzzo, D.A. (1996). Career Assessment And The Career Decision-
Making Self-Efficacy Scale. Journal of Career Assessment, 4, 413-428.
154

Betz, N.E., & Hackett, G. (2006). Career Self-Efficacy Theory: Back To The
Future. Journal of Career Assessment, 14(1), 3-11.

Brown, S.D., & Lent, R.W. (1996). A Social Cognitive Framework For Career Choice
Counseling. The Career Development Quarterly, 44, 354-366

Boram K, Sun H.J, Sun H.J, Bo H.L, Ana Puig, & Sang M.L (2012). A Moderated
Mediation Model Of Planned Happenstance Skills, Career Engagement,
Career Decision Self-Efficacy, And Career Decision Certainty.

Brenda Xiomara Mejia (2011). Perceived Career Barriers: The Role of Ethnic
Identity, Acculturation, and Self-Efficacy Mediators among Latina/o College
Students. Columbia University.

Bruner, J. S. (1966). Toward A Theory Of Instruction. Cambridge: Harvard University


Press.

Bounds, Patrice Sheri Robinson (2013). Examining The Relationship Between Career
Decision Self-Efficacy, Ethnic Identity, And Academic Selfconcept And
Achievement Of African American High School Students. PhD (Doctor of
Philosophy) thesis, University Of Iowa.

Carver, C. S., & Scheier, M. F. (2004). Perspectives On Personality (Fifth Edition).


Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Costa, P., McCrae, R., & Holland, J. (1984). Personality and Vocational Interests in
an Adults Sample. Journal of Applied Psychology, 69, 390-400. 

Costa, P.T. Jnr., & McCrae, R.R., (1985). The NEO Personality Inventory Manual.
Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

Costa P.T & R.R McCrae (1992). Four Ways Five Factors are Basic. Journal
Personality and Individual Differences. 13(6): 653-666

Crites, J.O. (1969). Vocational Psychology. New York: McGraw-Hill.

Crites, J. O. (1989). Career Development In Adolescence: Theory, Measurement, And


Longitudinal Findings. Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum

Christian.Jordan & Gil Carlos St San Jose (2015). Proceeding Kuala Lumpur
Communication,Education Language And Social Sciences 1 (Klicels1),6-7
june 2015 Kuala Lumpur, Malaysia

Chemers, M. M., Hu, L., & Garcia, B. F. (2001). Academic Self-Efficacy And First-
Year College Student Performance And Adjustment. Journal of Educational
Psychology, 93(1), 55-64.
155

C.J Bailey (2002). Applying The Five-Factor Model Of Personality Undergraduate


Career Attitudes And Beliefs: Maturity, Decision-Making Self-Efficacy And
Control. PHD, Dissertation Counseling Psychology.University of Missouri-
kansas City.

Das, P.K. & Patnaik, S. (2007). Parental Support And Development Of Peer Social
Status Among Children In India. Illinois Child Welfare, Volume 3, Numbers 1
and 2.

Deci, E. L. (1975). Intrinsic Motivation. New York: Plenum

Emilija Peciulyte, Laura Ustinaviciute & Natalija Norvile (2014). The Relationship
Between Parental Involvement and Students Career Decision Self-Efficacy.
Journal Social Work, Volume 13, Numbers ;2014

Fadhilah Abtholuddin (2013). Hubungan Antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran


Belajar dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Universiti Tun Hussein Onn.

Farnaz Mehdipour (2016). The Mediation Role Of Intrinsic And Extrinsic Motivation
In The Relationship Between Creative Educational Environment And
Metacognitive Self-Regulation. Journal of Education and Learning; Vol. 5,
No. 3; 2016

Faizah Abd Ghani & Siti Noorazzura Ahmad. Hubungan Trait Personaliti dengan
pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan Elektrik. University Teknologi Malaysia.

Fauzati Mansor (2005). Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah :


Satu Kajian Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan
Pahang. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan.

Fisher, T. A., & Stafford, M. E. (1999). Reliability And Validity Of The Career
Influence Inventory: A Pilot Study. Journal of Career Assessment, 7, 187-202.

Flores, L.Y & O’Brien,K.M (2002).The Career Development Of Mexican American


Adolescent Women: A Test Of Social Cognitive Career Theory. Journal
ofcounseling Psychology 49 (1):14-27

Gibson, D.E., (2004). Role Models In Career Development: New Directions For
Theory And Research. Journal Of Vocational Behavior, 134-156.
doi:10.1016/S0001-8791(03)00051-4

Ginzberg, E. (1972). Toward A Theory Of Occupational Choice: A Restatement.


Vocational Guidance Quarterly, 20, 169-176.

Girona, J.P. (2002). Finding role models for youths in palm river goal of MAD DADS.
The Tampa Tribune, 1.
156

Goldberg LR (1992). The development of markers for Big Five Factor Struct. Psychol.
Asses., 4 (1): 26-42.
Goldberg LR (1993). The Structure of Phenotypic Personality Traits. Am. Psychol., 48
(I): 26-34.

Ghazali, Nik Mohd &Parilah (2010). Kebimbingan Ujian Dan Motivasi Dalam
Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab Dalam Konteks Kemahiran Lisan.
Journal AJTLHE Vol.2, No.2, July 2010,46-58

Harter, S. (1984). A Model Of Children's Achievement And Related Self-Perceptions


Of Competence, Control, And Motivational Orientation. JAI Press, New York.

Hasan, Imran, Muhammad &Kashif (2010). A Study of University Students’


Motivation and Its Relationship with Their Academic Performance.
International journal of Busines Management,Vol.5 No 4:April 2010

Hasan, Susran & Habib (2009). Career Decision Making Self-Efficacy, Career
Maturity And Socioeconomic Status With Turkish Youth. Journal: Education
Science and Psychology 2009, No.1(14)

Harian Metro, 7 Disember 2015. Tangani masalah pengangguran.


http://www.hmetro.com.my/node/98428

Hairunnaja Najmuddin (2003). Memahami dan Membimbing Remaja Nakal. Bentong


: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd

Holaday M, Smith DA, & Sherry A. (2000). Sentence completion tests: A review of
the literature and results of a survey of members of the Society for Personality
Assessment.

Holland (1980). Some Diagnostic Scales And Signs For The Selection Of Vocational
Treatments. Journal of Personality and Social Psychology, 39, 1191– 1200.

Holland, J. L. (1996). Self-Directed Search: The Occupations Finder (Form R, 4th


ed.). Odessa, FL: Psychological Assessment Resources.

Holland, J. L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory Of Vocational


Personalities And Work Environment S (3rd Ed.). Odessa, FL: Psychological
Assessment Resources.

Hung-Bin Sheu (2005). Development And Initial Validation Of The Multicultural


Counseling Self-Efficacy Scale–Racial Diversity Form. Master Dissertation.
University of Maryland, College Park

Isabelle Fort, Flora Jacquet & Naı¨s Leroy (2011). Self-efficacy, goals, and job search
Behaviors. Universite´ d’Aix-Marseille, Aix-en-Provence, France

Jordan C.E & San Jose G.C .St (2015). Career-Related Parent Support As Predictor
157

Of Career Decision-Making Self-Efficacy. Proceeding - Kuala Lumpur


International Communication, Education, Language And Social Sciences 1
(Klicels1), 6 – 7 June, 2015

Kazdin, A.E. (1984). Integration Of Psychodynamic And Behavioral


Psychotherapies: Conceptual And Empirical Synthesis. In H. Arkowitz & S.
Messer (Eds.), Psychoanalytic therapy and behavior therapy: Is integration
possible? (pp. 139-170). New York: Plenum

Kamus Dewan, 2002. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kua, Bee Hoon, 2002. Perhubungan Antara Efikasi-Kendiri Dengan Pencapaian


Pelajar Tingkatan Enam Dalam Kebarangkalian. Master Dissertation.
University of Malaya.

Krejcie, R.V& Morgan D.W (1970). Determining Saiz For Research Activities.
Educational And Psychological Measurement ,30:607-610

K.Choi & D-Y.Kim (2013). A Cross Cultural Study Of Antecedents On Career


Preparation Behavior: Learning Motivation, Academic Achievement, And
Career Decision Self-Efficacy. Journal of Hospitality, Leisure, Sport
&Tourism Education13 (2013)19–32.

Larson, L.M., Wei, M., Wu, T.F, Borgen, F.H & Bailey, D.C. 2007. Discriminating
Among Educational Majors And Career Aspirations In Taiwanese
Undergraduates: The Contribution Of Personality And Self-Efficacy. Journal
of Counseling Psychology 554(4): 395-408.

Laila Nazura (2015). Hubungan Motivasi (Intrinsik & Ekstrinsik) Terhadap Kepuasan
Kerja Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tesis Ijazah Sarjana Sastera.Universiti Malaysia Kelantan.

Lent, R. W., Brown, S.D., & Hackett, G. (1994). Toward Unifying Social Cognitive
Theory Of Career And Academic Interest, Choice, And Performance. Journal
of Vocational Behavior,45, 79-122.

Lent, R. W., Brown, S. D., & Hackett, G. (2000). Contextual Supports And Barriers To
Career Choice. Journal of Counseling Psychology, 47, 36–49.

 Lent, R. W., & Hackett, G. (1987). Career Self-Efficacy: Empirical Status And
Future Directions. Journal of Vocational Behavior, 30, 347-382

Leong, F. T. L., & Chou, E. L. (1994). The Role Of Ethnic Identity And Acculturation
In The Vocational Behavior Of Asian Americans: An Integrative Review.
Journal of Vocational Behavior, 44, 155–172.
158

Lim, P. S & Melissa Ng Abdullah, L. Y. (2012). Relationship between Big-five


Personality Domains and Students’ Academic Achievement. Universiti Sains
Malaysia.

Lisa Gaylor & Jennifer J.Nicol (2016). Experiential High School Career Education,
Self-Efficacy, and Motivation. Canadian Journal of Education 39:2 (2016)

Luzzo, D, A.(1996). Exploring The Relationship Between The Perception Of


Occupational Barriers And Career Development. Journal of Career
Development, 22, 239-248.

Luzzo, D. A., & McWhirter, E. H. (2001). Gender And Ethnic Differences In The
Perception Of Educational/Career-Related Barriers And Levels Of Coping
Efficacy. Journal of Counseling & Development, 79(1), 61-67

Malone, T. W., & Lepper, M. R. (1987). Making Learning Fun: A Taxonomy Of


Intrinsic Motivations For Learning. In R. E. Snow & M. J. Farr
(Eds.), Aptitude, learning, and instruction: Vol. 3. Cognative And Affective
Process Analysis (pp. 223-253). Hillsdale, NJ: Erlbaum

Ma, P-W. & Yeh, C. J. (2010). Individual And Familial Factors Influencing The
Educational And Career Plans Of Chinese Immigrant Youths. Journal Career
Development Quarterly, 58, 230-245.
Masriani Mansor (2001). Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Berkaitan
Pemilihan Kerjaya Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat.
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

Melati Sumari (2006). Family Functioning And Career Decision Making Self-
Efficacy: A Study Of First Year Malaysian Undergraduates’ Student. Thesis
PhD University Western Michigan

Muhammad Bazlan (2011). Hubungan dan Pengaruh Sokongan Ibu Bapa, Personaliti
serta Efikasi-Kendiri ke atas Kemurungan Pelajar Perubatan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Naveed & Muhammad Akram (2012). Personality Types as Predictors Of


Decision Making Styles .Journal Of Behavioural , Vol. 22,No2,2012

Multon, K. D., Brown, S. D., & Lent, R. W. (1991). Relation Of Self Efficacy Beliefs
To Academic Outcomes: A Meta-Analytic Investigation. Journal of
Counseling Psychology, 38, 30-38.

M. Bazlan Mustafa, A. Jazimin Jusoh, S. Sofian S.Salim, M. Nasir Bistaman, & M.


Aziz Shah M. Arip (2014). Personaliti Pelajar Program Pendidikan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohad Anizu & Siti Salwa (2010). Faktor Di antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Ke Atas Penglibatan Para Pelajar Terhadap Aktiviti Pendidikan Luar- Satu
Kajian Kes.Universiti Teknologi Malaysia.
159

Mohd Zaki & Mohd Zaki (2014). Intrinsik dan Ekstrinsik :Tinjauan Motivasi Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Agama. International Research Management and
Innovation Conference 2014. KL,17-18 November 2014

Mohd Majid Konting (1999). Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Percetakan


ketiga.Kuala Lumpur : DBP

Muhd Mansor Abdullah & Siti Nordinar (1988). Psikologi Remaja. Kuala Lumpur.
Fajar Bakti.

Muna, Amla & Khairul (2011). Career Decision Making Constructs And Five-Factor
Model In Adolescents. World Applied Sciences Journal 14 (Learning
Innovation and Intervention for Diverse Learners): 34-39, 2011

McClelland, D.C. (1985). Human Motivation. Glenview, Illinois : Scotti Foresmen


and Company.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid.
Shah Alam : Cerdik Publications, 2001

Najmuddin, H. (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan & Kerjaya. Kuala


Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Normala A.Manaf (2013). Keserasian Personaliti Pelajar Dengan Kerjaya Agen


Pengembangan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Nor Shafrin & Ahmad Amin (2010). Pendedahan Maklumat Kerjaya Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Di Kawasan Luar Bandar. Jurnal Bimbingan dan Kaunseling.
Jilid10 Bil 1/2010

Noor Azlan & Noridah (2010). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan


Kerjaya Perguruan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.Tesis yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.

Noor Musyassarah Che Razali (2006). Hubungan Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor.McGRaw- Hill


Education Sdn.Bhd.

Omar, N. (2012) Teks Ucapan Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Sektor Pertanian
2012 Dicapai Pada Oktober 10, 2012 Dari Kementerian Pertanian Dan Industri
Asas Tani :www.moa.gov.my
160

Orhan Cmar, Cetin Bektes & Imran Aslan (2011). A Motivation Study On The
Effectiveness Of Intrinsic And Extrinsic Factors. Journal Economics and
management 2011.16

Ottu, F. A. & Oladipo, O. I. (2014). Openness To Experience, Conscientiousness And


Gender As Personality Indicators Of Career Maturity Of In-School
Adolescents In Ibadan, Nigeria. European Journal of Educational Studies,
6(1): 1-12.

Paulo Cardoso and Jose Ferreira Marques (2008). Perception Of Career Barriers: The
Importance Of Gender And Ethnic Variables. International Journal Education
Vocational Guidance. Vol, 8:49–61.

Parishani. N & Nilforooshan (2014). Career Indecision: Predictive Role of Parenting


Styles, Emotional Intelligence and Career Decision Making Self-Efficacy.
Journal Reef Resources Assessment and Management Technical Paper, Vol.
43, 2014, 4, pp. 15-26

Pajeres et.al (1999). Self-Efficacy Beliefs, Motivation, And Achievement In Writing: A


Review Of The Literature. DOI: 10.1080/10573560390143085. Emory
University, Atlanta, Georgia, USA

Pervin, L. A., Cervone, D., & John, O. P. (2005). Personality: Theory and Research
(9th ed.). Hoboken, NJ: John Wiley & Sons.

Perbagai Faktor Pengaruhi Pencapaian. Utusan Malaysia (19.04.00). “Utamakan


Subjek Sains, Matematik, Bahasa Inggeris”

Peter A. Creed, Oi Yin Wong and Michelle Hood (2009). Career decision-making,
career barriers and occupational aspirations in Chinese adolescents.
International Journal Education Vocational Guidance. Vol 9: 9:189–203

Pecjak.S and Kosir.K (2007). Personality, Motivational And Difficulties In Career


Decision Making In Secondary School Students. Journal psihologijske 16
(2007),1,141-158.

Quiteya Dawn Walker (2010). An Investigation Of The Relationship Between Career


Maturity, Career Decision Self-Efficacy, And Self- Advocacy Of College
Students With And Without Disabilities. University of Iowa.

Rahil Mahyuddin, Habibah Alias, Cheong, L.S., Muhd Fauzi Muhammad & Maria
Chong Abdullah (2006). The Relationship Between Self-Efficacy And Their
English Language Achievement. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 21:61-71.

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan Pendekatan


Kontemporari. Malaysia : McGraw-Hill
161

Rinat Michael, Tova Most & Rachel Gali Cinamon (2012). The Contribution Of
Perceived Parental Support To The Career Self-Efficacy Of Deaf, Hard-Of-
Hearing, And Hearing Adolescents. Journal of Deaf Studies and Deaf
Education.

Robert Owen Hartman (2006). The Five-Factor Model And Career Self-Efficacy:
General And Domain-Specific Relationship. The Ohio State University.

Rohana Abdul Rahim (2010). Minat Kerjaya, Efikasi Kendiri Keputusan Kerjaya,
Kemahiran Employabiliti, dan Pilihan Kerjaya Pelajar Vokasional Pertanian
Di Semenanjung Malaysia . Universiti Putra Malaysia.

Rohany Nasir. (2003). Isu-isu Kaunseling Dan Perkembangan Kerjaya. Utusan


Publications & Distributors. Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rogers, C. (1951). Client- Centered Therapy: Its current practice, implications and
theory. London: Constable.

Rosemary R. Kelly & Tim Hatcher (2011). Decision-Making Self-Efficacy and


Barriers in Career Decision Making Among Community College Students.
Community College Journal of Research and Practice, 37: 103–113

Ryckman, R. M. (2000). Theories of Personality, (7th ed.). Sydney: Wadsworth.

Samia Nawaz & Nighat Gilani (2011). Relationship Of Parental And Peer Attachment
Bonds With Career Decision-Making Self-Efficacy Among Adolescents And
Post-Adolescents. Journal of Behavioural Sciences: Vol 21

Sani Ismail (2011). Kematangan Kerjaya, Efikasi-Kendiri Kerjaya Dan Pengelibatan


Pelajar Dalam Aktiviti Program Bimbingan Dan Kaunseling Kerjaya.
Universiti kebangsaan Malaysia

Salehudin Hj. Sabar dan Mahadi Hj. Khalid (2005). Kertas Konsep Faktor-Faktor
Graduan Berkerjaya Memilih Kursus Perguruan Lepas Ijazah-Pengkhususan
Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan MPBL. 6. 35-52

Sang H.L, Kumlan Y & Sang M.L (2008). A Typology of Career Barriers. Asia
Pacific Education Review. Vol. 9, No.2, 157-167.

Sazali Yusof, Zurida Ismail, & Mustapa Kassim (2002). Efikasi-kendiri guru besar:
Penerokaan dan pembinaan instrumen. Prosiding Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Ke-11. Institut Aminuddin Baki, Genting
Highlands

Siti Salwa Sawari & Norwati Mansor (2013). A Study Of Student’s General Self-
Efficacy Related To Gender Differences. Journal of informative and futuristic
research: vol 1: 62-67
162

S.Subramanian, V.Gopalakrishnan & I.Prem Rose Thayammal (2012). Big Five


Inventory (BFI) of Personality Traits of Entrepreneurs. Volume 2/Issue
6/Article No-4/913-919

Swanson, J. L., & Gore, P. A. (2000). Advances In Vocational Psychology Theory


And Research. In S. D. Brown & R. W. Lent (Eds.), Handbook of counseling
psychology (pp. 233–269). New york: Wiley.

Swanson, J. L., & Woitke, M. B. (1997). Theory Into Practice In Career Assessment
For Women: Assessment And Interventions Regarding Perceived Career
Barriers. Journal of Career Assessment, 5, 443–462.

Syed Nasir (1998). Faktor - Faktor Pemilihan Kerjaya Pelajar, Universiti Utara
Malaysia.

Saiful Bahrin Mat Aroff (1989). Motivasi Dan Psikologi Anda . Kuala Lumpur:
Penerbitan Saiful Azanis

Siriya Siset Anak Simpun (2006). Tekanan Dalam Kalangan Pelajar: Faktor
Akademik Dan Bukan Akademik Di Smk Dato Zulkfili Muhammad Slim River.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris

Saedah Siraj, Zainun Ishak &Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Sidek Mohd Noah (2005). Pengujian Dan Pengukuran Dalam Kaunseling: Teori Dan
Aplikasi.Serdang: Universiti Putra Malaysia

Sidek Mohd Noah (2002) Rekabentuk Penyelidikan: Falfasah, Teori Dan Praktis.
Serdang: University Putra Malaysia.

Suziah @ Yufi Shanne Binti Ruji (2003). Bagaimana Faktor Motivasi Intrinsik Dan
Ekstrinsik Mempengaruhi Penglibatan Atlet Bola Tampar Upsi Dalam Sukan
Bola Tampar. Latihan Ilmiah Yang Tidak Diterbitkan Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Slavin, R.E. (1987). Developmental and motivational perspectives on cooperative
learning: A reconciliation. Journal Child Development , 58 , 1161-1167.

Slavin, R.E. 1997. Educational Psychology& Smart Schools. Boston: Prentice Hall

Tabitha L. Grier-Reed & Nicole R. Skaar. (2010) An Outcome Study of Career


Decision Self- Efficacy and Indecision in an Undergraduate Constructivist
Career Course.

Tolbert (1974). "Counselling for Career Development." (Houghton Mifflin


Company).
163

Tolbert (1980). Career Career Development Theories: What Help for Older Persons.
https://doi.org/10.1002/j.2161-1920.1980.tb01193.x

Turcotte, M. (2005) The Relationship Between Personality Traits And Cooping


Endorsement: Relevance To Psychological Well Being. Library and Archives
Canada: Carlton University.

Turner et al. (2003). The Career- Related Parent Support Scale. Journal Measurement
And Evaluation in Counseling and Development .July 2003.Vol36

Trisha L.R.B, Elizabeth A.K, HalenaM.M &Margaretha S.L(2012). Career- Related


Parent Support and Career Barriers : An Investigation Of Contextual
Variables. Journal The Career Development Quarterly; Dec 2013;Vol 61, 4;

Trawick Smith(1997).Early Childhood Development:A Multicultural Persepective.


University Michigan.
Utusan Malaysia, 29 November 2017. Kadar pengangguran negara kekal di bawah 4
peratus.
http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/kadar-pengangguran-negara-kekal-
di-bawah-

Wan Noraini & Nooraini (2011). Tahap Motivasi dan Punca Tekanan Guru yang
melanjutkan Pengajian. Jurnal Kemanusiaan bil 7, Jun 2011.

Woolfolk A. (1995). Educational Psychology, 6th edition. USA: Allyn and Bacon.

Wolfe, Jessica B., and Betz, Nancy E. 2004. The Relationship of Attachment Variable
to Career Decision-Making Self-Efficacy and Fear of Commitment : Career
Development Quarterly.

Yazachew A. T. (2013). Relationship Between Self-Efficacy, Academic Achievement


And Gender In Analytical Chemistry At Debre Markos College Of Teacher
Education.

YP Chua (2006). Kaedah dan statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Malaysia :


McGraw Education.

Zunker, G. Z. (2006). Career Counseling: A Holistic Approach (7th Ed.). Belmont:


Brooks/Cole Puplishing

Anda mungkin juga menyukai