Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI


ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
TEL: 03 83126666

LAPORAN SESI
PERHATIAN :
BORANG INI DIGUNAKAN UNTUK URUSAN LAPORAN SESI
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------
BAHAGIAN A : MAKLUMAT SESI

Tarikh Sesi : 25.5.2022 Masa : 8.20a.m. - 9.08a.m. No. Rujukan Klien : KI49 002

Bilangan Sesi :         *hitamkan yang berkaitan


Tujuan Perjumpaan: Sesi Kaunseling Ujian Psikometrik Konsultasi Bimbingan
Lain-lain : ............................................
Kategori Masalah : Dadah/Inhalan /Alkohol Disiplin/Integriti Interpersonal
Keluarga /Peribadi Kerjaya Kesihatan Mental
Prestasi Kesihatan Fizikal Tatatertib
Lain-lain : (Nyatakan)....................................................

BAHAGIAN B : LAPORAN SESI


**Kaunselor boleh menggunakan sebarang bentuk pelaporan yang sesuai. (Contoh : SOAP, DART, Basic ID
dan Lain-lain)

PENEROKAAN (Pemilihan strategi dan pelaksanaan tindakan)


Strategi dibincangkan setelah saya dan klien memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas
dan mendalam. Saya meminta klien menyarankan strategi-strategi yang dapat difikirkan olehnya
untuk menghadapi masalah interpersonal. Kemudian, saya membimbing klien menimbang satu
persatu dari segi buruk baik dan kesesuaian strategi tersebut. Setiap faktor diambil kira untuk
memilih strategi yang sesuai bagi menyelesaikan masalah klien. Klien memutuskan bahawa dia
tidak akan memaksa rakannya untuk mendekatinya, sebaliknya memberi ruang kepadanya supaya
dapat mengekalkan hubungan yang selesa.

PENERAPAN TEORI
Teori yang telah saya gunakan ialah Teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT). Saya
melukiskan gambar rajah yang menjelaskan interaksi pelbagai komponen dengan menggunakan
konsep ABCDE bersama dengan klien. Saya membimbing klien memahami perkaitan perasaan
tidak rasional dengan pemikiran tidak rasionalnya sekali gus menghasilkan tingkah laku yang tidak
rasional.
A (peristiwa): Rakan saya tidak mempedulikan saya dan hubungan kami tidak erat seperti
sebelumnya.
B (kepercayaan): Saya takut dirinya akan ditinggalkan oleh rakan baik saya.
C (kesan): Saya mendiamkan diri kerana takut dirinya akan tersilap kata sehingga dipinggirkan dan
ditinggalkan oleh rakan saya.
D (mencabar idea): Apakah pernyataan yang mengatakan awak mesti tidak disukai dan
dipinggirkan oleh rakan padahal rakan awak tidak berfikiran sebegitu?
E (emosi): Saya mula sedar. Pemikiran dan perbuatan saya telah memberi tekanan kepadanya.
Saya tidak boleh memaksanya untuk sentiasa mendekati saya dan perlu memberi ruang
kepadanya supaya dapat mengekalkan hubungan yang baik dan selesa.

PENGGUNAAN KEMAHIRAN DAN TEKNIK KAUNSELING


Kemahiran kaunseling yang telah saya gunakan ialah kemahiran parafrasa. Saya mengulang
kembali sesuatu perkara yang telah dikemukakan oleh klien secara ringkas dan tepat. Apabila
klien mendengar ringkasan yang direspons kembali oleh saya, klien akan menyedari bahawa saya
benar-benar memberikan tumpuan kepadanya. Seterusnya, saya menggunakan kemahiran
refleksi. Saya menyebut semula perkara yang sudah diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian
kata yang pendek dan padat. Refleksi perasaan banyak digunakan dalam sesi kaunseling individu
ini bagi memahami dengan empati dan aktif mengenai klien serta menggalakkan klien meluahkan
lebih banyak isi penting berkaitan dengan perasaannya.

KONSEPTUALISASI KES
Kes yang telah dikenal pasti ialah masalah interpersonal dengan rakan sebaya. Klien murung dan
rasa sedih kerana merasakan dirinya dipinggirkan oleh rakannya. Klien pernah dipinggirkan oleh
rakan semasa berada di sekolah rendah. Perkara ini telah meninggalkan bayangan psikologi
dalam diri klien. Oleh hal yang demikian, klien selalu berangan-angan dan takut dirinya akan
ditinggalkan oleh rakan baiknya.

PERANCANGAN DAN STRATEGI RAWATAN


Saya menggunakan kaedah kognitif, iaitu mempertikai idea klien yang tidak rasional. Saya
bertanya soalan untuk mencabar idea klien yang tidak rasional ‘‘Apakah pernyataan yang
mengatakan awak mesti tidak disukai dan dipinggirkan oleh rakan padahal rakan awak tidak
berfikiran sebegitu?’’ Saya menggunakan perkataan ‘‘mesti’’ untuk menyoal supaya klien akan
bertanya soalan kepada dirinya sendiri.

KEPATUHAN KEPADA ETIKA


Saya mematuhi etika kerahsiaan. Klien diberitahu bahawa segala sesi kaunseling adalah dalam
bentuk rahsia kecuali keperluan situasi tertentu seperti kes mahkamah, kes kebajikan dan
permintaan daripada klien sendiri. Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang
berkaitan dengan klien bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia.
REFLEKSI
Selepas menamatkan sesi kaunseling individu ini, saya membuat refleksi dan rumusan bersama
dengan klien. Dari segi emosi, klien rasa lega setelah memahami masalah sebenarnya dan
mengetahui apa tindakan yang bakal diambil olehnya. Kesan tingkah lalu pula ialah klien tidak
memaksa rakannya untuk sentiasa mendekatinya dan memberi ruang kepadanya supaya dapat
mengekalkan hubungan yang baik dan selesa. Dari segi pemikiran, klien merasakan diri berfikir
terlalu banyak sehingga takut dirinya ditinggalkan oleh rakannya.

Disediakan Oleh:

...............................................................
( )

Tarikh : ……………………....................

Anda mungkin juga menyukai