Anda di halaman 1dari 3

KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF (KPSK)

PROGRAM SENI LIBERAL


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

KOD KURSUS / NAMA KURSUS:


FFM121 / TEORI DAN GAYA PERSEMBAHAN PENTAS

NAMA PENSYARAH:
ENCIK ABDUL WALID ALI

TUGASAN:
PENGARAHAN TEATER MENGGUNAKAN IDEA EPIK TEATER BERTOLT BRECHT

NAMA:
SITI AISYAH BINTI MOHAMED NOR

NO. PELAJAR:
2022966401

PROGRAM:
CAFF1142A

TARIKH HANTAR:
22/12/2022
PENGARAHAN TEATER MENGGUNAKAN IDEA EPIK TEATER BERTOLT BRECHT

Bertolt Brecht telah dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dikenali sebagai Eugen
Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama , seorang pemuisi serta pengarah
teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20 serta mula berkecimpung dalam dunia teater
pada tahun 1914. Bertolt Brecht merupakan seorang yang sangat terpengaruh dengan idea-idea
Karl Marx. Epic Theatre adalah sesuatu teater yang bersifat episod atau bersiri dengan setiap
babak yang memaparkan cerita berlainan, tetapi pada akhirnya ia digabungkan menjadi sebuah
cerita. Contohnya, cerita kartun dragon ball memaparkan cerita berlainan dalam setiap siri,
seterusnya cerita tersebut digabung menjadi satu cerita.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk melakukan pementasan, idea yang ingin saya
gunakan jika mengarahkan sebuah teater adalah dengan menggunakan idea Epic Theatre Bertolt
Brecht. Bertolt Brecht telah menggunakan beberapa teknik dalam pementasan, antara teknik itu
ialah historification , allegorical dan pseudo foreign. Pertama sekali, teknik historification ialah
satu teknik dimana setiap lakonan atau pementasan, babak- babak di dalam pementasan adalah
berlatarkan masa lampau. Contohnya, pementasan Mother and Her Children diset dalam latar
masa lampau iaitu pada abad 17. Pementasan dengan berlatarkan masa lampau dapat
memberikan penonton merasakan satu perasaan seolah mengimbau kembali zaman dahulu.
Selain itu, teknik allegorical merupakan penggunaan berbentuk simbol dimana ia
menerang isi kandungan dalam suatu pementasan. Penggunaan teknik ini membuat penonton
akan “dialenasikan” dari pementasan tersebut oleh simbol- simbol yang akan membuat mereka
berfikir makna yang terkandung dalam simbol tersebut. Ini dapat memberi gangguan yang
bertujuan mengasingkan penonton daripada terus hanyut oleh cerita lakonan. Sebagai
contohnya, bunyi bising dari belakang pentas, cara lakonan seperti robot, dan lakonan yang tidak
logik dan realiti. Teknik allegorical ini telah digunapakai dalam pementasan Rise and Fall of the
City of Mahagon.
Dalam teori Brecht, untuk mempersembahkan idea- idea dan memastikan penonton
menyedari mesej yang cuba disampaikan, para penonton perlu diasingkan ‘dialeniasi’ dari suatu
pementasan. Keadaan ini dikenali sebagai “Verfremdungseffekt” yang diterjemahkan dalam
1
Bahasa Inggeris sebagai ‘‘Alienation Effect’’ atau dikenali sebagai perasingan. Teknik ketiga
yang perlu digunapakai ketika pementasan berlaku iaitu teknik pseudo foreign adalah satu teknik
yang telah di adaptasi daripada teater luar yang berbeza budaya daripada budaya penonton.
Pementasan yang telah menggunakan teknik ialah The Good Person of Sezuan.
Di dalam teater yang ingin dihasilkan ini juga perlu menggunakan kapsyen. Kapsyen ini
dipancarkan ke pentas bagi menjelaskan apa yang berlaku dalam babak seterusnya. Contohnya ,
teknik ini digunakan dalam pementasan Caucasian Chalk Circle dimana setiap babak mempunyai
tajuk sendiri yang dipaparkan ke pentas. Jika ingin melakukan pementasan Epic theatre , lagu
juga digunakan akan tetapi lagu ini hanyalah berfungsi untuk memprovokasi pemikiran penonton
dan delima yang wujud ketika pementasan berlangsung. Teknik pertanyaan juga digunakan
dimana pelakon menanyakan soalan kepada penonton secara langsung. Sebagai contoh, dalam
teater tersebut ketika situasi Mak Raya ingin mempertahankan pusaka tanah, ketika Mak Raya
bertengkar dengan Zulkifi mengenai tanah, Mak Raya berpusing dan bertanya kepada penonton
‘Adakah pertengkaran ini membawa faedah kepada aku?’. Secara tidak langsung cara sebegini
telah membuat penonton berfikir tentang soalan yang ditanya oleh Mak Raya. Interaksi sebegini
dapat mengelakkan penonton bosan serta tidak fokus dengan teater yang dipentaskan.
Cara pementasan yang dilakukan oleh Bertolt Brecht dapat membantu sesebuah teater
hidup didalam industri Malaysia kini. Selain itu, dapat menarik minat penonton untuk melihat
teater dari variasi umur sama ada dari peringkat kanak-kanak, remaja serta dewasa.

Anda mungkin juga menyukai