Anda di halaman 1dari 2

Video 4 :

Bab imam

Keutamaan menjadi Imam nisbah dengan (tempat)


1. Raja (di negerinya sendiri)
2. Imam yang dilantik oleh Raja (Imam rotib)
Imam yang dilantik oleh raja ada syaratnya dan antaranya ialah tidak fasik.

Keutamaan menjadi imam dalam solat berjemaah itu mengikut susunan tertib nisbah
dengan (sifat) :

1. Faqih (yang lebih alim dalam ilmu feqah solat)


2. Qori ( yang pandai baca quran dengan tajwid yang betul )
3. Warak ( Orang yang memelihara dari perkara-perkara syubha)
4. Yang lebih lama behijrah ke kampung Islam
5. Yang lebih lama memeluk Islam (kebiasannya orang yang lebih tua)
6. Yang lebih bersih pakaian dan badan serta lebih bersih pekerjaan dari kotoran daki-
daki . (didahulukan pakaian yang bewarna putih dari yang hitam)
7. Yang mempunyai suara yang elok.
8. Yang cantik rupa paras.

Hukum Imam fasik menjadi Imam :

Pandangan Dhaif : Tidak sah


Pandangan Muktamad : Makruh tetapi sah

Tidak afdhal solat dengan imam yang fasik (mengerjakan dosa besar walaupun sekali,
mengekali dosa kecik). Afdhal solat dengan imam yang adil (Imam yang terpelihara
dari mengerjakan dosa besar dan terpelihara dari mengekali dosa kecik).

Takrif Muafik :

Bahasa : Dari perkataan ( ‫) وفق‬, isim maf ul, orang yang bersama.
Istilah syarak : Seorang makmum yang sempat berjemaah dengan imam semasa
bediri imamnya, dimana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang
membolehkan dia membaca al fatihah sehingga tamat. (Masa yang pertengahan yang
menjadi kebiasaan bacaan orang ramai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat
iaitu lebih kurang 25 saat).

Takrif Masbuk :

Bahasa : Dari perkataan ( ‫) سبق‬, isim maf’ul ( ‫)مسبوق‬, Orang yang ketinggalan.
Istilah syarak : Seorang makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam
semasa berdiri imamnya, sekadar masa yang membolehkan dia membaca al-fatihah
sehingga tamat. (Masa yang pertengahan yang menjadi kebiasaan bacaan orang ramai,
tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat iaitu lebih kurang 25 saat).
Muafik dan Masbuk boleh berlaku keatas seorang makmum pada tiap-tiap rakaat,
sama ada pada rakaat pertama, kedua, ketiga atau keempat.

Imam dan makmum sama-sama di dalam masjid.


Makmum solat dimana-mana sahaja dalam kawasan masjid.
Dengan syarat :
- Asalkan ada pintu (jalan untuk makmum pergi atau sampai kepada imam) dan pintu
itu diletak dimana-mana sahaja (belakang atau hadapan atau sisi) asalkan ia berada
dalam kawasan masjid maka sah sahaja solat berjemaah dengan imam.
- Jika makmum di tingkat atas maka jalan untuk makmum pergi atau sampai kepada
imam adalah melalui tangga dan tangga itu diletakkan dimana- mana sahaja (belakang
atau hadapan atau sisi) asalkan tangga berada dalam kawasan masjid maka sah
sahaja .

Permasalahan :
Makmum jauh dari jemaah dalam masjid, sah solat jemaahnya dengan syarat tidak
lebih dari tiga hasta dari makmum yang terakhir. Namun keadaan ini tidak akan
mendapat fadhilat solat berjemaah .

Imam dan makmum berada di tempat lapang yang bukan dalam binaan.

- Iaitu tiada halangan (binaan) anatara makmum dan imam di kawasan itu.
Syarat :
Jika seorang makmum terputus dari saf jemaah tetap sah dengan syarat tidak lebih
dari 300 hasta atau 150 meter daripada makmum yang terakhir.

Bukan masjid : Imam dan Makmum sama-sama diluar masjid / Imam dalam
masjid dan makmum diluar masjid.

Syarat :
1. Kena ada tempat yang mana makmum boleh pergi kepada imam (pintu atau tangga)
2. Pintu atau tangga hendaklah yang makmum boleh ke pergi ke kepada imam tanpa
membelakangi kiblat. (pintu atau tangga diletakkan di bahagian hadapan atau sisi
hadapan)
3. Jika makmum yang terhalang oleh pintu atau langsir biasanya jemaah wanita ,
maka hendaklah dibuka pintu atau langsir tersebut dan hendaklah ada seorang
makmum yang nampak kepada pergerakan perpindahan rukun imam atau jemaah
dihadapanya.

Anda mungkin juga menyukai