Anda di halaman 1dari 5

Teks Ucapan Perasmian Penutup bersempena dengan Pertandingan Nasyid

Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Yang Berusaha Tn.Hj.Mohammed

Isa bin Khalid

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh,

Pengarah-pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Zon Tengah, Ketua-

ketua Jabatan,

Pengurus-pengurus peserta dan pensyarah-pensyarah pengiring,

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon
Tengah

Para peserta Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah

Para pensyarah, seterusnya

Guru-guru pelatih yang dikasihi sekalian

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia- Nya
jua, kita dipanjangkan usia dan dapat berhimpun di dalam auditorium ini untuk sama-
sama menyaksikan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat
Zon Tengah bagi Tahun 2009. Peringkat zon tengah ini terdiri daripada Institut
Pendidikan Guru Malaysia Kampus Islam Bangi, Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah
Pantai, Kampus Bahasa Melayu, Kampus Ilmu Khas, Kampus Teknik Cheras dan
Kampus Ipoh sendiri. Penganjuran pertandingan ini selaras dengan usaha untuk Membina
Negara Bangsa seperti yang terhasrat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP)2006-2010.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh selaku tuan rumah Pertandingan Nasyid Institut
Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah bagi Tahun 2009 kerana
Majlis yang amat bermakna seperti ini dapat dilaksanakan atas
itizam yang telah dipamerkan oleh kepemimpinan Pengarah, Timbalan Pengarah dan
disokong dengan komitmen yang diberikan oleh para pensyarah dan para pelatih. Saya
yakin program ini amat bermanfaat dan memberi kebaikan kepada bakal guru di Institut
Pendidikan Guru seluruh Malaysia dan saya berharap agar program sebegini dapat
dijalankan pada masa akan datang tanpa ada titik penghujungnya.

Para Hadirin yang dihormati sekalian,


3. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
penganjur atas kesudian menjempu saya untuk menyempurnakan perasmian penutup
Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon
Tengah Tahun 2009 ini. Di sini, saya juga ingin merakamakan sekalung penghargaan
dan terima kasih kepada semua dif jemputan, para hakim yang arif lagi bijaksana,
pengurus-pengurus peserta, para pensyarah pengiring, dan peserta-peserta kerana
program ini dapat dijalankan dengan jayanya atas usaha dan inisiatif serta kesungguhan
tuan-tuan dan puan-puan. Seiring dengan itu, saya dengan rasa besar hati mengalu-alukan
kehadirian tuan-tuan dan puan- puan ke Auditorium Balai Budaya, Jabatan Kebubayaan
dan Kesenian Negeri Perak.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


4. Kesenian Islam memang telah wujud sejak zaman Rasullullah SAW. Nasyid merupakan
nyanyian yang bercorak keagamaan dan mengandungi kat-kata nasihat, kisah para nabi,
memuji kebesaran Allah dan yang seumpamanya. Mengikuti tradisinya, Nasyid
dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian mengikut cara ini hanya diiringi dengan
daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh kebanyakan Ilmuwan Islam kerana mereka
mentafsirkan bahawa ajaran Islam melarang penggunaan alatan muzik kecuali bagi
sesetengah alatan muzik asas berbentuk genderang (percussion). Di samping itu,
kebanyakan masyarakat kita pula lebih mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam
muzik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


5. Pada peringkat awalnya, nasyid membawakan alunan bercorak irama padang
pasir, tetapi kini irama nasyid telah menerima kepelbagaian rentak baru yang dikenali
sebagai nasyid kontemporari. Pembaharuan ini telah menjadikan lagu-lagu nasyid lebih
menarik, lebih segar dan berdaya saing dalam bidang seni. Hal ini telah berjaya
menarik minat golongan remaja dan belia yang
menjadikan unsur keislaman sebagai alternartif dalam berhibur. Selalunya nasyid lebih
kerap didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat
ulama fiqh perihal memainkan alunan irama nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar
dan piano sebenarnya dibolehkan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


6. Genre nasyid mampu membawa mesej tertentu untuk dihayati oleh pendengar
dan penonton. Selain itu, nasyid juga dapat memupuk minat pelajar kepada cabang seni
lagu yang mengandungi unsure dakwah yang mengajak pendengar kea rah melakukan
kebaikan dan mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku dalam perkembangan
Islam. Justeru, saya menyeru diri saya sendiri dan hadirin sekalian agar membuat
anjakan paradigm terutamanya bagi tujuan berdakwah apatah lagi dalam era yang serba
mencabar ini. Saya juga ingin melahirkan rasa bangga kerana program-program
berbentuk keagamaan seperti pertandingan nasyid ini sesungguhnya dapat mendidik
minda dan hati masyarakat. Ini kerana program sebegini secara tidak langsung dapat
memberikan impak positif dalam pembentukan sahsiah masyarakat yang terpuji dan
boleh diteladani agar kita dapat dijalani kehidupan seperti yang dituntut oleh agama.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


7. Pertandingan nasyid ynag dijalankan ini mampu dijadikan sebagai satu wabah
yang dapat melatih bakal guru agar dapat bekerjasama dalam satu pasukan, kreatif,
harmonis dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak. Di samping itu, secara
tidak langsung melalui pertandingan ini juga para pelatih dapat berkenal-kenalan,
bertukar-tukar fikiran dan mewujudkan hubungan silaturahim dengan pelatih-pelatih dari
institut pendidikan guru yang lain dan seterusnya mewujudkan jaringan kerjasama bukan
sahaja antara sesame institut pendidikan guru Malaysia bahkan juga dengan pelbagai
insitut seni dan budaya yang lain.

Tuan-tuan ,puan-puan hadirin hadirat yang dihormati sekalian


8. Penganjuran pertandingan nasyid ini juga merupakan suatu usaha untuk
melahirkan insan yang bertanggungjawan dan berkeperibadian mulia dalam
mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia. Selain itu, aktiviti
yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik ini juga dapat memupuk bakat dan
mengembangkan potensi kesenian yang berunsur Islam,
menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan guru pelatih, seterusnya melahirkan guru
pelatih yang seimbang dari segi jasmi, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


9. Sejarah telah membuktikan bahawa keimanan merupakan faktor utama untuk
membentuk generasi insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk dalam
bidang pendidikan, ekonomi ,sosial, politik, pertahanan dan sebagainya. Agama Islam
tidak menghalang umatnya untuk membina kemajuan dalam bidang ynag diceburi
masing-masing tetapi kemajuan yang dibina perlulah bertunjangkan keimanan yang
sebenarnya.

Para hadirin yang dihormati sekalian,


10. Dasar kemajuan atau pembangunan seimbang antara tuntutan duniawi dengan
ukhrawi ynag mengambil kira keperluan fizikal dan kerohanian dalam setiap aspek
kehidupan ummah sejagat, merupakan formula sebenar yang diadun dan diharapkan oleh
baginda Rasullullah SAW dalam menjejaki kecemerlangan, keharmonian keamanan
kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagian abadi di akhirat kelak. Perubahan kea rah
kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam
ialah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga ialah umat yang agung dan mulia.
Namun, perubahan hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan
daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Melalui usaha-usaha sebegini diharapkan bakal
guru mempunyai keterampilan peribadi serta memiliki nilai-nilai murni yang tinggi
sehingga berupaya menyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan negara.

11. Mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada
pasukan yang berjaya anggaplah ini merupakan satu kejayaan yang tertunda. Syabas dan
tahniah diucapakan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Nasyid
Institut Pendidikan Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah bagi tahun 2009. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan
Guru Malaysia Peringkat Zon Tengah. Semoga usaha murni ini dapat menyuburkan daya
fikiran dan jati diri seiring dengan hasrat untuk merealisasikan pembangunan modal
insan pendidik yang mempunyai minda kelas pertama. Segala sumbangan dan
kerjasama yang diberikan mudah-mudahan akan dirahmati dan diberkati Allah SWT.
Maka, dengan lafaz Bsismillah-ir Rahman-ir Rahim saya dengan ini merasmikan
penutupan Pertandingan Nasyid Institut Pendidikan Guru
Malaysia Peringkat Zon Tengah Tahun 2009.
Sekian, Wabillahi taufik Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarokatuh.

Teks disediakan oleh:


Habibah Binti Mohd Samin,
Jabatan Pengajian Melayu,
Insitut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. 14
Ogos 2009.

Anda mungkin juga menyukai