Anda di halaman 1dari 2

TEKS BERCERITA DARIPADA KISAH AL-QURAN : SITI AMINAH BONDA RASULULLAH

S.A.W

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang
dihormati sekalian.Assalamualaikum w.b.t.

Tersebutlah kisah seorang wanita,


Cantik bestari tiada taranya,
Anak bangsawan pekerti mulia,
Itulah dia Aminah namanya.

Tahukah kawan-kawan siapakah bonda Rasulullah s.a.w ? Beliau ialah Aminah binti Wahab bin Abdul
Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Beliau adalah seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu
yang diganugerahkan anak tunggal yang mulia, rasul yang bijak, pembawa hidayah keseluruh alam

.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda tentang nasabnya, iaitu asal keturunan baginda. Allah telah memilih aku
dari kinanah, dan memilih kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang yang
baik-baik.Anak adalah amanah Tuhan,Menyambung warisan generasi belia,Aminah binti Wahab ibu
pilihan,Keturunan terbaik lagi mulia.

Kawan-kawan sekalian,

Ibu kita juga adalah wanita pilihan Allah kerana mereka telah berjaya mengharungi pelbagai dugaan hidup
untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah kepada suami dan anak-anaknya.kawan pernah dengar
lagu ibu ibu engkaulah ratu hatiku. Ya kawan- kawan ibu adalah ratu dalam kehidupan kita. Allah
berfirman yang bermaksud:
Maksudnya : Wanita-wanita yang solehah itu ialah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri
ketika (suaminya) tidak ada kerana Allah telah menjaga mereka (surah An-nisa : 34)

Berbalik kepada cerita tentang bonda Rasulullah.. Aminah binti Wahab adalah isteri kepada Abdullah bin
Abdul Mutalib, iaitu bapa Nabi Muhammad s.a.w . Ketika berkahwin dengan Abdullah, umur Aminah
binti Wahab ketika itu masih dibawah 20 tahun manakala Abdullah bin Abdul Muttalib pula menjejak usia
25 tahun.

Rakan-rakan sekalian, Suatu malam, Aminah bermimpi seakan-akan cahaya keluar darinya menyinari
istana-istana Syam. Beliau juga mendengar suara ghaib bahawa beliau mengandungkan seorang pemimpin
umat.Para pendita Yahudi dan Nasrani selalu membicarakan tentang kedatangan nabi yang ditunggu-
tunggu selama ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 129:
Bermaksud : Ya Tuhan kami, Utuslah bagi kami seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayatMu, dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan
menyucikan mereka.

Kawan-kawan sekalian, Memang benarlah ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya
serta menerangi istana-istana Syam itu. Aminah binti Wahab telah selamat melahirkan seorang putera
lelaki pada hari Isnin, 12 Rabiul awal bersamaan 570 Masihi. Putera yang diberi nama Muhammad itu
dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk umat manusia hingga akhir zaman. Telah termaktub di
dalam al-Quran Surah Ali-Imran, ayat 85.:
Yang bermaksud : Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima ( agama itu )
darinya. Dan di akhirat termasuklah orang-orang yang rugi.Nabi Muhammad akhiri zaman,Pembawa
rahmat seluruh alam,Akhlak mulia tiada bandingan,Menjadi ikutan setiap insan.

Tahukah kawan-kawan?Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah. Anak tersebut tidak
membawa sebarang dosa yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda
maksudnya:Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.(Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
Namun pada masa kini, masih ada lagi fahaman karut menyatakan anak kecil yang dilahirkan membawa
sial kerana menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti bankrap dalam perniagaan, ditimpa
malapetaka dan sebagainya. Ingatlah kawan-kawan, segala masalah yang berlaku itu merupakan satu
ketetapan daripada Allah SWT dan bukan disebabkan zuriat yang tidak berdosa.

Sidang hadirin sekalian,


Ketika usia nabi Muhammad s.a.w 6 tahun, Aminah bersama-sama anaknya, Muhammad serta
pengasuhnya, Ummu Aiman pergi menziarah pusara suaminya, Abdullah di Yathrib. Ketika perjalanan
pulang ke Mekkah, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia. Beliau dikuburkan di sebuah tempat bernama
Abwa. Dengan hati yang penuh luka, kembalilah Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama pengasuhnya
Ummu Aiman. Maka, tinggallah Muhammad menjadi yatim piatu. Setelah itu, Muhammad dijaga pula
oleh datuknya, Abdul Mutalib. Tinggallah nabi seorang diri,Hilanglah insan yang dikasihi,Tinggallah nabi
seorang diri,Mengajarnya hidup berdikari.
Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekal namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung
sebagai ibu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w,

Ya kawan-kawan, Kasihan Nabi Muhammad s.a.w, sejak kecil telah menjadi yatim piatu, bayangkan kita
di tempatnya. Kita patut bersyukur kerana masih mempunyai ayah dan ibu yang sentiasa menyayangi dan
mengasihi kita. Sebagai anak kita hendaklah menggunakan masa yang ada untuk membalas jasa ibu bapa
kita yang telah melahirkan dan membesarkan kita sehingga dewasa. Jangan sesekali kita menderhaka
kepada orang tua kita. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:Redha Allahbergantung
padaredhakeduaibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka keduaibu bapa.

Cantik sekali si burung nuri,


Hinggap sebentar di atas atap,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf salah dan silap.
Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai