Anda di halaman 1dari 12

Isi Kandungan

Kandungan Muka surat

Pengenalan 3

Kandungan Pengajaran untuk Kemahiran Bersosial MKU 4

Kandungan Pengajaran untuk Kecekapan dan Kemahiran Masa Hadapan MKU 5

Bentuk Pedagogi untuk Mencorak Masa Hadapan MKU 7

Kesimpulan 11

Rujukan 12

1
Pengenalan

Semenjak perkembangan pendidikan di Malaysia, persetujuan juga telah dibuat untuk


menghasilkan pendidikan inklusif yang berkesan supaya murid kurang upaya (MKU) akan
menerima sokongan yang sewajarnya untuk mencapai objektif pembelajaran. Golongan MKU
diberi sokongan menerusi pendidikan inklusif kerana mereka memerlukan interaksi dengan rakan
sekelas dalam sekolah dan bilik darjah yang sama. Maka pendidikan inklusif direka supaya
MKU boleh bergiat aktif di dalam kegiatan sosial dan akademik menerusi peluang yang sama
rata serta hak untuk menerima pendidikan. Golongan MKU yang sememangnya mengalami
masalah pembelajaran, akan berpeluang untuk memberikan tindak balas yang lebih bagus dengan
pelaksanaan pendidikan inklusif (Okech, Yuwono, & Abdu, 2021).

Sebab utama pendidikan inklusif akan memberi manfaat kepada golongan MKU ialah keadaan
pendidikan umum tidak mungkin dapat memenuhi keperluan MKU. Persekitaran pembelajaran
yang biasa tidak sesuai untuk MKU kerana penyediaan mental dan emosi mereka tidak setara
dengan pelajar-pelajar arus perdana. Tanpa persediaan yang sesuai untuk MKU, terdapat
kemungkinan untuk mewujudkan perasaan kecewa, kegagalan academik serta ketidakberkesanan
kurikulum. Objektif pengajaran tidak akan dicapai jika segelintir murid tercicir daripada
perhatian sistem pendidikan kita (Richy & Wheeler, 2017).

Setiap individu mempunyai potensi yang tersendiri walaupun mereka mungkin tidak setara dari
segi kebolehan dan kemahiran. Hal ini perlu dititikberatkan apabila mengendalikan MKU kerana
dengan strategi yang wajar, potensi MKU boleh dibangunkan supaya mereka boleh menjadi
individu yang berjaya kelak (Salleh & Omar, 2018). Perbincangan di dalam kertas ini akan
mempertimbangkan kandungan pengajaran yang bertumpu pada pembangunan kemahiran
golongan MKU menerusi kurikulum di sekolah.

2
Kandungan Pengajaran untuk Kemahiran Bersosial MKU

Golongan MKU terutamanya yang mengalami perkembangan yang terbantut selalunya


ketinggalan di dalam aplikasi kemahiran sosial. Masalah yang sering dihadapi oleh MKU adalah
ketidakupayaan untuk memulakan komunikasi dan tidak memahami transaksi sosial.

Maka aktiviti pengajaran untuk MKU perlu berunsur seronok kerana unsur seronok boleh
memodel dan meningkatkan interaksi dan kerja secara kumpulan ketika berada di dalam kelas.
Aktiviti pengajaran untuk kemahiran sosial MKU perlu ada dalam pelbagai jenis dan digunakan
secara bergilir. Ia boleh membantu mewujudkan tabiat baik dan meningkatkan penglibatan
pelajar di dalam proses pembelajaran secara bersosial. Aktiviti yang bakal dicadangkan dalam
program mandiri memberi peluang untuk golongan MKU menyesuaikan diri dalam situasi sosial
(Schamroth & Lawlor, 2017).

Hari bergegar merupakan suatu konsep yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran bersosial
golongan MKU. Guru boleh menentukan satu hari yang sama seminggu untuk mendorong setiap
pelajar berjabat tangan dengan dua lagi rakan sekelas dan mengucapkan pesanan peribadi yang
bagus. Sebagai contohnya, mengucapkan terima kasih dan menyatakan penghargaan untuk
pertolongan yang dihulurkan tempoh hari. Aktiviti ini paling sesuai digunakan pada setiap hari
Jumaat ketika waktu terakhir di sekolah (Schwab, Nel, & Hellmich, 2020).

Memilih satu kemahiran sosial untuk satu minggu supaya pelajar-pelajar dapat menumpu akan
membolehkan mereka sentiasa ingat untuk menggunakan kemahiran tersebut. Apabila kemahiran
sosial yang berlainan dipilih untuk sepanjang minggu berikutnya, pelajar-pelajar MKU akan
memperolehi pengetahuan bersosial yang lebih mendalam dan tidak mudah lupa perkara yang
dipelajari. Apabila kemahiran bersosial untuk minggu tersebut telah ditentukan, guru akan
menggunakan perkataan yang berkaitan dengan kemahiran tersebut dalam kadar yang banyak di
sepanjang minggu tersebut. Sebagai contohnya, guru boleh memperkenalkan kata atau frasa yang
berkaitan dengan kemahiran sosial untuk minggu tersebut dan membincangkan cerita atau
peristiwa yang berkaitan. Kemudian, pandangan pelajar mengenai perkataan tersebut didengari.
Pelajar-pelajar digalakkan untuk memberi idea yang menyokong atau membantah mengenai
kemahiran sosial yang ditentukan untuk tempoh tersebut.

3
Di sepanjang minggu tersebut pelajar bebas untuk memberi komen apabila mereka melihat
perlakuan rakan lain yang melambangkan kemahiran sosial tersebut. Pada hari akhir minggu
persekolahan, guru akan membincangkan dapatan yang diperolehi menerusi pemerhatian pelajar.
Guru boleh menyediakan persembahan visual bersama-sama dengan pelajar supaya kemahiran
sosial tersebut memberi kesan yang mendalam kepada pelajar (Scheuermann, Webber, & Lang,
2018).

Matlamat mingguan kemahiran sosial di dalam aktiviti pembelajaran melibatkan pelajar


menentukan tujuan mereka memerlukan kemahiran bersosial. Menerusi aktiviti ini, pelajar akan
diberi peluang untuk menyatakan cara mereka berpegang pada matlamat bersosial. Aktiviti
tersebut sesuai digunakan apabila menyuraikan pelajar-pelajar dari kelas. Guru perlu
menitikberatkan pada maklumat yang dinyatakan oleh pelajar supaya ia tepat dan berkaitan
dengan kumpulan di dalam kelas (Bakken & Obiakor, 2019).

Pertolongan tambahan boleh diberikan kepada kumpulan MKU untuk meningkatkan kemahiran
sosial mereka. Minggu rundingan akan membantu pelajar yang masih memerlukan pertolongan
kerana guru dapat mengajar kemahiran berunding secara individu dengan pelajar yang terlibat.
Sesi ini boleh disertakan dengan model dan situasi perwatakan sebagai contohnya situasi
menyelesaikan konflik. Contoh kandungan pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran
sosial pelajar adalah kotak penyampaian perwatakan baik. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru
boleh menyimpan kotak dengan slot-slot yang tertentu. Pelajar akan diminta untuk memasukkan
slip di dalam kotak setiap kali mereka memerhati perlakuan baik di kalangan rakan sekelas. Guru
akan membaca semua slip secara kuat di hadapan kelas (Jones & Durodoye, 2021).

Kandungan Pengajaran untuk Kecekapan dan Kemahiran Masa Hadapan MKU

Kemahiran 3M harus disertakan sebagai kandungan pengajaran untuk masa hadapan MKU
kerana ia menampungi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Tiga tumpuan utama yang
diperlukan untuk MKU adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Kandungan-
kandungan ini akan mengutamakan aspek membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran
literasi dan numerasi. Proses pengajaran bermula dengan penguasaan abjad, perkataan, frasa,
ayat mudah dan ayat kompleks.

4
Pelajar dalam kumpulan MKU akan didedahkan kepada operasi asas matematik seperti
menyebut nombor dalam perkataan dan digit, membilang dan menyusun nombor dari digit
tunggal sehingga digit-digit yang lebih besar (Mahdi, Al-Hattami, & Göçen, 2020). Tujuan
kandungan pengajaran MKU dilengkapi dengan pelbagai kemahiran adalah untuk mewujudkan
pelajar dengan kemahiran abad ke 21.

Bahasa Melayu

Perancangan pengajaran Bahasa Melayu perlu mempunyai aktiviti yang boleh menguji
keupayaan pelajar untuk mendengar dan memahami. Apabila pendengaran dan pemahaman
pelajar mencapai tahap yang sesuai mereka dapat menyebut abjad, perkataan, frasa dan ayat
dengan cara betul. Selain daripada itu, mereka dapat memberi respons yang bertepatan dengan
arahan, pesanan dan pertanyaan. Kandungan pengajaran Bahasa Melayu bagi golongan MKU
harus membolehkan mereka bercerita berdasarkan topik yang diberikan atau menceritakan
semula perkara yang mereka dengar, baca atau menonton menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul. Dengan kandungan pengajaran menekankan kemahiran mendengar dan memahami,
pelajar memperolehi kebolehan untuk menyampaikan maklumat daripada pelbagai sumber dalam
tatasusila yang betul. Kumpulan MKU yang didedahkan pada kandungan pengajaran
berunsurkan bacaan luas berkebolehan untuk memberi pendapat secara kritik tentang sesuatu
perkara. Mereka juga akan membaca semua jenis perkataan, frasa dan ayat serta memahami
maksud setiap satunya. Apabila Bahasa Melayu diperkenalkan untuk kumpulan MKU, ia harus
menekankan aspek bacaan dan pemahaman maklumat samada tersurat atau tersirat. Kemahiran
tersebut akan melancarkan aktiviti pramenulis, membolehkan kumpulan MKU membina
perkataan pelbagai ejaan dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan cara yang betul (Sharples,
2019).

Bahasa Inggeris

Komponen Bahasa Inggeris amat penting dan berguna untuk mencorak masa hadapan pelajar
kerana ia digunakan di dalam semua sektor kerja dan merupakan bahasa antarabangsa. Bahasa
Inggeris sungguh berfaedah untuk komunikasi di alam pekerjaan kelak. Kandungan pengajaran
akan membolehkan pelajar mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan dalam
bentuk yang mudah.

5
Pemahaman ini akan melancarkan komunikasi dengan komuniti di keliling pelajar. Pelajar dalam
kumpulan MKU memerlukan pengajaran yang akan menyediakan mereka menghadapi situasi
untuk memberikan respon yang jelas dan berpatutan dengan situasi yang berlainan. Kandungan
pengajaran Bahasa Inggeris harus terdiri daripada kemahiran membaca dan memahami sebutan
yang mudah dan menulis semula perkataan yang didengari tanpa kesalahan ejaan. Pengajaran
berbentuk lisan di dalam mata pelajaran akan meningkatkan kemahiran berbahasa di dalam
kehidupan harian golongan MKU (van Rensburg & O'Neill, 2020).

Matematik

Kandungan pengajaran matematik untuk MKU perlu dilengkapi dengan aktiviti yang akan
membolehkan mereka memahami dan melaksanakan konsep matematik di dalam pelbagai
konteks. Aktiviti pengajaran harus menyediakan pelajar-pelajar menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan proses justeru memberikan respon yang betul untuk setiap situasi. Perkara seperti
penulisan secara mekanis dalam keadaan yang kemas untuk menyatakan nilai matematik,
penggunaan simbo dan memahami istilah matematik adalah juga kandungan pengajaran
matematik yang akan berguna untuk masa hadapan (Wearmouth & Lindley, 2021).

Dalam pengajaran matematik yang dapat menyediakan MKU mencorak masa hadapan,
kandungan pengajaran perlu terdiri daripada masalah yang membolehkan pelajar mengenalpasti
dan menggunakan perkaitan dalam idea-idea matematik dan perkaitan di antara matematik dan
bidang-bidang lain. Penguasaaan kemahiran wang dan mengenalpasti waktu dan masa
merupakan kandungan pengajaran yang wajib diperkenalkan untuk pendidikan golongan MKU
(Singh, Viner, & Yeh, 2019).

Bentuk Pedagogi untuk Mencorak Masa Hadapan MKU

Terdapat pelbagai pedagogi yang sesuai digunakan di dalam pendidikan inklusif untuk pelajar-
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Pedagogi tersebut melibatkan guru
mengubahsuai kurikulum kebangsaan dan bahan pengajaran supaya ia sesuai untuk kumpulan
MKU.

6
Pengajaran Bersama (Co teaching)

Pengajaran bersama merupakan salah satu pedagogi yang sesuai untuk mengajar kumpulan
MKU. Dalam kaedah ini, dua atau lebih tenaga pengajar akan berkongsi tanggungjawab untuk
mengajar seluruh kelas. Ia melibatkan pengagihan tanggungjawab di kalangan pasukan guru
untuk merancang, menghasilkan arahan terbeza dan memantau perkembangan pelajar. Kaedah
ini sangat menyeronokkan untuk pelajar-pelajar menerima tunjuk ajar dari lebih seorang guru
yang kemungkinan besar mempunyai pemikiran yang berbeza. Kelebihan pedagogi co-teaching
adalah dapat merapatkan jurang pelajar dan guru serta cara yang kreatif untuk menarik minat
pelajar kurang upaya (Haris & Khairuddin, 2021).

Pengajaran bersama jenis sokongan melibatkan seorang guru berperanan memberi arahan dan
seorang lagi guru berada bersama-sama pelajar untuk memberikan mereka sokongan memahami
kandungan pengajaran. Guru yang berperanan sebagai penyokong akan memerhati dan
mendengar perbincangan atau aktiviti pelajar. Bantuan secara individu akan diberikan oleh guru
penyokong apabila diperlukan manakala guru yang memberi arahan akan meneruskan
pengajaran. Pengajaran bersama secara berselari melibatkan dua atau lebih guru ditugaskan
untuk pelajar-pelajar di dalam kumpulan yang berlainan di dalam satu kelas. Guru-guru yang
bertanggungjawab untuk kumpulan murid masing-masing akan mengajar, memantau dan
membantu pelajar di beberapa sudut berlainan di dalam kelas. Setiap guru akan mengambil alih
kumpulan pelajar yang berlainan mengikut keperluan. Kadang-kadang sesetengah kumpulan
pelajar boleh dibiarkan tanpa guru untuk aktiviti pengukuhan (Malek & Rahman, 2019)

Pengajaran bersama saling melengkapi merupakan satu lagi jenis pengajaran bersama yang
melibatkan lebih dari seorang guru. Sementara seorang guru menyampaikan arahan, seorang
guru lain akan melengkapkan arahan tersebut menerusi visual atau bahan bantu mengajar yang
berlainan. Pedagogi ini digunakan supaya guru yang memberikan arahan dapat menumpu
sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan ini masalah pemahaman yang dihadapi oleh pelajar
boleh dikesan serta-merta. Pengajaran bersama secara pasukan melibatkan pengagihan tugas
dalam proses perancangan pengajaran. Sekumpulan guru akan berbincang untuk menghasilkan
bahan dan kandungan pengajaran yang sesuai digunakan untuk semua kelas mereka (Ang & Lee,
2018).

7
Dalam pedagogi pengajaran bersama, guru-guru akan menyelaraskan tugasan masing-masing
untuk mencapai objective umum yang berkaitan dengan pencapaian kumpulan MKU. Semua
guru akan bekerjasama dalam satu sistem kepercayaan yang dapat menyokong aktiviti
pengajaran bersama menggunakan kepakaran masing-masing. Dalam pedagogi ini, tiada tugasan
yang tetap untuk para guru. Malahan mereka akan bergilir memegang tugas sebagai pengajar
utama dan pengajar sokongan. Semua proses pengajaran yang direka adalah berbentuk
bekerjasama (Maarof & Jalaluddin, 2019).

Model pengajaran tidak berarahan (non-directive teaching model)

Model pengajaran tidak berarahan (non-directive teaching model) juga suatu pedagogi yang
bersesuaian untuk mengajar golongan MKU. Model pengajaran ini berpusatkan murid manakala
guru akan berfungsi sebagai pemudah arah. Pelajar-pelajar MKU akan didorong untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan, kompetensi peribadi dan kesedaran kendiri. Pedagogi
pengajaran tidak berarahan mempunyai kelebihan untuk mengembangkan dan meningkatkan
penguasaan pelajar untuk sebarang pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat membimbing dan
memaksimumkan kebolehan pelajar untuk berfikiran kreatif dan kritik. Menerusi pedagogi ini,
guru memberikan kebebasan kepada pelajar untuk belajar tanpa pergantungan pada orang lain
(Ain, Nasir, & Manaf, 2019).

Pedagogi berasaskan pengajaran tidak berarahan berpusat pada perkembangan mental dan emosi
para pelajar sehingga berlakunya perkembangan di dalam perhubungan sosial ketika di sekolah.
Guru akan membantu pelajar menerokai idea daripada bahan pengajaran yang disampaikan
supaya pembelajaran menjadi seronok dan menggalakkan penglibatan murid MKU. Dalam
penggunaan kaedah ini, pengetahuan lebih dipentingkan berbanding dengan arahan. Maka
pelajar digalakkan menerusi lebih banyak maklumat yang boleh meningkatkan kesedaran para
pelajar. Dengan itu, pelajar MKU masih boleh mengikuti kandungan mata pelajaran walaupun
tanpa banyak arahan (Chong, Mahamod, & Hamzah, 2017).

8
Menerusi pedagogi pengajaran tidak berarahan, pelajar didorong untuk mencuba pelbagai cara
ketika belajar. Pandangan pelajar diberi keutamaan tanpa mempertimbangkan ketepatan. Ini
kerana motif pdp adalah untuk menggalakkan penglibatan pelajar MKU. Dengan kebebasan
memberi pandangan diberikan, pelajar lebih cenderung untuk mengambil bahagian dalam
perbincangan kelas secara aktif. Guru tidak perlu menggunakan usaha yang begitu tinggi untuk
mendorong pelajar supaya bercakap. Di sebaliknya, guru dapat menyalurkan usaha mereka
terhadap betulkan sebarang kesilapan di dalam pemahaman murid (Haug, 2017).

Pengajaran penglibatan (Participatory learning)

Pedagogi berasaskan penglibatan juga dirujuk sebagai pembelajaran aktif yang boleh berfaedah
untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajaran dan mewujudkan sikap bertanggungjawab
terhadap pengajaran mereka. Elemen penting di dalam pedagogi ini adalah kemasyarakatan,
bekerjasama dan bersosial. Kaedah pembelajaran ini mementingkan imbasan kendiri terhadap
pembelajaran oleh para pelajar (Himmele, 2017). Apabila pengajaran secara penglibatan
digunakan untuk kelas MKU, pelajar boleh menyerap walaupun konsep yang kompleks diajar.
Bertentangan dengan kaedah biasa yang melibatkan guru memberi maklumat dan arahan, di
dalam kaedah pengajaran penglibatan, para pelajar diminta memilih dan membuat keputusan
justeru meningkatkan keyakinan pelajar MKU. Pelajar akan dirangsangi pada setiap masa untuk
berfikir, berbincang dan memberi idea (Chevalier & Buckles, 2019).

Satu contoh penggunaan pengajaran penglibatan adalah meminta semua pelajar untuk menjawab
persoalan yang berkaitan dengan suatu konsep baru dalam pembelajaran. Ini bermakna para
pelajar yang tidak faham atau tidak tahu juga diminta memberi jawapan. Guru membantu pelajar
menilaikan jawapan yang kurang tepat dalam cara yang positif supaya pelajar sentiasa terdorong
untuk mengambil bahagian dalam perbincangan kelas (Kirshner & Kamberelis, 2021).

Guru boleh mengamalkan kerja berpasangan atau berkumpulan dalam pengajaran penglibatan
untuk golongan MKU. Sistem kumpulan atau pasangan haruslah mengikut keupayaan setiap
pelajar di dalam suatu kelas supaya kumpula MKU dapat menerima bantuan pembelajaran
daripada rakan yang lebih mahir atau lebih berpengetahuan. Kumpulan atau pasangan harus
dibuat bergilir setara dengan konsep pembelajaran.

9
Ini kerana pelajar-pelajar yang berlainan mungkin memiliki penguasaan dalam konsep yang
berlainan. Untuk menjadikan usaha ini berkesan, guru yang mengajar MKU perlu melakukan
penilaian pelajar sekerap yang mungkin supaya dapat menghasilkan kumpulan atau pasangan
yang dapat memberi sumbangan sesama ahli kumpulan (Kidwai, Iyengar, & Witenstein, 2017).

Pembelajaran berasaskan inkuiri

Guru menggunakan pengalaman pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Mereka diberi
panduan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran, bertanya soalan,
dan menyiasat untuk mengetahui konsep yang diajar. Ini adalah pedagogi berpusatkan pada
pelajar kerana mereka akan membina sebahagian daripada pengetahuan. Guru akan bertindak
sebagai fasilitator untuk mengembangkan pengetahuan sedia ada pada pelajar untuk
mengukuhkan pemahaman menerusi aktiviti yang boleh mengaitkan pengetahuan yang sedia
ada. Pelajar diberi ruang untuk bekerjasama dan berkongsi idea untuk menjalankan inkuiri
sehingga mereka mencapai objektif pembelajaran (Tirri & Toom, 2020).

Kesimpulan

Matlamat pendidikan negara adalah memastikan semua warganegara mendapat pendidikan yang
sewajarnya supaya membantu mereka mencorak masa hadapan yang stabil. Perbezaan di
kalangan individu telah mewujudkan keupayaan yang berlainan di antara satu sama lain. Oleh
sebab itu, kementerian pendidikan telah merangka program pendidikan inklusif yang memberi
peluang sama rata untuk murid kurang upaya mengikuti program pembelajaran sama seperti
pelajar-pelajar lain. Perbincangan di dalam tugasan telah menyentuh kandungan, kemahiran dan
pedagogi pembelajaran yang bersesuaian untuk pelajar-pelajar kelainan upaya. Hasil penulisan
melambangkan kemahiran dan sokongan guru pendidikan khas sangat penting untuk menjayakan
program pendidikan inklusif. Ini kerana golongan MKU memerlukan pendekatan pengajaran
yang berbeza dari rakan mereka di dalam arus perdana. Selain daripada kandungan pengajaran,
kumpulan MKU memerlukan sokongan guru pendidikan khas untuk mengembangkan kemahiran
bersosial. Kemahiran ini akan berfaedah untuk MKU menimba ilmu melalui pergaulan dan
perkongsian.

10
Rujukan
Ain, N., Nasir, M., & Manaf, A. (2019). Amalan Aktiviti Pembelajaran Koperatif Dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Seni Visual Di Sekolah Rendah.
Journal of Educational Research and Indigeneous Studies, 2(1), 1-15.
Ang, & Lee. (2018). Pendidikan Inklusif. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Bakken, J. P., & Obiakor, F. E. (2019). Special Education Transition Services. New York: John
Wiley and Sons.
Chevalier, J. M., & Buckles, D. J. (2019). Participatory Action Research. New York: John Wiley
and Sons.
Chong, O. S., Mahamod, Z., & Hamzah, M. I. (2017). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru
Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 7(1), 93-108.
Haris, H. B., & Khairuddin, K. F. (2021). Pelaksanaan Pedagogi Inklusif bagi Murid
Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities, 6(2), 197-210.
Haug, P. (2017). Understanding inclusive education: ideals and reality. Scandinavian Journal Of
Disability Research, 19(3), 206-217.
Himmele, P. (2017). Total Participation Techniques. New York: Routledge.
Jones, B. L., & Durodoye, B. A. (2021). Child and Adolescent Counseling: An Integrated
Approach. London: Oxford University Press.
Kidwai, H., Iyengar, R., & Witenstein, M. A. (2017). Participatory Action Research and
Educational Development. New York: Routledge.
Kirshner, J., & Kamberelis, G. (2021). Decolonizing Transcultural Teacher Education. New
York: Routledge.
Maarof, M. b., & Jalaluddin, N. S. (2019). The Implementation Of Pedagogical Strategies In
Inclusive Education Program For Pupils With Special Needs Among Mainstream
Teachers: A Case Study. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 12(2), 29-38.
Mahdi, O. A., Al-Hattami, A., & Göçen, . (2020). Innovations in Educational Leadership and
Continuous Teachers' Professional Development. New York: John Wiley and Sons.
Malek, A. A., & Rahman, M. N. (2019). Pendekatan Bercerita Berasaskan Kurikulum
Berkepelbagaian Budaya Untuk Pembelajaran Literasi Awal Kanak-Kanak. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(3), 28-34.
Okech, J. B., Yuwono, I., & Abdu, W. J. (2021). Implementation of Inclusive Education
Practices for Children with Disabilities and Other Special Needs in Uganda. Journal of
Education and e-Learning Research, 8(1), 97-102.

11
Richy, & Wheeler. (2017). Inclusive early childhood education. New York: Delma Publishers.
Salleh, S. F., & Omar, M. C. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program pendidikan
inklusif di sekolah. Asian People Journal, 1(2), 243-263.
Schamroth, K., & Lawlor, E. (2017). SmiLE Therapy: Functional Communication and Social
Skills. New York: Routledge.
Scheuermann, B., Webber, J., & Lang, R. (2018). Autism: Teaching Makes a Difference. New
York: John Wiley and Sons.
Schwab, S., Nel, M., & Hellmich, F. (2020). Social Participation of Students with Special
Educational Needs. New York: Routledge.
Sharples, M. (2019). Practical Pedagogy: 40 New Ways to Teach and Learn. New York:
Routledge.
Singh, A., Viner, M., & Yeh, C. J. (2019). Special Education Design and Development Tools for
School. New York: John Wiley and Sons.
Tirri, K., & Toom, A. (2020). Pedagogy in Basic and Higher Education. New York: John Wiley
and Sons.
van Rensburg, H., & O'Neill, S. (2020). Inclusive Theory and Practice in Special Education.
New York: Routledge.
Wearmouth, J., & Lindley, K. (2021). Ebook: Briging the Curriculum to Life: Engaging
Learners. New York: John Wiley and Sons.

12

Anda mungkin juga menyukai