Anda di halaman 1dari 11

SGDI 5013

AQIDAH AND EDUCATIONSL ISSUES


Semester A213 (Mei Sem 2021/2022)
TUGASAN 3

 MAZHAB PEMIKIRAN AQIDAH DARI SEGI


SEJARAH, ISU DAN CABARAN

 KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI


MUNGKAR DALAM KALANGAN
MASYARAKAT

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ‘ADNIN BIN MOHAMAD ASRI (829658)

DISEDIAKAN UNTUK:

Dr. Mohd Zailani bin Ismail

1
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Mazhab Pemikiran Aqidah dari Segi Sejarah, Isu, dan Cabaran. 3

1.1 Aliran Asy’ariyah 3


1.2 Sejarah Aliran Asy’ariyah 3
1.3 Isu dan Cabaran Aliran Al-Asya’irah 4
1.3.1 Perselisihan antara gerakan al-Asya’irah dan 4
Salafiyah
1.3.2 Tuduhan Tokoh Gerakan Salafiyyah kepada Tokoh
Al-Asya`irah 5

2.0 Konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar di Kalangan Masyarakat 6

2.1 Adab dan Cara Amar Makruf dan Nahi Mungkar dalam
Kalangan Masyarakat 8
2.1.1 Menasihati dengan cara yang baik. 8
2.1.2 Berhikmah dan Bijaksana 9
2.1.3 Memilih Tempat dan Masa yang sesuai 9
2.1.4 Memberi Kemaafan dan Berlemah Lembut 9

3.0 Rujukan 10

2
1.0 MAZHAB PEMIKIRAN AQIDAH DARI SEGI SEJARAH, ISU DAN CABARAN

1.1 Aliran Asy’ariyah

1.2 Sejarah Aliran Asy’ariyah

Asya'irah atau Asy'ariyah (Bahasa Arab: ‫ أش;;;عرية‬al-ʾAšʿarīyah or ‫ ٱَأْل َش;;;ا ِع َرة‬al-ʾAšāʿirah)


merupakan satu aliran utama dalam pengajian aqidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Aliran ini
digagaskan oleh Al-As’ari atau nama penuhnya ‘Ali bin Ism’il bin Ishaq bin Salim bin Ism’il
bin ‘Abd-Allah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa al-As’ari. Gelaran beliau
ialah Abu al-Hasan dan dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Beliau pernah berpegang
pada mazhab Muktazilah dan berguru dengan ayah tirinya Abu Ali Al-Jubba’i. Selepas
berusia 40 tahun, beliau berfikiran matang dan tekun mengkaji secara mendalam.Pada suatu
hari, beliau berdebat dengan ayah tirinya mengenai kehidupan selepas mati. Selepas itu, Abu
Hasan Al-Asy`ari bangun berucap di Masjid Basrah dan mengisytiharkan dirinya keluar dari
mazhab Muktazilah untuk berpegang pada mazhab Ahlis Sunnah Wal Jamaah.

Abu Hasan Al-Asy`ari membuat pembaharuan dalam Ahli Sunnah dengan mengemukakan
hujah-hujah logik serta teks-teks Al-Quran dan Hadis yang ada. Beliau berjaya
mengumpulkan ramai murid dan pengikut. Begitu berpengaruh aliran Asya`irah hingga
hampir-hampir golongan Ahlis Sunnah Wal Jamaah dianggap sinonim dengannya. Mazhab
ini juga didokong oleh ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`i dan Hanbali yang
antara mereka ialah imam Al-Isfarayni, Al-Qaffal, al-Ghazali, al-Juwaini dan Al-Jurjani.
Pembaharuan yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari membawa kekuatan kepada Ahlis
Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi hujah golongan Muktazilah yang pesat berkembang
dan mendapat sokongan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Abbasiah.

Akhirnya, golongan Muktazilah dapat dibendung dengan hujah dan pemerintahan Abbasiah
pula memberi dokongan politik pula bagi mazhab Asya`irah untuk berkembang. Imam Abu
Hasan Al-Asy`ari juga meninggalkan beberapa buku yang dikarangnya dan masih ada pada
zaman sekarang antaranya ialah Al-Ibanah `An Usul Al-Diyanah. Dalam buku ini, beliau
dengan tegas menyokong Imam Ahmad bin Hanbal yang dipenjara dan didera oleh kerajaan
Abbasiah yang menyokong Muktazilah pada zamannya.

Dalam buku Al-Luma` Fi Al-Rad `Ala Ahl Al-Zaigh Wa Al–Bid`i pula beliau mengemukakan
hujah logik dan nas untuk menghurai isu-isu akidah. Buku Maqalat Al–Islamiyin
mendedahkan fahaman-fahaman yang timbul dalam ilmu Kalam dan menjadi rujukan penting

3
dalam mengkaji pelbagai mazhab dalam akidah. Buku Istihsan Al-Khaudh Fi `Ilm Al-Kalam
pula adalah risalah kecil bagi menolak hujah mereka yang mengharamkan ilmu Kalam.

Walaupun ada di kalangan sarjana Islam terutamanya di kalangan mazhab Hanbali yang
menyanggah beberapa hujah dan kaedah yang dibawa oleh Abu Hasan Al-Asy`ari, ia tidak
harus menafikan jasanya mempertahankan fahaman Ahlis Sunnah Wal Jamaah. Fahaman
beliau berjaya mematikan hujah-hujah Muktazilah yang terpesong jauh seperti Al-Quran
sebagai makhluk, tidak boleh melihat Allah di hari Kiamat dan lain-lain. Imam Abu Hasan
Al-Asy`ari meninggal dunia pada tahun 324 Hijrah dengan meninggalkan buku-buku sebagai
pusaka ilmu yang berharga serta murid-murid yang meneruskan perjuangannya. Dia telah
mewariskan satu mazhab akidah yang dianuti oleh sebahagian besar umat Islam hari ini bagi
menghadapi cabaran-cabaran baru yang tidak ada pada zamannya.

1.3 Isu dan Cabaran Aliran Al-Asya’irah

1.3.1 Perselisihan antara gerakan al-Asya’irah dan Salafiyah

Pertentangan antara golongan yang mendokong pemikiran al-Asya`irah dan pemikiran


Salafiyyah di Alam Melayu berlaku sejak akhir abad ke 19 dan menjelang abad ke 20. Secara
umumnya, golongan yang mengambil pendekatan Salafiyyah dikenali di Tanah Melayu
sebagai Kaum Muda, sementara golongan yang mengambil pendekatan al-Asya`irah
dikenali sebagai Kaum Tua. Ciri-ciri utama yang membolehkan mereka dikatakan
mempunyai persamaan antara gerakan Salafiyyah dan gerakan Kaum Muda ialah mereka
mengajak umat Islam kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang tulen, yang berpandukan
kepada al-Quran dan Hadith tanpa terikat dengan segala macam tradisi dan khurafat yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Begitu juga, mereka melepaskan diri dari ikatan lama yang
dikenali dengan istilah taklid buta. Mereka mengatakan pendapat-pendapat manusia bukan
maksum (mungkin betul dan mungkin salah). Jadi fungsi dan tugas ulama ialah melahirkan
dan menghuraikan segala yang termaktub dalam al-Quran atau oleh Rasul tentang urusan
agama. Rumusannya Kaum Muda mendakwa kata-kata ulama yang selari dengan keterangan
al-Quran dan Hadith sahih mestilah dipercayai tanpa ragu-ragu lagi tetapi apabila ulama
mengemukakan pendapatnya sendiri yang berselisih sesama mereka dengan ada yang
mengatakan halal dan lainnya tidak. Hal ini tidak memestikan kita berpegang bulat-bulat
pendapat itu.

4
Justeru antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh aliranal-Asya’irah ini apabila mereka
ditentang oleh aliran Salafiyyah dimana pertelingkahan antara gerakan Salafiyyah dan
gerakan al-Asya`irah mula menempatkan diri dalam arus perkembangan Islam di Malaysia.
Sejarah lama pertentangan antara Kaum Muda dan Kaum Tua berulang kembali. Tuduhan-
tuduhan sesat dan kadangkala mengkafirkan antara mereka mula kedengaran. Kedua-dua
gerakan menggunakan pentas siber, seminar, majalah akhbar dan buku untuk menyampaikan
pandangan masing-masing.

Secara umumnya, pergeseran gerakan Salafiyyah dan gerakan al-Asya`irah di alam Melayu
berkait rapat dengan pengaruh tokoh-tokoh pembaharuan di negara Arab. Idea-idea
pembaharuan yang dibawa pulang ke tanah air menimbulkan konflik dengan pegangan
masyarakat yang telah sedia ada.

1.3.2 Tuduhan Tokoh Gerakan Salafiyyah kepada Tokoh Al-Asya`irah

Setelah menerangkan beberapa petikan yang mengandungi takfir terhadap golongan


Wahabiyyah-Salafiyyah, dibincangkan pula, tuduhan takfir yang lahir daripada golongan
Wahabiyyah-Salafiyyah dengan merujuk kepada karangan Muhammad `Abd al-Wahhab.
Sebelum perbincangan ini diteruskan, perlu diingatkan terlebih dahulu bahawa petikan-
petikan yang dipilih adalah berdasarkan kepada karangan Syaikh Muhammad `Abd al-
Wahhab, walaupun beliau sendiri menyangkal tuduhan yang mengatakan beliau
mengkafirkan musuh-musuhnya. Dalam hal ini, diperturunkan contoh-contoh petikan yang
mengandungi takfir:

‫وما ذكرته يل أهيا املرشك من القرآن أو الكم رسول هللا صىل هللا عليه وسمل ال أعرف معناه‬

“Dan apa yang engkau sebut kepadaku wahai musyrik daripada [ayat] al-Quran atau kalam
rasulullah s.a.w, aku tidak mengetahui maknanya”.

Kalimah “musyrik” dalam petikan di atas tidak boleh ditakwil kepada makna yang lain,
selain kekufuran, kerana orang kafir tidak akan menyebut hujah dan dalil daripada al-Quran
dan al-Hadith. Maksud “musyrikin” dijelaskan lagi oleh Syaikh Muhamad Ibn Saleh al-
Uthaymin (1930-2000 M) seperti berikut:

5
‫ألن علامء هؤالء املرشكني يوحدون هللا عزوجل توحيدا انقصا حيث إهنم ال يوحدون هللا إال بتوحيد‬
‫ وهذا توحيد انقص ليس هو توحيدا يف احلقيقة بدليل أن النيب صىل هللا عليه وسمل قاتل‬،‫الربوبية فقط‬
.‫ ومل ينفعهم هذا التوحيد ومل تعصم به دماؤمه وأمواهلم‬،‫املرشكني اذلين يوحدون هللا هذا التوحيد‬

“Kerana ulama musyrikin mentauhidkan Allah S.W.T dengan tauhid yang cacat, mereka
tidak mentauhidkan Allah S.W.T kecuali dengan tauhid rububiyyah sahaja. Dan tauhid
ini adalah tauhid yang cacat bukan tauhid yang sebenar. Dalilnya nabi s.a.w memerangi
musyrikin yang mentauhidkan Allah S.W.T dengan tauhid ini [tauhid rububiyyah]. Tauhid ini
tidak memberi manafaat kepada mereka dan tauhid ini juga tidak dapat memelihara nyawa
danharta mereka”.

Berdasarkan kepada petikan di atas, jelas dapat difahami bahawa maksud musyrikin
ialah mereka yang tidak membahagikan tauhid kepada tiga, iaitu tauhid rububiyyah,
tauhid uluhiyyah dan tauhid al-asma’ wa al-sifat. Mengikut sejarahnya, pembahagian tauhid
ini dipelopori oleh Ibn Taymiyyah pada kurun ketujuh Hijrah. Golongan yang tidak
membahagikan tauhid kepada tiga pada zaman Syaikh Muhamad `Abdul Wahab
antaranya ialah pengikut al-Asya`irah. Tuduhan takfir itu, bukan sahaja ditujukan kepada
orang awam, bahkan juga kepada ulama.

Kesimpulannya, perselisihan antara al-Asya’irah dan Salafiyyah merupakan antara cabaran


yang perlu dihadapi oleh mazhab al-Asya’irah. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh aliran al-
Asyairah tidaklah begitu banyak memandangkan mazhab ini merupakan mazhab yang
diyakini dan diamalkan di pelbagai negara Arab dan juga Malaysia. Oleh itu, mazhab kurang
ditentang oleh masyarakat sepertimana yang berlaku terhadap mazhab-mazhab seberti
wahabiah dan syiah.

2.0 KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR DALAM KALANGAN


MASYARAKAT

Konsep amar ma’ruf nahi mungkar berasal daripada peristilahan daripada ayat al-quran
yang bermaksud “mengajak kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran”. Mengajak
kebaikkan ialah mengajak manusia kepada Allah atau mentaati perintah Allah dan
mencegah daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Pada masa kini, jatuhnya
sesebuah negara Islam itu kerana konsep amar makruf nahi mungkar ini tidak diamalkan

6
dengan baik. Akibatnya meningkat kes rasuah, kes jenayah dan pelbagai kes yang lain.
Masyarakat perlu memainkan peranan dalam menjayan konsep ini. Jika diamalkan pastinya
keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian akan terus dinikmati tanpa rasa takut. Di dalam
al-Quran terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan amar makruf nahi mungkar meliuti
ibadah akhlak, ilmu, iman dan sebagainya. Antara aspek utama yang berkaitan dengan amar
makruf yanrlu diberi penekanan adalah aspek ibadah, puasa dan zakat.

Tambahan pula, konsep amar makruf nahi mungkar ini sebenarnya pendekatan yang ampuh
bagi menyelesaikan segala kemelut atau gejala sosial yang melanda sesuatu masyarakat.
Dengan wujudnya kesedaran masyarakat Islam melaksanakan amar makruf nahi mungkar
sudah pasti akan menghasilkan satu komuniti masyarakat harmoni dan sejahtera.

Rasulullah memberikan panduan kepada umat Islam adab mencegah kemungkaran apabila
dilihat berlaku dalam kehidupan seharian. Sabda baginda yang bermaksud: "Sesiapa daripada
kamu yang ternampak kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya atau mencegahnya
dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya maka
hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu
juga maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman." Hadis Riwayat Muslim

Dalam al-Quran juga Allah menjelaskan dengan terang tentang perkara yang dihalalkan dan
diharamkan kepada umat Islam. Oleh itu, amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan
selaras dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunah Rasulullah. Sebagai
contohnya, kalaulah Allah mengharamkan judi, riba, arak, kezaliman, fitnah menfitnah dan
sebagainya maka janganlah dibiarkan amalan tersebut mengakari serta seterusnya melarat
dalam masyarakat Islam kerana sudah jelas amalan itu larangan Allah. Ringkasnya, apa-apa
amalan yang ditegah Islam adalah wajib dihalang dan dicegah agar ia tidak merebak dalam
sesebuah masyarakat.

Jelas amar makruf mempunyai pengertian yang amat luas merangkumi seluruh ruang lingkup
kehidupan manusia. Menyeru manusia agar berakhlak mulia, berilmu dalam segala disiplin
ilmu sama ada duniawi mahupun ukhrawi dan kembali kepada Islam adalah termasuk dalam
skop pengertian amar makruf. Begitu juga menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan ummah,
menegakkan keadilan sosial, memerangi kemiskinan serta perjuangan menegakkan Islam
termasuk dalam erti kata amar makruf. Pendek kata, apa-apa perjuangan ke arah kebaikan
dan kesejahteraan ummah sejagat menurut landasan Islam adalah termasuk dalam pengertian
amar makruf.

7
2.1 Adab dan Cara Amar Makruf dan Nahi Mungkar dalam Kalangan Masyarakat

Kewajipan amar makruf dan nahi mungkar ada dinyatakan oleh al-Quran menerusi tiga
pendekatan iaitu menggunakan kekuatan atau kekuasaan, teguran atau perkataan dan
selemah-lemah adalah kritikan hati. (Abdullah & Ariffin, 2010). Maka bagi memastikan
semua perkara dapat disampaikan dengan berkesan, antara adab yang boleh di jadikan
panduan adalah seperti menasihati dengan cara yang baik, berhikmah dan bijaksana, memilih
tempat dan masa yang sesuai, serta memberi kemaafan dan berlemah lembut.

2.1.1 Menasihati dengan Cara yang baik

Menasihati dengan cara yang baik iaitu memberikan penerangan yang jelas agar mudah
difahami serta bercakap denan sopan dan lemah lembut agar dapat memberi teladan kepada
mereka yang diseru. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT:

‫فَ ِب َما َرمْح َ ٍة ِّم َن اهّٰلل ِ ِل ْن َت لَه ُْم ۚ َولَ ْو ُك ْن َت فَ ًّظا غَ ِل ْيظَ الْ َقلْ ِب اَل نْ َفضُّ ْوا ِم ْن َح ْوكِل َ ۖ فَاع ُْف َعهْن ُ ْم َو ْاس َت ْغ ِف ْر لَه ُْم‬
)159( َ ‫َو َشا ِو ْرمُه ْ ىِف ااْل َ ْم ۚ ِر فَ ِا َذا َع َز ْم َت فَتَ َولَّك ْ عَىَل اهّٰلل ِ ۗ ِا َّن اهّٰلل َ حُي ِ ُّب الْ ُم َت َولِّك ِ نْي‬

Maksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau
telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Ayat dia atas menjelaskan pentingnya berlemah lembut dalam memberi nasihat ketika
memberi penerangan amar makruf nahi mungkar agar orang yang diseru dapat menerima
dakwah yang disampaikan. Selain iru, setiap pendakwah adalah di tegah dari bersikap kasar
ketika berdakwah dan sentiasa bersangka baik agar dapat memberi contoh dan teladan kepada
orang lain.

8
2.1.2 Berhikmah dan Bijaksana

Berhikmah lagi bijaksana, iaitu menyesuaikan dengan keadaan dan situasi orang yang diseru
agar mereka boleh menerima dengan baik segala apa yang disampaikan. Hal ini demikian
sangat penting bagi memastikan orang yang diajak kepada kebaikan tidak merasa malu. Hal
ini diterangkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

‫ُا ْد ُع ِاىٰل َس ِب ْي ِل َرب ّ َِك اِب لْ ِحمْك َ ِة َوالْ َم ْو ِع َظ ِة الْ َح َسنَ ِة َو َجا ِدلْه ُْم اِب لَّيِت ْ يِه َ َا ْح َس• ُ ۗن ِا َّن َرب َّ َك ُه• َ•و َا ْعمَل ُ ِب َم ْن َض• َّل َع ْن‬
)125(‫َس ِب ْيهِل ٖ َوه َُو َا ْعمَل ُ اِب لْ ُمهْ َت ِد ْي َن‬

Maksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui
akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Tugas berdakwah merupakan tugas yang mulia disisi Allah SWT dan salah satu sunnah
Rasulnya. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dengan bijaksana agar dapat
menarik orang lain kepada wahyu Allah SWT.

2.1.3 Memilih Tempat dan Masa yang Sesuai

Untuk memastikan segala apa yang ingin disampaikan dapat difahami dan diterima oleh
orang yang diseru, maka pendakwah perlu memilih tempat dan masa yang sesuai dalam
menyampaikan dakwah mereka.

2.1.4 Memberi Kemaafan dan Berlemah Lembut

Sifat suka memberikan kemaafan terhadap orang yang tidak suka mendengar perkara dakwah
merupakan antara perkara penting dalam adab berdakwah. Selain itu, berlemah lembut dalam
berdakwah juga mampu untuk menarik perhatian orang yang didakwah bagi memahami hijah
yang ingin disampaikan.

Jelaslah menunjukkan bahawa adab dalam berdakwah merupakan perkara yang sangat
penting. Ia perlu diambil berat ketika menyampaikan amar makruf nahi mungkar agar dapat
memberi kesan yang mendalam kepada individu yang disampaikan dengan adab dan cara

9
yang betul, masyarakat cemerlang akan dapat dibentuk melalui peribadi yang mulia dan
berakhlak tinggi berlandaskan iman dan islam.

Ringkasnya, jika meninjau senario umat Islam mutakhir ini, setiap individu bertanggung
jawab di bahu masing-masing untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar berdasarkan
kepada kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa
bertanggung jawab terhadap anak yang berada di bawah pemeliharaan dan tanggungan
mereka. Anak mereka sewajibnya diasuh dengan tarbiah Islamiah supaya mereka menjadi
anak yang soleh dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau anak mereka
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat, ibu bapalah
yang bertanggungjawab untuk menegurnya dan memelihara mereka daripada terjebak ke
lembah larangan Allah. Seandainya tanggungjawab ini diabaikan, sudah pasti harapan untuk
membina institusi rumah tangga yang bahagia dan harmoni tidak akan tercapai.

Dengan penglibatan daripada semua pihak dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar,
kerahmatan Ilahi akan menjelma memayungi kehidupan ummah sejagat. Dalam hal ini, Allah
berfirman dalam Surah at-Taubah ayat 71 yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki
dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan, mereka mendirikan
solat, memberi zakat, taat kepada Allah serta rasul-Nya. Mereka itulah akan diberi rahmat
oleh Allah Taala. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

10
3.0 Rujukan

Al-Quran

Abdullah, Mustafa & Ariffin, Sedek. (2010). Keruntuhan Moral dan Penyelesaian Al-Quran
Berdasarkan Kaedah Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Kemelut Peradaban Remaja di
Malaysia.

Fauzi Zakaria. (2007). Pengaruh pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam
di Malaysia. Kuala Lumput.

Salma. Al-Audah, (1998). Amar Makruf Nahi Mungkar, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Wan Zailan Kamaruddin b. Ali. “Asal Usul Pengaruh dan Kesan Aliran al-Asya’irah di
Malaysia dan Kepulauan Melayu,” dalam Malaysia dari segi Sejarah, Persatuan
Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur.

Yusuf Al-Qardhawi. (2014). Merungkai pertelingkahan isu akidah antara salaf dan Khalaf.
Batu Caves, Selangor.

Zamihan Mat ZIn Al-Ghari. (2001). Salafiyah Wahabiyah Suatu Penilaian Semula. Selangor.
Tera Jaya Enterprise.

11

Anda mungkin juga menyukai