Anda di halaman 1dari 16

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH (USAS)

KSL 6013

PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEM II SESI 2022/2023

TUGASAN KUMPULAN

Tajuk Tugasan:

TEORI KAUNSELING DAN TEORI PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK

Nama Pelajar & No. Matrik:

WAN NUR AMIRA BINTI MEOR MOHAMAD APANDI


I21205772

NUR FARAH AQILAH BINTI AHMAD


I21205691

NUR KHAIRINA AQILAH BINTI MOHD RAZUAN


I21205760

Kumpulan:
G1
Nama Pensyarah

CIK NUR FADHILAH BINTI ABDULLAH FAUZI


KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kandungan

Perkara Muka surat


1.0 Pengenalan 3
2.0 Teori Kaunseling 4
2.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
2.2 Teori REBT Albert Ellis 7
3.0 Teori Perkembangan kanak-kanak
3.1 Tingkah laku kanak-kanak – 10
Imam al-Ghazali
3.2 Teori Psikoseksual- Sigmund Freud 13
4.0 Kesimpulan 15
Rujukan 16

2
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 Pengenalan

Teori atau pendekatan mempengaruhi latar belakang pengalaman tokoh-tokoh. Ramai tokoh
yang telah berjasa dalam bidang ini baik di barat mahupun di timur seperti Piaget, Skinner,
Imam al-Ghazali, Sigmund Freud dan lain-lain. Secara umum, dapat dinyatakan bahawa
sebanyak kajian dilakukan secara atonomi tentang kaunseling dan perkembangan awal kanak-
kanak bagi meningkatkan asas pembentukan pengetahuan serta mendalami ilmu kaunseling
dan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Seligman (Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), terdapat lebih kurang
350 jenis teori kaunseling dan psikoterapi yang telah diutarakan oleh pelbagai tokoh dalam
bidang bimbingan dan kaunseling, serta psikoterapi. Oleh itu, sebagai seorang kaunselor,
mereka harus mengetahui dan bijak dalam mengendali sesi kaunseling mengikut teori-teori
yang bersesuaian digunakan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh klien. Teori yang
digunakan dapat mempengaruhi penyelesaian masalah secara berkesan serta membantu klien
mereka dengan jayanya. Teori-teori kaunseling dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Afektif,
Behavioral dan Kognitif. Klasifikasi teori kaunseling.

Kepentingan dalam bidang perkembangan kanak-kanak mula muncul pada awal abad
ke-20. Pelbagai teori perkembangan kanak-kanak yang telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh
yang menjadi asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan perlu dilihat sebagai proses berterusan perkembangan dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelektual, dan sosial selaras dengan perkembangan individu kanak-kanak yang
mempelajari persekitaran dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan seharian sebagai
persediaan untuk kehidupannya pada masa akan datang (Department of Education and Science,
1990). Perkembangan pendidikan kanak-kanak di negara kita juga banyak dipengaruhi oleh
teori-teori perkembangan kanak-kanak seperti teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori
perkembangan psikososial Eric Ericson dan teori perkembangan fizikal Robert Havighurst.

Dalam kajian ini, pengkaji mendalami mengenai teori-teori kaunseling dan


perkembangan kanak-kanak. Teori kaunseling yang dipilih oleh pengkaji adalah teori
Psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan teori Behavioral (tingkah laku) oleh Albert Ellis. Hasil
kajian teori perkembangan kanak-kanak oleh Imam al-Ghazali (teori tingkah laku) serta teori
psikoseksual kanak-kanak dijalankan oleh Sigmund Freud.

3
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.0 Teori Kaunseling

Teori kaunseling penting kerana menunjukkan kepada kaunselor cara untuk mengkonsepsikan
masalah klien berdasarkan tingkah laku lalu, sekarang dan akan datang (Sharf, 2000). Tanpa
landasan teori, bermakna kaunselor mempraktikkan kaunseling tanpa turutan peristiwa dan
tidak bersandarkan kerangka kerja yang logik. Keadaan ini akan menghasilkan intervensi yang
tidak teratur dan subjektif. Teori berfungsi sebagai kerangka rujukan. Teori bertindak sebagai
pemandu arah dalam proses kaunseling. Pengamalan teori dapat mengurangkan kerumitan
situasi teraputik serta memberikan jalan untuk memahami dan mencari penyelesaian kepada
tindak balas emosi dalam hubungan kaunselor-klien (Lovinger, 1992).

2.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud.
Beliau merupakan doktor perubatan yang menumpukan kerjayanya kepada penyelidikan
berkaitan kecelaruan saraf pada tahap bawah sedar. Teori mempengaruhi latar belakang
pengalaman seseorang tokoh. Sedikit latar belakang mengenai Sigmund; apabila Freud
dilahirkan, bapanya berumur 40 tahun manakala ibunya berumur 20 tahun. Beliau merupakan
seorang anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Beliau lebih cenderung mendapat kasih
sayang daripada ibunya kerana perwatakan ibunya yang muda bersifat attractive dan protective
dalam menjaga anak pertamanya. Berbanding dengan ayahnya seorang yang tegas dan autoriti
menyebabkan Sigmund mempunyai perasaan terpendam terhadap bapanya. Namun, terdapat
impak negative terhadap keadaan yang berlaku iaitu pada peringkat perkembangan, Freud
menjadi ghairah terhadap ibunya. Kecelaruan ini dipanggil sebagai Oedipus Complex.

Pelbagai corak pengalaman persekitaran, pengalaman keibubapaan telah membina satu


teori. Psikoanalisis boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah bagi merawati seorang individu yang
meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya. Sekiranya kita mengikuti fahaman
tradisi, psikoanalisis lebih dianggap sesuai merawati individu yang mana masalah
personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai untuk
membantu mengatasi kesulitan yang dialami seharian pada tahap bawah sedar. Pandangannya
mengenai teori psikoanalisis mengenai fitrah manusia bahawa mereka dilahirkan secara semula
jadi dengan desakan naluri bagi memenuhi kepuasan pada tahap bawah sedar (ID).

4
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sigmund Freud-Tahap kesedaran dan Komponen Personaliti

Freud telah membahagikan minda manusia kepada tiga paras iaitu; tahap sedar,
separa sedar (prasedar), dan bawah sedar. Konsep ini adalah penting dalam teori
psikoanalisis, selain dari Penentuan Psike. Dalam pemikiran manusia, keadaan sedar
merupakan satu tahap yang paling rendah dari segi keutamaan tahap kesedaran. Freud
juga membahagikan sistem saraf manusia kepada tiga bahagian antaranya ialah
kehendak ID pada tahap bawah sedar, EGO pada tahap sedar, dan terakhir ialah
SUPEREGO pada tahap prasedar. Peringkat kesedaran ini serta struktur personality
berkait rapat penting dalam kerja-kerja kaunseling psikoanalisis. Dalam hal ini, teori
psikoanalisis tidak mengetepikan pengalaman sedar (reality), malahan teori tersebut
berpegang pada prinsip pengalaman bawah sedar dicungkil bagi memulihkan tingkah
laku seseorang individu dalam keadaan tahap sedar.

Tahap sedar merujuk kepada seseorang individu berada pada realiti iaitu
dalam keadaan sedar. Pada tahap ini, segala tingkah laku, perasaan, ingatan, serta
pemikiran berada dalam keadaan yang sedar. Namun begitu, perasaan dan pemikiran
merupakan tahap prasedar yang berkait dengan tahap sedar. Sebagai contoh, rasa lapar,
panas, sejuk dan selanjutnya tingkah laku sedar kita akan memenuhi kehendak tersebut.
Dalam kajian ini, struktur personality EGO berada tahap sedar yang memainkan
peranan penting dalam tingkah laku dan personaliti individu.

Seterusnya, tahap prasedar atau dikenali sebagai tahap separa sedar


merangkumi keadaan pemikiran kita berkaitan perasaan yang mengahntar signal atau
isyarat supaya dapat dirasai dalam kenyataan sedar (realiti). Alam prasedar
mengandungi pengalaman yang berada di bawah sedar tetapi jika tumpuan secara
bersungguh-sungguh akan diingat semula dan menjadi sedar melalui inagtan Kembali.
Sebagai contoh, kita tidak boleh memikirkan apa yang akan kita lakukan semalam,
tetapi apabila kita disoal, kita masih boleh mengingati semula tentang tingkah laku yang
dilakukan pada kejadian tersebut. Menurut perkembangan struktur personaliti, SUPER-
EGO dapat mengawal EGO dan ID, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa,
persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Secara tidak langsung, tahap
kesedaran prasedar mempengaruhi sedar dan bawah sedar untuk membantu individu
mengubah tingkah laku ke arah positif.

5
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tahap bawah sedar ini merupakan peringkat yang paling penting dalam
proses psikoanalisis. Peringkat bawah sedar ini yang memainkan peranan
penting dalam membentuk tingkah laku seseorang itu melalui desakan naluri
yang semula jadi seperti desakan tenaga psike (bawah sedar). Freud
menfokuskan tahap bawah sedar ini dalam kajian penyelidikannya. Dalam hal
ini, peralihan tahap bawah sedar memerlukan bantuan yang professional untuk
mendalami pada tahap ini. Sebagai contoh, kaunselor cuba mendalami
pengalaman atau memori yang terpendam dalam diri klien untuk dilontarkan.

Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkan dalam bawah sedar ini
meliputi kata-kata tersasul; mimpi;fantasi atau khayalan seseorang individu.
Kesemua ini merupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersirat di dalam
tahap bawah sedar individu. Penekanan terhadap tahap bawah sedar inilah yang
membezakan antara lainnya di antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain
yang baru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa yang dapat
dicerap. Melalui struktur personaliti manusia, ID berada pada tahap bawah
sedar. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang
primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi
berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id
adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate
gratification). Oleh itu, seseorang membuat tindakan demi menyelematkan
dirinya tanpa memikirkan dengan betul (tidak menggunakan otak pada tahap
sedar) dan mengimbangi melalui prasedar.

6
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.2 Teori REBT Albert Ellis

Teori terapi rasional emotif tingkah laku diasaskan oleh Albert Ellis pada tahun 1955
yang pada mulanya dikenali sebagai terapi rasional. Terapi yang diasaskan ini memberi
penekanan terhadap hubungan di antara kognitif, emosi dan tingkah laku iaitu ketiga-tiga
elemen ini saling bertindak balas dan mempengaruhi antara satu sama lain. Selain itu, terapi
ini juga mengaitkan pemikiran tidak rasional dengan permasalahan emosi manusia serta
mengetengahkan pendapat bahawa manusia mempunyai pilihan untuk terus menyumbang
kepada permasalahan yang dihadapi atau mengambil langkah untuk menghentikan proses
permasalahan itu.

Tujuan awal beliau mendalami ilmu psikoterapi adalah untuk mengatasi kebimbangan
dan fobia yang dihadapinya sendiri. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat risaukan
mengenai pelbagai perkara terutamanya perkara yang berkaitan dengan membina hubungan
dan pengucapan awam. Situasi yang dihadapinya itu telah mendorong Ellis untuk mencari
kaedah bagi mengatasi fobia dan kebimbangannya.

Dalam proses mengatasi fobia dan kebimbangan, Ellis mempelajari pelbagai perkara
yang mempengaruhi pembentukan teori REBT. Antaranya ialah menerima diri tanpa syarat
iaitu ketika beliau melibatkan diri dalam sukan tetapi tidak berjaya mendapat pencapaian yang
baik. Beliau juga menyedari tugasan menangani perasaan malu, iaitu bercakap dengan 130
orang wanita adalah efektif untuk digunakan dan mula mengambil kira tugasan seperti ini
dalam teori beliau.

REBT merupakan terapi pertama yang menggunakan pendekatan kognitif tingkah laku
(Corey, 2013). Falsafah REBT kemudiannya menjadi ikutan dan mempengaruhi pembentukan
terapi kognitif tingkah laku yang lain seperti terapi tingkah laku dialektik oleg Mersha Linehan
yang digunakan untuk membantu klien yang mempunyai gangguan personality Borderline
(Ellis, 2005).

REBT membentangkan pandangan bahawa kognitif, emosi dan tingkah laku tidak
dialami secara berasingan oleh manusia, tetapi secara interaktif iaitu ketiga-tiga elemen ini
saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain (Ellis, 1997). Hal ini bermaksud apabila
salah satu dari elemen tersebut menerima impak dari persekitaran atau peristiwa yang berlaku,
maka elemen-elemen yang lain akan turut menerima kesan kepada emosi yang negatif,
contohnya seperti sedih dan penyelesalan. Manakala kepercayaan tidak rasional pula lahir dari

7
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

kehendak yang rigid dan menggambarkan dalam bentuk “mesti”, “perlu”, “harus”,
“sepatutnya”. Ia mendorong kepada emosi negatif tidak sihat seperti tekanan, kerisauan, rasa
bersalah atau kemarahan.

Dari sudut emosi, REBT melihat kepada fungsi emosi iaitu sama ada ia berfungsi secara
sihat atau tidak sihat. Emosi negatif dianggap sihat apabila ia menggalakkan individu untuk
mengubah perkara yang boleh diubah dan membuat pelarasan serta penyesuaian diri terhadap
perkara yang boleh diubah dan membuat pelarasan serta penyesuaian diri terhadap perkara
yang tidak boleh diubah. Sebagai contoh individu berasa bimbang jika gagal mencapai
matlamatnya. Kebimbangan itu mendorongnya untuk berusaha bersungguh-sungguh agar tidak
gagal. Di sini dapat dilihat “bimbang” adalah perasaan negatif, tetapi ia sihat kerana membantu
individu untuk mencapai kehendak.

Manakala emosi negatif yang tidak sihat mendorong individu untuk mahu akan sesuatu
perkara secara rigid atau menuntut sesuatu perkara yang tidak diingini untuk tidak berlaku.
Emosi ini menghalang individu dari membuat perubahan dan menyesuaikan diri dengan
keadaan (Dryden & Branch, 2008). Sebagai contoh, individu yang gagal dalam peperiksaan
berasa putus asa dan enggan meneruskan pengajian. “putus asa” merupakan emosi yang negatif
dan tidak sihat kerana menghalang individu dari mencapai matlamat (iaitu berjaya dalam
pengajian).

Ellis dan Dryden (1997) membezakan emosi negatif tidak sihat dengan
mengkategorikan emosi-emosi kepada 5 jenis iaitu emosi negatif sihat terdiri daripada emosi
bimbang, sedih, sesal, kecewa dan gusar. Makala, emosi tidak sihat pula terdiri daripada emosi
risau, tertekan,,bersalah, malu dan marah. Kaunselor perlu mengetahui bahawa setiap klien
akan menggunakan perkataan yang berbeza-beza dalam menggambarkan perasaan mereka.
Oleh ity, kaunselor perlu mengenal pasti perasaan klien dengan mengkategorikan perasaan
tersebut berdasarkan kriteria setiap emosi. Selain dari mendatangkan kesan kepada emosi,
kepercayaan juga boleh memberi impak kepada tingkah laku iaitu kepercayaan yang sihat
menyumbang kepada tingkah laku yang rasional dan mengutungkan, manakal kepercayaan
yang tidak sihat membawa kepada tingkah laku yang merugikan.

Secara umumnya, kaunselor mempunyai tugas yang spesifik iaitu membantu klien
mengenal pasti pemikiran tidak rasional, seterusnya membantu klien dengan menggalakkan
mereka mengantikan pemikiran tidak rasional menggunakan aktiviti dan teknik dalam REBT.

8
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peranan yang dimainkan oleh kaunselor haruslah selari dengan matlamat kaunselor. Merujuk
kepada Ellis dan Dryden (1997), bagi menghasilkan perubahan falsafah yang efektif, kaunselor
boleh membantu klien untuk menyedari bahawa dalam kebanyakkan masa, mereka
menyumbang kea rah gangguan psikologi sendiri, walaupun persekitaran turut mempengaruhi
masalah yang mereka hadapi. Seterusnya mereka memperercayai bahawa mereka mempunyai
kemampuan untuk mengatasi kebimbangan mereka sendiri. Seterusnya, memahami bahawa
gangguan emosi dan tingkah laku berpunca daripada pemikiran tidak rasional. Seterusnya,
mengenal pasti kepercayaan tidak rasional dan menggantikannya dengan kepercayaan rasional.
Seterusnya, mengubah kepercayaan tidak rasional dengan menggunakan teknik-teknik yang
berkaitan dengan realistic dan logic. Selain itu, klien juga belajar untuk menentang
kepercayaan tidak rasional menggunakan emosi dan tingkah lakunya. Seterusnya, berusaha
untuk mengekalkan kepercayaan rasional dengan mengaplikasikan beberapa kaedah kognitif,
emosi dan tingkah laku. Dan yang akhir sekali ialah meneruskan proses perubahan dengan
menggunakan pelbagai model dan pendekatan.

REBT berpandangan bahawa hubungan di antara kaunselor dan klien dalam sesi
kaunseling pada asasnya tidak terlalu mesra. Ellis khuatir kemesraan yang keterlaluan boleh
menimbulkan beberapa halangan kepada kaunselor untuk menjadikan terapi sebagai sesi yang
teraputik. Hubungan yang melibatkan emosi secara mendalam akan menjurus kepada
kebergantungan klien kepada kaunselor, kegagalan klien untuk belajar membuat keputusan
secara objektif kerana mengharapkan persetujuan kaunselor, serta menyukarkan kaunselor
untuk menunjukkan kepada klien pemikiran, emosi, dan tingkah lakunya yang tidak rasional
kerana takut klien berkecil hati.

Selain itu, kaunselor perlu mempamerkan penerimaan tanpa syarat agar klien merasa
selesa untuk menjadi diri sendiri dan mendedahkan masalah sebenar (Corey,2013). Kaunselor
harus menerima klien sebagai manusia yang tidak sempurna tetapi boleh dibantu untuk
memperbetulkan diri dengan mengunakan teknik-teknik tertentu. Secara tidak langsung,
kaunselor menujukkan contoh yang baik kepada klien agar klien turut menerima dirinya dan
orang lain seadanya sebagai manusia yang setiasa melakukan kesilapan (Corey,2013).

Kaunselor juga digalakkan untuk berkongsi mengenai kepercayaan dan nilai diri
bersama klien. Menurut Corey (2013), dengan perkongsian pengalaman hidup bersama klien,
ia boleh membantu klien untuk memahami bahawa kaunselor juga manusia biasa dan bukanlah
manusia sempurna seperti yang difikirkan oleh klien.

9
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Teori Perkembangan kanak-kanak

3.1 Tingkah laku kanak-kanak – Imam al-Ghazali

Imam Al-ghazali dilahirkan sebagai Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-
Ghazali pada 450H/1058M di Ghazali, sebuah pekan kecil di Thus (wilayah Khurasan) Iran
(kini dikenali sebagai Meshed). Beliau merupakan anak murid Imam Al-Haramyn, Abu Al
Ma'ali Al-Juwaini & merupakan pakar dalam bidang Fiqah Al-Syafii' dan Kalam Al-Asy'ari.
Salah satu buku beliau yang terkenal ialah Ihya' Ulumuddin yang ditulis selepas menyedari
bahawa orang Islam mula melupakan agama. Beliau sangat menekankan pendidikan awal
kanak-kanak. Imam Al-Ghazali adalah tokoh pemikir Islam kurun ke-6 Hijrah. Pengaruh
pemikiran al-Ghazali di kalangan bangsa Arab atau bukan Arab. Hasil karyanya dibaca dan
dikaji di Timur dan di Barat sehingga kini.

Menurut beliau Ibu bapa perlu memerhatikan pendidikan anak-anak mereka sejak kecil.
Kanak-kanak tidak digalakkan tidur siang kerana akan membentuk sifat malas dalam diri,
walau bagaimanapun jangan halang mereka untuk tidur pada waktu malam. Kanak-kanak
(lelaki) digalakkan untuk tidur di atas tilam/tempat yang keras agar tubuh menjadi kental dan
kuat. Kanak-kanak perlu dilatih mengenai tingkah laku alam majlis tertentu misalnya jangan
meludah atau menghembus hingus dihadapan orang, menguap dihadapan orang, duduk
membelakangi orang lain, duduk menyilangkan kaki dan memanggung dagu dengan
tanganMereka tidak seharusnya meminta orang lain menjaga dan menyusukan anak-anak
kecuali oleh perempuan yang taat beragama, yang berilmu dan hanya memakan makanan halal
(Syaikh Muhammad Jamaluddin:443)

Imam Al-Ghazali menekan pemberian ganjaran kepada kanak-kanak. Menurut beliau


kanak kanak yang berkelakuan baik wajar diberikan ganjaran dan pujian bagi menggembirakan
hati mereka, jika mereka membuat kesilapan tanpa sengaja ibu bapa perlu berpura-pura tidak
perasan kesilapan/kesalahan tersebut dan tidak memalukan mereka dengan menceritakan
kesilapan/kesalahn tersebut kepada orang lain. Tapi jika kanak-kanak mengulangi
kesilapan/kesalahan tersebut buat kali kedua, ibu bapa perlu bercakap dengan mereka secara
bijak bahawa kelakuan tersebut tidak boleh diterima. Untuk menasihati anak juga ada caranya.
Ibu bapa diminta tidak terlalu mengkritik. Imam Al -ghazali menekankan aspek bermain kerana
tabiat kanak-kanak, membina tubuh yag kecil dan menguatkan otot, membuatkan kanak-kanak
gembira dan bermain membolehkan kanak-kanak bersantai setelah penat belajar.

10
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menerusi proses penyoalan (sesi soal-jawab) pelajar sebagai contoh, mereka sebenarnya
berkehendakan sesuatu maklumat yang baru dengan bantuan gurunya yang seharusnya lebih
arif dan berpengalaman. Sesi soal-jawab ini menghasilkan perkara yang berfaedah.
Muhammad M. Benomran (1983) seperti pelajar dapat meyelesaikan kekeliruan yang wujud
dalam minda mereka, di samping menambah pengetahuan dan kesedaran, jawapan yang
diterima itu akan dapat memuaskan pelajar kerana dengan jawapan tersebut ia dapat meluaskan
serta menambah pengetahuan guru itu juga dan membolehkan pelajar lain yang turut serta
dalam sesi tersebut menambah pengetahuan mereka.

Sehubungan dengan itu menurut Al-Ghazali lagi konsep beri dan terima (give and take)
di antara pengajar dan pelajar mempunyai dua tujuan utama iaitu menjadikan kehidupan dunia
ini aman dan mendapat faedah di akhirat kelak. Al-Ghazali berpendapat Allah memberkati
setiap individu yang mana perasaan, perkataan, keikhlasan tingkahlaku ataupun apa sahaja
yang menuju ke arah keikhlasan mengajar dan belajar. Al-Ghazali menjelaskan juga pendidikan
merupakan proses bagi mehtih akal, jasmani dan moral individu agar menjadi manusia yang
berguna di dunia dan akhirat. Al-Ghazali menekankan kepentingan proses mengajar dan belajar
ini sebagaimana ikhlasnya usaha seseorang pelajar untuk belajar dan keperolehan ilmu
pengetahuan yang mendalam dan luas dalam diri pengajar atau guru seperti tingginya faedah
dengan melakukan amai kebajikan kepada umat manusia.

Bagi melicinkan proses pembelajaran, murid hendaklah menepati masa yang telah
ditetapkan. Penyertaan kelas sebegini perlu diterapkan sejak awal lagi kerana ianya sangat
penting terutamanya ketika sudah mempunyai pekerjaan nanti. Sewajarnya tiada alasan untuk
lambat menyertai kelas melainkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Hadir lambat dan
membiarkan guru tertunggu-tunggu kehadiran murid adalah suatu hal yang tidak sopan. Adab
terhadap guru adalah suatu hal yang sangat dititikberatkan oleh para penuntut ilmu di zaman
silam. Namun di era serba moden dan maju ini, adab terhadap guru dilihat kian luntur dan
seolah-olah diasingkan dari proses menuntut ilmu. Hakikatnya, adab dan ilmu adalah dua hal
yang saling berkait dan perlu diselarikan dalam usaha meraih keberkatan berpanjangan dari
ilmu yang disampaikan oleh guru.

11
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pandangan Kitab Ihya' Ulumuddin Mengenali Pendidikan Kanak-Kanak


Berdasarkan pengamatan di dalam buku-buku penulisannya seperti Ihya ulum al-Din,
Imam Al-Ghazali banyak berorientasikan kepada batiniah daripada hanya
berorientasikankepada pengetahuan duniawi sahaja. Beliau memandang pendidikan
sebagai suatumedium untuk mendekatkan diri lagi kepada Allah dan untuk mencapai
kebahagiaandunia dan akhirat. Corak pemikiran al-Ghazali mengenai pendidikan lebih
cenderung kepada pemikiran sufi dan lebih bersifat rohaniah. Ini kerana ciri khas
pendidikan Islam itulebih menekankan pentingnya menanamkan nilai moral yang
dibina berdasarkan dariakhlak-akhlak Islam.

Anak ialah tanggungjawab ibu bapa. Jiwa mereka adalah suci seperti mutiara,
sangat bernilai, murni dan bebas daripada sebarang kerosakan dan bentuk. Mereka akan
menerima dan mengikut apa sahaja yang diberikan kepada mereka. Jika kanak kanak
dibesarkan dalam tingkah laku yang baik, mereka akan membesar dalam persekitaran
yang baik dan menjadi manusia yang baik. Ibu bapa.guru, penjaga dan orang lain yang
terlibat akan mendapat ganjaran daripada Allah. Jika kanak-kanak didedahkan kepada
tingkahlaku buruk dan pendidikan mereka diketepikan, mereka akan membesar
menjadi orang yang tidak baik dan dosa-dosa regreka akan ditanggung oleh ibu bapa
dan orang yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Kitab Ihya Ulumuddin menjadi asas manhaj pendidikan Al-Ghazali dalam


menjelaskan secara terperinci mengenai klasifikasi dan sumber ilmu serta hubungan
dengan tuntutan sosial. Klasifikasi ilmu membincangkan tentang pembahagian ilmu
oleh al-Ghazali ialah pendekatan dalam pendidikan ilmu berdasarkan kelompok
masyarakat, ilmu praktis, sumber ilmu dan fungsi sosial. Bidang tersebut dipecahkan
pula kepada tajuk-tajuk yang dibincangkan seperti Muamalah dan Mukasyafah al-
Qulub. (Abdul Salam Yussof, 2010).

12
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

3.2 Teori Psikoseksual- Sigmund Freud

Menurut Freud, proses perkembangan kanak-kanak terdiri daripada peringkat


yang telah ditentukan menurut beberapa urutan:

Peringkat oral.

Kepuasan yang mula dirasai oleh seorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di
mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan dalam lingkungan umur 0 hingga 18 bulan,
kepuasan bayi terletak pada bahagian mulut seperti menghisap, mengginggit, menangis, dan
menelan fahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaan lekatan sebagai mekanisma
bela diri semasa dewasa yang boleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan ingin
mengetahui.

Peringkat anal

Pada tahun kedua iaitu pada umur kanak-kanak 2 sehingga 4 tahun, kanak-kanak mula
berkembang dan berupaya mengasingkan fungsi pembuangan najis dari kehendak nalurinya
yang semula jadi. Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yang sesuai bagi melaksanakan
kehendak pembuangan najisnya. Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yang
dilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkat dewasa.

Peringkat falik

Mengikut pendapat psikoanalisis, pada peringkat 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak mula


berseronok dengan organ jantinanya. Peringkat ini juga merupakan permulaan berkembangnya
kompleks oedipus dan kompleks elektra. Kompleks oedipus berlaku pada kanak- kanak lelaki
apabila tanpa disedari ianya tertarik kepada ibunya. Kartasis penarikan ini juga berlaku
terhadap kanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengan kompleks elektra. Rasa
tidak puas terhadap sama ada ibu oleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-
kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut serta mendapatkan perhatian kepada ibu
atau bapanya. Peringkat paling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksual yang
berkembang dalam diri seorang individu.

13
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Peringkat Latensi (pendaman)

Pada umur lima hingga dua belas tahun, kehendak seksual terpendam. Maka
bermulalah gejala penyekatan seksual dalam diri individu. Walau bagaimanapun,
peringkat ini juga penuh dengan suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun
kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesama rakan sama
ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

Peringkat genital

Sebaik sahaja kanak-kanak menghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti


dengan struktur ego yang mengambil alih semula perkembangan diri. Pada masa ini,
objek yang jitu dari segi perkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yang
berfungsi. Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkan secara pengalaman yang baru
serta bermakna bagi diri individu. Individu mula dengan peranan sosialisasi,
perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikan interaksi seksual dan
persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Zaman kanak-kanak
ditinggalkan dan bermula dengan peringkat kedewasaan.

14
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa hubungan kaunselor dengan klien sangat
baik semenjak awal sesi kaunseling. Pengkaji telah menggunakan pelbagai kemahiran
pemerhatian semasa proses kaunseling berjalan. Kemahiran pemerhatian adalah penting
dikuasai oleh kaunselor untuk membina hubungan dan memahami diri klien. Sebagai kaunselor
yang terlatih, mereka telah menggunakan dua teori sebagai asas dalam memahami
permasalahan klien iaitu teori psikoanalisis dan psikologi tingkah laku. Kedua-kedua teori ini
bermatlamat membantu klien celik akal. Di samping penggunaaan teori sebagai asas utama
untuk membantu kaunselor melihat permasalahan klien, kaunselor juga menggunakan pelbagai
kemahiran asas kaunseling. Kaunselor juga telah menggunakan pelbagai teknik untuk
membantu klien bagi mencapai matlamat klien.

Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan


memberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat
keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan. Setiapa satu teori
mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang dikemukakan. Oleh
itu, kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita mengetahui kesannya ke atas
perkembangan kanak-kanak. Antara faedah utama yang dapat membantu guru sekiranya
mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan ialah:

(a) dapat menyediakan isi pelajaran dan objektif yang sesuai dengan keupayan, mental, jasmani
dan emosi pelajar.

(b) menyediakan sumber pengajaran-pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar,


disamping bermakna dan menyeronokkan.

(c) menyediakan pelajaran yang bermula daripada senang kepada susah, umum kepada
khusus dan konkrit kepada abstrak.

(d) menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan mental,


jasmani dan emosi pelajar.

(e) memotivasi dan membimbing pelajar pelajar untuk melakukan pemindahan pembelajaran
hasil daipada pemahaman konsep yang telah dipelajari.

15
USAS
KSL 6103
PENGANTAR BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Rujukan

Aina Razlin, Mohammad Roose (2015) Kenali REBT semudah ABC: teori & konsep
asas terapi rasional emotif tingkah laku. Universiti Malaysia Sarawak, (UNIMAS).
http://ir.unimas.my/id/eprint/11011

Nor Syahirah. (1999). Terapi Rasional Emotif Ellis Albert. Academia.edu.


https://www.academia.edu/38730771/TERAPI_RASIONAL_EMOTIF_ELLIS_ALBET
_ASS_

Othman Mohammed. (1997). Teori Psikoanalisis. Dokumen.Tips.


https://dokumen.tips/documents/teori-psikoanalisis-55979977a449a.html?page=1

Yahaya, Azizi. (2010). Bab 2: Teori-teori Perkembangan. Research.net.


https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

16
USAS

Anda mungkin juga menyukai