Anda di halaman 1dari 2

Definisi Akidah

Akidah Dari Segi Bahasa:


Perkataan akidah dalam bahasa Arab berasal dari kata dasar ‘aqada yang bermaksud
“ikat”. Dari kata ini lahirnya perkataan al-‘aqd yang mambawa maksud hukum,
perjanjian dan pemastian, seperti akad sumpah, akad nikah dan akad jual beli. Perkataan
‘aqidah (kata jama’nya ‘aqa’id) membawa maksud, apa yang berkaitan dengan pegangan
dan anutan dan tidak termasuk aspek amalan. Ia juga bermaksud hukum yang tidak syak
lagi bagi seseorang individu. Makna yang akhir ini disebut juga sebagai mu’taqad
(jama’nya mu’taqadat).

Akidah yang berasal dari kata kerja ’aqoda, ya’qidu’ juga membawa maksud ikatan
atau simpulan yang kuat dan teguh seperti tali.

Dalam makna ini al-Quran menyebut:


Terjemahan: Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan[ikatan-ikatan]
(Surah al-Falaq 113:4)

Akidah Dari Segi Istilah :

Dari sudut Istilahnya, Said Hj. Ibrahim mendefinisikan akidah iaitu suatu
penyelidikan dan pemeriksaan kepercayaan seseorang berkaitan dengan ketuhanan,
kerasulan dan sam’iyyat 20 dengan dalil yaqiniyyah dan naqliyyah yang boleh
menghilangkan semua keraguan yang ada di dalam hati seseorang manusia.
Selain itu Hassan al-Banna mendefinisikan bahawa akidah ialah hal yang berhubung
kepercayaan dan keyakinan dalam hati yang akan mendorong hati dan jiwa berasa
tenang, tidak bimbang dan ragu, bersih dan murni daripada segala perasaan syak
wasangka. Ia dapat melahirkan suatu keyakinan yang kuat dan teguh dalam menghayati
seluruh aspek kehidupan dan amal ibadah kepada Zat Yang Maha Kuasa.
Dalam kitab yang lain pula, Hassan al-Banna ada menjelaskan definisi Akidah
dengan maksud segala perkara yang wajib diyakini dan dipercayai oleh hati dan jiwa
kepada Allah, sehingga benar-benar yakin kepadaNya tanpa ada sebarang keraguan
sedikit pun.23 Umpamanya, apabila seseorang beriktikad wujudnya Allah, maka ia wajib
yakin dan percaya bahawa Allah itu memang wujud dan tidak menyerupai dengan
sebarang makhluk, bersifat dengan segala sifat kesempurnaan berbeza dengan
makhlukNya dan tidak ada sedikit pun kekurangan padaNya. Keyakinan itu tidak ada
sedikit pun keraguan dan syak.
Dalam maksud yang lain, akidah itu adalah satu keyakinan yang penuh tulus dan
kudus lahir dari sudut hati dengan dihiasi perasaan cinta dan kasih yang mutlak hanya
kepada Allah semata-mata melebihi daripada segala apa yang dicintai di dunia yang fana’
ini. Dengan kata lain, keimanan kepada Allah adalah merangkumi Tauhid Rububiyyah
dan Tauhid Uluhiyyah yang menyaksikan Allah sebagai pencipta dan pentadbir agung
alam semesta ini.

Anda mungkin juga menyukai