Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

TAHUN AKADEMIK: FEBRUARI-JUN 2022

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: BMMB3043 Semester / Tahun: Semester 2 Tahun 1


Ambilan: Jun 2021
Nama Kursus: Kajian Kurikulum Bahasa
Melayu Sekolah Rendah Kumpulan: PISMP BAHASA MELAYU
1&2
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

Penulisan Esei I 21.2.2022 18.3.2022


(1000 perkataan) (18 hari)

Penulisan Esei II 28.2.2022 25.3.2022


(1000 perkataan) (18 hari)

Pembentangan Kumpulan 28.3.2022 4.4.2022


(7 hari)

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mentafsir reka bentuk kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (DSKP BM SR) melalui penilaian yang
berjustifikasi (C4, PLO1, PLO3, CTPS1)

2. Menghuraikan Organisasi Kandungan Kurikulum berdasarkan DSKP BM SR dengan


berkesan (C6, PLO3, CTPS2)

3. Mengaplikasikan Standard Pembelajaran kemahiran bahasa dan aspek bahasa serta


merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP BM SR dengan
jelas secara bertulis (C3, PLO3, PLO6, CTPS1, LL1)

4. Mengintergrasikan elemen Pengisian Kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Malaysia berdasarkan DSKP BM SR menggunakan kemahiran
Teknologi Maklumat dalam pembentangan kumpulan (C6, PLO4, PLO5, CS1, TS1)

5. Menginterpretasikan Pentaksiran Sekolah berdasarkan DSKP BM SR dengan jelas dan


berkesan (C5, PLO3, CTPS3)

Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Membincangkan satu konsep PdP abad ke-21 berteraskan reka bentuk dan
organisasi
DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
2. Mengulas pengaplikasian kaedah pentaksiran kemahiran bahasa berdasarkan
DSKP
Bahasa Melayu dalam proses PdP.

3. Menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat untuk membentangkan satu proses


PdP Bahasa Melayu yang menggabungkan aktiviti dengan elemen pengisian
kurikulum.

Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid
berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan
harian. Standard Kurikulum Bahasa Melayu ini pula dibahagikan kepada standard kandungan dan
standard pembelajaran dengan berpaksikan kemahiran dan sistem bahasa serta merangkumi juga
elemen pengisian kurikulum. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang
mengandungi pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh
murid.

Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar dikehendaki melaksanakan tiga tugasan berikut:

TUGASAN A: Penulisan Esei I (25%)

Menghasilkan sebuah esei tentang satu konsep Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa
Melayu terkini (abad ke-21) yang relevan untuk dilaksanakan di sekolah rendah.

Konsep yang dibincangkan ini mestilah disesuaikan dengan reka bentuk dan organisasi KSSR yang
terdapat dalam DSKP Bahasa Melayu.

Anda boleh memilih mana-mana DSKP Bahasa Melayu yang sesuai dengan jenis sekolah yang
akan jalani praktikum nanti.

Perbincangan tentang konsep PdP Bahasa Mealyu abad ke-21 ini, perlu disertakan dengan contoh
atau bukti yang sesuai dengan hujahan yang difokuskan.

Panjang esei ini ialah 1000 patah perkataan.

Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

TUGASAN B: Penulisan Esei II (25%)

Mengulas secara kritis dan kreatif tentang kaedah mentaksir kemahiran bahasa dalam PdP Bahasa
Melayu Sekolah Rendah.

Anda boleh memilih mana-mana kemahiran bahasa dalam DSKP Bahasa Melayu SK atau SJK
sebagai contoh dalam perbincangan dengan terperinci dan jelas.

Panjang ulasan esei ini ialah 1000 patah perkataan.

Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

TUGASAN C: Pembentangan Kumpulan (10%)

Membentangkan cara melaksanakan aktiviti dengan elemen pengisian kurikulum dalam PdP
Bahasa Melayu.

Anda boleh memilih mana-mana SK dan SP dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Pembentangan ini perlu dilaksanakan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat.

Tugasan ini dilaksanakan dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Pelajar dikehendaki melaksanakan tiga tugasan. Tugasan A dan B dilaksanakan secara


individu manakala tugasan C dilaksanakan secara berkumpulan.

2. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
i. Font Arial.
ii. Saiz huruf - 11
iii. Langkau 1.5 baris

3. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association (APA)
edisi ketujuh.

4. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan mengikut format terkini tahun 2022.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika terbukti amalan plagiat tindakan tegas akan
diambil mengikut Akta 174.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih seperti buku, internet, dan
bahan bercetak lain serta memenuhi kehendak tugasan. Rujukan mestilah dalam lingkungan
tahun 2017 hingga 2022 sahaja.

7. Cara menghantar tugasan: Semua tugasan perlu dihantar melalui pelantar GC mengikut tarikh
yang diberikan.

8. Pembentangan kumpulan dilaksanakan melalui Google Meet.

9. Tugasan 1 dilaksanakan secara individu dengan wajaran 25%.

10. Tugasan 2 dilaksanakan secara individu dengan wajaran 25%.

11. Tugasan 3 dilaksanakan secara kumpulan dengan wajaran 10%.

12. Jumlah keseluruhan wajaran bagi tugasan kerja kursus ini ialah 60%.

Disediakan oleh:
Disemak oleh:
asi
____________nor_________________
____________________________
(Nama: MOHD NOR BIN MOHAMED)
(Nama: DR.NOR ASIAH ISMAIL)
Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /
Pensyarah / Penyelaras Kursus
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

m.afnasri
_____________________________
(Nama: MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai