Anda di halaman 1dari 4

Keropok lekor

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Kerepok lekor yang baru direbus.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur
Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi
ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan
dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali,
sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang
kaya dengan iodin semulajadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sabaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang
pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan
lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat air batu bagi
mengelakkan baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan
direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa
tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali
lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung
kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah
sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia
sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok
lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-
kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan
menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan
dengan sos cili.
Isi kandungan
[sorok]

 1 Gambar
 2 Resipi
o 2.1 Bahan-bahan
o 2.2 Cara penyediaan
 3 Pautan luar

[sunting] Gambar

Kerepok lekor yang telah dipotong- Kerepok lekor yang telah dipotong-potong dan dicelup
potong dan digoreng. tepung sebelum digoreng.

[sunting] Resipi
[sunting] Bahan-bahan

1. 1 kg ikan Parang/Kembong
2. 500 g tepung sagu/ tepung kanji kurang sedap.
3. garam secukupnya
4. 125 ml air
5. sedikit ketulan air batu

[sunting] Cara penyediaan

Ambil isi ikan, buangkan tulangnya. Tumbuk atau cincang halus isi ikan sambil dibubuh garam.
Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini. Kemudian bubuh tepung sagu dan air
secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal. Celup jari dalam tepung sagu dan bentukkan
doh menjadi seperti silinder. Jerang air hingga mendidih dan rebus keropok. Bila keropok timbul,
angkat dan sejatkan di dalam penapis.

Keropok yang telah direbus boleh dimakan segera dengan dicicah cuka kerepok (sos lada).
Sedikit 'serbuk perasa' atau juga dikenali MSG boleh ditambah bagi menyedapkan lagi.

[sunting] Pautan luar


 Jabatan Perikanan Malaysia - KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor"


Kategori: Masakan Malaysia

Pandangan

 Rencana
 Perbincangan
 Sunting
 ▲
 Sejarah

Alatan peribadi

 Cuba Beta
 Log masuk / buka akaun

Pandu arah

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak

Perhubungan

 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi

Cetak/eksport

 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak

Gelintar

Khas:Gelintar Pergi Cari

Alatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Laman khas
 Pautan kekal
 Petik laman ini

 Laman ini diubah buat kali terakhir pada 14:42, 2 Februari 2010.
 Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License; syarat
tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk perincian.
 Dasar privasi
 Perihal Wikipedia
 Penafian

Anda mungkin juga menyukai