Anda di halaman 1dari 17

2016

Ulum al-Quran & Mustalah Hadith

1. (i) 1. Al-Furqan kerana Al-Quran mengajar manusia untuk membezakan antara yang hak dan
yang batil dan Al-Quran tidak diturunkan sekaligus, malah ianya diturunkan bercerai-cerai,
sedikit demi sedikit.

Firman Allah:
‫تَ ٰب َركَ الَّ ِذيْ نَ َّز َل ْالفُرْ قَانَ ع َٰلى َع ْب ِد ٖه لِيَ ُكوْ نَ لِ ْل ٰعلَ ِم ْينَ نَ ِذ ْيرًا‬

Terjemahannya:
“Maha Suci Allah yang menurunkan al-Furqan(yang membezakan antara yang benar dengan
yang salah) kepada hambaNya (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk menjadi
peringatan bagi sekalian alam.”
Surah Al-Furqan: ayat 1

2.At-Tanzil yang bermaksud yang diturunkan. Al-Quran diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa
Ta’ala kepada Nabi Muhammad.

Firman Allah:
‫َو ِا َّن ٗه َل َت ْن ِز ْي ُل َربِّ ْال ٰع َل ِمي َْن‬
Terjemahannya:
“Dan sesungguhnya al-Quran ini adalah diturunkan oleh Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian
alam”
Surah al-Syu’araa: ayat 192

3.Az-Zikr yang bermaksud peringatan. Al-Quran membawakan peringatan-peringatan untuk


manusia.

Firman Allah:
‫َو ِا َّن ٗه لَ َت ْن ِز ْي ُل َربِّ ْال ٰعلَ ِمي َْن‬
Terjemahannya:
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar
Pemeliharanya (daripada perubahan, penyelewengan, penambahan dan pengurangan)”

Surah al-Hajr: ayat 9

4. An-Nur yang bermaksud cahaya. Al-Quran adalah cahaya yang menerangi kehidupan manusia.

Firman Allah:
ٌ ‫م بُرْ ه‬0ْ ‫ٰيٓاَيُّهَا النَّاسُ قَ ْد َج ۤا َء ُك‬
‫َان ِّم ْن َّربِّ ُك ْم َواَ ْن َز ْلنَٓا اِلَ ْي ُك ْم نُوْ رًا ُّمبِ ْينًا‬
Terjemahannya:
“Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti kebenaran daripada Tuhan
kamu (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan mu’jizatnya) dan Kami pula telah
menurunkan kepada kamu cahaya yang terang benderang (al-Quran)”
Surah An-Nisa: ayat 174
5. Al-Kitab yang bermaksud kitab. Al-Quran dinamakan sebagai ‘Al-Quran ialah kerana ia dibaca
dengan lisan dan dinamakan ‘Al-Kitab’ pula kerana ia ditulisb dan dibukukan dengan Qalam
(pena).

Firman Allah:
َ ‫ٰذلِكَ ْال ِك ٰتبُ اَل َري‬
َ‫ْب ۛ فِ ْي ِه ۛ هُدًى لِّ ْل ُمتَّقِ ْي ۙن‬
Terjemahannya:
“Itulah Kitab (al-Quran) yang tidak ada keraguan padanya. Ia adalah sebagai petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa”
Surah al-Baqarah:ayat 2
(ii) Pengertian al-Quran dari segi istilah menurut para ulama Mutakallimun, Usulliyuun, Fuqaha’,
dan Bahasa: Al-Quran ialah Kalam Allah yang bersifat ‘ijaaz (mencabar dan melemahkan), yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, melalui perantaraan Malaikat
Jibril ‘alaihissalam, yang tertulis dalam mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir,
membacanya merupakan ibadat, daripada awal surah al-Fatihah hingga akhir surah An-Nas.

4. (i) Pengertian Hadith Sahih:

 Bahasa: benar, betul,sihat.


 Istilah: mempunyai sanada yang bersambung terus dari permulaan hingga akhir, diriwayatkan
oleh perawi yang adil dan dhabit, riwayatnya tidak ganjil dan tiada kecacatan.

Contoh Hadith Sahih:


Daripada Abdullah bin Yusuf telah meriwayatkan, daripada Malik, daripada Ibn Syihab, daripada
Muhammad bin Jubair bin Mut’im, daripada ayahnya, katanya : “Saya mendengar Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca di dalam solat Maghrib Surah At-Thur”.

-Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

(ii) Syarat-syarat perawi hadith:

o Hadith tersebut mesti bersambung sanadnya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Para perawi mesti berjumpa dan menerima hadith secara langsung dari gurunya. Keadaan
bersambung sanad ini berlaku dari awal sanad, iaitu tabaqat pertama (sahabat) hingga kepada
perawi terakhir yang menulis hadith tersebut, tanpa gugur walaupun seorang perawi.

o Perawinya mesti bersifat adil. Syarat-syarat adil adalah:


a. Islam: Riwayat orang bukan Islam dan ahli Kitab tidak diterima.
b. Baligh: Riwayat kanak-kanak kecil tidak diterima.
c. Berakal: Riwayat orang siuman tidak diterima.
d. Bukan fasik: Bukan orang yang melakukan dosa-dosa besar, atau terus-menerus
melakukan dosa-dosa kecil.
e. Menjaga maruah: Orang tersebut berakhlak mulia, dan tidak melakukan perkara-
perkara yang menjatuhkan kehormatan diri, bertentangan dengan ugama, dan bid’aah.
Orang tersebut bukan dikalangan mereka yang dituduh berdusta, tidak bergaul dengan
mereka yang tidak bermaruah, dan tidak berlebih-lebihan dalam gurau-senda.

o Perawinya mesti mempunyai sifat dhabit. Ada 2 jenis:


a. Dhabit dari segi ingatan/hafalan:
Perawi tersebut mestilah dikalangan ‘hafiz’, iaitu orang yang kuat (tepat) ingatannya
terhadap apa yang didengarinya dan tidak pelupa. Mampu mengeluarkan ingatan
tersebut secara spontan bila-bila masa sahaja. Orang yang dhabit juga dapat
menguasai apa yang diriwayatkan, memahami maksud dan tujuan hadith itu.

b. Dhabit dari segi tulisan:


Perawi tersebut menjaga segala tulisan hadithnya selepasnya diperbetul, dicatat
dan disahkan. Dia memastikan tulisan hadithnya tidak jatuhnya kepada orang yang
tidak bertanggungjawab atau yang menyelewang, dari awal ia ditulis sehingga ia
disampaikan kepada perawi lain. Perawi kategori ini kuat hafalannya, cerdik dan
faham akan hadith-hadith yang dicatatnya, sehingga mampu menjaga tulisan-
tulisannya daripada sebarang perubahan, penambahan, dan pengurangan.

(iii) Hadith Sahih Li Ghairihi adalah hadith yang dianggap sahih berdasarkan kepada factor luar, dan
hadith tersebut tidak mempunyai sifat-sifat qabul yang paling tinggi.

 Hadith ini pada asalnya dikategorikan sebagai Hadith Hasan Li Zatihi, namun ia dinaikkan taraf
menjadi Hadith Sahih Li Ghairihi kerana salah satu daripada faktor berikut:
a. Hadith tersebut dikuatkan dan disokong oleh hadith muktabar yang lain. Oleh
yang demikian, hadith tersebut menjadi sahih bukan kerana zatnya sendiri,
tetapi kerana ia dibantu oleh hadith muktabar yang lain.
b. Hadith tersebut diriwayatkan oleh perawi yang sudah terkenal dengan
kebenaran dan kebaikannya, walaupun mereka kurang dhabit. Namun mereka
tidak akan mencapai gelaran ‘hafiz’ dikalangan perawi hadith Sahih Li Zatihi.

5.(i) Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, umat Islam telah melantik Abu Bakar As-Siddiq
sebagai Khalifah. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, ada golongan yang murtad kerana enggan
membayar zakat, ada mengakui Nabi palsu, ada yang kembali menyembah berhala dan mengikut tradisi
lama mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam sahaja, dan memandangkan mereka telah wafat, maka mereka tidak perlu lagi mengikut
ajaran Islam dan mereka telah bebas. Khalifah Abu Bakar terpaksa memerangi golongan murtad
tersebut dan berlakulah beberapa siri peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Ar-Riddah. Antara
peperangan tersebut, Peperangan Al-Yamamah (tahun 12 hijrah) adalah yang paling dahsyat sehingga
mengakibatkan ramai sahabat (sekitar 70 orang) yang hafal Al-Quran telah mati syahid.
Oleh kerana bimbang akan kehilangan Al-Quran berikutan kematian ramai penghafaz Al-Quran, Umar
bin Khattab telah mengsyorkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan kesemua catatan Al-
Quran. Pada mulanya Khalifah Abu Bakar merasa ragu kerana perkara ini belum pernah dilakukan oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi setelah mengadakan perbincangan dan mendapati
bahawa perkara ini mempunyai kebaikan, maka Khalifah Abu Bakar pun menerima cadangan tersebut.

Tugas pengumpulan Al-Quran telah diserahkan kepada Zaid bin Thabit, sahabat yang paling hafal al-
Quran dan juga merupakan penulis wahyu. Pada mulanya Zaid bin Thabit juga merasa ragu tetapi
akhirnya beliau bersetuju melaksanakannya.

(ii)Tahap penurunan al-Quran sekaligus (Jumlatan) iaitu turunnya al-Quran ke Luh Mahfuz

Diturunkan ke Luh Mahfuz dengan sekaligus. Hikmah penurunan Al-Quran ke Luh Mahfuz adalah untuk
membuktikan kekuasaan dan kebesaran Allah Ta’ala. Tidak ada yang mengetahui bagaimana dan berapa
lama Al-Quran berada di Luh Mahfuz kecuali Allah Ta’ala.

Firman Allah:
ٌ ۭ ‫بَلْ ه َُو قُرْ َء‬
٢١ ‫ان َّم ِجي ۭ ٌد‬
ٌ ۭ ‫بَلْ ه َُو قُرْ َء‬
٢١ ‫ان َّم ِجي ۭ ٌد‬

Terjemahannya:

“Sebenarnya (apa yang mereka dustakan) itu ialah al-Quran yang sangat mulia. (21) (Terpelihara dengan
sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz. (22)”

Surah Al-Buruj: ayat 21-22

(iii) Pengertian Hadith Riwayah:

 Bahasa: Riwayah bermaksud cerita, khabar, kisah, kenyataan dan pemberitahuan.


 Istilah:
o Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan pemindahan sesuatu yang berhubung dengan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan,
atau sifat baginda.
o Ilmu yang berfungsi untuk memindahkan apa sahaja yang disandarkan kepada
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam secara khusus, sama ada perkataan, perbuatan
nabi,taqrir nabi, diam dan sifat atau tingkah laku baginda.
o Ilmu yang membicarakan tentang penukilan hadith secara bertulis daripada Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam, sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, diam dan sifat
baginda, dan juga segala apa yang disandarkan kepada para sahabat dan tabien.
 Kepentingannya:
1. Menjadikan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai teladan dalam semua
aspek kehidupan.
2. Mengenal peribadi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai seorang rasul
yang diutuskan oleh Allah.
3. Memelihara daripada berlakunya kesalahan atau penyelewengan dalam
pengambilan dan penyebaran hadith.
4. Menghindar dari salah faham akan maksud sebenar hadith.
5. Memahami ilmu agama dengan lebih baik dan mendalam serta dapat melakukan
amal ibadat dengan lebih sempurna.
2017

Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith.

4. (i) Pengertian Hadith Maudhu

 Bahasa: jatuh atau rendah


 Istilah: Hadith palsu, yang direka oleh orang yang tidak adil, yang ditujukan kepada Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam, atau sahabat, atau tabien,secara palsu, sama ada secara senghaja
atau tidak.

Hukum beramal:

 Haram dan tidak boleh digunakan sama sekali untuk dalil dan hujah hukum syarak.
 Ulama sepakat menyatakan bahawa hukum bagi orang yang membuat hadith Maudhu’
adalah haram dan berdosa besar. Malah dianggap sebagai kafir menurut sebahagian ulama,
lebih-lebih lagi jika hadith tersebut menyentuh perkara akidah dan hukum.
 Haram meriwayat Hadith Maudhu’ jika mengetahui ianya palsu. Bahkan setengah ulama
menghukum kafir kepada orang yang sengaja berpegang dengan hadith Maudhu’ walaupun
tahu hadith tersebut adalah hadith palsu.

(ii) 1. Tanda kepalsuan pada Sanad

a. Nama perawi berkenaan terkenal sebagai pendusta hadith.

b. Perawi berkenaan mengaku telah memalsukan hadith.


Contoh: Abdul Karim bin Abu Al-Auja, ketika hendak dihukum mati, daia
mengatakan: “Demi Allah, aku palsukan kepada kamu 4000 hadith. Dalamnya
aku halalkan apa yang diharamkan dan aku haramkan apa yang dihalalkan.”

c. Qarinah-qarinah (hal-hal yang mendatangkan syak) yang menunjukkan


berlakunya pemalsuan hadith. Seorang perawi mengaku menerima hadith dari
seseorang, padahal dia tidak hidup sezaman dengan orang tersebut, ataupun
tidak pernah bertemu dengan orang tersebut, ataupun orang tersebut telah
meninggal dunia sebelum perawi itu lahir.
Contoh: Ma’mun bin Ahmad Al-Harawiy mendakwa telah mendengar sendiri
hadith daripada Hisyam bin ‘Ammar. Apabila ditanya oleh Ibnu Hibban bila
Ma’mun pergi ke Syam, Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H”. Ibnu Hibban
menyatakan Hisyam meninggal pada 245H. Ini menunjukkan bahwa Ma’mun
dan Hisyam tidak pernah berjumpa , apatah lagi meriwayat hadith.

d. Qarinah-qarinah pada sikap dan tingkahlaku perawi.


Contoh: Kisah Sa’ad bin Tarif, ketikamana anaknya mengadu kepadanya sambal
menangis. Setelah ditanya, anaknya telah menyatakan bahawa gurunya telah
memukulnya. Lalu Sa’ad berkata: “Aku akan memalukannya suatu hari nanti”.
Dia kemudian membuat hadith sendiri dengan berkata: “Ikrimah telah
meriwayatkan kepadaku daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam: “Guru-guru anak kamu adalah orang yang memalukan kamu
dikhalayak ramai, orang yang amat tidak mengasihani anak yatim, dan bersikap
kasar terhadap fakir miskin”.
2. Tanda kepalsuan Pada Matan
a. Hadith itu bercanggah denga Al-Quran dan hadith Mutawatir.
Contoh: “Anak zina tidak masuk ke syurga hingga 7 keturunan”. Hadith ini bercanggah
dengan Al-Quran dalam surah Az-Zumar: ayat 7 yang terjemahannya “Dan seseorang yang
berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.”

b. Hadith itu menyalahi pancaindera dan hakikat.


Contoh: “Buah terung adalah ubat segala penyakit.”

c. Hadith itu bercanggah dengan bidang perbuatan.


Contoh: “Memakan ikan boleh melemahkan badan.”

d. Maksud matan hadith itu lucu


Contoh: “Musim bunga umatku ialah anggur dan tembikai.”

(iii) 1. Taksub terhadap kabilah, puak,bangsa, negeri, Imam dan Jemaah tertentu.

 Mereka yang fanatik kepada bahasa Parsi membuat hadith:


Contoh: “Bahawasanya Allah apabila marah menurunkan wahyu dengan bahasa Arab, dan
apabila redha menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi”.
 Golongan yang fanatik kepada Imam tertentu membuat hadith:
Contoh: “Akan lahir seorang lelaki dari umatku yang dikenali sebagai Abu Hanifah An-Nu’man,
dia adalah penyuluh umatku”

2.Pertelingkahan mazhab dan fahaman.


Pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah fiqh dan juga ilmu Kalam. Kemudian pengikut-
pengikut mazhab tersebut mencipta hadith Palsu untuk menyokong mazhab mereka.
Contoh: “Barang siapa mengangkat kedua tangannya ketika sembahyang, batal
sembahyangnya.”

3. Mengadakan cerita palsu dengan tujuan supaya orang ramai tertarik kepada mereka.
 Orang yang bertujuan mencari nama, kekayaan, dan hanya mementingkan diri membuat hadith
seperti:
Contoh: “Harisah itu menguatkan belakang”
Hadith ini dibuat oleh seorang bernama Muhammad bin Hajjaj Al-Nakhai’ie, seorang penjual
harisah (bubur yang dibuat daripada gandum dicampur daging) untuk melariskan buburnya.
 Tukang cerita yang ingin menarik perhatian orang ramai kepada ceritanya, seperti:
Contoh: “Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha I lla Allah, Allah akan menjadikan daripada setiap
kalimah tersebut seekor burung, paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan.”
2019
Ulum al-Quran dan Hadith
1. (i) Peringkat penulisan dan pembukuan ilmu-ilmu al-Quran pada abad ke-2 hijrah hingga ke-4
hijrah.

 Bermula pada abad ke-2 Hijrah, para ulama mula menumpukan perhatian kepada ilmu Tafsir Al-
Quran, kerana ia merupakan ibu kepada Ulum Al-Quran. Hasilnya, terbitlah kitab-kitab tafsir
yang merangkumi pendapat para sahabat dan tabien. Antara ulama tersebut:
o Syu’bah bin Al-Hajjaj, Sufyan bin ‘Uyainah, Waki’ bin Al-Jaraah dan Ibnu Jarir At-Tabari.
 Pada abad ke-3 hijrah, para ulama mula meneroka ilmu-ilmu Al-Quran yang lain.
Antaranya:
o Ali bin Al-Madini (guru Imam Bukhari) telah mengarang ilmu Asbab Annuzul.
o Abu ‘Ubaid Al-Qasim bin Salam telah mengarang ilmu Nasikh Wal-Mansukh dan Qiraat &
Fadail Al-Quran.
o Muhammad Ibn Ayyub telah mengarang ilmu ayat Makiyyah dan Madaniyyah.
 Pada abad ke-4 Hijrah, antara ulama yang terlibat:
o Abu Bakar As-Sajastani telah mengarang Gharib Al-Quran.
o Muhammad Ali Al-Adfawi telah mengarang Al-Istighna’ Fi Ulum Al-Quran.

(ii) Faedah mempelajari ulum al-Quran

1. Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidang yang ada di dalam Al-Quran.
2. Untuk mempelajari ilmu tentang Nasakh dan Mansukh, Asbabun Nuzul dan perkara yang
berkaitan dengan Al-Quran.
3. Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji Al-Quran, bahawa Al-Quran itu kitab suci
daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.
4. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan Al-Quran semenjak ia diturunkan sampai
sekarang.
5. Dapat digunakan sebagai senjata pertahanan bagi memelihara kitab suci Al-Quran.

3.(ii) Hadith Dhaif:

 Bahasa: lemah
 Istilah: Tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih atau Hasan, juga termasuk hadith yang tidak
diketahui periwayatnya.
 Syarat-syarat menggunakan Hadith Dhaif menurut Imam Ibnu Hajar:
I. Pastikan hadith tersebut bukan hadith Maudhu’
II. Pastikan hadith tersebut tidak berkaitan dengan akidah, hukum syarak, sifat-sifat Allah
dan sebagainya.
III. Hendaklah berhati-hati semasa menggunakan Hadith Dhaif, jangan diiktiqadkan sebagai
hadith Nabi yang benar. Hal ini sebagai Langkah berjaga-jaga kerana dikhuwatiri hadith
tersebut bukan kata-kata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
4. (iii)
 Bahasa: yang dilepaskan atau yang ditiadakan.
 Istilah: terputus sanadnya pada permulaan sanad, yakni gugur seorang perawi, iaitu
sahabat(perawi pertama)
 Dalam erti kata lain, ianya adalah hadith yang bersambung isnadnya dari awal hingga ke
tabien, namun tabien tersebut tidak menyebut nama sahabat yang meriwayatkan
kepadanya, malah terus menyebut nama Nabi seolah-olah tabien tersebut pernah
berjumoa dengan Nabi.
 Contoh:
Daripada Yahya, daripada Malik, daripada Abdur Rahman bin Harmala Al-Aslami,
daripada Sa’id bin Al-Musayyab telah berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
telah berkata: “Perbezaan antara kita dan antara orang-orang munafik ialah, orang-
orang munafik itu tidak kuasa (malas) mengerjakan sembahyang Isyak dan Subuh.”
-Diriwayatkan oleh Imam Malik
2020

Ulum al-Quran dan mustalah hadith.

1. (i) Pengertian Al-Quran Dari Segi Istilah:


 Menurut Al-Zarqani, Ulum Al-Quran ialah pembahasan-pembahasan yang berkaitan
dengan Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya,
pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya, I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan
semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.

 Menurut As-Suyuti, Ulum al-Quran ialah salah satu bidang atau ruang lingkup ilmu yang
membicarakan tentang Al-Quran dari segi penurunannya, sanadnya, adabnya,
maknanya, lafaznya, dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

 Menurut Manna’ Al-Qathan, Ulum Al-Quran ialah ilmu yang mencakup pembahasan-
pembahasan yang berhubung dengan Al-Quran, dari segi pengetahuan asbabun nuzul,
pengumpulan Al-Quran, susunannya, pengetahuan tentang ayat-ayat Makiyyah dan
Madaniyyah, nasakh dan Mansukh, muhkam dan mutasyabih, dan lain-lain yang
berkaitan dengan al-Quran.

(ii) Perkembangan Ulum al-Quran di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

 Pada Zaman Rasulullah, Ulum Al-Quran belum tersusun dan belum menjadi ilmu pengetahuan
yang khusus. Hal ini disebabkan mereka pada waktu itu tidak perlu dan tidak terdesak untuk
berbuat demikian.
 Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat lebih arif tentang kandungan Al-Quran
dari ulama-ulama yang datang selepas mereka. Tetapi pengetahuan mereka pada masa itu
belum lagi tersusun, tertulis dan terkarang sebagai satu ilmu pengerahuan yang khusus.
 Ketika itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menerima wahyu dari Allah Ta’ala,
kemudian baginda menghafalnya dan menyampaikannya, dan seterusnya menerangkan makna
dan rahsianya.
 Para sahabat pula dapat memahami ilmu-ilmu Al-Quran dengan cara tabiat kebiasaan mereka
dengan cara ‘Saliqah’, yang tidak dapat dilakukan pada zaman ini. Jika timbul sebarang masalah
dalam memahami ayat, mereka akan menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan
meminta penjelasan daripada baginda.
 Antara faktor yang menghalang ilmu-ilmu al-Quran ditulis pada zaman tersebut adalah:
o Keadaan yang belum memerlukan kerana ramai para sahabat mampu memahami Al-
Quran dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dapat menjelaskan maksudnya.
o Ramai sahabat tidak pandai menulis dan alat tulis juga tidak mudah didapati.
o Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang para sahabat menulis perkara-perkara
selain dari ayat-ayat Al-Quran (seperti hadith) kerana ditakuti bercampur aduk dengan
Al-Quran.
3.Fungsi hadith terhadap al-Quran

1. Hadith menguatkan dan mengukuhkan hukum-hukum dalam Al-Quran. Dalam hal ini keduanya sama-
sama menjadi sumber hukum.

Contoh: Larangan berdusta sepertimana yang terdapat dalam al-Quran.

 Firman Allah:
ُّ ‫َواجْ تَنِبُوْ ا قَوْ َل‬
‫ر‬0ِ ْ‫الزو‬
Terjemahannya:

“…serta jauhilah perkataan dusta”

-Surah Al-Haj:ayat 30

Hadith mengukuhkan lagi hukum haram berdusta di atas dengan contoh berikut:

 Daripada Abu Bakrah (iaitu Nafi' bin Al-Harith) katanya :“Ketika kami bersamaRasulullah
Shallallahu 'Alaihi Wasallam, baginda telah bersabda:“Mahukah aku khabarkan kepada kamu
sebesar-besar dosa besar?” Baginda bertanya sebanyak3 kali. Sahut kami: "Sudah tentu wahai
Rasulullah”.Lalu baginda bersabda:“Menyekutukan Allah, derhaka kepada ibubapa". Saat itu
Rasulullah Shallallahualaihi wasallam sedang bersandar tiba-tiba duduk semula dan bersabda
lagi:“Berhati-hati dari berkata palsu (atau saksi palsu).” Baginda mengulang-ulangkata yang akhir
ini, sehingga kami mengucapkan :“Alangkah baiknya jikalaubaginda berhenti mengatakanya”.

-Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

2. Hadith sebagain pentafsir Al-Quran Ini dapat dibahagikan kepada 3 keadaan:

a. Hadith berperanan menjelaskan nas-nas Al-Quran yang mujmal.

Terdapat beberapa perintah dalam Al-Quran datang dalam bentuk ‘mujmal’ tanpa diterangkan cara-
cara, rukun-rukun, dan syarat-syaratnya.

Contoh: Perintah untuk mendirikan sembahyang sepertimana yang terdapat dalam Al-Quran, tetapi Al-
Quran tiada menjelaskan tatacara melakukannya.

َ‫َواَقِ ْي ُموا الص َّٰلوةَ َو ٰاتُوا ال َّز ٰكوةَ َوارْ َكعُوْ ا َم َع الرَّا ِك ِع ْين‬

Terjemahannya:

“Dan dirikanlah sembahyang dan bayarlah zakat serta ruku’lah bersama orang-orang yang ruku’”

-Surah al-Baqarah: ayat 43

Hadits pula menjelaskan nas Al-Qur’an yang mujmal di atas denganmenerangkan tatacara mendirikan
sembahyang,contohnya:
Daripada Malik katanya:”Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda”Bersembahyanglah kamu
sebagaimana kamu melihat aku sembahyang…”

-Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

b.Hadits berperanan mengkhususkan nas-nas Al-Qur’an yang Umum

Contoh:Hal ehwal wasiat sepertimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.

Firman Allah Ta’ala:

َ‫ َم َع الرَّا ِك ِع ْين‬0‫ الص َّٰلوةَ َو ٰاتُوا ال َّز ٰكوةَ َوارْ َكعُوْ ا‬0‫َواَقِ ْي ُموا‬
Terjemahannya:

“Allah perintahkan kamu dalam hal (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu. Bahagian untuk
seorang anak laki-laki menyamai bahagian duaorang anak perempuan…”

Surah An-Nisa:ayat 11

Hukum wasiat di atas adalah berbentuk umum, yang mana ia menjelaskan secaraumum tentang anak
yang berhak mewarisi harta,tanpa menyebut keadaan bagianak Nabi,ataupun pembunuh yang
membunuh pewaris. Oleh yang demikian,hadits memberi pengkhususan lagi mengenai hukum di atas
dengan contoh berikut:

Hadits yang mengkhususkan bahawa anak Nabi tidak berhak mewaris harta.

 Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:“Rasulullah Shallallahu ‘alaihiwasallam bersabda:


“Kami (para Nabi) tidak dipusakai, apa yang kamitinggalkan menjadi sedekah.”

-Diriwayatkan oleh imam Bukhari

Hadits yang mengkhususkan bahawa pembunuh tidak berhak mewaris hartapeninggalan simati.

 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya:”Rasulullah Shallallahualaihi wasallam


bersabda:“Pembunuh tidak dapat mewarisi.”

-Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi

c. Hadits berperanan membataskan nas-nas Al-Qur’an yang Mutlak.

Dalam erti kata lain, hadits telah bertindak sebagai Muqayyad (pembatas)terhadap hukum nas Al-Qur’an
yang berbentuk Mutlak.

Contoh:Hukuman terhadap pencuri sepertimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.

·Firman Allah Ta’ala:

َ‫َواَقِ ْي ُموا الص َّٰلوةَ َو ٰاتُوا ال َّز ٰكوةَ َوارْ َكعُوْ ا َم َع الرَّا ِك ِع ْين‬
Terjemahannya:

“Adapun orang laki-laki dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah (pergelangan)
tangan (kanan) mereka…”

-Surah Al-Ma’idah:ayat 38

Hukum mencuri di atas adalah berbentuk mutlak, yang mana ia tidak menjelaskansecara terperinci
tentang batas hukuman potong tangan, dan tidak disebut jumlahatau kadar barang curian. Oleh yang
demikian, hadits telah membataskan nilaiatau kadar barang yang dicuri dengan contoh berikut:

Hadits membataskan nilai atau kadar curian.

Daripada Aisyah Radhiallahu Anha katanya:”Dipotong tangan pencuri terhadap barang curian bernilai ¼
dinar dan lebih.”

Diriwayatkan oleh lmam An-Nasa’ie

3. Hadits Berperanan Membawa Hukum Baru.

Hadits berperanan untuk menetapkan hukum yang tidak didapati dalamAl-Qur’an.Didalam hal
ini,hukum-hukum itu hanyalah berasaskan hadits semata-mata.

Antara hukum yang ditetapkan melalui hadits sahaja adalah seperti haram memakanburung yang
berkuku panjang dan binatang buas yang bertaring,hak perwarisan untuknenek,hukuman rejam bagi
penzina yang muhsan (sudah memiliki pasangan yangsah melalui pernikahan),dan haram lelaki
mengahwini seorang perempuan dan ibusaudaranya secara serentak (kedua-duanya dijadikan isteri
pertama dan isteri keduadalam waktu yang sama).

Contoh:Larangan mengahwini dua beradik dalam satu masa telah disebut dalam Al-Qur’an.

Firman Allah Ta’ala:


‫هّٰللا‬
ِ ‫َواَ ْن تَجْ َمعُوْ ا بَ ْينَ ااْل ُ ْختَ ْي ِن اِاَّل َما قَ ْد َسلَفَ ۗ اِ َّن َ َكانَ َغفُوْ رًا ر‬
‫َّح ْي ًما‬
Terjemahannya:

“Dan (diharamkan) kamu (berkahwin dengan) menghimpunkan antara dua beradik(pada nasab atau
susuan termasuk ibu saudara daripada sebelah ibu atau bapa)kecuali apa yang telah berlaku pada masa
yang lalu.”

-Surah Al-Nisa:ayat 23

Hadits pula menambah hukum yang baru,iaitu larangan mengahwini seorangperempuan dengan ibu
saudaranya serentak dalam satu masa, dan hukum initidak disebut dalam AI-Qur’an. Perkara ini dilarang
kerana ia memutuskan hubungansilaturrahim,mengeruhkan keadaan,dan mengundang sifat cemburu
dan sifat-sifat negatif lain.
 Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya:”Rasulullah Shallallahualaihiwasallam telan
bersabda: “Tidak boleh menggabungkanantaraseorangperempuan dengan ibu saudaranya, sama
ada sebelah ayah mahupun ibu (dalamsatu ikatan pernikahan yang sama)”

Diriwavatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

4. Berperanan sebagai Nasikh Hukum.

Menurut pendapat Imam Syafi’I, hanya nas Al-Qur’an sahaja nas Al-Quran sahaja yang boleh menasakh
Al-Qur’an hanya membatal na sAl-Qur’an sahaja,bukannya hadits.Hujah beliau kerana Al-Qur’an lebih
tinggi kedudukannya dari hadits

Tetapi pendapat JumhurUlama pula sebaliknya,serta harus menasakh iaitu hadits kadang-kala bertindak
dan mengganti hukum dalamAl-Qur’an.Menurut pendapat segelintir ulama mazhab Syafie seperti Al-
Baidawi dan Al-Asnawi,hadits bukan sahaja dapat bertindak sebagai dalil dan bukti yang menetapkan
konsep nasikh dan Mansukh nasAl-Qur’an,terbukti dan telah berlaku berdasarkan perkara berikut:malah
boleh bertindak menasakh hukum dalam Al-Qur’an.Menurut mereka,hal itu terbukti dan telah berlaku
berdasarkan perkara berikut:

Contoh:Hukum wajib berwasiat kepada ibubapa,kaum kerabat dan ahli waris telahdisebut dalam Al-
Qur’an.

Firman Allah:

ۗ َ‫ف َحقًّا َعلَى ْال ُمتَّقِ ْين‬


ِ 0ۚ ْ‫صيَّةُ لِ ْل َوالِ َدي ِْن َوااْل َ ْق َربِ ْينَ بِ ْال َم ْعرُو‬
ِ ‫ك خَ ْيرًا ۖ ْۨال َو‬ ُ ْ‫ر اَ َح َد ُك ُم ْال َمو‬0َ ‫ض‬
َ ‫ت اِ ْن تَ َر‬ َ ‫ب َعلَ ْي ُك ْم اِ َذا َح‬
َ ِ‫ُكت‬

Terjemahannya:

“Diwajibkan ke atas kamu,apabila seseorang antara kamu hampir mati,jika diaada meninggalkan harta,
hendaklah berwasiat untuk ibubapa dan kaum kerabatnyadengan cara yang baik, (ini adalah) sebagai
suatu kewajipan ke atas orang-orangyang bertaqwa.”

-Surah Al-Baqarah:ayat 180

Dari sudut realiti dan praktikalnya,ayat di atas telah dinasakh dengan hadits berikut:

 Daripada Amru bin Kharijah Radhiallahu ‘Anha katanya:”Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam
telah berkhutbah,sabdanya:“Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang hak
masing-masing, dan tidak ada wasiat untuk ahli waris”

-Diriwayatkan oleh Imam An-Nasa’ie

Keadaan ini membuktikan bahawa hadits boleh memansukhkan hukum dalam Al-Qur’an .Hukum wajib
berwasiat kepada ibubapa,kaum kerabat,dan ahli waris,yang disebut dalam Al-Qur’an,telah dibatalkan
oleh hadits di atas. Oleh kerana itu,seseorang tidak boleh berwasiat untuk mereka-mereka yang
memang telah pada asalnya berhak menerima harta pusaka.
4.(i) HADITS MU'ALLAQ

Dan segi bahasa:Mu'allaq bermaksud tergantung.

Dan segi istilah:Hadits yang terputus sanadnya pada permulaan sanad,iaitu gugur seorang atau lebih
atau kesemua perawi,secara berturut-turut,kecuali perawi sahabat.

Contoh 1:HaditsMu'allaq yang dibuang semua perawi. (Lihat Rajah 10).

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:“Demi jiwaku yang ada dalam genggamanNya,jika
kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui,nescaya kamuakan sedikit ketawa dan banyak
menangis",

-Diriwayatkan oleh lmam Bukhari

Huraian contoh 1:

Imam Bukhari tidak menyebut semua perawi dalam rangkaian sanad hadits tersebut.Beliau hanya
menyebut:"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda". Namun begitu,beliau telah menyambungnya di
tempat lain dalam Sahihnya dengan menyebut segala perawinya melalui jalan riwayat Abu Hurairah dan
Anas bin Malik. Dimana jalan riwayat tersebut ialah:Yahya bin Bukair meriwayatkan kepada
kami,daripada Al-Laits, daripada 'Uqail,daripada lbn Syihab, daripada Sa'id bin al-Musayyab,bahawa Abu
Hurairah berkata:Nabi Shallallahu'alaihi wasallam bersabda.

Contoh 2:Digugurkan semua perawi kecuali sahabat. (Lihat Rajah 11).

Abu Musa al-Asy'ari berkata:“Nabi telah menutup kedua lutunya ketika Uthman masuk menemuinya".

-Diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Huraian contoh 2:

Imam Bukhari telah membuang semua perawi di antara beliau dan sahabat,dimanabeliau hanya
menyebut nama Abu Musa al-Asy'ari.

Penjelasan:Hadits Mu'allaq terdapat dalam Sahih Bukhari kerana bertujuan untuk meringkaskan, serta
lmam Bukhari tidak akan menggugurkan perawi tanpa sebab.Adapun beliau melakukan demikian kerana
terdapat riwayat yang sama dengan jalan sanad lain yang berstatus Sahih,atau ada sokongan dan syahid
kepada hadits tersebut. Hadits Mu'allaq dalam Sahih Bukhari berjumlah 160 buah.Ibnu Hajar telah
meneliti hadits-hadits tersebut dan mendapatinya ia telah disebut dan disambung ditempat lain dalam
kitab sahihnya.Hadits Muallaq juga terdapat dalam Sahih Muslim.

Hukum Hadits Mua'allaq:


 Hadith Muallaq adalah Dhaif dan tidak diterima sebagai hujah kerana tidak diketahui identiti
para perawi yang gugur atau terputus.
 Namun begitu, Hadits Mu'allaq boleh diterima semula,jika ada hadits yang sama melalui jalan
sanad lain yang lengkap,lalu status dhaif tersebut dinaik taraf menjadi Hadits Hasan Li Ghairihi.

(ii)HADITS MUNQATI’

 Dari segi bahasa:Munqati' bermaksud putus,atau tidak bersambung.


 Dari segi istilah:Hadits yang terputus sanadnya pada pertengahan sanad,iaitu gugur nama
seorang atau lebih perawi (bukan sahabat),dengan tidak berturut-turut.
 Walaupun sanadnya kelihatan bersambung,tetapi jika salah seorang perawi mengatakan
bahawa dia tidak pernah mendengar hadits tersebut dari nama perawi sebelumnya,maka ia
dikatakan Hadits Munqati'.
 Termasuk juga jika ada periwayat berkata “seorang lelaki telah berkata kepadaku.."
 Contoh:(Lihat Rajah 12).
Daripada Ahmad bin Mani',daripada Ismail bin Ulaiyyah,daripada Khalid Al-Khaza,daripada Abu
Qilabah daripada 'Aisyah Radhiallahu 'Anha katanya:"RasulullahShallallahu 'alaihi wasallam telah
bersabda:"Orang yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya
dan paling berlemah lembut dengan ahli keluarganya"

-Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi

Huraian contoh:

Sanad ini terputus pada pertengahan kerana Aisyah Radhiallahu 'Anha telah wafat pada tahun 58H dan
Abu Qilabah wafat pada104H. Abu Qilabah tidak sendiri daripada Aisyah Radhiallahu 'Anha,dan Abu
Qilabah juga tidak menyatakan mendengar nama perawi (antara sahabat atau tabien)yang
meriwayatkan hadits ini kepadanya.

Hukumnya:Hadits Munqati' adalah Dhaif dan tidak diterima sebagai hujah.

5(i) Setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, umat Islam telah melantik Abu Bakar As-Siddiq
sebagai Khalifah. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, ada golongan yang murtad kerana enggan
membayar zakat, ada mengakui Nabi palsu, ada yang kembali menyembah berhala dan mengikut tradisi
lama mereka. Mereka mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam sahaja, dan memandangkan mereka telah wafat, maka mereka tidak perlu lagi mengikut
ajaran Islam dan mereka telah bebas. Khalifah Abu Bakar terpaksa memerangi golongan murtad
tersebut dan berlakulah beberapa siri peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Ar-Riddah. Antara
peperangan tersebut, Peperangan Al-Yamamah (tahun 12 hijrah) adalah yang paling dahsyat sehingga
mengakibatkan ramai sahabat (sekitar 70 orang) yang hafal Al-Quran telah mati syahid.

Oleh kerana bimbang akan kehilangan Al-Quran berikutan kematian ramai penghafaz Al-Quran, Umar
bin Khattab telah mengsyorkan kepada Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan kesemua catatan Al-
Quran. Pada mulanya Khalifah Abu Bakar merasa ragu kerana perkara ini belum pernah dilakukan oleh
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi setelah mengadakan perbincangan dan mendapati
bahawa perkara ini mempunyai kebaikan, maka Khalifah Abu Bakar pun menerima cadangan tersebut.
Tugas pengumpulan Al-Quran telah diserahkan kepada Zaid bin Thabit, sahabat yang paling hafal al-
Quran dan juga merupakan penulis wahyu. Pada mulanya Zaid bin Thabit juga merasa ragu tetapi
akhirnya beliau bersetuju melaksanakannya.

Cara pengumpulan:

Ketika melaksanakan tugas pengumpulan ini, Zaid Bin Thabit bertindak dengan menyalin semula satu
persatu ayat al-Quran yang telah tercatat pada pelepah-pelepah , batu-batu, kayu-kayu dan
membandingkannya dengan hafalan para sahabat dan hafalan sendiri. Zaid bin Thabit tidak akan
menerima ayat-ayat untuk ditulis kecuali dengan pengesahan 2 orang saksi yang adil, yang bersumpah
bahawa ayat-ayat tersebut diterima daripada Rasulullah. Dalam erti kata lain, Zaid bin Thabit
menggunakan kedua-dua sumber yang ada ,iaitu hafalan al-Quran dan tulisan-tulisan al-Quran,

Setelah kebih kurang satu tahun, Al-quran akhirnya siap dikumpulkan dan ia dikenali sebagai ‘Mushaf
Abu Bakar’. Bentuk penulisan mushaf ini meliputi keseluruhan tujuh huruf yang mana dengannya Al-
Quran disamapaikan.Namun ada juga pendapat yang mengatakan bahawa himpunan tersebut
dinamakan Suhuf kerana hanya ayat telah tersusun, manakala surahnya belum.

Mushaf Abu Bakar telah disimpan oleh Khalifah Abu Bakar, dan setelah beliau wafat, ianya disimpan
oleh Khalifah Umar Bin Khattab, dan setelah Khalifah Umar wafat, ia diserahkan kepada Sayyidatina
Hafshah Radhiallahu ‘anha.

(iii) Sanad: Jalan yang menghubungi matan, atau menyampaikan kepada hadith. Bermula pengumpulan
hadith hingga Rasulullah.

Matan: Lafaz hadith Rasulullah atau isi kandungan hadith, yang biasanya terletaj selepas sanad.

Musnad: Nama bagi kitab-kitab yang mengandungi hadith-hadith yang diriwayatkan dari seorang
sahabat atau lebih.

Musnid: Orang yang meriwayatkan hadith dengan menyebutkan sanadnya, sama ada mengetahui atau
tidak mengetahui ilmu hadith.

Hujjah: Orang yang menghafaz lebih daripada 300,000 hadith serta sanadnya.

Anda mungkin juga menyukai