Anda di halaman 1dari 8

PINTAR MENJAWAB KBAT

MENGGUNAKAN “TEKNIK AMBCI”

APAKAH ITU KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)?


Semua sedia maklum KBAT membawa pengertian keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT merupakan elemen yang mesti diterapkan dalam PdPC agar murid yang belajar dapat
membina tahap pemikiran yang baik. Dengan proses ini murid dapat membina kemahiran
untuk keperluan kerjaya Abad ke-21.

6 KEMAHIRAN BERFIKIR YANG PERLU DIKUASAI MURID

KREATIF

KRITIS

MENAAKUL

MENYELESAI MASALAH

BERINOVASI

MEMBUAT KEPUTUSAN

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (Lori Anderson, 1990) – Taksonomi Semakan

MENCIPTA

MENILAI

MENGANALISIS

MENGAPLIKASI

MEMAHAMI

MENGINGAT

1
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
KONSEP ITEM KBAT
Pelajar harus faham mengenai konsep KBAT iaitu;

INGAT
Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferen
dan penaakulan kritikal.

Mempelbagaikan penggunaan kata tugas untuk menguji pelbagai aras


pemikiran kognitif.

Berdasarkan konteks baharu yang bukan lazim tetapi berdasarkan situasi


sebenar dalam kehidupan harian.

Mengunakan item yang tidak berulang dan sentiasa berubah-ubah.

Contoh Kata Tugas Yang Biasa Diguna Berdasarkan Taksonomi Anderson, 1990
PEMIKIRAN PENERANGAN KATA TUGAS
Mengingat semula maklumat, mengenal, Senarikan, Namakan,
MENGINGAT menyenaraikan, mencirikan, Cirikan, Labelkan, Tuliskan,
menamakan, melabelkan Nyatakan
Menerangkan idea dan konsep, Interprestasikan, Gariskan,
MEMAHAMI interpretasi, meringkaskan, parafrasa, Bincangkan, Terjemahkan,
mengkelaskan, menerangkan Gambarkan, Terangkan
Menggunakan maklumat dalam situasi Tunjukkan, Binakan,
MENGAPLIKASI serupa, melaksana, mengira, Lengkapkan, Rangkakan.
menggunakan formula Klasifikasikan, Hubungkait
Mencerakin maklumat bg meneroka
Analisis, Bezakan,
kefahaman dan hubungan,
MENGANALISA Bandingkan, Kategorikan,
membanding, mengurus, menyoal siasat,
Anjurkan
mencari maklumat
Justifikasi keputusan atau tindakan, Bahaskan, Putuskan,
menyemak, membuta hipotesis, Sahkan, Hujahkan, Syorkan,
MENILAI
mengkritik, membuat eksperimen dan Nilaikan, Bincangkan,
menilai Tentukan
Menjana idea baru, produk atau Ciptakan, Ramalkan,
persepsi terhadap sesuatu, merekacipta, Rancang, Kembangkan,
MENCIPTA
membina, merancang, menghasilkan, Imaginasikan, Janakan,
mencipta Rekakan, Usulkan

2
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
TEKNIK AMBCI
Apakah yang anda faham tentang Teknik “AMBCI”?

Teknik “AMBCI” merupakan satu teknik yang membantu pelajar untuk menjawab soalan
KBAT dengan mudah, teratur dan terancang di samping kualiti penulisan pelajar. Pelajar
boleh mengingat teknik ini dengan frasa “Aku Mahu Berikan Cinta Itu”. Teknik ini memenuhi
keperluan pelajar untuk menyatakan Isi (Fakta Utama) disusuli dengan Huraian (H) serta
Huraian Lanjutan (HL) beserta Contoh (C) dan Inferens (I).

Penulisan esei/jawapan yang mantap haruslah berdasarkan rangka di bawah;

HURAIAN
FAKTA HURAIAN CONTOH INFERENS
LANJUTAN

Atau;

FAKTA HURAIAN CONTOH INFERENS

Dalam Kertas 2 dan Kertas 3 (KBSM) tahun-tahun lepas, tidak dinafikan bahawa, kelemahan
pelajar adalah:
• Tidak mampu menghuraikan isi dengan baik.
• Huraian yang diberi tidak mempunyai kaitan dengan isi/fakata yang
dikemukakan.
• Tidak menyatakan contoh yang tepat dengan isi/fakta yang diberi.
• Tiada inferens di pengakhiran jawapan (Pemarkahan rubrik – pelajar tidak
layak mendapat markah penuh sekiranya tiada inferens)
• Tidak dapat mengenalpasti kata kunci dan kehendak soalan dengan tepat.

Di sini, cikgu akan kongsikan cara untuk menjawab soalan KBAT yang berfokus
kepada Peringkat Menilai dan Mencipta untuk membantu pelajar menghasilkan jawapan
yang berkualiti, teratur dan terancang dengan mudah.

3
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
BAGAIMANA MENGGUNAKAN
TEKNIK AMBCI
Apa yang pelajar perlu faham ialah, aspek yang terdapat dalam Teknik AMBCI ini terlebih
dahulu.
ASPEK KETERANGAN
A Apa yang hendak dijadikan isi utama/fakta. FAKTA
M Mengapa (A) perlu dilaksanakan/tujuan HURAIAN
B Bagaimana hendak melaksanakan (A) HURAIAN LANJUTAN
C Contoh berkaitan (A) CONTOH
I Inferens/Ulas semula (A) iaitu kesimpulan awal yang
menggunakan pemerhatian terhadap (A). Gunakan INFERENS
kata seperti Jelaslah/Tidak dinafikan/Ternyata dsb.

CONTOH SOALAN;
Melaka terkenal sebagai sebuah negeri yang mempunyai pelabuhan yang unggul suatu
ketika dahulu. Bincangkan tindakan pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
sebuah kerajaan Maritim yang unggul? (5 markah)
ASPEK KETERANGAN
Apa tindakan pemimpin?
A Menyediakan kemudahan yang lengkap di pelabuhan.
Mengapa perlu menyediakan (A) – kemudahan lengkap)?
M Untuk memudahkan para pedagang luar yang berlabuh di pelabuhan negara
utama negara kita
Bagaimana (A) dilaksanakan?
B Kerajaan menyediakan kemudahan yang berdekatan atau di kawasan sekitar
pelabuhan
Contoh kemudahan dalam (A)
C Kemudahan membaiki kapal, kemudahan pertukaran wang asing, kaunter
pembayaran cukai dan sebagainya
Inferens – pemerhatian/kesimpulan awal tentang (A)
I
Dapat menarik ramai pedagang dari luar

Antara tindakan pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah


kerajaan maritim yang unggul adalah dengan menyediakan kemudahan yang lengkap di
pelabuhan. Kemudahan ini bertujuan untuk memudahkan para pedagang yang berlabuh.
Kerajaan harus menyediakan kemudahan ini sama ada di dalam kawasan pelabuhan atau di
kawasan yang berdekatan dengan pelabuhan. Contohnya, menyediakan tempat membaiki
kapal, kaunter pertukaran wang asing dan pembayaran cukai. Jelaslah tindakan ini harus
dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pedagang dari luar negara.

4
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
PENILAIAN TERHADAP
TEKNIK AMBCI
Antara tindakan pemimpin negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan maritim
FAKTA (1m)
yang unggul adalah dengan menyediakan kemudahan yang
lengkap di pelabuhan. Kemudahan ini bertujuan untuk
HURAIAN (1m)
memudahkan para pedagang yang berlabuh. Kerajaan
harus menyediakan kemudahan ini sama ada di dalam HURAIAN
kawasan pelabuhan atau di kawasan yang berdekatan LANJUTAN (1m)

dengan pelabuhan. Contohnya, menyediakan tempat


CONTOH (1m)
membaiki kapal, kaunter pertukaran wang asing dan
pembayaran cukai. Jelaslah tindakan ini harus
INFERENS (1m)
dilaksanakan untuk menarik lebih ramai pedagang dari
luar negara.

ULASAN
Jadi, dengan menggunakan teknik ini, pelajar berupaya dapat markah maksimum. Dalam
jawapan pelajar ada aspek yang perlu dalam sebuah jawapan iaitu;
• Fakta
• Huraian
• Huraian Lanjutan
• Contoh
• Inferens
Jawapan pelajar kelihatan lebih tersusun, sistematik dan padat.

p/s Walau bagaimanapun, pelajar boleh membuang aspek (B) yang merujuk Huraian
Lanjutan bergantung kepada markah yang telah diperuntukkan dalam peperiksaan.

5
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
CONTOH LENGKAP
TEKNIK AMBCI
CONTOH SOALAN

Pecerobohan negara yang berlaku di negara luar membuktikan bahawa kedaulatan sesebuah
negara harus dijaga. Pencerobohan negara lain terhadap negara lain masih berlaku sehingga
hari ini. Bahaskan. (8 markah)
Tips : Pelajar harus tahu bahawa kehendak soalan ini ialah mengenai pencerobohan negara
yang masih berlaku sehinga hari ini. Kata tugas soalan ini ialah “Bahaskan” meminta pelajar
memberi hujah (sebab) berlakunya pencerobohan dan bukti.
ASPEK KETERANGAN
Apa yang menyebabkan berlakunya pencerobohan?
A Menunjukkan kekuasaan
Mengapa (A) dilakukan?
M Untuk membuktikan kekuatan ke atas negara diceroboh dan tidak boleh
ditentang
Bagaimana (A) dilaksanakan?
B Menyerang sempadan, mengawal perairan dan juga ruang negara yang
diceroboh
Contoh pencerobohan (A)
C Pencerobohan Amerika ke atas Kemboja, menunjukkan kekuasaan mereka dan
mesti ikut telunjuk mereka
Inferens – pemerhatian/kesimpulan awal tentang (A)
I
Menjejaskan kedaulatan negara yang diceroboh

ASPEK KETERANGAN
Apa yang menyebabkan berlakunya pencerobohan 2?
A Ego dan kuasa negara penceroboh
Mengapa (A) dilakukan)?
M Tidak mematuhi peraturan hak asasi manusia dan melakukan penindasan
terhadap negara diceroboh
Bagaimana (A) dilaksanakan?
B Negara penceroboh menggunakan haknya tanpa mempedulikan peraturan
antarabangsa yang digariskan oleh PBB
Contoh pencerobohan (A)
C Pencerobohan Isarel ke atas Palestine berlarutan sehingga sekarang tanpa
menghiraukan Piagam PBB
Inferens – pemerhatian/kesimpulan awal tentang (A)
I
Mengancam keselamatan rakyat

6
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021
JAWAPAN LENGKAP
TEKNIK AMBCI
Tidak dinafikan bahawa pencerobohan negara lain
ke atas sesebuah negara lain masih berlaku pada hari ini
kerana berpunca daripada sikap negara penceroboh yang
FAKTA (1m)
ingin menunjukkan kekuasaan mereka. Mereka
menceroboh negara lain kerana ingin membuktikan HURAIAN (1m)
kekuatan mereka ke atas negara diceroboh dan tidak boleh
HURAIAN
ditentang. Negara ini akan menyerang sempadan negara,
LANJUTAN (1m)
mengawal perairan dan ruang negara yang diceroboh.
Misalnya, pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Kemboja CONTOH (1m)

menunjukkan kekuasaan mereka dan mesti megikut


telunjuk mereka. Ini jelas membuktikan bahawa INFERENS (1m)
pencerobohan ini menjejaskan kedaulatan negara yang
diceroboh.

Selain itu, pencerobohan terhadap negara lain juga FAKTA (1m)


berlaku kerana ego dan kuasa yang dimiliki oleh negara
HURAIAN (1m)
penceroboh. Mereka tidak mematuhi peraturan hak asasi
manusia dan melakukan penindasan terhadap negara yang HURAIAN
diceroboh. Negara ini menggunakan hak mereka tanpa LANJUTAN (1m)

mempedulikan peraturan antarabangsa seperti yang


digariskan oleh Majlis Keselamatan (PBB). Sebagai contoh, CONTOH (1m)
pencerobohan Israel ke atas Palestine terus berlaku
sehingga membawa banyak kemusnahan dan kematian.
Jelas disini, pencerobohan negara akan menyebabkan
INFERENS (1m)
timbulnya ancaman keselamatan rakyat yang diceroboh.

7
CIKGU LUCAS/SMKPAKAN/SEJARAHKSSM/KBAT/2021

Anda mungkin juga menyukai