Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

AYAT MAJMUK

Standard Pembelajaran
5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa, susunan songsang dan ayat majmuk mengikut konteks.

AYAT MAJMUK
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan menggabungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat majmuk terh

LANGKAH MENGGABUNGKAN AYAT


Kenal pasti maksud ayat untuk memilih kata hubung yang sesuai.
Gugurkan unsur subjek / predikat / keterangan yang sama.
Tulis ayat majmuk dan gariskan kata hubung yang digunakan.

LANGKAH MEMISAHKAN AYAT


Kenal pasti dan potong kata hubung yang terdapat dalam ayat.
Kenal pasti unsur yang perlu diulang.
Tulis ayat tunggal tanpa menggunakan kata hubung tadi.

CONTOH 1 (Menggabungkan Ayat)


Pembalakan haram menyebabkan kejadian tanah runtuh.
Pembalakan haram menyebabkan kemusnahan ekosistem.
Pembalakan haram dilakukan secara berleluasa.
Ayat Majmuk : Pembalakan haram yang dilakukan secara berleluasa menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kemusnahan ekosistem.

CONTOH 2 (Menggabungkan Ayat)


Pakar pemakanan berpendapat sesuatu.
Pengambilan makanan segera membahayakan kesihatan.
Makanan segera mengandungi banyak garam.
Ayat Majmuk : Pakar pemakanan berpendapat bahawa pengambilan makanan segera membahayakan kesihatan kerana mengandungi ba

CONTOH 3 (Memisahkan Ayat)


Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna supaya perlu mengetahui hak pengguna.
Pembeli dinasihati oleh persatuan pengguna.
Pembeli perlu mengetahui hak pengguna.

CONTOH 4 (Memisahkan Ayat)


Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya hingga membahayakan keselamatan p
Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu berkeliaran di tepi jalan raya.
Beberapa ekor lembu peliharaan Pak Abu membahayakan keselamatan pemandu.

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.

[6 markah]
Muzium Eko Forest City berada hampir dengan beberapa ekosistem unik, iaitu hutan paya bakau. Muzium Eko
LATIHAN 2 berada hampir dengan beberapa ekosistem unik, iaitu beting rumput laut. Muzium Eko Forest City berada
Forest City
Berdasarkan petikan
hampir dengan di bawah,
beberapa cerakinkan
ekosistem tigaiaitu
unik, ayathutan
majmuk yang anda
terumbu pilihPembangunan
karang.. kepada dua ayat tunggal
Forest tanpa mengubah
City berdasarkan maksud
konsep
asalnya.
lestari. Pembangunan ini melindungi alam sekitar daripada kemusnahan. Pembangunan tanpa perancangan merosakkan
ekosistem marin. Pengunjung boleh singgah melihat khazanah alam di Pulau Merambung. Pulau Merambung terletak kira-
[6 markah]
kira 10 minit dari muzium. Pengunjung menaiki bot.
Kebanyakan pulau di negara ini masih terpelihara alam semula jadinya kerana kerajaan menggazetkannya sebagai
LATIHAN 3 Negara. Penubuhan taman laut bertujuan melindungi pelbagai habitat marin dan kehidupan Dipetik dan diubahsuai
Taman Laut marin akuatik.
Gabungkan ayat-ayat daripada ‘Teroka khazanah
Taman laut turut di bawah supaya
menjadi menjadi
penyumbang tiga ayat
terbesar sahaja
dalam denganpelancongan
industri menggunakannegara
kata hubung
apabila yang sesuai
menjadi tanpa
pilihan utama
mengubah maksud dan struktur hidupan
asalnya. dasar laut. Ketua Pengarah Perikanan berkata bahawa usaha memupuk kesedaran marin’
pelancong menikmati sendiri keindahan
oleh Omar Ahmad,
tentang penjagaan laut mulai menampakkan hasil. [6 markah]
Dipetik dan diubahsuai
Banyak faktor yang mempengaruhi kemusnahan hutan paya bakau, termasuklah hakisan pantai. Banyak faktor yang
daripada ‘Malaysia kaya
mempengaruhi kemusnahan hutan paya bakau, termasuklah penebangan bakau. Banyak faktor yang mempengaruhi
spesies marin’
kemusnahan hutan paya bakau, termasuklah kejadian tumpahan minyak. Fungsi hutan paya bakau di pesisir pantai amat
oleh Zaitie Satibi,
penting. Hutan paya bakau menahan arus ombak. Arus ombak besar, terutamanya pada musim tengkujuh. Berita Harian
sebelum ini melaporkan sesuatu. Hutan pesisir pantai di Tanjung Tuan dijangka bakal lenyap. Hutan pesisir pantai di
Tanjung Tuan dikesan banyak sisa tumpahan minyah kapal dari Selat Melaka.
Dipetik dan diubahsuai
Apakah kepentingan menjaga kebersihan laut? daripada ‘Hutan paya bakau negara kini
Menjadi tarikan pelancongan hingga meningkatkan ekonomi negara jauh berbeza’
Menyelamatkan hidupan laut yang semakin diancam kemusnahan oleh Ilah Hafiz Aziz,
Menaikkan imej negara agar dipandang tinggi oleh negara luar
Mengurangkan kos pembersihan yang boleh mencecah bilion ringgit
Menjamin bekalan makanan daripada sumber laut

2
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
1. Muzium Eko Forest City berada hampir dengan beberapa ekosistem unik, iaitu hutan paya bakau, beting rumput laut dan
/ selain / di samping hutan terumbu karang.

2. Pembangunan Forest City berdasarkan konsep lestari untuk / bagi / demi melindungi alam sekitar daripada kemusnahan
kerana / lantaran / oleh sebab pembangunan tanpa perancangan merosakkan ekosistem marin.

3. Pengunjung boleh singgah melihat khazanah alam di Pulau Merambung yang terletak kira-kira 10 minit dari muzium dengan
menaiki bot.

LATIHAN 2
1. Kebanyakan pulau di negara ini masih terpelihara alam semula jadinya.
Kerajaan menggazetkannya sebagai Taman Laut Negara.

2. Penubuhan taman laut bertujuan melindungi pelbagai habitat


Penubuhan taman laut bertujuan melindungi kehidupan marin
akuatik.

3. Taman laut turut menjadi penyumbang terbesar dalam industri pelancongan negara
Taman laut menjadi pilihan utama pelancong menikmati sendiri keindahan dasar
laut.

4. Ketua Pengarah Perikanan berkata sesuatu.


Usaha memupuk kesedaran tentang penjagaan laut mulai menampakkan hasil.

LATIHAN 3
1. Banyak faktor yang mempengaruhi kemusnahan hutan paya bakau, termasuklah hakisan pantai, penebangan bakau dan /
selain / di samping kejadian tumpahan minyak.

2. Fungsi hutan paya bakau di pesisir pantai amat penting untuk / bagi / demi menahan arus ombak yang besar,
terutamanya pada musim tengkujuh.

3. Berita Harian sebelum ini melaporkan bahawa hutan pesisir pantai di Tanjung Tuan dijangka bakal lenyap kerana /
lantaran
/ oleh sebab dikesan banyak sisa tumpahan minyah kapal dari Selat Melaka.

Anda mungkin juga menyukai