Anda di halaman 1dari 7

Article critiques

Görges, F., Oehler, C., Von Hirschhausen, E., Hegerl, U. & Rummel-Kluge, C., 2018.

GET.HAPPY - Acceptance of an internet-based self-management positive psychology

intervention for adult primary care patients with mild and moderate depression or dysthymia:

A pilot study. Internet Interv 2018 Jun;12:26-35

Adler, D.A., Lerner, D., Visco, Z.L., Greenhill, A., Chang, H., Cymerman, E., et al., 2015.

Improving work outcomes of dysthymia (persistent depressive disorder) in an employed

population. Gen Hosp Psychiatry, 37(4), 352-9,

https://doi.org/10.1016/j.genhosppsych.2015.04.001.

SIPNOSIS. 3-5 PERENGGAN

Artikel 2 oleh Gorges et al (2018) adalah mengenai penggunaan modul atas talian

berlandaskan teori psikologi positif yang telah dibina oleh Eckart von Hirschhausen. Modul

ini telah dibuat untuk golongan populasi normal di German namun dalam kajian ini, mereka

melihat penerimaan intervensi ini di dalam populasi yang mengalami distimia dan mendapat

rawatan kesihatan. Selain itu, pengkaji juga melihat kesan dari segi pengurangan simptom

dan juga impak negatif penggunaan intervensi ini kepada populasi tersebut.

Di bahagian pengenalan, pengkaji menyatakan demografi dan peningkatan pesakit depresi

dan bagaimana mereka tidak mendapatkan rawatan kerana menunggu giliran, stigma dan

ingin menyelesaikan masalah secara sendiri. Perkembangan terkini intervensi kesihatan

mental juga disentuh di mana banyak rawatan telah dibentuk secara atas talian untuk

memberi akses lebih mudah kepada pesakit. Intervensi atas talian menunjukkan jumlah

penyertaan yang tinggi dan kadar drop-out yang lebih rendah. Ada juga kajian yang

menyatakan impak intervensi adalah hampir sama dengan psikoterapi bersemuka. Namun

pengkaji juga menyatakan majoriti kajian-kajian tersebut adalah intervensi berdasarkan

CBT. Ada beberapa kajian dan modul yang mengetengahkan teori lain namun bilangan

kajian adalah terlalu sedikit dan perlu diperbanyakkan. Oleh itu, pengkaji mefokuskan kajian
kepada penggunaan intervensi berlandaskan intervensi psikologi positif yang menggalakkan

penukaran pemikiran dan aktiviti kepada lebih positif melalui tugasan seperti menulis surat

berterima kasih, mengenal kekuatan indivindu, dan menulis perkara positif yang berlaku.

Beberapa kajian sebelum ini menunjukkan pengurangan simptom dapat dilihat dalam

pesakit, namun ada juga kajian yang menunjukkan sebaliknya. Pengkaji juga menyatakan

bagaimana majoriti kajian yang dipetik menggunakan tempoh masa yang sedikit seperti

seminggu. Pengkaji juga menengahkan isu di mana modul yang mempunyai banyak

tugasan adalah tidak sesuai dan mungkin membebankan kepada mereka yang mempunyai

depresi serius. Selain itu, efek-efek negatif juga jarang diukur di dalam peserta-peserta

intervensi online. Oleh itu, kajian ini telah direka untuk mengisi kekurangan di dalam kajian-

kajian sedia ada dengan menggunakan teori lain selain CBT, menggunakan tempoh masa 7

minggu, berfokus kepada penghidap depresi yang tidak serius dan juga mengukur impak-

impak negatif selain dari penerimaan dan persepsi peserta kajian.

Rekaan kajian menggunakan model CONSORT flow untuk memilih sampel seperti di dalam

rajah yang disertakan. Iklan dikeluarkan di laman web dan peserta dihubungi lalu disaring.

Peserta yang dimasukkan dalam kajian mestilah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai

depresi atau distimia, dalam rawatan pesakit luar oleh psikiatri, mempunyai akses kepada

internet, memahami bahasa German, dan tidak mempunyai sakit mental yang lain.

Intervenssi yang diberi ialah latihan kebahagiaan 7 minggu yang direka oleh Eckart von

Hirschhausen dan mempunyai 7 modul dengan tugasan yang perlu diselesaikan dengan 1

modul seminggu. Peserta kajian pula dinilai pada 4 tempoh berbeza iaitu pada permulaan

kajian, pertengahan kajian iaitu di minggu ketiga, selepas selesai modul interbvensi di

minggu ke-7 dan juga susulan iaitu 3 bulan selepas tamat intervensi. Selain itu, penilaian

tahap depresi juga dinilai setiap minggu untuk memerhatikan jika ada impak negatif secara

tiba-tiba. Peserta akan dihubungi oleh pengkaji melalui telefon jika tidak menjawab survey

tersebut dalam masa dua hari. Penggunaan instumen Client Satisfaction Qustionnaire

(CSQ-8) yang telah diadaptasi kepada bahasa German dan kepada setting perkhidmatan
atas talian digunakan untuk melihat tahap penerimaan. Untuk hasil sekunder, PHQ-8, IDS-

SR dan SF-12 digunakan untuk tahap depresi dan INEP digunakan untuk memerhatikan

efek negatif. Semua instrumen ini diadaptasi ke bahasa German dan diubahsuai untuk lebih

relevan kepada intervensi online. Penganalisaan data menggunakan SPSS dan

menggunakan linear mixed model untuk melihat perubahan mengikut masa. Variasi model

lain juga telah digunakan untuk mendapatkan data yang lebih tepat.

Hasil kajian ditunjukkan melalui jadual dan penerangan lanjut diberikan terutamanya

mengenai data yang menunjukkan penghasilan signifikan. Di dalam bahagian perbincangan,

telah dirumuskan bahawa penerimaan adalah positif namun tidak setinggi penerimaan

terhadap modul yang memang dibentuk khusus untuk depresi. Kajian juga menunjukkan

pengurangan simptom depresi bagi tempoh intervensi dan ketika ia selesai dan walaupun

simptom depresi meningkat semula dalam susulan 3 bulan namun tidak setinggi ketika

sebelum intervensi bermula.impak negatif juga adalah sedikit. Pengkaji menyatakan bahawa

melalui kajian-kajian lepas, modul yang mempunyai tugasan yang lebih mudah adalah lebih

berkesan. Ini juga jelas dilihat di dalam kajian ini di mana tugasan seperti menulis surat

berterima kasih dan memerlukan peeserta berkomunikasi dengan orang lain menunjukkan

penerimaan yang lebih rendah. Pengkaji juga menyatakan beberapa faktor yang

menyebabkan keputusan adalah kurang memberangsangkan termasuklah pemilihan kriteria

depresi yang tidak serius, menyebabkan penambahbaikan yang dapat ditunjukkan adalah

rendah, selain dari adanya persamaan sesetengah modul dalam positif psikologi dan CBT di

mana peserta sudah melakukan atau mengetahui mengenai tugasan tersebut. Di dalam

konklusi, pengkaji menyatakan bahawa modul atas talian ini berkesan sebagai alatan

tambahan untuk membantu mengatasi depresi tetapi tidak boleh digunakan tanpa rawatan

utama.
GAMBARAN KESELURUHAN

A) struktur organisasi

Struktur organisasi bagi artikel ini juga jelas mengikut format yang standard. Pengenalan

mengenalkan latar belakang dan istilah yang berkaitan kajian, selepas itu bahagian metod

menerangkan kerangka kajian dan instrumen ujian dengan jelas. Ia juga menerangkan cara

sampel diambil. Namun proses penganalisaaan kajian tidak sebegitu jelas di dalam jurnal ini

bagi mereka yang kurang kemahiran dalam pengendalian data SPSS. Ia diikuti dengan

hasil kajian dimana pengkaji menunjukkan jadual hasil dapatan melalui analisis ITT dan PP.

Di dalam penerangan, sesetengah subdomain ataupun item individu telah disentuh namun

data-data item-item lain tidak disertakan. Ini memberikan gambaran yang kurang jelas

berbanding jika item yang diulas juga dibentangkan dalam bentuk rajah di mana pembaca

boleh membandingkan sendiri dengan item lain. Selepas itu, di dalam bahagian

perbincangan, pengkaji menyatakan rumusan hasil kajian dan juga perbandingan dengan

dapatan dari kajian-kajian lain dan faktor yang mungkin menyebabkan perkara ini terjadi.

Secara keseluruhan, rumusan dapatan kajian dalam perbincangan ini lebih mudah difahami

daripada penerangan dalam bahagian hasil kajian. Pengkaji juga menyatakan kekurangan-

kekurangan di dalam kajian ini dan mengaitkannya dengan simptom depresi itu sendiri dan

bagaimana modul itu dibina. Di dalam konklusi, pengkaji menyatakan bagaimana modul

intervensi atas talian ini berguna sebagai alatan tambahan namun tidak bersesuaian untuk

rawatan tanpa rawatan utama sama ada psikoterapi mahupun farmaseutikal dari pengamal

lain.

tauliah penulis

Penulis utama kajian ini merupakan pemegang PhD dan terlibat dengan institusi Depression

Research Centre, German Depression Foundation. Mengikut researchgate.net beliau telah

mepunyai 14 publikasi journal dan telah dipetik sebanyak 64 kali. Selain itu, pengkaji lain

juga adalah terlibat di dalam institusi yang sama dan juga Department of Psychiatry and
Psychotheraphy, Leipzig University. Selain itu modul atas talian ini dihasilkan oleh doktor

perubatan Eckart von Hirschhausen.

B) kesesuaian petikan dan rujukan

Sebanyak lebih kurang 80 petikan dan rujukan dapat dilihat dalam kajian ini. Dapat dilihat

juga mengikut perhubungan antara penulis dan organisasi beliau, kajian yang dipetik

majoritinya berkaitan dengan depresi dan masalah mental lain, dan dilihat dari perspektif

bidang klinikal psikologi, dan perubatan psikiatri. Sebahagian besar juga datangnya dari

German sendiri dan sebahagian berpunca dari negara barat lain. Petikan dari kajian-kajian

mengenai intervensi atas talian juga dapat dilihat disini. Berdasarkan petikan, jelas yang

penulis telah mengadakan pembacaan yang banyak mengikut tajuk kajian yang dibuat.

Kajian yang dipetik adalah relevan dengan tajuk dan penulis juga memasukkan petikan-

petikan kajian yang tidak menyokong kajian beliau sendiri, menunjukkan etika kajian yang

tinggi. Selain itu, penulis juga menyatakan di dalam penulisan jika artikel yang dipetik beliau

masih memerlukan kajian semula.

C) ANALISA KRITIKAL

Artikel ini menunjukkan objektiviti dan etika kajian yang tinggi daripada penulis. Penulis

meletakkan banyak petikan kajian termasuklah dari kajian yang tidak menyokong kajian ini

ke dalam penulisan.

Selain itu, penulis juga mengisi ruang kekosongan ujian terdahulu terutamanya dari segi

penggunaan intervensi lain selain CBT, tempoh ujian yang singkat, kajian penggunaan

intervensi positif psikologi kepada penghidap depresi secara klinikal dan impak negatif

model intervensi atas talian kepada sampel.

Pengkaji juga mengikut perkembangan terkini iaitu intervensi di atas talian yang semakin

popular pada zaman sekarang terutamanya dengan kekangan krisis Covid-19 yang

menyebabkan terapi intervensi secara bersemuka semakin sukar didapatkan untuk


mengurangkan risiko jangkitan terhadap kaunselor dan klien. Ia juga dapat membantu lebih

ramai orang kerana ianya mengurangkan kos.

Secara amnya, rekaan kajian ini adalah sangat berguna dan boleh diguna untuk kajian akan

datang kerana ia meliputi banyak aspek kekurangan yang kajian lain tidak sentuh. Namun

saya juga melihat kegunaan begitu banyak instrumen untuk mengukur domain yang sama

atau hampir sama. Ini mungkin menyebabkan adanya pertindihan dan kemungkinan

membebankan sampel dan membuat mereka menjawab dengan sambil lewa.

Selain itu, gaya penulisan pengkaji terutamanya pada bahagian dapatan kajian adalah agak

kurang jelas, di mana persembahan sesetengah data yang dinyatakan secara rajah boleh

dapat membantu. Selain itu ulasan penulisan mengenai maksud data yang dinyatakan boleh

diperhalusi dengan deskripsi yang lebih terperinci berbanding hanya menyatakan nilai data

dan signifikasinya. Saya juga mengharapkan lebih banyak penerangan di dalam proses

kajian untuk membolehkan jurnal artikel lebih senang difahami untuk mereka yang tidak

mempunyai pengetahuan meluas mengenai rekaan kajian dan analisis SPSS yang

mendalam.

Walaupun tidak disentuh oleh pengkaji, namun jelas kajian dibuat ke atas populasi German

dan menggunakan kajian dari German dan negara barat lain sebagai rujukan. Ini

menyebabkan saya memikirkan sebanyak manakah keputusan yang sama dapat dihasilkan

jika diadaptasi ke budaya lain seperti budaya Asia sebagai contoh. Perbezaan budaya yang

ketara di mana budaya barat lebih kepada memfokus kepada individualism berbanding

collectivism di Asia di mana perhubungan interpersonal dengan keluarga dan golongan

sekeliling memberi faktor yang lebih tinggi bagi setiap orang. Intervensi yang dilakukan

sendiri mungkin kurang berkesan di dalam budaya kita.

Selain itu, kajian ini juga menyentuh tentang positif psikologi, di mana saya dan pengamal

psikoterapi lain lazimnya skeptikal terhadap teori ini kerana kekurangan empati dan

autonomi di mana ia menanam suatu pemikiran atau perbuatan ideal iaitu positif kepada
klien tanpa melihat faktor-faktor lain. Sebagai contoh, dari segi teori humanistik, emosi

negatif adalah tidak wajar cuba untuk ditukar begitu saja. Pendekatan humanistik akan

menjemput klien mengeksplorasi emosi tersebut dan lazimnya ia akan memberikan celik

akal kepada klien mengenai sesuatu yang perlu dilakukan atau diterima oleh mereka. Ia

memberikan pemerkasaan kepada klien untuk membuat perubahan berbanding hanya

melihat kepada perspektif positif sesuatu perkara. Positif psikologi juga dilihat lebih kepada

pendekatan ahli motivasi berbanding kaunselor, Namun berdasarkan impak positif tugasan

yang diberikan, saya mungkin akan mengadaptasi beberapa aspek tugasan ke dalam

praktis saya.

Selain itu, penglibatan intervensi secara kendiri juga membuang asas psikoterapi dan

kaunseling iaitu perhubungan terapeutik antara klien dan kaunselor. Faktor ini secara

lazimnya dilihat oleh pengamal psikoterapi sebagai indikator atau fakto utama perubahan

dalam diri klien. Ini juga dapat dilihat dalam kajian, di mana hasil positif berlanjutan sehingga

modul berakhir, namun simptom depresi mula bertambah semula dalam masa 3 bulan.

Tidak mustahil jika ianya hanya berhasil untuk jangkamasa singkat.

Kajian ini juga banyak memetik keberkesanan penggunaan teknologi di dalam intervensi.

Secara tradisionalnya kaunselor dilatih untuk mewujudkan ruangan terapeuik yang ideal

sebagai contoh dengan posisi SOLER. Namun, ini tidak boleh dicapai daripada

penggunaan teknologi. Saya agak skeptikal terhadap penggunaan teknologi kerana

kekurangan sesetengah faktor yang secara tradisinya dianggap penting dalam kaunseling.

Namun dengan kajian terkini yang dibentangkan, saya akan lebih terbuka untuk cuba

menggunakan teknologi untuk sesi dan lebih fleksibel terutamanya apabila kekangan-

kekangan wujud dan menyebabkan klien tidak dapat datang ke sesi bersemuka.

Anda mungkin juga menyukai