Anda di halaman 1dari 17

DHB 4143 BAKING & PASTRY QUALITY ASSURANCE MINITORING

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : NURFARIZA SYAHIRA BINTI AHMAD FARID

NO KAD PENGENALAN : 020212 – 10 – 0598

NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD HAFIZ BIN ABDULLAH

TARIKH HANTAR : 6 JANUARY 2022


ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN

1. Pengenalan Organisasi 1

2. Pengenalan kepada cadangan produk 2

3. Bahan – bahan dan Cara pembuatan produk 3–5

4. Carta Alir pembuatan Produk 6

5. Anggaran kos perbelanjaan 7–8

6. Cadangan pembungkusan produk 9

7. Cadangan untuk mempromosikan produk 10

8. Elemen – eleman :- 11

o Quality Assurance (QA)

2. KESIMPULAN 12

3. LAMPIRAN 13 – 14
 PENGENALAN ORGANISASI

Dream baker’s merupakan sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan berasaskan


produk bakeri dan pastri iaitu sebuah organisasi yang menghasilkan produk buatan sendiri.
Dream baker’s menghasilkan pelbagai produk bakeri dan pastri seperti biskut, roti, pastri dan
juga kek. Dream baker’s akan menghasilkan produk pada hari yang sama, tujuannya adalah
bagi memastikan setiap produk yang dibeli oleh pelanggan mestilah berkualiti dan bermutu.
Dream baker’s menyediakan produk harga mampu milik. Setiap golongan masyarakat
mampu membeli produk yang kami hasilkan. Harga terdiri daripada RM 3.00 sehingga RM
15.00. Pelbagai produk yang kami sediakan seperti croissant, baguette, pizza, truffle dan lain
– lain.

Produk yang paling laris di Dream baker’s adalah croffle. Kami menyediakan pelbagai
variasi perisa croffle seperti coffee, chocolate, Cream Cheese Strawberry dan juga perisa
savouri seperti Chicken Sausage Croffle. Organisasi ini memilih lokasi yang strategik di
Kawasan Bandar Kajang. Untuk menambahkan lagi pelanggan, kami akan mengiklankan
produk kami di pelbagai variasi iklan seperti mengedarkan brochure, menyebarkan iklan di
media sosial dan membentangkan poster di hadapan organisasi kami. Pihak organisasi akan
sentiasa mengemas kini produk – produk yang dihasilkan oleh kami di instagram, twitter dan
juga facebook. Kebanyakannya pelanggan kami terdiri daripada media sosial oleh kerana
produk di Instagram yang menarik minat mereka. Ahli perniagaan ini telah menjalani
pelbagai ilmu tentang penghasilan produk bakeri dan pastri serta pengurusan perniagaan.
Kami telah menggunakan modal sendiri untuk memulakan perniagaan. Organisasi ini
menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada semua pelanggannya. Sebagai contoh, organisasi
ini menyediakan tempat makan yang selesa untuk pelanggan “dine – in” di kedai kami. Kami
menyediakan meja dan kerusi yang selesa dan juga penyaman udara. Selain itu, kami juga
menerima tempahan produk untuk majlis istimewa. Seperti contoh, menerima tempahan bagi
kek majlis perkahwinan, majlis tunang dan majlis hari jadi. Kami akan mengambil tempahan
produk seminggu sebelum tarikh majlis dilaksanakan. Organisasi ini juga menyediakan
penghantaran ke tempat pelanggan. Kami mengambil sedikit pembayaran mengikut kadar
jarak tempat pelanggan kami bermula pada harga RM 3.00 – RM 10.00. Setiap perayaan,
kami akan menghasilkan sesuatu produk yang istimewa untuk menarik minat pada pelanggan
kami. Maka, kami akan menghasilkan produk berasaskan biskut yang akan dijadikan produk
bagi perayaan tersebut.

1
 PENGENALAN PRODUK
Produk yang kami ingin hasilkan adalah biskut white chocolate chip with candy cane.
Tujuan kami memilih produk biskut white chocolate chip ini adalah ia merupakan produk
paling disukai oleh semua masyarakat. Tidak kira peringkat umur sama ada budak kecil,
remaja malah dewasa juga gemar pada produk biskut chocolate chip ini. Kebiasaannya, kami
akan menghasilkan sesuatu produk berdasarkan hari perayaan atau hari istimewa mengikut
bulan – bulan tersebut. Pada bulan Disember merupakan Hari Perayaan Natal bagi
masyarakat agama Kristian. Kami ingin menggabungkan biskut white chocolate chip dengan
manisan candy cane.

Candy cane adalah sejenis gula – gula biasa yang merupakan antara manisan yang wajib
untuk dinikmati sepanjang musim perayaan Hari Natal. Candy cane adalah simbol
keagamaan Kristian yang wujud sejak 1670 bermula di German. Candy cane adalah gula –
gula yang sering dijadikan manisan tidak kira umur. Maka kami ingin menjadikan candy cane
sebagai inti pada biskut tersebut. Biskut ini akan menjadikan warna yang lebih menarik dan
rasa yang lebih manis berlemak.

Biskut merupakan sejenis kuih kering yang dibakar dan biasanya biskut ini nipis, leper
dan rangup bila di makan. Biskut merupakan istilah yang biasa digunakan untuk pelbagai
produk makanan yang berasaskan tepung dan dibakar. Istilah ini digunakan untuk produk
yang berbeza di Amerika Utara, Negara – negara Komanwel dan juga Eropah. Di Amerika
Syarikat, biskut digelar sebagai ‘cookie’ atau ‘cracker’. Biskut di United Kingdom, Isle of
Man dan Ireland mungkin tidak begitu manis dan antara jenisnya adalah biskut coklat,
digestves, hobnobs, kacang halia, teh kaya, bourbons dan krim kastard. Biskut (Biscuit)
adalah perkatan yang berasal dari perkataan Latin ‘bis coctus’ yang bermaksud di masak dua
kali. Perkataan ini kekal sehingga sekarang dan menjadi nama naungan bagi resepi yang
bergabung dibawahnya seperti Cracker, kuih yang bersaiz kecil, Hardtack, Kek keras,
Cookies dan sebagainya.

Tujuan kami menghasilkan biskut ini adalah untuk menarik perhatian kepada masyarakat
luar tidak kira kaum melayu, cina dan india untuk merasai rasa candy cane yang digabungkan
dengan biskut white chocolate. Kami juga dapat meyakinkan masyarakat Islam untuk merasai
bagaimana rasanya candy cane ini. Bagaimana kita tahu candy cane hanya boleh didapati di
kedai – kedai bukan Islam dan jarang untuk didapati di kedai Islam. Maka, kami

2
menghasilkan sendiri candy cane dan menghasilkan biskut white chocolate. Oleh itu,
pelanggan beragama Islam dapat membeli biskut kami tanpa was – was. Kami berharap
pelanggan kami berpuas hati dengan produk yang kami hasilkan.

 BAHAN – BAHAN DAN CARA PEMBUATAN PRODUK


o BAHAN – BAHAN

BIL. BAHAN KUANTITI (g)

1. Mentega 120g

2. Gula kastor 80g

3. Gula perang 80g

4. Esen vanilla 2tsp

5. Tepung gandum 230g

6. Baking powder ½ tsp

7. Garam ½ tsp

8. Baking soda ¼ tsp

9. Candy cane 100g

10. White chocolate chips 50g

3
o CARA PEMBUATAN PRODUK

4
BIL. GAMBAR PENERANGAN

1. Memulakan dengan menghancurkan candy


cane dengan tekstur yang agak halus. Jika
candy cane tekstur kasar tidak sesuai untuk
dijadikan sebagai inti biskut. Ketepikan.

2. Cairkan mentega dan campurkan dengan


gula kastor dan gula perang bersama esen
vanilla.

3. Kemudian, masukkan telur dan gaul


sehingga sebati.

4. Di bekas lain, campurkan tepung gandum,


baking powder, garam dan baking soda.
Tambahkan pada adunan tadi.

5. Apabila ia menjadi doh, tambahkan


kepingan candy cane dan white chocolate
chip. Adun sehingga sebati.

6. Bahagikan setiap satu biskut 100g.


Bulatkan biskut dan simpan di dalam peti
sejuk selama 30 minit.

5
7. Bakar pada suhu 190°C selama 20 minit.

8. Hasilnya.

 CARTA ALIR PEMBUATAN PRODUK

6
Menimbang
Menjual
bahan

Mengaul dan
Menyimpan
mengadun

Membentuk
Pembungkusan
adunan

Proses
Memeriksa
membakar
mutu
adunan
Proses
penyejukan

Proses untuk menghasilkan biskut White Chocolate Chip with Candy Cane merupakan
proses yang mudah. Proses yang pertama adalah kami mencari resepi standard yang tepat
untuk menghasilkan produk yang baik. Seterusnya, kami akan menimbang bahan dengan
tepat untuk mengelakakan menghasil produk yang lemah. Selepas menimbang bahan, kami
memulakan dengan mengaul dan mengadun adunan sehingga menjadi seketul doh yang
cantik. Seterusnya, membentukkan adunan mengikut cita rasa. Kami membentuk doh
berbentuk bulat dan seragam. Kami akan menyimpan doh di dalam chiller selama 30 minit
untuk menghasilkan biskut yang rangup. Selepas itu, proses membakar adunan. Kami
membakar doh pada suhu 190°C selama 20 minit. Selepas membakar, kami akan pergi ke
proses penyejukan. Kami akan menyusun di atas redai. Kemudian, kami akan memeriksa
mutu produk. Adakah ia boleh dijual ataupun tidak. Seterusnya, proses pembungkusan ke
atas produk. Akhir sekali, menyimpan dan menjual kepada pelanggan.

 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

7
BIL. BAHAN KUANTITI (g) HARGA (RM) JUMLAH (RM)

1. Mentega 120g 5.59/250g 2.68

2. Gula kastor 80g 2.28/500g 0.36

3. Gula perang 80g 2.18/500g 0.35

4. Esen vanilla 10ml 2.39/25ml 0.96

5. Tepung gandum 230g 2.48/kg 0.57

6. Baking powder 2.5g 4.38/113g 0.10

7. Garam 2.5g 1.90/400g 0.01

8. Baking soda 1.25g 3.70/60g 0.08

9. Candy cane 5pcs 39.90/12pcs 16.63

10. White chocolate chips 50g 4.85/100g 2.43

JUMLAH RM 24.17

Kos bahan : RM 24.17


Kos buruh langsung : RM 10.00
Kos overhead : RM 5.00
Mark up % : 50%

a) Kos belian = Harga bahan + Belanja Belian

= RM 24.17 + RM 0.00

= RM 24.17

b) Kos pengeluaran = Kos belian + Kos buruh langsung + Kos overhead

= RM 24.17 + RM 10.00 + RM 5.00

= RM 39.17

c) Mark up % = % tambah harga X Kos pengeluaran

8
= 50% X RM 39.17

= RM 19.59

d) Kos jualan = (% tambah harga X Kos pengeluaran) + Kos pengeluaran

= RM 19.59 + RM 39.17

= RM 58.76

e) Untung kasar = Kos jualan – Kos pengeluaran

= RM 58.76 – 39.17

= RM 19.59

f) Untung bersih = Untung kasar – Kos overhead

= RM 19.59 – RM 5.00

= RM 14.59

 CADANGAN PEMBUNGKUSAN PRODUK

9
 CADANGAN UNTUK PROMOSI

10
Dream baker’s akan mengadakan promosi secara besar – besaran di organisasi. Seperti
contoh kami akan menggantungkan poster di hadapan organisasi. Kami juga menyediakan
contoh produk untuk pelanggan ingin merasai rasa biskut tersebut. Selain itu, kami juga akan
mengiklankan produk di laman media sosial seperti Instagram, Twitter dan juga Facebook.
Kami akan mengadakan promosi “Beli 3 percuma 1” pada pelanggan yang membeli biskut
ini. Seterusnya, kami akan memberi kepada “Influencer” untuk membuat review tentang
biskut kami kepada peminat – peminat mereka. Dengan cara ini, kami dapat perhatian dari
seluruh negara dan dapat berkembangkan perniagaan kami ke peringkat Antarabangsa. Selain
itu, kami turut menghasilkan pembungkusan produk yang menarik untuk menarik golongan
masyarakat yang gemar kepada bekas pembungkusan yang jarang digunakan.

 ELEMEN – ELEMEN

11
Setiap penghasilan produk mestilah mempunyai kualiti yang terbaik untuk kepuasan
pelanggan. Kualiti merupakan sifat atau ciri – ciri produk atau perkhidmtan yang boleh
menyumbangkan kepada kepuasan atau kehendek pengguna. Ciri – ciri yang dimaksudkan
adalah rupa produk yang istimewa, rasa yang menarik dan harga yang berpatutan. Pelanggan
akan membeli. Kami menggunakan semua ciri – ciri berikut dengan baik. Rupa produk kami
yang menarik, rasa yang manis berlemak dan juga harga RM 4.50 satu keping biskut.

Quality Assurance atau dimaksudkan kepada jaminan kualiti. Definisi bagi jaminan kualiti
adalah semua aktiviti atau tindakan yang sesuai diambil untuk mendapatkan kepercayaan
bagi menjami produk. Selain itu juga, jaminan kualiti merangkumi semua perancangan,
aktiviti atau tindakan yang sistematik dan bersesuaian yang perlu diambil untuk mendapatkan
kepercayaan yang secukupnya bagi menjamin produk atau perkhidmatan mencapai kualiti
yang dikehendaki dan memuaskan hati pelanggan. Jaminan kualiti seharusnya memberi
jaminan dari segi prestasi, tahan lasak, rekabentuk, perkhidmatan dan senggaraan.

Dengan adanya elemen jaminan kualiti ini kami dapat mencegah kecacatan pada produk
kepada kami tumpu perhatian sepenuhnya semasa proses yang digunakan untuk
menghasilkan produk ini. Ia adalah proses kualiti proaktif. Kami dapat menghasilkan produk
yang baik tanpa adanya kelemahan yang dihasilkan. Oleh itu, kami dapat mengelakkan
pembaziran bahan dan kos penghasilan produk akibat kerosakan produk yang dilakukan.
Matlamat jaminan kualiti adalah untuk meningkatkan proses pembangunan dan ujian supaya
kecacatan tidak timbul apabila produk sedang dibangunkan. Semasa proses penghasilan
produk, kami akan memeriksa setiap produk adakah dalam keadaan baik ataupun tidak. Kami
akan mengelakkan berlakunya kerosakan pada produk. Kami akan menyimpan di dalam
pembungkusan yang sesuai. Oleh itu, kami akan menghasilkan produk mengikut ciri – ciri
yang telah dinyatakan oleh jaminan kualiti.

KESIMPULAN

12
Dream baker’s akan menghasilkan satu produk yang mengikut ciri – ciri jaminan kualiti
untuk mengelak berlakunya catatan semasa proses penghasilannya. Jaminan kualiti adalah
berorientasikan proses dan memberikan tumpuan kepada pencegahan kecacatan, ia
merupakan satu set aktiviti untuk menjamikan kualiti dalam proses yang produknya
dibangunkan. Jaminan kualiti dapat mewujudkan sistem pengurusan kualiti yang baik dan
penilaian kecukupannya. Pemeriksaan pemantauan akan berlaku mengikut operasi sistem.
Sebagai seorang pekerja mestilah melibatkan diri dalam membangunkan produk ini untuk
bertanggungjawab terhadap jaminan kualiti.

Kami akan menghasilkan biskut White Chocolate Chip with Candy Cane. Apabila tiba
masanya hari perayaan, kami akan menghasilkan satu produk yang baharu untuk menarik
pelanggan ke kedai kami. Pada bulan Disember merupakan Hari Perayaan Natal. Kami akan
menggunakan salah satu produk manisan mereka untuk dijadikan satu produk istimewa kami
iaitu Candy Cane. Ia merupakan produk manisan yang digemari oleh pelbagai peringkat usia.
Jadi kami ingin menggabungkan Candy cane dengan biskut yang juga digemari oleh pelbagai
masyarakat. Selain itu, sasaran kami adalah seluruh kaum Malaysia untuk merasai produk
kami. Kami amat mengalu – alukan pelanggan yang minat makanan manis kerana produk ini
menghasilkan rasa yang berlemak manis dan mempunyai aroma yang manis. Selain itu,
Dream baker’s adalah organisasi yang mengeluarkan produk yang halal. Kami menggunakan
bahan – bahan yang berkualiti dan halal agar pelanggan kami tidak meragui organisasi kami.

Kami berharap pelanggan dapat menyukai produk biskut White Chocolate Chip with
Candy Cane ini. Kami juga berharap agar produk ini mendapat sambutan yang hangat oleh
masyarakat Malaysia dan berharap juga dapat meluas ke peringkat Antarabangsa. Dengan
menggunakan jaminan kualiti, kami dapat mengeluarkan produk yang berkualiti dan dapat
memuaskan kehendak pelanggan.

LAMPIRAN

13
- Senarai semak (check list), borang pemeriksaan, penilaian produk

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN PERALATAN


NAMA MASAKAN : Biskut White Chocolate Chip with Candy Cane
LOKASI : Dapur Dream Baker’s
TARIKH PEMERIKSAAN : 6 Januari 2022
NAMA PENYELIA : CIK MAISARAH BINTI ALI

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan :


PERALATAN KETERANGAN YA TIDAK CATATAN
Table top Alatan mixer lengkap
Mixer Mixer keadaan baik

Industrial Oven Oven berfungsi dengan baik

Chiller Chiller berfungsi dengan baik

Bahagian – bahagian freezer


lengkap
Freezer bersih

Bowl Bowl dalam keadaan baik

Bowl bersusun dengan teratur

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………….. …………………………..
(NURFARIZA SYAHIRA) (CIK MAISARAH BT ALI)

SENARAI SEMAK PENGELUARAN PASTRI


NAMA PENYELIA : CIK MAISARAH BINTI ALI TARIKH : 6 Januari 2022

14
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan :
BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN
1 Mengamalkan keselamatan di tempat kerja /
2 Mengamalkan kebersihan di tempat kerja /
3 Pekerja dalam keadaan yang sihat /
4 Pekerja menjalankan tugasan / /
menghasilkan produk biskut yang telah
ditetapkan
5 Penggunaan peralatan mengikut SOP /
6 Bahan yang digunakan mengikut resepi /
standard dan standing order yang telah
ditetapkan
7 Produk dihasilkan mengikut resepi standard /
dan standing order yang telah ditetapkan
8 Kuantiti produk yang dihasilkan mengikut /
resepi standard
9 Kualiti produk yang dihasilkan mengikut /
resepi standard
10 Aktiviti food testing dijalankan /
11 Produk biskut dipek dengan kemas /
menggunakan pembungkusan yang sesuai
12 Mendapatkan maklum balas pelanggan /
terhadap kualiti produk biskut
13 Penghantaran dilakukan pada masa yang / Tiada sistem
telah ditetapkan penghantaran
bagi produk ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………….. …………………………..
(NURFARIZA SYAHIRA) (CIK MAISARAH BT ALI)

15

Anda mungkin juga menyukai