Anda di halaman 1dari 25

SALAHKAH PAS MENGGUNAKAN PILIHANRAYA SEBAGAI WASILAH

KEMENANGAN ISLAM?

23 julai 2006 merupakan antara tarikh bersejarah bagi PAS Kawasan


Subang, ini kerana, pada hari ini, kami berjaya mengadakan program
penerangan IT berkenaan dengan taktik pilihanraya yang dianjurkan
oleh Unit IT JPrK, PAS kawasan Subang yang diketuai oleh Haji Rushdi.

Pembentang yang pertama adalah Haji Rushdi sendiri, pembentangan


yang dilakukan oleh beliau banyak memberi kefahaman kepada kami
berkenaan system pilihanraya yang diamalkan di Malaysia.

Dari pembentangan tersebut, kami mengenali apakah yang dinamakan


sebagai DUN, UPU, JPrK dan sebagainya.

Pembentangan kedua pula dibentang oleh saudara Yusni yang


merupakan ketua Lajnah IT Dewan Pemuda Subang yang membentang
tentang kelebihan, kepentingan dan cara-cara dalam mengendalikan IT
dalam pilihanraya yang akan datang.

Sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang, penulis


mengucapkan Tahniah dan ribuan terima kasih kepada kedua-dua
pembentang atas kesungguhan menyediakan kertas kerja dari
pembentangan tersebut, yang pada pandangan ana, ianya bukan
sesuatu kerja yang mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, ditengah pembentangan yang menarik itu,


terlintas di pemikiran penulis tentang usaha dakyah yang telah
dilakukan oleh kelompok gerakan yang menggelarkan diri mereka
sebagai “hizb at-tahrir”. Golongan ini telah menfatwakan bahawa
pilihanraya adalah sesuatu amalan yang salah disisi Islam dan mereka
mendakwa bahawa pilihanraya adalah suatu amalan yang tidak
sepatutnya diamalkan bagi mendaulatkan Islam di muka bumi,
khususnya di Malaysia.

Kelahiran kelompok Hizb at-tahrir adalah satu kelahiran golongan


manusia yang boleh disifatkan sebagai “pengacau” dalam usaha
memahamkan manusia akan kepentingan mendaulatkan hukum Islam
di muka bumi ini.

Begitujuga, disifatkan juga sebagai fikrah “pengacau” dengan kehadiran


fikrah yang dinamakan sebagai “Ummah Centric” yang di popularkan
oleh Mazlee Malik, yang kononnya berasal dari fikrah JIM yang berada di
Malaysia ini.

Walaubagaimanapun, kelahiran kelompok-kelompok dan fikrah-fikrah


sebegini, pada pandangan ana adalah sesuatu yang selayaknya
disifatkan sebagai “pelambat” kearah kemenangan perjuangan Islam
yang didokong selama ini.

APAKAH PILIHANRAYA ADALAH SESUATU YANG SALAH DISISI


SYARAK

Ramai dari pelajar-pelajar Universiti Tempatan telah terpengaruh


dengan agenda-agenda yang dilakukan oleh kelompok-kelompok dan
fikrah-fikrah pengacau ini. Yang amat menyedihkan lagi, golongan yang
terpengaruh tersebut adalah golongan pimpinan-pimpinan mahasiswa
yang asalnya berfikrah PAS dan akhirnya telah rebah dan tunduk,
terpengaruh dengan mereka.
Setelah diperhatikan dan di selidiki mengikut pandangan kasar, penulis
mendapat kesimpulan bahawa, puncanya adalah kelemahan kefahaman
pimpinan-pimpinan mahasiswa tersebut dalam memahami konsep dan
perinsip dalam perjuangan PAS itu sendiri.

Kelemahan ini, pada pandangan ana, perlu disalahkan kepada diri


pimpinan mahasiswa tersebut dan yang paling wajib disalahkan adalah
kepada diri pimpinan-pimpinan PAS yang menjaga mahasiswa-
mahasiswa tersebut.

Pengisian yang dilakukan, sekadar memberi semangat perjuangan,


tanpa memberi kefahaman secara ilmiyyah berdasarkan ulasan-ulasan
dan hujjah-hujjah yang diiktiraf oleh Syarak.

Antara agenda-agenda yang diusahakan oleh golongan ini, adalah


mengatakan bahawa pilihanraya adalah sesuatu yang tidak Syarii dan
ianya merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Pemikiran ini sudah merebak begitu hebatnya di timur tengah dan di


benua India.

Semasa penulis masih belajar di Pakistan, penulis pernah berjumpa


dengan satu kelompok gerakan yang menggelarkan diri mereka dengan
“kelompok ghuraba” yang telah mengharamkan pilihanraya dan
menganggap ianya sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Begitujuga, semasa belajar di Mesir, ana berjumpa dengan kelompok


manusia yang menggelarkan diri mereka dengan “ansar as-sunnah”
yang berperinsip dan berpendirian seperti “kelompok ghuraba’” ini juga.
Bagi memastikan kebenaran dakwaan mereka dengan tindakan yang
diamalkan oleh PAS selama ini dalam menjadikan pilihanraya sebagai
Wasilah perjuangan Islam, maka marilah kita melihat ulasan penulis
berkenaannya seperti berikut;

BAHAGIAN PERTAMA : HUJJAH-HUJJAH KEHARUSAN


MENGGUNAKAN PILIHANRAYA

1. PILIHANRAYA ADALAH SALAH SATU CARA MEMBERI


NASIHAT

Pilihanraya adalah satu jenis daripada penyaksian(‫) الش هادة‬, wajib bagi
setiap muslim melaksanakannya dengan sebaik-baik perlaksanaan.

Dalam hal ini, Dr Yusuf Al-Qardawi pernah berkata;

Sesungguhnya islam menetapkan bahawa sistem Syura adalah salah


satu kaedah dari kaedah-kaedah kehidupan yang di kehendaki oleh
Islam. Wajib kepada pemerintah melaksanakannya, di samping
mewajibkan kepada rakyatnya bersikap suka nasihat menasihati sesama
mereka, sehinggakan nasihat itu menjadi cara hidup keseluruhannya.

Sabda Rasulullah s.a.w ;

‫الدين النصيحة‬
Maksudnya;
”Agama (cara hidup) ialah nasihat"

Di antara perkara yang mesti di serapkan oleh pemimpin kepada


rakyatnya ialah berani memberi teguran kepada pemimpin.
Sepertimana melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar itu
merupakan fardu yang wajib di laksanakan, begitu juga menyatakan
kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang
wajib di laksanakan.

Apabila kita melihat kepada sistem pilihanraya dan “majoriti suara” yang
dilakukan, ia merupakan satu penyaksian(‫ ) الشهادة‬yang di pandang elok di
sisi Islam. Ini kerana dengan perlaksanaannya, usaha untuk membaiki
sesebuah negara ke arah perlaksanaan Islam dapat dilakukan. Maka
dengan demikian perlaksanaanya adalah wajib dilakukan oleh setiap
individu muslim yang berada di negara tersebut.

Firman Allah;

‫وأشهدوا ذوى عدل منكم‬

Maksudnya;
Hendaklah bersaksi dari kalangan orang yang adil.

(surah at-Talak : 2)

Dari ayat ini, penyaksian itu mesti di lakukan oleh orang yang adil,
dengan makna, seseorang yang tidak adil tidak boleh melaksanakannya.

Sebelum perbahasan lebih lanjut, elok kita lihat dahulu definisi adil (
‫)العدالة‬, ianya adalah seperti berikut;

‫ملكة فى النفس أو هيئة راسخة فيها تمنع صاحبها من ارتكاب كبيرة أو اصرار على صغيرة تدل على الخسة‬
.‫أو مباح يخل بالمروءة‬
"Satu sifat semula jadi atau keadaan diri, yang boleh menegah
dirinya dari melakukan dosa-dosa besar dan terhindar dari melakukan
dosa kecil yang boleh mencacatkan akhlaknya atau melakukan perkara
yang harus tetapi boleh mencacatkan maruah diri".1

Dari definisi ini, menunjukkan orang yang layak untuk masuk


mengundi dalam pilihanraya adalah dari kalangan orang yang tidak
melakukan dosa besar dan kecil atau sebagainya, justeru itu, jika di
perhatikan kepada rakyat Malaysia, syarat ini tidak di tunaikan oleh
mereka.

Oleh itu boleh di katakan ramai dari rakyat Malaysia tidak layak
mengundi di sebabkan mereka tidak memenuhi syarat-syarat adil tadi.

Bagi menjawab persoalan ini, seharusnya kita memakai kaedah usul


fiqh yang berbunyi;

‫درء المفاسد مقدم على جلب المصالح‬

Maksudnya;
Menolak kefasadan lebih di dahulukan berbanding mengambil
maslahat.2

Dalam hal keadaan ini, membiarkan kerajaan membawa panji


kebangsaan merupakan kefasadan yang wajib di buang, ini kerana ianya
membawa kepada syirik kepada Allah, adapun mencukupkan syarat
merupakan maslahat yang mesti di lakukan oleh setiap pengundi.

1
Lihat kitab "Mughni al-Muhtaj : jld 2 : m/s 427 : Adab al-Qada': m/s 70 : As-Siraj al-
Wahhaj : m/s 19"
2
Lihat buku "Khilafiyyah, Bidaah dan Maslahat umum" M/s 234 : karangan Dr Basri
Ibrahim
Jadinya, berdasarkan kepada kaedah ini, seeloknya kita meringankan
syarat ini dan kita berhujjah menyatakan bahawa mengundi dalam
pilihanraya adalah satu perkara yang wajib.

Bagi menguat hujjah ini, sabda Rasulullah s.a.w;

‫من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فمن لم يستطع فبلسانه فمن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف االيمان‬

Maksudnya;
"Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka
hendaklah dia tegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lidah, jika
tidak mampu maka dengan benci dalam hati, maka itu adalah selemah-
lemah iman".3

Hasil dari perbahasan ini, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa
mengundi dalam pilihanraya adalah wajib, tetapi dengan syarat, iaitu
masuknya pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hukum
Allah di muka bumi.

Firman Allah;

‫اقيموا الشهادة هلل‬


Maksudnya;
laksanakan "syahadah" untuk Allah"(surah At-Talak : 2)"

Pada ayat ini menunjukkan perlaksanaan itu bersandarkan kepada


kehendak Allah, dengan ungkapan yang lain, perlaksanaan itu
berdasarkan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi.

3
Hadis Riwayat Muslim dalam "kitab al-Iman": dalam saheh Muslim, daripada Abu Said
Al-Khudri.
2. KAEDAH FIQH

Kita menggunakan kaedah usulfiqh yang berbunyi;

‫ما ال يتم الواجب اال به فهو واجب‬

Maksudnya;
"Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan
melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut
adalah wajib".

Misal bagi kaedah ini ialah seperti berikut;

Hukum solat adalah wajib, bagi menyempurnakan solat tersebut adalah


mesti berwudu’. Maka hukum berwudu’ adalah wajib.

Jika wudu’ tidak dapat di lakukan melainkan dengan menggali telaga,


maka hukum menggali telaga adalah wajib. 4

Perumpamaan dengan persoalan pilihanraya;

Melaksanakan Islam di muka bumi adalah wajib, lalu tidak ada cara
lain untuk melaksanakannya melainkan dengan masuk pilihanraya,
maka hukum masuk pilihanraya adalah wajib.

3. PILIHANRAYA ADALAH MEDAN JIHAD

Hujjah ini di kemukakan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Harun Din Al-Hafiz


dalam satu tulisan beliau di akhbar harakah keluaran khas 5

4
Sila dengar kuliah Tuan guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, dlam tahun 1997.
5
Akhbar HARAKAH keluaran khas (Pilihanraya ke 11)
Beliau berhujjah menyatakan bahawa pilihanraya adalah medan tempur
yang di panggil jihad juga, ini kerana jihad bermakna menghabiskan
segala usaha dan tenaga untuk meletakkan kalimah Allah yang paling
tinggi.

Justeru itu, zaman Rasulullah s.a.w mengistiharkan jihad perang


kerana pada zaman tersebut pihak musuh menyerang Islam dengan
peperangan. Kalaulah pihak musuh tidak melawan dengan senjata,
seperti berhujjah, logik atau sebagainya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak
akan menyuruh umat Islam pada zaman tersebut mengangkat senjata.

Rasulullah s.a.w berperang angkat senjata pada zaman itu kerana pada
zaman itu perang angkat senjata adalah satu-satunya cara yang paling
relevan untuk melawan musuh.

Melihat kepada keadaan di Malaysia, jihad perang tidak relevan tetapi


jihad pilihanraya yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di
Malaysia menggunakan pilihanraya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah;

‫فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثله ما اعتدى عليكم‬

Maksudnya;
"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu
menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-
Baqarah : 194)
Dari ayat ini, musuh politik Islam di Malaysia menggunakan
pilihanraya, maka begitu halnya kita melawan mereka menggunakan
sistem ini juga.

Justeru itu, pilihanraya adalah sistem pemilihan pemimpin yang relevan


khususnya di Malaysia. Ianya juga merupakan jihad mengikut
kesesuaian tempat dan masa.

BAHAGIAN KEDUA : KESAMARAN DAN JAWAPANNYA

Ada sebahagian golongan yang mengemukakan hujjah bagi


mendatangkan kesamaran terhadap pendokong gerakkan yang
menggunakan platform pilihanraya ini, di sini kami kemukakan
kesamaran tersebut dan kami menjawab segala kesamaran tersebut.
Moga-moga mendapat petunjuk dari Ilahi yang maha Esa.

1. MENGAPA TIDAK MENGGUNAKAN SYURA

Kita mesti kembali kepada asal sunnah iaitu kita melihat cara
perlantikan yang di namakan sebagai SYURA.

JAWAPAN

Jika di kaji secara ilmiah, kita akan dapati bahawa perlantikkan


khalifah dari kalangan sahabat tidak menunjukkan satu cara yang
tetap. Tidak ada satu nas yang jelas (‫ ) الص ارح‬menyatakan bahawa
perlantikkan seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada sistem syura
sahaja, tetapi ada sistem yang lain dari itu, seperti sistem istikhlaf (
‫ ) اس تخالف‬iaitu sistem yang di gunakan Saidina Abu Bakar bagi
perlantikkan Saidina Omar Ibni Khattab menjadi khalifah 6
6
Lihat kitab "Al-Imamah Al-Uzma I'nda Ahli Sunnah Wal Jamaah" m/s 144-157
2. IKTIBAR DARI SEJARAH ALGERIA

Sistem pilihanraya tidak akan membawa kejayaan, ini kerana jika di


perhatikan suasana yang telah berlaku di Algeria (‫) الجزائر‬, yang mana
setelah kemenangan telah berbelah pihak kepada parti Islam, lalu
kerajaan telah menggulingkan kerajaan Islam dan menggunakan
kekuatan tentera bagi merosakkan keputusan pilihanraya tersebut.

JAWAPAN

Sesungguhnya kaedah usulfiqh ada menyatakan seperti berikut;

‫انما النص من الكتاب و السنة و االجماع‬

Maksudnya;
" Sesungguhnya nas itu dari al-Quran, Sunnah dan ijmak."

Jika di perhatikan kepada kaedah ini, jelas kepada kita, bahawa


berhujjah dengan mengqiaskan dengan peristiwa di Algeria adalah
hujjah yang tertolak, ini kerana qias yang di iktibarkan syarak adalah di
sandarkan kepada tiga sandaran sahaja, iaitu al-Quran, Sunnah dan
Ijmak.

Kemenangan dan kekalahan adalah lumrah dalam perjuangan, apakah


kita berani mengatakan Rasulullah s.a.w tidak mengikut kehendak
syarak apabila kalah dalam peperangan Uhud.

Hasil dari ini, hujjah kedua ini tertolak.


3. PILIHANRAYA ADALAH BIDAAH YANG TERCELA

Menggunakan sistem pilihanraya adalah sebahagian dari amalan bidaah


yang di larang, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w;

‫كل بدعة ضاللة و كل ضاللة فى النار‬

Maksudnya;
"Tiap-tiap bidaah itu sesat dan tiap-tiap sesat itu akan ke neraka"

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menggunakan kalimah (‫ ) كل‬yang


memberi makna “tiap-tiap”. Oleh itu setiap perkara yang tidak di
lakukan oleh Rasulullah s.a.w, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin di kira
sebagai bidaah, termasuklah dalam maksud hadis ini ialah pilihanraya.

JAWAPAN

Kami mahu menjelaskan bahawa bidaah yang diharamkan ialah bidaah


dalam persoalan ibadat, ini berdasarkan kaedah usulfiqh yang berbunyi;

‫األصل فى العبادة تحريم او بدعة‬

Maksudnya;
" Asal dalam persoalan ibadat adalah haram"

Dengan makna, setiap amalan yang berbentuk ibadat, jika tidak di ajar
oleh syari’ (‫ )الشارع‬maka amalan itu di kira bidaah.

Kaedah ini merupakan istinbat dari hadis nabi yang berbunyi;


‫من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد‬

Maksudnya;
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari
ajaran kami, maka amalan itu tertolak"7.

Adapun dalam persoalan muamalat atau teknik, maka kaedah usulfiqh


menyatakan;

‫األصل فى األشياء اباحة‬

Maksudnya;
"Asal sesuatu itu adalah harus"8

Dari kaedah ini, persoalan muamalat atau teknik yang tidak tersebut
dalam nas, maka hukumnya adalah harus (boleh di lakukan), seperti
kita menggunakan sistem muamalat moden yang tidak ada pada zaman
Rasulullah s.a.w, sahabat, tabiin dan tabi' at-tabiin, maka hukumnya
harus, seperti sistem muamalat bank yang menggunakan kad kredit
atau sebagainya.

Kaedah ini teristinbat dari firman Allah;

‫ و سخر لكم ما فى‬, ‫هللا الذي سخر لكم البحر لتجري الفلك فيه بأمره و لتبتغوا من فضله و لعلكم تشكرون‬
. ‫السماوات و األرض جميعا منه ان فى ذلك اليات لقوم يتفكرون‬

Maksudnya;
"Allah lah yang menggerakkan untuk kamu akan lautan supaya
kapal boleh berjalan padanya dengan arahanNYA, dan supaya kamu

7
lihat dalam saheh al-Bukhari.
8
Lihat kitab "tahwil an-Nuqud": m/s 78-79: karangan Dr Ali Ali Ghazi Tuffahah.
boleh mengambil segala kelebihanNYA dan moga-moga kamu bersyukur,
dan Allah lah juga yang menggerakkan untuk kamu segala yang di langit
dan segala di bumi, sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda
untuk kaum berfikir".(surah al-Jathiah :12-13)

Maka dari itu, pilihanraya tidaklah bidaah, ini kerana pilihanraya


adalah persoalan teknik dan cara, bukan persoalan ibadat.

4. PILIHANRAYA ADALAH PERSOALAN AQIDAH

Pilihanraya bukan persoalan muamalat atau teknik, tetapi ianya adalah


persoalan aqidah, ini berdasarkan firman Allah;

‫ان الحكم اال هلل‬

Maksudnya;
Tiada hukum melainkan untuk Allah.(al-Ana'm : 57)

Dalam ayat ini bahawa persoalan perlaksaan hukum adalah mesti dari
Allah bukan majoriti seperti yang di laksanakan dalam pilihanraya. Oleh
itu, pilihanraya adalah persoalan aqidah, bukan persoalan teknik,
muamalat atau furu’

JAWAPAN

Jika itu di hujjahkan, maka kami tetap berada di landasan hujjah, yang
mana kami berpegang dengan kaedah usulfiqh iaitu maslahat umum (
‫لة‬CC‫الح المرس‬CC‫) مص‬, atas keharusan menggunakan sistem pilihanraya dalam
pemilihan pemimpin.

Dalil bagi kaedah ini firman Allah;


‫وما جعل عليكم فى الدين من حرج‬

Maksudnya;
Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan
dan susah payah (surah al-haj : 78)

Dan juga, amalan Saidina Omar semasa beliau menjadi khalifah, yang
mana beliau pernah mencurahkan susu yang bercampur dengan air
untuk mengajar peniaga susu yang menipu, sedangkan hukum
mencurah susu adalah haram kerana ianya membawa kepada
membazir, firman Allah.

‫ان المبذرين كانوا ا خوان الشياطين‬

Maksudnya;
Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan.
(surah al-Isra' : 27)

Walaupun begitu, Khalifah Saidina Omar mencurahkan susu tersebut


dengan tujuan untuk mengajar kepada penjual-penjual susu yang lain,
agar tidak melakukan penipuan.9

Begitu halnya dalam pilihanraya, jika pilihanraya adalah haram


disebabkan ianya menggunakan majoriti dalam menentukan hukum
sedangkan penentuan hukum itu hanyalah dari Allah sahaja, bukan
majoriti. Tetapi dengan kaedah ini, pilihanraya di bolehkan, ini kerana
jika pilihanraya tidak di gunakan, maka tidak ada cara lain untuk kita

9
Lihat buku "Khilafiah, bidaah dan Maslahat Umum" m/s 246: karangan Dr Basri
Ibrahim.
merampas kekuatan kerajaan dari golongan taghut. Lantaran itu taghut
berkuasa di atas muka bumi.

5. KEBENARAN BUKAN DARI SUARA MAJORITI

Pilihanraya adalah ‫وت األكثرية أو أغلبية‬CCC‫ص‬ “suara kebanyakkan manusia”.


Sedangkan Islam mengajar kepada kita supaya mengikut akan
kebenaran tanpa melihat kepada ramai yang menyokongnya. Ini kerana,
ada perkara yang benar dari segi syara’ tetapi mempunyai penyokong
yang sedikit.

Juga firman Allah dalam al-Quran ;

‫وان تطع أكثر من فى األرض يضلونك عن سبيل هللا‬

Maksudnya ;
“Jika kamu taat kepada orang ramai di atas bumi, nescaya mereka
akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”.(al-An'am :116)

Di ayat lain ;

‫ولكن أكثر الناس ال يعلمون‬


Maksudnya ;
“Tetapi ramai dari kalangan manusia yang tidak mengetahui”.
(al-A'raf : 187)

Ayat lain ;

‫ولكن أكثر الناس ال يؤمنون‬

Maksudnya ;
“Tetapi ramai dari kalangan manusia tidak beriman”.(Hud : 17)

Ayat lain ;

‫بل أكثرهم ال يعقلون‬

Maksudnya ;
“Bahkan kebanyakkan mereka tidak berakal”(al-Ankabut : 63)

‫ولكن أكثر الناس ال يشكرون‬

Maksudnya ;
“Dan tetapi ramai dari kalangan manusia tidak bersyukur”(Al-
Baqarah : 243)

JAWAPAN

Perkataan ini ditolak dan berada di landasan yang salah. Dalam


perbincangan kita adalah tentang pilihanraya yang didokong oleh
mereka yang memperjuangkan Islam, yang mana mereka adalah orang
yang bersyukur, beriman dan mengetahui, bukan pilihanraya yang
didokong oleh mereka yang melawan Islam.

Sesungguhnya tidak ada ‫ تصويت‬dalam perkara yang berbentuk hukum


syarak yang telah qati’I ( ‫) قطعيات الشرع‬, perkara asasi dalam Islam ( ‫أساسيات‬
‫ ) الدين‬dan perkara yang telah di kenali dalam Islam secara mesti ( ‫ما علم من‬
‫) ال دين بالض رورة‬. Bahkan ‫ تص ويت‬berlaku kepada perkara yang berbentuk
“ijtihadiyyah” yang memungkinkan kepada beberapa pandangan dan
pendapat.
Oleh yang demikian, apabila persoalan ini adalah perkara “ijtihadiyyah”,
maka mesti ada yang “rajih dan marjuh”. Maka dalam hal, ini
pandangan yang rajih adalah pandangan yang ramai. Ini kerana Nabi
s.a.w ada menyebut ;

‫ان الشيطان مع الواحد وهو من االثنين أبعد‬

Maksudnya ;
“Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian dan dia
akan berjauhan diri dari orang yang berdua”10

Juga dari sirah Rasulullah s.a.w, Baginda sendiri menerima pandangan


ramai dalam peperangan uhud dan memutuskan untuk keluar
menghadapi musuh di luar Bandar Madinah.

Saidina Omar ibnu Al-Khattab juga pernah meminta supaya perinsip


menerima pandangan ramai dipakai untuk memilih calon-calon khalifah
yang akan menggantikannya11.

Juga kaedah fiqh ada menyatakan ;

‫الشاذ كالعدم‬

Maksudnya ;
“Perkara yang ganjil (sedikit) seperti tiada”

Hadis Riwayat At-Tarmizi dalam Bab "al-Fitan", daripada omar, hadis ke 2166.
10

Meriwayatkan hadis ini juga oleh al-Hakim (1/114) dan al-Hakim mensahehkan hadis ini
mengikut syarat Syaikhian.
Lihat “Islam dan Demokrasi dari perspektif ideolog-ideolog gerakan Islam semasa” m/s 26. karangan
11

Muhammad Nur Manuty.


6. AS-SYAIKH OMAR BIN ABDUL RAHMAN

Mereka berkata, “ulama’ yang mula-mula mengeluarkan fatwa atas


keharusan menggunakan sistem pilihanraya adalah seorang ulama’ buta
dari jemaah Ikhwan Muslimin yang bernama Syaikh Omar bin Abdul
Rahman. Beliau mengeluarkan fatwa semasa beliau di dalam penjara
pada ketika itu.

Dalam Islam, seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan sesuatu fatwa


dalam keadaan susah hati, mengantuk, tertekan, atau sebagainya,
tetapi Syaikh Omar mengeluarkan fatwa tersebut semasa beliau dalam
penjara, ini bermakna beliau dalam tertekan, maka dari itu, fatwa itu
adalah tertolak”.

JAWAPAN

Kami ingin menolak kesamaran ini dengan dua jawapan;

1- Seperti yang telah maklum, hujjah itu tidak terletak kepada diri
individu seseorang, tetapi hujjah yang di terima adalah hujjah
yang di sandarkan dari turuqul istidlal ( ‫ ط رق االس تدالل‬/ cara-cara
mengambil dalil) yang betul.
2- Walaupun Syaikh Omar mengeluarkan fatwa tersebut dalam
penjara, tetapi ramai dari kalangan ulama’-ulama’ yang lain
berhujjah menyatakan hukum pilihanraya ini.

Maka setelah di perhatikan kepada hujjah di atas, menunjukkan


segala kesamaran yang di kemukakan adalah lemah dan tidak boleh
di tarjihkan.
7. PILIHANRAYA ADALAH SISTEM BARAT

Sistem pilihanraya adalah salah satu fikrah yang di ambil dari barat.
Oleh yang demikian, mana mungkin mengambil fikrah barat diisikan
kedalam sistem Islam. Ini kerana Islam merupakan agama yang telah
disyarakkan oleh Allah. Jika fikrah barat di ambil, bermakna, syarak
barat pun diterima dalam Islam, sedangkan perkara ini adalah mustahil.

JAWAPAN

Bagi menjawab persoalan ini, kami akan kemukakan dua hujjah.

(1) Sesungguhnya perlaksanaan sistem pilihanraya bukanlah


menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia
hanyalah merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud
ataupun matlamat.
(2) Tidak semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana
berdasarkan kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri
pernah mengambil fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti
berikut ;

(a) Rasulullah menerima fikrah “menggali parit” dalam


peperangan Ahzab, sedangkan fikrah menggali parit
dalam peperangan adalah fikrah yang datang dari
kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.
(b) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang
musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan
mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam
yang buta huruf12

12
Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi
Oleh yang demikian, tidak semua sistem barat ditegah, bahkan
dibenarkan kepada kita mengambil fikrah barat selagi tidak bercanggah
dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.

8. PILIHANRAYA MENOLAK HAKIMIYYAH ALLAH

Pilihanraya adalah fikrah menolak hakimiah Allah ‫ حاكمية هللا‬.

Jawapan

Tidak semua pejuang pilihanraya menolak hakimiah Allah, bahkan


orang yang menolak dan menafikan hakimiah Allah adalah mereka yang
di gelar dengan “Diktator”.

Melihat kepada situasi ini, pejuang Islam yang mengambil sistem


pilihanraya, bukanlah menafikan hakimiyyah Allah, bahkan mereka
adalah orang yang menggunakan pilihanraya dengan tujuan untuk
melaksanakan hakimiyyah Allah, iaitu melaksanakan perinsip-perinsip
Islam yang berbentuk siasah dalam memilih pemimpin, melaksanakan
amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.13

9. PILIHANRAYA ADALAH PERSOALAN IJTIHADIYYAH

Adakah “pilihanraya” dari perkara “ijtihadiyyah”?.

JAWAPAN

13 Kebiasaannya, bila dikaitkan dengan pilihanraya, maka ia akan menggambarkan golongan Demokrasi. Demokrasi adalah satu nama yang
dikemukakan oleh barat. Tetapi ‫ مسمى‬nya boleh berubah mengikut peredaran zaman dan pertukaran pendokongnya. Oleh yang demikian, tidaklah
menjadi satu perkara mustahil, di satu masa nanti, demokrasi yang dipegang oleh pejuang Islam akan bertukar kepada sistem yang bukan demokrasi lagi.
Sememangnya pilihanraya adalah dari persoalan “ijtihadiyyah”. Ini
kerana perkara “ijtihadiyyah” berlaku dengan beberapa sebab, ianya
adalah seperti berikut ;
1. Pada perkara yang tiada nas.
2. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai beberapa tafsiran.
3. Mempunyai “muaridh” atau pertentangan yang sama
denganya atau lebih kuat darinya.14

Pilihanraya adalah dari perkara “ijtihadiyyah”, ini kerana perlantikkan


khalifah Abu Bakar, Omar al-Khattab, Othman dan Ali, tidaklah
menggunakan satu sistem yang sama. Oleh yang demikian, pelantikan
pemimpin adalah persoalan ‘ijtihadiyyah” ini kerana, perkara
“ijtihadiyyah” adalah perkara yang tidak mempunyai nas yang tetap dan
qati’i.

Begitulah halnya kepada sistem pilihanraya.

10. NAMA YANG DI GUNAKAN OLEH ORANG KAFIR.

Apabila menyebut pilihanraya, maka pendokongnya adalah golongan


demokrasi. Sedangkan kalimah “demokrasi” adalah dari kalimah yang
digunakan oleh orang kafir, bukan dari Islam.

JAWAPAN.

Nama tidak menjadi punca perselisihan. Ini kerana hukum tidak


berlegar kepada nama, tetapi berlegar kepada benda yang
dinamakannya ‫المسميات‬

14
Lihat kitab "Fatawa Maasiroh" (2/649) : karangan Dr Yusuf al-Qardawi.
KESIMPULAN

Setelah kita perhatikan kepada perbahasan di atas, dapatlah kita


simpulkan bahawa pilihanraya adalah salah satu cara untuk kita
menyampaikan massage dakwah.

Memang kita tidak nafikan bahawa pilihanraya adalah salah satu


ideologi barat yang di hantar kepada kebanyakkan negara Islam, tetapi
hakikatnya, jika kita tidak menggunakannya, secara logiknya, kita
memang tidak mampu untuk menyampaikan dakwah ini. Ini kerana,
jika kita menggunakan sistem jihad perang, kita adalah umat yang tidak
mampu untuk itu, hal ini beralasan bahawa umat Islam di Malaysia
masih tidak memahami jihad perang dengan sebaiknya. Justeru itu,
tidak dapat tidak, kita gunakan sistem ini sebagai tanda usaha dakwah
kita.

Seperkara yang paling penting bagi kita yang berada dalam gerakan
Islam yang menggunakan pilihanraya dalam perjuangan kita, bahawa
kita tidak menjadikannya sebagai ghayah, atau matlamat, bahkan kita
menjadikan pilihanraya sebagai wasilah (cara) dalam meneruskan
agenda menyampaikan dakwah islamiyyah ini.

Jika segala hujjah dan perbahasan ini tidak bertepatan dengan


kehendak syara’ maka penulis dengan hati dan jiwa terbuka menerima
teguran yang membina. Moga-moga segala usaha ini di terima Allah,
menjadi bekalan kita di kala mengadap Allah di alam akhirat.

Wallahu a’alam

Bibliografi
Terjemahan Al-Quran
Muhammad Abdul Maksud Daud ; As-Siraj al-Wahhaj :
Darul al-azhar littabaah : 2003.

Harakah keluaran khas (pilihanraya ke 11)

As-Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman: Al-Imamah Al-


Uzma : Darul at-taiba linnasyri wa at-tawzik.

Dr Basri bin Ibrahim : Khilafiah, bidaah dan maslahat umum


: darul nu’man 1997

Imam Sayuti : Asybah wan Nazair : al-maktabah at-


taufiqiyyah : tidak bertarikh.

Abd Wahab Khalaf : Ilmu Usul fiqh : maktabah ad-dakwah


al-islamiyyah syabab al-azhar : tidak bertarikh.

Dr Ali Ali Ghazi Tuffahah : Tahwil An-Nuqud : Darul al-


azhar littabaah : 2003

Dr Yusuf al-Qardawi : Fatawa Maasirah : Darul wafa’ : 1994

Dr Atiyyah Saqqar : Al-Fatawa : maktabah at-tawfiqiyyah ;


tanpa tarikh

Dr Abdul Halim Mahmood : fatawa al-Imam Abdul Halim


Mahmood : darul maarif; 2002

Islamonline.net (28/7/03)– Dr Yusuf Al-Qardawi.


Muhammad Nur Manuty : Islam dan Demokrasi dari
perspektif ideolog-odeolog gerakan islam semasa :
CERMASCS : tanpa tarikh.

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai