Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI: PERAKAUNAN

KELAS: AC1101F
TAJUK TUGASAN - PERLAKSANAN SYARIAH (PEWARISAN) DI MALAYSIA

NAMA AHLI:

1. NURFARAH SYAHRIENA BINTI BURHANUDDIN (2022866552)


2. MASHITAH BINTI MUSTAFA (2022482298)
3. NISA ADRIANA BINTI MOHAMAD NIZAM (2022832158)
4. SITI SHAMIRA BINTI MOHAMAD (2022817142)
5. NOOR ALYA FARHEIN BINTI SHAHRIL (20228886232)

NAMA PENSYARAH: AHMAD BAKHTIAR BIN JELANI

KRITERIA MARKAH MARKAH


DIPEROLEHI
PENGENALAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 4
KAJIAN LITERATUR 8
PERBINCANGAN 16
RUMUSAN 4
RUJUKAN 4
JUMLAH 40
ISI KANDUNGAN
NO TAJUK MUKA
SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 OBJEKTIF KAJIAN 2

3 KAJIAN LITERATUR 3-5

4 PERBINCANGAN 6 - 13

5 RUMUSAN 14

6 RUJUKAN 15

ii
PENGENALAN

Pewarisan ialah amalan menurunkan harta persendirian, hak milik, hutang, hak, dan
tanggungan ke atas kematian seseorang individu. Peraturan pewarisan berbeza-beza
dalam kalangan masyarakat dan telah berubah sepanjang masa.

Pada era globalisasi ini, masyarakat masih berhadapan dengan pertelingkahan dalam
kalangan ahli keluarga semasa pembahagian harta pusaka. Apabila masyarakat tidak
berpandukan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, hal ini akan menyebabkan
manusia hilang pertimbangan dan sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan demi harta.

Masalah ini akan bertambah rumit apabila masyarakat tidak mengambil endah tentang ilmu
faraid atau ilmu pengurusan harta pusaka. Berdasarkan hadis dari Ibn Majah yang bermaksud
:

“Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia. Maka
sesungguhnya akulah orang yang di dalam genggaman Allah SWT dan bahawa ilmu faraid
itu akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang mengenai
faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang menghukumkan dan
menyelesaikan perselisihan antara keduanya”

Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam, wasiat merupakan ikrar yang dibuat oleh seseorang
semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak.
Hukumnya adalah sunat. Hibah pula ialah satu akad pemberian harta yang dilakukan oleh
seseorang secara sukarela kepada orang lain ketika tempoh kehidupnya tanpa sebarang
balasan. Ijab dan Qabul perlu dilakukan. Selain itu, Faraid merupakan hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT. Ia merupakan pembahagian harta pusaka yang telah Allah
tetapkan selepas si pemilik harta meninggal dunia kepada waris-waris yang layak.

OBJEKTIF KAJIAN

1
1. Kajian ini dilakukan secara amnya untuk memahami dan mendalami tentang
hal - hal yang berkaitan dengan pewarisan. Ini akan dapat membantu kami dalam
membuat suatu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Seterusnya,
kami dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis
maklumat tentang pewarisan.

2. Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kami tentang hal - hal yang berkaitan
dengan pewarisan pada masa dahulu dan sekarang. Dalam masa yang sama juga, ia
dapat memberikan kami pendedahan yang luas tentang konsep pewarisan.

3. Akhirnya, kami juga berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan
latar belakang pewarisan. Kajian ini juga dapat menjadikan teladan dan iktibar kepada
kita tentang betapa besarnya isu - isu berkaitan harta pusaka di Malaysia. Selain itu, ia
dapat mengajar kita bahawa masyarakat Islam harus bertanggungjawab dan adil dalam
pembahagian harta pusaka supaya ia tidak menjadi masalah pada masa hadapan.

KAJIAN LITERATUR

Dalam membincangkan topik yang diketengahkan iaitu perlaksanaan syariah (pewarisan),


kebanyakkan kajian-kajian lepas tentang pewarisan di Malaysia banyak menyentuh
tentang perbezaan pengetahuan dan kefahaman terhadap topik tersebut. Bagi kajian

2
literatur ini, pewarisan hanya berpandukan kepada maklumat-maklumat yang telah
diperolehi melalui kajian-kajian terdahulu, informasi semasa yang berbentuk data dan
artikel.

Kajian-kajian lepas:

1. Pewarisan harta orang hilang (al – Mafqud)


- Menurut penulis Mushaddad Hasbullah pada tahun 2016, beliau telah
menggunakan metadologi kajian Teks. Beliau membincangkan tentang kesan
besar dalam pembahagian harta pusaka yang melibatkan orang hilang ataupun
hartanya perlu dibahagikan kepada waris lain.
Al – Mafqud dari sudut istilah bermaksud seseorang yang hilang daripada ahli
keluarga, negeri atau keluarga – keluarganya yang lain tanpa diketahui sama ada
masih hidup ataupun telah meninggal dunia dan tidak diketahui di mana
tempatnya berada.

2. Teori maslahah dalam sistem pewarisan harta


- Menurut penulis mohd Kamarul Khaidzir pada tahun 2018, beliau menggunakan
metadologi dokumentasi. Beliau membincangkan tentang mashlal tidak dinilai
berdasarkan perbezaan gender dan umur sebaliknya lebih berkait rapat dengan hak
dan tanggungjawab.
Dalam perbincangan ilmu Maqasid, al – Shatibi menghuraikan mashlal
dimaksudkan ialah maslahah di dunia dan akhirat dan berpendapat maslahah yang
hakiki ialah yang membawa kepada terbinanya kehidupan bukannya
meruntuhkannya di samping memberi manfaat kepada pihak lain juga.

3. Konsep pewarisan dalam islam


- Menurut penulis Baharuddin bin Aziz pada tahun 2020, beliau berpendapat
bahawa masyarakat pada masa kini mempunyai kurang kefahaman dalam
memahami ilmu faraid yang akan menyebabkan sesetengah daripada mereka

3
mengatakan bahawa ilmu faraid tidak adil kerana membezakan bahagian waris
lelaki dan bahagian waris perempuan.
Sedangkan di dalam al – Quran terdapat tiga ayat utama yang menerangkan
tentang pembahagian harta pusakan iaitu di dalam surah al – Nisa’ ayat 11, 12 dan
176, Allah telah menentukan bahagian setiap waris yang mendapat bahagian
dengan jelas.

4. Masalah dan kaedah penyelesaian pewarisan harta pusaka mualaf di Malaysia


- Menurut penulis Nurul Izzah Baharuddin pada tahun 2017, beliau menggunakan
metadologi kajian menerusi reka bentuk analisis kandungan. Beliau
mengemukakan bahawa hukum syarak menetapkan harta seseorang muslim tidak
boleh diwarisi oleh warisnya yang bukan beragama islam dan sebaliknya.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:


“seseorang muslim tidak boleh mewarisi pusaka orang kafir dan seorang kafir
tidak boleh mewarisi pusaka seorang Muslim”
(Al – Bukhari 1987: no. hadis 6764; Muslim 1978: no. hadis 4116)

5. Wasiat sebagai instrument perancangan harta islam: prosedur dan pelaksanaan


- Menurut penulis Nasrul Hisyam Nor Muhamad pada 2017, beliau mengatakan
bahawa ketidakfahaman masyarakat islam mengenai hukum dan prosedur wasiat
merupakan sebahagian punca wasiat tidak dipraktikkan secara optimum dalam
perancangan harta orang islam dan menyebabkan isu harta pusaka tidak dituntut
masih berterusan.

6. Pemilik Harta Sebenar Ialah Allah


- Menurut buku yang ditulis oleh Muhammad Nasri Md. Hussain pada tahun 2013,
beliau menulis bahawa harta yang dimiliki itu pada hakikatnya ialah hak Allah.
Janganlah seseorang menganggap harta yang dimiliki itu adalah hak mutlak yang

4
dia boleh membelanjakannya sesuka hati, apatah lagi membelanjakannya dalam
perkara maksiat dan kemungkaran.

7. Masalah kegagalan dan kelewatan pengagihan harta pusaka di Malaysia


- Berdasarkan penulisan Rusnadewi Abdul Rashid, beliau berpendapat bahawa
kelewatan serta kegagalan permohonan bagi menyelesaikn pembahagian harta
pusaka bukanlah satu fenomena terpencil dalam masyarakat kita. Menurut statistik
pada tahun 2006, dianggarkan lebih sejuta kes tuntutan harta pusaka di Malaysia
yang nilainya mencecah RM 38 billion dan kebanyakkannya hampir 90 peratus
daripadanya melibatkan harta milik orang Islam.

8. Isu – isu berbangkit dalam pengurusan harta pusaka ringkas secara berwasiat dan
tidak berwasiat di Amanah Raya Berhad (ARB)
- menurut penulis ‘Ainan Husna Muhammad Saifullah, beliau menyatakan bahawa
terdapat pelbagai masalah dan kerumitan dihadapi oleh pelbagai pihak dalam
menguruskan dan membahagikan harta pusaka seperti sikap masyarakat yang
memandang ringan terhadap penyegaraan sesuatu permohonan aset harta pusaka.

9. Isu perundangan dalam pentadbiran harta wasiat


- Menurut penulis Che Zuina Ismail pada tahun 2018, beliau mengemukakan
bahawa kebanyakkan masalah yang timbul adalah melibatkan aspek perundangan
dan pentadbiran. Ada yang berpendapat bahawa bidang kuasa antara Mahkamah
Tinggi Sivil, pejabat Tanah, Amanah Raya Berhad dan Mahkamah Syahriah perlu
diberi lebih perhatian bagi tujuan penyelarasan undang-undang berhubung
pewarisan.

PERBINCANGAN

1.1. MAKSUD HARTA PUSAKA


Pengurusan harta pusaka dalam kalangan umat islam merupakan suatu prosedur yang
perlu difahami oleh semua pihak, khasnya masyarakat Islam sesama sendiri.

5
Secara umum, harta pusaka boleh dinyatakan sebagai harta peninggalan si mati. Definisi
harta pusaka ialah sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak
yang akan diwarisi oleh ahli-ahli waris disebabkan kematian pewaris. Ada pendapat yang
lain menyatakan bahawa pusaka atau al-mirath ialah perpindahan pemilikan daripada si mati
pada warisnya yang masih hidup, sama ada yang ditinggalkan itu berbetuk harta yang
dipindah, harta yang tidak boleh dipindah ataupun sesuatu hak yang ditetapkan oleh syarak.

1.2. KATEGORI HARTA


Harta secara umumnya dikategorikan kepada dua iaitu:
1. Harta alih - bentuk wang tunai sama ada dideposit atau disimpan seperti syer,saham bon
atau sekuriti. Ia juga termasuk kenderaan bermotor, barang kemas, perabot rumah dan
lain-lain yang bersifat boleh dipindah pergerakannya secara fizikal .
2. Harta tak alih - aset tetap seperti tanah, bangunan dan harta fizikal yang bersifat kekal
dan tidak boleh dipindahkan ke lokasi berbeza.

1.3. RUKUN PEWARISAN


Untuk terjadinya sebuah pewarisan harta , maka wajib bagi mereka untuk memenuhi tiga
rukun pewarisan. Ketiga-tiga rukun itu ialah:
1. Al-muwarrits -pewaris iaitu yang memberikan harta warisan. Dalam ilmu faraid, Al-
muwarrits ialah orang yang meninggal dunia lalu hartanya dibahagikan kepada ahli waris.
Harta yang diberikan kepada waris haruslah milik seseorang, bukan milik institusi atau
negara.

2. Al-warits - ahli waris iaitu mereka yang berhak untuk menerima harta peninggalan kerana
adanya ikatan kekeluargaan (nasab) atau ikatan pernikahan dan sebagainya. Waris
mestilah mempunyai kelayakan memiliki dan mengurus harta, tidak sah wasiat kepada
janin dalam kandungan.

3. Harta warisan - benda atau hak pemilikan yang ditinggalkan sama ada berupa wang,
tanah dan lain-lain. Harta tersebut juga boleh dipindah milik selepas kematian pewasiat

6
dan harta tersebut mestilah bukan sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau
maksiat.

1.4. SEBAB PERWARISAN


1. Kerabat atau keturunan -hubungan yang sebenar melalui pertalian darah yang
menghubungkan antara waris dan juga pewaris. Hubungan kekeluargaan ini
dibahagikan kepada 3 iaitu, Furu’,Usul dan, Hawasyi.
 Furu’ = Mereka yang berada di kedudukan di bawah pewaris. Antara ahli furu’ ialah
anak dan cucu sehingga ke bawah sama ada lelaki atau perempuan.
 Usul = mereka yang berada di kedudukan atas si pewaris. Ahli usul merangkumi ibu,
ayah, datuk, dan nenek sehinggalah ke atas.
 Hawasyi = ahli keluarga yang dihubungkan dengan waris menyamping seperti
saudara seibu sebapa, saudara sebapa, saudara seibu, dan sebagainya.

2. Perkahwinan - suatu akad perkahwinan antara suami isteri yang sah di sisi syarak
sama ada berlaku persetubuhan atau tidak.

3. Wala’ (pembebasan hamba) - bekas pemilik hamba berhak mewarisi pusaka sama ada
bekas hambanya lelaki mahupun perempuan. Ia adalah keistimewaan yang diperoleh
oleh bekas pemilik hamba daripada hamba yang dibebaskan. Walau bagaimanapun,
bekas hamba tidak berhak mewarisi harta bekas tuannya.

4. Islam dan Baitul Mal - apabila seseorang muslim mati dan tidak mempunyai waris
untuk diwariskan hartanya berdasarkan sebab-sebab yang tertentu, maka harta
peninggalannya akan diserahkan kepada Baitul Mal.
1.5. HALANGAN PEWARISAN
1. Pembunuhan
Terdapat beberapa jenis pembunuhan antaranya ialah bunuh sengaja, tidak sengaja,
dengan hak, ada sebab dan tidak sedar. Dari sudut pandangan Mazhab Shafie pula,
semua jenis pembunuhan akan menjadi halangan pewarisan. Pembunuh yang tidak
siuman atau tidak berakal tetap tidak layak mendapat harta pusaka jika membunuh
pewarisnya. Contohnya, anak lelaki telah membunuh ayahnya. Anak tersebut

7
merupakan anak tunggal. Oleh itu, isteri si mati akan mendapat ¼ daripada harta
pusaka walaupun mereka mempunyai anak. Hal ini kerana anak itu dianggap tiada
kerana telah membunuh pewaris. Keadaan ini ditegah oleh syarak yang terdapat
dalam kaedah fiqh iaitu “sesiapa yang menyegerakan sesuatu sebelum tiba masanya
maka hukumnya ia ditegah daripada mendapatnya”

2. Perhambaan
hamba tidak boleh mewarisi harta peninggalan pewarisannya. Tujuan syarak
menghalang hamba - hamba daripada boleh mewarisi harta peninggalan
pewarisnya kerana mereka tidak layak untuk memiliki harta dan ia dibawah kuasa
tuannya serta segala harta yang akan dimilikinya menjadi hak milik tuannya.

3. Perbezaan Agama
Perbezaan agama ini bermaksud agama waris yang berbeza dengan agama pewaris
seperti waris beragama lain dan pewaris beragama Islam. Ini menyebabkan kedua-
duanya tidak layak mewarisi antara satu sama lain sama ada disebabkan hubungan
kerabat atau perkahwinan.

Tetapi, ada sebahagian daripada sahabat iaitu Muaz bin Jabal, Muawiyah bin Abu
Sufian, Said bin Musayyab dan Masruq meriwayatkan bahawa orang-orang Islam
dibenarkan untuk mewarisi harta pusaka orang orang bukan Islam tetapi orang
bukan Islam tidak boleh mewarisi harta orang Islam.

Selain daripada ketiga - tiga halangan pewarisan yang dinyatakan di atas, terdapat
beberapa halangan lain antaranya :

1. Murtad
Kedudukan orang murtad dalam undang-undang pusaka Islam adalah
dianggap sebagai telah mati dan tidak layak untuk mewarisi. Oleh itu, Imam
Syafie, Ahmad bin Hanbal dan para ulama’ berpendapat bahawa orang murtad
tidak layak mewarisi harta pewarisnya yang muslim. Manakala Imam Abu
Hanifah berpendapat bahawa orang Islam boleh mewarisi harta pusaka orang
murtad yang diperolehi semasa pewarisnya masih beragama Islam sahaja.

8
2. Perceraian
Perceraian secara talak bain. Talak bain merupakan talak yang tidak boleh
dirujuk semula walaupun isteri masih di dalam tempoh iddah. Jika perceraian
ini berlaku maka kedua-dua pasangan suami isteri tidak boleh mewarisi harta
di antara satu sama lain apabila salah seorang daripada mereka meninggal
dunia.

3. Anak zina dan Anak Lian


Anak zina dan anak lian tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka bapa kerana
mereka dianggap seperti tidak berbapa. Walau bagaimanapun, mereka tetap
boleh mewarisi harta sebelah ibu dan waris sebelah ibunya.

1.6. JENIS – JENIS WARIS


 Ashab Al Furud
Ashab Al Furud ialah waris - waris yang telah ditetapkan oleh hukum syarak iaitu sama ada
1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6, 1/8 atau 1/3 baki menurut Al-Quran dalam Surah An Nisaa’ ayat 11, 12
dan 176 serta Al Sunnah dan Ijmak. Furud yang telah ditetapkan didalam Al-Quran
mempunyai 7.

Berikut merupakan waris-waris yang menerima:

1. Satu Per Dua Bahagian (1/2)


 Suami

9
 Seorang anak perempuan
 Seorang anak perempuan kepada anak lelaki
 Seorang saudara perempuan seibu sebapa
 Seorang saudara perempuan sebapa

2. Suku Bahagian (1/4)

 Suami (yang mempunyai anak lelaki atau cucu lelaki)


 Isteri (yang tidak mempunyai anak atau cucu)

3. Satu Per Lapan Bahagian (1/8)


 Isteri (yang mempunyai anak atau cucu)

4. Satu Per Tiga Bahagian (1/3)


 Ibu (jika tidak mempunyai anak atau cucu)
 Dua orang atau lebih saudara lelaki atau saudara perempuan seibu

5. Satu Per Tiga Bahagian Baki (1/3 baki)


 Ibu dalam kes Al Umariyyatain

6. Dua Per Tiga Bahagian (2/3)


 Dua orang anak perempuan atau lebih daripada anak lelaki (jika tidak mempunyai
adik beradik lelaki)
 Dua cucu perempuan atau lebih daripada cucu lelaki (jika tidak mempunyai anak
perempuan dan adik beradik lelaki)
 Dua orang adik beradik perempuan atau lebih (jika tidak mempunyai anak perempuan
atau cucu lelaki dari anak lelaki atau adik beradik lelaki)
 Adik beradik perempuan sebapa

7. Satu Per Enam Bahagian (1/6)


 Bapa (jika mempunyai anak atau cucu)

10
 Ibu (jika mempunyai anak, cucu atau adik beradik yang lebih daripada seorang)
 Datuk (jika mempunyai anak, cucu dan tidak mempunyai bapa)
 Nenek (jika tidak mempunyai ibu)
 Cucu perempuan daripada anak lelaki yang tinggal bersama anak perempuan
 Adik beradik sebapa yang tinggal bersama-sama adik beradik perempuan sekandung
(seibu sebapa)
 Adik beradik seibu (jika tidak mempunyai anak, ayah atau datuk)

 Asabah
Waris - waris asabah merupakan waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh
perempuan. Menurut istilah ilmu pusaka ialah waris - waris yang bahagian harta pusaka
mereka tidak dinyatakan. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada
waris Ashab al-Furud, kadangkala mereka hanya menerima baki harta setelah diberikan
kepada waris Ashab al-Furud dan kadangkala mereka tidak menerima sebarang harta kerana
harta tersebut telah dihabiskan oleh waris Ashab al-Furud. Walau bagaimanpun, hubungan
waris Asabah dengan si mati sangat kuat kerana mereka sudah menjalinkan hubungan
kekeluargaan melalui perantaraan bapa. Kedudukan mereka dalam pembahagian harta pusaka
adalah bawah daripada Ashab al-Furud.

11
Jenis jenis asabah
Asabah terbahagi kepada dua jenis iaitu:

1. Asabah sababiyyah
- Dikenali sebagai qarabah hukmiyyah iaitu asabah bagi seseorang yang
memerdekakan hamba. Ini bermaksud, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan,
jika mereka telah berjaya memerdekakan hamba, mereka boleh mewarisi harta
bekas hamba yang dimerdekakannya itu sekiranya si mati itu (bekas hamba) tidak
meninggalkan waris sama ada waris perkahwinan atau keturunan. Walau
bagaimanapun, hanya yang telah dimerdekakan itu tidak layak mewarisi harta
bekas tuannya.

2. Asabah nasabiyyah
- Merupakan waris si mati yang mempunyai hubungan darah. Asabah nasabiyyah
ini terdiri daripada golongan lelaki tanpa diselangi oleh perempuan seperti anak
lelaki, bapa, bapa kepada bapa, saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa dan anak
lelaki mereka. Sama juga dengan waris Ashab al-Furud ketika mewarisi bersama
dengan saudara lelaki mereka seperti anak perempuan bersama dengan anak
lelaki, saudara perempuan seibu sebapa bersama dengan saudara lelaki seibu
sebapa.
 Dhawil al Arham
Dari segi istilah ulama’ faraid ialah waris yang mempunyai hubungan keluarga atau
darah dengan si pewaris selain dari waris Ashab al-Furud dan Asabah sama ada lelaki
atau perempuan. Contohnya, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan,
anak lelaki dan perempuan kepada saudara-saudara perempuan, dan lain-lain.
Kedudukan mereka di dalam pembahagian harta menjadi perselisihan pendapat antara
para ulama’. Mengikut pengamalan pembahagian harta di Malaysia, sistem ini
dilaksanakan mengikut pendapat Mazhab Syafie iaitu menolak waris Dhawi al-Arham
dari menerima harta pusaka. Baki harta yang tidak berwaris akan diserahkan kepada
Baitul Mal.

12
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, wasiat merupakan antara perkara yang dituntut oleh Islam
dalam urusan hal ehwal kehartaan khususnya sebab istrumen perancangan harta.
Wasiat bukanlah sekadar dokumen pengagihan harta tetapi ia adalah dokumen penting
yang digunakan untuk mempercepatkan dan memudahkan urusan pentadbiran dan
pengagihan harta pusaka untuk manfaat keluarga yang telah ditinggalkan. Islam
amatlah menggalakkan umatnya untuk menulis wasiat sesuai dengan hadis yang mana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “bukan lah seorang muslim yang sebenar
yang mempunyai harta untuk diwasiatkan, untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya
sudah tertulis dan disimpan di bawah kepalanya”. (hadis Bukhari)

Islam juga menyarankan umatnya agar merancang harta yang dianugerahkan oleh
Allah bukan sekadar untuk hayatnya, bahkan umatnya disarankan untuk mengurus
dan merancang aset yang dimiliki untuk persediaan selepas mati. Seperti contoh,
seorang sahabat Rasulullah sedang gering dan tidak mempunyai zuriat kecuali
seorang anak perempuan. Maka beliau meminta izin agar dua pertiga hartanya
disedekahkan, namun Rasulullah melarang dan tidak membenarkannya. Rasulullah
bersabda “ Sepertiga! Sepertiga itu juga banyak. Sesungguhnya, jika kamu
meninggalkan zuriatmu dalam keadaan kaya, lebih baik daripada kamu meninggalkan
mereka dalam kemiskinan dan meminta – minta kepada manusia.” (Hadis Riwayat
Muslim: 1628)

13
RUJUKAN

ABDULLAH, DR AZWAN. “Pengurusan Harta Pusaka Dalam Islam.” Sinarharian, 21 Apr. 2020,


www.sinarharian.com.my/article/79874/KHAS/Pendapat/Pengurusan-harta-pusaka-dalam-
Islam.
Antrabangsa, Islam, et al. “Sistem Pewarisan Harta 01.” Journal of Muwafaqat, vol. 1, no. 1, 2018,
pp. 1–17, journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/article/vol-1/18-01-muwafaqat-vol-01.pdf.
Accessed 8 Dec. 2022.
Arifin, Latifah. “Uruskan Wasiat, Pembahagian Harta Elak Waris Berkonflik.” Berita Harian, 9 Oct.
2019, www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/10/615667/uruskan-wasiat-pembahagian-
harta-elak-waris-berkonflik.
Bin, Baharuddin, et al. KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM. 11 Mar. 2020.
---. KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM. 30 Aug. 2020.
Farhan, Muhd. “AL-KAFI #1664: ADAKAH SETIAP PEMBUNUH TIDAK BOLEH MEWARISI
HARTA?” Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 17 Mar. 2020,
www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/4333-al-kafi-1664-adakah-setiap-
pembunuh-tidak-boleh-mewarisi-harta.
harta. “Sebab - Sebab Pewarisan Harta Pusaka (Bagi Beragama Islam).” Harta Pusaka, 15 May
2021, www.google.com/amp/s/www.pengurusanharta.com.my/amp/sebab-sebab-pewarisan-
harta-pusaka-bagi-beragama-islam. Accessed 8 Dec. 2022.
Husnaa, Ainan, et al. “Isu-Isu Berbangkit Dalam Pengurusan Harta Pusaka Ringkas ISU-ISU
BERBANGKIT DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA RINGKAS SECARA
BERWASIAT DAN TIDAK BERWASIAT DI AMANAH RAYA BERHAD (ARB) Arising
Issues in the Management of Simple Testate and Intestate Estates at Amanah Raya Berhad
(ARB).” Journal of Shariah Law Research, vol. 5, no. 2, 2020, pp. 207–230,
ejournal.um.edu.my/index.php/JSLR/article/download/27769/12531/63132.
MUSA, ZAHARI MAHAD, and ZAHARI MAHAD MUSA. “Waris ‘Asabah Dalam
Faraid.” Utusan Malaysia, 21 May 2021, www.utusan.com.my/premium/2021/05/waris-
asabah-dalam-faraid/. Accessed 8 Dec. 2022.

14

Anda mungkin juga menyukai