Anda di halaman 1dari 2

Teori Kepimpinan Situasi (Hersey & Blanchard, 1988)

Hersey & Blanchard (1988) telah mengilhamkan satu model gaya kepimpinan yang mengikut kepada
situasi orang bawahan dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat dimensi, iaitu gaya
kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas
(delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi semasa dan
kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia
bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.

TELLING (M1)
Gaya kepimpinan ‘telling’ (memberitahu) adalah gaya kepimpinan yang dikatakan pemimpin yang
tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk
melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara pemimpin dengan
orang bawahannya. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan
tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian.. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat
keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian. Pemimpin seperti ini
tidak memikirkanperasaan dan pandangan orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya.
Sesuai dengan pengikut yang rendah tahap kesediaannya Contohnya: Seseorang pengurus itu akan
lebih banyak mengarah dan menyuruh apa yang perlu dilakukan oleh orang bawahannya dari A ke Z.

SELLING (M2)
Gaya kepimpinan ‘selling’ (menjual) menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah
dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu organisasi. Pemimpin akan
menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut. Dalam gaya
kepimpinan ini, keputusan masih dilakukan oleh pemimpin dan kemudiannya menerangkan lebih
lanjut tentang pendapatnya untuk mendapat sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini, pengikut
faham apa yang ditetapkan dan bersedia melaksanakan tugas. Sesuai dengan pengikut yang
digolongkan sebagai rendah – sederhana di segi tahap kesediaan. Contohnya:- Seseorang pengurus
itu biasanya dilihat lebih kepada pendekatan sosial (social approach) untuk memimpin kumpulan atau
lebih kepada perbincangan yang bersifat terbuka.

PARTICIPATING (M3)
Gaya kepimpinan ’participating’ (menyertai) dilihat dengan perilaku pemimpin yang lebih banyak
memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas.
Pemimpin yang lebih menumpukan perhatian pada kualiti hubungan dan memperlihatkan
penyelesaian tugas. Pemimpin meminta reaksi dan pandangan dari pengikutnya sebelum membuat
keputusan. Bagaimanapun keputusan masih di tangan pemimpin. Ia sesuai dengan pengikut yang
mempunyai tahap kesediaan antara sederhana ke tinggi. Pengikut yang berkebolehan tetapi tidak
sanggup dan tidak yakin memerlukan sokongan supaya meningkatkan motivasi.

DELEGATING (M4)
Gaya kepimpinan ’delegating’ (menyerahkan) tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang
tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan kepercayaan orang bawahan
untuk melakukan tugasnya sendiri dengan sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara
personal. Pemimpin mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak lalu
menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah diagihkan,
responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu pemimpin.

Anda mungkin juga menyukai