Anda di halaman 1dari 5

Nama : Reno surya permana

No : 15

A. Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: ‫ָּד נִֵּיאל‬, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: ‫دانيال‬, Dâniyal atau
Danial, juga disebut Dani, ‫ ; داني‬Arabic: ‫دانيال‬, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam
sejarah sebagai salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga agama
samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak
tertumpu kepada catatan dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.

Kisah Nabi Daniel A.S.


Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab
suci Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam
kitab ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan
diasingkan ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yang bernama Daniel yang
berbangsa Israil dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dari
605 SM – 562 SM.

Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil
(Iraq) ketika masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar
telah menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para
tawanan dari kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta
tidak dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.
Mimpi Raja Nebuchadnezzar
Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan penjara, Nabi Daniel
bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun makanan yang diberikan oleh
tentera Babylon sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.

Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yang
menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya
namun dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar
mengancam untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya
mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada tawanan
penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh menafsirkan mimpi raja itu.

Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yang mana
setiap bentuk pada tubuh patung itu adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari
emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga sedang
pehanya dari besi dengan kakinya sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari
tanah liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa
perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yang dari besi
dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa patung tanpa
perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yang ada dipatung tersebut.
Kemudian batu itu menjadi gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.

Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu
melambangkan sebuah pengantian kekuasaan dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri
dan kemudian roboh, dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari
emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian
kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran
Rom iaitu kerajaan yang keempat yang keras seperti besi, tepat seperti besi yang
meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi yang menghancur
luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya.
Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi dan tanah liat pula ialah
merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada
476 masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan
negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi
Daniel telah dilantik oleh raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum
dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain berasa cemburu lalu
mereka telah mengadakan pelbagai cara untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah
lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-sama dengan
binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel
berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan
sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat perancangan untuk
membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar
bahawa Nabi Daniel telah ‘buang air’ terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yang
mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit
untuk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya
terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sebagai raja,
pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu
sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal
yang berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia
memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri.
Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya daripada kezaliman
Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan


pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga
dikatakan telah dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi
kerana tidak mahu meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun
telah dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat mengamalkan amalan
ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa
itu tidak sedikitpun mencederakannya.

Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota
Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan
wafat dan terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu
Mesir di bawah pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah
menjumpai makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena
nama Nabi Daniel.

B. Nabi Samuel A.S.

Samuel (Arab:‫ صموئيل‬Shamu`ayl)atau Samwil dalam Islam dianggap sebagai salah satu
nabi Bani Israel dan dikatakan bahawa Samuel adalah keturunan dari Yusuf. Ia pernah
diminta oleh kaumnya untuk memilih seorang pemimpin dari kalangannya. Pada akhirnya
terpilihlah Thalut yang memiliki profesion seorang petani. Namanya tidak disebutkan
dalam Al-Qur’an, tetapi telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al Baqarah, tanpa
menyebutkan namanya.

Pengganti Nabi Musa A.S.


Beliau telah diutuskan oleh Allah S.W.T. selepas kewafatan Nabi Musa A.S. Semasa
zaman Nabi Musa A.S., Bani Israel dalam berabad-abad lamanya dapat hidup bersatu di
negeri mereka sendiri, tidak dapat diusir oleh kekuatan daripada mana-mana pihak.
Selepas kewafatan Nabi Musa A.S., bangsa Israel lama kelamaan lupa akan ajaran Nabi
Musa A.S., lupa akan agama mereka dan agama itu mereka telah ubah menurut
kemahuan mereka sendiri.
Dalam keadaan yang demikian itu, akhirnya mereka dapat dikalahkan dan diusir dari
kampung halaman mereka sendiri oleh bangsa Palestin.

Nasib bangsa Israel semakin jelek dan melarat di bawah penjajahan sehingga
mengalami pengusiran itu, terpisah dari anak dan isteri mereka dalam tempoh yang
lama, mereka juga tidak sanggup tampil ke hadapan untuk memimpin bangsanya yang
telah bercerai-berai itu.

Akhirnya diutus oleh Allah kepada mereka seorang Nabi, Samuel namanya. Dengan
pimpinan Samuel ini, akhirnya beberapa orang di antara bangsa Israil dapat berkumpul.
Dari kumpulan ini timbul hasrat bagi mereka, untuk berusaha mengusir bangsa Palestin
yang telah mengusir mereka dari tanah airnya. Tetapi sayang, tidak seorang juga di
antara mereka yang berani dan sanggup menjadi pemimpin.

Samuel tahu benar mengenai kelemahan kaumnya yang demikian itu, kelemahan yang
disebabkan oleh tidak adanya kemahuan untuk berjuang dan kelemahan kerana tidak
adanya rasa patuh terhadap pemimpinnya.

Dengan tegas Samuel berkata kepada mereka: “Sebab kelemahan kamu, adalah kerana
kamu sekalian tidak mahu berjuang menghadapi peperangan bila dipanggil untuk
berperang!”
Mereka menjawab: Kami sanggup berjuang dan bertempur, kerana tidak tahan lagi hidup
sengsara terpisah dengan anak, keluarga dan tanahair sendiri, asal saja ada yang
memimpin kami dalam perjuangan dan pertempuran itu. (tetapi hanya sedikit sahaja
yang bersungguh-sungguh untuk berjuang dan mengikut arahan pemimpinnya).

Samuel meminta mereka menunggu, kerana Samuel ingin menerima petunjuk dari Allah
S.W.T. terlebih dahulu, tentang maksud ini. Lalu kepada Samuel diwahyukan oleh Allah
S.W.T., agar memilih Talut menjadi raja dan pemimpin perang mereka. Samuel sendiri
rupanya belum kenal siapa Talut itu. Tetapi dengan tegas Allah S.W.T. mewahyukan
kepada Samuel, agar jangan ragu-ragu dalam menetapkan Talut sebagai pemimpin dan
jeneral dalam perang yang diperintahkan itu.

Talut adalah anak desa dalam negeri itu, bahkan anak seorang yang miskin pula.
Jangankan ia akan dikenal sebagai pemimpin dalam pergaulan, malah sehari-hari saja
jarang orang kenal kepadanya. Tetapi dia adalah seorang yang berbadan kuat dan sihat;
tinggi dan gagah perwatakannya, matanya tajam, fikirannya pun luas dan tajam pula.
Dalam pada itu, dia mempunyai hati yang suci bersih, budi yang halus dan agung. Dia
tinggal di desa kecil bersama-sama bapanya. Pekerjaannya bertani dan berternak.

Tabut berjaya dirampas semula


Akhirnya, tentera pimpinan jeneral Talut telah berjaya mengalahkan bangsa Palestin
walaupun jumlah mereka adalah sedikit dan ketika itu juga jeneral jalut yang memimpin
bangsa Palestin telah mati akibat dilontar batu oleh Nabi Daud A.S. yang ketika itu
berumur 9 tahun. Nabi Samuel A.S. turut menyertai peperangan itu yang mana Tabut
milik Bani Israil telah berjaya dirampas semula.

Kisah mengenai Nabi Samuel A.S. ada disebutkan dalam Al Quran walaupun tidak
disebutkan namanya di dalam Al Quran, iaitu surah Al Baqarah ayat 247 dan ayat 248.

C. Nabi Imran A.S.

Nabi Imran A.S. adalah salah seorang nabi dan juga merupakan bapa kepada Mariam
iaitu ibu Nabi Isa A.S. Nama sebenar Nabi Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun.
Beliau berkahwin dengan Hannah binti Faqud bin Qabil dan telah dikurniakan oleh Allah
seorang anak perempuan bernama Mariam. Kedua-dua mereka mempunyai darah
keturunan Nabi.

Surah Ali Imran


Nabi Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T. seperti mana yang telah
terdapat dalam Al Quran surah Ali Imran ayat 33 yang bermaksud : “Allah telah memilih
Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam”.

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di perkampungan Nazareth,


Palestin. Kegiatan ekonomi penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada
kegiatan pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Kebanyakan
daripada mereka menjalankan kegiatan pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu
dari hutan dan kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang mahu
membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir membuat kasut dan mengeringkan
buah tin sebagai pekerjaan mereka. Nabi Imran A.S. menyimpan hasrat untuk tinggal di
Jerusalem. Beliau ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis. Beliau pernah bermimpi menjadi
siak di tempat suci di Baitulmuqaddis dan bermimpi menjaga kebersihan dan membantu
kerja-kerja menjaga tempat suci itu.

Isteri Nabi Imran A.S. telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar Allah S.W.T. menerima
anaknya Mariam untuk menjadi ahli Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat
dalam surah Ali Imran ayat 35 yang bermaksud : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:”
Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku
sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu
semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

D. Nabi Yusha’ A.S.

Yusha‘ bin Nūn (Arab:‫ )يوشع‬adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel
memasuki kota Yareho (Jericho). Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama
kali tiba di “Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel
setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak
disebutkan secara langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan kisah
Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.

Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh Yusha‘ bin Nūn, yang
memang telah ditunjuk oleh Musa untuk menggantikannya sebelum kewafatannya.
Berkat kepemimpinan Yusha‘ bin Nūn mereka dapat menguasai tanah Palestin dan
menetap tinggal di istana. Namun setelah Yusha‘ bin Nūn wafat, mereka berpecah-belah.
Dalam ajaran Islam dikatakan bahawa isi kitab Taurat mereka diubah dan ditambah-
tambah. Mereka sering berselisih pendapat sesama mereka sendiri hingga akhirnya
hilanglah kekuatan persatuan mereka, yang mengakibatkan tanah Palestin diserbu dan
dikuasai oleh bangsa lain. Dari segi positifnya adalah ketika dia meninggal, semua tugas
untuk mengatur dua belas suku tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.

Matahari Terhenti seketika


Di antara mukjizat Nabi Yusha’ ialah Allah berhentikan matahari bagi menyebabkan hari
Jumaat berpanjangan bagi membolehkan perang diteruskan. Hal ini kerana waktu itu
Allah mengharamkan kaum Yahudi berperang pada hari Sabtu, dalam satu peperangan
terhadap kaum kanaan yang berlaku pada hari Jumaat, maka berlakulah mukjizat
tersebut. Mengikut syariat terdahulu, hari sabtu hanya untuk melakukan ibadat. Nabi
Yusha’ telah berdoa agar Allah memberhentikan seketika matahari bagi membolehkan
Nabi Yusha’ bersama-sama tenteranya menggempur kota Jericho yang merupakan
“Tanah Yang di Janjikan”.
E. Nabi Zulkarnain A.S

Zulkarnain secara harfiahnya bermaksud “Dia yang Bertanduk Dua”, merupakan satu
tokoh yang disebutkan di dalam Qur’an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau
sebagai pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan
Makjuj dari menyerang orang yang di Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan
sebagai Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah pendapat paling
sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama dan sarjana Islam yang mengatakan
Zulkarnain adalah Cyrus Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat
Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah digunakan sekurang-
kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Timbulnya persoalan
Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis
dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan
Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika Nadr mengatakan
hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai
Yahudi di Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan mengajukan tiga
soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan akan baginda
seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. 

Anda mungkin juga menyukai