Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

(Pengajaran Aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur Tahun 1 : Pendekatan


Komunikatif)

Tarikh : 18.82013 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi-10.00 pagi

Bilangan murid : 26 orang (Lelaki : 10 , Perempuan 16 orang )

Tahun : 1 Bijak

Tema : Pertanian dan penternakan

Tajuk : Menemani ibu ke pasar

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut 1.2.4 mendengar, memahami, menyebut dan
bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, mengeja perkataan yang mengandungi suku
perkataan, frasa dan ayat dengan betul. kata terbuka dan tertutup dengan betul dan
tepat.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

i) Mendegar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan barang-barang


jualan di pasar
ii) Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii) Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga
suku kata dengan sebutan yang betul.

Sistem bahasa

 Tatabahasa : Kata nama am


 Kosa kata : Cendawan

Pengisian kokurikulum

1
 Ilmu: Sains, Pendidikan Kesihatan
 Nilai Murni : Kerjasama, rasional, berdikari, kesyukuran, kesederhanaan
 Kreativiti dan Inovasi : Membina intonasi lagu
 Keusahawanan : berdedikasi untuk berusaha

Strategi

 Kemahiran belajar cara belajar : Belajar dengan mendengar dahulu bunyi suara
daripada guru dan meniru semula.
 Pembelajaran kontekstual : Menghubungkaitkan barangan jualan di pasar tani
dengan suasana ketika membeli.
 Kemahiran berfikir : Menjana idea mengenal pasti
 Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik interpersonal
 Teknik : Pendengaran, menulis, menyebut, klasifikasi, hubung kait, merumus

Alat bantu mengajar

Bil Jenis Kuantiti

1 Komputer riba 1

2 LCD 1

4 Lembaran kerja 3 set X 26=78 keping

2
Isi pelajaran Langkah dan aktiviti Catatan

Gambaran mengenai tajuk Set induksi (5 minit) BBB


pembelajaran ‘menemani 1. Guru menunjukkan murid video klip - Komputer riba
ibu ke pasar’ suasana di pasar pada waktu pagi - LCD
2. Guru mengaitkan aktiviti dengn tajuk
pelajaran Ilmu
- Sains

TMK
- Klip video

Soalan Langkah 1. (15 minit)


Cuba dengar dengan teliti 1. Guru menunjukkan gambar-gambar BBB
daripada guru dan sebutkan barang-barang jualan dipasar tani - LCD
semula. kepada murid. - Komputer
2. Guru menamakan barang-barang riba

Ikan Ayam jualan di pasar tani kepada murid dan Teknik


murid mendengar dengan teliti - Pendengaran
Sotong Ketam
3. Murid diminta menyebut semula
Timun Kangkung
barang-barang jualan oleh guru secara Nilai Murni
Kobis cendawan
indidvidu, kumpulan atau kelas - Kerjasama
- Rasional

TMK
- Gambar slaid

3
Hasil pembelajaran Langkah 2 (10 minit) BBB
Cuba sebut apabila guru 1. Murid menyebut perkataan yang 1) Komputer riba
menunjukkan gambar. berkaitan dengan barang-barang jualan 2) LCD
di pasar tani KB
Ikan Ayam 2. Murid meyebut semula perkataan yang 1) Mengumpul dan

Sotong Kerang berkaitan mengandungi suku kata mengelas


terbuka dan tertutup dengan bimbingan
Ketam guru. Nilai Murni
1) Kerjasama
Timun Kangkung
2) Berdikari
Kobis Kacang

cendawan

Soalan Langkah 3 (10 minit) BBB


Sebutkan nama gambar 1. Guru mengedar kertas latihan kepada 1) Kertas lembaran
dan tuliskan perkataan. murid kerja
2. Murid diminta menulis pada tempat
ayam kosong, mengeja dan membaca Teknik
perkataan yang telah disuaikan dengan 1) Menulis
gambar menggunakan sebutan yang 2) menyebut
betul.
ikan
Nilai murni
1) Kesyukuran

kobis

Kata nama am Langkah 4 (15 minit) BBB


Soalan Aktiviti 1 1) Kertas
Sebutkan dan tuliskan 1. Murid diberikan kertas lembaran kerja lembaran
perkataan yang 2. Murid menyebut perkataan yang kerja
menunjukkan barang jualan terdapat pada kad dan mengasingkan KB
daripada tumbuh-tumbuhan kad-kad yang menunjukkan barang 1) Klasifikasi
dan daripada haiwan. jualan daripada tumbuh-tumbuhan dan 2) Hubung kait
barang jualan daripada haiwan.
3. Murid mengkelaskan perkataan yang Nilai

4
menunjukkan barang jualan daripada - Kesyukuran
Ikan Ayam
tumbuhan dan barang jualan daripada

Sotong Kerang haiwan.

Ketam Aktiviti 2 Lembaran kerja

Timun Kangkung Penggayaan pemulihan


1. Murid mengeja dan menyebut
Kobis
- Kacang perkataan yang ditunjukkan Lengkapkan suku
kata supaya
cendawan
menjadi perkataan
Pemulihan
Haiwan 1. Murid menyebut suku kata yang
ditunjukkan I+ ……=.……

2. Murid menggabungkan suku kata


menjadi perkataan dan mengeja serta
menyebut perkataan itu.
Ke+....=……..

So+…..=……
Tumbuhan

A+…..=……..

Ko+…..=……
Rumusan isi pelajaran Penutup (5 minit) KB
- Murid dapat 1. Murid diminta menyebut dan mengeja 1) Merumus
mengetahui barang- nama-nama barang jualan di pasar tani
barang jualan di 2. Guru memberi sedikit penghargaan Nilai
pasar kepada murid kerana komitmen 1) Kesyukuran
memberi tumpuan ketika guru 2) kesederhanaan
Sosial: mengajar.
- pujian dan

5
semangat
penghargaan

Kognitif
- Ayam dibekal oleh
pemborong
- Ayam dibuang bulu
sebelum dijual

Refleksi :

6
2. Bincang dengan contoh-contoh yang jelas sejauh manakah Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Bahasa Melayu dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Bagi mengetahui sejauh manakah Sukatan Pelajaran KBSR dan KSSR dalam
merealisasikan FPK,perlu dilihat terlebih dahulu elemen-elemen pengisisan yang ada
didalam FPK. FPK berbunyi seperti dibawah :

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dab harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketramplian, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga. Masyarakat dan negara.”

Antara elemen-elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung iaitu pendidikan


suatu usaha berterusan. Hal ini kerana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Malah, saya juga dapati daripada sukatan
pelajaran KBSR dan KSSR berusaha untuk merealisasikannya seperti berusaha untuk
membentuk sahsiah diri pelajar akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan
Disamping itu membantu inidividu pelajar menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan
persekitaran seperti aktiviti lakonan dengan ahli keluarga dan sebagainya.

Tambahan pula, saya juga mendapati sukatan pelajaran KBSR dan KSSR bahasa Melayu
dapat merealisasikan hasrat FPK iaitu mengembangkan lagi potensi individu pelajar
sehinggalah ke akhir hayat. Hal ini kerana, setiap individu diberkati dengan bakat, potensi
dan kebolehan yang terpendam. Maka bakat seseorang pelajar perlulah digarap, diasah dan
dilatihkan lagi untuk dipertingkatkan maju kehadapan. Oleh itu, pendidikan seharusnya wajar
untuk memberikan peluang individu mengembangkan lagi bakat mereka ke hadapan.
Antara bakat-bakat yang saya kenal pasti pada seseorang antaranya pandai dalam aktiviti
seni visual, mahir dalam berpidato, pandai bersukan, pandai menyanyi, berlakon dan
sebagainya. Oleh itu, saya melihat didalam sukatan pelajaran KBSR dan KSSR bahasa

7
Melayu cuba untuk merealisasikan hasrat ini. Antara kandungannya iaitu penglibatan
menyeluruh pada seseorang pelajar dengan aktiviti berkumpulan bercerita dihadapan kelas,
menjadi watak lakonan seperti pelakon-pelakon teater, aktiviti melukis dengan penyesuaian
subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual.

Disamping itu, antaran elemen lain FPK iaitu membentuk insan yang seimbang dan
harmonis. Hal ini kerana, untuk membentuk insan itu harmonis perlulah memiliki ilmu
(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang
baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Malah, dengan adanya keempat aspek-
aspek ini juga bukan dapat membentuk individu yang seimbang dan harmonis dengan baik
pada diri sendiri tetapi juga dengan persekitaran orang lain. Oleh itu, sukatan pelajaran
KBSR dan KSSR bahasa Melayu turut juga menyelit hasrat FPK didalam aktiviti pelajaran.
Antara aktiviti yang dapat diketahui iaitu melakonkan watak perbualan murid-murid dengan
orang yang lebih tua, aktiviti permainan secara berkumpulan dalam bentuk pertandingan
dan sebagainya. Tambahan pula ’unsur intelek’ didalam FPK dapat menguasai 3 kemahiran
asas didalam mencari ilmu pendidiakan iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Tambahan pula, FPK turut melahirkan individu yang berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif, kritikal dan reflektif. Pada pandangan saya kemahiran asas 3M dapat saya dapati
didalam KBSR dan KSSR, antaranya akitivi yang saya ketahui iaitu aktiviti membaca
sesuatu artikel pendek didalam kelas sama ada daripada suratkhabar, majalah dan
sebagainya. Tambahan pula, aktiviti merealisasikan kemahiran menulis dikalangan pelajar
juga saya dapati. Sebagai contoh pelajar menulis abjad, menulis patah perkataan dan
sebagainya apabila diminta oleh guru ketika sedang mengajar.

Malahan juga, didalam sukatan pelajaran KSSR lebih menekankan kepada pembentukkan
pelajar dengan daya kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan
komunikasi. Ini adalah sejajar dengan hasrat FPK iaitu berkemahiran untuk berfikir secara
kreatif, kritikal dan refelktif. Pelbagai aktiviti yand dilakukan iaitu demi merealisasikan hasrat
ini antaranya guru boleh menjalankan aktiviti kepada pelajar bercerita mengenai khayalan
diluar kotak manusia seperti pelajar bercerita terjumpa dengan makhluk asing, pelajar
bercerita memiliki kereta seperti dalam rancangan ‘Batman’ dan sebagainya.

Tambahan pula, hasrat FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
adalah bermaksud setiap modal insan yang berada di bangku sekolah dilatih supaya
menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Disamping itu, dapat mematuhi

8
peraturan dan undang - undang negara. Disamping itu, dapat juga berusaha untuk
meningkat diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Melihat pada hasrat FPK,
saya mendapati sukatan pelajaran KBSR dan KSSR Bahasa Melayu turut
merealisasikannya. Sebagai contoh, aktiviti dapat dijalankan seperti menjadi watak orang
pekerjaan seperti polis dan perompak, tentera dan pengganas dan sebagainya dalam satu
teater. Ini dapat memberikan gambaran lebih jelas masa hadapan pelajar lebih cerah dan
menjunjung aspirasi FPK.

Disamping itu, hasrat FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini dapat
diperjelaskan lagi iaitu berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat tolerasi,
bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya.Disamping itu hasratnya
lagi iaitu mematuhi perlembagaan dan peraturan negara dan mempertahankan maruah diri,
profesion, agama, bangsa dan negara. Dalam sukatan pelajaran KBSR dan KSSR bahasa
Melayu, saya dapati adanya objektif sukatan yang hendak dicapai demi merelisasikannya.
Antaranya guru boleh membentangkan klip video yang memaparkan cerita pendek yang
bertemakan disiplin diri pelajar, nilai hidup sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan
semangat patriotik. Tambahan pula, guru juga boleh mengaturkan aktiviti lakonan seperti
kes disiplin pelajar dalam mengajar pembentukkan disiplin diri pelajar dan hidup
berperaturan di sekolah.

9
2.0 Refleksi

Bersyukur kepada Allah S.W.T, akhirnya dapatlah jua saya menyiapkan tugasan ini
dengan pelbagai cabaran yang menikam diri sehingga saya terpaksa lalui seperti
pembahagian masa, pencarian maklumat dan sebagainya. Walapun begitu, saya terpaksa
juga perlu berusaha untuk mengharungi cabaran kerana kalau diri kita tidak berusaha
bersungguh-sungguh bergerak ke hadapan, siapa lagi mahu mendokong kita bergerak ke
hadapan dalam keadaan kita rebah.

Bagi Semester 2 ijazah ini, cabaran yang saya lalui agak sukar terutamanya saya
membahagikan masa untuk melakukan kerja dan sebaliknya. Sebagai contoh, pada
semester ini pembahagian masa saya agak tertekan seperti membahagikan masa untuk
meraikan hari raya, mengikuti Program Bersepadu Sekolah (PBS) dan ketetapan waktu
untuk menyiapkan tugasan kerja lain. Hal ini kerana tugasan ini perlu disiapkan selepas
hari raya dan PBS dalam waktu terdekat. Mula-mula sekali, saya mencari dahulu apa itu
KBSR, KSSR dan FPK. Banyak perkara saya dapati daripada tiga perkara ini yang dapat
jadikan panduan untuk menyiapkan tugasan. Walau bagaimanapun, rangkaian jalur lebar
di maktab,agak perlahan dan memakan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat
yang saya cari. Disamping itu, banyak laman sesawang yang disekat untuk saya mencari
maklumat. Keadaan ini pastinya saya membuat kerja dalam keadaan meluat dan
merunsingkan. Oleh itu saya terpaksa jualah mencari jalan lain agar lebih meniimatkan
masa, wang dan tenaga daripada mengharapkan pencarian maklumat daripada rangkaian
jalur lebar pastinya banyak memakan masa. Saya juga mencari bahan-bahan maklumat
daripada perpustakaan maktab seperti buku, jurnal dan sebagainya untuk mendokong lagi
dalam pencarian maklumat yang saya cari. Walaupun saya mencari, ianya tetap memakan
masa kerana mencari bahan seperti buku, jurnal dan sebagainya ini terpaksa saya mencari
satu persatu untuk mendapatkanya.

Disamping itu, saya juga mendapatkan maklumat daripada pendapat rakan sekelas dan
bimbingan agar saya membuka jalan agar lebih memahami kehendak soalan tugasan ini.
Malahan juga, ketika saya berada dikampung untuk menyambut hari raya tidak lama lagi,
saya juga terpaksa mencari bahan carian didalam jalur lebar di pusat siber yang berada di

10
pekan kampung saya. Walaupun saya tahu untuk mencai maklumat di pusat siber akan
mengeluarkan wang, saya terpaksa jua untuk menggadaikannya agar pencarian maklumat
didalam jalur lebar mempercepatkan lagi urusan kerja saya.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, dapatlah saya memahami mengenai huraian
sukatan KBSR dan KSSR bahasa Melayu yang amat berguna pada saya ketika menjadi
guru bahasa Melayu di sekolah nanti. Tambahan pula, sukatan pelajaran ini dapatlah saya
memahami yang menjadikan satu landasan kepada diri individu setiap insan pelajar
dikehendaki semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui sukatan pelajaran ini,
dapatlah saya menjadikan sebagai ukuran dan panduan bagi menyediakan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) di sekolah nanti. Disamping itu, sukatan pelajaran ini juga dapat
saya memudahkan lagi kerja, menjana idea dan memanfaatkannya untuk membentuk
minat kepada pelajar untuk terus berusaha dengan gigih agar masa depan pelajar akan
lebih cerah nanti.

Sepanjang perjalanan dalam menyiapkan tugasan ini, pahit manis, suka dan duka sentiasa
mewarnai setiap laluan dan liku-liku rintangan untuk menyiapkan tugasan ini.
Walaubagaimanapun, cukuplah pengalaman saya untuk menyiapkan tugasan kerja
dengan pelbagai rintangan agar mematangkan lagi saya supaya mengurangkan perasaan
tertekan ketika menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan kepada Puan Rodiah yang
sentiasa sudi memberi bimbingan, dorongan dan tidak pernah lelah melayani karenah dan
rungutan daripada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Malah tidak dilupan juga kepada
ibu-bapa turut memberi sokongan dan harapan untuk menyiapkan tugasna ini.

11
4.0 Bibliografi

Rujukan buku

Bahagian pembangunan Kokurikulum (2012), Kokurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR), Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahap 1, Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia

Choong Lean Keow (2011). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: U.G
Press Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kokurikulum (2003), Sukatan Pelajaran Kokurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan
Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Internet

http://cikgurohanimu.blogspot.com/

http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp.html

12

Anda mungkin juga menyukai