Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALASIA

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS


PAHANG DARUL MAKMUR

Nama : Nik Nadia Binti Nik Kamaruzaman


No. K/P : 920117115066
Angka Giliran :
Program : Pdpp
Ambilan : October 2022
Unit : Psv 1
Nama Pensyarah: Encik Redzuan Bin Radzi
Tarikh Hantar : 29/11/22

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:_________________________ Tarikh : _________________


(KESAVARTHINI SUBRAMANIAM)
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________ Tarikh : ________________


Nama Pelajar

1
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PEDAGOGI 2-9
2 RUJUKAN 10

2
Pedagogi baru yang diperkenalkan bukan sekadar strategi pembelajaran semata-mata.
Pembelajaran ini dikait rapat dengan alatan digital sebagai medium utama yang semakin
berkembang dan meluas pesat di alaf perkembangan teknologi masa kini. Penggunaan
alatan digital ini banyak digunakan dalam merekod, mengukur dan menyokong
pembelajaran di segenap peringkat pendidikan. Pembelajaran yang mendalam mengikut
arus pembangunan teknologi harus diseimbangkan oleh generasi kita sekarang didalam
membentuk masa depan yang tidak cengang dengan peredaran zaman sekarang.

Pembelajaran mendalam ini lebih dekat dan semulajadi dengan diri samaada dari sudut
guru itu sendiri dan juga pelajar kerana ia lebih jelas dalam menghubungkan motivasi teras
dalaam melakukan sesuatu yang benar-benar dapat membuat perubahan kepada
kehidupan seseorang. Dalam contoh terbaik, guru dan pelajar bekerjasama untuk
menjadikan pembelajaran menarik dalam mendalami kehidupan sebenar yang mencabar
bagi aspek berdepan dengan masalah dan belajar secara langsung untuk penyelesaianya.
Dari sudut yang positif, ketahanan diri pelajar disamping dibawah pengaruh guru dapat
membentuk keterampilan pelajar yang lebih gah dari segi kematangan dan penyesuaian diri
menghadapi hari depan.

Dalam sistem pedagogi terdahulu, kualiti guru dinilai dari segi keberjayaannya dalam
menyampaikan kandungan didalam pengkhususan yang telah ditetapkan. Sebaliknya
didalam model pedagogi terbaru, asas kepada kualiti guru ditentukan memalui kapasaiti
guru tersebut dalam mengatur strategi pengajaran dan keupayaan mereka dalam berkongsi
dengan pelajar dalam menguasai proses pembelajaran. Teknologi dalam model baharu ini
sudah mencapai tahap kemajuan yang tidak dapat diseka dan telah menguasai
pengetahuan kandungan serta membolehkan matlamat pembelajaran dibentuk untuk
mencipta dan menggunakan pengetahuan baharu didunia.

Sistem pedagogi terdahulu


Penggunaan
teknologi

Keupayaan Kandungan penguasaan


pedagogi kemahiran

Kandungan
pengetahuann

3
Sistem pedagogi terbaru

Terokai dan menguasai kandungan bersama

Keupayaan Keupayaan Pembelajaran


pedagogi pedagogi mendalam

Rajah 1.1 : Perbezaan sistem pedagogi terdahulu dan terbaru

Rajah 1.1 menyimpulkan perbezaan antara sistem pedagogi terdahulu dengan pedagogi
terkini yang berbeza dari segi model pembelajaran sekaligus menerapkan bersama kesan
dari kaedah pembelajaran tersendiri.

Ini berbeza dengan teknik sebelumnya yang dipanggil heutagogy yang menekankan
pembelajaran kendiri. Pelajar akan berdepan secara langsung dengan masalah dan
pembelajaran ini akan menyungkil kemahiran penyelesaian masalah kendiri sementara guru
berperanan untuk tingkatkan rasa ingin tahu didalam diri pelajar seterusnya membentuk
pelajar untuk terus bersemangat didalam penyelesaian masalah.

Selain itu, dari segi teknik yang menggalakkan kerjasama sesama pelajar dipanggil
peerology. Teknik ini dilakukan dipersekitaran terbuka untuk menggalakkan kerjasama
sesama pelajar bagi meraih komunikasi dalam menyelesaikan tiap permasalahan yang
dihadapi.

Mirip dengan sistem terbaru bezanya tiada sentuhan dari perkembangan teknologi
sahaja, tetapi hasilnya dari segi perkembangan pelajar sangat ketara kerana matlamat yang
dituju untuk menghasilkan individu yang berdaya saing seiring dengan pergerakan kemajuan
semasa.

Sistem ini ternyata mendatang impak yang positif dalam membantu murid menguasai
proses pembelajaran dan menghubungkan pelajar dengan minatnya yang sering diabaikan.
Penalisis secara berterusan dan penilaian kemajuan pembelajaran dapat mendatang
keputusan yang lebih tepat dalam membentuk teknik pengajaran yang berkesan . Dalam
system ini, kita dapat melihat antara perhubungan antara guru dan pelajar dalam
penglibatannya bersama antara satu sama lain dalam proses pembelajaran yang lebih telus.

4
Selain itu juga, pelajar akan belajar mengenai diri mereka sendiri untuk membuat
penilaian kendiri. Pedagogi baharu, memastikan pelajar keluar dari dunia sebelumnya untuk
terus menerokai sekaligus berupaya mencipta pengetahuan baharu dan menghubungkan
dengan dunia menggunakan kuasa alat digital bagi memperoleh pengalaman, keyakinan diri
dan ketabahan didalam pacuan teknologi.

Namun, tiap perubahan memerlukan pengorbanan dari semua pihak samaada guru itu
sendiri dan juga pelajar. Peranan guru dalam menjayakan sistem ini yang paling utama
adalah peningkatan ilmu pengetahuan untuk bersifat berdaya saing agar tidak ketinggalan
dengan teknologi yang kian ada. Guru harus bernaung dibawah mentor yang dapat menjadi
sumber untuk perkembangan diri selain membina perhubungan yang baik dengan pelajar
sekaligus menghapuskan jurang pemisah anatara diri guru dan pelajar supaya para pelajar
tidak janggal untuk mendekati guru. Guru juga perlu membantu pelajar untuk menyesuaikan
minat dengan bakat terpendam dalam diri pelajar itu sendiri. Perkara ini akan jelas kelihatan
apabila hubungan guru dan pelajar terjalin dengan baik. Penerokaan minat dan aspirasi
sendiri dalam mencapai matlamat dan tugas pembelajaran dapat mengembangkan
pengetahuan guru disamping untuk mendidik para pelajar dalam penentuan matlamat
pembelajaran dan kriteria kejayaan untuk pembangunan individu.

Tugasan guru untuk mengembangkan kapasiti dalam penentuan matlamat pembelajaran,


tugas dan kriteria kejayaan perlu dititikberatkan kerana kuali yang kecil tidak akan mampu
mengoreng ikan yang besar. Selain itu, penggunaan strategi yang berbeza untuk
mengaktifkan pembelajaran harus dititikberatkan agar system pengajran menjadi menarik
dan sentiasa mendapat perhatian khusus dari para pelajar, semestinya guru harus lebih
cenderung untuk sentiasa mendapatkan sumber dan keluar dari “comfort zone” agar diri
menjadi terbiasa terhambat dengan kemajuan teknologi yang pesat berkembang saban hari.

Pengajaran dan pembelajaran harus sentiasa ditimbal balik dengan sesame pelajar dan
juga guru agar system yang kita perkenalkan sentiasa berada dilandasan yang betul dan
selamat untuk dikendalikan agar maklumbalas yang diterima didalam lingkungan kualiti
tinggi dan sentiasa dapat mendorong pelajar untuk kedepan dalam menghadapi cabaran
dalam pembelajaran. Guru harus peka dalam membangunkan kapasiti untuk refleksi dan
tabah menghadapi cabaran dari segi ketahanan diri pelajar itu sendiri dan memberi galakan
berkualiti tinggi agar dapat membentuk generasi yang tidak kentar dengan sebarang
cabaran yang bakal dihadapi.

Hubungan antara guru dan guru serta pengurusan pentadbiran sentiasa ada dalam
menyelidik kesan strategi pembelajaran berbeza iaitu kitaran inkuiri pendekatan yang
berubah-ubah.

5
Perkara ini semua harus bermula dengan sikap guru itu sendiri yang harus bersifat
proaktif terhadap pembelajaran dalam pembangunan diri dan mencipta pengetahuan baru
untuk membina penguasaan proses pembelajaran dan kemajuan kendiri. Guru harus cepat
dan peka untuk mengambil tindakan segera dengan ilmu baru dalam membangunan
kecenderungan intelek dan sikap kearah mencipta pengetahuan baru. Tiada yang mustahil,
yang tinggal samaada kita ingin mengekang diri ataupun terus bertapak untuk maju bersama
searus dengan pembangunan teknologi. Tidak dinafikan, bagi guru yang mencapai usia
veteran untuk memulai perkara ini, amat kritis dan pengorbanan besar sangat diperlukan
namun andai dihati guru itu hanya untuk melihat kemajuan pelajar, tiada apa yang boleh
menjadi penghalang untuk realisasikan apa yang telah diimpikan.

Tidak dinafikan andai tangan bertepuk hanya sebelah, tidak akan berbunyi. Jadi pelajar
juga harus menyedari setidaknya benarkan perkara baru untuk resap masuk dalam diri.
Pelajar harus sentiasa berani dan rajin untuk membuka minda dalam meneroka perkara
baru dari segi kandungan, konsep, maklumat serta idea bagi perkembangan diri. Tujukan
diri untuk mencapai kematangan awal agar generasi kita tidak ketinggalan dari Negara-
negara maju.

Pelbagai pendekatan boleh diambil kira dalam melaksanakan system ini antaranya
“flipped class” ataupun kelas terbalik. Apa yang terbalik adalah system pengajaran banyak
ditekan bukan waktu sekolah. Jonathan Bergman dan Aaron Sams(2007) yang mengajar di
sekolah Woodland Park High School, Woordland Park Coloradoyang telah merakam isi
kandungan pembelajaran didalam power point dan memuatnaiknya kedalam internet
bertujuan bagi para pelajar yang ketinggalan kuliahnya dapat mengikuti isi pembelajaran
sesuai dengan waktu lapang pelajar. Kaedah ini terus berkembang samaada penggunaan
video podcasts mahupun video atas talian untuk mengembangkan pengajarannya diluar
waktu kelas. Apabila guru bersemuka dengan para pelajar pula, guru dapat membimbing
pelajar untuk melakukan aktiviti kolaboratif dan memperkuatkan latihan berasaskan konsep
masteri.

Kaedah ini banyak memanfaatkan gabungan teknologi. Para pelajar dapat mengkaji topik
atau permasalahan yang diajukan oleh guru dirumah melalui video dan apabila berada
dikelas, guru berperanan sebagai tenaga pengajar membantu pelajar menyelesaikan
masalah, stimulasikan cara tangani masalah dengan pelbagai cara sesuai dengan
kemampuan dan daya fikir para pelajar seterusnya memicu pelajar untuk menghasilkan
idea-idea baru. Secara jelas, kita dapat melihat kelebihan system ini, guru tidak lagi
terkekang dengan system tradisional iaitu menyampaikan pelajaran awal setiap kali masuk
ke kelas. Masa yang ada membolehkan guru untuk membuat aktiviti-aktiviti pengukuhan dan

6
penggayaan dalam pembelajaran berdasarkan sesuatu projek disamping dapat
menumpukan kepada keperluan peribadi murid secara khusus.

P&P Tradisional P&p Flipped Classroom


Guru memberi pelajaran awal, menguruskan Guru bersama pelajar dalam
perbincangan kelompok seterusnya membuat menyelesaikan masalah,
gulungan untuk penutup mengkaji konsep, membuat
latihan amali dan
pengukuhan
Guru berada dihadapan kelas dan mengajar secara Guru melaksanakan
langsung sepanjang waktu kelas penilaian kendiri dan khusus
secara peribadi
Guru membekalkan latihan untuk diselesaikan Guru membekalkan bahan
dirumah dan disemak di P&P seterusnya didalam pembelajaran secara di atas
kelas talian
Pelajar melakukan latihan pengukuhan dan juga Hanya dengan tontonan
amali diluar waktu P&P video, segala kandungan
yang ingin disampaikan
berjaya diperoleh oleh para
pelajar melalui catatan nota
dan juga pengemukakan
soalan
Perhubungan dengan guru hanya berlaku didalam Interaksi antara guru dan
kelas sahaja pelajar sentiasa wujud

Jadual 1.2: Perbezaan antaranya system pedagogi tradisional dan juga system terbaru

Jadual 1.2 diatas menunjukkan perbezaan antara dua system. Semestinya ini terbukti
dapat mengurangkan kadar tercicir dalam kalangan murid dan meningkatkan kualiti
pembelajaran.

Secara dasarnya, “flipped classroom” dapat menyediakan ruang dan peluang untuk
membenarnya berlaku pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan alatan teknologi untuk
hasil yang lebih mantap.

Selain itu, guru juga boleh mengambil pendekatan ataupun teknik pembelajaran
menggunakan cara blended learning. Sistem ini lebih dekat dan sangat sesuai untuk
diaplikasikan. Dalam hal ini, pendekatan pembelajaran secara tradisional iaitu pembelajaran

7
secara berdepan didalam bilik darjah digabungkan bersama dengan penggunaan teknologi
untuk menjelaskan atau mempamerkan bahan pembelajaran dengan lebih jelas seperti
memancar rajah menggunakan computer, menghidupkan sesuatu kompenan melalui
pergerakan motor didalam computer menjadikan isi kandungan pembelajaran sentiasa
berkembang, tidak hanya dibatasi oleh daya imaginasi pelajar itu sendiri.

Model ini mewujudkan lima pola interaksi iaitu:

i. Interaksi antara pelajar dengan pelajar


ii. Interksi antara pelajar dengan guru
iii. Interaksi antara peljar dengan komuniti
iv. Interaksi pelajar dengan bahan pembelajaran
v. Interaksi pelajar dengan teknologi

Pola pertama iaitu perhubungan antara pelajar dengan pelajar memang sudah jelas
keranan perhubungan sesame rakan sekalas bukan hanya dibatasi apabila waktu
persekolahan, namun jua dengan perhubungan yang tidak putus selepas waktu bersekolah
dapat menjalinkan hubungan sentiasam ada.

Pola kedua antara guru, dengan perkembangan teknologi dan penggunaan bahan yang
sesuai, hubungan guru bukan terbatas hanya di waktu persekolahan sahaja. Pelajar
sentiasa dapat berhubung dengan guru melalui bahan pembelajaran yang dikongsi melalui
video mahupun panggilan atas talian tanpa batasan waktu dan tempat.

Pola ketiga iaitu hubungan dengan komuniti menjurus kepada keterbukaan pelajar
dengan masyarakat kerana tiap yang diperlakukan akan mendapat perhatian dari komuniti,
secara tidak langsung dapat memberi galakan kepada pelajar untuk membuktikan bahawa
mereka juga mampu bergerak seiring berjaya dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Pola interaksi dengan bahan pembelajaran yang meluas bukan hanya terhad didalam
kelas, pelajar dapat mengakses kepada pelbagai sumber dan rujukan yang tepat dalam
menyiapkan tugasan yang diterima.

Pola yang terakhir iaitu interaksi antara teknologi sejajar dengan keperluan Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk melahirkan generasi yang bijak pandai, celik it dan berdaya
saing. Inilah salah satu kriteria untuk membuka mata generasi baru bahawa teknologi yang
kian pesat, jangan sesekali kita mengekang diri berada di takuk lama dengan hanya
menggunakan sistem lama, perubahan yang kecil ini akan membuahkan hasil yang generasi
baru perlukan untuk bekalan menuju ke alaf siber penuh dengan cabaran.

8
Perubahan sistem pembelajaran ini harus seiring dengan kemajuan sebagai persedian
bagi generasi baru mengorak langkah yang lebih utuh di persada dunia dengan berbekalkan
kemahiran dan kelengkapan diri secukupnya. Guru harus menggalas tugas berat ini,
sentiasa menjadi lilin dalam memberi cahaya kepada kehidupan pelajar. Masa, keringat dan
pengorbanan yang guru taburkan tidak terbalas dan ucapan terima kasih sebagai adat untuk
berbicara kepada insan mulia.

9
RUJUKAN

Micheal Fullan & Maria Longworthy Januari (2004) A Rich Seam How New Pedagogies Find
Deep Learning
Higgins, S., Xiao, Z. and Katsipataki, M. (2012) ‘The Impact of Digital Technology on
Learning: A Summary for the Education Endowment Foundation.’ Durham: Durham
University.

Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod (2020)Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek
terhadap Kemahiran Menulis
Karangan Murid Sekolah Rendah Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1) 12-20 DOI:
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-
45.01-02

RAMLEE MUSTAPHA1 & ZAHARATUL LAILI ABDUL RAHIM(2008) Pembelajaran


berasaskan masalah bagi matapelajaran
elektronik: satu kajian tindakan di
Sekolah menengah teknik,Jurnal Teknologi, 49(E) Universiti Teknologi Malaysia

Md Fadzil bin Masri& Zamri Mahamod (2020) Keberkesanan kaedah flipped classroom
dalam meningkatkan
kemahiran mengolah isi karangan murid-murid sekolah rendah Journal of Borneo Social
Transformation Studies
(JOBSTS), Vol. 6, Number 1,Universiti Malaysia Sabah

10

Anda mungkin juga menyukai