Anda di halaman 1dari 15

ABCR2103

OUM BUSINESS SCHOOL

SEPTEMBER / 2017

ABCR2103

PRINSIP KOMUNIKASI KORPORAT

NO. MATRIKULASI : 830630015614001


NO. KAD PENGNEALAN : 830630015614
NO. TELEFON : 012-6208150
E-MEL : dianesa@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE

0
ABCR2103
Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 2
2.0 Latar belakang organisasi 3
3.0 Amalan hubungan media 4-8
4.0 Siaran Akhbar 9-11
5.0 Kesimpulan 12

1
ABCR2103
1.0 Pengenalan
Perhubungan media (media relations) merupakan corak komunikasi antara sesebuah
organisasi dengan pihak media yang berminat dalam aktiviti yang dilakukan oleh organisasi
(Ridgway, 1996). Wahidin Saputra & Rulli Nasrullah, (2014) menyatakan hubungan media
adalah sebahagian daripada perhubungan awam (public relations) yang memupuk dan
membangun hubungan baik dengan media masa sebagai cara komunikasi antara organisasi
dengan orang awam untuk mencapai matlamat organisasi. Peranan utama hubungan media
adalah untuk memberitahu orang ramai tentang misi, dasar, aktiviti, dan amalan organisasi
yang positif, konsisten dan boleh dipercayai dengan cepat dan berkesan (Zulhamri & Yuhanis,
2013).
Komunikasi antara sesebuah organisasi dan media membolehkan maklumat atau entiti
yang diketengahkan memberi impak kepada penonton yang dikehendaki atau menyebarkan
kepada kedua-dua penonton sasaran kecil atau besar dalam membantu untuk mendapatkan
sokongan dan membina pendapat dan tanggapan tentang organisasi. Terdapat pelbagai jenis
media dibawah kategori media traditional dan baru yang boleh digunakan seperti majalah,
surat khabar, stesen TV, radio, blog, laman web dan media yang berasaskan di atas talian bagi
memberitahu peristiwa yang berlaku di organisasi (Zulhamri & Yuhanis, 2013).
Berurusan dengan media memberi cabaran-cabaran yang unik di mana media tidak dapat
dikawal kerana pihak media mempunyai kawalan mutlak dalam menonjolkan maklumat sama
ada menarik minat pengguna dan pihak media tersebut (Ridgway, 1996). Oleh yang demikian
jalinan hubungan yang baik dan berterusan antara organisasi dan media berita adalah sangat
penting ini berkemungkinan organisasi boleh mendapat publisiti percuma tanpa sebarang
bayaran. Salah satu cara untuk memastikan hubungan kerja yang positif dengan kakitangan
media adalah menjadi mereka sebagai shabat dan memahami rentak dan kepentingan mereka.
Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, kebanyakkan pengguna lebih cenderung
mendapatkan maklumat atau berita-berita penting melalui media diatas talian seperti twitter,
facebook, surat khabar atau majalah di atas talian dan sebagainya. Ia lebih praktikal kerana
boleh dicapai dimana-mana sahaja tanpa kekangan masa, tempat dan situasi dan lebih
berkesan sekiranya mempunyai media sosial yang ada pengikut di serata dunia dan aktif
setiap masa. Pemilihan media yang tepat juga adalah penting dalam menyampaikan maklumat
dengan cepat dan tepat sekaligus mudah dicapai oleh orang awam dan sasaran.

2
ABCR2103
2.0 Latar belakang organisasi
Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Di Seluruh Dunia (SWIFT) adalah
koperasi di bawah undang - undang Belgium yang dimiliki ahli global dan penyedia
terkemuka di dunia bagi menyediakan rangkaian yang membolehkan institusi kewangan di
seluruh dunia menghantar dan menerima maklumat mengenai transaksi kewangan dalam
persekitaran yang selamat, satu piaiwaian dan boleh dipercayai (SWIFT, 2017). SWIFT
diasaskan di Brussels pada tahun 1973 di bawah pimpinan CEO Carl Reuterskiold (1973-
1983) dan disokong oleh 239 bank di lima belas negara dimana ketika itu mereka
menyelesaikan masalah tentang pembayaran rentas sempadan. SWIFT mula berkembang pada
tahun 1977 dengan mengantikan teknologi Telex kepada pemesejan sistem komputer bagi
mengesan dan mengarahkan mesej dan satu set piawai mesej dibina untuk membolehkan
pemahaman umum tentang data bagi membenarkan transmisi automatik, penerimaan dan
pemprosesan. Kini platform, produk dan perkhidmatan SWIFT menghubungkan lebih
daripada 11,000 organisasi perbankan dan sekuriti, infrastruktur pasaran dan pelanggan
korporat di lebih daripada 200 negara dan wilayah, membolehkan mereka berkomunikasi
dengan selamat dan bertukar mesej kewangan yang standard dengan cara yang boleh
dipercayai. SWIFT mempunyai satu jabatan yang diketuai oleh ketua perkhidmatan awam
iaitu Sophie Racquet bagi menguruskan penyebaran maklumat dengan menjalinkan hubungan
media yang erat diantara SWIFT dengan pihak kerajaan dan swasta. SWIFT melantik
beberapa pengurus dalam setiap negara bagi mengurus aktiviti-aktiviti dengan media dengan
mempunyai kepakaran yang berlainan bagi memudahkan pengurusan dan maklumat yang
hendak di sampaikan adalah cepat, tepat dan menarik perhatian umum. Mereka juga
bertangungjawab dalam memastikan maklumat berita atau isi kandungan yang di terbitkan
oleh pihak media tentang organisasi adalah positif, releven dan penting. Jabatan hubungan
media perlu peka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak media bagi pihak SWIFT
kerana ditakuti kenyataan tersebut mendatangkan pandangan negatif terhadap produk yang
dikeluarkan oleh SWIFT dan sekaligus boleh menjatuhkan reputasi SWIFT dalam mengurus
menghantar dan menerima maklumat mengenai transaksi kewangan dalam persekitaran yang
selamat di seluruh dunia.

3
ABCR2103
3.0 Amalan hubungan media SWIFT
Pada abad ke-21, wajah perhubungan awam berubah, sebahagian besarnya disebabkan
oleh fenomena perubahan media. Apabila syarikat mengawal perbelanjaan mereka dalam
menghadapi cabaran kewangan di seluruh dunia, media yang murah jelas merupakan pilihan
pemasaran dan perhubungan awam yang baru (Seitel, 2014). Selain itu kekangan pengguna
dari segi masa, jarak dan waktu menjadikan media baru sebagai satu pilihan untuk
mendapatkan maklumat. Media baru ialah menggabungkan pengkomputeran dan teknologi
maklumat, rangkaian komunikasi dan media digital dan kandungan maklumat untuk
disebarkan ke seluruh dunia dengan cepat dan pantas (Terry Flew, 2008). Bagi perhubungan
awam SWIFT telah memanfaatkan internet dan media sosial sebagai alat untuk menyebarkan
dan menyampaikan maklumat organisasi ke serata dunia tanpa batasan dengan lebih berkesan.
Kebanyakan masa kini, laman web berfungsi sebagai “first face” kepada orang ramai.
Laman web mempunyai pelbagai fungsi, biasanya interaktif, membantu pengguna
berkemampuan untuk mencari maklumat, menjalankan perniagaan, membuat profil, mengurus
akaun mereka dan pelbagai pilihan lain yang mudah (Seitel, 2014). Laman web membenarkan
organisasi untuk bercakap dengan suara sendiri tanpa terkawal dan tidak disiarkan oleh media
atau perantaraan. Oleh yang demikian, SWIFT telah membina satu laman web sebagai
pelayaran yang boleh dilayari, menyediakan alat yang diperlukan untuk memudahkan
kemudahan penyampaian kandungan, mesra pengguna dan teratur termasuk halaman untuk
berita, klip video, laporan dan penerbitan bagi membolehkan jutaan pengguna mendapatkan
maklumat yang dikehendaki adalah tepat dan boleh dipercayai (rujuk gambarajah 3.1).

Gambarajah 3.1 : Lawan web SWIFT (https://www.swift.com/)

4
ABCR2103
Selain itu Twitter digunakan oleh SWIFT seperti gambarajah 3.2 untuk mencari “tweeple"
dimana perbualan tentang isu, produk, calon, dan boleh menjadi sangat berharga dalam
menentukan apa yang difikirkan pengguna dan mendapat penyokong serta mengenal pasti
“tweeters” yang mempunyai pengaruh dalam menyatakan jenama SWIFT. SWIFT juga boleh
mendapatkan maklumat baru dan menerima isi kandungan yang bernilai bagi
mempertingkatkan lagi kecekapan organisasi SWIFT. Twitter adalah perkhidmatan blog mikro
yang membolehkan anda “tweet” - taip mesej ringkas (maksimum 140 aksara) untuk memberi
isyarat kepada kawan-kawan dan pengikut “apa yang sedang anda lakukan sekarang” (Seitel,
2014). Oleh yang demikian dengan adanya Twitter ia memudahkan SWIFT mengawal
pengguna dan membuat kenyataan dengan pantas untuk dalam masa timbulnya krisis.

Gambarajah 3.2 : Lawan twitter SWIFT (https://twitter.com/swiftcommunity)

SWIFT juga mempunyai laman Linkedln dan juga Facebook seperti gambarajah 3.3 bagi
mewujudkan rangkaian dengan seseorang yang di kenali iaitu rakan sekerja atau bekas rakan
perniagaan. Linkedln dan Facebook adalah popular dikalangan perhubungan awam yang
profesional dimana ia boleh digunakan untuk mencari peluang perniagaan atau pekerjaan baru
untuk membangunkan rangkaian kenalan dan sebagainya (Seitel, 2014). Linkedln dan
Facebook membolehkan SWIFT membuat komunikasi dua hala dengan pengguna, monitor
perbualan, berkongsi aktiviti sosial, membina kumpulan dan berbual secara persendirian
dengan penggunanya.

5
ABCR2103

Gambarajah 3.3 : Linkedln (https://www.linkedin.com/company/swift ) dan Facebook


(https://www.facebook.com/SwiftCareers)

6
ABCR2103
SWIFT juga menggunakan YouTube seperti gambarajah 3.4 sebagai salah satu media
untuk membuat aktiviti pemasaran. Salah satu faedah YouTube adalah pemasar boleh
menyasarkan kumpulan pengguna tertentu untuk topik tersebut yang diketegahkan. Seperti
SWIFT menjanjikan tindakan pantas kepada pekerja dan meyakinkan orang ramai tentang
kebaikan produknya.

Gambarajah 3.4 : YouTube – The Future of Cross-border Payments – SWIFT gpi


Walaupun terdapat plebagai teknologi media yang baru di perkenalkan SWIFT juga masih
mengekalkan hubungan media secara tradisional dengan membuat sidang akhbar seperti
gambarajah 3.5 di setiap negara bagi memperkenalkan produk baru mereka dan mendapatkan
liputan yang meluas daripada syarikat-syarikat akhbar tempatan tentang aktiviti mereka.

Gambarajah 3.5 : Persidangan akbar di Sepanyol dan Germany 2017


Unit media SWIFT juga turut menghadiri diri atau melakukan aktiviti berbentuk amal, atau
terlibat dengan kempen kerajaan seperti menyelamatkan alam sekitar iaitu penanaman semula

7
ABCR2103
pokok dan menutup lampu yang tidak digunakan bagi mengurangkan penggunaan elektrik dan
menaja persidangan atau mana-mana badan serta menaja pendidikan bagi pekerja syarikat
SWIFT atau pelajanr-pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampu serta mereka yang
memerlukan bagi menarik perhatian pihak media dan sekaligus dapat menjalankan hubungan
baik dengan mereka. Kerja amal yang dilakukan oleh pihak SWIFT dengan membantu
menyelamatkan nyawa dengan mengambil bahagian dalam Hari Menderma Darah pada 9
Oktober 2017 yang berlangsung di pejabat La Hulpe bagi menyokong aktiviti Pusat Palang
Merah Tranfusion (rujuk gambarajah 3.6).

Gambarajah 3.6 : Menderma Darah

Hubungan yang baik dengan pihak media mendatangkan banyak faedah kepada SWIFT
kerana selain mendapatkan publisiti atau iklan percuma untuk organisasi ia juga sebagai
penyelamat apabila situasi buruk sedang terjadi dan sekaligus menjaga reputasi organisasi dan
tanggapan positif orang ramai terhadap produk SWIFT. Pendekatan hubungan media dengan
menggunakan kedua-dua kaedah iaitu media baru dan tradisional ia memudahkan SWIFT
menghadapai sebarang kemungkinan krisis yang akan timbul dan sekaligus menunjukkan
SWIFT mempunyai satu jabatan perhubungan awam yang kukuh dan serius terhadap sebarang
permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan di seluruh dunia.

8
ABCR2103

4.0 Siaran Akhbar

SWIFT melancarkan “cloud-based” untuk meningkatkan aktiviti


koresponden perbankan

Rangkaian koresponden Perbankan menggabungkan produk dan perkhidmatan SWIFT untuk


membuat koresponden perbankan lebih cekap, selamat dan kos yang lebih efektif

Toronto, 17 Oktober 2017 – SWIFT telah melancarkan rangkaian koresponden perbankan


yang menyediakan satu penyelesaian untuk bank-bank yang mencari kos yang lebih efektif
dalam mengakses SWIFT sambil dapat mempertingkatkan kecekaan dan keselamatan aktiviti
koresponden perbankan mereka.

9
ABCR2103

Bank yang bersaiz kecil hingga yang sederhana menghadapi tekanan dalam mengurangkan
kos operasi dengan mengekalkan infrastuktur SWIFT mereka dari segi teknologi dan
keselamatan koresponden perbankan. Selain itu juga, keperluan peraturan dan tuntutan
keselamatan siber yang semakin berkembang menjadikannya penting untuk bank mempunyai
pengetahuan mendalam mengenai aktiviti yang dilakukan oleh koresponden mereka.

Untuk memudahkan koresponden perbankan yang cekap, selamat dan kos yang lebih efektif,
bank mesti dapat mengesan aktiviti pembayaran, memastikan pemprosesan bayaran bebas dari
masalah, mempertahankan terhadap ancaman siber dan jenayah kewangan dan mengakses
data yang diperlukan untuk analisis yang lebih komprehensif.

Rangkaian koresponden perbankan memberi akses kepada bank secara langsung dengan kos
yang lebih efektif ke rangkaian SWIFT melalui Alliance Lite2, “cloud-based” yang sama
piawaian, mantap dan selamat yang diurus dan dikendalikan oleh antara muka SWIFT.
Alliance Lite2 mengabungkan manfaat dengan menambah nilai “cloud” dengan masa yang
lebih cepat ke pasaran.

Pek ini disediakan dengan produk dan perkhidmatan terbaik SWIFT untuk koresponden
perbankkan, termasuk
 KYC Registry - berkongsi platform untuk mengurus dan menukar data Know Your
Customer (KYC) yang diseragamkan.
 Sanctions Screening - memaparkan mesej masuk dan keluar terhadap senarai sekatan
terkini
 Penyaringan Nama (Name Screening) - alat carian dalam talian yang membolehkan
penyaringan nama tunggal terhadap sekatan, senarai PEP dan peribadi
 Laporan Pengesahan Harian (Daily Validation Report)- mengesahkan aktiviti transaksi
SWIFT dan memahami risiko pembayaran
 Bankers World Online dan Pengurusan Rangkaian BI (Bankers World Online and BI
Network Management ) - data rujukan lalu lintas perbankan dan data rujukan
pembayaran terperinci

10
ABCR2103
 SWIFTSmart - platform pembelajaran secara talian “cloud-based”
Rangkaian koresponden perbankan terdiri daripada tiga pek yang boleh digabungkan untuk
memenuhi keperluan khusus institusi - Pek Asas, Pek Pematuhan dan Pek Data Perniagaan.

Sophie Racquet, Ketua Perkhidmatan Awan, SWIFT, mengulas: “Kami memahami


bahawa organisasi yang berbeza mempunyai keperluan sambungan yang berbeza dalam
infrastruktur yang mereka harapkan untuk transaksi kewangan. Bank kecil dan sederhana
yang terlibat dalam koresponden perbankan menghadapi cabaran yang unik. Mereka mesti
mengurangkan beban operasi mereka tanpa menjejaskan keselamatan sementara menghadapi
kerumitan berurusan dengan pelbagai institusi. Kami membangunkan rangkaian koresponden
perbankan untuk menangani cabaran-cabaran ini, dengan menggabungkan satu set produk dan
perkhidmatan SWIFT yang dipercayai dan terbukti pada harga yang berkesan”.

Mengenai SWIFT
SWIFT adalah koperasi milik ahli global dan pembekal terkemuka di dunia bagi
perkhidmatan pesanan kewangan yang selamat. Kami menyediakan komuniti kami dengan
platform untuk pemesejan dan piawaian untuk berkomunikasi, dan kami menawarkan produk
dan perkhidmatan untuk memudahkan akses dan integrasi, pengenalpastian, analisis dan
pematuhan peraturan.
Produk dan perkhidmatan pesanan kami menghubungkan lebih daripada 11,000 organisasi
perbankan dan sekuriti, infrastruktur pasaran dan pelanggan korporat dengan lebih daripada
200 negara dan wilyah. Walaupun SWIFT tidak memegang dana atau mengurus akaun bagi
pihak pelanggan, kami membolehkan komuniti pengguna global kami untuk berkomunikasi
dengan selamat, bertukar-tukar mesej kewangan yang standard dengan cara yang boleh
dipercayai, dengan itu menyokong aliran kewangan global dan tempatan, serta perdagangan di
sekeliling dunia.
Sebagai pembekal, kami terus mengejar kecemerlangan operasi dengan menyokong komuniti
dalam menangani ancaman siber serta mencari jalan untuk mengurangkan kos, mengurangkan
risiko dan menghapuskan ketidakcekapan operasi. SWIFT juga membawa komuniti
kewangan bersama sehingga peringkat global, serantau dan tempatan untuk membentuk

11
ABCR2103
amalan pasaran, mentakrifkan piawai dan isu-isu perdebatan mengenai kepentingan atau
kepentingan bersama.
Beribu pejabat di Belgium, SWIFT menguruskan pentadbiran antarabangsa, menguatkan
pengawasan dan mengukuhkan struktur global koperasi serta rangkaian pejabat global SWIFT
memastikan kehadiran aktif oleh semua pusat kewangan utama.

Untuk maklumat lanjut, layari www.swift.com atau ikuti kami di Twitter: @swiftcommunity
dan LinkedIn: SWIFT.

Unit Hubungan Media


Chatsworth Communications
Tel: +06 (0) 03 83292184
swift@chatsworthcommunications.com

5.0 Kesimpulan
Hubungan media merupakan satu corak komunikasi antara pihak media dengan sesebuah
organisasi yang berminat terhadap aktiviti yang dijalankan atau maklumat yang penting
daripada organisasi tersebut. Hubungan media berperanan dalam menyebarkan dan mengawal
maklumat kepada orang awam dalam sesebuah sistem sosial.Organisasi yang mempunyai
hubungan baik dengan media mendapat banyak manfaat dimana mereka memperolehi
publisiti dan iklan secara percuma yang diberikan tanpa mengeluarkan sebarang kos. Selain
itu ia boleh memberi tanggapan yang baik dan positif terhadap organisasi tersebut dan boleh
menaikkan reputasi organisasi. Adanya pelbagai jenis media yang boleh digunakan sama ada
media traditional atau media baru bagi menyampaikan mesej ke pengguna. Terdapat cabaran
yang perlu dihadapi oleh organisasi dalam berurusan dengan pihak media. Ini kerana media
sukar dikawal dan dijangka tindakan mereka dalam menonjolkan maklumat organisasi. Oleh
yang demikian organisasi perlu menjalinkan hubungan sahabat dan positif bagi memahami

12
ABCR2103
rentak dan kepentingan mereka. Kini kebanyakan maklumat yang diperolehi oleh pengguna
melalui media-media sosial di atas talian seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya
kerana adanya kemajuan teknologi bagi memudahkan mereka mencapai dimana mereka
berada tanpa kekangan.
Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Di Seluruh Dunia atau singkatanya
SWIFT diasaskan di Brussels pada tahun 1973 bagi menyelesaikan masalah perbankan
tentang aktiviti pembayaran yang dilakukan oleh pengguna di sempadan negara. SWIFT
menggantikan teknologi Telex kepada pemesejan sistem berkomputer bagi mengesan dan
mengarah satu set piawaian mesej bagi membolehkan data diproses dan dipindahkan ke
pengguna dan juga pihak bank dengan cepat dan tidak memerlukan kos yang rendah. Bagi
memasarkan produk keseluruh dunia SWIFT menubuhkan satu unit jabatan perhubungan
awam bagi mengendalikan maklumat ke orang awam dan pelanggan. Jabatan ini
bertangungjawab dalam menjalankan hubungan yang baik dengan media dan memastikan
maklumat yang disebarkan adalah tepat, releven dan penting yang memberi impak kepada
reputasi syarikat.
SWIFT menggunakan dua kaedah media iaitu media baru dan media traditional. SWIFT
membina laman web sebagai pihak mewakili mereka bagi memudahkan pengguna atau orang
awam memperolehi maklumat dan berhubung dengan mereka. Selain itu Twitter juga
digunakan oleh SWIFT bagi merapatkan jurang dengan orang awam dan pengguna bagi
membincangkan tentang isu semasa, produk, pendapat dan penyokong dari mereka.Linkedln
dan juga Facebook digunakan bagi mencari peluang perniagaan, medapatkan pekerjaan,
menambah rangkaian rakan dan kumpulan bagi dengan membuat komunikasi dua hala serta
monitor sebarang perbualan mengenai maklumat produk. YouTube juga digunakan bagi
mempromosi produk baru mereka dengan menyasarkan kepada kumpulan pengguna yang
dikehendaki. SWIFT juga membuat sidang akhbar dengan mendapat liputan dari ramai
wartawan bagi mepromosi dan memperkenalkan produk. Aktiviti berbentuk amal, melibatkan
diri dengan kempen kerajaan serta menaja mana-mana badan yang boleh menarik perhatian di
pihak media bagi mendapat publisiti dan sekaligus menjalin hubungan baik dengan media.
Kesimpulanya sesebuah organisasi perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak
media supaya memudahkan organisasi tersebut mendapat liputan yang meluas dari pihak
media dengan menyebarkan maklumat yang positif mengenai organisasi. Hubungan yang

13
ABCR2103
kurang baik dengan media mendatangkan permasalahan yang mungkin akan terjadi organisasi
tidak akan dilayan dan reputasi organisasi akan terjejas kerana maklumat yang disampaikan
tidak jelas, tepat dan tidak memberi sebarang manfaat.

(2537 patah perkataan)

Rujukan
Ridgway, J. (1996). Partical media relations. Vermont: University Press.
Seitel, F. P. (2014). The Practice of Public Relations. New York: PEARSON.
SWIFT. (09. Nov 2017). About Us. Von SWIFT: https://www.swift.com abgerufen
Terry Flew. (2008). New Media : An Introduction. Australia: OXFORD University Press.
Wahidin Saputra, & Rulli Nasrullah. (2014). Public Relations 2.0 : Teori dan Praktik Public
Relations di Era. Depok: Gramata Publishing,.
Zulhamri, A., & Yuhanis, A. (2013). ABCR2103 KOMUNIKASI KORPORAT. Selangor: Open
Universitty Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai