Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

1a)

Sekolah arus perdana perlu menjalankan pendidikan inklusif serta pendidikan inklusif separa.
Para pelajar bekeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas biasa
walaupun status mereka ditetapkan sebagai murid keperluan khas. MKU di dalam kelas biasa
yang dikesan memerlukan bantuan dari segi akademik atau tingkah laku akan dikendalikan oleh
guru kelas dengan bantuan atau nasihat yang berpatutan daripada guru pendidikan khas. Maka
tiada keadaan atau faktor yang terlibat untuk menghindar MKU di dalam kelas biasa daripada
menduduki peperiksaaan awam seperti rakan kelas mereka.

Kelas kedua pula dirujuk sebagai inklusif separa yang terdiri daripada MKU yang dimasukkan
ke dalam kelas biasa hanya untuk segelintir mata pelajaran. Waktu yang selebihnya akan
dihabiskan mengikuti rancangan pendidikan khas. Persamaan di antara MKU inklusif penuh dan
separa adalah kedua-dua kumpulan ini didaftarkan sebagai murid pendidikan khas.

1b)

Salah satu kategori MKU adalah ketidakupayaan penglihatan yang dijelaskan mengenai murid
yang tiada keupayaan melihat atau keupayaan melihat yang terhad walaupun dengan bantuan alat
bantu penglihatan. Kategori ini dijelaskan dengan skor penglihatan seperti 6/18 penglihatan
terhad dan 3/60 untuk menyatakan buta. Kategori lain MKU adalah ketidakupayaan pendengaran
yang dibahagikan kepada empat jenis yang lain. Ketidakupayaan pendengaran dibahagikan
berdasarkan pada tahap desibel. Tahap-tahap desibel adalah 2540 dB, 4160 dB dan 6190 dB
untuk ringan, sederhana dan teruk. Seterusnya kategori MKU adalah ketidakupayaan pertuturan
seperti masalah sebutan, tidak dapat menggunakan intonasi suara yang sekata, gagap dan kualiti
suara yang rendah.

Ketidakupayaan fizikal juga salah satu kategori MKU kerana mereka murid yang kehilangan
sesuatu anggota badan atau ketidakupayaan sesuatu anggota badan. Selain daripada itu,
ketidakupayaan fizikal terdiri daripada hemiplegia, kelemahan otot, paraplegia serta tetraplegia.
Kategori MKU yang lain adalah masalah pembelajaran yang dikaitkan dengan isu bahagian

1
neurologi. Maka murid-murid ini ketinggalan dari segi cara menerima, memproses, menganalisa
dan mengingati maklumat. Masalah ini adalah kecelaruan lebih daripada satu proses psikologi
dari segi kefahaman, pemahaman lisan atau pun penulisan.

Akhir sekali, ketidakupayaan pelbagai juga dikategorikan sebagai MKU kerana murid di dalam
kategori ini mempunyai kombinasi seperti masalah pembelajaran dan penglihatan, pembelajaran
dan pendengaran serta pembelajaran dan masalah fizikal.

Apabila MKUditempatkan di kelas yang berbeza mereka mendapat PdP yang berkesan dan yang
sepadan dengan keperluan mereka. Murid MKU mendapat kemahiran dan keperluan yang sama
rata dengan murid bukan MKU. PdP untuk murid MKU di dalam kelas berbeza membolehkan
mereka memerolehi pelbagai ilmu pengetahuan. Murik MKU juga dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan memperkayakan kemahiran mendengar dan bertutur.

3a)

Literasi adalah keupayaan pelajar membaca dan menulis tanpa kesalahan ejaan dan tatabahasa.
Keupayaan ini akan membolehkan pelajar mengolah serta memahami proses membaca dan
menulis supaya mereka dapat melakukan perkara yang sama tanpa kesalahan. Apabila membaca,
pelajar yang berliterasi dikatakan dapat menuturkan perkataan dalam cara yang betul dan
intonasi sesuai yang melambangkan makna perkataan tersebut dengan betul. Literasi penulisan
berkonsepkan sama seperti literasi membaca tetapi tanpa melibatkan suara. Apabila
dikembangkan, konsep literasi membaca dan menulis melambangkan kemampuan seseorang
untuk memahami idea yang dibentangkan secara visual. Murid berliterasi tinggi bermaksud
mereka dapat menjelaskan bahan yang dibaca secara kritikal serta membandingkan kekuatan dan
kelemahan di dalam suatu bahan bacaan.

3b)

Definisi literasi telah berkembang dengan perkembangan masa maka literasi abad ke-21 adalah
jauh lebih maju daripada hanya membaca dan menulis. Salah satu daripadanya adalah literasi
media yang memerlukan kemahiran untuk menggunakan alat cetak dan alat elektronik. Literasi
media juga berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dengan cekap. Keperluan literasi
abad ke-21 juga adalah literasi sains. Ia merupakan kunci penting untuk mengemukakan
persoalan yang tepat, memerolehi pengetahuan baru serta untuk menjelaskan fenomena ilmiah.

2
Dengan memperolehi literasi sains, pelajar dapat memajukan pendidikan tinggi mereka sehingga
dapat menyelesaikan masalah masyarakat harian seperi teknologi makanan, kawalan penyakit,
pengurusan tenaga, mengendalikan perubahan iklim dan teknologi hijau.

Bahagian B

SOALAN 1

Pengurusan murid MKU yang sensitif banyak bergantung pada para guru. Sebagai contohnya,
mengendalikan kelas dengan sikap menyayangi dapat membimbing murid MKU dengan
dedikasi. Selain daripada itu, apabila guru menunjukkan perwatakan penyayang mereka dapat
membentuk personaliti murid yang positif. Sikap guru yang menonjolkan penerimaan keadaan
murid dapat mewujudkan personality murid yang berkeyakinan. Oleh itu, guru digalakkan untuk
sentiasa mengolah dan menyesuaikan strategi pengajaran supaya dapat menyesuaikan dengan
personaliti sensitif MKU. Mengendalikan sifat sensitif di kalangan MKU memerlukan
pemerhatian guru secara mendalam. Guru pendidikan khas perlu menumpu perhatian pada cara
MKU berinteraksi dengan rakan sekelas samada di dalam atau di luar kelas. Perkara yang perlu
dipantau adalah gaya komunikasi, cara bertindak balas dengan rakan dan cara bercakap. Apabila
memantau perkara-perkara ini, guru dapat menentukan cara yang mereka boleh gunakan untuk
menghampiri MKU yang sensitif.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memberikan motivasi dan galakan secara konsisten
akan membantu pengendalian MKU yang sensitif. Guru perlu sentiasa memberikan peneguhan
secara positif yang ditambahkan dengan kata-kata pujian. Ini bertujuan untuk mewujudkan
keyakinan dalam diri MKU yang sensitif. Sebagai contohnya, apabila MKU telah berjaya
membaca satu petikan walaupun terdapat kesalahan, guru harus memberi maklum balas
menggunakan perkataan-perkataan yang menggalakkan seperti “cubaan yang bagus”, “kamu
telah banyak meningkat”, “tahniah kerana berani mencuba” atau pun “jangan berputus asa
sehingga berjaya”. Cara lain yang boleh digunakan untuk mengendalikan MKU sensitif adalah
sentiasa memastikan mereka tidak keseorangan. Oleh itu, MKU memerlukan lebih banyak
aktiviti secara berkumpulan supaya mereka mempelajari cara komunikasi yang betul dan
berhormat. Apabila mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan, MKU berpeluang mempelajari
menerima pandangan orang lain tanpa perasaan yang tersinggung. Selain daripada ini, aktiviti
dalam kumpulan dapat membantu MKU yang sensitif kerana mereka mungkin lebih selesa

3
menerima arahan atau teguran daripada rakan sebaya mereka berbanding dengan guru. MKU
yang sensitif mungkin dapat diatasi dengan menggunakan strategi pengajaran yang berbeza
seperti penggunaan visual atau kerja lapangan.

SOALAN 2

Pencapaian MKU dibahagikan kepada 1, 2, 3 dan 4 yang mewakili tidak mencapai, pencapaian
minimum, baik dan cemerlang untuk setiap satunya. Apabila MKU diberikan nilai 1, ini
bermakna murid-murid tersebut tidak mencapai objektif pembelajaran. Sebagai contohnya murid
tidak dapat mengeja semua perkataan yang diberikan yang setaraf dengan peringkat
pembelajaran mereka. Tiada jawapan yang betul dikenalpasti di dalam jawapan yang dihantar
oleh murid-murid tersebut. Sekurang-kurangnya terdapat kesalahan ejaan di dalam satu bahagian
di dalam semua perkataan atau seluruh perkataan untuk setiap 10 perkataan yang diberi
mempunyai kesalahan ejaan.

Nilai 2 diberikan apabila MKU mencapai tahap minimum tetapi masih belum menguasai
kemahiran yang diperlukan untuk peringkat pembelajaran mereka. Contoh boleh dilihat dalam
mata pelajaran matematik tahun lima. MKU yang diberi kelulusan dengan nilai 2 dikenalpasti
tidak dapat menggunakan operasi bercampur matematik dalam urutan yang betul. Walaupun
mereka berjaya menjawab soalan matematik dengan operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan
bahagi, mereka tidak dapat menggabugkan operasi matematik yang berlainan di dalam urutan
yang betul supaya jawapan akhir mereka menjadi betul. Tahap pencapaian dengan nilai 2 juga
bermaksud MKU belum cukup bersedia untuk memahami tahap pembelajaran operasi matematik
yang lebih tinggi.

Bagi MKU yang mencapai tahap penilaian 3 bermaksud mereka boleh menjawab sebahagian
besar daripada kandungan kurikulum dengan betul. Mereka mungkin melakukan lebih banyak
kesalahan dalam bahagian aplikasi pengetahuan. Sebagai contohnya, penyelesaian masalah
seperti luas pelbagai jenis bentuk. MKU telah dapat menguasai operasi matematik yang pelbagai
tetapi tidak dapat mengingati atau menentukan rumus yang betul untuk sesuatu soalan. Sebagai
contohnya, rumus luas segitiga dikelirukan dengan rumus luas piramid. Murid pada tahap
pencapaian 3 boleh dikatakan kurang latihan dalam bahagian aplikasi pengetahuan. Tahap 4
dirujuk sebagai MKU yang mencapai kecemerlangan kerana mereka mahir dalam semua
peringkat penyelesaian masalah dengan daya ingatan yang kuat.

4
5

Anda mungkin juga menyukai