Anda di halaman 1dari 11

KEDATANGAN ISLAM DI

KEDAH
• Kedatangan dan penyebaran agama Islam di Kedah Tua berlaku pada sekitar
kurun ke-12 hingga ke-15.
• Kesan daripada pengaruh Islam ini telah terbentuknya sebuah kerajaan Melayu
yang berbeza dari zaman sebelumnya yang dikenali sebagai Kesultanan Kedah
pada tahun 1136.
• Sejak tahun 1136 hingga 2017, iaitu bermula dari pemerintahan Kedah Tua sehingga
kini, Kesultanan Kedah berusia 881 tahun yang mempunyai 28 orang sultan yang
bertakhta merangkumi lapan buah pusat pemerintahan.
• Catatan sejarah membuktikan bahawa Kedah Tua pernah memiliki wilayah dan
jajahan takluk yang luas.
• Hal ini dapat dilihat apabila wilayah Kedah Tua turut merangkumi Kayang (Perlis),
Setul ke Kuala Bera, Pulau Pinang dan Seberang Perai (meliputi kawasan Kerian
sehingga ke Kuala Kurau, Perak).
• Pusat pemerintahan Kedah sering kali bertukar ganti, pada waktu yang
sama pelbagai peristiwa penting telah berlaku.
• Peristiwa penting tersebut merangkumi hubungan politik dan perdagangan
dengan kuasa luar seperti Acheh, Bugis, Portugis, Belanda, British, Burma,
Siam dan Jepun serta siri pertempuran mempertahankan kedaulatan
menentang pencerobohan kuasa luar.
• Ahli sejarah menyatakan bahawa perkembangan pengaruh Islamisasi di
Kedah Tua adalah dalam bentuk hubungan perdagangan dengan
pedagang dari Arab, Timur Tengah (Parsi), China atau India.
• Hal ini selaras dengan catatan sejarah yang membuktikan bahawa Kedah
Tua pernah menjadi pelabuhan entrepot dan pusat perdagangan penting
di Alam Melayu.
• Melalui hubungan ini, para pedagang kemudiannya menjalinkan
hubungan dalam bentuk dakwah iaitu menyampaikan seruan Islam kepada
sultan ataupun rakyatnya sebagai salah satu pegangan hidup.
• Ini diakui dan disokong oleh ahli sejarah yang terkenal seperti al- Tabari dan
al- Masudi dalam catatan pelayaran mereka.
• Berdasarkan kajian, dikatakan Kedah adalah negeri yang mula- mula sekali
menerima Islam di rantau Semenanjung Tanah Melayu.
• Berpandukan kepada beberapa sumber bertulis dan penemuan hasil cari
gali pihak arkeologi di Kedah, dakwah Islam telahpun sampai di negeri ini
sejak abad kesepuluh lagi.
• Terdapat bukti yang menunjukkan Islam sampai ke Kedah Tua lebih awal
daripada negeri lain, antaranya Sejarah Kedah mencatatkan seorang
ulama Arab iaitu Syeikh Abdullah al-Yamani telah datang ke Kedah Tua dan
mengislamkan Maharaja Derbar Raja II (kemudiannya digelar Sultan
Muzaffar Shah I) pada tahun 531H (1136M).
• Tambahan pula, Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah versi Muhammad Hassan
(1968) meletakkan bahawa pada tahun 531 Hijrah (tahun 1136) sebagai
tahun Raja Kedah yang pertama memeluk Islam.
• Berdasarkan catatan teks tersebut juga jelas menunjukkan bahawa
pengislaman Sultan Muzaffar Shah I dan penyebaran pengaruh agama
Islam di Kedah dilakukan oleh Syeikh Abdullah Yamani yang berasal dari
Arab Selatan.
• Beliau kemudiannya menjadi guru agama kepada sultan dan menetap di
Kedah.
• Dengan berpandukan catatan ahli sejarah, bukti-bukti batu nisan yang
telah dijumpai memperlihatkan bukti kewujudan alim ulama dan institusi
pondok pada ketika itu.
• Justeru, bersandarkan penemuan bukti tersebut bahawa Kedah telah
menerima agama Islam lebih awal dari negeri-negeri yang wujud di
Semenanjung Tanah Melayu menerusi peranan yang dimainkan sama ada
pedagang, alim ulama dan ahli korporat Islam.

Anda mungkin juga menyukai