Anda di halaman 1dari 18

Pengenalan Cetakan

Di Malaysia cetakan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai teknik


dan media. Antara media yang biasa digunakan ialah lino, syelek, lekar dan
media campuran. Manakala teknik yang biasa digunakan adalah seperti teknik
timbulan, kolagraf dan cetakan saring. Cetakan juga boleh didefinisikan sebagai
proses menekan huruf atau gambar di atas kertas, kain atau bahan-bahan lain.
Perkara yang paling jelas yang dapat dilihat pada sesuatu cetakan ialah kesan
yang dipindahkan adalah seperti bayangan asli pada cermin. Tidak dinafikan
bahawa seni cetak merupakan salah satu media seni lukis yang popular di
kalangan pelukis serata dunia. Kebanyakan pelukis memilih untuk mengukir
atau mengguris kepingan logam ataupun menuris blok kayu mereka sendiri
kerana ingin mengalami rasa intim serta kegembiraan yang tercetus menerusi
proses fizikal seni cetakan itu. Pengalaman serta kemahiran yang tinggi
diperlukan bagi memastikan impresi yang optimum diperolehi menerusi plat
cetakan. Keupayaan ini akan membolehkan para pelukis menggunakan
sepenuhnya potensi sesuatu media dalam mencipta karya-karya seni cetak
yang bermutu, tidak tercacat akan kelemahan teknik.

Seni cetak merupakan suatu lanjutan kecekapan pelukis dalam


menampilkan disiplin-disiplin yang berbeza. Seperti catan ataupun bentuk-
bentuk kesenian lain, seni cetak asli menyalurkan ekspresi individu pelukis,
emosi serta kematangan estetik. Di samping itu, seni cetak merangkumi
pelbagai sudut persepsi di dalam proses penghasilannya. Seperti catan, seni
cetak juga memberi ruang yang terkawal serta kelonggaran dalam proses
penciptaannya. Sesuatu karya seni itu dianggap asli jika ia bukan reproduksi
ofset daripada karya-karya catan cat minyak, cat air mahupun akrilik. Cetakan
disini membawa maksud kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis
pada permukaan blok atau plat. Biasanya permukaan blok diukir sehingga imej
terjadi pada blok sebelum dipindahkan ke atas kertas, kain atau bahan lain
untuk menghasilkan cetakan. Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa
keping karya yang sama. Cetakan yang berulang kali ini disebut edisi atau siri.
Cetakan juga merupakan proses menghasilkan karya atau imej yang sama
berulang kali. Dalam aktiviti ini, semua karya cetakan dalam sesuatu edisi
dianggap karya asli.

Cetakan Sutera Saring

Cetakan sutera saring juga dikatakan sebagai cetakan sarigrafi. Nama ini
diberikan dari bahasa latin iaitu “seri” (silk) dan perkataan dari Greek iaitu
“graphos” (melukis atau menulis). Pada zaman dahulu, penggunaan sutera
(silk) itu adalah sebagai bahan untuk dijadikan cetakan. Namun demikian,
setelah zaman berubah dan semakin moden, maka ianya telah digantikan
dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini lebih mudah dan
mempunyai ketahanan dalam menghasilkan karya. Cetakan sutera saring yang
pertama dijumpa adalah di negara China semasa zaman dinasti Song (960-1279
AD). Manakala negara Jepun dan negara-negara Asia pula telah menggunakan
teknik percetakan ini dan memajukan kraf dengan mengaplikasikan cetakan
blok dan lukisan tangan (hand applied paint). Cetakan ini telah diperkenalkan
secara meluas di negara barat Eropah dari Asia pada akhir 1700s. Walaupun
diperkenalkan secara meluas, tetapi cetakan ini tidak mendapat sambutan dan
tidak digunakan di Eropah, malah didapati bahawa kebanyakkan sutera saring
diperdagangkan daripada negara timur.

Cetakan saring yang pertama dilindungi paten dalam England oleh


Samuel Simon pada tahun 1907. Ia asalnya digunakan untuk mencetak kertas
dinding yang mahal, mencetak di atas linen, sutera, dan juga fabrik-fabrik halus
yang lain. Pencetak atau pengkarya cetakan di barat biasanya bersifat
menyendiri, suka mempertahankan diri dan tidak suka menyebarkan rahsia
bengkel-bengkel, pengetahuan dan teknik-teknik pembuatan mereka. Pada
awal 1910s, pencetak-pencetak telah melakukan percubaan dengan
menggunakan bahan foto reaktif kimia dan menggunakan cahaya aktinik untuk
mengaktifkan untaian silang atau sifat-sifat kimia yang keras seperti kalium,
natrium ammonium Chromate. Selepas itu bahan ini dikromat dengan perekat
dan sebatian-sebatian gelatin. Pada masa itu, pengkarya-pengkarya seperti Roy
Beck, Charles Peter dan Edward Owens telah mula belajar dan mencuba
dengan chromik emulsi dan terpeka garam asid untuk stensil foto reaktif.
Akhir, mereka ketiga ini telah berjaya membuktikan, malah merevolusikan
perdagangan industri percetakan skrin dengan memperkenalkan foto industri
yang menggambarkan stensil. Walaupun penerimaan kaedah ini telah
mengambil masa yang lama. Namun, cetakan sutera saring perdagaangan kini
lebih tumpu kepada sensitiviti yang jauh lebih selamat dan kurang penggunaan
bahan kimia seperti toksik yang terhasil akibat bichromates.

Sejarah seni cetak di Malaysia

Pada awalnya, karya-karya seni cetak di Malaysia banyak menggunakan


teknik potongan kayu. Misalnya, karya yang bertemakan “ Awaiting” iaitu hasil
karya Tan Tee Chie dan “Pertunjukkan Boneka “ oleh Lim Mu Hue. Kebiasan
hasil karya mereka adalah mengambil idea iaitu subjek-subjek genre dan
kemasyarakatan seperti alam pekerjaan serta lanskap sebagai sumber idea.
Selepas itu, wujud pula seniman seperti Abdul Latif Mohidin dan Lee Joo For
dengan karya cetakan yang menggunakan teknik gurisan asid mujarad pada
pertengahan 1960-an. Kemudiaannya diikuti oleh pelukis-pelukis lain seperti
Seah Kim Joo dan T.K.Sabapathy menerusi karya yang menggunakan teknik
cetakan monotaip. Pada masa itu juga terdapat beberapa seniman yang
terkenal seperti Long Thien Shieh, Ibrahim Ismail, dan Lee Kian Seng. Pada
masa itu, seni cetak hanyak berperanan sebagai aktiviti sampingan dan karya
yang dihasilkan biasanya menggunakan tema yang sama dengan catan
pelukisnya. Tetapi keadaan tidak wujud lama dengan kehadiran pelukis yang
semakin ramai dalam membuat karya cetakan dan seni cetak semakin popular
selepas itu. Pada akhir dekad 1960-an dan awal 1970-an, seni cetak telah
diambil berat dengan kewujudan bidang pengajian khusus di Kajian Seni Lukis
dan Seni reka, ITM serta di Jabatan Ilmu Kemanusiaan, USM. Kenudiannya
diikuti oleh penubuhan Institusi lain seperti Institut Seni Lukis Malaysia.
Menerusi Institut-institut seni ini, maka lahirlah ramai seniman cetak Negara
seperti Ponirin Amin, Ismail Latiff, Mansor Ibrahim, Juhari Muhammad Said,
Bahaman Hashim, Awang Damit Ahmad dan Jamil Mat Isa.
Pada tahun 1970-an, seni cetak semakin mendapat sambutan dan
perhatian. Dengan ini, seni cetak ini telah dijadikan pertandingan seperti
pertandingan yang telah dianjurkan oleh Balai Seni Lukis Negara dan ESSO
pada tahun 1974. Pada masa itu, pemenang dalam pertandingan ini ialah Raja
Zahabuddin Raja Yaacob dengan karya cetakan serigraf yang berjudul “Luar
Dari yang Diketahui”. Selain aktiviti ini, pemeran-pameran seni cetak yang
melibatkan seni cetak dari luar Negara seperti Jepun, United Kingdom,
Perancis, dan Jerman turut diadakan di Negara ini, manakala penglibatan
pelukis tempatan dalam pameran-pameran di luar Negara juga diadakan pada
tahun 1991, Sejumlah karya seni cetak Negara yang impresif diperagakan di
Biannale Seni Asia Kelima di Bangladesh. Walaupun seni cetak potongan kayu
secara konvensional bergitu popular pada awal perkembangan, tetapi seni
cetak yang menggunakan cetakan ini semakin kurang popular apabila teknik
baru ditampilkan oleh pelukis tanah air seperti cetakan Komputer oleh Ismail
Zain “Kagemusha and The Wax-Resist Cape” pada tahun 1989.

Kesimpulannya, kegitan seni cetak tidak pernah terpisah dengan


kronologi sejarah dan perkembangan budaya dalam konteks Malaysia.
Daripada era perintis hingga ke era pluralis, para seniman seni cetak sentiasa
membuat interaksi dan membuat reaksi terhadap persekitaran mereka
termasuklah pengolahan stail universal estetika Islam serta pembentukan
dasar-dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Perkembangan sejarah cetakan saring

Perkembangan awal seni cetak kontemporari di negara ini boleh dirujuk


kepada kegiatan seni cetak potongan kayu oleh pelukis-pelukis Akedemi
Nanyang di Singapura pada akhir tahun 1940-an.Tidak seperti kegiatan seni
catan awal pada akhir tahun 1920-an yang tertumpu pada tema landskap alam
semula jadi yang romantis,karya seni cetak awal lebih banyak menggambarkan
suasana kehidupan seharian masyarakat,seperti kehidupan pekerja buruh
kasar,peniaga,dan kehidupan penduduk di kawasan setinggan dan kampung
Melayu.Hal ini ada kaitan dengan prinsip seni pelukis Nanyang,kecenderungan
media massa, dan pengaruh seni cetakan kayu Cina. Meskipun kecenderungan
merakamkan pemandangan tempatan menjadi trend umum pelukis-pelukis
nanyang sejak penubuhannya pada tahun 1938,terdapat sekumpulan pelukis
muda akademi itu pada akhir tahun 1940-an yang lebih berminat
menggambarkan tema kemasyarakatan.

Mereka terdiri daripada beberapa tenaga pengajar muda seperti Lim


Yew Kuan,Chuah Mia Tee,dan Tan Tee Chie.Mereka menganggap diri mereka
sebagai pelukis realis yang menekankan gambaran realiri kehidupan seharian
tanpa ciri-ciri romantik dan sentimental. Perkembangan tema dan gaya seni
lukis kontemporari Malaysia pascamerdeka banyak dipengaruhi oleh faktor
pendidikan.Pada dekad 1950-an,dua kumpulan pelukis yang penting telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur,iaitu Wednesday Art Group (1952) dan Angkatan
Pelukis Semenanjung (1956),Ketika negara belum mempunyai sekolah seni
lukis secara formal, kedua-dua kumpulan ini memainkan peranan besar dalam
mengembangkan seni lukis menerusi kelas-kelas lukisan yang dianjurkan.

Pada tahun 1954 program latihan guru seni lukis diperkenalkan di Institut
Perguruan Ilmu Khas untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam
mengendalikan mata pelajaran seni lukis di sekolah-sekolah.Kesedaran akan
pentingnya pendidikan seni serta kekurangan guru-guru terlatih
memungkinkan lebih ramai pelukis dihantar belajar ke luar negara bagi
mendalami bidang seni.Antara mereka ialah Tay Hooi Keat,Syed Ahmad
Jamal,Abdul Latiff Mohidin,Lee Joo For,Yeoh Jin Leng,Ismail Zain,dan Ibrahim
Hussein.Pada dekad 1960-an lebih banyak pelukis menuntut di luar
negara,seperti Redza Piyadasa,Sulaiman Esa,Joseph Tan,Long Thien Shih,Loh
Foo Sang,Hashim Hassan,dan Ahmad Khalid Yusof. Lee Joo For dan Abdul Latiff
Mohidin adalah antara pelukis negara yang aktif menghasilkan karya seni cetak
pada dekad 1960-an.Meskipun begitu,seni cetak umumnya masih bersifat
sampingan kerana kerja kreatif utama pelukis Malaysia ketika itu ialah
catan.Menerusi cetakan gurisan asid dan potongan lino,Lee Joo For
menggabungkanjalinkan imejan-imejan kepelbagaian budaya yang dipinjam
daripada kesenian dan tradisi Jepun,India,dan malahan daripada karya-karya
pelukis moden seperti Matisse,Picasso,dan kubisme.

Meskipun kegiatan seni cetak masih bersifat pinggiran,terdapat juga


beberapa pameran khusus mengenainya di Kuala Lumpur pada sekitaran dekad
1960-an itu.Antaranya pameran seni cetak potongan kayu Akedemi Nanyang
(1966) dan pameran gurisan asid pelukis Atelier 17 Paris di Galeri Samat (1968)
Pameran-pameran seumpama ini telah mendedahkan khayalak,terutamanya
guru-guru dan murid-murid sekolah akan keunikan seni cetak,justeru telah
mempopularkan bidang seni cetak potongan lino di sekolah-sekolah.Edward
Pragasam adalah antara guru seni cetak yang gigih mendidik pelajar-pelajarnya
seni cetakan lino di Sekolah Menengah Baki Johor Bahru pada sekitar 1970-an.

Menjelang akhir tahun 1960-an,lebih banyak pelukis tempatan


melanjutkan pengajian di luar negara.Antara mereka yang turut menyumbang
ke arah perkembangan gaya dan tema seni cetak di negara ini ialah Sulaiman
Esa,Long Thien Shih,Loo Foh Sang,dan Ahmad Khalid Yusof.Long Thien Shih,Loo
Foh Sang,dan Abdul Latiff Mohidin mengikuti pengajian seni cetak di Atelier
17,Paris,pada akhir dekad 1960-an. Ahmad Khalid Yusof yang menuntut di
Wichester School of Art di England (1965-69) banyak menghasilkan karya seni
cetak sutera saring pada tahun 1970-an,begitu juga dengan Lee Kian Seng yang
belajar seni cetak di Institut Seni Cetak Tokyo,Universiti Seni Halus
Jepun.Sumbangan para pelukis ini dalam perkembangan gaya dan tema seni
cetak Malaysia begitu menyerlah mulai tahun 1970-an. Long Thien Shih dalam
tulisannya menyebut bahawa pada akhir tahun 1960-an,karya seni cetak terus
terpinggir oleh kepopularan seni catan abstrak dan seni catan bukan
objektif.Seni cetak yang berukuran kecil tidak dapat bersaing dengan karya
catan yang besar.

Dalam keadaan seni cetak terus terhimpit,kegigihan beberapa


pengkarnya untuk terus mengetengahkan seni cetak telah memastikan ia tidak
terus terkubur.Dalam konteks ini,penglibatan para lulusan Atelier
17,Paris,seperti Long Thien Shih,Loo Foh Sang,Abdul Latiff Mohidin,dan
Sulaiman Esa,serta karyawan-karyawan lain seperti Lee Joo For,Ahmad Khalid
Yusof,dan Lee Kian Seng amat penting dalam meneruskan tradisi seni cetak
kontemporari di negara ini. Pada tahun 1970 seni cetak menerima nafas baru
apabila ditawarkan sebagai satu bidang pengkhususan di samping catan dan
arca dalam program diploma seni halus di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka
(KSSR),Institut Teknologi MARA (ITM).Antara tenaga pengajar ketika itu ialah
Abdul Latiff Mohidin,Sulaiman Esa,Lee Kian Seng,dan Kok Yew Phuah.

Penawaran seni cetak sebagai satu bidang pengkhususan dalam program


seni halus di KSSR,ITM telah berjaya menghasilkan banyak pengkarya seni
cetak yang utama di negara ini seperti Ponirin Amin,Mansor Ibrahim,Ismail
Latiff,Juhari Said,Awang Damit Ahmad,Rahime Harun,Bahaman Hashim,dan
Mohd Jamil Mat Isa. Sistem kurikulum yang membolehkan pelajar memilih
bidang pengkhususan major dan minor daripada cabang-cabang seni
catan,arca dan cetakan telah memungkinkan pelajar-pelajar di institusi itu
terdedah kepada seni cetak.Hasilnya,mereka kenal dan mampu menghasilkan
karya seni cetak,kalaupun tidak menjadikannya sebagai ,edium ekspresi estetik
yang utama.

Ada antara lulusan seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar
negara dalam bidang seni cetak itu yang melanjutkan pengajian di luar negara
dalam bidang seni cetak dan kembali sebagai tenaga pengajar,misalnya Ponirin
Amin (West Surrey School of Art and Design,Manchester Polytechnic UK),Abdul
Mansor Ibrahim (Atelier 17,Paris),Bahaman Hashim (School of Art
Institute,Chicago),dan Mohd. Jamil Mat Isa (University of Central England).
Juhari Said pula menerima anugerah penyelidikan daripada Kerajaan Perancis
untuk mengikuti pengajian seni cetak di Paris pada tahun 1993 dan anugerah
daripada Japan Foundation untuk mengikuti pengajian seni cetak tersohor
Jepun Yoshisuke Funasaka.Dalam barisan nama pelukis tanah air,Juhari Said
muncul sebaga salah seorang pengkarya seni cetak sepenuh masa yang paling
profilik,gigih,konsisten dan berjaya.
Selain penawaran seni cetak sebagai bidang pengkhususan program seni
halus di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan,suasana sihat seni cetak
pada dekad 1970-an turut tercermin menerusi panganjuran pameran dan
pertandingan seni cetak oleh Balai Seni Lukis Negara.Lee Kian Seng memenangi
hadiah utama menerusi karya of Image Object,Illusion off Series Mechanism
dalam Pertandingan Terbuka Seni Lukis dan Cetakan Grafik 1971 anjuran ESSO
dan dikelolakan oleh Balai Seni Lukis Negara.Pameran Terbuka dan
Pertandingan Seni Cetak Kebangsaan pada tahun 1974 yang bertujuan
menghidupkan minat terhadap seni grafik di negara ini menerima 196 karya
daripada 41 peserta.Karya serigrafi Raja Zahabuddin Raja Yaacob yang berjudul
Luar dari yang Tidak Diketahui memenangi hadiah utama.Dalam Salon
Malaysia 1978/79,karya Ponirin Amin berjudul Di Atas Pentasmu Nan Sepi dan
karya Ismail Latiff Lembah Binaan memenangi anugerah Frank Sullivan. Tema
dan gaya seni cetak tidak terpisah daripada isu-isu berkaitan kebudayaan dan
kesenian setempat,terutamanya dalam persoalan mencari identiti.Setelah gaya
seni abstrak Barat mendominasi seni lukis dekad 1960-an,para pelukis
berusaha mencari pengucapan seni yang baru bersesuaian dengan rupa dan
jiwa setempat,di samping mempersoalkan gaya sedia ada.

Justeru,muncul kumpulan pelukis yang berusaha mencari gaya estetik


alternatif menerusi pameran-pameran seperti The New Scene
(1969),Experiment ' 70 (1970),dan Dokumentasi ' 72 (1972).Pelukis-pelukis
yang terlibat dalam pameran-pameran ini ialah Redza Piyadasa,Sulaiman
Esa,Tan Teong Eng,Tan Teong Kooi,Tang Tuck Kan,dan Choong Kam Kow.
Contoh karya Cetakan Sutera Saring

AzianTahir, 'Melaysia: Terpersoana Ke Mana Jua',


Silk Screen and Stanceling
24" x 36"

Ahmad Khalid Yusof 1971

Chris Speakman silver metallic, red and black ink.

17” x 21” 1940' "propaganda style screen-prints


John Scout “Zappamade” 15"x20" 2011
Kritikan Karya Cetakan Barat.

Tema : Blue/ Red

Tahun : 1983

Saiz : 23 x 23inc (58.5 x 58.5cm)

Pengkarya : Victor Vasarely

Edisi : 267

Karya ini menunjukkan sebuah hasil seni yang hanyak menggunakan


rupa geometri iaitu rupa bulatan sahaja dalam membentuk sebuah hasil seni
yang dinamakan sebagai blue and red. Karya ini terdapat pelbagai saiz bulatan,
ada yang besar, ada yang leper, ada yang kecil dan titik-titik bulatan. Pengkarya
ini pandai menyusun rupa bulatan iaitu daripada bulatan-bulatan yang
pelbagai disambung dan dibentukkan sehingga menjadi satu bulatan yang
besar. Bulatan yang dihasilkan seumpama dalam bentuk yang bergerak atau
dikenali sebagai ilusi pergerakan. Tambahan pula, karya ini menjadi lebih unik
dan bertenaga dengan adanya kombinasi warna merah dan biru. Kedua-dua
warna ini memberi kesan kontra, hak ini kerana kedua-dua warna ini
melambangkan suhu warna yang berbeza yakni warna sejuk dan warna panas.
Selain itu, kebijaksanaan pengkarya mengaplikasikan bentuk yang sama dan
disusun dengan teratur juga dapat menimbulkan kesan harmoni dalam karya
ini.
Karya ini hendak menyampaikan mesej iaitu penyusunan kombinasi
warna dan rupa amat penting untuk menentukan kejayaan seorang seniman,
seseorang perngkarya tidak semestinya melukis padat dan banyak objek dalam
satu karya sahaja, tetapi pengkarya hendaklah tahu mengaplikasikan unsur
seni dan prinsip rekaan dalam sesebuah hasil seni. Kebijaksanaan pengkarya ini
yang menggunakan rupa segi bulatan dan dikombinasikan dengan warna sejuk
dan warna panas telah berjaya menyampaikan mesejnya. Keperihatinan dan
ketelitian pengkarya ini telah berjaya menghasilkan suatu karya yang istimewa
dan sudah memikat hati saya untuk menghasilkannya.

Tema : Queen Margrethe II of Denmark

Tahun : 1985

Saiz : 39.4 x 31.5 in (100 x 80 cm)

Pengkarya : Andy Warhol

Harga : $168,000

Karya ini merupakan edisi ke-4. Karya ini hanya menggunakan campuran
4 warna iaitu merah muda, teal, ungu dan putih. Karya ini menunjukkan Ratu
Margrethe II of Denmark. Karya ini memaparkan komposisi bentuk Ratu yang
sama. Perbezaan antara keempat-empat hanyaklah dari segi warna sahaja.
Analisis pula, karya ini terdapat banyak unsur garisan terutama di bahagian
rambut dan rantai. Kombinasi warna keempat-empat wajah Ratu itu dapat
memperlihatkan kehebatan dan ketelitian pengkarya. Pengkarya menggunakan
warna kontra untuk menimbulkan wajah Ratu. Karya ini juga mempunyai unsur
keseimbangan bersimetri, yakni karya ini sama dan seimbang serta berat
sebelah.

Interpretasi pula, disebabkan pengkarya ini terkenal dengan aliran pop


art dan beliau suka merakamkan watak-watak yang popular, maka
kemungkinan karya ini hendak menunjukkan kewibawaan Ratu yang amat
popular pada masa itu, pengkarya ini mungkin mengagumi dan hormat Ratu
ini. Kesimpulannya, pengkarya ini dapat menyampaikan mesej iaitu kehebatan
tokoh dan popularity Ratu di Denmark itu.
Kritikan Karya Cetakan Tempatan.

Tema : Brobak Birds Competition

Tahun : 1966

Pengkarya : Tan Tee Chie

Size : 48 x 63 cm

Tan Tee Chie merupakan seniman cetakan yang popular sejak


permulaannya seni cetak di Malaysia. Misalnya karya cetakan di atas yang
bertemakan “Brobak Birds Competition” iaitu Pertandingan burung-burung
Brobak. Karya ini adalah berdasarkan tema kebudayaan dan suasana
pertandingan burung-burung brobak di sesebuah kampung. Karya ini terdapat
ramai peminat burung brobak yang sedang menyaksi pertandingannya,
terdapat juga banyak burung brobak serta tiang-tiangnya.

Karya ini terdapat pelbagai jenis garisan iaitu garisan nipis, tebal, titik,
melengkung, dan melintang. Kesemua garisan ini dapat memberi kesan ilusi
dalam ruang yang terbuka dan dapat menimbulkan bentuk. Selain itu, unsur
perspektif satu titik lenyap juga dapat dilihat menerusi karya ini, yakni objek
yang berada di bahagian depan iaitu penonton dan juga peserta kelihatan lebih
besar, manakala objek yang berjauhan kelihatan lebih kecil. Di samping itu,
karya ini juga dipengaruhi dengan aliran Romantisme, yakni terdapat sepohon
pokok yang kelihatan besar sedangkan objek yang berdekatan kelihatan kecil
sahaja dan ini sekali gus terdapat unsur kontra dalam karyanya. Dari segi
interpretasi pula, seniman ini hendak menyampaikan keadaan atau suasana
pertandingan burung-burung Brobak di sesebuah kampung, seniman ini juga
menghasilkan karya yang bersifat dekoratif sehingga ia dapat menunjukkan
keharmonian hidup dan keunikan alam sekitar yang terdapat di kampung.
Selain itu, seniman juga hendak menyampaikan mesej bahawa masyarakat di
kampung itu minat membela burung brobak sehingga ia dapat menjadi satu
aktiviti kampung serta menjadikannya sebagai satu pekerjaannya.

Dari segi pertimbangannya, formalism yang wujud berasaskan


kemeriahan pertandingan yang turut dihadiri dengan ramai penonton dan
suasana harmoni yang terdapat di kampung. Oleh itu, seniman ini memang
berjaya menyampaikan mesej.

Tema : Kedai Makan, Nescafe, Petronas dan Camel

Tahun : 2009

Saiz : 24” x 35”

Pengkarya : Azian Tahir

Karya ini menunjukkan sebuah kedai makan yang bertingkat dua. Di


samping dari segi visual imej, karya ini juga terdapat banyak tulisan iaitu Kedai
makan, Nescafe, Petronas, dan Camel yang merupakan tema karya ini. Dari
segi analisis pula, karya ini agak seimbang di mana pengkarya menggunakan
ruang dengan efektif dan tidak berat sebelah. Karya ini terdapat pelbagai
warna iaitu terdapat warna kontra diantara bangunan yang berwarna hitam
dengan latar belakang yang berwarna putih dan juga warna harmoni di antara
tulisan. Selain itu, karya ini juga terdapat unsur penegasan di mana pengkarya
mengutamakan atau menegaskan tulisan berbanding dengan latar belakang
iaitu bangunan kedai.

Dari segi Interpretasi pula, karya ini hendak memperkenalkan kedai


makan yang bernama Nescafe, Petronas, dan Camel. Kemungkinan karya ini
terdapat banyak warna adalah disebabkan pengkarya hendaklah menunjukkan
kedai makan ini terdapat banyak makanan yang enak dan minuman yang sedap
seperti Nescafe.

Pertimbangan pula, karya cetakan sutera saring ini dapat menyampaikan


idea pengkaya, tetapi penggunaan warna atau kombinasi warna yang
digunakan oleh pengkarya adalah tidak sesuai terutama dalam tulisan kedai
makan, sekira tidak diperhatikan dengan betul, tulisan ini seumpama tidak
wujud.
Tema : Sawah Ring

Tahun : 1978

Saiz : 103.5 x 86 cm

Pengkarya : Ismail Latiff

Ismail Latiff merupakan seniman yang amat popular di Malaysia, karya


cetakan sutera saring beliau yang bertemakan Sawah Ring iaitu karya di atas
merupakan karya cetakan yang dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada
tahun 2008.

Karya ini merupakan karya jenis aliran Ekspressionisme. Dominasi warna


yang digunakan dalam karya ini ialah warna hijau dan kuning. Kombinasi warna
ini telah menimbulkan kesan harmoni dalam karya ini. Karya ini seolah-olah
merupakan gabungan dua bentuk iaitu segi empat dengan bulatan. Selain itu,
karya ini juga terdapat unsur pencahayaan di mana bahagian kiri adalah lebih
cerah berbanding dengan kanan yang lebih gelap. Unsur perspektif juga dapat
dikesan melalui bulatan dan juga garisan. Objek yang semakin dekat lebih
besar berbanding dengan objek yang berjauhan.
Interpretasinya, pengkarya hendak membawa mesej bahawa musim
padi sudah sampai, musim ini amat berharga dan penting kepada tuannya.
Kepentingan ini seperti Ring yang harganya sangat bernilai dan tinggi.
Kesimpulannya, pengkarya ini memang berjaya menyampaikan mesej
walaupun sukar untuk menginterpretasikannya.

Anda mungkin juga menyukai